Titik permulaan ilmu Akidah Islam bukanlah bermula di zaman pemerintahan kerajaan
Abbasiyyah (fahaman Muktazilah dan ilmu Sifat 20, iaitu mazhab
Asy’ariah-Maturidiah) sekitar kurun ke 9
M. dan mazhab Wahabi di Arab Saudi (teori Tauhid Wahabi) pada kurun ke 18
M. yang diasaskan menerusi hujah-hujah
dan debat yang tercela (ilmu akidah baru
yang tidak memberi manfaat kepada aspek rohani, iaitu gagal mencapai
khusyuk hati terhadap Allah), tetapi ilmu (akidah) itu mesti didasarkan dari dua
sumber utamanya iaitu al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang telah memfokuskan tasawwur Akidah Islam kepada satu hakikat bahawa
memperbanyakkan berzikir kepada Allah
sebagai inti pati dan tonggak utama untuk mencapai kesempurnaan hati/akidah.
Amalan ber‘uzlah/suluk Nabi s.a.w. di Jabal
Nur selama beberapa tahun yang dipimpin oleh mursyid baginda, Jibrail a.s.
merupakan asas ilmu Akidah Islam dalam mentarbiyyah (akidah) para sahabat
r.a. untuk mencapai kesempurnaan aspek rohani (hati) menerusi amalan berzikir
dan mujahadah memerangi nafsu membersihkan hijab-hijab hati (sifat-sifat mazmumah).
Di zaman yang awal itu tidak ada kitab-kitab ilmu Kalam, teori Tauhid Wahabi, ilmu Tasawuf, tafsir al-Quran, ilmu Fiqah dan sebagainya yang
digunakan baginda untuk menghuraikan dan menggambarkan (secara teori) proses
penyucian jiwa (ber‘uzlah) itu. Tegasnya, dalam tempoh itu tiada ceramah
agama atau bacaan kitab-kitab pada setiap hari untuk mentarbiyah hati para
sahabat secara teori atau sekadar memberi maklumat ataupun penyampaian pengetahuan (agama) yang berlegar-legar di
kepala dalam bentuk pemikiran semata-mata seperti proses tarbiyah akidah ummah pada hari ini menerusi
pemahaman ilmu Akidah reka cipta ataupun pengetahuan ilmu Fiqah (hukum hakam dan fadilat
segala amal ibadat) secara mendalam yang
hanya tersebar sekitar teori atau berlegar-legar di kepala dalam bentuk
pemikiran semata-mata untuk menyampaikan
seseorang kepada mengenal (makrifah) Allah.
Malah lebih dari itu, tarbiyah akidah itu
merupakan suatu penghayatan langsung yang perlu diceduk secara langsung dari
diri pemiliknya dan ia bersambung menyambung dari satu tangan ke satu tangan sampai kepada Nabi s.a.w. Oleh
demikian, hal dan rasa keimanan, khusyuk hati, keikhlasan, keyakinan,
kesabaran, kesyukuran dan lain-lainnya yang dihayati oleh Nabi s.a.w menerusi
cara demikian dapat dipindahkan kepada para sahabat r.a., tabi‘in dan generasi
berikutnya sampai kepada mereka. Oleh itu, elemen mursyid atau guru mempunyai
hubungan yang sangat erat dengan tarbiyah itu sebagai suatu instrumen mendidik
kerohanian merentasi pelbagai tingkatan iman (al-muqamat).
Selain itu, akal manusia tidak mampu untuk
mengenali kebenaran hakiki serta membezakan antara pekara sebenar ataupun
yang palsu khususnya dalam mencapai maqamat al-Hidayah (pelbagai
tingkatan hidayah Allah). Manakala kesimpulan pelbagai kenyataan Imam
al-Ghazali pula difahami beliau turut menyifatkan bahawa memasuki tarbiyah
tarekat Tasawuf di bawah kepimpinan seorang shaikh mursyid adalah fardu ‘ain
bagi setiap muslim kerana setiap individu tidak mungkin terlepas dari pelbagai
penyakit hati kecuali para nabi. Begitu juga Ibn ‘Ata’illah dalam hal ini
mengambil sikap yang sama menyatakan kemestian kepada setiap individu muslim
mencari seorang shaikh mursyid bagi membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit
rohani bermula dari sifat mensyirikkan Allah, munafik, ujub, riak, takbur dan
banyak lagi sifat tercela yang tidak mungkin seseorang itu menanganinya bersendirian.
Secara jelas, selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. menangani permasalahan dalaman
manusia (akal, nafsu dan hati) di kota Makkah adalah untuk menyempurnakan
elemen-elemen dalaman para sahabat menerusi berzikir mengingati Allah
sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. Ternyata proses tarbiyah
(akidah) Nabi s.a.w. menerusi berzikir dan bermujahadah (untuk mencapai
kesempurnaan akidah) adalah bertentangan dengan tarbiyah (akidah) yang
dilaksanakan kebanyakan umat Islam di zaman
ini yang dicapai menerusi hujah-hujah dan penghuraian ilmu Akidah reka cipta secara teori atau sekadar
maklumat (pengetahuan agama) semata-mata yang tidak mampu membersihkan pelbagai hijab
hati (sifat-sifat keji).
Hakikatnya, amalan zikrullah yang
dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke atas setiap mukalaf
adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung di dalamnya, iaitu
mentauhidkan Allah dalam semua keadaan dan ia boleh dicapai menerusi proses menyebut-nyebut
dan mengingati kalimah (Allah) itu. Dengan kata-kata lain, golongan (ahli
zahir) ini seolah-olah menganggap peraturan
yang ditetapkan oleh al-Quran
(memperbanyakkan berzikir kepada Allah) itu tidak lengkap atau tidak sempurna, dan masih memerlukan
perubahan atau ijtihad tanpa mereka sedari bahawa Allah S.W.T.
menjadikan amalan ini sebagai seutama-utama
ibadat (menjadikan segala amal ibadat itu mulia atau sempurna)
berpandukan kepada firmanNya:
Maksudnya;
“Dan zikrullah itu adalah seutama-utama ibadat”
(Surah al-Ankabut, ayat: 45)
Hal demikian
menunjukkan bahawa pendirian para tokoh Tasawuf
menjadikan jalan berzikir dan mujahadah (untuk membersihkan hijab hati
dan membendung kehendak hawa nafsu) yang diketengahkan oleh mereka adalah jalan
terbaik untuk mencapai kesempurnaan akidah atau makrifah Allah
berpandukan banyak ayat anjuran berzikir dalam al-Quran. Amalan ini
diasaskan jalan suluk/‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’,
sehingga baginda menerima wahyu yang pertama dan terus dilantik menjadi rasul
seperti yang diriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari. Amalan tersebut juga
diasaskan kepada bersuluk/‘uzlah empat puluh hari empat puluh malam
yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. di
bukit Tur Sina’, seperti yang disebutkan kisahnya di dalam al-Quran (Surah al - A’raf,
ayat: 142).
Jalan tarbiyah akidah yang dilaksanakan Nabi s.a.w. ke atas para sahabat merupakan jalan bermujahadah membendung
kehendak hawa nafsu dan membersih sifat-sifat keji yang ditimbulkan oleh
aspek (nafsu) itu dalam melaksanakan
segala perintah Allah dan menjauhi semua
laranganNya, untuk mencapai hakikat makrifatullah dan hakikat kehambaan
dirinya sendiri (membentuk sifat taqwa yang sebenar). Baginda juga
menjelaskan bahawa baiknya seseorang manusia itu bergantung kepada baik hatinya
dan jahat hatinya dari berbagai-bagai penyakit batin yang tersembunyi itu.
Baginda bersabda yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya ada segumpal daging di
dalam jasad (manusia) itu, apabila ia itu baik maka baiklah seluruh jasad, bila
ia rosak maka rosaklah jasad keseluruhan. Ketahuilah, itulah hati.”
Seterusnya baginda menjelaskan bahawa tempat
tumpuan dan tilikan Allah terhadap
hamba-hambaNya ialah hati. Baginda s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad kamu,
tidak pula kepada rupa (zahir) kamu tetapi Allah memandang terhadap hati-hati
kamu.”
Apabila hati telah bersih dari berbagai-bagai
sifat tercela (mazmumah) dan dipenuhi pula dengan berbagai-bagai sifat
terpuji (mahmudah) serta berzikrullah terus menerus tanpa lalai, maka
baharulah hati itu menjadi baik, sihat sejahtera. Orang yang mempunyai hati
yang serupa inilah yang beroleh kejayaan yang sebenar dan abadi. Memang
benarlah firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak
berguna, kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Surah al-Shu’ara’, ayat: 88-89)
Peranan Nafsu Menyesatkan Manusia
Sesungguhnya Allah telah mengingatkan
umatNya tentang fitrah manusia yang
dijadi- kanNya mencintai nafsu yang sentiasa menyuruh mereka melakukan kejahatan
dan maksiat serta melalaikan manusia dengan keseronokan kehidupan duniawi yang
sementara. Inilah ujian yang amat jelas ke atas manusia sebagai khalifah di
atas muka bumi untuk memilih siapa yang taat dan patuh kepada perintahNya
dengan kesungguhan berzikrullah dan bermujahadah memerangi desakan nafsu.
Ternyata nafsu itu amat sukar untuk ditundukkan kecuali dengan adanya suatu
pendorong yang kuat (amalan ber‘uzlah/ suluk, iaitu berzikir dan
mujahadah) bagi memecahkan desakan hawa nafsu dan menakutkannya. Oleh kerana itulah,
maka umat Islam mesti benar-benar memahami hakikat bahawa segala jenis
kemungkaran, maksiat, kejahatan dan gejala negatif (kelalaian kerana terlalu
mencintai duniawi) adalah berpunca dari desakan nafsu liar itu. Tegasnya, manusia
yang mampu bermujahadah memerangi kehendak dan desakan hawa nafsu akan berjaya
mencapai kesempurnaan hati atau khusyuk hati terhadap Allah yang
sebenar-benarnya dan memiliki sifat taqwa yang sebenar serta akhlak yang mulia.
Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada
kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan ku
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf, ayat:
53)
Allah S.W.T.
berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dihiasi kepada manusia, mencintai nafsu seperti
perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak umpamanya emas dan perak, kuda
yang bagus (kenderaan) dan binatang-binatang ternakan serta tanaman. Yang
demikian itu buat kesenangan hidup di dunia sahaja tetapi di sisi Allah ada
sebaik-baik tempat, iaitu syurga (orang-orang yang beriman dan
beramal ibadat).” (Surah Ali ‘Imran, ayat: 14)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Ketahuilah oleh mu, bahawasanya hidup di dunia ini ialah
permainan, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba mengumpul
harta dan anak-anak.”
(Surah al - Hadid, ayat: 20
Demikianlah sifat
manusia yang sentiasa terdorong dengan
desakan hawa nafsu ke arah kesenangan dan keseronokan duniawi yang
memperdayakan, sentiasa leka dalam kela- laian dari berzikrullah dan tertarik
melihat perkara-perkara yang enak dan mengghairahkan. Nafsu itu sentiasa
gemar kepada sesuatu yang mendatangkan kenikmatan dan kesenangan, meskipun
nikmat-nikmat itu sedikit sahaja dan sementara sifatnya. Nafsu dengan
sifat-sifat yang keji sangat mempengaruhi jiwa seseorang, sehingga ia dapat
mengabaikan pertimbangan akal yang waras meskipun dia merupakan seseorang yang
berpendidikan tinggi atau ilmuwan Islam. Hal ini perlu disedari kerana sifat
nafsu itu apabila mengajak kepada maksiat atau kejahatan ia seperti haiwan
liar, apabila dalam keadaan marah bagaikan binatang buas dan apabila diajak
menghadapi musibah ia seperti anak kecil, sebaliknya apabila mendapat nikmat ia
sombong seperti Fir’aun sehingga dalam syair Arab dikatakan:
“Nafsu itu seperti khimar
(keldai) yang hina, jika engkau beri makan (kenyang) ia akan menendang orang
dan kalau lapar ia berteriak-teriak.”
Nafsu itu mesti ditegah atau dikendalikan
dengan berlapar dan haus, dihinakan
dengan dipadamkan semangat bermegah dan rasa mulia, dikurangkan nafsu
syahwat dan ditun- dukkan di bawah telapak kaki orang yang semata-mata
memandang akhirat, dihancurkan nafsu itu dengan meninggalkan hiasan orang-orang
kaya. Elakkan diri dari kejahatannya dengan sentiasa buruk sangka terhadapnya
dan berjinak-jinaklah selalu dengan semua perkara yang tidak disukai oleh nafsu
itu, sehingga dalam sebuah syair Arab
dikatakan:
“Jagalah nafsumu, dan janganlah
engkau merasa aman dari tipu dayanya. Sesung- guhnya nafsu itu lebih jahat
daripada tujuh puluh syaitan.”
Jika hawa nafsu
seseorang itu telah menguasai akal dan hati nuraninya, sehingga dia lebih
mematuhi kehendak hawa nafsunya daripada perintah Allah S.W.T., maka pada hakikatnya mereka telah menjadikan nafsu itu sebagai tuhan kerana selalu
mengutamakan ajakan hawa nafsunya, sedangkan kepada Allah ia sentiasa derhaka dan ingkar. Nabi s.a.w.
sentiasa mengingatkan kepada ummah agar tidak terpedaya oleh kehendak hawa
nafsu dan kehidupan dunia. Oleh sebab itulah Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Dan siapakah yang terlebih sesat dari orang yang
mengikuti hawa nafsu dengan tiada mendapat petunjuk dari Allah.”
(Surah al - Qasas, ayat: 50)
Allah S.W.T.
juga berfirman yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak hairan melihat orang-orang yang
mempertuhankan hawa nafsunya, apakah kamu menjadi pemelihara ke atasnya ataukah
kamu mengira bahawa kebanyakan mereka
mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu kecuali
seperti bina- tang ternakan
malahan lebih sesat lagi.”
(Surah al - Furqan, ayat: 43-44)
Perubahan sikap pasti mengundang cabaran.
Walaupun akal sudah tahu dan emosi sudah mahu, kekadang manusia kalah juga
kerana tidak mampu untuk kosisten berubah. Ini kerana adanya nafsu yang
sentiasa menipu akal dan menggoda emosi untuk meninggalkan perbuatan yang
baik. Di situ barulah kita tahu betapa sukar dan susahnya berha- dapan dengan
berbagai halangan dan rintangan yang datangnya dari syaitan dan nafsu sendiri.
Godaan nafsu umpama ‘musuh dalam selimut” dalam diri manusia. Nafsu adalah musuh dalaman
yang sangat merbahaya. Ia umpama kuda liar yang jika tidak dipukul, dilatih dan
dijinakkan akan sentiasa ganas dan menendang. Oleh itu, nafsu mesti diperangi
menerusi amalan bersuluk/‘uzlah iaitu berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh.
Tiada suatu yang mudah kecuali Allah
permudahkan. Apabila kita berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh
nescaya Allah membuka jalan dan ruang ke
arah mencapai kejayaan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Mereka yang berjuang kerana menempuh jalan Kami,
sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami.”
(Surah al-Ankabut, ayat: 69)
Memerangi Nafsu Bagi Menjana Pembentukan Sifat Taqwa
Sebenar dan Akhlak Mulia
Allah menjanjikan perubahan atau kemajuan kepada
mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu
iaitu hati (roh), akal dan nafsu yang merupa- kan elemen dalaman manusia yang
bersifat rohaniah. Allah menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam
apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan kepada elemen-elemen di atas. Maka
perubahan yang terpokok, utama dan terpenting ialah kita mesti berubah secara
proaktif (dengan pilihan), bukan reaktif (dengan paksaan). Untuk berubah secara
proaktif perubahan mesti bermula dari dalam (bermujahadah memerangi nafsu). Amalan
ini adalah selaras dengan tarbiyah akidah yang sebenar (Akidah al-Quran) menerusi
amalan zikir dan mujahadah, yang kemudiannya akan membentuk “tasawwur”
yang tepat, dan akhirnya terbentuklah “nur zikrullah” yang kuat. “Nur
zikrullah” yang kuat inilah akhirnya yang akan membentuk sikap seterusnya
perilaku seseorang. Dan semua ini melibatkan akal, nafsu dan hati yang
merupakan elemen dalaman manusia. Inilah tertib berkesinambungan dalam proses perubahan
manusia. Begitulah tarbiyah akidah Nabi s.a.w. selama lebih 11 tahun, baginda menangani permasalahan dalaman
manusia (akal, nafsu dan hati) di kota Makkah, iaitu untuk menyempurnakan
elemen-elemen dalaman para sahabat r.a. menerusi berzikir mengingati Allah dan
bermujahadah memerangi nafsu sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam
al-Quran. Inilah tertib berkesinambungan dalam proses perubahan sikap manusia.
Oleh sebab itulah maka Allah S.W.T.
berfirman:
Bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga
kaum itu mengu- bah apa yang ada dalam diri mereka.”
(Surah al-Ra’d, ayat: 11)
Sejarah telah membuktikan hakikat ini, bangsa
Arab yang sebelumnya terkenal jahil dan ganas telah bertukar menjadi bangsa
yang kuat dan mulia setelah menerima Islam. Dalam jangka masa tidak sampai 30
tahun setelah ditarbiyahkan dengan
Akidah al-Quran (ber- zikir dan
mujahadah), umat Arab telah menguasai empayar dunia. Ini telah dibuktikan oleh
Sayyidina Umar al-Khattab dengan katanya:
“Kami bangsa Arab kuat dan berkuasa kerana
Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan
terhina.”
Kejayaan golongan yang memiliki kesempurnaan
akidah yang hakiki itu tidak hanya
kepada bangsa Arab sahaja, malah bangsa Turki, Mongol, Kurdi dan Tartar dan
lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan masing-masing dengan Islam.
Asas akidah yang kuat dan sempurna (Akidah al-Quran) inilah menjadi rahsia
kekuatan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dan berakhlak mulia
dari kalangan bangsa itu.
Dunia ini dijadikan Allah hanyalah
sebagai alat atau jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, bukan
sebagai tujuan atau matlamat lain manusia dijadikan khalifah di atas muka bumi.
Rasa keagungan dan kebesaran Allah SWT menguasai diri lalu terserlah pula rasa penyerahan diri yang sempurna
kepada- Nya sahaja. Kehidupan harian mereka diliputi dengan kekusyukan
beribadat. Sesungguhnya Islam telah menyimpulkan matlamat-matlamat manusia
dalam satu matlamat, iaitu mencari keredaan Allah.
