Ilmu Usuluddin lebih terkenal dengan
nama ilmu Sifat 20 juga dikenali pada asalnya sebagai mazhab
Asy’ariah-Maturidiah. Mazhab ini telah menguasai dakwah akidah umat Islam
sekitar 1,000 tahun lampau. Aliran atau
mazhab ini diasaskan oleh Abu Hassan al-Asy’ari yang lahir pada 260 H.,
kira-kira 55 tahun setelah Imam Asy-Shafi’i meninggal dunia (205 H.) dan
sekitar 4 tahun selepas Imam Bukhari meninggal dunia.
Ilmu Sifat 20 merupakan bidang ilmu untuk menjelaskan isu Akidah Islam
mengikut tafsiran golongan falsafah dan lojik akal, di samping dalil-dalil
naqli iaitu al-Quran dan Hadis yang bertujuan untuk menjawab tuduhan yang
ditimbulkan oleh pihak yang menyeleweng seperti kaum Mu’tazilah, kaum
Jabariyyah, kaum Qadariyyah dan lain-lain. Sebaliknya, aspek akidah yang sebenar
telah dijelaskan secara menyeluruh dan tercakupi di dalam al-Quran, Hadis-hadis
dan ucapan para sahabat yang mendengar secara langsung perkataan Nabi s.a.w.
1. Sejarah
Munculnya Ilmu Kalam
Pada zaman Abbasiyyah telah banyak
berlaku perbahasan di dalam aspek akidah termasuk
perkara-perkara yang tidak wujud
pada zaman Nabi s.a.w. atau zaman
para sahabat Apabila
berlaku perbahasan secara meluas dalam kalangan ummah tentang aspek (akidah) itu
sehingga munculnya ilmu Akidah baru
dalam Islam yang dikenali sebagai ilmu Kalam
(fahaman Muktazilah dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah/ilmu Sifat 20). Ilmu akidah
ini muncul dan berkembang atas sebab-sebab
dalaman dan luaran
sehingga menjadi mazhab resmi pemerintah Kerajaan Abbasiyyah.
Ilmu Kalam adalah displin ilmu yang
mengandungi berbagai-bagai hujah-hujah tentang Akidah Islam dengan menggunakan pendekatan falsafah atau dalil-dalil
akli (lojik akal) di samping dalil-dalil naqli, iaitu al-Quran dan Hadis untuk menimbulkan keyakinan dalam mengesakan
Allah
S.W.T., agar terhindar
dari pelbagai mazhab akidah
yang menyimpang.
Era zaman inilah munculnya pelbagai
mazhab akidah ahli Kalam dalam Islam yang menjadi kemelut
perpecahan ummah di sepanjang zaman.
Menurut Ibnu Khaldun, ilmu
Kalam adalah ilmu yang memuat hujah-hujah untuk mempertahankan Akidah Islam dengan menggunakan dalil-dalil akli,
serta memuat pula bantahan terhadap orang yang mengingkarinya, atau berbeza
dengan prinsip akidah golongan al-salaf
dan Ahlus Sunnah.
Allah S.W.T
berfirman:
كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا
Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab
yang tebal.”
(Surah al - Jumu’ah, ayat: 5)
Imam Malik bin Anas berkata:
“Penganut bid’ah ialah orang-orang yang membicarakan masalah
nama-nama Allah, sifat-sifat Allah, kalam Allah, ilmu Allah dan qudrah Allah. Mereka
tidak mahu bersikap diam (tidak memperdebatkan) hal-hal berkaitan sebagaimana
para sahabat dan tabi’in yang tidak membicarakannya.”
Imam Abu Hanifah
menjelaskan tentang ilmu Kalam dengan katanya:
“Itu adalah ucapan ahli
falsafah. Kamu harus mengikut Hadis Nabi s.a.w. dan metode para ulama al-salaf.
Jauhilah setiap hal yang baru kerana hal itu adalah bid’ah.”
Seterusnya beliau
berkata:
“Yang dibicarakan
adalah masalah sifat-sifat dan jisim Allah. Mereka yang berdebat dalam ilmu
Kalam, pada mulanya mereka bersatu pendapat dan agama mereka satu. Namun
syaitan mengganggu mereka (waswas syaitan) sehingga mereka bermusuhan dan
berbeza pendapat.”
Imam Ahmad bin Hanbal
berkata:
“Janganlah kamu bersama
majlis ilmu dengan ahli Kalam, walaupun ia membela Sunnah. Ini kerana semua
urusannya tidak akan membawa kebaikan.”
Ilmu Kalam disebut juga
ilmu Tauhid kerana pokok perbahasannya dititikberatkan kepada keesaan Allah, zatNya
maupun perbuatanNya. Selain itu, ilmu Kalam disebut juga ilmu Usuluddin kerana
pokok perbahasannya meliputi persoalan-persoalan mendasar di dalam agama. Ada
juga yang menyebut ilmu Kalam sebagai ilmu Akidah kerana banyak membicarakan
persoalan-persoalan akidah dan dasar-dasar ajaran agama.
Ulama ilmu Kalam
disebut mutakallimin. Golongan ini dianggap sebagai kelompok tersendiri
yang menggunakan akal dalam memahami
nas-nas agama untuk mempertahankan keyakinannya (pendalilan akal). Mereka
berbeza dengan golongan Hanbali yang
berpegang teguh pada keyakinan hati golongan
al-salaf. Proses tarbiyah akidah golongan
Mutakallimin juga berbeza dengan golongan Tasawuf yang didasarkan pengetahuannya kepada
pengalaman rohaniah dan pencapaian pandangan mata hati (kasyf).
Khalifah al-Ma’mun sendiri memihak
kepada golongan Mu’tazilah dan memerangi
golongan Muhaddisin (ahli Hadis) yang dipimpin oleh Imam Ahmad
bin Hanbal. Lebih dari itu, dasar memihak kepada golongan ahli Kalam itu diteruskan oleh penggantinya, iaitu Khalifah al-Mu’tashim yang melakukan
pelbagai kezaliman terhadap para tokoh ulama
Islam
yang tidak bersetuju dengan aliran
(mazhab) akidah pemerintah.
Ilmu Kalam yang diasaskan oleh
mazhab Mu’tazilah yang mengutamakan logik akal telah hilang pengaruhnya setelah
Al-Watsiq di angkat menjadi khalifah
Abbasiyyah (842 M. - 845 M.). Pada peringkat awal mazhab ini, munculnya tokoh-tokoh
hebat seperti Washil bin Atha’, Amar bin Ubaid, al-Nazzham, al-‘Allaf yang pintar dengan ketajaman idea dan mampu
menarik perhatian golongan muda. Inilah golongan yang terpengaruh dengan
falsafah Yunani yang mengagungkan akal dan meyakini manusia mampu menciptakan
sendiri perbuatannya serta memiliki pilihan dan kehendak yang mutlak, di
samping tidak mengimani qadha’ dan qadar. Telah diakui bahawa mazhab Mu’tazilah
ini terkenal dengan ketajaman pandangan, keluasan pemikiran dan penyelidikan.
Bahawasanya hujah-hujah mereka adalah natijah-natijah ilmiah yang lebih hampir
kepada logik akal dan para penuntut ilmu lebih tertumpu kepada mazhab ini.
Wasil memisahkan diri dari pengajian gurunya, al-Hasan al-Basri kerana beliau tidak lagi bersetuju dengan
gurunya dalam beberapa masalah dan oleh kerana itu dia dan pengikutnya dikenali
sebagai al-Mu’tazillah (kumpulan yang memisahkan diri). Aliran atau mazhab
Mu’tazilah ini menjadi mazhab resmi pemerintahan kerajaaan Islam Bani
Abbasiyyah pada masa al-Ma’mun, al-Mu’tashim dan al-Watsiq menjadi khalifah.
Selain itu muncul kelompok al-Jabariyyah yang dipelopori oleh Juhm bin
Shafwan dan oleh kerana itu kumpulan ini dikenali sebagai al-Juhmiyyah.
Kumpulan ini merupakan aliran yang sama sekali bertentangan dengan mazhab
Mu’tazillah. Mereka menafikan sama sekali adanya kehendak dan kebebasan memilih
pada diri manusia seperti bulu ayam yang berterbangan di udara dan ditiup angin
ke sana ke mari tanpa wujud sebarang kebebasan memilh.
Kemudian muncul pula kelompok al-Murji’ah yang dipelopori oleh Yunus bin
‘Aun an-Numairi dan kumpulan ini dikenali sebagai al-Yunusiyyah. Antara pemuka
kumpulan ini ialah Ghassan al-Kufi dan ‘Ubaid al-Mukta’ib. Antara kenyataan
mereka bahawa kemaksiatan tidaklah membahayakan selagi masih ada iman,
sebagaimana perbuatan ibadat tidak mendatangkan manfaat selagi masih disertai
kekufuran.
Begitu juga sejarah awal kemunculan perbezaan mazhab Fiqah, seperti mazhab
Abu Hanifah, Malik, al-Syafi’i, Ahmad bin
Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Tsaur, al-Auza’i, al-Laits bin Sa’ad dan lain-lain. Namun kemudian umat
Islam hanya berpe- gang pada empat mazhab sahaja iaitu Hanafi, Malik, Hanbali
dan al-Syafi’i. Mereka juga bersama berjuang menghadapi kelompok-kelompok yang
sesat yang didokong kuat oleh khalifah Islam sendiri.
