AKIDAH AL-QURAN VS ILMU AKIDAH REKA CIPTA


Titik permulaan ilmu Akidah Islam bukanlah  bermula di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah (fahaman Muktazilah dan ilmu Sifat 20, iaitu mazhab Asy’ariah-Maturidiah)  sekitar kurun ke 9 M. dan mazhab Wahabi di Arab Saudi (teori Tauhid Wahabi) pada kurun ke 18 M.  yang diasaskan menerusi hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu akidah baru  yang tidak memberi manfaat kepada aspek rohani, iaitu gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah), tetapi  ilmu (akidah) itu mesti didasarkan dari dua sumber utamanya iaitu al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang telah  memfokuskan tasawwur Akidah  Islam kepada satu hakikat bahawa memperbanyakkan berzikir kepada Allah  sebagai inti pati dan tonggak utama untuk mencapai kesempurnaan hati/akidah.

Amalan ber‘uzlah/suluk Nabi s.a.w. di Jabal Nur selama beberapa tahun yang dipimpin oleh mursyid baginda, Jibrail a.s. merupakan asas ilmu Akidah Islam dalam mentarbiyyah (akidah) para sahabat r.a. untuk mencapai kesempurnaan aspek rohani (hati) menerusi amalan berzikir dan mujahadah memerangi nafsu membersihkan hijab-hijab hati (sifat-sifat mazmumah). Di zaman yang awal itu tidak ada kitab-kitab ilmu Kalam, teori Tauhid Wahabi, ilmu Tasawuf, tafsir al-Quran, ilmu Fiqah dan sebagainya yang digunakan baginda untuk menghuraikan dan menggambarkan (secara teori) proses penyucian jiwa (ber‘uzlah) itu. Tegasnya, dalam tempoh itu tiada ceramah agama atau bacaan kitab-kitab pada setiap hari untuk mentarbiyah hati para sahabat secara teori atau sekadar memberi maklumat ataupun  penyampaian pengetahuan (agama) yang   berlegar-legar di kepala dalam bentuk pemikiran semata-mata seperti proses tarbiyah akidah ummah pada hari ini menerusi pemahaman ilmu Akidah reka cipta ataupun  pengetahuan ilmu Fiqah (hukum hakam dan fadilat segala amal ibadat) secara mendalam  yang hanya tersebar sekitar teori atau berlegar-legar di kepala dalam bentuk pemikiran semata-mata  untuk menyampaikan seseorang kepada mengenal (makrifah) Allah.

Malah lebih dari itu, tarbiyah akidah itu merupakan suatu penghayatan langsung yang perlu diceduk secara langsung dari diri pemiliknya dan ia bersambung menyambung dari satu tangan  ke satu tangan sampai kepada Nabi s.a.w. Oleh demikian, hal dan rasa keimanan, khusyuk hati, keikhlasan, keyakinan, kesabaran, kesyukuran dan lain-lainnya yang dihayati oleh Nabi s.a.w menerusi cara demikian dapat dipindahkan kepada para sahabat r.a., tabi‘in dan generasi berikutnya sampai kepada mereka. Oleh itu, elemen mursyid atau guru mempunyai hubungan yang sangat erat dengan tarbiyah itu sebagai suatu instrumen mendidik kerohanian merentasi pelbagai tingkatan iman (al-muqamat).

Selain itu, akal manusia tidak mampu untuk mengenali kebenaran hakiki serta membezakan antara pekara sebenar ataupun yang palsu khususnya dalam mencapai maqamat al-Hidayah (pelbagai tingkatan hidayah Allah). Manakala kesimpulan pelbagai kenyataan Imam al-Ghazali pula difahami beliau turut menyifatkan bahawa memasuki tarbiyah tarekat Tasawuf di bawah kepimpinan seorang shaikh mursyid adalah fardu ‘ain bagi setiap muslim kerana setiap individu tidak mungkin terlepas dari pelbagai penyakit hati kecuali para nabi. Begitu juga Ibn ‘Ata’illah dalam hal ini mengambil sikap yang sama menyatakan kemestian kepada setiap individu muslim mencari seorang shaikh mursyid bagi membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit rohani bermula dari sifat mensyirikkan Allah, munafik, ujub, riak, takbur dan banyak lagi sifat tercela yang tidak mungkin seseorang itu menanganinya bersendirian.

Secara jelas, selama lebih sebelas tahun  Nabi s.a.w. menangani permasalahan dalaman manusia (akal, nafsu dan hati) di kota Makkah adalah untuk menyempurnakan elemen-elemen dalaman para sahabat menerusi berzikir mengingati Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. Ternyata proses tarbiyah (akidah) Nabi s.a.w. menerusi berzikir dan bermujahadah (untuk mencapai kesempurnaan akidah) adalah bertentangan dengan tarbiyah (akidah) yang dilaksanakan kebanyakan umat Islam di zaman  ini yang dicapai menerusi hujah-hujah dan penghuraian  ilmu Akidah reka cipta secara teori atau sekadar maklumat (pengetahuan agama) semata-mata  yang tidak mampu membersihkan pelbagai hijab hati (sifat-sifat keji).

Hakikatnya,  amalan zikrullah yang dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke atas setiap mukalaf adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung di dalamnya, iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan dan ia boleh dicapai menerusi proses menyebut-nyebut dan mengingati kalimah (Allah) itu. Dengan kata-kata lain, golongan (ahli zahir) ini seolah-olah menganggap peraturan  yang ditetapkan oleh al-Quran  (memperbanyakkan berzikir kepada Allah) itu tidak lengkap  atau tidak sempurna, dan masih memerlukan perubahan atau ijtihad tanpa mereka sedari bahawa Allah S.W.T. menjadikan amalan ini sebagai seutama-utama  ibadat (menjadikan segala amal ibadat itu mulia atau sempurna) berpandukan kepada firmanNya:
Maksudnya;
“Dan zikrullah itu adalah seutama-utama ibadat”
                                                                 (Surah al-Ankabut, ayat: 45)

Hal demikian menunjukkan bahawa pendirian para tokoh Tasawuf  menjadikan jalan berzikir dan mujahadah (untuk membersihkan hijab hati dan membendung kehendak hawa nafsu) yang diketengahkan oleh mereka adalah jalan terbaik untuk mencapai kesempurnaan akidah atau makrifah Allah berpandukan banyak ayat anjuran berzikir dalam al-Quran. Amalan  ini  diasaskan   jalan suluk/‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’, sehingga baginda menerima wahyu yang pertama dan terus dilantik menjadi rasul seperti yang diriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari. Amalan tersebut juga diasaskan kepada bersuluk/‘uzlah empat puluh hari empat puluh malam yang dilakukan oleh  Nabi Musa a.s. di bukit Tur Sina’, seperti yang disebutkan kisahnya di dalam al-Quran (Surah al - A’raf, ayat: 142).

Jalan tarbiyah akidah yang dilaksanakan  Nabi s.a.w. ke atas para sahabat  merupakan jalan bermujahadah membendung kehendak hawa nafsu dan membersih sifat-sifat keji yang ditimbulkan oleh aspek  (nafsu) itu dalam melaksanakan segala perintah Allah  dan menjauhi semua laranganNya, untuk mencapai hakikat makrifatullah dan hakikat kehambaan dirinya sendiri (membentuk sifat taqwa yang sebenar). Baginda juga menjelaskan bahawa baiknya seseorang manusia itu bergantung kepada baik hatinya dan jahat hatinya dari berbagai-bagai penyakit batin yang tersembunyi itu. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya ada segumpal daging di dalam jasad (manusia) itu, apabila ia itu baik maka baiklah seluruh jasad, bila ia rosak maka rosaklah jasad keseluruhan. Ketahuilah, itulah hati.”

Seterusnya baginda menjelaskan bahawa tempat tumpuan dan tilikan Allah  terhadap hamba-hambaNya ialah hati. Baginda s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad kamu, tidak pula kepada rupa (zahir) kamu tetapi Allah memandang terhadap hati-hati kamu.”

Apabila hati telah bersih dari berbagai-bagai sifat tercela (mazmumah) dan dipenuhi pula dengan berbagai-bagai sifat terpuji (mahmudah) serta berzikrullah terus menerus tanpa lalai, maka baharulah hati itu menjadi baik, sihat sejahtera. Orang yang mempunyai hati yang serupa inilah yang beroleh kejayaan yang sebenar dan abadi. Memang benarlah firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.”  (Surah al-Shu’ara’, ayat: 88-89)

Peranan Nafsu Menyesatkan Manusia

Sesungguhnya Allah telah mengingatkan umatNya  tentang fitrah manusia yang dijadi- kanNya mencintai  nafsu yang  sentiasa menyuruh mereka melakukan kejahatan dan maksiat serta melalaikan manusia dengan keseronokan kehidupan duniawi yang sementara. Inilah ujian yang amat jelas ke atas manusia sebagai khalifah di atas muka bumi untuk memilih siapa yang taat dan patuh kepada perintahNya dengan kesungguhan berzikrullah dan bermujahadah memerangi desakan nafsu. Ternyata nafsu itu amat sukar untuk ditundukkan kecuali dengan adanya suatu pendorong yang kuat (amalan ber‘uzlah/ suluk, iaitu berzikir dan mujahadah) bagi memecahkan desakan hawa nafsu dan menakutkannya. Oleh kerana itulah, maka umat Islam mesti benar-benar memahami hakikat bahawa segala jenis kemungkaran, maksiat, kejahatan dan gejala negatif (kelalaian kerana terlalu mencintai duniawi) adalah berpunca dari desakan nafsu liar itu. Tegasnya, manusia yang mampu bermujahadah memerangi kehendak dan desakan hawa nafsu akan berjaya mencapai kesempurnaan hati atau khusyuk hati terhadap Allah yang sebenar-benarnya dan memiliki sifat taqwa yang sebenar serta akhlak yang mulia.
Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”                                           (Surah Yusuf, ayat: 53)

Allah S.W.T.  berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dihiasi kepada manusia, mencintai nafsu seperti perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak umpamanya emas dan perak, kuda yang bagus (kenderaan) dan binatang-binatang ternakan serta tanaman. Yang demikian itu buat kesenangan hidup di dunia sahaja tetapi di sisi Allah ada sebaik-baik  tempat,  iaitu syurga (orang-orang yang beriman dan beramal ibadat).”                    (Surah Ali ‘Imran, ayat: 14)

Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Ketahuilah oleh mu, bahawasanya hidup di dunia ini ialah permainan, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba mengumpul harta dan anak-anak.”                    
                                                                (Surah al - Hadid, ayat: 20

Demikianlah sifat manusia yang sentiasa  terdorong dengan desakan hawa nafsu ke arah kesenangan dan keseronokan duniawi yang memperdayakan, sentiasa leka dalam kela- laian dari berzikrullah dan tertarik melihat perkara-perkara yang enak dan mengghairahkan. Nafsu itu sentiasa gemar kepada sesuatu yang mendatangkan kenikmatan dan kesenangan, meskipun nikmat-nikmat itu sedikit sahaja dan sementara sifatnya. Nafsu dengan sifat-sifat yang keji sangat mempengaruhi jiwa seseorang, sehingga ia dapat mengabaikan pertimbangan akal yang waras meskipun dia merupakan seseorang yang berpendidikan tinggi atau ilmuwan Islam. Hal ini perlu disedari kerana sifat nafsu itu apabila mengajak kepada maksiat atau kejahatan ia seperti haiwan liar, apabila dalam keadaan marah bagaikan binatang buas dan apabila diajak menghadapi musibah ia seperti anak kecil, sebaliknya apabila mendapat nikmat ia sombong seperti Fir’aun sehingga dalam syair Arab dikatakan:
“Nafsu itu seperti khimar (keldai) yang hina, jika engkau beri makan (kenyang) ia akan menendang orang dan kalau lapar ia berteriak-teriak.”

Nafsu itu mesti ditegah atau dikendalikan dengan berlapar dan haus, dihinakan  dengan dipadamkan semangat bermegah dan rasa mulia, dikurangkan nafsu syahwat dan ditun- dukkan di bawah telapak kaki orang yang semata-mata memandang akhirat, dihancurkan nafsu itu dengan meninggalkan hiasan orang-orang kaya. Elakkan diri dari kejahatannya dengan sentiasa buruk sangka terhadapnya dan berjinak-jinaklah selalu dengan semua perkara yang tidak disukai oleh nafsu itu, sehingga dalam sebuah syair Arab dikatakan:
“Jagalah nafsumu, dan janganlah engkau merasa aman dari tipu dayanya. Sesung- guhnya nafsu itu lebih jahat daripada tujuh puluh syaitan.”

Jika hawa nafsu seseorang itu telah menguasai akal dan hati nuraninya, sehingga dia lebih mematuhi kehendak hawa nafsunya daripada perintah Allah S.W.T., maka pada hakikatnya mereka telah menjadikan nafsu itu sebagai tuhan kerana selalu mengutamakan ajakan hawa nafsunya, sedangkan kepada Allah  ia sentiasa derhaka dan ingkar. Nabi s.a.w. sentiasa mengingatkan kepada ummah agar tidak terpedaya oleh kehendak hawa nafsu dan kehidupan dunia. Oleh sebab itulah Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Dan siapakah yang terlebih sesat dari orang yang mengikuti hawa nafsu dengan tiada mendapat petunjuk dari Allah.”
                                                      (Surah al - Qasas, ayat: 50)

Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya, apakah kamu menjadi pemelihara ke atasnya ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan  mereka  mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu   kecuali  seperti  bina- tang  ternakan  malahan lebih sesat lagi.”
                                                        (Surah al - Furqan, ayat: 43-44)

Perubahan sikap pasti mengundang cabaran. Walaupun akal sudah tahu dan emosi sudah mahu, kekadang manusia kalah juga kerana tidak mampu untuk kosisten berubah. Ini kerana adanya nafsu yang sentiasa menipu akal dan menggoda emosi untuk meninggalkan perbuatan yang baik. Di situ barulah kita tahu betapa sukar dan susahnya berha- dapan dengan berbagai halangan dan rintangan yang datangnya dari syaitan dan nafsu sendiri. Godaan nafsu umpama ‘musuh dalam selimut”  dalam diri manusia. Nafsu adalah musuh dalaman yang sangat merbahaya. Ia umpama kuda liar yang jika tidak dipukul, dilatih dan dijinakkan akan sentiasa ganas dan menendang. Oleh itu, nafsu mesti diperangi menerusi amalan bersuluk/‘uzlah iaitu berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh.

Tiada suatu yang mudah kecuali Allah permudahkan. Apabila kita berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh nescaya Allah  membuka jalan dan ruang ke arah mencapai kejayaan sebagaimana firman Allah  yang bermaksud:
“Mereka yang berjuang kerana menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami.”                                     (Surah al-Ankabut, ayat: 69)

Memerangi Nafsu Bagi Menjana Pembentukan Sifat Taqwa Sebenar dan Akhlak Mulia                 

Allah menjanjikan perubahan atau kemajuan kepada mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu iaitu hati (roh), akal dan nafsu yang merupa- kan elemen dalaman manusia yang bersifat rohaniah. Allah menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan kepada elemen-elemen di atas. Maka perubahan yang terpokok, utama dan terpenting ialah kita mesti berubah secara proaktif (dengan pilihan), bukan reaktif (dengan paksaan). Untuk berubah secara proaktif perubahan mesti bermula dari dalam (bermujahadah memerangi nafsu). Amalan ini adalah selaras dengan tarbiyah akidah yang sebenar (Akidah al-Quran) menerusi amalan zikir dan mujahadah, yang kemudiannya akan membentuk “tasawwur” yang tepat, dan akhirnya terbentuklah “nur zikrullah” yang kuat. “Nur zikrullah” yang kuat inilah akhirnya yang akan membentuk sikap seterusnya perilaku seseorang. Dan semua ini melibatkan akal, nafsu dan hati yang merupakan elemen dalaman manusia. Inilah tertib berkesinambungan dalam proses perubahan manusia. Begitulah tarbiyah akidah Nabi s.a.w. selama lebih 11  tahun, baginda menangani permasalahan dalaman manusia (akal, nafsu dan hati) di kota Makkah, iaitu untuk menyempurnakan elemen-elemen dalaman para sahabat r.a. menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. Inilah tertib berkesinambungan dalam proses perubahan sikap manusia. Oleh sebab itulah maka Allah S.W.T.  berfirman:
Bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengu- bah apa yang ada dalam diri mereka.”                               
                                                                 (Surah al-Ra’d, ayat: 11)

Sejarah telah membuktikan hakikat ini, bangsa Arab yang sebelumnya terkenal jahil dan ganas telah bertukar menjadi bangsa yang kuat dan mulia setelah menerima Islam. Dalam jangka masa tidak sampai 30 tahun setelah  ditarbiyahkan dengan Akidah  al-Quran (ber- zikir dan mujahadah), umat Arab telah menguasai empayar dunia. Ini telah dibuktikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab dengan katanya:
“Kami bangsa Arab kuat dan berkuasa kerana Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan terhina.”

Kejayaan golongan yang memiliki kesempurnaan akidah yang hakiki  itu tidak hanya kepada bangsa Arab sahaja, malah bangsa Turki, Mongol, Kurdi dan Tartar dan lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan masing-masing dengan Islam. Asas akidah yang kuat dan sempurna (Akidah al-Quran) inilah menjadi rahsia kekuatan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dan berakhlak mulia dari kalangan bangsa itu.

Dunia ini dijadikan Allah  hanyalah  sebagai alat atau jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, bukan sebagai tujuan atau matlamat lain manusia dijadikan khalifah di atas muka bumi. Rasa keagungan dan kebesaran Allah SWT menguasai diri lalu terserlah  pula rasa penyerahan diri yang sempurna kepada- Nya sahaja. Kehidupan harian mereka diliputi dengan kekusyukan beribadat. Sesungguhnya Islam telah menyimpulkan matlamat-matlamat manusia dalam satu matlamat, iaitu mencari keredaan Allah.