Amalan Zikir Mengingati Allah Sebagai Tonggak Utama Dalam Akidah al-Quran
Al-Quran membawa kepada manusia satu konsep
tasawwur (menggambarkan atau memberi tanggapan) penting dalam Akidah Islam
iaitu berzikir mengingati Allah sebagai wasilah atau jalan yang mampu menyampaikan seseorang kepada makrifah (mengenal) Allah
S.W.T. atau mencapai kesempurnaan akidah. Ternyata al-Kitab mengkehendaki
supaya umat Islam memfokuskan tasawwurnya kepada satu hakikat bahawa berzikir
kepada Allah sebagai tonggak utama dalam
Akidah Islam. Amalan rohani Islam ini mempunyai tahap hubungan yang tinggi dan
erat dengan Allah dan Dia amat hampir dengan hamba-hambaNya. Pandangan
berkenaan dikukuhkan lagi dengan firman Allah S.W.T:
"Dan Dia berserta
kamu di mana-mana pun kamu berada."
(Surah al-Hadid, ayat: 4)
FirmanNya lagi yang
bermaksud:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya (sendiri).”
(Surah Qaf, ayat: 16)
Secara jelas, al-Quran telah menetapkan bentuk
tasawwur akidah yang tersendiri, tidak didahului sebelumnya oleh hujah-hujah
dan debat tercela (ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi). Di dalamnya terdapat
pengertian bahawa memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah (amalan
zikir mengingati Allah secara terus menerus) menjadi inti pati dalam membentuk satu sifat teras iaitu
mentauhidkan Allah dalam dalam semua keadaan serta taat dan patuh kepadaNya
dalam setiap detik kehidupan mukalaf, yang dengannya akan terhasil sifat ubudiyyah
(kehambaan), iaitu tujuan utama penciptaan
jin dan manusia.
Anjuran dan suruhan berzikir kepada Allah
secara terus menerus (sepanjang masa) dalam al-Quran adalah banyak dan semua
itu menggambarkan betapa perlu dan pentingnya kepada seseorang Muslim dalam
menzahirkan sifat kehambaan dirinya kepada Allah S.W.T. menerusi amalan rohani
Islam ini. Oleh itu, berzikir mengingati Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah al-Quran adalah satu pekara wajib ke atas
setiap mukalaf. Kitab Allah ini sesungguhnya telah mengubati hati manusia yang
sebelumnya berada di dalam kesesatan (hati yang mati). Ini kerana hakikat
akidah (hati/roh) merupakan fitrah yang sedia wujud dalam diri manusia dan
amalan rohani ini sebagai wasilah yang terpenting dalam proses untuk menyucikan
pelbagai hijab hati (sifat-sifat tercela).
Di antara
sifat-sifat keji itu ialah rosak akidah (lalai berzikrullah), sombong, tidak
suka beramal dengan perkara-perkara sunnah, riyak, hasad, sum’ah, pemarah,
bakhil, mengikut hawa nafsu pada tiap-tiap yang mendorong syahwat, terlalu
cintakan kebendaan dan duniawi, dayus terhadap isteri, menderhakai kedua-dua
ibu bapa, menyebar fitnah, mengejar kemasyhuran, mendengar dan menonton perkara
yang melalaikan, sentiasa cenderung ke arah maksiat dan meninggalkan taubat,
mudah melakukan zina, meminum arak, berjudi, tenung nasib, menghina orang lain,
suka bertegang leher dan sebagainya.
Antara dalil al-Quran yang menonjolkan
anjuran berzikir kepada Allah
sebanyak-banyaknya seperti firmanNya:
Maksudnya:
“(Orang berakal) itu ialah mereka yang (berterusan)
berzikrullah ketika berdiri, duduk dan berbaring (sambil) memikirkan (keagungan
dan kesempurnaan Allah) dalam ciptaanNya yang di langit dan di bumi.” (Surah Ali Imran, ayat: 191)
Maksudnya:
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu (berzikrullah)
sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi (sepanjang
masa).”
(Surah Ali Imran, ayat: 41)
Maksudnya:
“Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah
(berzikrullah), Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang
besar.”
(Surah al - Ahzab, ayat: 35)
Maksudnya:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah (s.a.w.) itu
ciri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat)
Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak berzikrullah (sepanjang
masa)."
(Surah al - Ahzab, ayat: 21)
Maksudnya:
"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu
di muka bumi dan carilah kurniaan Allah (rezeki) dan berzikrullah
sebanyak-banyaknya (sepanjang masa)."
(Surah al - Jumu’ah, ayat: 10)
Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Oleh itu jenis
zikir yang dilaksana- kan itu terdiri dua jenis iaitu zikir lisan dan zikir
hati (zikrul-Qalb). Zikir lisan menggunakan kalimah yang tersusun, ada
suara dan huruf-hurufnya yang tidak mudah dilakukan oleh seseorang pada
sebarang waktu apapun. Di waktu kita kesibukan menguruskan segala aktiviti
kehidupan atau amal ibadat, maka sudah tentu ianya akan menyukarkan kita untuk melaksanakan
zikir lisan. Oleh itu, dianjurkan kita melaksanakan zikir hati (zikrul-Qalb) semasa mengerjakan amal ibadat tersebut. Dengan kesemuanya jalan itu, seseorang dapat melaksanakan amalan zikir
mengingati Allah itu dengan sempurna iaitu meliputi zahir dan rohani.
Oleh sebab itulah maka kita tidak hairan jika
Allah S.W.T. memerintahkan Nabi s.a.w. supaya sentiasa berzikir di dalam hati (Akidah al-Quran), serta
menjadi suatu tuntutan kepada seluruh umat Islam mukalaf melaksanakannya seperti dinyatakan
dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan sebutlah akan Tuhanmu, Allah, di dalam hatimu dengan
merendahkan diri dan rasa takut, tanpa suara, di waktu pagi dan petang
(sepanjang masa) dan janganlah engkau menjadi orang yang lalai (lalai
berzikir).”
(Surah al - A’raf, ayat: 205)
Dengan itu,
berertilah bahawa seseorang Muslim yang memiliki kesempurnaan akidah, maka
dia tidak akan lalai dari sentiasa berzikir mengingati Allah
(Akidah al-Quran) meskipun sibuk
dengan aktiviti kehidupan harian atau mengerjakan amal ibadat. Tambahan pula
hati merupakan tempat yang menjadi
pandangan dan perhatian Allah. Hati juga adalah tempat terletaknya iman dan
wadah bagi berbagai rahsia ghaib. Hati juga
merupakan punca terpancarnya berbagai nur. Jika hati itu baik maka
baiklah seluruh jasad dan jika hati rosak maka binasalah seluruh tubuh badan
itu (maksud Hadis).
Para sahabat r.a. mengingatkan kepada para tabi’in
tentang dakwah Nabi s.a.w. bahawa mereka
pada peringkat mulanya mempelajari iman (tarbiyah akidah), iaitu selama lebih sebelas
tahun di kota Makkah (tanpa perintah
mengerjakan segala amal ibadat seperti solat, puasa, jihad, haji, zakat dan
sebagainya), kemudian selama sepuluh tahun di kota Madinah, iaitu aplikasi sistem Islam secara total
(pelaksanaan segala perintah Allah, iaitu Syariat dan Akidah al-Quran). Di samping
itu, kesempurnaan akidah yang dibina di kota Makkah terus menerus disubur,
dibina dan dikukuhkan, dan tarbiyah akidah (amalan rohani Islam) terus berjalan
untuk golongan yang baru memeluk Islam. Mereka menyebut seperti yang
digambarkan di dalam kitab Qut-ul-Qulub, karangan Shaikh Abu Talib al-Makki (m.
368 H./992 M.):
“Kami pada zaman
Rasulullah s.a.w., baginda mengajar kami iman, kemudian mengajar kami al-Quran
(hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran) maka bertambahlah iman kami dan
akan sampai satu zaman (nanti) di mana orang
ramai mempelajari (hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran) itu sebelum mempelajari iman.”
Kenyataan yang tersebut di atas menjelaskan
bahawa selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. menangani permasalahan dalaman
manusia (pelbagai hijab hati) di kota Makkah adalah untuk menyempurnakan hati
para sahabat r.a. menerusi berzikir mengingati Allah sebagaimana yang diperintahkan
oleh Allah di dalam al-Quran. Hakikatnya, apa yang diperintahkan Allah menerusi jalan tarbiyah (akidah) ini bukanlah sesuatu yang misteri, seolah-olah
tiada ayat Allah dan Hadis Nabi s.a.w.
untuk menjelaskan bentuk dakwah (akidah)
ini sebagaimana yang difahami oleh golongan ahli zahir (mazhab Fuqaha,
mazhab Wahabi, jemaah Tabligh dan lain-lain)
sehingga mereka terpaksa merangka
pelbagai jalan atau proses tarbiyah akidah
reka cipta (pendalilan akal dan teori Tauhid Wahabi) untuk
menyampaikan seseorang kepada mengenal (makrifah) Allah.
Boleh dikatakan golongan mazhab akidah ahli zahir tidak
menyedari bahawa untuk men- capai tingkat keyakinan dan kesempurnaan akidah sebagaimana
slogan-slogan akidah yang sentiasa diwarwarkan dalam kalangan mereka itu hanya
boleh wujud menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah
sebagai pencetus kesedaran hati yang
dapat membentuk sifat teras iaitu mentauhidkan
Allah dalam semua keadaan yang dapat membersihkan jiwa pelakunya
daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia
seperti dinyatakan di dalam firmanNya:
Maksudnya:
“Orang beriman
hati mereka tenang kerana berzikrullah. Ingatlah bahawa dengan berzikrullah
hati manusia akan menjadi tenang.”
(Surah al - Radr, ayat: 28)
Allah S.W.T.
juga berfirman:
Maksudnya:
“Sesungguhnya
orang yang bertaqwa
apabila disentuh rasukan syaitan, lalu mereka berzikrullah
dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pandangan (khusyuk
hati).”
(Surah al - A’raf, ayat: 201)
Amalan zikir yang dilaksanakan dalam tarekat
Tasawuf merupakan proses tarbiyah akidah
untuk membersihkan pelbagai hijab (sifat-sifat mazmumah) bagi
peningkatan darjat hati daripada lalai (kesesatan) kepada sedar menerusi
memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah (amalan zikrullah). Hakikat fakta ini dapat kita lihat dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:“Dan
berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk
kepada jalan berzikir mu). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk dalam
golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”
(Surah al - Baqarah, ayat: 198)
Ayat
al-Quran tersebut menjelaskan bahawa mempelajari ilmu dan
amalan zikrullah
adalah
wajib kerana diperintahkan oleh
Allah S.W.T. Apabila sempurna amalan rohani
Islam ini
maka hati itu telah sedar atau terjaga
ataupun hidup (hati yang mengingati Allah) dan dilimpahi
hidayah Allah, dan tidak
tergolong dalam golongan yang sesat (hati yang mati). Renungkan
bagaimana tasawwur akidah
Islam yang berasaskan amalan rohani
Islam ini yang
benar-benar berhubung dengan
fitrah dalam diri manusia
(hati/roh) lagi bertepatan dengan
realiti kejadiannya, iaitu
ditiupkan roh semasa manusia di dalam kandungan ibu, maka tiadalah cara lain
baginya kecuali dengan cara memusnahkan segala halangan serta pelbagai hijab hati yang
mendindingnya di dalam hubungan
rohaniah dengan Allah S.W.T.
Setelah berjaya
menjalani proses tarbiyah (berzikrullah dan mujahadah) itu maka hati itu akan
terhias dengan sifat-sifat mahmudah
(terpuji) seperti rasa takut dan harap,
sentiasa bertaubat, zuhud, malu terhadap Allah, sabar, sentiasa bersyukur,
ikhlas, tawakkal, mahabbah, redha,
menunaikan amanah, pemurah, warak, meninggalkan khianat, menyebarkan salam
(silaturahim), baik amalan, menjaga hak, cintakan akhirat, khuatirkan hisab di
akhirat, merendah diri, tidak menyakiti orang, berfikir dan muhasabah, mengharap
akan sampai kepada Allah, takutkan Allah, membuang lintasan-lintasan akal yang
buruk, sedikit angan-angan dunia, insaf diri, baik sangka, sabar terhadap bala
atau ujian Allah, jiwanya hidup dan
bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan
kebajikannya banyak dan sebagainya lagi.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Adakah orang yang hatinya mati lalu Kami
hidupkan dan kami jadikan dalam hati yang hidup itu cahaya (dengan hati yang
bercahaya dan dapat memahami kebenaran Allah) dan menyampaikannya kepada
manusia, (adakah orang ini) sama dengan orang yang hatinya mati yang berada
dalam berbagai-bagai kegelapan yang tidak boleh keluar daripada kegelapan itu?" (Surah al - An’am, ayat:122)
Nabi s.a.w.
pernah mengaitkan hubungan memperbaharui iman dengan memperbanyakkan
berzikir menyebut serta mengingati Allah dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Perbaharuilah iman kamu! Para sahabat r.a. bertanya:
Bagaimana caranya memper- baharui iman kami? Jawab baginda (s.a.w.):
Perbanyakkan ucapan: La ila ha Ilallah (proses menyebut-nyebut dan mengingati
Allah secara berterusan).”
Secara
jelas al-Quran menonjolkan suruhan supaya umat
Islam mempelajari berzikir kepada Allah sebagai dalil khusus yang mewajibkan
amalan tersebut. Malah, al-Quran menggambarkan suatu kewajipan setiap individu
Muslim melaksanakan zikir yang terus menerus kerana ia merupakan permulaan
hidayah daripadaNya. Oleh yang demikian, apabila konsep amalannya termaktub
dalam sumber utamanya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, di samping terserlah kepentingan pengamalannya dalam
mencapai kesempurnaan akidah (makrifah Allah), dapatlah difahami
bahawa tuntutan memperbanyakkan menyebut dan mengingati Allah itu
bukan sekadar suatu galakan atau
suatu anjuran amalan sunat kepada setiap mukalaf. Dalam hal ini Allah menghubungkait khusyuk hati (kesempurnaan
akidah) dan berzikir mengingatiNya dengan maksud menyempurnakan aspek rohani
(hati) menerusi amalan berzikir mengingati Allah terus menerus sebagaimana firman Allah:
“Adakah belum sampai lagi
masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk mengkhusyukkan hati mereka
dengan mengingati Allah (berzikrullah).”
(Surah al-Hadid, ayat: 16)
Allah S.W.T. juga berfirman yang bermaksud:
“Mereka adalah orang
yang beriman (dan beramal soleh) dan tenang tenteram hati mereka dengan
‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati
manusia.” (Surah Ar-Ra’d: ayat 28)
FirmanNya lagi:
Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah
kepadaNya dengan penuh ketekunan.” (Surah al-Muzammil, ayat: 8)
Nabi s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud:
“Niat yang ikhlas berada dalam hati yang bersih.
Orang yang suka membersihkan hatinya (berterusan berzikrullah) akan bersih pada
amalnya. Orang yang kotor hatinya akan mencemari ibadatnya.” (HR
Imam Ahmad)
Kesimpulannya, generasi umat Islam yang awal hanya
melaksanakan tuntutan al-Quran supaya memperbanyakkan berzikir kepada Allah
(Akidah al-Quran) yang berperanan sebagai pencetus kesedaran hati yang dapat membentukkan sifat
teras iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan yang dapat membersihkan jiwa
pelakunya daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan
sifat-sifat mulia. Mereka tidak berdebat sesama mereka tentang aspek akidah melainkan membaca al-Quran yang diturunkan
ke atas mereka tanpa menambahkan perdebatan ke atasnya. Ini kerana jalan
tarbiyah akidah (hujah-hujah dan debat
yang tercela) itu akan mengganggu fikiran (menimbulkan waswas syaitan dalam
diri) dan menjadi hijab hati. Malahan pelbagai ilmu Akidah reka cipta yang
muncul dalam kalangan ummah hanya
diisytiharkan sebagai tonggak utama
dalam Akidah Islam selepas zaman
al-salaf.
Para Tokoh Tasawuf Berijtihad Ke Atas Amalan Zikrullah
Dua peristiwa
bersejarah (proses tarbiyah Akidah al-Quran dan pelaksanaan Syariat Islam) di dua kota berbeza menjelaskan
bagaimana Nabi s.a.w. menyebarkan syiar Islam di zaman yang awal itu.
Ini memberikan bukti yang jelas bahawa Islam
didirikan di atas dua aspek agama yang utama (syariat dan akidah) iaitu berzikir
mengingati Allah secara terus menerus
(Akidah al-Quran) selaras dengan melaksanakan segala amal ibadat (Syariat Islam). Oleh
itu, jika kita hanya melaksanakan amal ibadat yang diperintahkanNya se- mata-mata
bermakna kita telah mengabaikan apa yang telah didakwahkan (tarbiyah akidah)
oleh Nabi s.a.w. di kota Makkah iaitu aspek rohani (Akidah al-Quran).
Sebaliknya, apabila kita menumpukan kepada
tarbiyah akidah semata-mata (tanpa
mengerjakan amal ibadat), maka kita
telah meminggirkan apa yang telah didakwahkan Nabi s.a.w. di
kota Madinah (Syariat Islam).
Sebelum difardukan solat pada malam Israk dan
Mikraj, selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. dan umat Islam di zaman awal itu
melakukan dua amalan iaitu berzikir mengingati Allah dan membaca al-Quran,
tanpa perintah mengerjakan segala amal ibadat (Syariat Islam). Sesudah hijrah,
amalan rohani Islam (berterusan berzikir mengingati Allah, iaitu Akidah al-Quran)
terus diamalkan selaras dengan
pelaksanaan amal ibadat yang difardukan seperti solat, puasa, haji,
berjihad, mencari rezeki dan lain-lain sebagaimana yang diperintahkan di
dalam al-Quran. Jelas sekali
amalan zikir mengingati Allah secara berterusan (Akidah al-Quran) menjadi asas untuk menjana dan memperkasakan
aspek rohani (hati) untuk meningkatkan kualiti amal ibadat yang
disyarakkan.
Wirid dan berzikir mengingati Allah merupakan amalan yang mula-mula
disyarakkan dan paling banyak disebut di dalam al-Quran dan Sunnah, berbanding
dengan apa jua amalan lain. Lebih 60 ayat yang menyentuh amalan wirid dan
amalan zikir mengingati Allah, termasuklah ayat-ayat yang menggalakkan kebaikan
dan hikmah berzikrullah, ketinggian darjat orang yang berzikrullah, akibat
buruk orang yang tidak berzikrullah, zikir ism dhat, masa berzikrullah, kaedah
dan adab berzikrullah dan sebagainya lagi.
Dengan kewafatan
Nabi s.a.w., maka wahyu pun berakhir. Oleh itu, berbagai masalah umat Islam
kian bertambah yang menjadi faktor mendorongkan pintu ijtihad mesti dibuka. Pengkhususan ilmu dan amalan Islam terpaksa dilakukan bagi memenuhi
keperluan umat Islam yang semakin lemah daya ingatan dan kefahaman mereka.