Sebailknya, penganut mazhab Hanbali dan Muhaddithin (ahli Hadis) setelah
kewafatan Imam Ahmad bin Hanbal tidak menampakkan tokoh yang hebat dan
berwibawa. Oleh itu, mazhab Mu’tazillah lebih menampakkan keunggulannya dalam
majlis-majlis debat dan kajian. Kebanyakan umat Islam terpukau dengan mazhab
Mu’tazilah dan falsafahnya. Orang-orang yang berfalsafah ini mempermainkan al-Quran dan Akidah Islam. Mereka
telah dikuasai oleh hawa nafsu dan fikiran-fikirannya sehingga aliran/mazhab
baru itu menquduskan (mensucikan) akal dan menggunakannya sehingga dalam
masalah-masalah kenabian dan keimanan dengan yang ghaib. Muhaddithin,
al-Hanabilah (pengikut mazhab Hanbali),
ahli-ahli Zuhud dan Fuqaha tidak dapat membendung aliran ini.
Dalam suasana ini muncul Abu al-Hasan bin Ismail al-Asy’ari muncul dan
mampu menyingkap penyelewengan-penyelewengan dan kecacatan-kecatatan mazhab
Mu’tazilah. Dilahir kan di Basra pada 260 H. Beliau membesar dan menerima
ilmu-ilmu dari shaikh Mu’tazilah pada zamannya, iaitu Abu Ali Al-Jaba’i. Beliau
menjadi pembantu dan orang kepercayaan Abu Ali selama empat puluh tahun, dan
sentiasa membela mazhab Mu’tazilah.
Abu Al-Hasan Al-Asy’ari menyedari penyelewengan-penyelewengan mazhab Mu’tazillah
dan bertindak meninggalkan mazhab itu dan menjadi pembela ke atas akidah umat
Islam. Beliau menegakkan dalil-dalil akal (ilmu Kalam) ke atas akidah Ahlus
Sunnah, berdebat dengan ulama-ulama Mu’tazilah dan orang-orang yang
berfalasafah akidah demi akidah.
Dalam madrasah pemikiran Abu al-Hasan al-Asy’ari telah lahir ulama-ulama
pilihan dan mutakallimin terkemuka. Ilmu dan kefahaman mereka telah menguasai
dunia Islam dalam satu tempoh masa dengan peralihan daripada mazhab Mu'tazilah.
Antara ulama-ulama tersebut ialah:
1)
Al-Qadi Abu Bakar al-Baqilani (403 H)
2)
Shaikh Abu Ishaq Al-Isfairani (418 H)
3)
Imam Al-Haramain Al-Juwaini (478 H)
Setelah berlalu satu tempoh, mazhab Asy’ariah telah hilang keaktifan dan
pengaruh di kalangan ummah, maka taqlid telah bermaharajalela di kalangan
pelajar madrasah. Kemudian muncul pula golongan falsafah yang menterjemah
kitab-kitab mantiq dan falsafah dari bahasa Siryani, Yunani dan Parsi ke dalam
bahasa Arab, iaitu kitab-kitab theologi dan metafizik. Ianya menumpukan kepada
kajian-kajian tentang ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid.
Begitu juga dengan kelahiran golongan batiniyyah yang lebih
memudaratkan umat Islam berbanding dengan pengaruh golongan falsafah.
Batiniyyah berpegang kepada maksud batin yang disandarkan dari makna-makna
zahir al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Makna-makna itu tidak diketahui oleh
orang-orang awam secara nyata dan di sisi orang berakal merupakan simbol-simbol
atau isyarat-isyarat kepada hakikat tersembunyi. Orang-orang yang tidak
menggunakan akal untuk mengetahui
rahsia-rahsia, batin-batin dan makna-makna yang dalam dianggap berada di
bawah belenggu taklif-taklif syarak. Sebaliknya, bagi sesiapa yang meningkat
pengetahuannya kepada ilmu batin maka gugurlah taklif ke atasnya dan bolehlah
mereka beristirehat dari bebanan-bebanan melaksanakan segala amal soleh.
Imam al-Ghazali menjelaskan perselisihan dalam kalangan ummah adalah berpunca
dari munculnya pelbagai mazhab ilmu Kalam
yang silih berganti menguasi pemerintah/kerajaan Islam. Kata beliau:
“Terjadinya
perselisihan faham di antara umat Islam adalah akibat perbezaan akidah mazhab-mazhab
ahli Kalam yang menguasai dunia Islam
secara silih berganti yang telah melahirkan
sebahagian pengikut fanatik di kalangan mereka. Ini mengakibatkan berlakunya
pertumpahan darah dan keruntuhan negara. Kemudian muncul khalifah kerajaan
Islam yang tidak membenarkan kajian
mendalam terhadap ilmu Kalam, tetapi umat Islam menumpukan pula kepada
perdebatan dalam perbezaan ilmu Fiqah. Mereka menjelaskan keutamaan secara
khusus di antara mazhab Syafi’i berbanding dengan mazhab Abu Hanifah tetapi mengabaikan
perselisihan dalam mazhab Malik dan begitulah sebaliknya dengan mazhab-mazhab Fiqah
yang lain. Mereka mendakwa bahawa tujuan utama adalah untuk mengistinbat
perkara yang sama dalam syari’at. Mereka berterusan dan banyak menyusun
karangan hasil dari perdebatan hingga masa kini, dan kami tidak tahu apa yang
akan berlaku selepas zaman kami.”
Seterusnya beliau menjelaskan dengan katanya:
“Inilah faktor
yang menyebabkan tumpuan kepada perdebatan dan masalah-masalah khilafiyyah
(perselisihan) semata-mata. Jika diri pemerintah (khalifah) cenderung
berselisih faham dengan seorang imam (tokoh ugama) dari kalangan para ulama
maka mufti atau kadi akan cenderung menyokong pemerintah itu dan tidak berdiam
diri. Mereka memberi alasan bahawa apa yang mereka sibukkan adalah ilmu agama
dan tujuan mereka adalah untuk menghampirkan diri kepada Tuhan sekalian alam.”
Pada 323 H., terjadi pertikaian antara pengikut mazhab Hanbali dengan
pengikut mazhab Hanafi yang menyerang rumah kediaman, merompak dan membakar.
Berlaku fitnah besar di antara pengikut mazhab Hanbali dengan pengikut Mazhab
Asy’ari sekitar tahun 469 H. sehingga
495 H. kerana mereka meyakini Abu Al-Hasan Asy’ari membela dan menyokong mazhab
Mu’tazilah untuk memusuhi para pengikut mazhab Hanbali. Ketika Abu Al-Hasan
Asy’ari meninggal dunia pada 324 H.,
para pe- ngikutnya terpaksa merahsiakan tempat pengkebumiannya supaya
tidak diketahui oleh pengikut mazhab Hanabali kerana dikhuatiri digali
kuburnya. Pada 461 H. terjadi pertikaian di Damsyik antara penyokong kerajaan
Islam al-Fathimiyyah di barat dengan penyokong kerajaan Islam Abbasiyyah di
timur sehingga ada di antara mereka membakar rumah di antara satu sama lain dan
menyebabkan masjid al-Umawiy di Damsyik terbakar. Pada 447 H., pengikut mazhab
al-Syafi’i dan pengikut mazhab Han- bali saling melakukan serangan, membunuh,
mencuri dan merompak disebabkan perbezaan pendapat di antara mereka berkenaan
hukum membaca: “Bismillah hi rohma nirrohim” dengan suara yang kuat
dalam solat. Pengikut mazhab al-Syafi’i berpendapat harus membacanya dengan
suara yang kuat, manakala menurut pengikut mazhab Hanbali pula tidak demikian. Demikianlah
berlakunya perpecahan dan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat Islam secara
berleluasa hingga dewasa kini, dan akidah ummah terus binasa kerana mengabaikan
amalan zikir mengingati Allah (Akidah al-Quran).
Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Jarak waktu
akan saling hampir, amal akan berkurangan, sifat kedekut akan diturunkan, akan
muncul fitnah (cubaan, huru hara) dan akan banyak al-Haraj (kekecohan). Mereka
bertanya: Apakah al-Haraj itu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab:
Pembunuhan, pembunuhan.”
(HR
Imam Bukhari)
Imam al-Ghazali menegaskan bahawa ilmu
Kalam adalah mujadalah (debat) yang tercela dan di dalam kitabnya al-Ihya,
beliau tidak meletakkan ilmu ini sebagai aspek ilmu agama. Kata beliau:
“Ketahuilah
bahawa hasil yang terkandung dalam ilmu Kalam dan dalil-dalil yang dikemukakkan
sudah dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis.
Apa yang terhasil (hujah) dari kedua sumber itu itu adalah mujadalah (debat)
yang tercela dan ianya adalah bid’ah.
Kekeliruan yang terhasil dari perselisihan di antara puak-puak (mazhab-mazhab)
yang berlarutan dengan menukilkan pelbagai isu atau idea hanyalah palsu dan khayal.
Ianya dipandang rendah martabatnya sekadar untuk diperde- ngarkan dan kajian
yang dilakukan tidak ada kaitan dengan agama.”
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa para sahabat tidak menguasi ilmu Kalam. Kata beliau:
“Nabi s.a.w. telah meninggalkan ribuan para sahabat
r.a. sebagai ulama Allah. Baginda s.a.w. memuji mereka dan tidak ada di kalangan
mereka yang menguasai ilmu Kalam.”