Amalan Zikir Mengingati Allah Sebagai Tonggak Utama Dalam Akidah al-Quran

Al-Quran membawa kepada manusia satu konsep tasawwur (menggambarkan atau memberi tanggapan) penting dalam Akidah Islam iaitu berzikir mengingati Allah sebagai wasilah atau jalan  yang mampu menyampaikan seseorang  kepada makrifah (mengenal) Allah S.W.T. atau mencapai kesempurnaan akidah. Ternyata al-Kitab mengkehendaki supaya umat Islam memfokuskan tasawwurnya kepada satu hakikat bahawa berzikir kepada Allah  sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam. Amalan rohani Islam ini mempunyai tahap hubungan yang tinggi dan erat dengan Allah dan Dia amat hampir dengan hamba-hambaNya. Pandangan berkenaan dikukuhkan lagi dengan firman Allah S.W.T:
"Dan Dia  berserta kamu di mana-mana pun kamu berada." 
                                                              (Surah al-Hadid, ayat: 4)   
FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya (sendiri).”                                  
                                                              (Surah Qaf, ayat: 16)

Secara jelas, al-Quran telah menetapkan bentuk tasawwur akidah yang tersendiri, tidak didahului sebelumnya oleh hujah-hujah dan debat tercela (ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi). Di dalamnya terdapat pengertian bahawa memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah (amalan zikir mengingati Allah secara terus menerus) menjadi inti pati dalam membentuk satu sifat teras iaitu mentauhidkan Allah dalam dalam semua keadaan serta taat dan patuh kepadaNya dalam setiap detik kehidupan mukalaf, yang dengannya akan terhasil sifat ubudiyyah (kehambaan), iaitu tujuan utama penciptaan  jin dan manusia. 

Anjuran dan suruhan berzikir kepada Allah secara terus menerus (sepanjang masa) dalam al-Quran adalah banyak dan semua itu menggambarkan betapa perlu dan pentingnya kepada seseorang Muslim dalam menzahirkan sifat kehambaan dirinya kepada Allah S.W.T. menerusi amalan rohani Islam ini. Oleh itu, berzikir mengingati Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah al-Quran adalah satu pekara wajib ke atas setiap mukalaf. Kitab Allah ini sesungguhnya telah mengubati hati manusia yang sebelumnya berada di dalam kesesatan (hati yang mati). Ini kerana hakikat akidah (hati/roh) merupakan fitrah yang sedia wujud dalam diri manusia dan amalan rohani ini sebagai wasilah yang terpenting dalam proses untuk menyucikan pelbagai hijab hati (sifat-sifat tercela).

Di antara sifat-sifat keji itu ialah rosak akidah (lalai berzikrullah), sombong, tidak suka beramal dengan perkara-perkara sunnah, riyak, hasad, sum’ah, pemarah, bakhil, mengikut hawa nafsu pada tiap-tiap yang mendorong syahwat, terlalu cintakan kebendaan dan duniawi, dayus terhadap isteri, menderhakai kedua-dua ibu bapa, menyebar fitnah, mengejar kemasyhuran, mendengar dan menonton perkara yang melalaikan, sentiasa cenderung ke arah maksiat dan meninggalkan taubat, mudah melakukan zina, meminum arak, berjudi, tenung nasib, menghina orang lain, suka bertegang leher dan sebagainya. 

Antara dalil al-Quran yang menonjolkan anjuran  berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya seperti firmanNya:
Maksudnya:
“(Orang berakal) itu ialah mereka yang (berterusan) berzikrullah ketika berdiri, duduk dan berbaring (sambil) memikirkan (keagungan dan kesempurnaan Allah) dalam ciptaanNya yang di langit dan di bumi.”       (Surah Ali Imran, ayat: 191)

Maksudnya:
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu (berzikrullah) sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi (sepanjang masa).”    
                                                             (Surah Ali Imran, ayat:  41)

Maksudnya:
“Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah (berzikrullah), Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.”                 
                                                            (Surah al - Ahzab, ayat: 35)
Maksudnya:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah (s.a.w.) itu ciri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak berzikrullah (sepanjang masa)."       
                                                        (Surah al - Ahzab, ayat: 21)
Maksudnya:
"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah (rezeki) dan berzikrullah sebanyak-banyaknya (sepanjang masa)." 
                                                           (Surah al - Jumu’ah, ayat: 10)

Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan.  Oleh itu  jenis zikir yang dilaksana- kan itu terdiri dua jenis iaitu zikir lisan dan zikir hati (zikrul-Qalb). Zikir lisan menggunakan kalimah yang tersusun, ada suara dan huruf-hurufnya yang tidak mudah dilakukan oleh seseorang pada sebarang waktu apapun. Di waktu kita kesibukan menguruskan segala aktiviti kehidupan atau amal ibadat, maka sudah tentu ianya  akan menyukarkan kita untuk melaksanakan zikir lisan. Oleh itu, dianjurkan kita melaksanakan zikir hati (zikrul-Qalb)  semasa mengerjakan  amal ibadat tersebut. Dengan kesemuanya jalan itu, seseorang dapat melaksanakan amalan zikir mengingati Allah itu dengan sempurna iaitu meliputi zahir dan rohani.

Oleh sebab itulah maka kita tidak hairan jika Allah S.W.T. memerintahkan Nabi s.a.w. supaya sentiasa berzikir  di dalam hati (Akidah al-Quran), serta menjadi suatu tuntutan kepada seluruh umat Islam mukalaf  melaksanakannya seperti dinyatakan dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan sebutlah akan Tuhanmu, Allah, di dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, tanpa suara, di waktu pagi dan petang (sepanjang masa) dan janganlah engkau menjadi orang yang lalai (lalai berzikir).”         
                                                                   (Surah al - A’raf, ayat: 205)

Dengan itu, berertilah bahawa seseorang Muslim yang memiliki kesempurnaan akidah, maka dia  tidak akan lalai dari  sentiasa berzikir mengingati Allah  (Akidah al-Quran) meskipun  sibuk dengan aktiviti kehidupan harian atau mengerjakan amal ibadat. Tambahan pula hati  merupakan tempat yang menjadi pandangan dan perhatian Allah. Hati juga adalah tempat terletaknya iman dan wadah bagi berbagai rahsia ghaib. Hati juga  merupakan punca terpancarnya berbagai nur. Jika hati itu baik maka baiklah seluruh jasad dan jika hati rosak maka binasalah seluruh tubuh badan itu (maksud Hadis).

Para sahabat r.a. mengingatkan kepada para tabi’in tentang  dakwah Nabi s.a.w. bahawa mereka pada peringkat mulanya mempelajari iman (tarbiyah akidah), iaitu selama lebih sebelas  tahun di kota Makkah (tanpa perintah mengerjakan segala amal ibadat seperti solat, puasa, jihad, haji, zakat dan sebagainya), kemudian selama sepuluh tahun di kota Madinah, iaitu  aplikasi sistem Islam secara total (pelaksanaan segala perintah Allah, iaitu Syariat dan Akidah al-Quran). Di samping itu, kesempurnaan akidah yang dibina di kota Makkah terus menerus disubur, dibina dan dikukuhkan, dan tarbiyah akidah (amalan rohani Islam) terus berjalan untuk golongan yang baru memeluk Islam. Mereka menyebut seperti yang digambarkan di dalam kitab Qut-ul-Qulub, karangan Shaikh Abu Talib al-Makki (m. 368 H./992 M.):
 “Kami pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda mengajar kami iman, kemudian mengajar kami al-Quran (hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran) maka bertambahlah iman kami dan akan sampai satu zaman (nanti) di mana orang  ramai mempelajari (hukum-hukum yang terdapat di dalam  al-Quran) itu sebelum mempelajari iman.”

Kenyataan yang tersebut di atas menjelaskan bahawa selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. menangani permasalahan dalaman manusia (pelbagai hijab hati) di kota Makkah adalah untuk menyempurnakan hati para sahabat r.a. menerusi berzikir mengingati Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hakikatnya, apa yang diperintahkan Allah  menerusi jalan tarbiyah (akidah) ini  bukanlah sesuatu yang misteri, seolah-olah tiada ayat  Allah dan Hadis Nabi s.a.w. untuk menjelaskan bentuk dakwah (akidah)  ini sebagaimana yang difahami oleh golongan ahli zahir (mazhab Fuqaha, mazhab Wahabi, jemaah Tabligh dan lain-lain)  sehingga mereka terpaksa  merangka pelbagai jalan atau proses tarbiyah akidah  reka cipta (pendalilan akal dan teori Tauhid Wahabi) untuk menyampaikan seseorang kepada mengenal (makrifah) Allah.

Boleh dikatakan  golongan mazhab akidah ahli zahir tidak menyedari bahawa untuk men- capai tingkat keyakinan dan kesempurnaan akidah sebagaimana slogan-slogan akidah yang sentiasa diwarwarkan dalam kalangan mereka itu hanya boleh wujud menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah sebagai pencetus kesedaran hati  yang dapat membentuk sifat teras iaitu mentauhidkan  Allah dalam semua keadaan yang dapat membersihkan jiwa pelakunya daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia seperti dinyatakan di dalam firmanNya:
Maksudnya:
“Orang beriman  hati mereka tenang kerana berzikrullah. Ingatlah bahawa dengan berzikrullah hati manusia akan menjadi tenang.”              
                                                                (Surah al - Radr, ayat: 28)
Allah S.W.T.  juga berfirman:
Maksudnya:
“Sesungguhnya  orang  yang  bertaqwa  apabila  disentuh   rasukan syaitan, lalu mereka berzikrullah dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pandangan (khusyuk hati).”                                        (Surah al - A’raf, ayat: 201)

Amalan zikir yang dilaksanakan dalam tarekat Tasawuf  merupakan proses tarbiyah akidah untuk membersihkan pelbagai hijab (sifat-sifat mazmumah) bagi peningkatan darjat hati daripada lalai (kesesatan) kepada sedar menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah (amalan zikrullah). Hakikat fakta ini dapat kita lihat dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan berzikir mu). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”  
                                                         (Surah al - Baqarah, ayat: 198)

Ayat   al-Quran   tersebut   menjelaskan bahawa mempelajari ilmu dan amalan zikrullah
adalah  wajib  kerana diperintahkan oleh Allah S.W.T. Apabila sempurna amalan rohani
Islam ini  maka  hati itu  telah sedar atau  terjaga  ataupun hidup (hati yang mengingati Allah) dan  dilimpahi  hidayah Allah,  dan  tidak  tergolong dalam golongan yang sesat  (hati yang mati).   Renungkan   bagaimana tasawwur akidah  Islam  yang  berasaskan amalan  rohani  Islam  ini  yang  benar-benar  berhubung  dengan  fitrah   dalam diri manusia (hati/roh)  lagi bertepatan  dengan  realiti  kejadiannya,  iaitu  ditiupkan  roh  semasa manusia di dalam kandungan ibu,    maka tiadalah  cara lain   baginya kecuali dengan  cara  memusnahkan segala  halangan serta pelbagai hijab hati yang mendindingnya  di dalam  hubungan  rohaniah  dengan Allah S.W.T.

Setelah berjaya menjalani proses tarbiyah (berzikrullah dan mujahadah) itu maka hati itu akan terhias dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti   rasa takut dan harap, sentiasa bertaubat, zuhud, malu terhadap Allah, sabar, sentiasa bersyukur, ikhlas, tawakkal,  mahabbah, redha, menunaikan amanah, pemurah, warak, meninggalkan khianat, menyebarkan salam (silaturahim), baik amalan, menjaga hak, cintakan akhirat, khuatirkan hisab di akhirat, merendah diri, tidak menyakiti orang, berfikir dan muhasabah, mengharap akan sampai kepada Allah, takutkan Allah, membuang lintasan-lintasan akal yang buruk, sedikit angan-angan dunia, insaf diri, baik sangka, sabar terhadap bala atau ujian Allah,  jiwanya hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak dan sebagainya lagi.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Adakah orang yang hatinya mati lalu Kami hidupkan dan kami jadikan dalam hati yang hidup itu cahaya (dengan hati yang bercahaya dan dapat memahami kebenaran Allah) dan menyampaikannya kepada manusia, (adakah orang ini) sama dengan orang yang hatinya mati yang berada dalam berbagai-bagai kegelapan yang tidak boleh keluar daripada kegelapan itu?"                                                            (Surah al - An’am, ayat:122)

Nabi s.a.w.  pernah mengaitkan hubungan memperbaharui iman dengan memperbanyakkan berzikir menyebut serta mengingati Allah dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Perbaharuilah iman kamu! Para sahabat r.a. bertanya: Bagaimana caranya memper- baharui iman kami? Jawab baginda (s.a.w.): Perbanyakkan ucapan: La ila ha Ilallah (proses menyebut-nyebut dan mengingati Allah secara berterusan).”

Secara  jelas al-Quran menonjolkan suruhan supaya umat Islam mempelajari berzikir kepada Allah sebagai dalil khusus yang mewajibkan amalan tersebut. Malah, al-Quran menggambarkan suatu kewajipan setiap individu Muslim melaksanakan zikir yang terus menerus kerana ia merupakan permulaan hidayah daripadaNya. Oleh yang demikian, apabila konsep amalannya termaktub dalam sumber utamanya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, di samping  terserlah kepentingan pengamalannya dalam mencapai kesempurnaan akidah (makrifah Allah), dapatlah difahami bahawa tuntutan memperbanyakkan menyebut dan mengingati Allah  itu  bukan sekadar  suatu galakan atau suatu anjuran amalan sunat kepada setiap mukalaf. Dalam hal ini Allah menghubungkait khusyuk hati (kesempurnaan akidah) dan berzikir mengingatiNya dengan maksud menyempurnakan aspek rohani (hati) menerusi amalan berzikir mengingati Allah  terus menerus sebagaimana firman Allah:
“Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk mengkhusyukkan hati mereka dengan mengingati Allah (berzikrullah).”              
                                                                (Surah al-Hadid, ayat: 16)

Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Mereka adalah orang yang beriman (dan beramal soleh) dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”                                                (Surah Ar-Ra’d: ayat 28)

FirmanNya lagi:
Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.”                                             (Surah al-Muzammil, ayat:  8)

Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Niat yang ikhlas berada dalam hati yang bersih. Orang yang suka membersihkan hatinya (berterusan berzikrullah) akan bersih pada amalnya. Orang yang kotor hatinya akan mencemari ibadatnya.”                     (HR Imam Ahmad)

Kesimpulannya, generasi umat Islam yang awal hanya melaksanakan tuntutan al-Quran supaya memperbanyakkan berzikir kepada Allah (Akidah al-Quran) yang berperanan sebagai pencetus kesedaran hati yang dapat membentukkan sifat teras iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan yang dapat membersihkan jiwa pelakunya daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia. Mereka tidak berdebat sesama mereka tentang aspek akidah melainkan membaca al-Quran yang diturunkan ke atas mereka tanpa menambahkan perdebatan ke atasnya. Ini kerana jalan tarbiyah akidah  (hujah-hujah dan debat yang tercela) itu akan mengganggu fikiran (menimbulkan waswas syaitan dalam diri) dan menjadi hijab hati. Malahan pelbagai ilmu Akidah reka cipta yang muncul dalam kalangan ummah  hanya diisytiharkan  sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam  selepas zaman al-salaf.

Para Tokoh Tasawuf  Berijtihad Ke Atas Amalan Zikrullah

Dua peristiwa bersejarah (proses tarbiyah Akidah al-Quran dan pelaksanaan Syariat Islam) di dua kota berbeza  menjelaskan   bagaimana Nabi s.a.w. menyebarkan syiar Islam di zaman yang awal itu. Ini memberikan  bukti yang  jelas bahawa  Islam  didirikan di atas dua aspek agama yang utama (syariat dan akidah) iaitu berzikir mengingati Allah secara  terus menerus (Akidah al-Quran) selaras dengan melaksanakan segala amal ibadat (Syariat Islam). Oleh itu, jika kita hanya  melaksanakan  amal ibadat yang diperintahkanNya se- mata-mata bermakna kita telah  mengabaikan  apa yang telah didakwahkan (tarbiyah akidah) oleh Nabi s.a.w. di kota Makkah iaitu aspek rohani (Akidah al-Quran). Sebaliknya,  apabila kita menumpukan kepada tarbiyah akidah  semata-mata (tanpa mengerjakan  amal ibadat), maka kita telah  meminggirkan  apa yang telah didakwahkan Nabi s.a.w. di kota Madinah (Syariat Islam).

Sebelum difardukan solat pada malam Israk dan Mikraj, selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. dan umat Islam di zaman awal itu melakukan dua amalan iaitu berzikir mengingati Allah dan membaca al-Quran, tanpa perintah mengerjakan segala amal ibadat (Syariat Islam). Sesudah hijrah, amalan rohani Islam (berterusan berzikir mengingati Allah, iaitu Akidah al-Quran) terus diamalkan selaras dengan  pelaksanaan amal ibadat yang difardukan seperti solat, puasa, haji, berjihad, mencari rezeki dan lain-lain sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Quran. Jelas sekali amalan zikir mengingati Allah secara berterusan (Akidah al-Quran)  menjadi asas untuk menjana dan  memperkasakan  aspek rohani (hati) untuk meningkatkan kualiti amal ibadat yang disyarakkan.

Wirid dan berzikir mengingati Allah merupakan amalan yang mula-mula disyarakkan dan paling banyak disebut di dalam al-Quran dan Sunnah, berbanding dengan apa jua amalan lain. Lebih 60 ayat yang menyentuh amalan wirid dan amalan zikir mengingati Allah, termasuklah ayat-ayat yang menggalakkan kebaikan dan hikmah berzikrullah, ketinggian darjat orang yang berzikrullah, akibat buruk orang yang tidak berzikrullah, zikir ism dhat, masa berzikrullah, kaedah dan adab berzikrullah dan sebagainya lagi.

Dengan kewafatan Nabi s.a.w., maka wahyu pun berakhir. Oleh itu, berbagai masalah umat Islam kian bertambah yang menjadi faktor mendorongkan pintu ijtihad mesti dibuka. Pengkhususan ilmu dan amalan Islam terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan umat Islam yang semakin lemah daya ingatan dan kefahaman mereka. Impaknya, Islam yang asalnya satu, utuh dan lengkap, telah menjadi berpecah hingga mewujudkan berbagai displin ilmu dan amalan yang khusus. Akhirnya lahirlah golongan Fuqaha’ yang mengkhususkan ijtihad di bidang Fiqah, golongan Mutakallimin (ahli Kalam) di  bidang Tauhid,  golongan Mufassirin  di bidang tafsir al-Quran, Muhaddithin di bidang Hadis, golongan Tasawuf di bidang amalan zikrullah (Akidah Islam) dan sebagainya.