Impaknya, Islam yang asalnya satu, utuh dan lengkap, telah menjadi berpecah
hingga mewujudkan berbagai displin ilmu dan amalan yang khusus. Akhirnya
lahirlah golongan Fuqaha’ yang mengkhususkan ijtihad di bidang
Fiqah, golongan Mutakallimin (ahli Kalam) di bidang Tauhid, golongan Mufassirin di bidang tafsir al-Quran, Muhaddithin di
bidang Hadis, golongan Tasawuf di bidang amalan zikrullah (Akidah Islam) dan
sebagainya.
Di abad kedua dan
ketiga hijrah, keempat-empat Mazhab Fiqah, iaitu Hanbali, Hanafi, Malik dan
Syafi’i telah wujud dan berpengaruh
sehingga menjadi ikutan dan pegangan umat Islam. Di abad yang sama, ijtihad
golongan Tasawuf juga telah mencapai kejayaan seiring dengan kejayaan ijtihad
di bidang Fiqah dan berbagai bidang ilmu dan amalan Islam yang lain. Jika
Imam Ahmad bin Hanbal (w.241 H.) mewariskan Mazhab Hanbali, maka Shaikh Abu
Haris al-Muhasibi (w.243 H.), seorang tokoh Tasawuf yang terkenal juga mewariskan
tarekat Tasawuf Muhasibiyyah. Beliau telah menghasilkan 27 kitab Tasawuf
dan berbagai teori, konsep dan istilah amalan rohani Islam (ilmu dan amalan Zikrullah).
Menurut Shaikh
al-Hujwiri (w.465H.) dalam kitabnya, Kashful-Mahjub, di zaman hidup
beliau terdapat sebanyak sepuluh aliran tarekat Tasawuf yang muktabar;
1.
Al-Muhasibiyyah (dinisbahkan kepada
Abu Harith al-Muhasibi, w.243H.)
2. Al-Tayfuriyyah (dinisbahkan kepada
Abu Yazid al-Bustami yang berasal dari daerah Tayfur,
w.262H.)
3.
Al-Qassariyyah (dinisbahkan kepada
Hamdun bin Ahmad al-Qasar, w.271H.)
4.
Al-Khurraziyyah (dinisbahkan kepada
Abu Said al-Khurraz, w.279H.)
5.
Al-Sahliyyah (dinisbahkan kepada
Sahal bin Abdullah al-Tusturi, w.285H.)
6.
Al-Hakimiyyah (dinisbahkan kepada
Muhammad bin Ali al-Hakim al-Tirmizi, w.285H.)
7.
Al-Nuriyyah (dinisbahkan kepada
Abu Hassan al-Nuri, w.295H.)
8.
Al-Junaydiyyah (dinisbahkan kepada
Abu al-Qasim al-Junaydi al-Baghdadi, w.297H.)
9.
Al-Sayyariyyah (dinisbahkan kepada
Abu Abbas a-Sayyar, w.342H.)
10. Al-Halafiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad
bin Haris, w.371H.)
Zaman terus beredar,
abad berganti abad, tarekat Tasawuf yang menjadi asas utama ilmu Tasawuf terus
menjadi popular, diminati dan berkembang. Berpuluh-puluh, kalaupun tidak
beratus-ratus aliran tarekat Tasawuf yang muktabar yang pernah kita dengar,
bukanlah hasil kerja sia-sia golongan juhala’ (golongan para
jahil), tetapi semuanya adalah hasil ijtihad tokoh-tokoh Tasawuf yang
berwibawa, berdasarkan di atas dalil al-Quran dan al-Sunnah yang jelas sebagai
amalan yang disyarakkan.
Hakikatnya, segala
amal ibadat (Syariat Islam) seperti solat, puasa, haji, zakat, mencari rezeki,
jihad dan sebagainya lagi telah diijtihadkan oleh para ulama Fiqah
hingga mela- hirkan empat mazhab yang termaklum (mazhab Malik, mazhab Hanafi,
mazhab Syafi’i dan mazhab Hanbali). Semua ijtihad oleh para ulama itu diterima dengan mudah dan diamalkan oleh
seluruh umat Islam, tanpa apa-apa bantahan. Sebaliknya, apabila wirid dan
amalan zikir mengingati Allah yang telah diijtihadkan oleh para ulama
Tasawuf hingga melahirkan displin ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (Zikrullah),
ianya tidak mudah diterima oleh umat Islam! Oleh itu, maka lahirlah Islam
serpihan yang tertumpu pada juzuk-juzuk
tertentu (Syariat Islam) sahaja dan mereka tidak dapat membeza dan menentukan
pekara asas dan utama dalam agama (Akidah Islam) ini. Malah, salah faham terhadap Akidah Islam ini telah
mengakibatkan pelbagai bentuk atau versi akidah yang menyimpang. Malangnya,
versi yang telah disalahtafsirkan ini telah diamalkan dan diperjuangkan, dan
ini menimbulkan fitnah yang sangat besar terhadap kesucian agama ini.
Ternyata khusyuk hati yang dihubungkait dengan
menyebut lafaz Allah sebanyak-ba- nyaknya (Akidah Islam) sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh ayat-ayat Allah seolah-olah sudah tidak difahami
oleh umat Islam. Majoriti umat Islam pada hari ini tidak tahu dan tidak faham
mengenai ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (Zikrullah). Apa yang mereka tahu,
tarekat Tasawuf adalah amalan sesat,
bukan ajaran Islam, bukan Sunnah Nabi s.a.w. Mereka sangat takut terhadap ilmu
dan amalan (tarekat Tasawuf) ini. Sese- tengah ilmuwan dan bijak pandai Islam
pula menolak tarekat Tasawuf secara total. Tarekat Tasawuf tidak ada dalam kamus hidup mereka.
Malah, bagi mereka tarekat Tasawuf wajib
diperangi habis-habisan. Akhirnya, kalimah tarekat Tasawuf menjadi sangat
popular sebagai ajaran sesat, lagi menyesatkan. Sebaliknya, tanpa mereka (golo-
ngan ahli zahir) sedari bahawa proses
tarbiyah akidah yang dilaksanakan
menerusi pemahaman hujah-hujah dan debat tercela (ilmu Kalam atau ilmu Sifat
20, dan teori Tauhid Wahabi, iaitu tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan
tauhid Asma’ wal al-Sifat) terus gagal untuk mencapai khusyuk hati dalam mengerjakan segala amal ibadat dan
mereka tenggelam dalam lautan lalai. Kerana kejahilan mereka itulah maka
mereka menganggap diri mereka itu sebagai umat Islam yang sebenar, padahal sebenarnya
mereka telah tergelincir jauh dari landasan
akidah yang hakiki seperti
dinyatakan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri
(berterusan berzikrullah), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.” (Surah al-A’la, ayat: 14-15)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah
kepadaNya dengan penuh ketekunan.” (Surah al-Muzammil, ayat: 8)
Nabi s.a.w
Mentalkinkan Amalan Zikrullah
Hakikatnya, tarekat Tasawuf adalah
disyariatkan dalam Islam. Orang yang pertama beramal dengan amalan ini ialah
Nabi s.a.w., diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah
itu telah digunakan oleh baginda dan
para sahabat r.a. Konsep tarekat Tasawuf itu sendiri pun telah dijelaskan
dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).
Sayyidina Ali bertanya kepada Nabi s.a.w.
dengan katanya:
“Ya Rasulullah ajarkan kepadaku (satu) tarekat
(jalan) yang paling dekat (untuk sampai) kepada Allah (hakikat dan makrifahNya)
dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan yang paling
afdal di sisi Allah.”
Kalimah atau perkataan al-Tariq
adalah jama’ takthir bagi perkataan al-Tariqah. Oleh itu,
Sayyidina Ali bermaksud agar Nabi s.a.w. mengajarkan satu tarekat (jalan) yang
paling dekat untuk sampai kepada hakikat dan makrifah.
Nabi s.a.w. menjawab permintaan Sayyidina Ali
itu dengan sabdanya:
“Ya Ali (jika engkau mahu satu tarekat seperti
yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah di atas engkau engkau sentiasa kekal
berzikrullah secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara).”
Dari pertanyaan Sayyidina Ali dan jawapan Nabi
s.a.w. tersebut jelas sekali wujud istilah al-Tariqah dan
konsepnya iaitu sentiasa berzikrullah samada secara sir (dalam hati tanpa
suara) dan secara jihar (bersuara), dan inilah asas amalan tarekat Tasawuf yang
wujud dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia iaitu sentiasa berzikrullah
seperti itu.
Bila Sayyidina Ali mendengar jawapan Nabi
s.a.w. itu maka beliau seakan-akan kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera
berkata:
“Orang ramai telah berzikrullah ya Rasulullah
(ajarkan aku) sesuatu (amalan) secara khusus.”
Nabi s.a.w. segera bersabda:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan
para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah”. Sekiranya semua langit dan
bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaaha Illa Allah” itu
berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya “La Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan
hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ada yang menyebut “La
Ilaaha Illa Allah.”
Sayyidina Ali menjadi begitu yakin lalu
berkata:
“Maka bagaimanakah (caranya) aku hendak
berzikir?”
Nabi s.a.w. bersabda:
“Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua
matamu dan dengarlah (baik-baik ketika) aku menyebut kalimah “La Ilaaha Illa
Allah” sebanyak tiga kali. Kemudian engkau sebutlah “La Ilaaha Illa
Allah” tiga kali dan aku akan menyemaknya. Kemudian Nabi s.a.w. melakukan
(sebutan) “La Ilaaha Illa Allah” itu dengan menguatkan suara.”
(Hadis musalsal ini berasal daripada
Sayyidina Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad
hasan)
(‘Isa ‘Abd. Al-Qadir, Haqaiq ‘An al-Tasawuf,
h. 84-85)
Dari hadis di atas kita dapat saksikan dengan
terang bagaimana Nabi s.a.w. telah men- talqinkan atau mengajarkan atau membai’ahkan
Sayyidina Ali amalan zikir tahlil lisan “La Ilaaha Illa Allah.
Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang
diistilahkan sebagai zikir darajat iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan
cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai adab seperti sebelum berzikir,
selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan seba- gainya.
Nabi s.a.w. juga pernah mentalkinkan zikir
tahlil secara beramai-ramai serentak. Ya’li bin Shaddad pernah menceritakan
bahawa ayahnya (Shaddad) pernah berkata:
“Kami sedang bersama-sama Rasulullah (s.a.w.),
baginda bertanya: Adakah di kalangan kamu ada orang asing (seseorang ahli
Kitab)? Kami pun menjawab: Tidak ada
orang asing ya Rasulullah. Maka baginda pun menyuruh kami supaya menutup pintu
seraya bersabda: Angatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah “La Ilaaha Illa
Allah.”, Maka kami pun mengangkat tangan kami sambil kami menyebutkan “La
Ilaaha Illa Allah.”
Jelas sekali tarekat Tasawuf memang
disyariatkan di dalam Islam. Orang yang pertama beramal tarekat Tasawuf ialah Nabi s.a.w. diikuti oleh para
sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digunakan oleh
Nabi s.a.w. dan para sahabat. Konsep tarekat tasawuf itu sendiri pun telah
dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).
Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang
diistilahkan dalam ilmu dan amalan tarekat Tasawuf dengan zikir darajat, kerana amalan rohani
Islam ini boleh meningkatkan ilmu, iman dan amal, dan ianya dipelajari secara
tertentu, diamalkan cara tertentu, dilengkap- kan dengan perbagai adab seperti
sebelum berzikir, selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan
dengan pimpinan shaikh mursyid dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan
firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu
(yang memberi petunjuk kepada jalan berzikrullah mu/zikir darajat). Dan
sesungguhnya kamu sebelum itu ter- masuk dalam golongan orang-orang yang sesat
(memiliki hati yang mati).”
(Surah al - Baqarah, ayat: 198)
Dengan berzikir banyak-banyak,
bersungguh-sungguh serta berkekalan, sesorang Muslim akan kekal mengingati
Allah dalam semua keadaan. Oleh itu cara tersebut sudah tentu mempercepatkan
seseorang mencapai matlamatnya (makrifah Allah) dan sekali gus proses
menyebut-nyebut dan mengingati Allah dianggap menjadi satu amalan terbaik, di
samping paling cepat dalam konteks menghasilkan makna khusus yang dimaksudkan,
iaitu sebagai pencetus kesedaran hati yang boleh membuahkan suatu keyakinan
yang teguh dan keimanan yang penuh terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah S.W.T.
Bidang ilmu dan amalan ini di peringkat awal dakwah akidah Nabi
s.a.w. lebih dikenali sebagai ilmu al-Yakin, ilmu al-Ikhlas, ilmu
al-Hal, ilmu al-Batin, ilmu al-Qulub, ilmu al-Ihsan, ilmu al-Tariqah, ilmu al-Iman
dan sebagainya lagi. Istilah tarekat Tasawuf
pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. tidak digunakan dalam
displin ilmu Tasawuf. Bagaimanapun, doktrin ilmu tarekat Tasawuf,
prinsip-prinsip, amalan-amalan rohani
dan aspek-aspek lain yang penting dari ilmu tersebut telah pun wujud.
Oleh sebab pada zaman awal Islam itu (zaman Nabi s.a.w., zaman para sahabat
r.a., tabi’in dan al-salaf
segala-galanya masih utuh, lengkap dan unggul, baik ilmu mahupun amalan yang
zahir dan yang batin/rohani, maka zaman tersebut tidak memerlukan
berbagai-bagai istilah bagi menghurai dan memperincikan ilmu dan amalan-amalan
tersebut. Orang-orang Islam pada zaman awal itu faham dan mengamalkan ilmu dan
amalan Islam yang zahir dan yang rohani/akidah (sentiasa berzikrullah) itu secara keseluruhan dalam
bentuk dan konsepnya yang paling sempurna dan ideal sekali.
Berhubung dengan fakta ini, Shaikh Abu
al-Hasan al-Busanji (w. 348 H.) menegaskan dengan katanya bermaksud:
“Tasawuf pada hari ini ada namanya tanpa ada hakikatnya,
padahal pada masa sebe- lumnya (pada zaman Nabi s.a.w., sahabat r.a. dan
al-salaf) ada hakikatnya tanpa ada namanya.”
Mentauhidkan Allah Menerusi Memperbanyakkan
Proses Menyebut dan Mengi- ngati Allah (Amalan Zikir Mengingati Allah Terus
Menerus)
Mentauhidkan Allah dari satu aspek adalah satu bentuk hubungan ingatan seseorang kepada Allah S.W.T. Maksudnya, seseorang tidak mungkin
dapat mentauhidkanNya selagi tidak timbul dalam kesedaran ingatannya bahawa
Allah adalah Tuhan Yang Esa. Kesedaran ingatan bahawa Allah merupakan Tuhan
Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi- Nya dari aspek zat, sifat dan perbuatanNya di
samping memiliki segala sifat kesem- purnaan dan Maha suci daripada sebarang
sifat kekurangan, semuanya itu menimbulkan keyakinan seseorang kepada keesaan
Allah S.W.T.
Keyakinan seseorang itu akan menjadi teguh
apabila aspek kesempurnaan dan keagungan Allah S.W.T. yang dinyatakan di atas
segar dalam kesedaran ingatannya. Seterusnya, ingatan yang kental kepada Allah
yang dimaksudkan itu boleh wujud menerusi suatu proses menyebut dan mengingati nama-nama dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
Malah, apabila ingatan seseorang kepada Allah kuat, maka tahap keyakinannya
kepada Allah akan semakin teguh dan begitu juga sebaliknya, jika tahap
ingatannya kepada Allah lemah, maka tahap keyakinannya kepada Allah turut
lemah. Oleh kerana itu didapati berzikir
terus menerus yang dituntut oleh al-Quran sebagai tuntutan wajib ke atas
setiap mukalaf dengan maksudnya adalah
lebih jauh daripada sekadar sebutan lisan. Ini kerana inti pati kepada tuntutan
tersebut ialah supaya terbentuk satu sifat teras iaitu men- tauhidkan Allah
dalam dalam semua keadaan, serta taat dan patuh kepadaNya dalam setiap detik
kehidupan mukalaf.
Dalam hal ini, Nabi s.a.w. pernah mengaitkan
hubungan memperbaharui iman dengan memperbanyakkan berzikir apabila sahabat
r.a. bertanya tentang cara memperbaharui iman yang dimaksudkan itu. Sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu dengan banyak menyebut dan
mengingati ‘La ila ha Ilallah’. Dalam hadis tersebut, Nabi s.a.w. telah
menjelaskan hubungan yang signifikan antara memperbaharui iman dengan
memperbanyakkan sebutan dan ingatan terhadap kalimah ‘La ila ha Ilallah’. Mafhumnya, seseorang yang menyebut-nyebut serta
mengingati turutan makna zikir tersebut sudah pasti menghasilkan suatu ingatan
yang kental kepada Allah S.W.T. dan seiringan dengan itu akan meneguhkan
keyakinannya terhadapNya. Maka keteguhan dan kekentalan keyakinan seseorang
kepada Allah yang dicapai menerusi memperba- nyakkan menyebut serta mengingati
Allah itu yang dimaksudkan dalam konteks Hadis tersebut juga boleh difahami
bahawa apabila aspek mengingati Allah lemah dalam diri seseorang, maka sifat
iman seseorang juga turut menjadi lusuh atau lemah. Dengan itu, dapatlah
disimpulkan bahawa amalan zikrullah yang dituntut oleh al-Quran sebagai satu
tuntutan wajib ke atas setiap mukhalaf adalah bertitik tolak daripada makna
teras yang terkandung dalamnya, iaitu mentauhidkan Allah dan ia boleh dicapai
menerusi menye- but-nyebut dan mengingati kalimah (Allah) itu.
Inilah yang
dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali (m. 505 H.) bahawa jalan mentauhidkan Allah
yang dicetuskan menerusi proses menyebut dan mengingati Allah secara
berterusan yang dilaksanakan oleh para sahabat r.a. untuk membentuk sifat teras iaitu mentauhid- kan Allah dalam semua
keadaan seolah-olah sudah tidak
diketahui oleh para ulama Mutakallimin (ulama
Kalam) di zamannya dan jika difahami juga mereka tidak bersifat
dengannya. Sebaliknya, golongan (ahli Kalam) itu hanya menumpukan kepada pemaha-
man ilmu Kalam (ilmu Sifat 20) untuk menimbulkan keyakinan akal bagi mengesakan Allah S.W.T. Oleh sebab itu,
beliau mengatakan bahawa para sahabat r.a. berpegang kepada seluruh perkara
dari Allah Azza wa Jalla kerana mereka sentiasa memiliki ingatan yang kental dan keteguhan keyakinan kepada Allah S.W.T.
menerusi memperbanyakkan berzikir mengingati Allah dalam kehidupan harian. Malahan beliau menyimpulkan baha- wa kesempurnaan akidah
tidak dapat dicapai dengan pemahaman ilmu Kalam. Kata beliau:
“Maka makrifah (kenal) kepada Allah S.W.T., sifat-sifatNya, perbuatanNya dan semua yang
kami nyatakan dalam topik ‘Ilm Mukhasafah (terdahulu) tidak mungkin boleh
dicapai oleh seseorang menerusi (mempelajari) ilmu Kalam. Bahkan kemungkinan
besar ilmu Kalam tersebut menjadi penghalang utama yang menghijabkan seseorang
daripada mengenal Allah S.W.T. Sebaliknya, cara sebenar (untuk mengenal Allah)
ialah melalui amalan mujahadah (bersungguh-sungguh berzikrullah) yang telah
dijadikan Allah S.W.T. sebagai permulaan bagi hidayatNya.”