Shaikh Abdul Qadir al-Jailani, seorang tokoh Tasawuf yang terkenal di kota
Baghdad (w. 565 H.) menjelaskan betapa sukarnya
menjalani proses tarbiyah akidah untuk mencapai kesempurnaan hati
dengan katanya:
“Akidah adalah
suatu ungkapan yang sederhana. Tetapi pengamalan (proses tarbiyah) itu adalah suatu kerja yang amat rumit.”
Golongan ahli zahir tidak menyedari dan menerima
hakikat bahawa memperbanyakkan berzikir mengingati Allah merupakan tonggak
utama dalam Akidah al-Quran. Amalan ini membolehkan seseorang Muslim mampu
mengenal dan menghampiri diri kepada Allah, di samping merasa kasih dan takut
kepadaNya dan mencapai pelbagai tingkatan iman yang sempurna. Malah, amalan
rohani Islam ini merupakan rukun utama yang diketengahkan oleh al-Quran dalam
memberikan tasawwur bagi mencapai darjat yang tertinggi (darjat ihsan). Inilah Akidah al-Quran yang hendak dibentuk
dalam diri setiap insan ciptaan Allah ini seperti firman
Allah S.W.T. :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya:
“Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,
dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada
kamu, dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat
bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah
Yunus, ayat: 57)
Allah S.W.T. juga berfirman:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya:
“Dan Kami
turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah
petunjuk serta membawa rahmat dan berita menggembirakan bagi orang-orang
Islam.”
(Surah
al-Nahl, ayat: 89)
Allah S.W.T. berfirman lagi:
الَر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Maksudnya:
“Inilah kitab (al-Quran)
Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau mengeluarkan umat
manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya (keimanan) dengan izin
Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.”
(Surah
Ibrahim, ayat: 1)
Perlu ditegaskan bahawa berzikir mengingati Allah sebanyak-banyaknya (Akidah
al-Quran) merupakan wahyu Allah dan
bukan pula ideologi atau penghuraian ilmu Kalam (ilmu Sifat 20). Ternyata prinsip
akidah (al-Quran) ini diasaskan menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan
mengingati Allah yang akan mencetuskan
kesedaran hati yang boleh membuahkan
suatu keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh terhadap keesaan dan
kesempurnaan Allah S.W.T. Terima sahaja ketetapan Allah di dalam al-Quran bahawa amalan rohani Islam ini
sebagai inti pati dan tonggak utama dalam Akidah al-Quran, tanpa perlu ditokok tambah lagi sebab aspek (akidah) ini sudah pun sempurna dan lengkap
segala-galanya.
Kemudian Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa para sahabat tidak menghabiskan masa dengan pertelingkahan
dan perdebatan. Kata beliau:
“Akan
tetapi...mata hati mereka buta, maka mereka tidak memandang kepada para sahabat
yang awal itu. Nabi s.a.w. menyaksikan mereka sebagai sebaik-baik makhluk dan
mereka juga berhadapan dengan ramai kalangan ahli bid’ah dan hawa nafsu. Tetapi
mereka tidak menghabiskan usia dan agama sebagai tujuan untuk pertelingkahan-pertelingkahan
dan perdebatan-perdebatan di dalam kesesatannya, maka mereka meninggalkan dan
berpaling darinya serta membenci kerana Allah. Tidak membiasakan diri
mereka dengan bermuka-muka dengannya di
sepanjang usia, bahkkan mereka mengatakan: “Sesungguhnya kebenaran ialah dakwah
kepada Sunnah, dan di antara Sunnah ialah meninggalkan perdebatan dalam dakwah kepada sunnah, kerana Abu Umamah
Al-Bahihi meriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda dengan
maksudnya:
‘Suatu kaum sesekali tidak tersesat setelah
adanya petunjuk yang ada pada mereka
kecuali mereka didatangi perdebatan.’
Kemudian mereka
melihat Nabi s.a.w. mengirim utusan kepada seluruh ahli agama, maka dia tidak
duduk bersama-sama dengan mereka dalam majlis perdebatan untuk memaksa, mem- batalkan
dan menguatkan hujah, menjawab soalan dan mengadakan paksaan. Oleh itu mereka tidak berdebat dengan mereka melainkan
membaca Al-Quran yang diturunkan ke atas mereka tanpa menambahkan perdebatan ke
atasnya. Ini kerana ianya akan mengganggu fikiran (menjadi hijab hati).”
Beliau juga menjelaskan tentang
kesalahan menukarkan istilah “ilmu Kalam” kepada “ilmu Tauhid” dengan
katanya:
“Kini ilmu Kalam
telah dianggapkan sebagai ilmu Tauhid yang terhasil melalui perdebatan di
antara pelbagai pihak dan mengisytiharkan keunggulan mereka sehingga menamakan
diri mereka sebagai ‘ahli Tauhid’ dan ulama Mutakallimin dinamakan sebagai
‘ulama Tauhid’. Sebaliknya semua
ciri-ciri khas ilmu Kalam itu tidak pernah dibicarakan di zaman generasi umat
Islam yang awal. Sesungguhnya mereka sangat mengingkari orang yang membukakan pintu perdebatan dan mem-buka
jalan ke arahnya. Ada pun yang terkandung di dalam al-Quran dari dalil-dalil
zahir yang diterima pada awal pendengaran telah dipersetujui sebagai ilmu al-Quran.
Tauhid di kalangan generasi umat Islam yang awal seolah-olah tidak diketahui
oleh mutakallimin dan jika difahami juga mereka tidak bersifat dengannya.
Mereka berpegang kepada seluruh perkara dari Allah Azza wa Jalla.”
Imam al-Ghazali menjelaskan pelbagai jalan mencapai makrifah (mengenal)
Allah dalam kalangan umat Islam di zamannya
dengan katanya:
“Golongan
pertama mengatakan la ilaha illallah dengan lisannya tetapi hatinya lalai dari
maknanya atau ia mengingkarinya yang dinamakan tauhid orang munafik.
Golongan kedua
mengatakan la ilaha illallah dengan
lisannya dan hatinya membenarkan makna lafaz tauhid itu. Tauhid tersebut
dinamakan tauhid orang awam. Inilah tauhid yang disebut di dalam ilmu usuluddin
dan dibicarakan oleh golongan Fuqaha dan ulama mutakallimin (ulama Kalam)
daripada Asy’ariyyah (aliran Asy’ariyyah)
dan Maturidiyyah (aliran Maturidiyyah).
Golongan ketiga
bahawa memandang ia dengan hatinya akan keesaan Allah itu dengan jalan terbukanya hijab hatinya dengan
perantaraan nur yang sebenarnya bagi golongan yang menjalani ilmu suluk (amalan tarekat Tasawuf)
iaitu makam muqarrabin (hampir
dengan Tuhan). Melihat mereka dengan mata hatinya terhadap alam semesta adalah
terhasil dari af’al- Nya (Tuhan Yang
Esa) yang bersifat qahhar
(gagah).
Golongan
keempat mengatakan bahawa tiada ia melihat wujud di dalam alam ini melainkan
zat Tuhan yang Esa Yang Wajibul-wujud iaitu penghayatan orang shiddiqin (penuh kepercayaan) yang ariffin (yang arif) yang dinamakan ahli
sufi yang fana di dalam kudratNya. Maka
tiada melihat ia akan dirinya kerana batin/rohaninya tenggelam dengan syuhud
(memandang) akan Tuhan yang Esa Yang
Sebenarnya.”
Penjelasan tauhid Ahlus Sunnah (generasi umat Islam di zaman yang awal)
tentang keesaan Allah dan sifat-sifatNya
juga telah dihuraikan oleh Imam al-Ghazali dengan katanya:
“Bahawasanya
Allah Taala itu Yang Esa, tidak menyekutui bagiNya: Sedia, tiada yang
mendahului bagiNya: Yang kekal selama-lamanya, tiada bagiNya kesudahan: Yang
Berdiri dengan sendiriNya, tiada yang memutuskan bagiNya.”
Dari fakta-fakta yang telah dihuraikan di atas, maka nyatalah bahawa pelbagai
mazhab akidah ahli Kalam yang silih berganti menguasai pemerintah/kerajaan
Islam dalam tempoh tertentu adalah
mengikut munculnya tokoh yang hebat dan berwibawa yang memimpin mazhab tersebut atau para ulama Kalam yang mendapat tempat di sisi
pemerintah. Di samping itu, para tokoh al-salaf
dan kaum khalaf yang terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Ahmad, Imam Malik,
Imam Hanafi, Imam Syafi’i dan lain-lain adalah muncul lebih awal dari tarikh
kelahiran Abu Al-Hasan Asy’ari. Fakta
ini sudah cukup membuktikan bahawa golongan al-salaf bukanlah pengikut mazhab akidah ahli Kalam. Di
zaman itu agama Islam telah berkembang dan menguasai seluruh Tanah Arab,
Persia, Asia Tengah, Utara Afrika sehingga ke Andalusia. Kejayaan gemilang ini melambangkan kesempurnaan akidah (memiliki “rahsia kekuatan
ummah”) umat Islam di zaman yang awal sebagai ummah yang sentiasa mendapat
rahmat dan pertolongan Allah (golongan al-muhsinin). Ternyata Akidah al-Quran yang berasaskan jalan berzikir
dan mujahadah merupakan jalan terbaik bagi menjana “rahsia kekuatan ummah” yang mewarisi akidah, sistem nilai dan peng- hayatan
Islam yang unggul dan benar.
