Ilmu Tasawuf
mempunyai displin ilmu tersendiri yang memfokuskan secara langsung
aspek-aspek pembersihan dan penyucian perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan
hati dan amalan-amalan anggota zahir untuk menyampaikan seseorang ke darjat ihsan.
Dengan tarbiyah ilmu dan amalan ini kita dapat mengetahui keadaan aspek
rohaniah, baik atau buruknya, bagaimana cara untuk membersihkannya dari
keburukan atau kejahatan itu dan menghiaskannya dengan sifat-sifat terpuji,
bagaimana jalan dan perjalanannya untuk sampai ke hadrat Allah dan mendapat keredaanNya.
Oleh sebab itu, makrifah golongan Tasawuf bukan sekadar iktikad dan pegangan hati atau
satu metadologi pembuktian dalil tentang wujud Allah dan segala sifatNya
sebagaimana yang dibawa oleh golongan ahli zahir. Bahkan ia merupakan satu makrifah
khusus iaitu satu bentuk keyakinan yang
terhasil daripada ‘nur zikrullah’ kurniaan Allah yang menerangi hati
hambaNya yang telah berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh untuk
membersihkan jiwanya dari pelbagai sifat
tercela. Nur tersebut berperanan menjadikan seseorang mampu mengenal
dengan erti kata sebenar perkara-perkara berkaitan Zat Allah, segala sifat
kesempurnaan dan perbuatanNya di samping dapat memahami pelbagai rahsia
kebesaranNya di sebalik ciptaan langit dan bumi.
Hasil atau
kesan tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ialah bersih hati atau makrifah
tentang perkara-perkara ghaib secara zawq
dan wujdan, dan dapat kemenangan di akhirat serta kejayaan mendapat
keredaan Allah, kebahagiaan yang abadi, terang hati dan suci bersih sehingga
terbuka hijab tentang perkara-perkara yang amat rahsia dan berharga, dapat musyahadah
perkara-perkara yang menakjubkan dan dapat melihat dengan jelas perkara-perkara
yang tidak dapat dipandang oleh pandangan mata hati (basirah) orang
lain.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Adakah orang yang hatinya mati
lalu Kami hidupkan dan kami jadikan dalam hati yang hidup itu cahaya (dengan
hati yang bercahaya dan dapat memahami kebenaran Allah) dan menyampaikannya
kepada manusia, (adakah orang ini) sama dengan orang yang hatinya mati yang
berada dalam berbagai-bagai kegelapan yang tidak boleh keluar daripada
kegelapan itu?”
(Surah
al-An’am, ayat:122)
Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang ilmu dan
amalan tarekat Tasawuf merupakan ilmu rasa yang dicapai dengan cara merasa
(sentiasa berzikir mengingati Allah) dan
ber‘uzlah semata-mata. Katanya:
“Ilmu dan
amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zawq) yang hanya dapat dicapai dengan
cara merasa (sentiasa berzikir
mengingati Allah) dan jalan ‘uzlah sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai
dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam,
ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”
Amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan tarbiyah
akidah menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu
dengan bersungguh-sungguh di dalam suasana ber‘uzlah dalam tempoh
tertentu. Riadah atau latihan kerohanian
yang berat ini dipimpin oleh pembimbing rohani atau shaikh mursyid
melalui kesungguhan dan kegigihan usaha menentang kehendak-kehendak nafsu
jahat, sifat-sifat tercela serta akhlak yang rendah dan hina supaya terhias
diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia.
1. Ijtihad
Para Tokoh Tasawuf Ke Atas Amalan
Zikrullah
Dua
peristiwa bersejarah (proses tarbiyah Akidah al-Quran dan pelaksanaan Syariat
Islam) di dua kota berbeza (kota Makkah
dan Madinah) menjelaskan bagaimana Nabi s.a.w. menyebarkan syiar Islam di zaman
yang awal itu. Ini juga memberikan bukti yang
jelas bahawa Islam didirikan di atas dua aspek agama yang
berbeza (syariat dan akidah) iaitu amalan zikrullah (Akidah al-Quran) dan
melaksanakan segala amal ibadat (Syariat Islam) yang tidak boleh dipisahkan
sama sekali.
Sebelum difardukan solat pada malam Israk dan Mikraj,
selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. dan umat Islam di zaman awal itu
melakukan dua amalan iaitu berzikir mengingati Allah dan membaca al-Quran
(tanpa mengerjakan amal ibadat yang lain). Sesudah hijrah, amalan rohani Islam
(berzikrullah) terus diamalkan selaras dengan pelaksanaan segala amal ibadat
yang difardukan seperti solat, puasa, haji, berjihad, mencari rezeki dan
lain-lain sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Quran. Jelas sekali amalan zikir mengingati Allah
secara berterusan menjadi asas untuk
menjana dan memperkasakan aspek rohani (hati) untuk meningkatkan
kualiti amal ibadat yang disyarakkan.
Wirid
dan berzikir mengingati Allah merupakan amalan yang mula-mula disyarakkan dan
paling banyak disebut di dalam al-Quran dan Sunnah, berbanding dengan apa jua
amalan lain. Lebih 60 ayat yang menyentuh amalan wirid dan amalan zikir
mengingati Allah, termasuklah ayat-ayat yang menggalakkan kebaikan dan hikmah
berzikrullah, ketinggian darjat orang yang berzikrullah, akibat buruk orang
yang tidak berzikrullah, zikir ism dhat, masa berzikrullah, kaedah dan
adab berzikrullah dan sebagainya lagi.