Sejarah Munculnya Ilmu Kalam (llmu Sifat 20) dan Teori
Tauhid Wahabi
Pada zaman Abbasiyyah telah
banyak berlaku perbahasan di dalam aspek
akidah ter- masuk perkara-perkara yang
tidak wujud pada
zaman Nabi s.a.w. atau zaman pa- ra
sahabat r.a. Apabila berlaku
perbahasan dalam kalangan ummah tentang
aspek (akidah) itu secara
meluas. Selepas itu muncullah ilmu
Akidah baru dalam Islam yang dikenali sebagai
ilmu Kalam (fahaman Muktazilah
dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah/ ilmu Sifat 20). Ilmu akidah (baru) ini muncul dan berkembang atas sebab-sebab dala- man dan
luaran sehingga menjadi mazhab
resmi pemerintah Kerajaan Abbasiyyah.
Ilmu Kalam adalah displin ilmu
yang mengandungi berbagai-bagai hujah-hujah
tentang Akidah Islam dengan menggunakan pendekatan falsafah
atau dalil-dalil akli (lojik akal) di samping dalil-dalil
naqli, iaitu al-Quran dan Hadis
untuk menimbulkan keyakinan
dalam mengesakan Allah
S.W.T., agar terhindar dari
pelbagai mazhab akidah
yang menyimpang. Era zaman
inilah munculnya pelbagai
mazhab akidah ahli Kalam dalam Islam yang menjadi kemelut
perpecahan ummah di sepanjang zaman.
Menurut Ibnu Khaldun, ilmu Kalam adalah ilmu
yang memuat hujah-hujah untuk mem- pertahankan Akidah Islam dengan menggunakan dalil-dalil akli,
serta memuat pula bantahan terhadap orang yang mengingkarinya, atau berbeza
dengan prinsip akidah golongan al-salaf
dan Ahlus Sunnah.
Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab
yang tebal.”
(Surah al - Jumu’ah, ayat: 5)
Diriwayatkan
bagaimana seorang Badwi buta huruf yang
datang berjumpa Nabi s.a.w. dan beliau mampu pula memahami tasawwur Akidah
Islam (amalan zikrullah) hanya dalam beberapa sesi ringkas. Bahkan setelah
pulang ke kampung halamannya, beliau mampu mengislamkan seluruh kaumnya dengan
akidah (Islam) yang sebenar. Namun dalam
kalangan umat Islam pada hari ini, tarbiyah akidah yang dilaksanakan menerusi
pemahaman ilmu Kalam (sifat-sifat Allah, iaitu pendalilan akal) dan teori
Tauhid Wahabi begitu berfalsafah dan menyusahkan! Oleh sebab itulah, maka bukan
orang biasa sahaja yang susah untuk memahami maksud kesempurnaan aspek rohani
itu, tetapi para mahasiswa pun tidak memahaminya. Malah, seseorang Muslim
itu bukan bertambah sempurna akidahnya, tetapi bertambah kusut pemikirannya tentang
aspek itu. Sehingga lanjut usia, mereka masih dalam kesamaran dan kebingungan,
dan jalan tarbiyah akidah yang
dilaksanakan itu pula tidak dapat
diterap dalam amal ibadat dan kehidupan harian (gagal mencapai khusyuk hati
terhadap Allah).
Diajar ilmu Akidah
reka cipta tentang pengertian Rabb, sifat-sifat Allah dan af’alNya kepada para pengikut mereka (mazhab
Asy’ariah-Maturidiah dan mazhab Wahabi), padahal penganut-penganut agama lain
juga menyatakan sifat-sifat tuhan mereka itu seperti ada dan berada di atas
langit, mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, boleh turun naik, berkuasa,
mendengar atau tidak pekak, melihat atau tidak buta dan sebagainya. Apakah beza
pegangan orang kafir itu terhadap tuhan-tuhan mereka dengan akidah umat Islam
pada hari ini jika hanya melonggokkan
hujah-hujah sifat-sifat Allah (ilmu
Kalam) dan teori Tauhid Wahabi pada akal, iaitu sekadar ilmu yang berpaut pada akal atau hafalan semata-mata (tanpa menjalani
tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah) yang
tidak mampu membersihkan pelbagai hijab hati?
Oleh itu, hujah-hujah dan debat yang tercela itu tidak dapat mengubah keadaan hati yang mati
(tidak berfungsi) kepada sedar (hati yang mengingati Allah). Malah, mereka
terus tenggelam dalam lautan lalai
dengan menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang dijelmakan dari
pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) dalam mengerjakan segala amal
ibadat. Sebaliknya, para ulama dan
ilmuwan ahli Kalam dan Wahabi terus mencanangkan slogan dakwah mereka dalam
kalangan ummah iaitu me- ngangkat akidah tauhid dengan mengesakan Allah dalam melaksanakan amal ibadat,
tanpa mereka sedari bahawa akidah mereka telah tergelincir dari landasan
(Akidah Islam) yang sebenar. Memadai beberapa nas al-Quran sebagai contoh
kepada maksud tersebut ialah firman Allah yang
bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa
tersembunyi.”
(Surah al-Nas, ayat: 4)
Maksudnya:
“Dan agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada Hari
Akhirat cenderung kepada bisikan (syaitan) itu dan agar mereka merasa senang
kepadanya serta supaya mereka mahu mengerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan
itu.”
(Surah al-An’am, ayat: 113)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan
penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah, ayat:10)
Golongan
ahli zahir sentiasa mengabaikan
amalan rohani Islam ini kerana
kekeliruan dalam memahami tuntutan berzikir mengingati Allah terus menerus menurut
al-Quran sebagai tuntutan wajib yang mana maksudnya adalah lebih jauh daripada
sekadar sebutan lisan. Oleh itu, zikir
lisan yang dipraktikkan dalam keadaan hati yang lalai dianggap tidak lebih
menjadi zikir adat (zikir al-‘adah), iaitu zikir menjadi adat kebiasaan
yang tidak menambahkan sebarang kebaikan kepada pengamalnya. Kebiasaannya mereka hanya berzikir secara lisan semata-mata (hati
yang lalai) selepas mengerjakan solat
fardu yang bertujuan memperoleh ganjaran pahala (fadilah), namun
pada waktu sama berma- cam-macam sifat buruk pelakunya seperti sombong, angkuh,
hasad dan lain-lain lagi tidak menjadi keutamaan kepadanya untuk dihakiskan
melalui amalan zikir tersebut.
Imam al-Ghazali menegaskan bahawa ilmu Kalam
(ilmu Sifat 20) merupakan muja- dalah
(debat) yang tercela dan di dalam
kitabnya al-Ihya, beliau tidak meletakkan ilmu ini sebagai aspek ilmu
agama. Kata beliau:
“Ketahuilah
bahawa hasil yang terkandung dalam ilmu Kalam dan dalil-dalil yang dikemukakkan
sudah dijelaskan di dalam al-Quran dan
Hadis-hadis. Apa yang terhasil (hujah) dari kedua sumber itu itu adalah
mujadalah (debat) yang tercela dan ianya
adalah bid’ah. Kekeliruan yang terhasil dari perselisihan di antara puak-puak
(mazhab-mazhab) yang berlarutan dengan menukilkan pelbagai isu atau idea
hanyalah palsu dan khayal. Ianya dipandang rendah mertabatnya sekadar untuk
diperdengarkan dan kajian yang dilakukan tidak ada kaitan dengan agama.”
Beliau seterusnya
menjelaskan tentang kesalahan menukarkan istilah ‘ilmu Kalam’ kepada ‘ilmu Tauhid’
dengan katanya:
“Kini ilmu Kalam telah dianggapkan sebagai ilmu Tauhid
yang terhasil melalui perdebatan di antara pelbagai pihak dan mengisytiharkan
keunggulan mereka sehingga menamakan diri mereka sebagai ‘ahli Tauhid’ dan
ulama Mutakallimin dinamakan sebagai ‘ulama Tauhid’. Sebaliknya semua ciri-ciri khas ilmu Kalam itu tidak
pernah dibicarakan di zaman generasi umat Islam yang awal. Sesungguhnya mereka
sangat mengingkari orang yang membukakan
pintu perdebatan dan membuka jalan ke arahnya. Ada pun yang terkandung di dalam
al-Quran dari dalil-dalil zahir yang diterima pada awal pendengaran telah
dipersetujui sebagai ilmu al-Quran. Tauhid di kalangan generasi umat Islam yang
awal seolah-olah tidak diketahui oleh mutakallimin dan jika difahami juga
mereka tidak bersifat dengannya. Mereka berpegang kepada seluruh perkara dari
Allah Azza wa Jalla.”
Kata tokoh kaum khalaf tentang akidah para sahabat r.a. dan para
tabi’in:
“Mereka tidak kenal perdebatan mengenai Asma’ullah
(nama-nama Allah) dan sifat-sifatNya. Mereka juga tidak mengakui adanya kajian
falsafah mengenai qada’dan qadar. Mereka tidak rela mempertikai penisbatan
af’al (perbuatan-perbuatan) kepada Allah atau kepada hamba-hambaNya. Semua
masalah itu merupakan Ilmu Allah yang tidak boleh difikirkan oleh akal manusia.
Suatu ilmu khusus bagi Allah, bukan medan akal manusia yang lemah menyingkap
misterinya.”
Jelas mereka lagi:
“Bila akal manusia memaksa diri melampaui batas-batas
itu, maka jelas akan tersesat, menyimpang dari apa yang dituntut oleh Allah.
Dirinya akan terjerumus ke jurang penyimpangan yang tidak ada hidayat, nur dan
dalil yang jelas.”
Al-Imam Ibnu Katsir berkata:
“Fahaman yang diajarkan beliau (Hassan al-Asy’ari) adalah
penetapan 7 sifat wajib bagi Allah dan 7
sifat Mustahil, kemudiannya dikembangkan oleh Shaikh Mansur al-Maturidi menjadi
13 sifat sampai berjumlah 20 sifat. Apabila diteliti, nyatalah bahawa penetapan
sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak 20 sifat adalah penetapan beliau
berdasarkan kepada akal. Sepatutnya apa jua masalah bersangkutan kewujudan
Allah SWT seharusnya berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.
Imam Malik bin Anas berkata:
“Penganut bid’ah ialah orang-orang yang membicarakan
masalah nama-nama Allah, sifat-sifat Allah, kalam Allah, ilmu Allah dan qudrah
Allah. Mereka tidak mahu bersikap diam (tidak memperdebatkan) hal-hal berkaitan
sebagaimana para sahabat dan tabi’in yang tidak membicarakannya.”
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Janganlah kamu bersama majlis ilmu dengan ahli
Kalam, walaupun ia membela Sunnah. Ini kerana semua urusannya tidak akan
membawa kebaikan.”
Di akhir zaman al-salaf, maka muncullah pelbagai mazhab akidah ahli
zahir yang sentiasa bertelagah dan mengkafirkan antara satu sama lain. Kacau
bilau ummah ini telah digambarkan oleh Imam al-Ghazali dengan katanya:
“Maka pengikut Hanbali mengkafirkan pengikut Asy’ari
dengan alasan bahawa ia mendustakan Rasul dalam menetapkan al-fauq (di atas) bagi Allah S.W.T. Pengikut Asy’ari mengkafirkan
pengikut Hanbali dengan alasan ia musyabbih
(menyerupakan). Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Mu’tazilah dengan alasan
bahawa ia mendustakan Rasul pada kebolehan melihat Allah S.W.T. Pengikut
Mu’tazilah mengkafirkan pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa menetapkan
sifat-sifat ialah memperbanyakkan qudama
(sifat-sifat qadim), dan mendustakan Rasul dalam tauhid.”
Begitulah para ulama dan ilmuwan ahli zahir yang
tidak menyedari bahawa akal yang dilonggokkan dengan ilmu dan kefahaman
agama pelbagai bidang tidak akan
mampu membaiki penyakit-penyakit hati
dan memerangi kerakusan nafsu. Malah, ilmu yang berpaut pada akal atau
sekadar hafalan itu tidak dapat melihat atau mencerap alam ghaib (rohaniah). Akhirnya, akibat leka
dengan hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) menjadikan
mereka lalai (kesesatan) dan mengabaikan perintah Allah di dalam al-Quran,
iaitu memperbanyakkan berzikir
mengingatiNya untuk mencapai khusyuk hati kepadaNya. Malahan Allah S.W.T.
juga telah menetapkan bahawa amalan zikir mengingatiNya sebagai sebaik-baik
ibadat yang dapat membersihkan
jiwa pelaku- nya daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya
dengan pelbagai sifat mulia.
Lanjutan daripada itu, aspek akidah yang sepatutnya tidak diperdebatkan sepertimana
ia diterima oleh generasi umat Islam di zaman yang awal telah menjadi medan
utama per- debatan, hingga timbul berbagai-bagai tafsiran terhadapnya (pelbagai
mazhab akidah ahli zahir). Masing-masing
pihak bertegas bahawa mazhab akidah merekalah yang betul. Bilamana perkara
seumpama itu berlaku, banyaklah fitnah yang terjadi dalam kalangan masyarakat
Islam. Oleh itu, maksud dan hakikat
Akidah Islam yang terkandung di dalam
al-Quran dan al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh
umat Islam demi mendapat tasawwur yang sahih terhadap aspek itu seperti firman
Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammmad), Dialah Tuhan Yang Maha
Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak
beranak dan tiada pula diper- anakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara
denganNya”
(Surah al-Ikhlas, ayat: 1- 4)
Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan
para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah”. Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di
sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaaha Illa Allah” itu berada di sebelah
dacing (yang satu lagi) nescaya “La
Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang
di atas muka bumi ada yang menyebut “La Ilaaha Illa Allah.”
Asas jalan kepada Allah itu ialah mengakui
makna La Ilaaha Illa Allah di dalam hati. Sesungguhnya tidak ada jalan
lain yang boleh menyampaikan seseorang kepada makrifah (mengenal) Allah kecuali
menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati kalimah tauhid itu yang
menjadi pencetus kesedaran hati. Dengan kalimah tauhid itulah wujud alam zahir
dan alam batin. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. pernah mengaitkan hubu- ngan
memperbaharui iman dengan memperbanyakkan berzikir apabila sahabat r.a.
bertanya tentang cara memperbaharui iman yang dimaksudkan itu. Sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu dengan banyak menyebut dan
mengingati ‘La ila ha Ilallah’.
Hadis Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa
amalan memperbanyakkan berzikir mengi- ngati Allah itulah yang wajib dihayati dan diamalkan oleh
seluruh umat Islam sebagai pencetus
kesedaran hati yang menghasilkan suatu ingatan yang kental kepada Allah S.W.T.
dan seiringan dengan itu akan meneguhkan keyakinannya terhadapNya. Sebalik- nya,
golongan golongan ahli zahir hanya
meletakkan logik akal mengatasi segala-gala-
nya dengan menumpukan kepada hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu
Akidah reka cipta) yang tidak memberikan apa-apa manfaat dari aspek zahir dan
rohani manusia kecuali menjadi hijab hati
tanpa disedari.
Hakikatnya, ilmu Akidah reka cipta (mazhab
Muktazilah dan ilmu Sifat 20) yang mula muncul
pada zaman Kerajaan Abbasiyyah itu bukanlah titik permulaan ilmu akidah dalam Islam
sebagaimana yang diperintahkan dalam al-Quran dan dakwah akidah Nabi s.a.w. di kota Mekah selama lebih 11
tahun, tetapi merupakan hujah-hujah dan debat tercela yang tidak memberi
manfaat kepada aspek rohani (hati/roh). Ternyata golongan (ahli zahir) ini telah mengubah tonggak utama dalam Akidah Islam (berzikir mengingati Allah
secara terus menerus) kepada pemahaman hujah-hujah ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi. Tanpa
mereka sedari bahawa bahawa
amalan zikrullah yang dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke
atas setiap mukalaf adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung
dalamnya, iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan dan ia boleh dicapai
menerusi proses menyebut-nyebut dan mengingati kalimah itu. Dengan kata-kata
lain, golongan ini seolah-olah
menganggap peraturan yang dite- tapkan
oleh al-Quran (berzikir kepada Allah
sebanyak-banyaknya) untuk mencapai kesempurnaan akidah itu tidak lengkap atau tidak sempurna, dan masih memerlukan
perubahan atau ijtihad.
Oleh itu, ijtihad kaum ahli Kalam dan Wahabi ini
sama dengan menambahkan sesuatu ke dalam prinsip Akidah Islam, maka ianya
adalah satu perbuatan bid’ah dan terkutuk. Inilah yang dikatakan tasawwur akidah
jahiliah yang menyeluruh dari puncak ke akar umbinya, jahiliah yang
dijelmakan oleh hujah-hujah dan debat yang tercela dalam pengabdian manusia kepada nafsunya.
Malah, tanpa disedari bahawa mereka telah menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas
syaitan yang dijelmakan dari pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) dalam melaksanakan segala amal ibadat
(mengalih daripada menyembah Tuhan Maha Pencipta), meskipun mereka banyak
menghabiskan masa dalam mengisbatkan keesaanNya menerusi hujah-hujah dan debat (ilmu
Akidah reka cipta) yang tercela dan tiada titik noktah di sepanjang usia.