2. Munculnya
Ilmu Sifat 20
Mazhab Asy’ariah-Maturidiah pada mulanya dimulai dengan tujuh sifat Allah
yang terhasil dari hujah-hujah
atau perdebatan-perdebatan ilmu Kalam yang
dikemukakan oleh Abu Hassan Asy’ari untuk menghadapi golongan Mu’tazilah tentang sifat-sifat
Allah. Kemudian dikembangkan oleh Abu
Mansur Al-Maturidi dengan tiga belas sifat
menjadikan jumlahnya dua puluh sifat. Dalam sifat dua puluh ini ada tergolong sifat nafsiah,
sifat salbiah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiah. Oleh itu, ilmu Kalam
merupakan pengetahuan tentang keesaan Allah sebagai Pencipta, yang terkandung di dalam
sifat-sifat Allah yang wajib diketahui.
Tauhid bermaksud: “Mengetahui bahawa sesuatu itu satu.” Menurut definisi
secara lebih jelas tentang tauhid: ‘Ilmu yang dapat menetapkan akidah (tekad)
keagamaan seseorang yang dicari (dikasab) dari dalil-dalilnya yang berdasarkan
keyakinan.” Mereka menjelaskan bahawa ilmu Tauhid ini memerlukan
banyak perbahasan (ilmu Kalam) kerana Allah, sifat-sifatNya dan af’alNya adalah
ghaib, dan kebanyakan orang berbeza pendapat. Ilmu Tauhid dan segala
perbahasannya di ambil dari dalil-dalil menurut kajian akal atau disebut dalil
akli dan bersumber dari al-Quran yang disebut dalil naqli.
Golongan ahli Kalam menjelaskan bahawa berzikir itu adalah membaca, memahami dan mengambil
iktibar secara langsung dari ayat-ayat al-Quran. Makrifah menurut ahli Kalam ialah
merujuk kepercayaan yang yakin terhadap sesuatu perkara yang benar-benar
berlaku berasaskan bukti kukuh walaupun secara umum. Dengan demikian,
kepercayaan serta keyakinan mereka kepada Allah adalah berdasarkan bukti logik
akal yang kukuh tentang kewujudan Allah menerusi alam ciptaanNya (pendalilan
akal).
Allah S.W.T
berfirman:
Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab
yang tebal.”
(Surah
al - Jumu’ah, ayat: 5)
Hakikatnya, roh atau hati yang
bersih dari hijab nafsu dan waswas syaitan menerusi berzikir mengingati
Allah dan bermujahadah akan dapat makrifah (mengenal) Allah iaitu sampai
kepada hakikat Allah dan hakikat
kehambaan dirinya. Mereka dapat menguasai diri dan menentang berbagai-bagai
kehendak hawa nafsunya, dan dapat pula meneguhkan imannya dengan kehendak dan
kekuasaan Allah semata-mata. Inilah yang
disifatkan oleh Allah dalam firmanNya:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
Maksudnya:
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah engkau ke dalam jemaah para
hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Surah
al-Fajr, ayat: 27-30)
Dari suatu sudut yang lain, adalah mustahil
bagi umat Islam untuk menerima hakikat
bahawa ilmu Sifat 20 yang dianggapkan amat penting sebagai jalan
mengesakan Allah (iktikad) telah tercicir dari dakwah akidah Nabi s.a.w.
dan perintah Allah di dalam al-Quran.
Malah, sifat-sifat Allah dan af’alNya tidak pernah dibincangkan atau dibahaskan oleh
para sahabat, tabi’in dan al-salaf. Demikian juga, ianya tidak diterima oleh sekalian ummah meskipun ia seorang mujtahid dalam
agama atau beta- pa pun tinggi
pencapaiannya dalam keilmuan dan ketaqwaan untuk mengubah tasawwur Akidah
al-Quran ini mengikut kaedah yang tidak Islam (ilmu Kalam). Oleh itu, Akidah
Islam yang sebenar bukanlah seperti yang diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan
umat Islam masa kini (pemahaman ilmu Kalam), sebaliknya ia terkandung secara qat‘i
(mutlak) di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Kata tokoh kaum khalaf tentang
akidah para sahabat dan para tabi’in:
“Mereka tidak
kenal perdebatan mengenai Asma’ullah (nama-nama Allah) dan sifat-sifatNya.
Mereka juga tidak mengakui adanya kajian falsafah mengenai qada’dan qadar.
Mereka tidak rela mempertikai penisbatan af’al (perbuatan-perbuatan) kepa- da
Allah atau kepada hamba-hambaNya. Semua masalah itu merupakan Ilmu Allah yang
tidak boleh difikirkan oleh akal manusia. Suatu ilmu khusus bagi Allah, bukan
medan akal manusia yang lemah menyingkap misterinya.”
Jelas mereka lagi:
“Bila akal
manusia memaksa diri melampaui batas-batas itu, maka jelas akan tersesat,
menyimpang dari apa yang dituntut oleh Allah. Dirinya akan terjerumus ke jurang
penyimpangan yang tidak ada hidayat, nur dan dalil yang jelas.”
Al-Imam Ibnu Katsir berkata:
“Fahaman yang
diajarkan beliau (Hassan al-Asy’ari) adalah penetapan 7 sifat wajib bagi Allah dan 7 sifat Mustahil, kemudiannya dikembangkan
oleh Shaikh Mansur al-Maturidi menjadi 13 sifat sampai berjumlah 20 sifat.
Apabila diteliti, nyatalah ba- hawa penetapan sifat wajib dan mustahil bagi
Allah sebanyak 20 sifat adalah penetapan beliau berdasarkan kepada akal.
Sepatutnya apa jua masalah bersangkutan kewujudan Allah S.W.T. seharusnya
berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.”
Aliran atau mazhab akidah ahli Kalam
yang berpegang kepada pemahaman ilmu Sifat
20 inilah yang merupakan golongan majoriti umat Islam masa kini. Hujah-hujah
tentang Sifat-sifat Allalah yang wajib dipelajari sebagai jalan menimbulkan
keyakinan akal kepada keesaanNya. Majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah
agama di masjid atau surau di seluruh
pelosok negeri tentang aspek akidah (penghuraian atau hujah-hujah tentang sifat-sifat Allah secara mendalam), lantas
mereka mengabaikan amalan berzikir terus menerus (Akidah al-Quran). Lanjutan
daripada itu aspek akidah (Islam) yang sepatutnya tidak diperdebatkan sepertimana
dalam kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal kini telah menjadi medan utama perdebatan hingga
timbul berbagai-bagai tafsiran terhadapnya (pelbagai mazhab ahli zahir). Masing-masing pihak bertegas bahawa
mazhab akidah merekalah yang betul. Bilamana perkara seumpama itu berlaku, maka
banyaklah fitnah yang terjadi dalam masyarakat Islam.
Di samping itu, para ulama dan ilmuwan
Kalam ini sentiasa mencanangkan kepada
ummah bahawa para pengasas dan pendokong mazhab ini telah menyusun bagi umat
Islam tentang ilmu Akidah menurut sumber-sumber yang sahih atau pun me- nyimpulkan
ijtihad menurut panduan al-Quran dan al-Sunnah serta bertepatan dengan
maslahat yang secucuk dengan roh kedua sumber tersebut. Mereka tidak mahu
menerima hakikat bahawa kesempurnaan hati atau Akidah al-Quran itu adalah
perkara ushul atau prinsip dalam syiar Islam yang tidak boleh dilakukan
perubahan atau ijtihad yang
hukumnya tetap dari mula hingga akhirnya tanpa mengambil kira faktor masa,
tempat dan suasana.
Para tokoh ulama Islam di zaman
yang awal telah menetapkan
bahawa hanya perkara furu’iyah atau cabang yang dibolehkan dilakukan ijtihad
terutamanya terhadap masalah-masalah baru yang dihadapi dalam kehidupan umat
Islam atas pertimba- ngan maslahat dan manfaat. Pada pertengahan abad ke-5H.,
para ulama Islam telah menyatakan bahawa pintu ijtihad telah ditutup. Malahan
mereka berpegang kepada prinsip bahawa segala ilmu dan kefahaman Islam telah lengkap dan sempurna.
Sebahagian
mereka mengatakan:
“Barangsiapa bertaklid kepada para sahabat r.a. dia akan menuju kepada Allah dengan selamat.”
“Barangsiapa bertaklid kepada para sahabat r.a. dia akan menuju kepada Allah dengan selamat.”
Sememangnya perlu difahami bahawa umat Islam hendaklah menyedari dan
menjauhkan dirinya daripada sebarang rupa runtunan songsang atau
perkara-perkara yang cuba menyelewengkan Islam, dan menganalisis pengertian sifat-sifat Allah secara sesat lagi menyesatkan,
bermatlamatkan mengubah nilai-nilai sebenar hakikat Akidah al-Quran (berzikir
mengingati Allah) sehingga menjauhkan umat Islam daripada memahami ketulenan
agamanya.
Tidakkah manusia itu lebih berhak mengikut petunjuk Allah yang telah menjadikan mereka, dan Dia juga
memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia!