Di abad kedua dan ketiga hijrah, keempat-empat Mazhab Fiqah, iaitu Hanbali, Hanafi, Malik dan Syafi’i telah wujud dan berpengaruh  sehingga menjadi ikutan dan pegangan umat Islam. Di abad yang sama, ijtihad golongan Tasawuf juga telah mencapai kejayaan seiring dengan kejayaan ijtihad di bidang Fiqah dan berbagai bidang ilmu dan amalan Islam yang lain. Jika Imam Ahmad bin Hanbal (w.241 H.) mewariskan Mazhab Hanbali, maka Shaikh Abu Haris al-Muhasibi (w.243 H.), seorang tokoh Tasawuf yang terkenal juga mewariskan tarekat Tasawuf Muhasibiyyah. Beliau telah menghasilkan 27 kitab Tasawuf dan berbagai teori, konsep dan istilah amalan rohani Islam (ilmu dan amalan Zikrullah).

Menurut Shaikh al-Hujwiri (w.465H.) dalam kitabnya, Kashful-Mahjub, di zaman hidup beliau terdapat sebanyak sepuluh aliran tarekat Tasawuf yang muktabar;
1.      Al-Muhasibiyyah (dinisbahkan kepada Abu Harith al-Muhasibi, w.243H.)
2.   Al-Tayfuriyyah (dinisbahkan kepada Abu Yazid al-Bustami yang berasal dari daerah Tayfur,
        w.262H.)
3.      Al-Qassariyyah (dinisbahkan kepada Hamdun bin Ahmad al-Qasar, w.271H.)
4.      Al-Khurraziyyah (dinisbahkan kepada Abu Said al-Khurraz, w.279H.)
5.      Al-Sahliyyah (dinisbahkan kepada Sahal bin Abdullah al-Tusturi, w.285H.)
6.      Al-Hakimiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad bin Ali al-Hakim al-Tirmizi, w.285H.)
7.      Al-Nuriyyah (dinisbahkan kepada Abu Hassan al-Nuri, w.295H.)
8.      Al-Junaydiyyah (dinisbahkan kepada Abu al-Qasim al-Junaydi al-Baghdadi, w.297H.)
9.      Al-Sayyariyyah (dinisbahkan kepada Abu Abbas a-Sayyar, w.342H.)
10.  Al-Halafiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad bin Haris, w.371H.)

Zaman terus beredar, abad berganti abad, tarekat Tasawuf yang menjadi asas utama ilmu Tasawuf terus menjadi popular, diminati dan berkembang. Berpuluh-puluh, kalaupun tidak beratus-ratus aliran tarekat Tasawuf yang muktabar yang pernah kita dengar, bukanlah hasil kerja sia-sia golongan juhala’ (golongan para jahil), tetapi semuanya adalah hasil ijtihad tokoh-tokoh Tasawuf yang berwibawa, berdasarkan di atas dalil al-Quran dan al-Sunnah yang jelas sebagai amalan yang disyarakkan.

Hakikatnya, segala amal ibadat (Syariat Islam) seperti solat, puasa, haji, zakat, mencari rezeki, jihad dan sebagainya lagi telah diijtihadkan oleh para ulama Fiqah hingga mela- hirkan empat mazhab yang termaklum (mazhab Malik, mazhab Hanafi, mazhab Syafi’i dan mazhab Hanbali). Semua ijtihad oleh para ulama itu  diterima dengan mudah dan diamalkan oleh seluruh umat Islam, tanpa apa-apa bantahan. Sebaliknya, apabila wirid dan amalan zikir mengingati Allah yang telah diijtihadkan oleh para ulama Tasawuf hingga melahirkan displin ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (Zikrullah), ianya tidak mudah diterima oleh umat Islam! Oleh itu, maka lahirlah Islam serpihan yang tertumpu  pada juzuk-juzuk tertentu (Syariat Islam) sahaja dan mereka tidak dapat membeza dan menentukan pekara asas dan utama dalam agama (Akidah Islam) ini. Malah,  salah faham terhadap Akidah Islam ini telah mengakibatkan pelbagai bentuk atau versi akidah yang menyimpang. Malangnya, versi yang telah disalahtafsirkan ini telah diamalkan dan diperjuangkan, dan ini menimbulkan fitnah yang sangat besar terhadap kesucian agama ini.

Ternyata khusyuk hati yang dihubungkait dengan menyebut lafaz Allah sebanyak-ba- nyaknya (Akidah Islam) sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ayat-ayat Allah seolah-olah sudah tidak difahami oleh umat Islam. Majoriti umat Islam pada hari ini tidak tahu dan tidak faham mengenai ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (Zikrullah). Apa yang mereka tahu, tarekat Tasawuf  adalah amalan sesat, bukan ajaran Islam, bukan Sunnah Nabi s.a.w. Mereka sangat takut terhadap ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini. Sese- tengah ilmuwan dan bijak pandai Islam pula menolak tarekat Tasawuf secara total. Tarekat Tasawuf  tidak ada dalam kamus hidup mereka. Malah,  bagi mereka tarekat Tasawuf wajib diperangi habis-habisan. Akhirnya, kalimah tarekat Tasawuf menjadi sangat popular sebagai ajaran sesat, lagi menyesatkan. Sebaliknya, tanpa mereka (golo- ngan ahli zahir) sedari bahawa  proses tarbiyah akidah  yang dilaksanakan menerusi pemahaman hujah-hujah dan debat tercela (ilmu Kalam atau ilmu Sifat 20, dan teori Tauhid Wahabi, iaitu tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan tauhid Asma’ wal al-Sifat) terus gagal untuk mencapai khusyuk hati dalam mengerjakan segala amal ibadat dan mereka tenggelam dalam lautan lalai. Kerana kejahilan mereka itulah maka mereka menganggap diri mereka itu sebagai umat Islam yang sebenar, padahal sebenarnya mereka telah tergelincir  jauh dari landasan akidah  yang hakiki  seperti dinyatakan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (berterusan berzikrullah), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.”      (Surah al-A’la, ayat: 14-15)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.”                                            (Surah al-Muzammil, ayat:  8)

Nabi  s.a.w Mentalkinkan  Amalan Zikrullah 

Hakikatnya, tarekat Tasawuf adalah disyariatkan dalam Islam. Orang yang pertama beramal dengan amalan ini ialah Nabi s.a.w., diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digunakan  oleh baginda dan para sahabat r.a. Konsep tarekat Tasawuf itu sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).
Sayyidina Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. dengan katanya:
“Ya Rasulullah ajarkan kepadaku (satu) tarekat (jalan) yang paling dekat (untuk sampai) kepada Allah (hakikat dan makrifahNya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan yang paling afdal di sisi Allah.”

Kalimah atau perkataan al-Tariq adalah jama’ takthir bagi perkataan al-Tariqah. Oleh itu, Sayyidina Ali bermaksud agar Nabi s.a.w. mengajarkan satu tarekat (jalan) yang paling dekat untuk sampai kepada hakikat dan makrifah.
Nabi s.a.w. menjawab permintaan Sayyidina Ali itu dengan sabdanya:
“Ya Ali (jika engkau mahu satu tarekat seperti yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah di atas engkau engkau sentiasa kekal berzikrullah secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara).”

Dari pertanyaan Sayyidina Ali dan jawapan Nabi s.a.w. tersebut jelas sekali wujud istilah al-Tariqah dan konsepnya iaitu sentiasa berzikrullah samada secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara), dan inilah asas amalan tarekat Tasawuf yang wujud dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia iaitu sentiasa berzikrullah seperti itu.

Bila Sayyidina Ali mendengar jawapan Nabi s.a.w. itu maka beliau seakan-akan kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata:
“Orang ramai telah berzikrullah ya Rasulullah (ajarkan aku) sesuatu (amalan) secara khusus.”

Nabi s.a.w. segera bersabda:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah”. Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaaha Illa Allah” itu berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya  “La Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ada yang menyebut “La Ilaaha Illa Allah.”

Sayyidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata:
“Maka bagaimanakah (caranya) aku hendak berzikir?” 

Nabi s.a.w. bersabda:
“Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah (baik-baik ketika) aku menyebut kalimah “La Ilaaha Illa Allah” sebanyak tiga kali. Kemudian engkau sebutlah “La Ilaaha Illa Allah” tiga kali dan aku akan menyemaknya. Kemudian Nabi s.a.w. melakukan (sebutan) “La Ilaaha Illa Allah” itu dengan menguatkan suara.”

(Hadis musalsal ini berasal daripada Sayyidina Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad hasan)
(‘Isa ‘Abd. Al-Qadir, Haqaiq ‘An al-Tasawuf, h. 84-85)

Dari hadis di atas kita dapat saksikan dengan terang bagaimana Nabi s.a.w. telah men- talqinkan atau mengajarkan atau membai’ahkan Sayyidina Ali amalan zikir tahlil lisan “La Ilaaha Illa Allah.

Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai zikir darajat  iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai adab seperti sebelum berzikir, selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan seba- gainya.

Nabi s.a.w. juga pernah mentalkinkan zikir tahlil secara beramai-ramai serentak. Ya’li bin Shaddad pernah menceritakan bahawa ayahnya (Shaddad) pernah berkata:
“Kami sedang bersama-sama Rasulullah (s.a.w.), baginda bertanya: Adakah di kalangan kamu ada orang asing (seseorang ahli Kitab)?  Kami pun menjawab: Tidak ada orang asing ya Rasulullah. Maka baginda pun menyuruh kami supaya menutup pintu seraya bersabda: Angatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah “La Ilaaha Illa Allah.”, Maka kami pun mengangkat tangan kami sambil kami menyebutkan “La Ilaaha Illa Allah.”
Jelas sekali tarekat Tasawuf memang disyariatkan di dalam Islam. Orang yang pertama beramal tarekat Tasawuf  ialah Nabi s.a.w. diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digunakan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat. Konsep tarekat tasawuf itu sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).

Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang diistilahkan dalam ilmu dan amalan tarekat Tasawuf  dengan zikir darajat, kerana amalan rohani Islam ini boleh meningkatkan ilmu, iman dan amal, dan ianya dipelajari secara tertentu, diamalkan cara tertentu, dilengkap- kan dengan perbagai adab seperti sebelum berzikir, selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan dengan pimpinan shaikh mursyid dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan berzikrullah mu/zikir darajat). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu ter- masuk dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”               
                                                               (Surah al - Baqarah, ayat: 198)

Dengan berzikir banyak-banyak, bersungguh-sungguh serta berkekalan, sesorang Muslim akan kekal mengingati Allah dalam semua keadaan. Oleh itu cara tersebut sudah tentu mempercepatkan seseorang mencapai matlamatnya (makrifah Allah) dan sekali gus proses menyebut-nyebut dan mengingati Allah  dianggap menjadi satu amalan terbaik, di samping paling cepat dalam konteks menghasilkan makna khusus yang dimaksudkan, iaitu sebagai pencetus kesedaran hati yang boleh membuahkan suatu keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh terhadap keesaan dan kesempurnaan  Allah S.W.T.

Bidang ilmu dan amalan  ini di peringkat awal dakwah akidah Nabi s.a.w. lebih dikenali sebagai ilmu al-Yakin, ilmu al-Ikhlas, ilmu al-Hal, ilmu al-Batin, ilmu al-Qulub, ilmu  al-Ihsan, ilmu al-Tariqah, ilmu al-Iman dan sebagainya lagi. Istilah tarekat Tasawuf  pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. tidak digunakan dalam displin ilmu Tasawuf. Bagaimanapun, doktrin ilmu tarekat Tasawuf, prinsip-prinsip, amalan-amalan rohani  dan aspek-aspek lain yang penting dari ilmu tersebut telah pun wujud. Oleh sebab pada zaman awal Islam itu (zaman Nabi s.a.w., zaman para sahabat r.a., tabi’in dan al-salaf  segala-galanya masih utuh, lengkap dan unggul, baik ilmu mahupun amalan yang zahir dan yang batin/rohani, maka zaman tersebut tidak memerlukan berbagai-bagai istilah bagi menghurai dan memperincikan ilmu dan amalan-amalan tersebut. Orang-orang Islam pada zaman awal itu faham dan mengamalkan ilmu dan amalan Islam yang zahir dan yang rohani/akidah (sentiasa  berzikrullah) itu secara keseluruhan dalam bentuk dan konsepnya yang paling sempurna dan ideal sekali.

Berhubung dengan fakta ini, Shaikh Abu al-Hasan al-Busanji (w. 348 H.) menegaskan dengan katanya bermaksud:
“Tasawuf pada hari ini ada namanya tanpa ada hakikatnya, padahal pada masa sebe- lumnya (pada zaman Nabi s.a.w., sahabat r.a. dan al-salaf) ada hakikatnya tanpa ada namanya.”

Mentauhidkan Allah Menerusi Memperbanyakkan Proses Menyebut dan Mengi- ngati Allah (Amalan Zikir Mengingati Allah Terus Menerus)

Mentauhidkan Allah dari satu aspek adalah satu bentuk hubungan  ingatan seseorang kepada Allah  S.W.T. Maksudnya, seseorang tidak mungkin dapat mentauhidkanNya selagi tidak timbul dalam kesedaran ingatannya bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa. Kesedaran ingatan bahawa Allah merupakan Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi- Nya dari aspek zat, sifat dan perbuatanNya di samping memiliki segala sifat kesem- purnaan dan Maha suci daripada sebarang sifat kekurangan, semuanya itu menimbulkan keyakinan seseorang kepada keesaan Allah S.W.T.

Keyakinan seseorang itu akan menjadi teguh apabila aspek kesempurnaan dan keagungan Allah S.W.T. yang dinyatakan di atas segar dalam kesedaran ingatannya. Seterusnya, ingatan yang kental kepada Allah yang dimaksudkan itu boleh wujud menerusi suatu proses menyebut dan mengingati   nama-nama dan sifat-sifat kesempurnaanNya. Malah, apabila ingatan seseorang kepada Allah kuat, maka tahap keyakinannya kepada Allah akan semakin teguh dan begitu juga sebaliknya, jika tahap ingatannya kepada Allah lemah, maka tahap keyakinannya kepada Allah turut lemah. Oleh kerana itu didapati berzikir  terus menerus yang dituntut oleh al-Quran sebagai tuntutan wajib ke atas setiap mukalaf  dengan maksudnya adalah lebih jauh daripada sekadar sebutan lisan. Ini kerana inti pati kepada tuntutan tersebut ialah supaya terbentuk satu sifat teras iaitu men- tauhidkan Allah dalam dalam semua keadaan, serta taat dan patuh kepadaNya dalam setiap detik kehidupan mukalaf.

Dalam hal ini, Nabi s.a.w. pernah mengaitkan hubungan memperbaharui iman dengan memperbanyakkan berzikir apabila sahabat r.a. bertanya tentang cara memperbaharui iman yang dimaksudkan itu. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu dengan banyak menyebut dan mengingati ‘La ila ha Ilallah’.  Dalam hadis tersebut, Nabi s.a.w. telah menjelaskan hubungan yang signifikan antara memperbaharui iman dengan memperbanyakkan sebutan dan ingatan terhadap kalimah ‘La ila ha Ilallah’. Mafhumnya, seseorang yang menyebut-nyebut serta mengingati turutan makna zikir tersebut sudah pasti menghasilkan suatu ingatan yang kental kepada Allah S.W.T. dan seiringan dengan itu akan meneguhkan keyakinannya terhadapNya. Maka keteguhan dan kekentalan keyakinan seseorang kepada Allah yang dicapai menerusi memperba- nyakkan menyebut serta mengingati Allah itu yang dimaksudkan dalam konteks Hadis tersebut juga boleh difahami bahawa apabila aspek mengingati Allah lemah dalam diri seseorang, maka sifat iman seseorang juga turut menjadi lusuh atau lemah. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa amalan zikrullah yang dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke atas setiap mukhalaf adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung dalamnya, iaitu mentauhidkan Allah dan ia boleh dicapai menerusi menye- but-nyebut dan mengingati kalimah (Allah) itu.

Inilah yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali (m. 505 H.) bahawa jalan mentauhidkan Allah yang dicetuskan menerusi proses menyebut dan mengingati Allah secara berterusan  yang  dilaksanakan oleh para sahabat r.a. untuk membentuk sifat teras  iaitu mentauhid- kan Allah dalam semua keadaan seolah-olah sudah tidak diketahui oleh para ulama Mutakallimin (ulama  Kalam) di zamannya dan jika difahami juga mereka tidak bersifat dengannya. Sebaliknya, golongan (ahli Kalam) itu hanya menumpukan kepada pemaha- man ilmu Kalam (ilmu Sifat 20) untuk menimbulkan keyakinan akal bagi  mengesakan Allah S.W.T. Oleh sebab itu, beliau mengatakan bahawa para sahabat r.a. berpegang kepada seluruh perkara dari Allah Azza wa Jalla kerana mereka sentiasa memiliki ingatan yang kental  dan keteguhan keyakinan kepada Allah S.W.T. menerusi memperbanyakkan berzikir mengingati Allah dalam kehidupan harian. Malahan beliau  menyimpulkan baha- wa kesempurnaan akidah tidak dapat dicapai dengan pemahaman ilmu Kalam. Kata beliau:
“Maka makrifah (kenal) kepada Allah S.W.T.,  sifat-sifatNya, perbuatanNya dan semua yang kami nyatakan dalam topik ‘Ilm Mukhasafah (terdahulu) tidak mungkin boleh dicapai oleh seseorang menerusi (mempelajari) ilmu Kalam. Bahkan kemungkinan besar ilmu Kalam tersebut menjadi penghalang utama yang menghijabkan seseorang daripada mengenal Allah S.W.T. Sebaliknya, cara sebenar (untuk mengenal Allah) ialah melalui amalan mujahadah (bersungguh-sungguh berzikrullah) yang telah dijadikan Allah S.W.T. sebagai permulaan bagi hidayatNya.”

Sejarah Munculnya Ilmu Kalam (llmu Sifat 20) dan Teori Tauhid Wahabi

Pada zaman Abbasiyyah  telah  banyak  berlaku  perbahasan di dalam  aspek  akidah   ter- masuk   perkara-perkara  yang  tidak  wujud   pada  zaman  Nabi s.a.w.  atau   zaman  pa- ra  sahabat r.a. Apabila  berlaku perbahasan  dalam kalangan ummah  tentang   aspek (akidah) itu   secara meluas. Selepas itu   muncullah ilmu Akidah baru dalam Islam yang dikenali sebagai   ilmu  Kalam (fahaman Muktazilah dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah/ ilmu Sifat 20). Ilmu akidah (baru) ini  muncul dan berkembang atas  sebab-sebab dala- man  dan  luaran  sehingga menjadi mazhab resmi pemerintah Kerajaan Abbasiyyah.