Oleh itu proses tarbiyah akidah reka
cipta (pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) ini adalah batal dan
ditolak secara mutlak oleh Islam. Mereka itulah orang-orang yang rugi yang
sesat perjalanannya di dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah
sentiasa membuat kebaikan sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu. Aku telah cukupkan kepadamu nikmat Ku dan Aku telah redai Islam itu
menjadi agama bagimu”
(Surah al - Maidah, ayat: 3)
Dari suatu sudut yang lain, adalah mustahil bagi umat Islam untuk
menerima hakikat bahawa ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi yang dianggapkan amat
penting sebagai jalan mengesakan Allah
(iktikad) telah tercicir dari
dakwah akidah Nabi s.a.w. di kota Mekah dan perintah Allah di dalam al-Quran. Malah, sifat-sifat Allah
dan af’alNya tidak pernah dibincangkan
atau dibahaskan oleh para sahabat r.a., tabi’in dan al-salaf. Demikian juga,
ianya tidak diterima oleh sekalian
ummah meskipun ia seorang mujtahid dalam
agama atau betapa pun tinggi
pencapaiannya dalam keilmuan dan ketaqwaan untuk mengubah tasawwur Akidah Islam
ini mengikut kaedah yang tidak Islam (ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi). Oleh
itu, Akidah Islam yang sebenar bukanlah
seperti yang diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan umat Islam hari ini (hujah-hujah
dan debat yang terceela), sebaliknya ia terkandung secara qat‘i (putus)
di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Hakikatnya, golongan ahli Kalam dan Wahabi yang
mencipta pelbagai jalan tarbiyah aki- dah reka cipta adalah umpama orang yang cuba memancing ikan tanpa
umpan dan mata pancing. Ia
samalah umpama hendakkan anak tanpa berkahwin (berpasangan) atau umpama mahukan
buah durian tetapi menanam pokok langsat. Sebaliknya, segala bentuk, cara dan
proses tarbiyah (akidah) sebagai sebab musabab yang bertepatan itu pula
semuanya telah ditempuh dan dilalui oleh Nabi s.a.w., para sahabat r.a. dan
al-salaf. Ertinya apabila umat Islam memilih jalan (tarbiyah akidah) yang lain maka natijahnya juga akan menjadi lain,
maka hakikat penghayatan kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai
dengan sebenar-benarnya. Oleh
itu, umat Islam mesti menolaknya dan kembali mengikut proses tarbiyah
(akidah) umat Islam generasi yang awal
yang telah berjaya. Berzikirlah dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh dan
istiqamah berqiyamullail, dan ber- juanglah dengan semangat yang kental
melaksanakan segala amal ibadat yang diperin- tahkan serta yakin akan janji
Allah, nescaya kita akan dapat melihat bagaimana Allah akan membantu dan memberi kemenangan kepada kita
sebagaimana kejayaan dan kege- milangan umat Islam terdahulu.
Kesimpulannya, selama manusia itu tidak dapat
menangani dan memahami dengan sejelas-jelasnya berhubung dengan akidah
al-Quran, maka selagi itulah mereka masih teraba-raba di dalam hijab ketamakan
nafsu, walaupun dalam masa yang sama mereka merasakan diri mereka memperolehi
petunjuk dari al-Quran. Itu semua adalah angan-angan kosong belaka. Ia tidak
akan dapat menilai dan menikmati ‘nur hidayah Ilahi’ yang dipancarkan menerusi
al-Quran ke dalam hatinya. Mereka kekal terperangkap di dalam hijab keakuan
(penyakit-penyakit hati) yang gelap gelita. Tegasnya selagi manusia tidak
melemparkan jauh-jauh runtunan nafsu yang keji serta kegelapan itu, maka selama
itulah mereka tidak akan dapat melihat “fajar” kemuliaan akhlak yang
mempesonakan sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T.
Perintah Mengerjakan Amal Ibadat (Syariat
Islam) Selaras Dengan Amalan Zikrullah (Akidah Islam)
Amal ibadat yang diterima Allah mempunyai dua rukun; Hendaklah ia berzikir terus menerus kepada Allah (Akidah
Islam) selaras dengan mengerjakan segala amal ibadat/ Sunnah Nabi s.a.w. (Syariat
Islam). Contohnya, dalam solat, hati itu mesti sentiasa me- ngingatiNya dengan
penuh khusyuk sebagai inti pati dan tonggak ibadat seperti firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku
(berzikrullah).”
(Surah Ta-ha, ayat: 14)
Mereka merupakan orang mukmin yang beroleh
kejayaan seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam firmanNya yang
bermaksud:
“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman
iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solat
mereka.” (Surah al-Mukminun, ayat: 1-2)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri
(berterusan berzikrullah), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat.”
(Surah al-A’la, ayat: 14-15)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah kepadaNya
dengan penuh ketekunan.” (Surah
al-Muzammil, ayat: 8)
Allah S.W.T. juga berfirman mengenai azab siksa bagi orang
yang lalai dalam solatnya yang bermaksud:
“Maka celakalah (azab seksa) bagi orang yang solat. Yang
mereka itu lalai dalam solatnya. Lagi mereka itu riya’ .” (Surah al-Maun, ayat: 4 - 6)
Dalam mengerjakan ibadat haji di Makkah, Allah S.W.T.
memerintahkan ummahNya supaya
memperbanyakkan berzikir mengingatiNya
semasa mengerjakan segala rukun ibadat ini. Perintah ini jelas meliputi pelaksanaan dua aspek agama
yang berbeza (syariat dan akidah)
tetapi tidak boleh dipisahkan sama sekali. Oleh itu, apabila kita lalai
berzikir mengingati Allah maka dengan sendirinya terputus tali rohaniah (rosak
akidah).
Sebaliknya,
golongan mazhab akidah ahli zahir tidak menyedari dan menerima hakikat bahawa
segala rukun ibadat haji (Syariat Islam) yang dilaksanakan itu mesti selaras
dengan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya (Akidah Islam)
sebagai roh ibadat ini seperti yang
dinyatakan dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan berzikrullah (di Mina pada musim Haji) beberapa hari
yang berbilang-bilang.”
(Surah al - Baqarah, ayat: 203)
Allah S.W.T.
juga berfirman:
Maksudnya:
“Apabila kamu (pada musim haji) telah bertolak dari
Arafah, berzikrullah di Masya’rilharam. Dan berzikrullah kamu sebagaimana yang
ditunjukkan kepada mu dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah termasuk dalam
golongan sesat (memiliki hati yang mati).” (Surah
al - Baqarah, ayat: 198)
Jihad adalah suatu
kewajipan bagi setiap Muslim membela dan mempertahankan kehor- matan Islam. Di
dalam peperangan menghadapi musuh-musuh Islam, Allah S.W.T. memerintahkan para
pejuang Islam supaya sentiasa berzikir kepadaNya (Akidah Islam) untuk mencapai kemenangan dengan tuntutan
mengingati dan membesarkanNya. Amalan rohani Islam ini menjadi asas yang penting untuk mencapai kesempurnaan
tuntutan penyucian jiwa dan pengabdian diri kepada Allah dan firmanNya:
Maksudnya:
“Hai,
orang-orang yang beriman, apabila kamu berperang dengan kaum kafir, hen- daklah
kamu tetap (taqwa), serta berzikrullah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu
beroleh kemenangan.”
(Surah al - Anfal, ayat: 45)
Dalam urusan
berniaga atau mencari rezeki,
Allah S.W.T. juga memerintahkan kita supaya memperbanyakkan menyebut
lafaz Allah. Ini kerana inti pati kepada tuntutan ter- sebut ialah
supaya terbentuk satu sifat teras iaitu mentauhidkan Allah dalam dalam semua
keadaan serta taat dan patuh kepadaNya dalam setiap detik kehidupan mukalaf.
Malah, al-Quran menegah manusia daripada bersifat lalai. Inilah yang
dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Apabila
telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah
kurniaan Allah (rezeki) dan berzikrullah sebanyak-banyaknya supaya kamu
beruntung.”
(Surah al - Juma’ah, ayat: 10)
Allah S.W.T. juga
berfirman:
Maksudnya:
“Lelaki
yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari ber-
zikrullah...” (Surah
al - Nur, ayat: 37)
FirmanNya lagi:
Maksudnya:
“Hai,
orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu mela- laikan
kamu dari berzikrullah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah
orang-orang yang rugi.” (Surah al - Munafiqun, ayat: 9)
Berhubung dengan ibadat puasa pula Allah
S.W.T. menghubungkait dengan tuntutan berzikrullah dan membesarkannya
sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu
menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan
supaya kamu bersyukur.”
(Surah al - Baqarah, ayat: 185)
Kegagalan
memperbanyakkan menyebut lafaz Allah
menandakan hati atau rohani sese- orang Muslim
berada di dalam kesesatan (hati yang mati). Dengan kata-kata lain,
golongan ini tidak dapat meneliti dan memahami ayat-ayat
Allah yang memerintah umatNya supaya melaksanakan amal ibadat selaras dengan sentiasa menyebut nama Allah
(Akidah Islam). Kerana itulah mereka
terus berada dalam ‘kekeliruan berakidah’
kerana menganggap amalan rohani Islam
ini tiada hubung kait dengan
Akidah Islam itu. Inilah hakikat akidah golongan ahli zahir yang mewakili
majoriti umat Islam masa kini yang menjalani tarbiyah akidah menerusi
hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi)
sekadar membentuk pengetahuan yang berlegar-legar di kepala dalam bentuk
pemikiran semata-mata, iaitu mereka gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah
dalam amal ibadat dan kehidupan harian. Oleh itu, berlakulah salah
faham yang serius terhadap aspek akidah
dalam kalangan umat Islam sehingga majoriti um- mah mempunyai tasawwur
yang salah terhadap akidah yang sebenar.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian
(sesudah kamu menyampai- kan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka
bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-‘An’am, ayat: 91)
Kemurkaan Allah S.W.T. Ke Atas Orang-orang
Yang Lalai Berzikrullah
Secara jelas al-Quran telah menegah manusia
daripada bersifat lalai mahupun bersama-sama
golongan yang lalai terhadap berzikir kepada Allah. Di samping itu,
al-Kitab turut mendedahkan berbagai-bagai bentuk janji balasan buruk terhadap sesiapa yang
mening- galkan amalan ini seperti balasan azab neraka, berada dalam kesesatan,
melaksanakan kerja yang keji, syaitan dijadikan teman untuknya dan sebagainya.
Nas al-Quran yang dikemukakan sebagai contoh kepada maksud tersebut ialah
firman Allah:
Maksudnya:
“Maka besarlah kecelakaan (azab siksa) bagi mereka yang
keras hatinya untuk ber- zikrullah. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah al – Zumar, ayat: 22)
Maksudnya:
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka
lupa berzikrullah (hati yang mati), mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah,
bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi.” (Surah al - Mujadalah, ayat:19)
Maksudnya:
“Dan barangsiapa yang membelakangi berzikrullah kepada
Tuhan yang Maha Pemurah, akan Kami jadikan baginya syaitan yang akan menjadi
rakan.”
(Surah al - Zukhruf, ayat: 36)
Maksudnya:
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan
permusuhan dan melalaikan kamu dari berzikrullah (memiliki hati yang mati) dan
mengerjakan solat. Maka mahukah kamu berhenti (dari mengerjakan
pekerjaan-pekerjaan yang keji itu).
(Surah al - Maidah,
ayat: 91)
Berpandukan catatan beberapa nas al-Quran di
atas menunjukkan bahawa individu Muslim yang tidak berzikir mengingati Allah
terus menerus akan sentiasa terbelenggu
dengan para syaitan. Maka para syaitan inilah yang akan bersama-sama
mengendalikan kehidupan hariannya seperti akidah, amal ibadat, pekerjaan, percakapan,
pemikiran, idea, makan minum dan
sebagainya. Hakikatnya, jika kita lalai berzikir kepada Allah, maka
kita akan terjebak dalam perangkap syaitan. Oleh itu, apabila umat Islam ingkar
untuk berzikir mengingati Allah terus menerus
(Akidah Islam) sedangkan Allah S.W.T. lebih hampir kepadanya daripada
urat lehernya sendiri, maka tiadalah
yang lebih malang, lebih parah dan paling rugi segala usahanya (amal ibadat) di
atas muka bumi iaitu mereka memiliki
hati yang mati (tidak berfungsi).
Sememang tepat benarlah pandangan para ulama
Tasawuf bagaimana fenomena kemu- nafikan
(menyembunyikan kufur di hati) yang berleluasa berlaku dalam kalangan ummah
pada hari ini tanpa disedari adalah
akibat mengabaikan amalan rohani Islam ini. Golo- ngan (ahli zahir) ini
memiliki hati yang mati (lalai berzikir kepada Allah) dan mereka hanya menumpukan kepada pelaksanaan segala amal
ibadat (Syariat Islam) semata-mata,
lantas Allah melupai ummah yang ingkar ini sebagaimana seperti firman Allah
S.W.T. yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan
penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah, ayat:10)
Allah S.W.T. juga berfirman, maksudnya:
“Allah meneguhkan (pegangan) orang yang beriman dengan
kalimah yang teguh (nur zikrullah) dalam kehidupan dunia dan akhirat. Allah
menyesatkan orang-orang yang zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah
berkuasa melakukan apa yang dikehen- daki.” (Surah
Ibrahim, ayat: 27)
Polemik Di Antara Golongan Ahli Zahir Dengan
Golongan Tasawuf
Polemik di antara golongan ahli zahir dengan golongan Tasawuf tidak akan
ada penye- lesaian sehinggalah mereka (ahli zahir) itu dapat memandang rahsia
alam ghaib (roha- niah) melalui pandangan mata hati (basirah). Dengan itu timbullah berbagai persoalan dan
fitnah yang timbul terhadap proses tarbiyah akidah golongan Tasawuf (amalan zik- rullah) ini. Ini merupakan
lanjutan dari polemik antara dua golongan ini yang telah wujud sejak berlalunya
zaman khulafa ar-rasyidin. Ini
digambarkan oleh Ibn Khaldun dalam kata-katanya:
“Kemudian, sesungguhnya ramai dari kalangan ahli fiqah
dan ahli fatwa bersungguh-sungguh untuk menentang golongan ahli tasawuf yang
kemudian itu mengenai perkara-perkara yang disebutkan itu dan yang seumpamanya.
Malahan mereka itu bersungguh-sungguh mengingkari/menolak semua yang telah
berlaku di dalam tarekat Tasawuf itu. Pada hal yang sebenarnya kata-kata ahli
tasawuf itu mempunyai huraian dan maksud tertentu.”
Berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah dan
lain-lainnya yang terlalu banyak, maka kita sangat yakin bahawa polemik
antara golongan ahli zahir dengan ahli
Tasawuf atau Sufiyyah tidak akan ada penyelesaiannya sehinggalah mereka (ahli
zahir) memahami benar-benar serta menghayati ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu.
Begitulah persoalan dan fitnah seumpamanya itu atau yang lebih hebat lagi akan
terus berlaku selagi golongan ahli Kalam dan Wahabi itu tidak dapat memahami
serta menghayati apa yang sebenarnya mereka persoalkan itu sendiri. Sejarah
beberapa tokoh/ulama Fuqaha’ yang terkenal pada mulanya menentang ilmu tarekat
Tasawuf begitu hebat, tetapi akhirnya
dapat memahami serta beramal dengan ilmu tersebut dapat kita jadikan bukti
kenyataan tersebut.
Mengapakah kita tidak mahu mengikut jejak
langkah ulama-ulama dahulu. Imam Syafi’i seorang tokoh ulama Fuqaha yang terkenal dan pengasas mazhab Fiqah yang
mu’tabar (mazhab Syafi’i) sanggup belajar ilmu tarekat Tasawuf di bawah bimbingan Shuban al-Ra’i, seorang
shaikh yang ummi. Imam Al-Ghazali yang sudah bergelar ‘Hujjatul Islam’
dan Shaikh ‘Izzuddin Abd Salam yang sudah bergelar ‘Sultan Ulama’
sanggup turun menceburkan diri ke dalam tarekat Tasawuf, diasuh dan dipimpin
oleh shaikh mursyid. Shaikh Abd Wahab al-Sya’rani yang juga merupakan ulama besar Fuqaha di zamannya
sanggup belajar di bawah pimpinan Shaikh Ali al-Khawwas, seorang yang tidak tahu
menulis dan membaca.
Al-Sya’rani pernah mencatatkan sikap Shaikh
‘Izzudin Abd Salam sebelum ditarbiyah- kan dengan tarekat Tasawuf dengan menyatakan:
“Setiap orang ada mendakwa ada satu jalan
menyampaikan kepada Allah selain dari- pada jalan kami tonjolkan ini,
sesungguhnya dia telah melakukan pendustaan terhadap Allah.”
Kenyataan tersebut mendedahkan sikap tidak
akur beliau terhadap kewujudan tarekat Tasawuf pada masa itu. Namun setelah
beliau berguru dengan Shaikh Abu Hasan al-Shadhili, beliau menyifatkan bahawa
selama ini “kami telah mensia-siakan umur kami dalam kehijaban.”
Sebab itu tokoh ulama khalaf yang terkenal,
Imam Shafi’i yang ditarbiyahkan
(tarbiyah akidah) dengan jalan ‘uzlah
(berzikir dan mujahadah) ini menyebutkan:
“Sesiapa yang mahu Allah S.W.T. bukakan pintu hatinya
(kesempurnaan hati) dan diberi ilmu (secara laduni atau zawqi) maka wajiblah ia
ber‘uzlah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan
setengah orang alim yang tidak ada keinsafan serta tidak ada adab (menafikan tarbiyah ilmu dan amalan
zikrullah).”
Selagi pemikiran ahli zahir itu terus
diselimuti dengan ilmu Akidah reka cipta
(ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi), maka selama itulah mereka akan terus
diburu dan dihantui oleh sifat buruk sangka mereka sendiri, pada hal yang
sebenarnya kata-kata ahli Tasawuf itu
mempunyai huraian dan maksud tertentu. Kerana
itulah apabila golongan ahli zahir itu melihat keadaan dan suasana pengamal-pengamal
tarekat Tasawuf berlainan sedikit
daripada keadaan mereka dan bila mereka menemui ungkapan-ungkapan di dalam
kitab-kitab atau tulisan-tulisan Tasawuf
yang kelihatan berlawanan dengan ilmu Akidah reka cipta, maka mereka pun
segera melatah dengan menggunakan perkataan yang bukan-bukan terhadap tarekat
Tasawuf dan pengamalnya. Sebenarnya, kebanyakan ungkapan-ungkapan adab di dalam
ilmu tarekat Tasawuf tidaklah boleh difahami secara harfiy- yahnya
sahaja, tetapi ia perlu dirujuk kepada keterangan-keterangan yang telah
diberikan oleh para tokohnya seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab
Tasawuf atau seperti yang telah
diterangkan oleh para shaikh tarekat Tasawuf
itu sendiri
Jika masalah
tersebut dianalisa, dijelaskan dan ditentukan hukumnya menerusi pemikiran
sendiri seperti itu maka kita tidak akan
dapat jawapannya yang tepat, tetapi jawapan yang salah dan menyimpang
jauh dari hakikat kebenaran. Jika kita menghadapi masalah-masalah mengenai
hukum Fiqah, kita akan merujukkan ke dalam kitab-kitab Fiqah; mengapa pula bila
kita menghadapi masalah Tasawuf, kita tidak mahu merujukkan ke dalam
kitab-kitab Tasawuf?