Manusia sekali-kali tidak berhajat kepada sebarang petunjuk yang lain
meskipun petunjuk yang lain itu kelihatannya lebih baik, lebih praktikal dan
lebih layak kepada mereka pada zahirnya.
Justeru itu sebarang harapan, pergantungan dan keperluan sama ada zahir
mahupun rohani mestilah dirujuk kepada Kitab Allah selaku sumber teragung yang mampu memberi
petunjuk dan hidayah kepada manusia. Segala teori, slogan, retorik dan ideologi
yang disangka oleh manusia sebagai alat yang boleh memberikan kekuatan kepada
mereka sebenarnya palsu dan tidak membawa apa-apa erti, tanpa sandaran sebenar
kepada pertolongan dan hidayah Allah (Akidah al-Quran).
Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud:
“Berpegang
teguhlah kamu akan sunnahku dan sunnah
khulafa ar-rasyidin yang diberi petunjuk.”
(HR
Abu Daud)
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda
yang bermaksud:
“Sesungguhnya
tidak ada lain melainkan dua perkara: Perkataan (kalam) dan petunjuk. Oleh itu
sebaik-baik perkataan ialah kalam Allah, dan sebaik-baik petunjuk itu ialah
petunjuk Muhammad. Ketahuilah, hendaklah kamu menjauhi perkara yang
diada-adakan (bidaah), kerana sesungguhnya sejelek-jelek perkara ialah yang
diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu
sesat (dalalah).”
(HR
Ibn Majah)
3. Pengabaian Berzikir
Mengingati Allah
Di zaman ini didapati kebanyakan
umat Islam sudah tidak mengetahui ilmu dan amalan zikrullah (tarekat
Tasawuf). Dengan itu kita tidak terperanjat jika umat Islam sendiri telah mempersoalkan
hakikat kebenaran ilmu dan amalan tersebut. Majoriti umat Islam telah terlalu lama dan leka menghabiskan masa dan
mengorbankan seluruh usia mereka dengan sia-sia sekadar menjalani proses tarbiyah
ilmu Akidah reka cipta iaitu hujah-hujah
dan penghuraian tentang sifat-sifat Allah (ilmu Kalam).
Di samping itu, para ulama dan ilmuwan
Kalam ini sentiasa mencanangkan pelbagai
slogan akidah di dalam setiap
majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama
bagi menggambarkan kesempurnaan akidah mereka. Antaranya; kita menyatakan tauhid kepada Allah berdasarkan keyakinan semata-mata, hidayah
Ilahi kepada hati, kita hendaklah sentiasa mencintai Allah, hati kita hendaklah
sentiasa ikhlas, kita jangan mempersekutukan Allah dengan segala sesuatu, Islam hanyalah berpijak
di atas landasan penyerahan diri dan kepasrahan kepada Allah, dan lain-lain
slogan akidah yang sentiasa dicanangkan oleh para ulama dan ilmuwan Kalam itu.
Boleh dikatakan mereka tidak
menyedari bahawa untuk mencapai tingkat keyakinan sebagaimana slogan-slogan
akidah yang diwarwarkan itu hanya boleh wujud menerusi memperbanyakkan
proses menyebut dan mengingati Allah (Akidah al-Quran) yang begitu luas lagi memberi kesan
kepada fitrah manusia yang dapat
membersihkan jiwa pelakunya daripada
pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan pelbagai sifat mulia. Anjuran
dan suruhan berzikir kepada Allah secara terus menerus (sepanjang masa) dalam
al-Quran adalah banyak. Ini adalah kerana
keutamaan dan keagungan amalan ini yang
mampu menyampaikan seseorang kepada mengenal Allah S.W.T. dan menjadi roh atau
kunci khusyuk hati bagi segala amal ibadat seperti solat, haji, jihad, mencari
rezeki, puasa dan sebagainya sebagaimana dinyatakan di dalam firmanNya:
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ
قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya:
“Orang
beriman hati mereka tenang kerana
berzikrullah. Ingatlah bahawa dengan berzikrullah hati manusia akan menjadi
tenang.”
(Surah
al - Radr, ayat: 28)
Allah S.W.T. juga berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang
bertaqwa apabila disentuh rasukan syaitan, lalu mereka
berzikrullah dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pandangan
(rahmat Allah ).”
(Surah
al-A’raf, ayat: 201)
Golongan ahli Kalam yang mencipta jalan tarbiyah akidah reka cipta adalah
umpama orang yang cuba memancing ikan tanpa umpan dan mata pancing. Ia samalah
umpama hendakkan anak tanpa berkahwin (berpasangan) atau umpama mahukan buah
durian tetapi menanam pokok langsat. Sebaliknya, segala bentuk, cara dan jalan tarbiyah
(Akidah al-Quran) sebagai sebab musabab yang bertepatan itu pula semuanya telah
ditempuh dan dilalui oleh Nabi s.a.w., para sahabat dan al-salaf. Ertinya apabila umat Islam memilih
jalan tarbiyah (akidah) yang lain maka natijahnya juga akan menjadi lain.
Oleh itu, umat Islam mesti menolaknya dan kembali mengikut tarbiyah (akidah) umat generasi yang awal yang telah berjaya.
Berzikirlah dan mujaha- dah dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah berqiyamullail, dan berjuanglah
dengan sifat taqwa yang sebenar dengan melaksanakan segala amal ibadat yang
diperintahkan, serta yakin akan janji Allah nescaya kita akan dapat melihat
bagaimana Allah akan membantu dan memberi
kemenangan kepada umat Islam, sebagaimana kejayaan dan kegemilangan ummah di
zaman yang awal seperti dinyatakan dalam firman Allah
S.W.T. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
kamu tidak akan mendapati apa yang disunahkan (ketetapan) Allah itu berubah.
Sekali-kali kamu tidak akan mendapati sebarang
penukaran bagi perjalanan ‘Sunnah Allah’ itu.”
(Surah
al-Fatir, ayat: 43)
Umumnya, umat Islam di zaman ini dicengkam oleh kezaliman pemerintah,
penyelewengan kuasa, rasuah, ketaksuban, penagihan dadah, jenayah seks, masalah
juvana, sumbang mahram dan sebagainya. Begitu juga telah banyak forum, kuliah
dan ceramah agama di masjid atau di surau pada setiap hari di seluruh pelosok
negeri, program-program dakwah yang disiarkan di tv dan bahan-bahan didikan
bermesej Islam muncul di tengah-tengah masyarakat. Malah, kumpulan-kumpulan nasyid
juga semarak tumbuh dengan banyaknya. Produk-produk berjenama “Islamik” pun
semakin melambak di pasaran. Tetapi anehnya, kemelut akhlak dan nilai negatif yang
melanda ummah masa kini semakin bertambah dan berleluasa sehingga tidak dapat
di- bendung lagi. Di manakah salahnya? Ternyata pelbagai pendekatan atau
langkah-langkah secara lahiriah yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah-masalah ummah ini
sudah tersasar jauh, akibat menafikan ilmu Akidah al-Quran (gagal memiliki
khusyuk hati terhadap Allah)!
Pengabaian terhadap berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi
nafsu (Akidah al-Quran) menjadikan golongan ini tidak terjamin selamat dari
kederhakaan, kemungkaran dan kemaksiatan. Hati mereka sentiasa lalai dari berzikir mengingati Allah
(kesesatan) dan tidak dapat memiliki khusyuk hati kepada Allah S.W.T. Ibarat
orang yang tahu gula itu manis tetapi tidak pernah memakan gula. Inilah
majoriti umat Islam hari ini yang memiliki pengetahuan yang luas tentang
Syariat Islam atau hukum hakam dan fadilat-fadilat segala amal ibadat seperti
solat, puasa, ibadat haji, zakat, politik Islam (berjihad) dan sebagainya,
tetapi jahil tentang Akidah Islam. Ini kerana mereka hanya menumpukan kepada tarbiyah
ilmu Syariat Islam atau melonggokkan pengetahuan ilmu Fiqah semata-mata menerusi siri ceramah agama dan bacaan kitab-kitab
pada setiap hari, sehingga majoriti umat Islam mempunyai tasawwur yang salah
terhadap Akidah Islam yang sebenar. Akibatnya, berlaku kecenderungan melihat
Islam pada aspek Syariat semata-mata dengan membelakangkan aspek rohaniah (Akidah
al-Quran, iaitu ilmu dan amalan zikrullah) yang sedang berlaku secara
berleluasa. Kejahilan ini menyebabkan syiar Islam gagal difahami secara syumul.
Begitu ketara lambakan pada akal tentang maklumat dan ilmu Syariat Islam atau hukum hakam dan fadilat-fadilat
segala amal ibadat hanya bagaikan pelita yang diletakkan di atas atap rumah.
Apa gunanya? Sebaliknya, di dalam rumah tetap bergelap kerana cahaya pelita
hanya tersebar di atas atap. Begitulah peranan ilmu Syariat Islam semata-mata
tanpa tarbiyah hati, maka ianya tidak dapat membersihkan hijab hati. Cahayanya
hanya tersebar sekitar teori - bentuk lisan dan slogan. Mereka tahu halal dan haram tetapi bila bertembung dua keadaan
antara runtunan Tuhan dan kepentingan duniawi, nescaya terdorong mereka untuk
memilih kepentingan duniawinya. Ini kerana golongan ini
tidak pernah merasa takut kepada Allah dan sentiasa terlupa di sisi Allah adanya
azab akhirat yang amat pedih untuk ummah yang ingkar. Longgar syariatnya bukan
kerana tidak tahu tetapi kerana terhijab hati. Pengabdian dan perhambaan kepada
Allah sentiasa tidak sempurna akibat
memiliki hati yang mati (kesesatan). Mereka tidak bersifat dengan sifat-sifat
kehambaan yang sempurna dan hati tidak dapat musyahadah kepada keagungan
dan kesempurnaan Allah S.W.T., sering pula ada helah dan hujah untuk
membenarkan pelanggaran syariat. Soalnya sampai bila kita harus begini!
