tag:blogger.com,1999:blog-1619169163020533460.post1617640934446690417..comments2023-06-07T05:07:44.458-07:00Comments on AKIDAH AL-QURAN Vs ILMU AKIDAH BARU: ZIKRULLAH TONGGAK UTAMA AKIDAH AL-QURANAbu Dzarhttp://www.blogger.com/profile/12242913593117485478noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-1619169163020533460.post-81794550137269270642015-07-31T21:58:42.521-07:002015-07-31T21:58:42.521-07:00Assalamualaikum w.b.t.
Komen saudari Faten Naseha...Assalamualaikum w.b.t.

Komen saudari Faten Naseha tu saya jawab dalam tajuk Penggunaan dan Hakikat Amalan Zikir Meningati Allah Menurut Perspektif al-Quran.

Inilah polemik yang sentiasa berlaku di sepanjang zaman di antara golongan mazhab akidah ahli zahir dengan golongan tasawuf sejak seribu tahun lalu tentang tarbiyah akidah menerusi amalan zikrullah. Seolah-olah segala masalah tasawuf yang ditimbulkan oleh para ulama dan ilmuwan ahli zahir hari ini baru ditimbulkan dan perlu dijawab oleh tokoh-tokoh tasawuf. Tetapi sebenarnya apa yang telah ditimbulkan oleh golongan ini, telah dpersoalkan oleh tokoh-tokoh golongan ini sejak zaman itu,dan ianya telah dijawab oleh tokoh-tokoh tasawuf di dalam kitab-kitab karangan mereka (sejak zaman itu).

Mudah2an kita diberi hidayah dan petunjukNya untuk mencapai kesempurnaan akidah seperti yang dperintahkan dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan bukannya menerusi ilmu Akidah reka cipta yang merupakan hujah-hujah dan debat tercela yang tidak dapat membersihkan hijab-hijab hati (sifat-sifat tercela)

Sekian, wassalam

http://suraulebaideris.blogspot.com/2015/07/penggunaan-dan-hakikat-amalan-zikr.htmlAbu Dzarhttps://www.blogger.com/profile/12242913593117485478noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1619169163020533460.post-29006219646012182752015-07-27T06:19:20.092-07:002015-07-27T06:19:20.092-07:00Ilmu nahu tu ilmu syariat yang mana orang arab sen...Ilmu nahu tu ilmu syariat yang mana orang arab sendiri lebih memahami maksud al Quran dan hadis2 tetapi hari ini bangsa arab mengalami keruntuhan dan kehancuran kerana mereka mengalami kehancuran akidah kerana mengabaikan amalan zikrullah seperti yang saudari Faten fahami ttg maksud amalan rohani Islam itu. Inilah yg diperingatkan oleh Nabi SAW ttg kesesatan kaum yahudi dan nasrani, walaupun mereka memiliki alKitab tetapi mereka meninggalkan kebenaran disebabkan hati mereka keras (fasik).

Golongan ahli zahir yg sentiasa mengabaikan amalan zikrullah (memiliki hati yg mati) kerana mereka ingkar perintah Rasul yang menyuruh umatNya supaya sentiasa memperbaharui iman menerusi menyebut dan mengingati kalimah 'la ila ha illaallah'

Banyak ayat-ayat Allah dlm al-Quran yang mengingatkan umat Islam supaya jangan lalai berzikir kpd Allah agar mereka tidak terperangkap dengan perangkap syaitan..Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/14250363839450310905noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1619169163020533460.post-90658096207871083502015-07-27T06:05:55.077-07:002015-07-27T06:05:55.077-07:00DALAM memperkatakan ilmu, lazimnya dua perkara per...DALAM memperkatakan ilmu, lazimnya dua perkara perlu diketahui iaitu erti atau makna yang diperolehi daripada bahasa dan istilah.