Ilmu Kalam adalah  displin ilmu  yang  mengandungi berbagai-bagai hujah-hujah tentang  Akidah Islam  dengan menggunakan pendekatan falsafah atau  dalil-dalil  akli (lojik akal) di samping  dalil-dalil  naqli, iaitu al-Quran  dan  Hadis   untuk menimbulkan keyakinan  dalam  mengesakan   Allah  S.W.T.,  agar terhindar  dari  pelbagai  mazhab  akidah   yang  menyimpang.  Era zaman  inilah  munculnya  pelbagai  mazhab  akidah  ahli Kalam dalam Islam yang menjadi kemelut perpecahan ummah di sepanjang zaman.

Menurut Ibnu Khaldun, ilmu Kalam adalah ilmu yang memuat hujah-hujah untuk mem- pertahankan Akidah  Islam dengan menggunakan dalil-dalil akli, serta memuat pula bantahan terhadap orang yang mengingkarinya, atau berbeza dengan prinsip akidah  golongan al-salaf dan Ahlus Sunnah.

Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang  tebal.”
                                                                  (Surah al - Jumu’ah, ayat: 5)

Diriwayatkan bagaimana seorang Badwi buta huruf  yang datang berjumpa Nabi s.a.w. dan beliau mampu pula memahami tasawwur Akidah Islam (amalan zikrullah) hanya dalam beberapa sesi ringkas. Bahkan setelah pulang ke kampung halamannya, beliau mampu mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah (Islam)  yang sebenar. Namun dalam kalangan umat Islam pada hari ini, tarbiyah akidah yang dilaksanakan menerusi pemahaman ilmu Kalam (sifat-sifat Allah, iaitu pendalilan akal) dan teori Tauhid Wahabi begitu berfalsafah dan menyusahkan! Oleh sebab itulah, maka bukan orang biasa sahaja yang susah untuk memahami maksud kesempurnaan aspek rohani itu, tetapi para mahasiswa  pun  tidak memahaminya. Malah, seseorang Muslim itu bukan bertambah sempurna akidahnya, tetapi bertambah kusut pemikirannya tentang aspek itu. Sehingga lanjut usia, mereka masih dalam kesamaran dan kebingungan, dan jalan tarbiyah akidah  yang dilaksanakan itu pula  tidak dapat diterap dalam amal ibadat dan kehidupan harian (gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah).

Diajar ilmu Akidah reka cipta tentang pengertian Rabb, sifat-sifat Allah  dan af’alNya kepada para pengikut mereka (mazhab Asy’ariah-Maturidiah dan mazhab Wahabi), padahal penganut-penganut agama lain juga menyatakan sifat-sifat tuhan mereka itu seperti ada dan berada di atas langit, mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, boleh turun naik, berkuasa, mendengar atau tidak pekak, melihat atau tidak buta dan sebagainya. Apakah beza pegangan orang kafir itu terhadap tuhan-tuhan mereka dengan akidah umat Islam pada hari ini jika hanya  melonggokkan hujah-hujah  sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) dan teori Tauhid Wahabi pada akal, iaitu sekadar  ilmu yang berpaut pada akal atau  hafalan semata-mata (tanpa menjalani tarbiyah  ilmu dan amalan zikrullah) yang tidak mampu membersihkan pelbagai hijab hati?

Oleh itu,  hujah-hujah dan debat yang tercela itu  tidak dapat mengubah keadaan hati yang mati (tidak berfungsi) kepada sedar (hati yang mengingati Allah). Malah, mereka terus tenggelam dalam lautan lalai  dengan menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang dijelmakan dari pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) dalam mengerjakan segala amal ibadat. Sebaliknya,  para ulama dan ilmuwan ahli Kalam dan Wahabi terus mencanangkan slogan dakwah mereka dalam kalangan ummah iaitu me- ngangkat akidah tauhid dengan mengesakan Allah  dalam melaksanakan  amal ibadat,  tanpa mereka sedari bahawa akidah mereka telah tergelincir dari landasan (Akidah Islam) yang sebenar. Memadai beberapa nas al-Quran sebagai contoh kepada maksud tersebut ialah firman Allah  yang bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”            
                                                                 (Surah al-Nas, ayat: 4)
Maksudnya:
“Dan agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan (syaitan) itu dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu mengerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan itu.”
                                                              (Surah al-An’am, ayat: 113)
FirmanNya lagi  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                             (Surah al-Baqarah, ayat:10)

Golongan  ahli zahir  sentiasa mengabaikan amalan rohani Islam  ini kerana kekeliruan dalam memahami tuntutan berzikir mengingati Allah terus menerus menurut al-Quran sebagai tuntutan wajib yang mana maksudnya adalah lebih jauh daripada sekadar sebutan lisan.  Oleh itu, zikir lisan yang dipraktikkan dalam keadaan hati yang lalai dianggap tidak lebih menjadi zikir adat (zikir al-‘adah), iaitu zikir menjadi adat kebiasaan yang tidak menambahkan sebarang kebaikan kepada pengamalnya.   Kebiasaannya mereka  hanya berzikir secara lisan semata-mata (hati yang lalai) selepas mengerjakan solat  fardu yang bertujuan memperoleh ganjaran pahala (fadilah), namun pada waktu sama berma- cam-macam sifat buruk pelakunya seperti sombong, angkuh, hasad dan lain-lain lagi tidak menjadi keutamaan kepadanya untuk dihakiskan melalui amalan zikir tersebut.

Imam al-Ghazali menegaskan bahawa  ilmu Kalam  (ilmu Sifat 20) merupakan  muja- dalah (debat)  yang tercela dan di dalam kitabnya al-Ihya, beliau tidak meletakkan ilmu ini sebagai aspek ilmu agama. Kata beliau:
“Ketahuilah bahawa hasil yang terkandung dalam ilmu Kalam dan dalil-dalil yang dikemukakkan sudah dijelaskan di  dalam al-Quran dan Hadis-hadis. Apa yang terhasil (hujah) dari kedua sumber itu itu adalah mujadalah (debat) yang tercela  dan ianya adalah bid’ah. Kekeliruan yang terhasil dari perselisihan di antara puak-puak (mazhab-mazhab) yang berlarutan dengan menukilkan pelbagai isu atau idea hanyalah palsu dan khayal. Ianya dipandang rendah mertabatnya sekadar untuk diperdengarkan dan kajian yang dilakukan tidak ada kaitan dengan agama.”

Beliau seterusnya  menjelaskan tentang kesalahan menukarkan istilah ‘ilmu Kalam’ kepada ‘ilmu Tauhid’ dengan katanya:
“Kini ilmu Kalam telah dianggapkan sebagai ilmu Tauhid yang terhasil melalui perdebatan di antara pelbagai pihak dan mengisytiharkan keunggulan mereka sehingga menamakan diri mereka sebagai ‘ahli Tauhid’ dan ulama Mutakallimin dinamakan sebagai ‘ulama Tauhid’. Sebaliknya  semua ciri-ciri khas ilmu Kalam itu tidak pernah dibicarakan di zaman generasi umat Islam yang awal. Sesungguhnya mereka sangat mengingkari orang  yang membukakan pintu perdebatan dan membuka jalan ke arahnya. Ada pun yang terkandung di dalam al-Quran dari dalil-dalil zahir yang diterima pada awal pendengaran telah dipersetujui sebagai ilmu al-Quran. Tauhid di kalangan generasi umat Islam yang awal seolah-olah tidak diketahui oleh mutakallimin dan jika difahami juga mereka tidak bersifat dengannya. Mereka berpegang kepada seluruh perkara dari Allah Azza wa Jalla.”

Kata tokoh kaum khalaf  tentang akidah para sahabat r.a. dan para tabi’in:
“Mereka tidak kenal perdebatan mengenai Asma’ullah (nama-nama Allah) dan sifat-sifatNya. Mereka juga tidak mengakui adanya kajian falsafah mengenai qada’dan qadar. Mereka tidak rela mempertikai penisbatan af’al (perbuatan-perbuatan) kepada Allah atau kepada hamba-hambaNya. Semua masalah itu merupakan Ilmu Allah yang tidak boleh difikirkan oleh akal manusia. Suatu ilmu khusus bagi Allah, bukan medan akal manusia yang lemah menyingkap misterinya.”

Jelas mereka lagi:
“Bila akal manusia memaksa diri melampaui batas-batas itu, maka jelas akan tersesat, menyimpang dari apa yang dituntut oleh Allah. Dirinya akan terjerumus ke jurang penyimpangan yang tidak ada hidayat, nur dan dalil yang jelas.”

Al-Imam Ibnu Katsir berkata:
“Fahaman yang diajarkan beliau (Hassan al-Asy’ari) adalah penetapan 7 sifat wajib bagi Allah  dan 7 sifat Mustahil, kemudiannya dikembangkan oleh Shaikh Mansur al-Maturidi menjadi 13 sifat sampai berjumlah 20 sifat. Apabila diteliti, nyatalah bahawa penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak 20 sifat adalah penetapan beliau berdasarkan kepada akal. Sepatutnya apa jua masalah bersangkutan kewujudan Allah SWT seharusnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Imam Malik bin Anas berkata:
“Penganut bid’ah ialah orang-orang yang membicarakan masalah nama-nama Allah, sifat-sifat Allah, kalam Allah, ilmu Allah dan qudrah Allah. Mereka tidak mahu bersikap diam (tidak memperdebatkan) hal-hal berkaitan sebagaimana para sahabat dan tabi’in yang tidak membicarakannya.”

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Janganlah kamu bersama majlis ilmu dengan ahli Kalam, walaupun ia membela Sunnah. Ini kerana semua urusannya tidak akan membawa kebaikan.”

Di akhir zaman al-salaf,  maka muncullah pelbagai mazhab akidah ahli zahir yang sentiasa bertelagah dan mengkafirkan antara satu sama lain. Kacau bilau ummah ini telah digambarkan oleh Imam al-Ghazali dengan katanya:
“Maka pengikut Hanbali mengkafirkan pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa ia mendustakan Rasul dalam menetapkan al-fauq (di atas) bagi Allah S.W.T. Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Hanbali dengan alasan ia musyabbih (menyerupakan). Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Mu’tazilah dengan alasan bahawa ia mendustakan Rasul pada kebolehan melihat Allah S.W.T. Pengikut Mu’tazilah mengkafirkan pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa menetapkan sifat-sifat ialah memperbanyakkan qudama (sifat-sifat qadim), dan mendustakan Rasul dalam tauhid.”

Begitulah para ulama dan ilmuwan ahli  zahir yang  tidak menyedari bahawa akal yang dilonggokkan dengan ilmu dan kefahaman agama pelbagai bidang   tidak akan mampu  membaiki penyakit-penyakit hati dan memerangi  kerakusan nafsu. Malah, ilmu yang berpaut pada akal atau sekadar hafalan itu tidak dapat melihat atau mencerap  alam ghaib (rohaniah). Akhirnya, akibat leka dengan hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) menjadikan mereka lalai (kesesatan) dan mengabaikan perintah Allah di dalam al-Quran, iaitu memperbanyakkan berzikir  mengingatiNya untuk mencapai khusyuk hati kepadaNya. Malahan Allah S.W.T. juga telah menetapkan bahawa amalan zikir mengingatiNya sebagai sebaik-baik ibadat yang dapat membersihkan  jiwa pelaku- nya daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan pelbagai sifat mulia.
      
Lanjutan daripada itu, aspek akidah  yang sepatutnya tidak diperdebatkan sepertimana ia diterima oleh generasi umat Islam di zaman yang awal telah menjadi medan utama per- debatan, hingga timbul berbagai-bagai tafsiran terhadapnya (pelbagai mazhab akidah  ahli zahir). Masing-masing pihak bertegas bahawa mazhab akidah merekalah yang betul. Bilamana perkara seumpama itu berlaku, banyaklah fitnah yang terjadi dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu,  maksud dan hakikat Akidah Islam  yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam demi mendapat tasawwur yang sahih terhadap aspek itu seperti firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammmad), Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diper- anakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya”
                                                                  (Surah al-Ikhlas, ayat: 1- 4)    
Nabi s.a.w.  bersabda yang bermaksud:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah”.  Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaaha Illa Allah” itu berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya  “La Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ada yang menyebut “La Ilaaha Illa Allah.”

Asas jalan kepada Allah itu ialah mengakui makna La Ilaaha Illa Allah di dalam hati. Sesungguhnya tidak ada jalan lain yang boleh menyampaikan seseorang kepada makrifah (mengenal) Allah kecuali menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati kalimah tauhid itu yang menjadi pencetus kesedaran hati. Dengan kalimah tauhid itulah wujud alam zahir dan alam batin. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. pernah mengaitkan hubu- ngan memperbaharui iman dengan memperbanyakkan berzikir apabila sahabat r.a. bertanya tentang cara memperbaharui iman yang dimaksudkan itu. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu dengan banyak menyebut dan mengingati ‘La ila ha Ilallah’.

Hadis Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa amalan memperbanyakkan berzikir mengi- ngati Allah itulah  yang wajib dihayati dan diamalkan oleh seluruh umat Islam  sebagai pencetus kesedaran hati yang menghasilkan suatu ingatan yang kental kepada Allah S.W.T. dan seiringan dengan itu akan meneguhkan keyakinannya terhadapNya. Sebalik- nya, golongan golongan ahli zahir  hanya meletakkan logik akal mengatasi segala-gala-  nya dengan menumpukan kepada hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) yang tidak memberikan apa-apa manfaat dari aspek zahir dan rohani manusia kecuali menjadi hijab hati  tanpa disedari.

Hakikatnya, ilmu Akidah reka cipta (mazhab Muktazilah dan ilmu Sifat 20) yang mula muncul  pada zaman Kerajaan Abbasiyyah itu bukanlah  titik permulaan ilmu akidah dalam Islam sebagaimana yang diperintahkan dalam al-Quran dan dakwah akidah  Nabi s.a.w. di kota Mekah selama lebih 11 tahun, tetapi merupakan hujah-hujah dan debat tercela yang tidak memberi manfaat kepada aspek rohani (hati/roh). Ternyata golongan (ahli zahir)  ini telah mengubah tonggak utama  dalam Akidah Islam (berzikir mengingati Allah secara terus menerus)  kepada  pemahaman hujah-hujah  ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi. Tanpa mereka sedari bahawa bahawa amalan zikrullah yang dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke atas setiap mukalaf adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung dalamnya, iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan dan ia boleh dicapai menerusi proses menyebut-nyebut dan mengingati kalimah itu. Dengan kata-kata lain,  golongan ini seolah-olah menganggap peraturan  yang dite- tapkan oleh al-Quran  (berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya) untuk mencapai kesempurnaan akidah itu tidak lengkap  atau tidak sempurna, dan masih memerlukan perubahan atau ijtihad.

Oleh itu,  ijtihad kaum ahli Kalam dan Wahabi ini sama dengan menambahkan sesuatu ke dalam prinsip Akidah Islam, maka ianya adalah satu perbuatan bid’ah dan terkutuk. Inilah yang dikatakan tasawwur  akidah  jahiliah yang menyeluruh dari puncak ke akar umbinya, jahiliah yang dijelmakan oleh hujah-hujah dan debat yang tercela  dalam pengabdian manusia kepada nafsunya. Malah, tanpa disedari bahawa mereka telah menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang dijelmakan dari pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi)  dalam melaksanakan segala amal ibadat (mengalih daripada menyembah Tuhan Maha Pencipta), meskipun mereka banyak menghabiskan masa dalam mengisbatkan keesaanNya menerusi hujah-hujah dan debat (ilmu Akidah reka cipta) yang tercela dan tiada titik noktah di sepanjang usia.

Oleh itu proses tarbiyah akidah reka cipta  (pemahaman ilmu Sifat 20 dan  teori Tauhid Wahabi) ini adalah batal dan ditolak secara mutlak oleh Islam. Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya di dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat kebaikan sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu. Aku telah cukupkan kepadamu nikmat Ku dan Aku telah redai Islam itu menjadi agama bagimu”          
                                                               (Surah al - Maidah, ayat: 3)

Dari suatu sudut yang  lain, adalah mustahil bagi umat Islam untuk menerima hakikat  bahawa   ilmu Sifat 20  dan teori Tauhid Wahabi yang dianggapkan amat penting sebagai jalan mengesakan Allah  (iktikad)   telah tercicir dari dakwah akidah Nabi s.a.w. di kota Mekah dan perintah Allah  di dalam al-Quran. Malah, sifat-sifat Allah dan af’alNya  tidak pernah dibincangkan atau dibahaskan oleh para sahabat r.a., tabi’in dan al-salaf. Demikian juga, ianya  tidak diterima oleh sekalian ummah  meskipun ia seorang mujtahid dalam agama atau  betapa pun tinggi pencapaiannya dalam keilmuan dan ketaqwaan untuk mengubah tasawwur Akidah Islam ini mengikut kaedah yang tidak Islam (ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi). Oleh itu,  Akidah Islam yang sebenar bukanlah seperti yang diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan umat Islam hari ini (hujah-hujah dan debat yang terceela), sebaliknya ia terkandung secara qat‘i (putus) di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hakikatnya, golongan ahli Kalam dan Wahabi yang mencipta pelbagai jalan tarbiyah aki- dah reka cipta adalah  umpama orang yang cuba memancing ikan tanpa umpan dan mata pancing. Ia samalah umpama hendakkan anak tanpa berkahwin (berpasangan) atau umpama mahukan buah durian tetapi menanam pokok langsat. Sebaliknya, segala bentuk, cara dan proses tarbiyah (akidah) sebagai sebab musabab yang bertepatan itu pula semuanya telah ditempuh dan dilalui oleh Nabi s.a.w., para sahabat r.a. dan al-salaf. Ertinya apabila umat Islam memilih jalan   (tarbiyah akidah) yang  lain maka natijahnya juga akan menjadi lain, maka hakikat penghayatan  kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, umat Islam mesti menolaknya dan kembali mengikut proses tarbiyah (akidah)  umat Islam generasi yang awal yang telah berjaya. Berzikirlah dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah berqiyamullail, dan ber- juanglah dengan semangat yang kental melaksanakan segala amal ibadat yang diperin- tahkan serta yakin akan janji Allah, nescaya kita akan dapat melihat bagaimana Allah  akan membantu dan memberi kemenangan kepada kita sebagaimana kejayaan dan kege- milangan umat Islam terdahulu.