Berbagai-bagai masalah dalam ilmu tarekat
Tasawuf terdapat dalam kitab-kitab
karangan mereka di atas. Malah, masalah tarekat Tasawuf yang
pada fikiran para ulama dan ilmuwan Kalam dan Wahabi pada hari ini
seolah-olah baru timbul dan perlu diselesaikan, sebaliknya apabila kita
telitikan dalam kitab-kitab itu, ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh ulama
dan ilmuan golongan (ahli zahir) ini sejak lebih seribu tahun lalu, dan telah
pun ada jawapan dan huraiannya oleh tokoh-tokoh Tasawuf dalam kitab-kitab mereka sejak zaman itu. Hal demikian menunjukkan bahawa pendirian para tokoh
Tasawuf menjadikan berzikir dan mujahadah
dengan bersungguh-sungguh sebagai tong- gak
utama dalam Akidah Islam yang didasarkan daripada al-Quran dan al-Sunnah itu adalah amat
penting untuk diketengahkan dan diamalkan oleh seluruh umat Islam sedu- nia,
berbanding isu-isu yang telah lama selesai tetapi ditimbulkan semula hanya untuk
memuaskan ego keintelektualan para ulama dan ilmuwan ahli zahir pada hari ini.
Tanpa mereka (golongan ahli zahir) sedari bahawa praktik amalan tarekat Tasawuf
merupakan himpunan pelbagai ijtihad yang dilakukan oleh para tokoh
Tasawuf dahulu dan kini berpandukan metode pengambilan hukum yang diiktiraf
oleh Syarak. Pelbagai adab yang diketengahkan oleh tokoh Tasawuf merupakan satu proses untuk mencapai salah
satu tuntutan Syarak, iaitu memperbanyakkan
berzikir mengingati Allah (Akidah Islam) dengan erti kata sebenar. Sejajar
dengan itu, mereka berijtihad membentuk bebe- rapa adab tertentu dan
aturan amalan dalam praktik amalan zikir bagi memastikan matlamat Syarak
(khusyuk hati terhadap Allah) terhasil. Oleh demikian, semua adab yang terdapat
dalam amalan yang terhasil dari ijtihad mereka adalah merupakan amalan
ibadat yang disyarakkan sebagaimana pelbagai amalan ibadat lain yang
disyarakkan menerusi ijtihad para ulama.
Di samping itu, sesetengah para ilmuwan dan
bijak pandai Islam yang menjadi pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi ada
membuat kajian mengenai tarekat Tasawuf atau mengarahkan pelajar mereka membuat
kajian atau tesis mengenai berbagai-bagai aspek ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini, tetapi mereka dan para
pelajar bimbingan mereka bersikap tatabu’ semata-mata. Maksudnya, kajian
mereka adalah semata-mata untuk menonjolkan keburukan pengamal amalan (tarekat
Tasawuf) ini, dan ilmu dan amalan Zikrullah (tarekat Tasawuf).
Sikap tatabu’ adalah sikap ketua kaum
Quraisy, seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan ramai lagi yang hanya memfokuskan
fikiran mereka terhadap keburukan Nabi s.a.w. dan tidak mahu melihat berbagai
kebaikan baginda s.a.w. yang begitu terang seperti terangnya sinaran matahari
sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“...(Ya Muhammad) engkau nampak orang-orang
Quraisy itu memandang ke arahmu. (Pada hakikatnya) mereka tidak nampak
(kebaikan kenabianmu).”
(Surah al-A’raf, ayat: 198)
Sikap tatabu’ inilah juga yang
menyelubungi pemikiran golongan Orientalis Barat terhadap Islam. Faktor tatabu’
inilah yang menutup rapat minda mereka sehingga mereka hanya nampak keburukan
Islam semata-mata.
Kehancuran ummah pada hari ini sudah dari awal
lagi diperingatkan oleh Nabi s.a.w.
dengan sabdanya yang bermaksud:
“Akan datang suatu masa, di mana seluruh umat akan
menerkam kepada kamu seperti orang-orang yang sedang kelaparan meluru kepada
pinggan yang mengisi makanan..!” Para sahabat bertanya: “Apakah bilangan kami
(kaum Muslimin) ketika itu sedikit..?” Jawab baginda: “Bukan, bilangan kamu
pada ketika itu banyak. Namun kamu hanya laksana ‘buih’ air bah yang mengalir
(rosak akidah). Pada ketika itu, Allah akan mencabut rasa gerun dan takut dari
hati musuh-musuh kamu dan sebaliknya Dia akan meletakkan penyakit ‘al-wahn’ ke
dalam hati kamu.” Mereka bertanya lagi: “Apakah gerangan penyakit ‘al-wahn’
itu, wahai Rasulullah? “Penyakit ‘al-wahn’ bermakna: ‘cinta harta benda dunia
dan takut akan kematian’ jawab Nabi s.a.w.”
Akhirnya, dapatlah kita rumuskan bahawa biarpun seluruh umat Islam sama mengucap dua kalimah
syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hingga
membawa kepada perpecahan. Oleh itu, salah faham mengakibatkan salah laku. Dan
salah laku ini menyebabkan berlakunya kelemahan di kedua-dua aspek - aspek
rohaniah dan kemanusiaan (duniawi). Dari segi rohaniah, umat Islam rosak
akidah, ber- pecah belah, dilanda berbagai masalah sosial, kemiskinan, jenayah,
keruntuhan akhlak, kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya. Manakala dari
segi material dan kema- nusiaan pula, pencapaian umat Islam dalam bidang
ekonomi, sains, teknologi, keten- teraan dan lain-lain masih terbelakang. Oleh
itu, kehancuran ummah adalah berpunca daripada fenomena ‘kekeliruan berakidah’
yang berlaku sejak beratus tahun lalu tanpa disedari.
Keruntuhan
Akhlak Ummah Yang
Lalai Berzikir Mengingati
Allah
Para ulama atau ilmuwan ataupun pengkaji ahli Kalam dan Wahabi hari
ini tidak me- nyedari dan menerima hakikat bahawa longgokan ilmu dan
kefahaman Islam (pelbagai bidang) pada akal dengan memiliki diploma atau ijazah dari pusat-pusat
pengajian tinggi tidak akan mampu memerangi nafsu dan membaiki
penyakit-penyakit hati. Ternyata, pengajian agama hari ini hanya pandai
menghafal atau memberi pengetahuan, tetapi mereka tidak memiliki kesempurnaan
akidah atau kemampuan bagi para pelajar itu melaksanakan ajaran agama dengan
sempurna atau pun gagal memiliki sifat taqwa yang sempurna dan akhlak yang
mulia. Maka tidak menghairankan kita kenapa ada ulama atau ilmuwan dalam bidang
agama, tetapi mereka juga terlibat dengan kemungkaran, penye- lewengan dan
kezaliman. Oleh itu, kita tidak
sepatutnya hairan kenapa golongan ilmu- wan
(agama) juga tidak dapat menahan diri
daripada melakukan kemungkaran dan kejahatan. Malah, apabila berdepan dengan
cabaran-cabaran globalisasi yang begitu me- ngerikan dalam kehidupan harian,
barulah mereka sedar bahawa pelbagai bidang agama yang dipelajari selama ini
belum begitu bersedia berdepan dengan masalah (kehidupan harian) itu dan sikap
“rational thinking” pemikiran saintifik dan komprehensif ummah moden yang lebih
berani dan bebas.
Aspek “ritual” dan terlalu berorientasikan
peperiksaan yang ditekankan selama ini adalah kurang relevan untuk melahirkan
para pelajar agama yang benar-benar memiliki akidah yang sebenar, sifat
taqwa dan akhlak yang mulia. Kebanyakan
cetusan idea dan pan- dangan golongan ilmuwan ini lebih cenderung kepada
pemerintah. Hubungan yang akrab antara mereka dengan pemerintah seharusnya
dimanfaatkan untuk memberi nasihat dan teguran agar pemerintah, dan umat Islam
dapat memahami mengenai konsep Islam yang bertamadun, iaitu menegakkan yang
makruf (kebaikan dan kebajikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan dan
keburukan). Secara jelas, golongan agamawan memikul amanah untuk menggerakkan
Islam bukan sahaja secara konseptual tetapi juga dari segi pelaksanaannya.
Di samping itu, terdapat juga para pelajar
yang melanjutkan pengajian agama
di pe- ringkat sarjana atau doktor falsafah (Ph.D) di bawah bimbingan
para orientalis di uni- versiti negara-negara Barat. Mereka ini akan membawa faedah kepada pihak
universiti kerana mereka dapat “dipergunakan” bagi tujuan kajian akademik yang
berkemung- kinan sukar untuk para penyelidik Barat melakukannya. Lebih-lebih
lagi objektif utama para orientalis adalah untuk melahirkan para graduan Islam
yang akan mempengaruhi masyarakat apabila mereka pulang ke tanah air melalui
jawatan penting dalam agensi kerajaan. Mereka akan terpengaruh dengan pensyarah
mereka dari aspek pemikiran, cita rasa serta tingkah laku sebagai manusia celupan Barat. Golongan ini secara resminya tidak menukar
nama atau agama, tetapi pemikiran mereka telah mengalami perubahan yang
berlandaskan kepada pengaruh dalam
tamadun Barat. Malah, pelbagai bidang
ilmu agama yang diperolehi itu tidak mampu membersihkan
pelbagai hijab hati para pelajar
(memiliki hati yang mati) dan mereka terus tenggelam dalam lautan lalai (kesesatan). Inilah
yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab
yang tebal.”
(Surah al - Jumu’ah, ayat: 5)
Dalam
proses penjajahan ini, pihak
kolonial Barat menggunakan sistem pengajaran dan pendidikan sebagai satu
medium atau saluran utama perubahan
terhadap moral umat Islam, untuk menjadikan mereka lemah hingga hilang jati
diri, serta merasa rendah diri sehingga menjadi mundur dan ketinggalan. Mereka
menjadi murid dan sentiasa patuh kepada tamadun Barat dan merasa rendah diri
terhadap tamadunnya, tamadun Islam. Sistem pendidikan Barat diperkukuhkan
melalui sekolah-sekolah moden dengan buku teks, kurikulum dan guru-guru yang
lebih cenderung kepada pemikiran Barat menjadikan rohani umat Islam begitu
cepat bergerak ke Barat. Melalui saluran media massa teru- tamanya
persuratkhabaran juga berlakunya perubahan cara berfikir, nilai, neraca malah
pendapat umum. Ia dilakukan dalam bentuk berita, rencana, kesusasteraan yang
kreatif malah menggunakan gambar-gambar, di samping penyelidikan wartawan dan
temu ramah. Penguasaan, cengkaman dan arah aliran maklumat oleh akhbar dan
media massa semakin memperkukuhkan cengkaman serta pengaruh kolonial Barat.
Sejak kurun ke 18 dan ke 19, masyarakat dan
dunia Islam telah dilanda kebekuan (sifat jumud) terutama sifat dari aspek
pemikiran dan memiliki ciri-ciri kejahilan. Islam sebagai suatu cara kehidupan
meliputi akidah, syariat dan fardu
kifayah hanya tinggal pada nama dan lambangnya. Ini membuka ruang dan peluang
yang luas serta terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal termasuk budaya,
politik, ekonomi dan ketenteraan. Serangan berbentuk fizikal dan ketenteraan
ini merupakan sebagai suatu tindak balas dunia Barat terhadap kekalahan dan
keaiban mereka di dalam beberapa siri Perang Salib. Inilah kejayaan Barat yang
mahukan semua orang di dunia hidup serupa dan tidak dibezakan lagi oleh keperibadian
dan jiwa seperti juga agama, sejarah, kebudayaan, peradaban lampau, pendidikan
dan tradisi. Dari segi psikologi, ia berjaya menyogok falsafah penguasaan orang
Barat dan kemenangan meterialisme (kebendaan) ke atas prinsip ketuhanan dan
akidah umat Islam.
Allah S.W.T.
berfirman lagi yang bermaksud:
“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di
atas satu syariat (yang lengkap) dari
urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
(Surah al-Jathiyah, ayat: 18)
Umat Islam masih lagi dicengkam oleh pelbagai
gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak. Belum lagi menyentuh soal rakyat
miskin, penyelewengan kuasa, rasuah, menu- larnya gejala murtad, pembunuhan
sesama umat Islam dan pelbagai lagi kerenah sosial dalam kalangan ummah yang
masih tidak mampu untuk diselesaikan, malah semakin parah dan terus berleluasa.
Di samping itu, ummah juga sudah
terkeliru dengan slogan memeriahkan majlis ilmu agama yang dianggapkan amat
besar fadilatnya menerusi ceramah agama atau bacaan kitab-kitab di
masjid-masjid atau surau-surau di
sepanjang usia. Oleh itu, penyampaian
agama dilihat sekadar membuka dan menutup kitab sahaja, iaitu tarbiyah ilmu
agama yang hanya tersebar sekitar teori - dalam bentuk lisan dan slogan, tetapi
mereka terus memiliki hati yang mati (lalai berzikir mengingati Allah). Ilmu
itu hanya berpaut pada akal atau sekadar
hafalan semata-mata. Ia tidak akan mam- pu mengubah sikap atau mengawal diri
sendiri dari melakukan kejahatan dan maksiat. Inilah punca berlakunya semua
gejala negatif di semua peringkat masyarakat.
Pengetahuan agama yang dilonggokkan pada akal
atau hanya sekadar hafalan itu tidak dapat memerangi kerakusan nafsu dan ia
tidak mendarah daging untuk dapat dipraktikkan (akibat hijab nafsu). Oleh itu, jangan
ditambah lagi dengan kelompok ulama dan ilmuwan ahli Kalam dan Wahabi yang
turut membuang masa dengan berceramah, berteori, ber- dialog, wacana, penulisan
akademik dan sebagainya sebagai jalan penyelesaian kepin- cangan akidah dan
keruntuhan akhlak ummah, tetapi ketidakadilan pemimpin, kezaliman, penyelewengan,
kemiskinan dan kesempitan hidup terus melanda umat Islam. Dengan itu umat Islam
hendaklah memahami dan menyedari serta
menjauhkan dirinya daripada sebarang rupa runtunan songsang atau perkara-perkara yang cuba menyelewengkan
Akidah Islam secara sesat lagi menyesatkan, bermatlamatkan mengubah nilai-nilai
sebenar hakikat akidah (berzikir mengingati Allah) itu sehingga menjauhkan umat
Islam daripada memahami hakikat keislamannya.
Inilah jalan tarbiyah akidah ummah di akhir
zaman yang mana penumpuan kepada hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan
sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) secara mendalam
hanya berjaya memberikan pengetahuan, tetapi mereka gagal untuk melaksanakan segala amal ibadat
dengan sempurna (gagal memiliki khusyuk hati)! Apabila berzikir mengingati
Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam
tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologilah yang menjadi
pegangan. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia ter- susun dan terhimpun
sebagai satu cetusan idea atau hujah-hujah dan debat yang tercela. Begitulah
sebenarnya apabila bukan wahyu yang menjadi pegangan dan panduan, maka hidup seseorang itu dengan apa yang
difikirkannya semata-mata (ilmu Akidah reka cipta). Maka itulah ideologi yang berselindung di
sebalik laungan prinsip Akidah Islam. Dengan perkataan lain, yang dibicarakan
di dalam diskusi-diskusi atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat
Allah di majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama pada setiap hari itu
bukanlah aspek akidah dalam pengertian yang sebenar-sebenarnya, tetapi hanyalah
sebagai pengetahuan tentang keesaan Allah (pengertian Rabb), sifat-sifat
Allah dan af’alNya untuk tujuan
diperdengarkan semata-mata.
Proses kemerosotan dan kemalapan ilmu dan
amalan Islam dari satu masa ke satu masa yang lain, sehingga ilmu dan amalan
Islam yang sebenar, lengkap dan sempurna pada zaman awal itu, akhirnya
seolah-olah telah hampir tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan umat Islam
sendiri. Banyaknya bidang ilmu dan kefahaman agama hari ini seperti ilmu Tauhid, ilmu Fiqah, ilmu
Hadis, ilmu Tafsir, ilmu Dakwah, Falsafah Islam, ilmu Kalam, Tamadun Islam, ilmu
Tasawuf, sirah Nabi s.a.w. dan sebagainya untuk menghuraikan dan memperincikan
ilmu dan amalan Islam di zaman yang awal itu, banyaknya kitab-kitab,
kertas-kertas pengajian (agama) yang
diterbitkan, dan banyaknya universiti Islam didirikan di seluruh negara Islam
tidak dapat dijadikan ukuran tentang adanya perkembangan, dan kemajuan ilmu dan
amalan Islam yang pesat, yang semakin unggul dan sempurna. Sebab, dalam keadaan
yang begitu umat Islam semakin jahil untuk mema- hami dan menghayati hakikat
intisari ajaran Islam yang sebenar-benarnya seperti yang difahami dan dihayati
oleh generasi umat Islam pada zaman awal itu. Begitulah realitinya umat Islam
hari ini semakin tidak kenal Allah
(tergelincir dari landasan Aki- dah Islam), terputus tali rohaniah
(memiliki hati yang mati), melupai akhirat, derhaka, zalim, ganas, jatuh
menjatuh, tindas menindas, menipu dan mengamalkan rasuah, tamak, gejala murtad,
sanggup berbunuhan sesama saudara Muslim dan bergelumbang dengan berbagai
gejala negatif atau maksiat seolah-olah sebagai manusia tanpa agama sedangkan
semua itu berlaku dalam keadaan agama diperkatakan di mana-mana.
Demikianlah
jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi) yang telah berkembang pesat dalam kalangan
umat Arab pada hari ini menjadikan mereka menga- lami keruntuhan akhlak
yang berleluasa. Begitulah keadaan ummah
yang tergelincir dari landasan Akidah Islam yang sebenar, lantas menjadikan
budaya hidup mereka seolah-olah seperti tiada pegangan agama yang sempurna. Ini
kerana, taat dan patuh terhadap perintah Allah hanyalah ketika berada di Tanah
Arab. Sebaliknya, apabila berada di
negara asing mulalah mereka menjadi liar dan buas. Berzina dan meminum arak
sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan warga Arab yang melancung ke luar negara. Feno- mena inilah yang sentiasa
berlaku dalam kalangan kebanyakan bangsa Arab dewasa kini.
Hakikatnya, bangsa Arab pernah menempa zaman
keagungan dengan Islam (Akidah al-Quran) yang hanya mengambil masa dalam tempoh 30 tahun
(menguasai Jazirah Arab), tetapi kini mereka jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari
segi ekonomi dan teknologi akibat penyelewengan proses tarbiyah akidah. Kejayaan
golongan yang memiliki kesempurnaan akidah
tidak hanya kepada bangsa Arab sahaja, malah bangsa Turki, Mongol, Kurdi
dan Tartar dan lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan
masing-masing dengan Islam. Berzikir dan mujahadah inilah menjadi rahsia
kekuatan rohaniah yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dari
kalangan bangsa itu seperti Khalifah
Muhammad al-Fateh daripada bangsa Turki, Pang- lima Salahuddin al-Ayubi
daripada bangsa Kurdi dan Timurlane daripada bangsa Tartar. Dengan kesungguhan
mengerjakan amalan rohani Islam (berzikir terus menerus dan qiyamullail) dan
memiliki sifat taqwa sebenar serta
akhlak yang mulia, mereka menjadi bangsa yang kuat dan mulia.