Mereka sentiasa leka dalam kelalaian tanpa berzikir kepada Allah (kesesatan),
nafsunya rakus, ibadatnya cuai dan tiada khusyuk hati. Syariatnya longgar,
akhlaknya rosak. Keperibadian Islamnya kurang meyakinkan. Penampilan dirinya,
gerak-gerinya, tingkah lakunya, percakapannya, pemikirannya tidak menggambarkan
keindahan Islam. Rumahtangganya tidak terpimpin dan tidak wujud suasana sebuah
keluarga Islam. Kebahagiaan hidup tidak diperolehi sepenuhnya. Masih terasa
enaknya de- ngan maksiat. Sesekali insaf dan sedar akan kelemahan imannya dan
dia tahu maksiat itu berdosa dan mendatangkan kemurkaan Allah yang balasannya adalah neraka. Namun apabila
berhadapan dengan ujian, cubaan dan tarikan ke arah kemaksiatan, seringkali
mereka tumpas dan kecundang meskipun kekadang masih ada kemahuan untuk melawan.
Inilah tipu daya yang paling besar iaitu berlarut-larut di dalam berbagai dosa
disebabkan bergantung harap terhadap keampunan (yang boleh didapati dari Allah)
tanpa ada rasa menyesal dan sentiasa menangguh untuk menghampiri diri kepada
Allah (tergelincir dari landasan akidah yang sebenar).
Golongan ahli Kalam ini hanya seperti
tubuh kaku yang tidak
bernyawa akibat roh kekuatan agama (ilmu dan amalan zikrullah) tidak diketahui dan dianggapkan tidak ada
hubung kait dengan kesempurnaan
hati/akidah. Apabila manusia sudah tidak bernyawa maka ia dipanggil mayat, iaitu
jasad yang sudah kehilangan fungsi. Oleh itu, dalam tempoh yang sangat singkat jasad itu
akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang
terpisah dari amalan rohani Islam dan alam
ghaib sama seperti jasad tiada roh (hati yang mati).
Inilah realiti yang kita dapat lihat terhadap umat Islam dewasa ini, iaitu kemunduran, kemiskinan,
zalim, ganas, jatuh menjatuh, tindas menindas, gejala murtad, menipu dan meng- amalkan
rasuah, meminum arak, berzina,
berbunuhan sesama Muslim (bangsa Arab) dan bergelumbang dengan berbagai
gejala kejahatan atau maksiat. Mereka gagal menjadi “role model” kepada umat
lain. Oleh sebab itulah, maka apabila nafsu terdorong untuk melakukan kezaliman,
penyelewengan atau lain-lain kemungkaran ataupun kejahatan maka ianya tidak
dapat ditangkis atau ditepis oleh akal yang dilonggokkan dengan pemahaman ilmu
Kalam dan pengetahuan ilmu Fiqah yang
men- dalam. Hingga dengan itu segala penawar yang kita pilih sudah tidak
berkesan lagi. Pengetahuan sifat-sifat Allah dan hukum-hakam serta fadilat
segala amal ibadat pada akal itu sekadar jadi hafalan dan tidak dapat membersihkan pelbagai
hijab hati (sifat-sifat mazmumah). Ini menepati firman Allah S.W.T.:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Maksudnya:
“Wahai umat
manusia, sesungguhnya janji Allah
(membalas amal soleh kamu) adalah benar. Maka janganlah kamu diperdayakan oleh
kehidupan dunia dan janganlah syaitan yang pandai menipu itu berpeluang memperdayakan
kamu dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).”
(Surah Fatir, ayat: 5)
Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa dakwah syiar Islam ertinya membawa
manusia amnya, dan khususnya untuk umat Islam sendiri kepada sentiasa
mengagungkan Allah (sentiasa berzikir
mengingati Allah), membesar, menyembah, mengabdi dan mentaati Allah S.W.T. Juga
ingin membawa manusia kepada menerima, memahami dan menghayati ajaran Islam dan
mendapat keredaanNya. Dan juga membawa mereka kepada kehidupan yang diikat oleh
syariat atau hukum hakam Islam yang mengandungi dorongan dan peraturan bukan
sahaja bagi membina tamadun rohani, tetapi juga tamadun kemanusiaan (duniawi).
Oleh itu, apalah yang dapat
diharapkan daripada orang yang tidak memiliki kesempurnaan akidah. Hatinya
tidak dapat menghayati keagungan dan kesempurnaan Allah (hati yang mati). Ibadatnya
cuai, syariatnya longgar dan masih lazat dengan kemungkaran. Ertinya syarat
yang pertama sebagai sebab untuk Allah serahkan kejayaan dan kemenangan sudah
gagal dipenuhi oleh umat Islam. Selagi umat Islam di tahap iman ilmu atau sekadar
berfikiran ilmu Kalam ataupun sarat dengan pengetahuan ilmu Fiqah semata-mata, maka
selama itulah Allah tidak datangkan keyakinan kepada manusia untuk menerima
Islam sepenuhnya. Kalau pun ada yang menerima Islam, maka para pengikutnya juga sama
dengan pemimpinnya, iaitu memiliki hati yang mati (kesesatan) dan gagal
menjadi penjana “rahsia kekuatan ummah.”
4. Ummah Tanpa
Kesempurnaan Hati (Kesesatan)
Dalam situasi ummah tanpa kesempurnaan akidah, andainya dia seorang
pemimpin, maka kezaliman dan kerosakan berleluasa hasil dari kekuasaan yang
dimilikinya. Pemikirannya tidak membawa banyak kebaikan kepada ummah. Pembangunannya
lebih condong kepada materialisma. Keuntungan duniawi lebih diutamakan. Rakyat
menerima padah di atas kerakusannya.
Andainya dia seorang intelek, cetusan idea dan pandangannya lebih cenderung
kepada kepentingan pemerintah. Andainya dia seorang ulama, maka masyarakat umum
tidak menjadikannya sandaran. Mereka tidak memiliki khusyuk hati terhadap
Allah. Mereka tidak mewarisi peribadi, tugas,
peranan dan tanggungjawab para Nabi dan Rasul. Kehidupan ulama tidak
berbeza dengan orang awam.
Andainya dia seorang pekerja, buruh atau petani, keluh kesah, mendongkol
dan tiada kesabaran sering melanda hidupnya. Sudahlah nasibnya miskin material
yang memang sedia susah, ditambah pula dengan memiliki hati yang mati, bertambah
parahlah penderitaan hidup yang dialami. Kemiskinan dianggapnya satu bala dari
Tuhan.
Orang kaya yang kelebihan harta benda tidak dirasainya sebagai kurnia
Allah, amanah dan ujian. Mereka kedekut, tamak, membazir, berfoya-foya,
bermewahan dan berlebihan. Akhirnya lahirlah masyarakat yang mengalami berbagai
kegawatan. Semua perkara negatif, mungkar, jenayah dan kesalahan hanya mahu
diundang-undangkan. Kemudian dikuatkuasakan berserta hukuman. Maka lahirlah
umat yang tidak pernah puas hati, berdendam, geram dan pemarah.
Begitulah situasi umat Islam apabila mengalami fenomena ‘kekeliruan
berakidah’ tanpa disedari atau lalai berzikir mengingati Allah, atau masih
berada di tahap iman ilmu Kalam (hati yang mati), mereka sentiasa tewas kepada kehendak hawa
nafsu liar. Banyak tenaga, masa dan wang
ringgit yang dihabiskan sebagai peruntukan membuat kajian, perancangan, program
dan aktiviti untuk mencegah dan membendung gejala negatif. Namun hasilnya
sangatlah mengecewakan.
Sayangnya terlalu sedikit dalam kalangan umat Islam yang menyedari dan
memandang penting terhadap persoalan pertama dan utama (Akidah al-Quran) ini.
Akibatnya umat Islam terus bergelut dan bergelumbang dengan berbagai
sifat-sifat keji dan perbuatan negatif. Maksiat dan kemungkaran itulah yang menjadi
hijab atau penghalang dari turunnya bantuan Allah. Dalam konteks dakwah pula,
ini adalah penghalang manusia menerima kebenaran (Islam).