Kesimpulannya, selama manusia itu tidak dapat menangani dan memahami dengan sejelas-jelasnya berhubung dengan akidah al-Quran, maka selagi itulah mereka masih teraba-raba di dalam hijab ketamakan nafsu, walaupun dalam masa yang sama mereka merasakan diri mereka memperolehi petunjuk dari al-Quran. Itu semua adalah angan-angan kosong belaka. Ia tidak akan dapat menilai dan menikmati ‘nur hidayah Ilahi’ yang dipancarkan menerusi al-Quran ke dalam hatinya. Mereka kekal terperangkap di dalam hijab keakuan (penyakit-penyakit hati) yang gelap gelita. Tegasnya selagi manusia tidak melemparkan jauh-jauh runtunan nafsu yang keji serta kegelapan itu, maka selama itulah mereka tidak akan dapat melihat “fajar” kemuliaan akhlak yang mempesonakan sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T.

Perintah Mengerjakan Amal Ibadat (Syariat Islam) Selaras Dengan Amalan Zikrullah (Akidah Islam)

Amal ibadat yang diterima Allah  mempunyai dua rukun; Hendaklah ia  berzikir terus menerus kepada Allah (Akidah Islam) selaras dengan mengerjakan segala  amal ibadat/ Sunnah Nabi s.a.w. (Syariat Islam). Contohnya, dalam solat, hati itu mesti sentiasa me- ngingatiNya dengan penuh khusyuk sebagai inti pati dan tonggak ibadat seperti firman Allah S.W.T:
                                       
Maksudnya:
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku (berzikrullah).”                                    
                                                                 (Surah Ta-ha, ayat: 14)

Mereka merupakan orang mukmin yang beroleh kejayaan seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solat  mereka.”           (Surah al-Mukminun, ayat: 1-2)

FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (berterusan berzikrullah), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.”                          
                                                               (Surah al-A’la, ayat: 14-15)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.”                                            (Surah al-Muzammil, ayat:  8)

Allah S.W.T.  juga berfirman mengenai azab siksa bagi orang yang lalai dalam solatnya yang bermaksud:
“Maka celakalah (azab seksa) bagi orang yang solat. Yang mereka itu lalai dalam solatnya. Lagi mereka itu riya’ .”          (Surah al-Maun, ayat:  4 - 6)

Dalam mengerjakan ibadat haji di Makkah,  Allah S.W.T.  memerintahkan  ummahNya supaya memperbanyakkan berzikir mengingatiNya  semasa mengerjakan segala rukun ibadat ini. Perintah ini  jelas meliputi pelaksanaan dua aspek agama yang berbeza (syariat dan akidah) tetapi tidak boleh dipisahkan sama sekali. Oleh itu, apabila kita lalai berzikir mengingati Allah maka dengan sendirinya terputus tali rohaniah (rosak akidah). 
Sebaliknya,  golongan mazhab akidah ahli zahir  tidak menyedari dan menerima hakikat bahawa segala rukun ibadat haji (Syariat Islam) yang dilaksanakan itu mesti selaras dengan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya (Akidah Islam) sebagai  roh ibadat ini seperti yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan berzikrullah (di Mina pada musim Haji) beberapa hari yang berbilang-bilang.”   
                                                               (Surah al - Baqarah, ayat: 203)
Allah S.W.T.  juga berfirman:
Maksudnya:
“Apabila kamu (pada musim haji) telah bertolak dari Arafah, berzikrullah di Masya’rilharam. Dan berzikrullah kamu sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah termasuk dalam golongan sesat (memiliki hati yang mati).”                                          (Surah al - Baqarah, ayat: 198)

Jihad adalah suatu kewajipan bagi setiap Muslim membela dan mempertahankan kehor- matan Islam. Di dalam peperangan menghadapi musuh-musuh Islam, Allah S.W.T. memerintahkan para pejuang Islam supaya sentiasa berzikir kepadaNya (Akidah Islam)  untuk mencapai kemenangan dengan tuntutan mengingati dan membesarkanNya. Amalan rohani Islam  ini menjadi asas  yang penting untuk mencapai kesempurnaan tuntutan penyucian jiwa dan pengabdian diri kepada Allah dan firmanNya:
Maksudnya:
“Hai, orang-orang yang beriman, apabila kamu berperang dengan kaum kafir, hen- daklah kamu tetap (taqwa), serta berzikrullah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan.”                (Surah al - Anfal, ayat: 45)

Dalam urusan  berniaga atau mencari rezeki,  Allah S.W.T. juga memerintahkan kita supaya memperbanyakkan menyebut lafaz Allah. Ini kerana inti pati kepada tuntutan ter- sebut ialah supaya terbentuk satu sifat teras iaitu mentauhidkan Allah dalam dalam semua keadaan serta taat dan patuh kepadaNya dalam setiap detik kehidupan mukalaf. Malah, al-Quran  menegah manusia  daripada bersifat lalai. Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah (rezeki) dan berzikrullah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.”
                                                                (Surah al - Juma’ah, ayat: 10)
Allah S.W.T.  juga berfirman:
Maksudnya:
“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari ber- zikrullah...”                                         (Surah al - Nur, ayat: 37)

FirmanNya lagi:
Maksudnya:
“Hai, orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu mela- laikan kamu dari berzikrullah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”               (Surah al - Munafiqun, ayat: 9)

Berhubung dengan ibadat puasa pula Allah S.W.T. menghubungkait dengan tuntutan berzikrullah dan membesarkannya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”
                                                                 (Surah al - Baqarah, ayat: 185)

Kegagalan  memperbanyakkan menyebut lafaz  Allah menandakan  hati atau rohani sese- orang  Muslim  berada di dalam kesesatan (hati yang mati). Dengan kata-kata lain, golongan ini  tidak  dapat meneliti dan memahami ayat-ayat Allah  yang memerintah umatNya  supaya melaksanakan amal ibadat  selaras dengan sentiasa menyebut nama Allah (Akidah Islam). Kerana itulah  mereka terus berada  dalam ‘kekeliruan berakidah’ kerana menganggap amalan rohani Islam  ini tiada  hubung kait dengan Akidah Islam itu. Inilah hakikat akidah golongan ahli zahir yang mewakili majoriti umat Islam masa kini yang menjalani tarbiyah akidah menerusi hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) sekadar membentuk pengetahuan yang  berlegar-legar di kepala dalam bentuk pemikiran semata-mata, iaitu mereka gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah dalam amal ibadat dan kehidupan harian. Oleh itu, berlakulah salah faham  yang  serius terhadap aspek  akidah  dalam kalangan umat Islam sehingga majoriti um- mah mempunyai tasawwur yang salah terhadap akidah yang sebenar.

Allah  S.W.T. berfirman  yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampai- kan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
                                                              (Surah al-‘An’am, ayat: 91)

Kemurkaan Allah S.W.T. Ke Atas Orang-orang Yang Lalai Berzikrullah

Secara jelas al-Quran telah menegah manusia daripada bersifat lalai mahupun bersama-sama  golongan yang lalai terhadap berzikir kepada Allah. Di samping itu, al-Kitab turut mendedahkan berbagai-bagai bentuk  janji balasan buruk terhadap sesiapa yang mening- galkan amalan ini seperti balasan azab neraka, berada dalam kesesatan, melaksanakan kerja yang keji, syaitan dijadikan teman untuknya dan sebagainya. Nas al-Quran yang dikemukakan sebagai contoh kepada maksud tersebut ialah firman Allah:
Maksudnya:
“Maka besarlah kecelakaan (azab siksa) bagi mereka yang keras hatinya untuk ber- zikrullah. Mereka itu adalah dalam kesesatan  yang nyata.”     
                                                             (Surah al – Zumar, ayat: 22)

Maksudnya:
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa berzikrullah (hati yang mati), mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi.”    (Surah al - Mujadalah, ayat:19)

Maksudnya:
“Dan barangsiapa yang membelakangi berzikrullah kepada Tuhan yang Maha Pemurah, akan Kami jadikan baginya syaitan yang akan menjadi rakan.” 
                                                              (Surah al - Zukhruf, ayat: 36)

Maksudnya:
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan melalaikan kamu dari berzikrullah (memiliki hati yang mati) dan mengerjakan solat. Maka mahukah kamu berhenti (dari mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang keji itu).      
                                                                (Surah al - Maidah, ayat: 91)

Berpandukan catatan beberapa nas al-Quran di atas menunjukkan bahawa individu Muslim yang tidak berzikir mengingati Allah terus menerus akan  sentiasa terbelenggu dengan para syaitan. Maka para syaitan inilah yang akan bersama-sama mengendalikan kehidupan hariannya seperti akidah, amal ibadat, pekerjaan, percakapan, pemikiran, idea,  makan minum dan sebagainya. Hakikatnya,  jika kita lalai berzikir kepada Allah, maka kita akan terjebak dalam perangkap syaitan. Oleh itu, apabila umat Islam ingkar untuk berzikir mengingati  Allah terus menerus (Akidah Islam) sedangkan Allah S.W.T. lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya  sendiri, maka tiadalah yang lebih malang, lebih parah dan paling rugi segala usahanya (amal ibadat) di atas muka bumi iaitu  mereka memiliki hati yang  mati (tidak berfungsi).

Sememang tepat benarlah pandangan para ulama Tasawuf  bagaimana fenomena kemu- nafikan (menyembunyikan kufur di hati) yang berleluasa berlaku dalam kalangan ummah pada  hari ini tanpa disedari adalah akibat mengabaikan amalan rohani Islam ini. Golo- ngan (ahli zahir) ini memiliki hati yang mati (lalai berzikir kepada Allah) dan mereka hanya  menumpukan kepada pelaksanaan segala amal ibadat  (Syariat Islam) semata-mata, lantas Allah melupai ummah yang ingkar ini sebagaimana seperti firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                     (Surah al-Baqarah, ayat:10)
Allah S.W.T.  juga berfirman, maksudnya:
“Allah meneguhkan (pegangan) orang yang beriman dengan kalimah yang teguh (nur zikrullah) dalam kehidupan dunia dan akhirat. Allah menyesatkan orang-orang yang zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehen- daki.”                                                      (Surah Ibrahim, ayat: 27)


Polemik Di Antara Golongan Ahli Zahir Dengan Golongan Tasawuf

Polemik di antara golongan  ahli zahir dengan golongan Tasawuf tidak akan ada penye- lesaian sehinggalah mereka (ahli zahir) itu dapat memandang rahsia alam ghaib (roha- niah) melalui pandangan mata hati (basirah).  Dengan itu timbullah berbagai persoalan dan fitnah yang timbul terhadap proses tarbiyah akidah golongan Tasawuf  (amalan zik- rullah) ini. Ini merupakan lanjutan dari polemik antara dua golongan ini yang telah wujud sejak berlalunya zaman khulafa ar-rasyidin.  Ini digambarkan oleh Ibn Khaldun dalam kata-katanya:
“Kemudian, sesungguhnya ramai dari kalangan ahli fiqah dan ahli fatwa bersungguh-sungguh untuk menentang golongan ahli tasawuf yang kemudian itu mengenai perkara-perkara yang disebutkan itu dan yang seumpamanya. Malahan mereka itu bersungguh-sungguh mengingkari/menolak semua yang telah berlaku di dalam tarekat Tasawuf itu. Pada hal yang sebenarnya kata-kata ahli tasawuf itu mempunyai huraian dan maksud tertentu.”

Berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah dan lain-lainnya yang terlalu banyak, maka kita sangat yakin bahawa polemik antara  golongan ahli zahir dengan ahli Tasawuf atau Sufiyyah tidak akan ada penyelesaiannya sehinggalah mereka (ahli zahir) memahami benar-benar serta menghayati ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu. Begitulah persoalan dan fitnah seumpamanya itu atau yang lebih hebat lagi akan terus berlaku selagi golongan ahli Kalam dan Wahabi itu tidak dapat memahami serta menghayati apa yang sebenarnya mereka persoalkan itu sendiri. Sejarah beberapa tokoh/ulama Fuqaha’ yang terkenal pada mulanya menentang ilmu tarekat Tasawuf  begitu hebat, tetapi akhirnya dapat memahami serta beramal dengan ilmu tersebut dapat kita jadikan bukti kenyataan tersebut.

Mengapakah kita tidak mahu mengikut jejak langkah ulama-ulama dahulu. Imam Syafi’i seorang tokoh ulama Fuqaha  yang terkenal dan pengasas mazhab Fiqah yang mu’tabar (mazhab Syafi’i) sanggup belajar ilmu tarekat Tasawuf  di bawah bimbingan Shuban al-Ra’i, seorang shaikh yang ummi. Imam Al-Ghazali yang sudah bergelar ‘Hujjatul Islam’ dan Shaikh ‘Izzuddin Abd Salam yang sudah bergelar ‘Sultan Ulama’ sanggup turun menceburkan diri ke dalam tarekat Tasawuf, diasuh dan dipimpin oleh shaikh mursyid. Shaikh Abd Wahab al-Sya’rani yang  juga merupakan ulama besar Fuqaha di zamannya sanggup belajar di bawah pimpinan Shaikh Ali al-Khawwas, seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Al-Sya’rani pernah mencatatkan sikap Shaikh ‘Izzudin Abd Salam sebelum ditarbiyah- kan dengan tarekat Tasawuf  dengan menyatakan:
“Setiap orang ada mendakwa ada satu jalan menyampaikan kepada Allah selain dari- pada jalan kami tonjolkan ini, sesungguhnya dia telah melakukan pendustaan terhadap Allah.”

Kenyataan tersebut mendedahkan sikap tidak akur beliau terhadap kewujudan tarekat Tasawuf pada masa itu. Namun setelah beliau berguru dengan Shaikh Abu Hasan al-Shadhili, beliau menyifatkan bahawa selama ini “kami telah mensia-siakan umur kami dalam kehijaban.”

Sebab itu tokoh ulama khalaf yang terkenal, Imam Shafi’i yang  ditarbiyahkan (tarbiyah akidah) dengan   jalan ‘uzlah (berzikir dan mujahadah) ini menyebutkan:
“Sesiapa yang mahu Allah S.W.T. bukakan pintu hatinya (kesempurnaan hati) dan diberi ilmu (secara laduni atau zawqi) maka wajiblah ia ber‘uzlah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan serta tidak ada adab  (menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah).”

Selagi pemikiran ahli zahir itu terus diselimuti  dengan ilmu Akidah reka cipta (ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi), maka selama itulah mereka akan terus diburu dan dihantui oleh sifat buruk sangka mereka sendiri, pada hal yang sebenarnya kata-kata ahli Tasawuf  itu mempunyai huraian dan maksud tertentu. Kerana itulah apabila golongan ahli zahir itu melihat keadaan dan suasana pengamal-pengamal tarekat Tasawuf  berlainan sedikit daripada keadaan mereka dan bila mereka menemui ungkapan-ungkapan di dalam kitab-kitab atau tulisan-tulisan Tasawuf  yang kelihatan berlawanan dengan ilmu Akidah reka cipta, maka mereka pun segera melatah dengan menggunakan perkataan yang bukan-bukan terhadap tarekat Tasawuf dan pengamalnya. Sebenarnya, kebanyakan ungkapan-ungkapan adab di dalam ilmu tarekat Tasawuf tidaklah boleh difahami secara harfiy- yahnya sahaja, tetapi ia perlu dirujuk kepada keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh para tokohnya seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab Tasawuf  atau seperti yang telah diterangkan oleh para shaikh tarekat Tasawuf  itu sendiri

Jika masalah tersebut dianalisa, dijelaskan dan ditentukan hukumnya menerusi pemikiran sendiri seperti itu maka kita tidak akan  dapat jawapannya yang tepat, tetapi jawapan yang salah dan menyimpang jauh dari hakikat kebenaran. Jika kita menghadapi masalah-masalah mengenai hukum Fiqah, kita akan merujukkan ke dalam kitab-kitab Fiqah; mengapa pula bila kita menghadapi masalah Tasawuf, kita tidak mahu merujukkan ke dalam kitab-kitab Tasawuf?

Berbagai-bagai masalah dalam ilmu tarekat Tasawuf  terdapat dalam kitab-kitab karangan mereka di atas. Malah, masalah tarekat Tasawuf  yang  pada fikiran para ulama dan ilmuwan Kalam dan Wahabi pada hari ini seolah-olah baru timbul dan perlu diselesaikan, sebaliknya apabila kita telitikan dalam kitab-kitab itu, ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh ulama dan ilmuan golongan (ahli zahir) ini sejak lebih seribu tahun lalu, dan telah pun ada jawapan dan huraiannya oleh tokoh-tokoh Tasawuf  dalam kitab-kitab mereka sejak zaman itu.  Hal demikian menunjukkan bahawa pendirian para tokoh Tasawuf  menjadikan berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh  sebagai tong- gak utama dalam Akidah Islam yang didasarkan daripada al-Quran dan al-Sunnah itu adalah amat  penting untuk diketengahkan dan diamalkan oleh seluruh umat Islam sedu- nia, berbanding isu-isu yang telah lama selesai tetapi ditimbulkan semula hanya untuk memuaskan ego keintelektualan para ulama dan ilmuwan ahli zahir pada hari ini.

Tanpa mereka (golongan ahli zahir)  sedari bahawa praktik amalan tarekat Tasawuf merupakan himpunan pelbagai ijtihad yang dilakukan oleh para tokoh Tasawuf dahulu dan kini berpandukan metode pengambilan hukum yang diiktiraf oleh Syarak. Pelbagai adab yang diketengahkan oleh tokoh Tasawuf  merupakan satu proses untuk mencapai salah satu tuntutan  Syarak, iaitu memperbanyakkan berzikir mengingati Allah (Akidah Islam) dengan erti kata sebenar. Sejajar dengan itu, mereka berijtihad membentuk bebe- rapa adab tertentu dan aturan amalan dalam praktik amalan zikir bagi memastikan matlamat Syarak (khusyuk hati terhadap Allah) terhasil. Oleh demikian, semua adab yang terdapat dalam amalan yang terhasil dari ijtihad mereka adalah merupakan amalan ibadat yang disyarakkan sebagaimana pelbagai amalan ibadat lain yang disyarakkan menerusi ijtihad para ulama.
Di samping itu, sesetengah para ilmuwan dan bijak pandai Islam yang menjadi pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi ada membuat kajian mengenai tarekat Tasawuf atau mengarahkan pelajar mereka membuat kajian atau tesis mengenai berbagai-bagai aspek ilmu dan amalan  (tarekat Tasawuf) ini, tetapi mereka dan para pelajar bimbingan mereka bersikap tatabu’ semata-mata. Maksudnya, kajian mereka adalah semata-mata untuk menonjolkan keburukan pengamal amalan (tarekat Tasawuf) ini, dan ilmu dan amalan Zikrullah (tarekat Tasawuf).