Ternyata mereka (golongan Wahabi) telah pun
“hanyut” dalam tarbiyah ilmu Akidah reka cipta hingga “mencairkan”
prinsip-prinsip akidah sebenar yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai. Mereka (kaum Wahabi) hanya berbangga dengan
slogan dakwah yang dicanang-canangkan sejak
200 tahun lalu, iaitu membasmi “syirik,
khurafat dan bid’ah” dalam kalangan ummah, tetapi sifat-sifat keji (mazmumah)
dalam diri terus subur dan berkembang
dalam kalangan bangsa Arab dan para pengikut mereka di negara Islam sedunia pada
hari ini tanpa disedari kerana mereka (golongan Wahabi) meng- abaikan tarbiyah
hati (berzikir dan mujahadah), lantas menjadikan mereka tergelincir dari
landasan akidah yang sebenar. Tegasnya, tarbiyah akidah yang dilaksanakan
mereka (teori Tauhid Wahabi) dalam tempoh yang begitu panjang itu tidak dapat memulihkan keruntuhan akhlak, kehancuran
negara-negara Arab dan kepincangan akidah bangsa Arab dan umat Islam lain sedunia sebagaimana yang
diwarwarkan. Malahan dari segi kerun- tuhan akhlak, masyarakat Islam itu seolah-olah
sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam.
Pegangan agama mereka terpesong jauh daripada
wahyu Ilahi, malah cara hidup mereka sama seperti orang yang tidak ada pedoman
dan pegangan agama. Mereka diibarat sebagai musuh dalam selimut, di luar nampak
syariatnya sempurna dengan berjubah, berjambang dan berpurdah (wanita) tetapi
hati mereka telah mati (tidak berfungsi). Ter- cemar imej Islam itu lantaran
keperibadian umatnya yang tidak menjadi model atau contoh ikutan. Ini
benar-benar merupakan suatu krisis keruntuhan akhlak yang sangat berleluasa
dewasa kini. Mereka gagal untuk memperbaiki keadaan kelemahan umat Islam secara
keseluruhannya, malah menjadikan mereka semakin
jauh jaraknya dengan tama- dun Islam. Ternyata, ini menambahkan lagi
kemunduran yang semakin tenat dan ber- pecah-belah.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya akan ada pada umatku beberapa golongan
manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik.”
(HR Imam Bukhari dalam Sahihnya No.5590 )
Melihat kepada telatah dan gelagat masyarakat
Islam itu tidak langsung memberi gambaran betapa cantik dan indahnya ajaran
Islam itu. Boleh dikatakan bahawa mereka fasih mengenal dan memahami al-Quran
dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang diturunkan dalam bahasa mereka. Ternyata ia
bukan masalah tidak faham, akan tetapi terhijab
hati mereka (hati yang mati) akibat mengabaikan amalan zikir mengingati
Allah. Mereka seo- lah-olah tidak memahami hakikat Islam yang sebenar-benarnya.
Inilah yang telah diper- ingatkan oleh
Nabi s.a.w. kepada umat Islam tentang adanya golongan yang keluar agama (memiliki hati yang mati,
iaitu mengabaikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah) walaupun mereka mampu membaca al-Quran dengan
sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu
kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka
(memiliki hati yang mati, tanpa menjalani tarbiyah berzikir dan mujahadah).
Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya....”
Hidayah Allah S.W.T. sekali-kali tidak akan
menyinari hati mereka yang terdapat padanya karat-karat ‘kufur’ (pelbagai
hijab). Ini kerana Allah S.W.T. hanya
memberi petunjuk kepada hati mereka yang bersih dari sifat-sifat keji
(penyakit-penyakit hati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah
S.W.T. yang bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”
(Surah al-Nas, ayat: 4)
Allah S.W.T.
juga berfirman.
Maksudnya:
“Dan agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada Hari
Akhirat cenderung kepada bisikan (syaitan) itu dan agar mereka merasa senang
kepadanya serta supaya mereka mahu menger- jakan apa yang dikerjakan oleh
syaitan itu.”
(Surah al-An’am, ayat: 113)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan
penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah, ayat:10)
Hakikatnya,
segenap tindakan, cara berfikir dan penampilan mereka sedikit pun tidak
memperlihatkan mereka sebagai umat Islam yang baik yang sepatutnya menjadi
‘role model’ kepada bangsa manusia sejagat. Hingga persepsi buruk yang diberikan
oleh musuh kepada ajaran Islam itu sendiri. Salah faham ini menyebabkan
keunggulan Islam sebagai agama yang diredai Allah untuk kesejahteraan dunia dan
akhirat tidak terserlah, sama ada dari segi ilmiahnya lebih-lebih lagi dari
segi amaliahnya. Islam tidak kelihatan indah sepertimana yang sewajarnya. Namun
apa yang dapat disaksikan, merekalah punca ramai dalam kalangan manusia
tidak berminat kepada Islam, malah ada dalam kalangan umat
Islam sendiri mula meragui serta hilang keyakinan terhadap Islam. Realiti ini
sebe- nar sudah dapat ditebak oleh Nabi s.a.w.
yang pernah menegaskan menerusi sabda baginda yang bermaksud:
“Islam
akan digelapkan oleh orang Islam.”
Fenomena “Kekeliruan Berakidah” Dalam Kalangan
Ummah
Penyelewengan jalan tarbiyah akidah atau
berlakunya fenomena ‘kekeliruan berakidah’ dalam kalangan umat Islam tanpa
disedari menjadi faktor utama yang
membawa kerun- tuhan tamadun Islam yang gilang gemilang yang pernah
mewarnai dunia pensejagatan. Munculnya ilmu Akidah baru dalam Islam yang diberi
nama ilmu Kalam (fahaman Muktazilah dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah/Ilmu Sifat
20) semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pada kurun ke 8 M. (bermula di
zaman Khalifah al-Ma’mun) dan teori Tauhid Wahabi di Arab Saudi pada kurun ke
19 M. telah mengelirukan dan menye- lewengkan umat Islam daripada memiliki
tasawwur Akidah Islam yang sebenar.
Fenomena ‘kekeliruan berakidah’ atau isu
pengabaian berzikir kepada Allah terus menerus (Akidah Islam) ini telah mula
ditimbulkan dalam kalangan masyarakat Islam sejak kurun kedua Hijrah lagi. Seorang tokoh Islam yang
terkenal iaitu Imam Malik Bin Anas menegaskan
perkara ini dengan berkata:
“Sesiapa yang beramal ibadat tanpa bertasawuf (tanpa berzikir mengingati Allah),
sesungguhnya ia telah menjadi fasik dan sesiapa bertasawuf (sentiasa berzikir
me- ngingati Allah) tanpa beramal ibadat, sesungguhnya ia telah menjadi zindiq
(penye- leweng agama) dan sesiapa yang
telah menggabungkan antara tasawuf (sentiasa ber- zikir kepada Allah)
dan amal ibadat sesungguhnya ia telah mencapai hakikat (kebe- naran).”
Bayangkan kita yang berada di kurun ke 15
tentulah lebih terkeliru lagi tentang prinsip dan amalan berhubung dengan dua
aspek agama yang berbeza (syariat dan akidah). Kegagalan memperbanyakkan menyebut lafaz Allah menandakan hati atau rohani sese- orang Muslim
berada di dalam kesesatan (hati yang mati). Dengan kata-kata lain, golo-
ngan ini tidak dapat meneliti dan memahami ayat-ayat
Allah yang memerintah umat Nya supaya melaksanakan amal ibadat selaras dengan sentiasa menyebut nama Allah
(Akidah al-Quran). Kerana itulah mereka
terus berada dalam ‘kekeliruan
berakidah’ kerana menganggap amalan rohani Islam ini tiada
hubung kait dengan Akidah Islam itu. Inilah hakikat akidah golongan ahli
zahir yang mewakili majoriti umat Islam pada
hari ini yang ditarbiyahkan menerusi hujah-hujah ilmu Kalam dan teori
Tauhid Wahabi, tetapi tidak mampu diterapkan dalam amal ibadat dan kehidupan
harian (gagal memiliki khusyuk hati kepada Allah). Oleh itu, berlakulah salah
faham yang serius terhadap aspek akidah
dalam kalangan umat Islam pada masa kini sehingga majoriti ummah
mempunyai tasawwur yang salah terhadap akidah yang sebenar (Akidah al-Quran).
Bertitik tolak daripada semua kenyataan dan
penjelasan berhubung dengan berzikir mengingati Allah terus menerus sebagai
inti pati dan tonggak utama dalam Akidah Islam, maka kita merasakan betapa perlunya suatu
penilaian semula, dan apakah yang seharus- nya kita lakukan untuk Islam supaya
ummah khususnya dapat memahami aspek akidah
itu dengan kefahaman yang tepat
dan memiliki tasawwur Akidah Islam yang sebenar. Agar mereka tidak
terpengaruh kepada slogan-slogan akidah yang terhasil melalui hujah-hujah atau
perbahasan bersifat teori terhadap sifat-sifat Allah dan mendefinasikan Rabb
(hujah atau debat yang tercela) oleh golongan ahli zahir yang
jahil tentang aspek aki- dah
(Islam) yang sebenar. Di samping itu, segala dakyah, buruk sangka dan fitnah ter- hadap ilmu dan amalan
zikrullah (tarekat Tasawuf) oleh para
ulama dan ilmuwan ahli zahir (menguasai dakwah akidah umat Islam
sedunia) dan akhirnya telah meruntuhkan
atau melenyapkan amalan rohani Islam (amalan zikrullah) dalam kalangan ummah.
Persoalannya, bagaimanakah kita perlu
menghadapi perkara-perkara yang amat rumit dan mengelirukan ini? Dan
bagaimanakah kita hendak mengubah persepsi atau asas pema- haman akidah
(hujah-hujah dan debat yang tercela, iaitu ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid
Wahabi) yang telah terbentuk kukuh di
dalam minda umat Islam pada hari ini sejak beratus tahun yang lalu yang
tidak tahu ilmu dan amalan Zikrullah (tarekat Tasawuf) dan yang tidak beramal
dengannya (memiliki hati yang mati)?
Majoriti dalam kalangan umat Islam hari ini
memiliki kefahaman dan tasawwur yang salah mengenai Akidah Islam. Sebab
terjadinya demikian dapat dilihat daripada empat sudut:
1) Sebab luaran yang berkait rapat dengan
perencanaan jahat musuh-musuh Islam. Mereka ini terdiri daripada para kuffar.
Menerusi kekuatan (persenjataan), serangan pemikiran (al-ghazw al-fikri)
dan disokong kuat oleh gerakan orientalis Barat dengan tulisan-tulisannya
menerusi multidimensi telah mengelirukan umat Islam sedunia yang telah berjaya
mencernakan kekeliruan terhadap Akidah Islam.
2) Sebab dalaman seperti munculnya ilmu Akidah
reka cipta dalam Islam yang mendapat tempat
di sisi pemerintah Islam iaitu ilmu Kalam yang dipelopori oleh mazhab
Muktazilah dan mazhab Asy’ariah-Maturidiah (ilmu Sifat 20) yang muncul di zaman
kerajaan Abbasiyyah dan teori Tauhid Wahabi (mazhab Wahabi) di Arab Saudi pada
tahun kurun ke 19 M., dan ramainya ulama al-su’ (ulama pengampu yang
menjadi pemburu kebendaan atau kemewahan duniawi yang rakus) telah mengelirukan
dan menyelewengkan umat Islam daripada memiliki tasawwur Akidah Islam yang
sebenar.
3) Kejahilan umat Islam sendiri terhadap agamanya disebabkan ramai dalam
kalangan ummah yang tidak lagi mendapat ilmu Akidah Islam yang sebenar. Sama
ada ini disebabkan oleh lunturnya
semangat menuntut ilmu atau merasa cukup dengan “secebis” ilmu akidah
yang ada (ilmu Akidah reka cipta), maka dengan ilmu yang hampir kosong atau
sekelumit itulah mereka cuba mentafsir aspek Akidah Islam yang hanya boleh
dicapai menerusi ilmu dan amalan Zikrullah. Malahan dalam apa jua keadaan sekalipun
persoalan akidah ialah teras dan asas kepada semua persoalan. Inilah
persimpangan jalan antara tasawwur
Akidah Islam dengan ilmu Akidah reka cipta.
4)
Sikap taklid buta iaitu mereka
menghayati tasawwur Akidah Islam ini hanya sekadar berpegang kepada ‘kata tok
guru’, ‘kata ustaz’, dan sebagainya atau yang didengar dari seorang ke seorang,
bukannya dirujuk atau dibaca dalam kitab-kitab yang mu’tabar, sehingga umat Islam tidak dapat membezakan yang mana
satu akidah (Islam) yang sebenar atau merupakan ijtihad para ulama semata-mata. Ditambah pula oleh
pelbagai pergolakan sepanjang zaman dan faktor lingkungan yang berubah, maka
banyaklah berlaku kekhilafan dan salah faham tentang aspek akidah. Dengan itu
ruang untuk aspek akidah disalahtafsirkan dan mengalami pengubahsuaian berlaku
secara berleluasa. Hakikatnya, apa yang disangka ilmu akidah itu
bukanlah ilmu Akidah Islam yang sebenar, tetapi merupakan hujah-hujah dan debat
yang tercela sekadar menjadi tarbiyah akidah ikut-ikutan yang begitu rapuh dan
goyah sifatnya.
Kata Arif billah:
“Ilmu itu cahaya, sebaliknya
jahil itu buta dan merbahaya.”
Bukan rahsia lagi,
umat Islam di seluruh pelusuk dunia sedang mengalami kelemahan di sudut
rohaniah dan pembangunan (duniawi). Gejala sosial, rasuah, jenayah, maksiat, pembunuhan
sesama Muslim, kezaliman pemerintah dan sebagainya sudah merebak dalam
masyarakat Islam, Umat Islam juga sedang ditindas dan diserang dari pelbagai
dimensi - budaya, ekonomi, ketenteraan, sosial, politik dan lain-lain dari
negara-negara Barat. Kini seolah-olah tidak ada kelebihan khusus yang dapat
dibanggakan oleh umat Islam sebagai penganut agama yang paling diredai Allah
S.W.T. Kecenderungan melihat Islam pada
aspek Syariat Islam semata-mata dengan meminggirkan aspek akidah (amalan Zikrullah)
sedang berlaku secara berleluasa.
Sayyidina Ali r.a. pernah mengingatkan tentang
kehancuran umat Islam dengan katanya:
“Yang benar (haq) tanpa penyusunan akan
dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.”
Mereka yang hanya
mendapat asas ilmu fardu ain - seperti soal taharah, wuduk, menge- nal najis,
solat, puasa, haji dan lain-lain, menyangka itulah ajaran Islam. Golongan ini
hanya melihat Islam sebagai agama yang mengatur hal-hal peribadatan yang
bersifat ritual semata-mata. Manakala mereka yang terdedah kepada soal-soal
ekonomi Islam pula cenderung untuk melihat Islam sebagai “alat” kemajuan dan
“bahan komoditi” bagi menjana keuntungan komersial semata-mata. Ada pula golongan
yang meletakkan hafaz al-Quran sebagai perkara pokok dan utama dalam agama.
Maka tumbuhlah pusat-pusat tahfiz di segenap pelusuk negeri seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Golongan ini menyangka menghafaz al-Quran itu adalah
perkara utama yang perlu dikuasai oleh gene- rasi muda pada hari ini untuk
membenteras keruntuhan akhlak dalam kalangan ummah.
Sebahagian pula hanya berfokuskan soal
jinayat, seolah-olah Islam itu hanya mengan- dungi soal hukum hakam ke atas
pesalah dan penjenayah. Oleh sebab itu, maka peme- rintah dan tanggungjawab mereka
bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jena- yah melalui hudud semata-mata,
tetapi mereka mesti memikul tanggungjawab utama, iaitu membaiki akidah ummah
supaya sempurna, sebagai asas untuk
mengerjakan solat dengan khusyuk hati (mencegah perbuatan keji dan mungkar). Dan
atas dasar itu, maka solat adalah lebih utama daripada hudud dalam usaha
membenteras kemungkaran, walau- pun ini tidak bermakna soal hudud tidak penting. Ternyata mereka telah pun “hanyut” dalam tarbiyah ilmu
Akidah reka cipta hingga “mencairkan” prinsip-prinsip akidah sebe- nar yang seharusnya tidak boleh
digolok-gadai. Oleh itu. Islam yang sangat indah sudah tidak nampak indah lagi.
Islam yang gagah, nampak goyah dan lemah.
Jika diumpamakan Islam itu seperti sebatang
pokok yang mana Akidah Islam ialah akar tunjang, batangnya adalah Syariat
Islam, dahan besarnya adalah fardu kifayah iaitu pendidikan, politik, sosial,
ekonomi, kemajuan teknologi dan lain-lain, ranting dan daun ialah
perkara-perkara sunat dan akhirnya buah bagi pokok Islam itu ialah tamadun
rohani dan kemanusiaan (duniawi). Malangnya
kerana kejahilan dalam kalangan umat Islam yang tidak lagi mampu melihat “pohon
Islam” itu secara sempurna dengan seluruh kom- ponennya - akar tunjang, batang,
dahan, ranting, daun dan buah. Ada yang hanya melihat batang, lalu menjadi
begitu “obses” dengan persoalan Syariat Islam. Secara mudah mereka merasakan
Islam itu hanya ajaran hukum hakam dan fadilat-fadilat segala amal ibadat,
lantas di bidang kehidupan harian yang utama iaitu aspek Akidah Islam (memper- banyakkan amalan
zikir mengingati Allah) terus dipinggirkan.
Apa tidaknya,
jika pokok hanya ada batang tanpa akar, ranting, dahan dan lain-lain,
maka ia tidak layak dipanggil pokok - sebaliknya dipanggil tunggul. Cantikkah
“tunggul” itu? Begitu juga, pokok yang lebat daunnya, banyak pula dahan dan
rantingnya tetapi akar tunjangnya telah reput, mampukah bertahan apabila ada
angin yang menggoncang? Kuatkah “pohon” Islam yang begitu? Inilah akibat
kejahilan umat Islam hari ini. Islam yang difahami dan diamalkan tidak lagi
sempurna dalam erti kata sebenar.
Akibat kepincangan
itu, umat Islam bukan sahaja tidak dapat menerajui dan memayungi dunia atas
statusnya sebagai ummah terbaik, malah kita menjadi mangsa oleh penjajahan
bentuk baru dalam era globalisasi. Kita tidak mahu generasi muda kita dilanda kemis-
kinan dan kita tidak mahu mereka terjerumus ke lembah kesesatan (rosak akidah).
Rosak akidah akan membawa kita ke neraka dan miskin akan menghampirkan kita
kepada kekufuran. Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa umat Islam pada
masa kini sedang menderita kemunduran, dan kelemahan di sudut rohani (akidah)
dan pembangu- nan (duniawi). Malahan umat Islam perlu sedar bahawa nilai-nilai
daripada penghayatan aspek fardu ain (syariat dan akidah) sangat penting untuk
menyerlahkan Islam di bidang fardu kifayah.