Aspek ini juga disebut dalam bahasa Arab sebagai loghatan wastilahan

Demikianlah juga dalam rangka memahami makna Islam.
Dari segi bahasa: Islam berasal dari kekata dasar salam iaitu sejahtera dan berserah/pasrah.
Dari segi istilah: Islam ialah ad-din atau cara hidup/agama; mengikuti dan mematuhi
apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad dari segi zahir dan bathin.

Bagaimana pula kaitan Islam dengan amalan yang disebut zikr (juga dieja zikir)?

Dari segi bahasa: Zikr ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan.
Sifat lupa (Arab : Nisian) merupakan kata dasar bahas insan (manusia).
Oleh itu manusia merupakan makhluk yang lupa.

Dari segi istilah: Zikr menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau
perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih,
memberi nasihat dan sebagainya.

Zikr juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia.

Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Adakalanya dengan lisan, dengan hati, dengan anggota dan juga dengan ucapan yang jelas.
Dengan kesemuanya ini, seseorang dapat melaksanakan zikir itu dengan sempurna.

Dalam pengertian tasauf zikr memaparkan pelbagai pengertian:

1. sebutan atau lafaz seperti tahmid (alhamdulillah), tahlil (lailahaillah), takbir (Allahuakbar), tamjid (kata-kata pujian kepada Allah), istighfar,
basmallah iaitu apa jua bentuk sebutan yang mengaitkan manusia dengan Pencipta-nya (Khalik).

2. menyebut dengan lisan dan hati akan sifat-sifat daripada Sifat Allah seperti Ar-Rahman (99 kesemuanya)

3. melaksanakan hukum daripada hukum Allah

4. melaksanakan perbuatan daripada perbuatan Allah

5. memberi penghormatan kepada para rasul dan aulia dalam bentuk solawat dan salam

6. membaca Quran kerana isi keseluruhannya adalah zikir

7. puisi seperti syair (juga disebut syir) yang ada hubungan dengan Allah seperti syair Jalalluddin Rumi, Mutannabi dll.

8. syarahan atau ceramah yang ada kaitan dengan memuja Allah

9. ibadah yang mengesakan Allah seperti zakat, puasa, haji.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/14250363839450310905noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1619169163020533460.post-57958038486087004722015-03-13T11:37:09.258-07:002015-03-13T11:37:09.258-07:00Assalamualaikum. Post yg sangat bermanfaat alhamdu...Assalamualaikum. Post yg sangat bermanfaat alhamdulillah. Terima kasih banyak kerana menulis.

Cuma ini pandangan saya, kalimah "zikr" berdasarkan dalil-dalil al-Quran yang saudara tampilkan tadi semua merujuk kpd al-Quran. Maksud saya, "zikr" di sini merupakan nama lain yg diberi kepada al-Quran.

Ini berdasarkan dalil drpd surah An-Nahl (16:44) - (Mereka kami utus) dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan kami turunkan Az-Zikr (Al-Quran) kepadamu, agar engkau menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kpd mereka dan agar mereka memikirkannya.

Az-Zikr dalam ayat ini merujuk kepada Al-Quran. Jd, pada pandangan saya, dalil2 yg dilampirkan di blog ini menunjukkan kepentingan bukan sahaja membaca malah yang paling penting untuk memahami isi-isi kandungan Al-Quran. Maka wajiblah kita semua sekurang-kurangnya belajar ilmu nahu dalam bahasa arab dan tadabbur bagi memahami ayat-ayat yg diturunkan Allah.

Wallahua'lam. =)Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/18411021908702410825noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1619169163020533460.post-50506483212186179452014-12-17T01:59:47.053-08:002014-12-17T01:59:47.053-08:00Salam..stiap artikel di laman tariqah Ahmadiah ni ...Salam..stiap artikel di laman tariqah Ahmadiah ni benar2 jelas dan baik sekali sebagai pedoman para salik yg baru melalui jalan tariqah ini..sekian terima kasihAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/09108411167144997742noreply@blogger.com