Sikap tatabu’ adalah sikap ketua kaum Quraisy, seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan ramai lagi yang hanya memfokuskan fikiran mereka terhadap keburukan Nabi s.a.w. dan tidak mahu melihat berbagai kebaikan baginda s.a.w. yang begitu terang seperti terangnya sinaran matahari sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“...(Ya Muhammad) engkau nampak orang-orang Quraisy itu memandang ke arahmu. (Pada hakikatnya) mereka tidak nampak (kebaikan kenabianmu).”
                                                              (Surah al-A’raf, ayat: 198)

Sikap tatabu’ inilah juga yang menyelubungi pemikiran golongan Orientalis Barat terhadap Islam. Faktor tatabu’ inilah yang menutup rapat minda mereka sehingga mereka hanya nampak keburukan Islam semata-mata.

Kehancuran ummah pada hari ini sudah dari awal lagi diperingatkan oleh Nabi s.a.w.  dengan  sabdanya  yang bermaksud:
“Akan datang suatu masa, di mana seluruh umat akan menerkam kepada kamu seperti orang-orang yang sedang kelaparan meluru kepada pinggan yang mengisi makanan..!” Para sahabat bertanya: “Apakah bilangan kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit..?” Jawab baginda: “Bukan, bilangan kamu pada ketika itu banyak. Namun kamu hanya laksana ‘buih’ air bah yang mengalir (rosak akidah). Pada ketika itu, Allah akan mencabut rasa gerun dan takut dari hati musuh-musuh kamu dan sebaliknya Dia akan meletakkan penyakit ‘al-wahn’ ke dalam hati kamu.” Mereka bertanya lagi: “Apakah gerangan penyakit ‘al-wahn’ itu, wahai Rasulullah? “Penyakit ‘al-wahn’ bermakna: ‘cinta harta benda dunia dan takut akan kematian’ jawab Nabi s.a.w.”

Akhirnya, dapatlah  kita rumuskan bahawa  biarpun seluruh umat Islam sama mengucap dua kalimah syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hingga membawa kepada perpecahan. Oleh itu, salah faham mengakibatkan salah laku. Dan salah laku ini menyebabkan berlakunya kelemahan di kedua-dua aspek - aspek rohaniah dan kemanusiaan (duniawi). Dari segi rohaniah, umat Islam rosak akidah, ber- pecah belah, dilanda berbagai masalah sosial, kemiskinan, jenayah, keruntuhan akhlak, kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya. Manakala dari segi material dan kema- nusiaan pula, pencapaian umat Islam dalam bidang ekonomi, sains, teknologi, keten- teraan dan lain-lain masih terbelakang. Oleh itu, kehancuran ummah adalah berpunca daripada fenomena ‘kekeliruan berakidah’ yang berlaku sejak beratus tahun lalu tanpa disedari.

Keruntuhan  Akhlak  Ummah  Yang  Lalai  Berzikir  Mengingati  Allah

Para ulama atau ilmuwan ataupun pengkaji   ahli Kalam dan Wahabi  hari  ini tidak me- nyedari dan menerima hakikat bahawa longgokan ilmu dan kefahaman Islam (pelbagai bidang) pada akal dengan memiliki  diploma atau ijazah dari pusat-pusat pengajian tinggi tidak akan mampu memerangi nafsu dan membaiki penyakit-penyakit hati. Ternyata, pengajian agama hari ini hanya pandai menghafal atau memberi pengetahuan, tetapi mereka tidak memiliki kesempurnaan akidah atau kemampuan bagi para pelajar itu melaksanakan ajaran agama dengan sempurna atau pun gagal memiliki sifat taqwa yang sempurna dan akhlak yang mulia. Maka tidak menghairankan kita kenapa ada ulama atau ilmuwan dalam bidang agama, tetapi mereka juga terlibat dengan kemungkaran, penye- lewengan dan kezaliman. Oleh itu, kita  tidak sepatutnya hairan kenapa  golongan ilmu- wan (agama)  juga tidak dapat menahan diri daripada melakukan kemungkaran dan kejahatan. Malah, apabila berdepan dengan cabaran-cabaran globalisasi yang begitu me- ngerikan dalam kehidupan harian, barulah mereka sedar bahawa pelbagai bidang agama yang dipelajari selama ini belum begitu bersedia berdepan dengan masalah (kehidupan harian) itu dan sikap “rational thinking” pemikiran saintifik dan komprehensif ummah moden yang lebih berani dan bebas.

Aspek “ritual” dan terlalu berorientasikan peperiksaan yang ditekankan selama ini adalah kurang relevan untuk melahirkan para pelajar agama yang benar-benar memiliki akidah yang sebenar, sifat taqwa  dan akhlak yang mulia. Kebanyakan cetusan idea dan pan- dangan golongan ilmuwan ini lebih cenderung kepada pemerintah. Hubungan yang akrab antara mereka dengan pemerintah seharusnya dimanfaatkan untuk memberi nasihat dan teguran agar pemerintah, dan umat Islam dapat memahami mengenai konsep Islam yang bertamadun, iaitu menegakkan yang makruf (kebaikan dan kebajikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan dan keburukan). Secara jelas, golongan agamawan memikul amanah untuk menggerakkan Islam bukan sahaja secara konseptual tetapi juga dari segi pelaksanaannya.

Di samping itu, terdapat juga para  pelajar  yang melanjutkan pengajian agama  di pe- ringkat sarjana atau doktor falsafah (Ph.D) di bawah bimbingan para  orientalis  di uni- versiti negara-negara Barat.  Mereka ini akan membawa faedah kepada pihak universiti kerana mereka dapat “dipergunakan” bagi tujuan kajian akademik yang berkemung- kinan sukar untuk para penyelidik Barat melakukannya. Lebih-lebih lagi objektif  utama para orientalis  adalah untuk melahirkan para graduan Islam yang akan mempengaruhi masyarakat apabila mereka pulang ke tanah air melalui jawatan penting dalam agensi kerajaan. Mereka akan terpengaruh dengan pensyarah mereka dari aspek pemikiran, cita rasa serta tingkah laku sebagai  manusia celupan Barat.  Golongan ini secara resminya tidak menukar nama atau agama, tetapi pemikiran mereka telah mengalami perubahan yang berlandaskan kepada  pengaruh dalam tamadun Barat. Malah, pelbagai bidang  ilmu  agama   yang diperolehi itu tidak mampu membersihkan pelbagai hijab hati para pelajar  (memiliki hati yang mati) dan mereka terus  tenggelam dalam lautan lalai (kesesatan). Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang  tebal.”                         
                                                           (Surah al - Jumu’ah, ayat: 5)

Dalam  proses penjajahan ini, pihak  kolonial Barat menggunakan sistem pengajaran dan pendidikan sebagai satu medium atau saluran utama  perubahan terhadap moral umat Islam, untuk menjadikan mereka lemah hingga hilang jati diri, serta merasa rendah diri sehingga menjadi mundur dan ketinggalan. Mereka menjadi murid dan sentiasa patuh kepada tamadun Barat dan merasa rendah diri terhadap tamadunnya, tamadun Islam. Sistem pendidikan Barat diperkukuhkan melalui sekolah-sekolah moden dengan buku teks, kurikulum dan guru-guru yang lebih cenderung kepada pemikiran Barat menjadikan rohani umat Islam begitu cepat bergerak ke Barat. Melalui saluran media massa teru- tamanya persuratkhabaran juga berlakunya perubahan cara berfikir, nilai, neraca malah pendapat umum. Ia dilakukan dalam bentuk berita, rencana, kesusasteraan yang kreatif malah menggunakan gambar-gambar, di samping penyelidikan wartawan dan temu ramah. Penguasaan, cengkaman dan arah aliran maklumat oleh akhbar dan media massa semakin memperkukuhkan cengkaman serta pengaruh kolonial Barat.

Sejak kurun ke 18 dan ke 19, masyarakat dan dunia Islam telah dilanda kebekuan (sifat jumud) terutama sifat dari aspek pemikiran dan memiliki ciri-ciri kejahilan. Islam sebagai suatu cara kehidupan meliputi akidah, syariat  dan fardu kifayah hanya tinggal pada nama dan lambangnya. Ini membuka ruang dan peluang yang luas serta terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal termasuk budaya, politik, ekonomi dan ketenteraan. Serangan berbentuk fizikal dan ketenteraan ini merupakan sebagai suatu tindak balas dunia Barat terhadap kekalahan dan keaiban mereka di dalam beberapa siri Perang Salib. Inilah kejayaan Barat yang mahukan semua orang di dunia hidup serupa dan tidak dibezakan lagi oleh keperibadian dan jiwa seperti juga agama, sejarah, kebudayaan, peradaban lampau, pendidikan dan tradisi. Dari segi psikologi, ia berjaya menyogok falsafah penguasaan orang Barat dan kemenangan meterialisme (kebendaan) ke atas prinsip ketuhanan dan akidah umat Islam.

Allah S.W.T.  berfirman lagi yang bermaksud:
“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di atas satu syariat (yang lengkap)  dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”                
                                                            (Surah al-Jathiyah, ayat: 18)

Umat Islam masih lagi dicengkam oleh pelbagai gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak. Belum lagi menyentuh soal rakyat miskin, penyelewengan kuasa, rasuah, menu- larnya gejala murtad, pembunuhan sesama umat Islam dan pelbagai lagi kerenah sosial dalam kalangan ummah yang masih tidak mampu untuk diselesaikan, malah semakin parah dan terus berleluasa. Di samping itu, ummah  juga sudah terkeliru dengan slogan memeriahkan majlis ilmu agama yang dianggapkan amat besar fadilatnya menerusi ceramah agama atau bacaan kitab-kitab di masjid-masjid atau surau-surau  di sepanjang usia.  Oleh itu, penyampaian agama dilihat sekadar membuka dan menutup kitab sahaja, iaitu tarbiyah ilmu agama yang hanya tersebar sekitar teori - dalam bentuk lisan dan slogan, tetapi mereka terus memiliki hati yang mati (lalai berzikir mengingati Allah). Ilmu itu hanya berpaut pada akal  atau sekadar hafalan semata-mata. Ia tidak akan mam- pu mengubah sikap atau mengawal diri sendiri dari melakukan kejahatan dan maksiat. Inilah punca berlakunya semua gejala negatif di semua peringkat masyarakat.
 
Pengetahuan agama yang dilonggokkan pada akal atau hanya sekadar hafalan itu tidak dapat memerangi kerakusan nafsu dan ia tidak mendarah daging untuk dapat dipraktikkan (akibat hijab nafsu). Oleh itu, jangan ditambah lagi dengan kelompok ulama dan ilmuwan ahli Kalam dan Wahabi yang turut membuang masa dengan berceramah, berteori, ber- dialog, wacana, penulisan akademik dan sebagainya sebagai jalan penyelesaian kepin- cangan akidah dan keruntuhan akhlak ummah, tetapi ketidakadilan pemimpin, kezaliman, penyelewengan, kemiskinan dan kesempitan hidup terus melanda umat Islam. Dengan itu umat Islam hendaklah memahami dan menyedari serta  menjauhkan dirinya daripada sebarang rupa runtunan songsang  atau perkara-perkara yang cuba menyelewengkan Akidah Islam secara sesat lagi menyesatkan, bermatlamatkan mengubah nilai-nilai sebenar hakikat akidah (berzikir mengingati Allah) itu sehingga menjauhkan umat Islam daripada memahami hakikat keislamannya.

Inilah jalan tarbiyah akidah ummah di akhir zaman yang mana penumpuan kepada hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) secara mendalam  hanya berjaya memberikan pengetahuan, tetapi mereka  gagal untuk melaksanakan segala amal ibadat dengan sempurna (gagal memiliki khusyuk hati)! Apabila berzikir mengingati Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam  tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologilah yang menjadi pegangan. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia ter- susun dan terhimpun sebagai satu cetusan idea atau hujah-hujah dan debat yang tercela. Begitulah sebenarnya apabila bukan wahyu yang menjadi pegangan dan panduan,  maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya semata-mata (ilmu Akidah reka cipta).  Maka itulah ideologi yang berselindung di sebalik laungan prinsip Akidah Islam. Dengan perkataan lain, yang dibicarakan di dalam diskusi-diskusi atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah di majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama pada setiap hari itu bukanlah aspek akidah dalam pengertian yang sebenar-sebenarnya, tetapi hanyalah sebagai pengetahuan tentang keesaan Allah (pengertian Rabb), sifat-sifat Allah  dan af’alNya untuk tujuan diperdengarkan semata-mata.

Proses kemerosotan dan kemalapan ilmu dan amalan Islam dari satu masa ke satu masa yang lain, sehingga ilmu dan amalan Islam yang sebenar, lengkap dan sempurna pada zaman awal itu, akhirnya seolah-olah telah hampir tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan umat Islam sendiri. Banyaknya bidang ilmu dan kefahaman agama  hari ini seperti ilmu Tauhid, ilmu Fiqah, ilmu Hadis, ilmu Tafsir, ilmu Dakwah, Falsafah Islam, ilmu Kalam, Tamadun Islam, ilmu Tasawuf, sirah Nabi s.a.w. dan sebagainya untuk menghuraikan dan memperincikan ilmu dan amalan Islam di zaman yang awal itu, banyaknya kitab-kitab, kertas-kertas  pengajian (agama) yang diterbitkan, dan banyaknya universiti Islam didirikan di seluruh negara Islam tidak dapat dijadikan ukuran tentang adanya perkembangan, dan kemajuan ilmu dan amalan Islam yang pesat, yang semakin unggul dan sempurna. Sebab, dalam keadaan yang begitu umat Islam semakin jahil untuk mema- hami dan menghayati hakikat intisari ajaran Islam yang sebenar-benarnya seperti yang difahami dan dihayati oleh generasi umat Islam pada zaman awal itu. Begitulah realitinya umat Islam hari ini semakin tidak kenal Allah  (tergelincir dari landasan Aki- dah Islam), terputus tali rohaniah (memiliki hati yang mati), melupai akhirat, derhaka, zalim, ganas, jatuh menjatuh, tindas menindas, menipu dan mengamalkan rasuah, tamak, gejala murtad, sanggup berbunuhan sesama saudara Muslim dan bergelumbang dengan berbagai gejala negatif atau maksiat seolah-olah sebagai manusia tanpa agama sedangkan semua itu berlaku dalam keadaan agama diperkatakan di mana-mana.

Demikianlah  jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi)  yang telah berkembang pesat dalam kalangan umat Arab pada hari ini menjadikan mereka menga- lami keruntuhan akhlak yang  berleluasa. Begitulah keadaan ummah yang tergelincir dari landasan Akidah Islam yang sebenar, lantas menjadikan budaya hidup mereka seolah-olah seperti tiada pegangan agama yang sempurna. Ini kerana, taat dan patuh terhadap perintah Allah hanyalah ketika berada di Tanah Arab. Sebaliknya,  apabila berada di negara asing mulalah mereka menjadi liar dan buas. Berzina dan meminum arak sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan warga Arab yang melancung  ke luar negara. Feno- mena inilah yang sentiasa berlaku dalam kalangan kebanyakan bangsa Arab dewasa kini.

Hakikatnya, bangsa Arab pernah menempa zaman keagungan dengan Islam (Akidah al-Quran) yang  hanya mengambil masa dalam tempoh 30 tahun (menguasai Jazirah Arab), tetapi kini mereka jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi dan teknologi akibat penyelewengan proses tarbiyah akidah. Kejayaan golongan yang memiliki kesempurnaan akidah  tidak hanya kepada bangsa Arab sahaja, malah bangsa Turki, Mongol, Kurdi dan Tartar dan lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan masing-masing dengan Islam. Berzikir dan mujahadah inilah menjadi rahsia kekuatan rohaniah yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dari kalangan bangsa itu seperti  Khalifah Muhammad al-Fateh daripada bangsa Turki, Pang- lima Salahuddin al-Ayubi daripada bangsa Kurdi dan Timurlane daripada bangsa Tartar. Dengan kesungguhan mengerjakan amalan rohani Islam (berzikir terus menerus dan qiyamullail) dan memiliki sifat taqwa sebenar serta  akhlak yang mulia, mereka menjadi bangsa yang kuat dan mulia.

Ternyata mereka (golongan Wahabi) telah pun “hanyut” dalam tarbiyah ilmu Akidah reka cipta hingga “mencairkan” prinsip-prinsip akidah sebenar yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai.  Mereka (kaum Wahabi) hanya berbangga dengan slogan dakwah  yang dicanang-canangkan sejak 200 tahun lalu,  iaitu membasmi “syirik, khurafat dan bid’ah” dalam kalangan ummah, tetapi sifat-sifat keji (mazmumah) dalam diri   terus subur dan berkembang dalam kalangan bangsa Arab dan para pengikut mereka di negara Islam sedunia pada hari ini tanpa disedari kerana mereka (golongan Wahabi) meng- abaikan tarbiyah hati (berzikir dan mujahadah), lantas menjadikan mereka tergelincir dari landasan akidah yang sebenar. Tegasnya, tarbiyah akidah yang dilaksanakan mereka (teori Tauhid Wahabi) dalam tempoh yang begitu panjang itu tidak dapat  memulihkan keruntuhan akhlak, kehancuran negara-negara Arab dan kepincangan akidah bangsa Arab  dan umat Islam lain sedunia sebagaimana yang diwarwarkan. Malahan dari segi kerun- tuhan akhlak, masyarakat Islam itu seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam.