Oleh itu, keunggulan
Islam masa silam yang dibantu dengan pertolongan dan rahmat Allah S.W.T. hanya
tercatat dalam bentuk teori dan ilmiahnya sahaja pada masa kini. Sejak
berlalunya zaman keagungan Islam pada generasi umat Islam yang awal, keung- gulan
tamadun rohaniah dan kemanusiaan (duniawi) Islam tidak terserlah lagi. Adalah
mudah untuk mendrafkan perlembagaan Islam di atas kertas berbanding merealisasi-
kannya dalam kehidupan harian. Malahan diukur dari segi pencapaian duniawi,
jelas sekali umat Islam hari ini telah jauh ketinggalan. Sejak berlalunya zaman Nabi s.a.w., para
sahabat r.a. serta al-salaf, keunggulan Islam tidak lagi terserlah dalam bentuk
praktik dan amalinya.
Demikianlah keutamaan dan
keagungan amalan zikir mengingati Allah sebanyak-ba- nyaknya sebagai inti pati dan tonggak utama dalam
Akidah Islam yang tidak difahami dan
diketahui oleh umat Islam pada hari ini, meskipun ia merupakan amalan yang
di- syarakkan kerana amalan zikir itu merupakan permulaan perjalanan menuju
kepada mengenal Allah SWT. Saranan dan tuntutan zikir kepada Allah
banyak disentuh dalam al-Quran dan Hadis, di samping terserlah kepentingan
pengamalannya menjadi pencetus kesedaran hati yang membuahkan
keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh kepada Allah S.W.T berikutan
daripada ulangan sebutan lafaz mulia (Allah) itu. Sebab itu, ayat Allah yang
menjelaskan keutamaan dan keunggulan
amalan ini sentiasa disebut oleh khatib sebelum penutup khutbah Jumaat:
Maksudnya;
“Dan zikrullah itu adalah seutama-utama ibadat”
(Surah al-Ankabut, ayat: 45)
Namun kepentingan amalan zikir kepada Allah terus menerus (Akidah Islam)
nampak- nya bukan sahaja tidak dihayati malah kurang difahami pengertiannya oleh umat Islam hari
ini. Begitulah ayat Allah yang tidak pernah ditinggalkan dan
diulang-ulang oleh khatib yang membaca
khutbah pada saban minggu hanyalah
mengingatkan para jemaah bahawa
Allah S.W.T. menjadikan berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya sebagai
sebaik-baik ibadat (inti pati dan tonggak
kepada segala amal ibadat) yang dila- kukan. Ternyata oleh sebab amalan
zikir itu, maka segala amal ibadat menjadi mulia. Dalam hal ini Allah S.W.T.
menghubungkaitkan segala amal ibadat dan amalan zikir mengingatiNya yang
terbukti daripada beberapa nas al-Quran. Oleh sebab itulah maka tanpanya agama Islam bukan sahaja tidak
akan sempurna tetapi juga akan menjadi
lemah dan tidak bermaya untuk membangunkan kekuatan Islam dalam diri, masyarakat
dan negara.
Ternyata
maksud dan pengertian amalan rohani Islam yang disyarakkan itu tidak me-
ngandungi roh atau tidak membangkitkan pengertian yang mendalam dalam kalangan
ummah pada hari ini, maka kita tidak hairan jika pada hari ini ilmu dan amalan
zikrullah (tarekat Tasawuf) itu telah dilupakan oleh umat Islam. Demikian juga,
kita tidak ter- peranjat jika umat Islam
sendiri telah mempersoalkan hakikat kebenaran ilmu dan amalan tersebut. Tanpa
mereka sedari bahawa inti pati dan tonggak
utama dalam Aki- dah Islam yang sebenar bukanlah seperti yang
diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan umat Islam hari ini (tarbiyah ilmu
Akidah reka cipta), sebaliknya ia terkandung secara qat‘i (mutlak) di
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Melihat akidah berdasarkan tasawwur amalan mereka
adalah satu kesalahan kerana mereka boleh
diselewengkan. Dengan itu maksud dan hakikat Akidah Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan
al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam demi
mendapat tasawwur yang sahih terhadapnya. Malahan ilmu dan amalan zikrullah (tarekat
Tasawuf) telah padam cahayanya dan sudah
tidak diketahui oleh kebanyakan umat Islam akibat dakyah, buruk sangka dan
fitnah oleh para ulama dan ilmuwan ahli
zahir terhadap ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) itu.
Umumnya, para ulama atau pengkaji ataupun
ilmuwan ahli zahir (ahli Kalam
dan Wahabi) hari ini sudah terlalu banyak membuang masa dibuai oleh lamunan
kosong dengan berceramah, membaca kitab-kitab agama, mentafsir al-Quran dan
Hadis-hadis, berforum, berseminar, berteori, mengemukakan idea, menulis tesis-tesis dan kertas-ker- tas
pengajian (bidang agama) dan bermacam-macam lagi yang entah apa-apa nama dan
istilah yang dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian masalah akidah dan
kepincangan akhlak ummah, tetapi ianya tidak mampu menyelesaikannya, malah
semakin parah dan terus berkembang akibat mengabaikan dan menafikan keutamaan
amalan rohani Islam. Hasil dari tasawwur yang salah terhadap din al-Islam menyebabkan seseorang itu
tidak dapat menjalankan kehidupannya berdasarkan tuntutan agama sebenar.
Kehidupan mereka bercampur baur dengan unsur-unsur yang menyalahi ajaran Islam,
hinggakan sifat kehidupan jahiliah lebih menguasai mereka daripada hidup
bercorak keagamaan yang berteraskan Akidah Islam yang sebenar (sentiasa
berzikir mengingati Allah). Begi- tulah sukarnya untuk menyedarkan semula umat
Islam yang hatinya dimasuki bid’ah (tarbiyah akidah menerusi ilmu Akidah reka
cipta), maka ia tidak dapat menikmati kebahagiaan (gagal mencapai khusyuk hati
terhadap Allah) dan amat sukar sekali golongan ini untuk membetulkan pegangan
akidah mereka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Bukhari yang mengatakan:
“Mereka keluar dari agama dan tidak akan kembali.”
Inilah yang telah diperingatkan oleh Nabi
s.a.w. kepada umat Islam tentang
kesesatan kaum Yahudi dan Nasrani meskipun mereka memilki al-Kitab tetapi
meninggalkan kebenaran disebabkan hati mereka telah menjadi keras (tidak
berfungsi). Begitu juga yang berlaku ke atas kebanyakan umat Islam pada hari
ini yang memiliki hati yang mati (lalai berzikir mengingati Allah), mereka juga
meninggalkan kebenaran (menafikan ilmu Akidah al-Quran), lantas Islam dan umatnya terus terpesorok di bawah
timbunan herdi- kan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat bodoh,
miskin dan militan, meskipun mereka memiliki al-Quran. Mereka (ahli
zahir) sendiri yang memilih tarbiyah ilmu Akidah reka cipta, lalu mereka berdiri mencanangkan
kepada orang lain dengan berbagai-bagai slogan akidah dan golongan ini
melencong jauh dari petunjuk Ilahi. Semua hujah-hujah dan debat yang
tercela (ilmu Kalam dan teori
Tauhid Wahabi) itu tidak lebih dari sekadar
ilmu yang berpaut pada akal atau sekadar menjadi hafalan semata-mata,
tetapi tidak dapat membersihkan pelbagai
hijab hati (sifat-sifat mazmu- mah). Alangkah ruginya golongan seperti
itu dan alangkah tidak berfikirnya mereka yang mengikuti golongan yang sesat
itu! Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya di dunia ini
tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat kebaikan
sebaik-baiknya. Perkara yang amat terang ini tidak tergambar sama sekali untuk
diingkarkan atau ditolak kebenarannya kecuali oleh orang yang telah ditulis
oleh Allah S.W.T. pada buku amalannya kerugian besar dan tidak mendapat rahmat. Oleh itu, kebaikan
amalan mereka telah digugurkan di dunia dan akhirat, dan mereka itulah
orang-orang yang tidak mendapat pertolongan.
Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam hadisnya
yang bermaksud:
“Akan keluar dari arah timur segolongan
manusia yang membaca al-Quran namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (memiliki
hati yang mati, iaitu tanpa menjalani tarbiyah berzikir dan mujahadah), mereka
keluar daripada agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya, mereka
tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ke
busurnya,....”
(HR Imam Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748,
Imam Ahmad, Ibn Majah, Abu Dawud dan Ibn Hibban)
Dalam hadis yang tersebut di atas,
maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa akan muncul dalam kalangan
umat Islam yang mampu membaca al-Quran atau menger- jakan segala amal soleh
tetapi tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah atau lalai ber- zikir kepada
Allah S.W.T., iaitu golongan yang sesat (memiliki hati yang mati). Secara jelas, mereka merupakan golongan yang
ingkar kepada perintah Allah di dalam al-Quran supaya menjalani proses tarbiyah
akidah/hati menerusi berzikir dan bermujahadah meme- rangi nafsu. Amalan rohani
Islam (memperbanyakkan berzikir mengingati Allah) itu me- rupakan satu
instrumen penting bagi membolehkan seseorang Muslim mencapai makrifah akan
Allah S.W.T. Tanpanya, seseorang akan hanya
mampu beriman kepada Allah seca- ra taklid (ikut-ikutan) semata-mata, dan jalan menuju
kepada Allah (mendapat rahmat dan keredaanNya) menjadi jauh dan langkahnya juga
menjadi lambat sehingga mungkin tidak akan sampai hingga seseorang itu mati.
Inilah yang diperingatkan oleh firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian
(sesudah kamu menyampai- kan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka
bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-‘An’am, ayat: 91)
Inilah antara fenomena yang melanda umat Islam
di mana-mana mereka berada, ter- masuklah dalam kalangan umat Arab yang boleh
dikatakan fasih dan memahami al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang
diturunkan dalam bahasa mereka, tetapi mereka mengalami keruntuhan akhlak,
kezaliman pemerintah, pembunuhan yang
berleluasa sesama umat Islam dan sebagainya. Begitulah keadaan ummah
yang tergelincir dari landasan Akidah Islam yang sebenar, lantas menjadikan
budaya hidup mereka seolah-olah seperti tiada pegangan agama yang sempurna. Ia
bukan masalah tidak faham, akan tetapi
terhijab hati (hati yang mati),
atau dengan kata lain mereka tidak dapat petunjuk kebenaran (hidayahNya),
akibat lalai berzikir mengingati Allah (kesesatan). Ini kerana, hidayah Allah (“nur
zikrullah”) sekali-kali tidak akan
menyinari hati mereka yang terdapat padanya karat-karat “kufur” (pelbagai
hijab). Allah hanya memberi petunjuk kepada hati-hati yang bersih dari sifat-sifat keji
(penyakit-penyakit hati). Ini menepati firman Allah S.W.T:
Maksudnnya;
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik
(al-Quran) yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar
kerananya semua kulit (semua anggota) orang-orang yang takutkan Tuhan mereka, kemudian
menjadi tenang kulit-kulit (semua anggota) dan hati-hati mereka itu ketika
mereka mengingati Allah (berzikrullah).”
(Surah al-Zumar, ayat: 23)
Penutup
Penyelewengan jalan tarbiyah akidah atau
berlakunya fenomena “kekeliruan berakidah” dalam kalangan umat Islam tanpa
disedari menjadi faktor utama yang
membawa keruntuhan tamadun Islam yang gilang gemilang yang pernah
mewarnai dunia pense- jagatan. Munculnya ilmu Akidah baru dalam Islam yang
diberi nama ilmu Kalam (faha- man Muktazilah dan Ilmu Sifat 20) semasa
pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pada kurun ke 8 M. (bermula di zaman Khalifah
al-Ma’mun) dan teori Tauhid Wahabi di Arab Saudi pada kurun ke 19 M. telah
mengelirukan dan menyelewengkan umat Islam dari- pada memiliki tasawwur Akidah
Islam yang sebenar.
Perbincangan yang telah kita buat dalam
risalah ini telah menunjukkan dengan jelas kepentingan dan keutamaan amalan
zikrullah sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam berdasarkan bukti-bukti kukuh yang
tidak boleh dipertikaikan lagi. Hal demikian menun- jukkan pendirian
para tokoh Tasawuf menjadikan konsep berzikir dan mujahadah yang diketengahkan
oleh mereka sebagai satu jalan terbaik untuk sampai kepada mengenal (makrifah)
Allah. Tanpanya, seseorang akan hanya mampu beriman kepada Allah secara taklid
(ikut-ikutan) sahaja. Oleh itu, kita mengharapkan semua perbincangan dan
kajian yang dilakukan dapat menyelesaikan semua permasalahan dan kekeliruan
berkaitan kedudukan amalan zikrullah (sebagai
Akidah al-Quran) dapat diperbetulkan,
dan sekali gus dapat memperbetulkan berbagai kesilapan tanggapan terhadapnya
serta mampu mengembalikan yang hak (amalan zikrullah) kepada tempatnya (Akidah
al-Quran) yang sebenar. Malah lebih dari itu, kita mengharapkan ilmu dan amalan
zikrullah (tarekat Tasawuf) dijadikan tunjang pendidikan agama (tarbiyah
akidah) di peringkat sistem pengajian
pondok, pusat-pusat tahfiz al-Quran, sekolah-sekolah rendah dan menengah, dan
pusat-pusat pengajian tinggi kerana ia merupakan cara terpenting menyampaikan
seseorang kepada kepada mengenal (makrifah) Allah iaitu mengukuhkan
hubungan ingatan hamba kepada Allah supaya terjalin ikatan kehambaan yang kukuh
dalam dirinya iaitu sentiasa mentauhidkan Allah dalam setiap detik
kehidupannya.
Sementara penolakan terhadap amalan zikrullah
sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam oleh golongan ahli zahir (mazhab
Fuqaha, mazhab Wahabi, jemaah Tabligh dan lain-lain) adalah satu salah faham
yang perlu diperbetulkan kerana ia bertitik-tolak dari- pada kekeliruan dalam
memahami nas al-Quran dan al-Sunnah terhadap kewajipan berzikir mengingati
Allah terus menerus sebagai tuntutan wajib yang mana maksudnya adalah lebih
jauh daripada sekadar sebutan lisan. Amat jelas bahawa inti pati dan tonggak
utama dalam akidah yang
sebenar bukanlah seperti yang diamalkan atau dicapai oleh kebanyakan umat Islam
hari ini (tarbiyah akidah menerusi ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi),
sebaliknya ia terkandung secara qat‘i (mutlak) di dalam al-Quran dan
al-Sunnah. Melihat akidah berdasarkan tasawwur amalan mereka adalah satu
kesalahan kerana mereka boleh
diselewengkan. Dengan itu maksud dan hakikat Akidah Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan
al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam demi
mendapat tasawwur yang sahih terhadapnya.
Hakikatnya, amalan ini merupakan bahagian
asasnya yang sangat penting kerana tan- panya maka agama Islam bukan sahaja
tidak akan sempurna tetapi akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Amalan ini
penting dalam Islam kerana ianya mampu menyampaikan seseorang kepada mengenal
Allah S.W.T. dan menjadi roh atau inti pati bagi segala amal ibadat seperti
solat, haji, jihad, mencari rezeki, puasa dan sebagainya. Kepada golongan yang
ingin memiliki tasawwur terhadap akidah yang sebenar, mereka mesti mengikut
peraturan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. di dalam al-Quran (memperbanyakkan
berzikir mengingati Allah) yang sudah tergambar dengan jelas dan nyata. Malahan
kita harus meninggalkan tarbiyah akidah menerusi pemahaman ilmu Akidah reka
cipta yang tiada hubungan dengan roh/hati.
Ternyata proses
tarbiyah akidah yang harus ditempuh oleh setiap individu Muslim untuk mencapai
kesempurnaan hati (akidah) bukanlah semudah seperti yang difikirkan dan diamalkan oleh majoriti umat Islam pada hari ini
(tarbiyah menerusi ilmu Akidah reka cipta). Oleh kerana itulah, Allah S.W.T.
telah menetapkan (sunnahtullah) bahawa hanya sedikit bilangan umat Islam yang berjaya mencapai kesempurnaan
akidah/hati yang se- benar sebagaimana tarbiyah akidah Nabi s.a.w. (lebih 11 tahun di kota Makkah, iaitu berzikir dan
mujahadah). Sesungguhnya jalan menuju kepada
kesempurnaan keredaan Allah S.W.T. adalah amat sukar berbanding dengan pelbagai
tipu daya syaitan dan puju- kan hawa nafsu yang sangat mudah untuk seseorang
terjebak ke dalamnya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Alif
Laam Min ra. Itulah ayat-ayat kitab. (Apa-apa) yang diturunkan kepada engkau
dari Tuhanmu adalah benar tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman.”
(Surah al-Ra’d, ayat: 1)
Allah S.W.T. juga berfirman yang
bermaksud:
“Sesungguhnya
Hari Kiamat akan datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi keba- nyakan
manusia tidak beriman.” (Surah
Ghafir, ayat: 59)
Allah S.W.T. seterusnya berfirman.
Maksudnya:
“Kebanyakan manusia itu bukan orang beriman, meskipun
engkau (Muhammad) harap- kan.” (Surah Yusuf, ayat: 103)
Hakikatnya,
Allah memerintahkan kita agar
menggunakan pendengaran untuk men- dengar berbagai kebenaran yang terdapat di
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Peman- dangan mata diperintahkan agar
memerhatikan semua kejadian Allah. Terdapat ayat-ayat yang menyentuh perkara tersebut. Ini kerana
semasa di dunia orang-orang kafir tidak menggunakan penglihatan, pendengaran
dan akal untuk meraih ilmu dan kefahaman untuk beriman dan beramal ibadat, maka
mereka di akhirat sangat menyesali kesilapan mereka. Oleh sebab itulah maka
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan orang-orang
kafir itu berkata sekiranya kami di dunia dahulu mendengar (kebe- naran Allah
S.W.T.) ataupun kami gunakan akal kami (untuk menerima dan beriman kepada
kebenaran Allah) nescaya kami tidak
menjadi penghuni neraka ini.”
(Surah al-Mulk, ayat: 10)
Allah S.W.T. juga berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka
jahannam itu dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak
digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak
digunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah, mereka mempunyai telinga
tetapi tidak digunakan untuk mendengar keterangan-keterangan ayat-ayat Allah,
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai.”
(Surah al-A’raf, ayat: 179)
SEKIAN
Abu Dzarr Zainal Abidin
Pusat Rawatan Islam Sufi
Surau Lebai Deris, Kg. Pantai, Paka, Terengganu
www.perubatansufi.com
www.suraulebaideris.blogspot.com