Dari fakta-fakta yang diberikan di atas, amat jelas menunjukkan bahawa
golongan ahli Kalam ini telah menghabiskan dan mengorbankan seluruh tenaga
dan usia dengan sia-sia iaitu sekadar memberi penumpuan kepada pemahaman ilmu Kalam dan pengetahuan ilmu Fiqah yang
mendalam sebagai proses tarbiyah (akidah) yang tidak memberi manfaat kepada
aspek rohani. Malah, tanpa disedari mereka bahawa tarbiyah ilmu Akidah reka cipta itu tidak dapat memerangi nafsu
dan membaiki pe- nyaki-penyakit hati (pelbagai hijab). Oleh itu, buatlah pelbagai langkah atau program ataupun tarbiyah ilmu Akidah reka
cipta, jika tidak berasaskan kepada berzikir mengingati Allah dan bermujahadah
memerangi nafsu (tarekat Tasawuf), maka ianya tidak akan berhasil mencegah dan
membendung gejala negatif dan kemungkaran dalam masyarakat. Oleh itu, tarbiyah ilmu
agama menerusi hujah-hujah atau bacaan
kitab-kitab agama pada setiap hari di masjid atau surau hanyalah sekadar membentuk matlumat atau pengetahuan
agama yang berlegar-legar di kepala dalam bentuk pemikiran
semata-mata. Dengan itu jalan mereka (golongan ahli Kalam) menuju kepada Allah
(mendapat rahmat dan keredaanNya) menjadi jauh dan langkahnya juga menjadi
lambat sehingga mungkin tidak akan sampai hingga seseorang itu mati.
Nabi s.a.w. juga bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya
siapa di antara kamu yang hidup nescaya dia akan melihat banyak perselisihan
(yang akan terjadi). Oleh itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah
khulafa-ur-Rasyiddin yang mendapat petunjuk, gigitlah dia (sunnah-sunnah itu)
dengan geraham. Hindarkanlah olehmu mengadakan akan perkara baru (dalam urusan
agama), tiap-tiap perkara baru adalah bida’ah dan tiap-tiap bida’ah adalah
sesat.”
(HR Abu Daud dan Tirmizi)
Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang lain pula dapat menguatkan lagi berlakunya
proses kelunturan atau kemalapan ilmu dan amalan Islam. Nabi s.a.w. bersabda
seperti berikut:
“Sebaik-baik
kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang mengikuti kurun mereka itu, kemudian
kurun yang mengikuti kurun mereka itu, kemudian akan meluaslah kedustaan, maka
janganlah kamu pegang kata-kata mereka dan amalan mereka.”
Berdasarkan kepada hadis yang tersebut dapat kita simpulkan bahawa
keunggulan zaman Islam itu hanya pada peringkat tiga kurun yang awal iaitu,
kurun pertama, kedua, dan kurun ketiga Hijrah. Selepas kurun ke tiga Hijrah
kemerosotan dan kemalapan umat Islam dalam fahaman agama amat jelas sehingga
Nabi s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka berwaspada jangan sampai
terjerumus ke lembah kesesatan, mereka mestilah sentiasa menjadikan ulama-ulama
Islam yang lahir pada tiga kurun itu sahaja sebagai tonggak ikutan mereka,
contoh tauladan mereka. Oleh sebab itulah, maka kita dapati bahawa
mazhab-mazhab Islam baik dalam bidang Fiqah mahupun dalam bidang akidah yang lahir dalam lingkungan tiga kurun
yang awal itu sahaja yang boleh diikuti. Apa yang dimaksudkan dengan zaman
ulama al-salaf adalah tiga kurun tersebut. Kerana itulah ramai ulama Islam
berpendapat bahawa mazhab yang boleh diikuti oleh umat Islam adalah mazhab yang
lahir dalam lingkungan tiga kurun itu dan mana-mana mazhab yang lahir
selepasnya tidak boleh dianuti, kerana tidak terlepas daripada berbagai-bagai
kelemahan dan kecacatan.
Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
kamu akan mengikuti jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu pun akan
masuk juga”
(HR
Imam Bukhari dan Muslim)
20 comments:
Asslamualaikum ya syeikh..minta izin share..demi kbaikan umat islam akhir zman nie..bleh?
Waalaikumsalam wbt.
Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah dan mendapat keredhaanNya di akhirat nanti..
Seharusnya umat Islam berlapang dada utk menerima ijtihad para ulama' muktabar berkaitan hukum-hukum dlm bidang ilmu fekah yg melahirkan pelbagai mazhab yg menjadi ikutan umat Islam. Ijtihad yg dilakukan oleh mereka adalah berkisar kpd perkara furu' iyah (cabang) semata-mata. Ianya tidak melibatkan perkara prinsip dlm agama iaitu Akidah Islam dan Syriat Islam. Oleh itu, kemunculan ilmu Kalam sejak kurun ke-3 Hijrah yg memperdebatkan sifat-sifat Allah adalah meragukan kita umat Islam utk menerimanya sebagai ilmu Akidah Islam dan Imam al-Ghazali menyifatkan ilmu Kalam itu bukanlah aspek ilmu dalam agama Islam. Ianya hanyalah semata-mata debat yg tercela iaitu pengetahuan ttg sifat-sifat Allah sekadar utk dperdengarkan dan tidak memberi apa-apa manfaat kpd aspek rohani(hati).
Oleh itu Nabi s.a.w sentiasa berdoa memohon perlindungan dari Allah SWT daripada hati yang tidak khusyuk dan ilmu yang tidak bermanfaat. Sebuah riwayat daripada Zaid bin Arqam mengatakan bahawa Nabi s.a.w selalu berdoa dengan menyebut:
"Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang terhijab." (HR Muslim)
Apakah imam abu hanifah, malik, syafie, ahmad, begitu juga ulama hadits bukhari, muslim, nasaie, abu daud, ibnu majah, thirmizi dll beraqidah asyaariah?
Imam abu hassan asyairah lahir tahun bila?imam2 mazhab utama meninggal tahun bila? sila buka kitab sirah...ambil masa.jgn buang masa utk perkara yg tak berfaedah..
Mana2 tareqat yg hendak mendekatkan diri kpd Allah IKUT cara rasulullah SAW dan para sahabat itu adalah tareqat yg dibenarkan..selain itu adalah penyimpangan yg tidak akan sampai ke tujuannya.
Telitikan tarikh lahir Imam Abu Hassan Asy'ari, yang lahir selepas 55tahun drp tarikh kewafatan Imam Syafi'i dan 4 tahun selepas kewafatan Imam Bukhari. Ini jelas menunjukkan bahawa Imam Syafi'i dan Imam Bukhari bukanlah pengikut akidah mazhab Asy'ariah-Maturidiah (ilmu sifat 20) kerana kedua-dua tokoh itu wafat sebelum Asy'ari dilahirkan. Hitungkanlah peristiwa dan tarikh di atas dengan akal yang waras supaya kita membuat pilihan tepat terhadap pelbagai mazhab akidah dalam Islam hari ini. Begitu jugalah dengan Imam Abu Hanifah dan imam Malik yang lebih awal wafat dari Imam Syafi'i dan Imam Hanbali, maka mereka bukanlah pengikut mazhab akidah berkenaan.
Sejarah telah menjelaskan bahawa pada peringkat usia remajanya, beliau (Abu Hassan Asy'ari) adalah pendokong kuat kepada fahaman muktazilah yang menguasai dakwah akidah umat Islam di zaman kerajaan Abasiyyah. Selepas usianya mencecah 50-an baharulah beliau bertukar mazhab dengan mendirikan mazhab akidahnya yang tersendiri. Inilah yang dijelaskan oleh Imam Ibn Katsir dengan katanya:
“Fahaman yang diajarkan beliau (Hassan al-Asy’ari) adalah penetapan 7 sifat wajib bagi Allah dan 7 sifat Mustahil, kemudiannya dikembangkan oleh Shaikh Mansur al-Maturidi menjadi 13 sifat sampai berjumlah 20 sifat. Apabila diteliti, nyatalah bahawa penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak 20 sifat adalah penetapan beliau berdasarkan kepada akal. Sepatutnya apa jua masalah bersangkutan kewujudan Allah SWT seharusnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.”
Menurut Ibnu Khaldun pula, ilmu Kalam (ilmu Sifat 20) adalah ilmu yang memuat hujah-hujah untuk mempertahankan Akidah Islam dengan menggunakan dalil-dalil akli, serta memuat pula bantahan terhadap orang yang mengingkarinya, tetapi ianya berbeza dengan prinsip Akidah Islam golongan al-salaf dan Ahlus Sunnah.
Assallamualaikum Ustaz,
Ulasan dan pembacaan yang baik, namun ramai juga pihak sebelah sana yang kontra jauh dari sifat berlapang dada. Cara komen tak ada nilai Ilmiah.Tak pe lah Ustaz, sabar dan terus mencelikan ummah.Tempat saya dulu-dulu lagi hebat mereka ini. Sampai hari raya pun ikut Arab Saudi...punyalah taasub, perbezaan waktu dan masa pun tak ambil pusing asalkan ikut si-wahab. Tapi kini dah lama lupus....
tumpang share ustaz.
Tuan. adekah org yang mempelanari sifat 20 akan masuk neraka. sbb lari dari aqidah imam syafie dan imam sebelumnyA? dan bagai mana dengan ulama yang bernisbah dengan a'shariyyin? masuk neraka juga ka.