Pegangan agama mereka terpesong jauh daripada wahyu Ilahi, malah cara hidup mereka sama seperti orang yang tidak ada pedoman dan pegangan agama. Mereka diibarat sebagai musuh dalam selimut, di luar nampak syariatnya sempurna dengan berjubah, berjambang dan berpurdah (wanita) tetapi hati mereka telah mati (tidak berfungsi). Ter- cemar imej Islam itu lantaran keperibadian umatnya yang tidak menjadi model atau contoh ikutan. Ini benar-benar merupakan suatu krisis keruntuhan akhlak yang sangat berleluasa dewasa kini. Mereka gagal untuk memperbaiki keadaan kelemahan umat Islam secara keseluruhannya, malah menjadikan mereka semakin  jauh jaraknya dengan tama- dun Islam. Ternyata, ini menambahkan lagi kemunduran yang semakin tenat dan ber- pecah-belah.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya akan ada pada umatku beberapa golongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik.”
                                             (HR Imam Bukhari dalam Sahihnya No.5590 )

Melihat kepada telatah dan gelagat masyarakat Islam itu tidak langsung memberi gambaran betapa cantik dan indahnya ajaran Islam itu. Boleh dikatakan bahawa mereka fasih mengenal dan memahami al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang diturunkan dalam bahasa mereka. Ternyata ia bukan masalah tidak faham, akan tetapi terhijab  hati mereka (hati yang mati) akibat mengabaikan amalan zikir mengingati Allah. Mereka seo- lah-olah tidak memahami hakikat Islam yang sebenar-benarnya. Inilah  yang telah diper- ingatkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam tentang adanya golongan  yang keluar agama (memiliki hati yang mati, iaitu mengabaikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah)  walaupun mereka mampu membaca al-Quran dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (memiliki hati yang mati, tanpa menjalani tarbiyah berzikir dan mujahadah). Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya....”
      
Hidayah Allah S.W.T. sekali-kali tidak akan menyinari hati mereka yang terdapat padanya karat-karat ‘kufur’ (pelbagai hijab). Ini kerana  Allah S.W.T. hanya memberi petunjuk kepada hati mereka yang bersih dari sifat-sifat keji (penyakit-penyakit hati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”            
                                                       (Surah al-Nas, ayat: 4)
Allah S.W.T.  juga berfirman.
Maksudnya:
“Dan agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan (syaitan) itu dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu menger- jakan apa yang dikerjakan oleh syaitan itu.”
                                                           (Surah al-An’am, ayat: 113)
FirmanNya lagi  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                           (Surah al-Baqarah, ayat:10)
    
Hakikatnya,   segenap tindakan, cara berfikir dan penampilan mereka sedikit pun tidak memperlihatkan mereka sebagai umat Islam yang baik yang sepatutnya menjadi ‘role model’ kepada bangsa manusia sejagat. Hingga persepsi buruk yang diberikan oleh musuh kepada ajaran Islam itu sendiri. Salah faham ini menyebabkan keunggulan Islam sebagai agama yang diredai Allah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat tidak terserlah, sama ada dari segi ilmiahnya lebih-lebih lagi dari segi amaliahnya. Islam tidak kelihatan indah sepertimana yang sewajarnya. Namun apa yang dapat disaksikan, merekalah punca ramai dalam kalangan manusia tidak   berminat  kepada Islam, malah ada dalam kalangan umat Islam sendiri mula meragui serta hilang keyakinan terhadap Islam. Realiti ini sebe- nar sudah dapat ditebak oleh Nabi s.a.w.  yang pernah menegaskan menerusi sabda baginda yang bermaksud:
                                 “Islam akan digelapkan oleh orang Islam.”

Fenomena “Kekeliruan Berakidah” Dalam Kalangan Ummah

Penyelewengan jalan tarbiyah akidah atau berlakunya fenomena ‘kekeliruan berakidah’ dalam kalangan umat Islam tanpa disedari menjadi faktor utama yang  membawa kerun- tuhan tamadun Islam yang gilang gemilang yang pernah mewarnai dunia pensejagatan. Munculnya ilmu Akidah baru dalam Islam yang diberi nama ilmu Kalam (fahaman Muktazilah dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah/Ilmu Sifat 20) semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pada kurun ke 8 M. (bermula di zaman Khalifah al-Ma’mun) dan teori Tauhid Wahabi di Arab Saudi pada kurun ke 19 M. telah mengelirukan dan menye- lewengkan umat Islam daripada memiliki tasawwur Akidah Islam yang sebenar.

Fenomena ‘kekeliruan berakidah’ atau isu pengabaian berzikir kepada Allah terus menerus (Akidah Islam) ini telah mula ditimbulkan dalam kalangan masyarakat Islam sejak kurun kedua  Hijrah lagi. Seorang tokoh Islam yang terkenal iaitu Imam Malik Bin Anas  menegaskan perkara ini dengan berkata:
“Sesiapa yang beramal ibadat tanpa bertasawuf  (tanpa berzikir mengingati Allah), sesungguhnya ia telah menjadi fasik dan sesiapa bertasawuf (sentiasa berzikir me- ngingati Allah) tanpa beramal ibadat, sesungguhnya ia telah menjadi zindiq (penye- leweng agama) dan sesiapa yang  telah menggabungkan antara tasawuf (sentiasa ber- zikir kepada Allah) dan amal ibadat sesungguhnya ia telah mencapai hakikat (kebe- naran).”

Bayangkan kita yang berada di kurun ke 15 tentulah lebih terkeliru lagi tentang prinsip dan amalan berhubung dengan dua aspek agama yang berbeza (syariat dan akidah). Kegagalan  memperbanyakkan menyebut lafaz  Allah menandakan  hati atau rohani sese- orang  Muslim  berada di dalam kesesatan (hati yang mati). Dengan kata-kata lain, golo- ngan ini  tidak  dapat meneliti dan memahami ayat-ayat Allah  yang memerintah umat Nya  supaya melaksanakan amal ibadat  selaras dengan sentiasa menyebut nama Allah (Akidah al-Quran). Kerana itulah  mereka terus berada  dalam ‘kekeliruan berakidah’ kerana menganggap amalan rohani Islam  ini tiada  hubung kait dengan Akidah Islam itu. Inilah hakikat akidah golongan ahli zahir yang mewakili majoriti umat Islam pada  hari ini yang ditarbiyahkan menerusi hujah-hujah ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi, tetapi tidak mampu diterapkan dalam amal ibadat dan kehidupan harian (gagal memiliki khusyuk hati kepada Allah). Oleh itu, berlakulah salah faham  yang  serius terhadap aspek  akidah  dalam kalangan umat Islam pada masa kini sehingga majoriti ummah mempunyai tasawwur yang salah terhadap akidah yang sebenar (Akidah al-Quran).

Bertitik tolak daripada semua kenyataan dan penjelasan berhubung dengan berzikir mengingati Allah terus menerus sebagai inti pati dan tonggak utama dalam Akidah Islam, maka  kita merasakan betapa perlunya suatu penilaian semula, dan apakah yang seharus- nya kita lakukan untuk Islam supaya ummah khususnya dapat memahami aspek akidah  itu dengan kefahaman yang tepat  dan memiliki tasawwur Akidah Islam yang sebenar. Agar mereka tidak terpengaruh kepada slogan-slogan akidah yang terhasil melalui hujah-hujah atau perbahasan bersifat teori terhadap sifat-sifat Allah dan mendefinasikan Rabb (hujah atau debat yang tercela) oleh golongan ahli zahir  yang   jahil tentang  aspek aki- dah (Islam) yang sebenar. Di samping itu, segala dakyah, buruk sangka  dan fitnah ter- hadap ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf)  oleh para ulama dan  ilmuwan ahli  zahir (menguasai dakwah akidah umat Islam sedunia) dan akhirnya  telah meruntuhkan atau melenyapkan amalan rohani Islam (amalan zikrullah) dalam kalangan ummah.

Persoalannya, bagaimanakah kita perlu menghadapi perkara-perkara yang amat rumit dan mengelirukan ini? Dan bagaimanakah kita hendak mengubah persepsi atau asas pema- haman akidah (hujah-hujah dan debat yang tercela, iaitu ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) yang telah terbentuk kukuh  di dalam minda umat Islam pada hari ini sejak beratus tahun yang lalu yang tidak tahu ilmu dan amalan Zikrullah (tarekat Tasawuf) dan yang tidak beramal dengannya (memiliki hati yang mati)?

Majoriti dalam kalangan umat Islam hari ini memiliki kefahaman dan tasawwur yang salah mengenai Akidah Islam. Sebab terjadinya demikian dapat dilihat daripada empat sudut:
1)     Sebab luaran yang berkait rapat dengan perencanaan jahat musuh-musuh Islam. Mereka ini terdiri daripada para kuffar. Menerusi kekuatan (persenjataan), serangan pemikiran (al-ghazw al-fikri) dan disokong kuat oleh gerakan orientalis Barat dengan tulisan-tulisannya menerusi multidimensi telah mengelirukan umat Islam sedunia yang telah berjaya mencernakan kekeliruan terhadap Akidah Islam.

2)     Sebab dalaman seperti munculnya ilmu Akidah reka cipta dalam  Islam yang mendapat tempat di sisi pemerintah Islam iaitu ilmu Kalam yang dipelopori oleh mazhab Muktazilah dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah (ilmu Sifat 20) yang muncul di zaman kerajaan Abbasiyyah dan teori Tauhid Wahabi (mazhab Wahabi) di Arab Saudi pada tahun kurun ke 19 M., dan ramainya ulama al-su’ (ulama pengampu yang menjadi pemburu kebendaan atau kemewahan duniawi yang rakus) telah mengelirukan dan menyelewengkan umat Islam daripada memiliki tasawwur Akidah Islam yang sebenar.

3)     Kejahilan umat Islam sendiri terhadap agamanya disebabkan ramai dalam kalangan ummah yang tidak lagi mendapat ilmu Akidah Islam yang sebenar. Sama ada ini disebabkan oleh lunturnya  semangat menuntut ilmu atau merasa cukup dengan “secebis” ilmu akidah yang ada (ilmu Akidah reka cipta), maka dengan ilmu yang hampir kosong atau sekelumit itulah mereka cuba mentafsir aspek Akidah Islam yang hanya boleh dicapai menerusi ilmu dan amalan Zikrullah. Malahan dalam apa jua keadaan sekalipun persoalan akidah ialah teras dan asas kepada semua persoalan. Inilah persimpangan  jalan antara tasawwur Akidah Islam dengan ilmu Akidah reka cipta.

4)     Sikap taklid buta iaitu mereka menghayati tasawwur Akidah Islam ini hanya sekadar berpegang kepada ‘kata tok guru’, ‘kata ustaz’, dan sebagainya atau yang didengar dari seorang ke seorang, bukannya dirujuk atau dibaca dalam kitab-kitab yang mu’tabar, sehingga  umat Islam tidak dapat membezakan yang mana satu akidah (Islam) yang sebenar atau merupakan ijtihad para ulama semata-mata.  Ditambah pula oleh pelbagai pergolakan sepanjang zaman dan faktor lingkungan yang berubah, maka banyaklah berlaku kekhilafan dan salah faham tentang aspek akidah. Dengan itu ruang untuk aspek akidah disalahtafsirkan dan mengalami pengubahsuaian berlaku secara berleluasa. Hakikatnya, apa yang disangka ilmu akidah itu bukanlah ilmu Akidah Islam yang sebenar, tetapi merupakan hujah-hujah dan debat yang tercela sekadar menjadi tarbiyah akidah ikut-ikutan yang begitu rapuh dan goyah sifatnya.  

Kata Arif billah:
“Ilmu itu cahaya, sebaliknya jahil itu buta dan merbahaya.”

Bukan rahsia lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia sedang mengalami kelemahan di sudut rohaniah dan pembangunan (duniawi). Gejala sosial, rasuah, jenayah, maksiat, pembunuhan sesama Muslim, kezaliman pemerintah dan sebagainya sudah merebak dalam masyarakat Islam, Umat Islam juga sedang ditindas dan diserang dari pelbagai dimensi - budaya, ekonomi, ketenteraan, sosial, politik dan lain-lain dari negara-negara Barat. Kini seolah-olah tidak ada kelebihan khusus yang dapat dibanggakan oleh umat Islam sebagai penganut agama yang paling diredai Allah S.W.T.  Kecenderungan melihat Islam pada aspek Syariat Islam semata-mata dengan meminggirkan aspek akidah (amalan Zikrullah) sedang berlaku secara berleluasa.

Sayyidina Ali r.a. pernah mengingatkan tentang kehancuran umat Islam dengan katanya:
“Yang benar (haq) tanpa penyusunan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.”

Mereka yang hanya mendapat asas ilmu fardu ain - seperti soal taharah, wuduk, menge- nal najis, solat, puasa, haji dan lain-lain, menyangka itulah ajaran Islam. Golongan ini hanya melihat Islam sebagai agama yang mengatur hal-hal peribadatan yang bersifat ritual semata-mata. Manakala mereka yang terdedah kepada soal-soal ekonomi Islam pula cenderung untuk melihat Islam sebagai “alat” kemajuan dan “bahan komoditi” bagi menjana keuntungan komersial semata-mata. Ada pula golongan yang meletakkan hafaz al-Quran sebagai perkara pokok dan utama dalam agama. Maka tumbuhlah pusat-pusat tahfiz di segenap pelusuk negeri seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Golongan ini menyangka menghafaz al-Quran itu adalah perkara utama yang perlu dikuasai oleh gene- rasi muda pada hari ini untuk membenteras keruntuhan akhlak dalam kalangan ummah.

Sebahagian pula hanya berfokuskan soal jinayat, seolah-olah Islam itu hanya mengan- dungi soal hukum hakam ke atas pesalah dan penjenayah. Oleh sebab itu, maka peme- rintah dan tanggungjawab mereka bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jena- yah melalui hudud semata-mata, tetapi mereka mesti memikul tanggungjawab utama, iaitu membaiki akidah ummah supaya sempurna, sebagai  asas untuk mengerjakan solat dengan khusyuk hati (mencegah perbuatan keji dan mungkar). Dan atas dasar itu, maka solat adalah lebih utama daripada hudud dalam usaha membenteras kemungkaran, walau- pun ini tidak bermakna soal hudud tidak penting. Ternyata mereka telah pun “hanyut” dalam tarbiyah ilmu Akidah reka cipta hingga “mencairkan” prinsip-prinsip akidah  sebe- nar yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai. Oleh itu. Islam yang sangat indah sudah tidak nampak indah lagi. Islam yang gagah, nampak goyah dan lemah.

Jika diumpamakan Islam itu seperti sebatang pokok yang mana Akidah Islam ialah akar tunjang, batangnya adalah Syariat Islam, dahan besarnya adalah fardu kifayah iaitu pendidikan, politik, sosial, ekonomi, kemajuan teknologi dan lain-lain, ranting dan daun ialah perkara-perkara sunat dan akhirnya buah bagi pokok Islam itu ialah tamadun rohani dan  kemanusiaan (duniawi). Malangnya kerana kejahilan dalam kalangan umat Islam yang tidak lagi mampu melihat “pohon Islam” itu secara sempurna dengan seluruh kom- ponennya - akar tunjang, batang, dahan, ranting, daun dan buah. Ada yang hanya melihat batang, lalu menjadi begitu “obses” dengan persoalan Syariat Islam. Secara mudah mereka merasakan Islam itu hanya ajaran hukum hakam dan fadilat-fadilat segala amal ibadat, lantas di bidang kehidupan harian yang utama iaitu  aspek Akidah Islam (memper- banyakkan amalan zikir mengingati Allah) terus dipinggirkan.

Apa tidaknya,  jika pokok hanya ada batang tanpa akar, ranting, dahan dan lain-lain, maka ia tidak layak dipanggil pokok - sebaliknya dipanggil tunggul. Cantikkah “tunggul” itu? Begitu juga, pokok yang lebat daunnya, banyak pula dahan dan rantingnya tetapi akar tunjangnya telah reput, mampukah bertahan apabila ada angin yang menggoncang? Kuatkah “pohon” Islam yang begitu? Inilah akibat kejahilan umat Islam hari ini. Islam yang difahami dan diamalkan tidak lagi sempurna dalam erti kata sebenar.

Akibat kepincangan itu, umat Islam bukan sahaja tidak dapat menerajui dan memayungi dunia atas statusnya sebagai ummah terbaik, malah kita menjadi mangsa oleh penjajahan bentuk baru dalam era globalisasi. Kita tidak mahu generasi muda kita dilanda kemis- kinan dan kita tidak mahu mereka terjerumus ke lembah kesesatan (rosak akidah). Rosak akidah akan membawa kita ke neraka dan miskin akan menghampirkan kita kepada kekufuran. Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa umat Islam pada masa kini sedang menderita kemunduran, dan kelemahan di sudut rohani (akidah) dan pembangu- nan (duniawi). Malahan umat Islam perlu sedar bahawa nilai-nilai daripada penghayatan aspek fardu ain (syariat dan akidah) sangat penting untuk menyerlahkan Islam di bidang fardu kifayah.

Oleh itu, keunggulan Islam masa silam yang dibantu dengan pertolongan dan rahmat Allah S.W.T. hanya tercatat dalam bentuk teori dan ilmiahnya sahaja pada masa kini. Sejak berlalunya zaman keagungan Islam pada generasi umat Islam yang awal, keung- gulan tamadun rohaniah dan kemanusiaan (duniawi) Islam tidak terserlah lagi. Adalah mudah untuk mendrafkan perlembagaan Islam di atas kertas berbanding merealisasi- kannya dalam kehidupan harian. Malahan diukur dari segi pencapaian duniawi, jelas sekali umat Islam hari ini telah jauh ketinggalan.  Sejak berlalunya zaman Nabi s.a.w., para sahabat r.a. serta al-salaf, keunggulan Islam tidak lagi terserlah dalam bentuk praktik dan amalinya.