Sudah nyata dan tidak ada yang membantah bahwa sifat 20 adalah sifat yang didasarkan kepada akal. Sifat ini untuk berdebat kepada orang yang belum mengakui Al Quran dan Sunnah yang hanya mengandalkan akal. Sifat 20 diniatkan untuk berdebat dengan orang-orang atheis atau ahli filsafat yang mengandalkan akal saja untuk menerima kebenaran. nah sifat 20 ini untuk menjawab hal itu. Setelah meyakini adanya Tuhan secara akal, baru kemudian masuk kepada diskusi, mana ajaran Tuhan, mana Kalam Tuhan tersebut. Barulah dalam diskusi ini dimasuki pembahasan apakah Tuhan memerlukan utusannya di dunia untuk menyampaikan ajarannya. Jika masuk logika, baru diteliti siapakah utusan Tuhan tersebut. Apakah nabi-Nabi?. Apa pembuktian secara akal Nabi-Nabi tersebut yang jadi utusan Tuhan? Kemudian baru dicari siapa saja mereka dan apa saja isinya. Apakah isinya benar? Nah di sinilah baru masuk ke mencari utusan Tuhan yang benar, kemudian baru akan sampai kepada kebenaran Nabi Muhammad SAW. Jika sudah yakin bahwa Tuhan itu ada dengan segala sifat yang diterima secara logis, kemudian menerima Nabi Muhammad sebagai utusan yang benar, maka berikutnya silahkan patuhi semua ajaran Nabi Muhammad SAW.
Jadi tidak perlu dan beda kasus membandingkan antara sifat 20 dengtan sifat-siofat Allah dalam Al Quran. Tidak ada kelompok sifat 20 menafikan sifat-sifat Allag dalam Al Quran dan juga tidak ada sifat 20 itu yang bertentangan dengan Al Quran secara mutlak. Jikapun ada perbedaan pendapat di kalangan ulama, itu lebih kepada perbedaan penafsiran Ayat Al Quran.
Perbedaan tafsir ini silahkan diperdebatkan, tapi seharusnya tidak sampai saling mengkafirkan.
Batasan perbedeaan pendapat dalam penafsiran adalah jika penafsiran itu sampai menafikan dan bertentangan dengan ayat Al Quran lainnya.
Misalnya aliran yang mengatakan bahwa yang penting dalam ibadah itu adalah hati, kemudian tidak perlu lagi sholat, maka jelas ini bertentangan dengan ayat Al Quran yang lain.
Juga mengatakan bahwa Allah mengetahui perbuatan manusia, sehingga manusia tidak perlu lagi bersusah payah berusaha, maka itu sudah salah karena bertentangan dengn ayat Al Quran yang mengatakan: ...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri... QS Ar Ra'du ayat 11.
Jadi mari kita tidak mempertentangkan hal yang tidak perlu, mari kita dudukkan permasalahan pada porsinya. Saya setuju, ada banyak pekerjaan kita untuk melaksanakan ajaran Islam kaffah yang belum terlaksana. hentikan, setidaknya kurangi perdebatan yang tidak perlu. Sungguh Allah menjanjikan, bahwa jika kita menerapkan ajaran Islam dengan benar, sungguh kita akan menguasai dan menang terhadap barat dan timur.
Aku setuju dgn komentar @satria pribadi , pembelajaran sifat 20 adalah untuk memantapkan hujah akal drpd pelbagai serangan ism-ism ciptaan Barat. Para Sahabat, Imam2 mukhtabar yg awal, mmg tidak mempelajari ilmu kalam, mereka beriman secara terus kepada Ayat2 Quran. Tidak perlu mereka berdialog mengenai sifat Allah swt.
Kita mempelajari sifat 20, hanya sekadar mempunyai akidah yg "cukup makan". Perlulah kita meresapi kebesaran, keesaan Allah SWT dlm hati kita. Daripada akal kita teruskan kepada hati pula. Iaitu zikrullah.
Daripada zikurllah kita teruskan perjuangan mujahtulnafsi. Menyuburkan mahmudah mengalahkan mazmumah. Barulah Islam dlm diri kita ibarat sebuah pokok. Akar itu akidah, pohon nya adalah Fekah, dan buahnya adalah hasil bertasawuf. sekian
Penulis ni fahaman wahabi ke?
Zaman khalaf agama islam telah meluas melangkaui jarak pada zaman Nabi SAW dan sahabat2. Banyak pertembungan dengan falsafah2 agama lain. Zaman Nabi SAW kalau alhi2 kitab datang berbahas minta bukti..Allah hantar Jibral untuk bagi jawapan..zaman khalaf itu sudah tiada..yang ada adalah ilmu peninggalan Nabi SAW dan Sahabat2 sahaja..tetapi kalau kita bawakkan hadis Nabi..atau kata2 sahabat kepada mereka ini..adakah mereka peduli..logic akal kena lawan logic akal..Allah pun suruh guna akal..dari akal baru masuk ke hati..
Penulisan atas ke bawah carca marba, naik turun, akhirnya dimaklumi penulis ingin mengaitkan aqidah ahlu sunnah kononnya ialah aqidah tauhid tiga serangkai. Nauzubillah.
Diketahui maklum:
Ahlu Sunnah wal Jamaah (Malaysia-Asia Tenggara-Nusantara) - Aqidah Aliran Asyairah Maturidiyyah (Ranuman Dalil Naqal dan Aqal melawan Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Zahiriah, Hasywiyah etc), Mazhab Syafi'iyah (Kesatuan Pandangan ahlu Hadits & ahlu Ra'yi), Tasawuf Muktabarah al-Imam Ghazali & Sheikh Abdul Qadir al-Jailani (membongkar tarekat batiniyyah dan ajaran etika menyimpang dari akhlak Islamiyyah).
Yang pasti, ajaran Tauhid Tiga Serangkai diperkenalkan oleh Ibnu Taimiyyah di bantah oleh ulama2 Hanabilah sendiri dan kemudian mati. Dihidupkan semula oleh Muhammad Abdullah dengan nafas fahaman aqal yg baru:
1. Tauhid Rububiyyah (semua manusia bertauhid termasuk orang kafir, abu lahab, abu jahal.
2. Tauhid Uluhiyyah (orang Islam yang bertabaruk, tawasul, istighasah di tuduh syirik kafir).
3. Tauhid Asma Sifat (menjisim dan tasybih sifat2 Allah yang suci dengan beranggota badan, berarah, bertempat (istiqrar), berwajah, bertangan, berkaki etc),
Wallahualam.
Yaa mmg wahabi
Antara kitab yg terbaik untuk rujukan aqidah yg asal dizaman salafusoleh adalah kitab syarhus sunnah karangan alMuzani..anak murid utama imam Syafie. Beliau juga menulis kitab AL umm atas arahan dan imam Syafie.
Kitab syarhus sunnah adalah manifestasi dari akidah imam Syafie..
Tapi apa isi kitab ini adalah akidah yg berasaskan Al-Quran dan sunnah. Akidah yg diambil dari sahabat2 nabi sehingga ke imam2 mazhab..
Kalau siapa yang baca kitab syarhus sunnah pasti dia akan kata kitab wahabi...
Tapi lebih baik dituduh wahabi aslakn akidah sama dengan Nabi saw dan para sahabat
Imam Syafi'i berkata tentangnya bahwa: "Al-Muzani adalah pembawa panji dari mazhabku". Al-Muzani hidup sederhana dan berumur panjang, ia meninggal pada usia 89 tahun pada 24 Ramadhan 264 H. Ia dikuburkan di dekat makam Imam Syafi'i.
Untuk faham mestilah guna akal. Syariat diturunkan melalui para Nabi dan Rasul pun kerana manusia adalah ciptaanNya yang berakal.
Cuma akal para Nabi bertaraf fathonah.
Ada banyak cara seseorang itu mendapat hidayah dan beriman.
Rukun iman yang pertama adalah yakin Tuhan adalah Allah SWT. Macam mana nak yakin, kalau tidak nampak? Justeru kita memberi hujah kepada akal, supaya faham kewujudan alam dan hukum2 alam ini terbuktinya adanya pencipta yang mentadbir. Masakan sesuatu itu boleh tercipta tanpa pencipta? CiptaanNya sungguh sempurna, menunjukkan Dia adalah pencipta yang memiliki kuasa, ilmu dan kesempurnaan yang tiada tolak bandingan.
Begitulah contoh mudah yang cuba dijelaskan oleh Imam Asy'ari dalam kitab akidahnya. Beliau mengabungkan hujah akal dan hujah Quran.
Menggunakan hujah akal adalah lebih mudah untuk menarik minat orang bukan Islam yang mempunyai daya logik yang tinggi. Begitu juga ia lebih mudah menangkis serangan kaum Atheist. Kerana dua golongan ini tidak yakin hujah Quran itu datangnya daripada Tuhan.
Oleh itu terpulang semula pada pendekatan yang kita ambil dalam mengimani rukun iman. Asalkan ia kembali kepada hujah Quran dan Hadis.
Cara para sahabat beriman adalah berbeza. Para sahabat tidak mempersoalkan mengikut hujah akal mereka. Contoh apabila ayat bersedekah, infak turun, mereka terus bersedekah sehingga miskin. Kalau kita kata cara kita beriman dekat dengan cara para sahabat, maka tanyalah diri kita betulkah begitu? Atau kita akan berhujah-hujah dahulu, bulan ini gaji aku cukup ke? Esok nak makan apa kalau infak semua harta? Anak bini macam mana?
Para sahabat dapat menyaksikan sendiri mukjizat Rasulullah SAW. Jadi iman mereka sudah pasti berbeza. Mereka dapat bimbingan "direct" dari Rasulullah SAW. Dapat melihat sendiri keindahan rupa paras dan akhlak baginda.
Jadi apabila zaman berubah, ilmu Islam juga berkembang sesuai dengan watak masyarakat dan budaya masing-masing. Ilmu Islam sentiasa "fresh" tetapi "tapaknya" *rukun iman" tetap sama.
Setuju
Post a Comment