Demikianlah keutamaan dan keagungan amalan zikir mengingati Allah sebanyak-ba- nyaknya  sebagai inti pati dan tonggak utama dalam Akidah Islam yang tidak difahami dan  diketahui oleh umat Islam pada hari ini, meskipun ia merupakan amalan  yang  di- syarakkan kerana amalan zikir itu merupakan permulaan perjalanan menuju kepada mengenal Allah SWT.  Saranan dan tuntutan zikir kepada Allah banyak disentuh dalam al-Quran dan Hadis, di samping terserlah kepentingan pengamalannya  menjadi  pencetus kesedaran hati yang membuahkan keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh kepada Allah S.W.T berikutan daripada ulangan sebutan lafaz mulia (Allah) itu. Sebab itu, ayat Allah  yang menjelaskan  keutamaan dan keunggulan amalan ini sentiasa disebut oleh khatib sebelum penutup khutbah Jumaat:
Maksudnya;
“Dan zikrullah itu adalah seutama-utama ibadat”
                                                                 (Surah al-Ankabut, ayat: 45)

Namun kepentingan amalan zikir  kepada Allah terus menerus (Akidah Islam) nampak- nya bukan sahaja tidak dihayati malah kurang   difahami pengertiannya oleh umat Islam hari ini. Begitulah  ayat Allah  yang tidak pernah ditinggalkan dan diulang-ulang oleh khatib yang membaca  khutbah pada saban minggu hanyalah  mengingatkan para jemaah  bahawa Allah S.W.T. menjadikan berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya sebagai sebaik-baik ibadat (inti pati dan tonggak  kepada segala amal ibadat) yang dila- kukan. Ternyata oleh sebab amalan zikir itu, maka segala amal ibadat menjadi mulia. Dalam hal ini Allah S.W.T. menghubungkaitkan segala amal ibadat dan amalan zikir mengingatiNya yang terbukti daripada beberapa nas al-Quran. Oleh sebab itulah  maka tanpanya agama Islam bukan sahaja tidak akan sempurna tetapi  juga akan menjadi lemah dan tidak bermaya untuk membangunkan kekuatan Islam dalam diri, masyarakat dan negara.

Ternyata  maksud dan pengertian amalan rohani Islam yang disyarakkan itu tidak me- ngandungi roh atau tidak membangkitkan pengertian yang mendalam dalam kalangan ummah pada hari ini, maka kita tidak hairan jika pada hari ini ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf) itu telah dilupakan oleh umat Islam. Demikian juga, kita tidak ter- peranjat  jika umat Islam sendiri telah mempersoalkan hakikat kebenaran ilmu dan amalan tersebut. Tanpa mereka sedari  bahawa inti pati dan tonggak  utama dalam Aki- dah Islam yang sebenar bukanlah seperti yang diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan umat Islam hari ini (tarbiyah ilmu Akidah reka cipta), sebaliknya ia terkandung secara qat‘i (mutlak) di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Melihat akidah berdasarkan tasawwur amalan mereka adalah satu kesalahan kerana mereka boleh  diselewengkan. Dengan itu maksud dan hakikat Akidah Islam  yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam demi mendapat tasawwur yang sahih terhadapnya.  Malahan ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf)  telah padam cahayanya dan sudah tidak diketahui oleh kebanyakan umat Islam akibat dakyah, buruk sangka dan fitnah  oleh para ulama dan ilmuwan ahli zahir  terhadap ilmu dan amalan  (tarekat Tasawuf) itu.

Umumnya, para ulama atau pengkaji  ataupun  ilmuwan  ahli zahir (ahli Kalam dan Wahabi) hari ini sudah terlalu banyak membuang masa dibuai oleh lamunan kosong dengan berceramah, membaca kitab-kitab agama, mentafsir al-Quran dan Hadis-hadis, berforum, berseminar, berteori, mengemukakan idea,  menulis tesis-tesis dan kertas-ker- tas pengajian (bidang agama) dan bermacam-macam lagi yang entah apa-apa nama dan istilah yang dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian masalah akidah dan kepincangan akhlak ummah, tetapi ianya tidak mampu menyelesaikannya, malah semakin parah dan terus berkembang akibat mengabaikan dan menafikan keutamaan amalan rohani Islam. Hasil dari tasawwur yang salah terhadap din al-Islam menyebabkan seseorang itu tidak dapat menjalankan kehidupannya berdasarkan tuntutan agama sebenar. Kehidupan mereka bercampur baur dengan unsur-unsur yang menyalahi ajaran Islam, hinggakan sifat kehidupan jahiliah lebih menguasai mereka daripada hidup bercorak keagamaan yang berteraskan Akidah Islam yang sebenar (sentiasa berzikir mengingati Allah). Begi- tulah sukarnya untuk menyedarkan semula umat Islam yang hatinya dimasuki bid’ah (tarbiyah akidah menerusi ilmu Akidah reka cipta), maka ia tidak dapat menikmati kebahagiaan (gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah) dan amat sukar sekali golongan ini untuk membetulkan pegangan akidah mereka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Bukhari yang mengatakan: “Mereka keluar dari agama dan tidak akan kembali.”
 
Inilah yang telah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam  tentang kesesatan kaum Yahudi dan Nasrani meskipun mereka memilki al-Kitab tetapi meninggalkan kebenaran disebabkan hati mereka telah menjadi keras (tidak berfungsi). Begitu juga yang berlaku ke atas kebanyakan umat Islam pada hari ini yang memiliki hati yang mati (lalai berzikir mengingati Allah), mereka juga meninggalkan kebenaran (menafikan ilmu Akidah al-Quran), lantas Islam dan umatnya terus terpesorok di bawah timbunan herdi- kan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat bodoh, miskin dan militan, meskipun mereka memiliki al-Quran. Mereka (ahli zahir) sendiri yang memilih tarbiyah ilmu Akidah  reka cipta, lalu mereka berdiri mencanangkan kepada orang lain dengan berbagai-bagai slogan akidah dan golongan ini melencong jauh dari petunjuk Ilahi. Semua hujah-hujah dan debat yang tercela  (ilmu Kalam dan teori Tauhid  Wahabi) itu tidak lebih dari sekadar  ilmu yang berpaut  pada akal atau sekadar menjadi hafalan semata-mata, tetapi  tidak dapat membersihkan pelbagai hijab hati (sifat-sifat mazmu- mah). Alangkah ruginya golongan seperti itu dan alangkah tidak berfikirnya mereka yang mengikuti golongan yang sesat itu! Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya di dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat kebaikan sebaik-baiknya. Perkara yang amat terang ini tidak tergambar sama sekali untuk diingkarkan atau ditolak kebenarannya kecuali oleh orang yang telah ditulis oleh Allah S.W.T. pada buku amalannya kerugian besar  dan tidak mendapat rahmat. Oleh itu, kebaikan amalan mereka telah digugurkan di dunia dan akhirat, dan mereka itulah orang-orang yang tidak mendapat pertolongan.

Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud:
“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca al-Quran namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (memiliki hati yang mati, iaitu tanpa menjalani tarbiyah berzikir dan mujahadah), mereka keluar daripada agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya, mereka tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ke busurnya,....”
(HR Imam Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748, Imam Ahmad, Ibn Majah, Abu Dawud dan Ibn Hibban)

Dalam hadis yang tersebut di atas,  maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa akan muncul dalam kalangan umat Islam yang mampu membaca al-Quran atau menger- jakan segala amal soleh tetapi tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah atau lalai ber- zikir kepada Allah S.W.T., iaitu golongan yang sesat (memiliki hati yang mati). Secara jelas, mereka merupakan golongan yang ingkar kepada perintah Allah di dalam al-Quran supaya menjalani proses tarbiyah akidah/hati menerusi berzikir dan bermujahadah meme- rangi nafsu. Amalan rohani Islam (memperbanyakkan berzikir mengingati Allah) itu me- rupakan satu instrumen penting bagi membolehkan seseorang Muslim mencapai makrifah akan Allah S.W.T. Tanpanya, seseorang akan hanya  mampu beriman kepada Allah seca- ra taklid (ikut-ikutan) semata-mata, dan jalan menuju kepada Allah (mendapat rahmat dan keredaanNya) menjadi jauh dan langkahnya juga menjadi lambat sehingga mungkin tidak akan sampai hingga seseorang itu mati. Inilah yang diperingatkan oleh firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampai- kan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
                                                            (Surah al-‘An’am, ayat: 91)

Inilah antara fenomena yang melanda umat Islam di mana-mana mereka berada, ter- masuklah dalam kalangan umat Arab yang boleh dikatakan fasih dan memahami al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang diturunkan dalam bahasa mereka, tetapi mereka mengalami keruntuhan akhlak, kezaliman pemerintah, pembunuhan yang  berleluasa sesama umat Islam dan sebagainya. Begitulah keadaan ummah yang tergelincir dari landasan Akidah Islam yang sebenar, lantas menjadikan budaya hidup mereka seolah-olah seperti tiada pegangan agama yang sempurna. Ia bukan masalah tidak faham, akan tetapi  terhijab  hati (hati yang mati), atau dengan kata lain mereka tidak dapat petunjuk kebenaran (hidayahNya), akibat lalai berzikir mengingati Allah (kesesatan). Ini kerana, hidayah Allah (“nur zikrullah”)  sekali-kali tidak akan menyinari hati mereka yang terdapat padanya karat-karat “kufur” (pelbagai hijab). Allah hanya memberi petunjuk kepada hati-hati  yang bersih dari sifat-sifat keji (penyakit-penyakit hati). Ini menepati firman Allah S.W.T:
 Maksudnnya;
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (al-Quran) yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya semua kulit (semua anggota) orang-orang yang takutkan Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang kulit-kulit (semua anggota) dan hati-hati mereka itu ketika mereka  mengingati Allah (berzikrullah).”
                                                                 (Surah al-Zumar, ayat: 23)

Penutup

Penyelewengan jalan tarbiyah akidah atau berlakunya fenomena “kekeliruan berakidah” dalam kalangan umat Islam tanpa disedari menjadi faktor utama yang  membawa keruntuhan tamadun Islam yang gilang gemilang yang pernah mewarnai dunia pense- jagatan. Munculnya ilmu Akidah baru dalam Islam yang diberi nama ilmu Kalam (faha- man Muktazilah dan Ilmu Sifat 20) semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pada kurun ke 8 M. (bermula di zaman Khalifah al-Ma’mun) dan teori Tauhid Wahabi di Arab Saudi pada kurun ke 19 M. telah mengelirukan dan menyelewengkan umat Islam dari- pada memiliki tasawwur Akidah Islam yang sebenar.

Perbincangan yang telah kita buat dalam risalah ini telah menunjukkan dengan jelas kepentingan dan keutamaan amalan zikrullah sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam berdasarkan bukti-bukti kukuh yang  tidak boleh dipertikaikan lagi. Hal demikian menun- jukkan pendirian para tokoh Tasawuf menjadikan konsep berzikir dan mujahadah yang diketengahkan oleh mereka sebagai satu jalan terbaik untuk sampai kepada mengenal (makrifah) Allah. Tanpanya, seseorang akan hanya mampu beriman kepada Allah secara taklid (ikut-ikutan) sahaja. Oleh itu, kita mengharapkan semua perbincangan dan kajian yang dilakukan dapat menyelesaikan semua permasalahan dan kekeliruan berkaitan kedudukan amalan zikrullah  (sebagai Akidah al-Quran)  dapat diperbetulkan, dan sekali gus dapat memperbetulkan berbagai kesilapan tanggapan terhadapnya serta mampu mengembalikan yang hak (amalan zikrullah) kepada tempatnya (Akidah al-Quran) yang sebenar. Malah lebih dari itu, kita mengharapkan ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf) dijadikan tunjang pendidikan agama (tarbiyah akidah)  di peringkat sistem pengajian pondok, pusat-pusat tahfiz al-Quran, sekolah-sekolah rendah dan menengah, dan pusat-pusat pengajian tinggi kerana ia merupakan cara terpenting menyampaikan seseorang kepada kepada mengenal (makrifah) Allah iaitu mengukuhkan hubungan ingatan hamba kepada Allah supaya terjalin ikatan kehambaan yang kukuh dalam dirinya iaitu sentiasa mentauhidkan Allah dalam setiap detik kehidupannya.
Sementara penolakan terhadap amalan zikrullah sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam oleh golongan ahli zahir (mazhab Fuqaha, mazhab Wahabi, jemaah Tabligh dan lain-lain) adalah satu salah faham yang perlu diperbetulkan kerana ia bertitik-tolak dari- pada kekeliruan dalam memahami nas al-Quran dan al-Sunnah terhadap kewajipan berzikir mengingati Allah terus menerus sebagai tuntutan wajib yang mana maksudnya adalah lebih jauh daripada sekadar sebutan lisan. Amat jelas bahawa inti pati dan tonggak  utama dalam akidah  yang sebenar bukanlah seperti yang diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan umat Islam hari ini (tarbiyah akidah menerusi ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi), sebaliknya ia terkandung secara qat‘i (mutlak) di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Melihat akidah berdasarkan tasawwur amalan mereka adalah satu kesalahan kerana mereka boleh  diselewengkan. Dengan itu maksud dan hakikat Akidah Islam  yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam demi mendapat tasawwur yang sahih terhadapnya.

Hakikatnya, amalan ini merupakan bahagian asasnya yang sangat penting kerana tan- panya maka agama Islam bukan sahaja tidak akan sempurna tetapi akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Amalan ini penting dalam Islam kerana ianya mampu menyampaikan seseorang kepada mengenal Allah S.W.T. dan menjadi roh atau inti pati bagi segala amal ibadat seperti solat, haji, jihad, mencari rezeki, puasa dan sebagainya. Kepada golongan yang ingin memiliki tasawwur terhadap akidah yang sebenar, mereka mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. di dalam al-Quran (memperbanyakkan berzikir mengingati Allah) yang sudah tergambar dengan jelas dan nyata. Malahan kita harus meninggalkan tarbiyah akidah menerusi pemahaman ilmu Akidah reka cipta yang tiada hubungan dengan roh/hati.

Ternyata proses tarbiyah akidah yang harus ditempuh oleh setiap individu Muslim untuk mencapai kesempurnaan hati (akidah) bukanlah semudah seperti  yang difikirkan dan diamalkan  oleh majoriti umat Islam pada hari ini (tarbiyah menerusi ilmu Akidah reka cipta). Oleh kerana itulah, Allah S.W.T. telah menetapkan (sunnahtullah) bahawa hanya sedikit  bilangan umat Islam yang berjaya mencapai kesempurnaan akidah/hati yang se- benar sebagaimana  tarbiyah akidah  Nabi s.a.w. (lebih 11  tahun di kota Makkah, iaitu berzikir dan mujahadah). Sesungguhnya  jalan menuju kepada kesempurnaan keredaan Allah S.W.T. adalah amat sukar berbanding dengan pelbagai tipu daya syaitan dan puju- kan hawa nafsu yang sangat mudah untuk seseorang terjebak ke dalamnya  sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Alif Laam Min ra. Itulah ayat-ayat kitab. (Apa-apa) yang diturunkan kepada engkau dari Tuhanmu adalah benar tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman.”          
                                                            (Surah al-Ra’d, ayat: 1)

 Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Hari Kiamat akan datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi keba- nyakan manusia tidak beriman.”        (Surah Ghafir, ayat: 59)

Allah S.W.T. seterusnya berfirman.
Maksudnya:
“Kebanyakan manusia itu bukan orang beriman, meskipun engkau (Muhammad) harap- kan.”                                                 (Surah Yusuf, ayat: 103)

Hakikatnya, Allah  memerintahkan kita agar menggunakan pendengaran untuk men- dengar berbagai kebenaran yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Peman- dangan mata diperintahkan agar memerhatikan semua kejadian Allah. Terdapat ayat-ayat  yang menyentuh perkara tersebut. Ini kerana semasa di dunia orang-orang kafir tidak menggunakan penglihatan, pendengaran dan akal untuk meraih ilmu dan kefahaman untuk beriman dan beramal ibadat, maka mereka di akhirat sangat menyesali kesilapan mereka. Oleh sebab itulah maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan orang-orang kafir itu berkata sekiranya kami di dunia dahulu mendengar (kebe- naran Allah S.W.T.) ataupun kami gunakan akal kami (untuk menerima dan beriman kepada kebenaran Allah) nescaya kami tidak  menjadi penghuni neraka ini.”                       
                                                                (Surah al-Mulk, ayat: 10)

Allah S.W.T. juga  berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka jahannam itu dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah, mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar keterangan-keterangan ayat-ayat Allah, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
                                                             (Surah al-A’raf, ayat: 179)

                                                               SEKIAN 
Abu Dzarr Zainal Abidin
Pusat Rawatan Islam Sufi
Surau Lebai Deris, Kg. Pantai, Paka, Terengganu
www.perubatansufi.com
www.suraulebaideris.blogspot.com

2 comments:

mk said...

Ikutilah tafsiran dan pemahaman para sahabat dlm memahami agama.jgn ditambah2dgn pemahaman dan tafsiran yg menyimpang..semoga Allah merahmati kita semua.

Abu Dzar Zainal said...

Itulah pegangan yang benar dan haq bagi setiap Muslim yang mesti mengikut sunnah para sahabat r.a. memandangkan mereka adalah golongan yang hampir dengan baginda s.a.w.

Malangnya, umat zaman ini sudah terlalu jauh dengan zaman keagungan Islam itu dan sudah terlalu banyak pendapat atau ijtihad yang dilakukan oleh para ulama dan ilmuan Islam dalam menyusun hukum-hukum agama baik dari segi Syariat Islam mahupun dalam aspek Akidah Islam yang menjurus kepada munculnya pelbagai mazhab dalam bidang ilmu Fiqah dan ilmu Akidah.

Jika ditanya: “Apakah aliran atau mazhab Fiqah yang anda ikuti?” Maka tentulah dengan lancar kita menjawab: Saya beramal ibadat mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam mazhab Syafi’i ataupun mengikuti mazhab-mazhab Fiqah yang lain seperti Mazhab Imam Malik, Mazhab Imam Hanafi dan Mazhab Imam Hanbali.
Sebaliknya, jika kita menjawab, “Kami adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaaah dalam bidang ilmu Fiqah”, maka ternyata jawapan sedemikian menunjukkan kita tidak memahami aspek ilmu Fiqah dengan jelas.

Begitu juga dengan aspek akidah yang mengalami perkembangan dan pelbagai ijtihad yang ditimbulkan dari zaman ke zaman oleh para ulama dan ilmuwan Islam sehingga munculnya pelbagai mazhab akidah dalam Islam. Maka muncullah mazhab akidah seperti Mazhab Asy’ariah-Maturidiah (Ilmu Sifat 20), Mazhab Wahabi (Teori Tauhid Tiga Ibn Taimiyyah), Mazhab Tasawuf, Mazhab Tabligh dan lain-lain. Apabila ditanya tentang mazhab akidah yang kita ikuti, maka sudah tentu kita tidak boleh menjawab bahawa mazhab akidah kami adalah mazhab akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, tanpa mengetahui aliran atau mazhab akidah mana yang telah kita ikuti.

SEKIAN