Dengan
kewafatan Nabi s.a.w., maka wahyu pun berakhir. Oleh itu, berbagai masalah umat
Islam kian bertambah yang menjadi faktor mendorongkan pintu ijtihad mesti
dibuka. Pengkhususan ilmu dan amalan Islam terpaksa dilakukan bagi memenuhi
keperluan umat Islam yang semakin lemah daya ingatan dan kefahaman mereka.
Impaknya, Islam yang asalnya satu, utuh dan lengkap, telah menjadi berpecah
hingga mewujudkan berbagai displin ilmu dan amalan yang khusus. Akhirnya
lahirlah golongan Fuqaha’ yang mengkhususkan ijtihad di bidang Fiqah,
golongan Mutakallimin (ahli Kalam) di bidang Tauhid, golongan Mufassirin
di bidang tafsir al-Quran, Muhaddithin di bidang Hadis, golongan Tasawuf
di bidang tarekat Tasawuf (amalan zikrullah) dan sebagainya.
Di
abad kedua dan ketiga hijrah, keempat-empat Mazhab Fiqah, iaitu Hanbali,
Hanafi, Malik dan Syafi’i telah wujud dan berpengaruh sehingga menjadi ikutan dan pegangan umat
Islam. Di abad yang sama, ijtihad golongan Tasawuf juga telah men- capai
kejayaan seiring dengan kejayaan ijtihad di bidang Fiqah dan berbagai
bidang ilmu dan amalan Islam yang lain. Jika Imam Ahmad bbin Hanbal (w. 241 H.)
mewariskan mazhab Hanbali, maka Shaikh Abu Haris al-Muhasibi (w. 243 H.),
seorang tokoh Tasawuf yang terkenal mewariskan tarekat Tasawuf Muhasibiyyah.
Beliau telah menghasilkan 27 kitab Tasawuf dan berbagai teori, konsep dan
istilah amalan rohani Islam (ilmu dan amalan zikrullah).
Menurut
Shaikh al-Hujwiri (w. 465 H.) dalam kitabnya, Kashful-Mahjub, di zaman
hidup beliau terdapat sebanyak sepu- luh aliran tarekat Tasawuf yang muktabar;
1. Al-Muhasibiyyah (dinisbahkan kepada Abu Harith
al-Muhasibi, w. 243 H.)
2. Al-Tayfuriyyah (dinisbahkan kepada Abu Yazid
al-Bustami yang berasal dari daerah Tayfur, w. 262 H.)
3. Al-Qassariyyah (dinisbahkan kepada Hamdun bin
Ahmad al-Qasar, w. 271 H.)
4. Al-Khurraziyyah (dinisbahkan kepada Abu Said
al-Khurraz, w. 279 H.)
5. Al-Sahliyyah (dinisbahkan kepada Sahal bin
Abdullah al-Tusturi, w. 285 H.)
6. Al-Hakimiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad
bin Ali al-Hakim al-Tirmizi, w. 285 H.)
7. Al-Nuriyyah (dinisbahkan kepada Abu Hassan
al-Nuri, w. 295 H.)
8. Al-Junaydiyyah (dinisbahkan kepada Abu
al-Qasim al-Junaydi al-Baghdadi, w. 297 H.)
9. Al-Sayyariyyah (dinisbahkan kepada Abu Abbas
a-Sayyar, w. 342 H.)
10. Al-Halafiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad
bin Haris, w. 371 H.)
Zaman
terus beredar, abad berganti abad, tarekat Tasawuf yang menjadi asas utama ilmu
Tasawuf terus menjadi popular, diminati dan berkembang. Berpuluh-puluh,
kalaupun tidak beratus-ratus aliran tarekat Tasawuf yang muktabar yang pernah
kita dengar, bukanlah hasil kerja sia-sia golongan juhala’
(golongan para jahil), tetapi semuanya adalah hasil ijtihad tokoh-tokoh
Tasawuf yang berwibawa, berdasarkan di atas dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah
yang jelas sebagai amalan yang disyarakkan.
Hakikatnya, segala amal ibadat
(Syariat Islam) seperti solat, puasa, haji, zakat, mencari rezeki, jihad dan sebagainya
lagi telah diijtihadkan oleh para ulama Fiqah hingga melahirkan empat
mazhab yang termaklum (mazhab Malik, mazhab Hanafi, mazhab Syafi’i dan mazhab
Hanbali). Semua ijtihad oleh para ulama itu
diterima dengan mudah dan diamalkan oleh seluruh umat Islam, tanpa
apa-apa bantahan. Sebaliknya, apabila wirid dan amalan zikir mengingati Allah
yang telah diijtihadkan oleh para ulama Tasawuf hingga melahirkan displin ilmu dan amalan
tarekat Tasawuf (zikrullah), ianya tidak mudah diterima oleh umat Islam! Oleh
itu, maka lahirlah Islam serpihan yang tertumpu
pada juzuk-juzuk tertentu (Syariat Islam) sahaja dan mereka tidak dapat
membeza dan menentukan pekara asas dan utama dalam agama (Akidah Islam) ini. Malah, salah faham terhadap Akidah Islam ini telah mengakibatkan
pelbagai bentuk atau versi akidah yang menyimpang. Malangnya, versi yang telah
disalahtafsirkan itu telah diamalkan dan diperjuangkan, dan ini menimbulkan
fitnah yang sangat besar terhadap kesucian agama ini.
Majoriti umat Islam masa kini tidak tahu dan tidak faham
mengenai ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (zikrullah). Apa yang mereka tahu,
tarekat Tasawuf adalah amalan sesat,
bukan ajaran Islam, bukan Sunnah Nabi s.a.w. Mereka sangat takut terhadap ilmu
dan amalan (tarekat Tasawuf) ini. Sesetengah ilmuwan dan bijak pandai Islam
pula menolak tarekat Tasawuf secara total. Tarekat Tasawuf tidak ada dalam kamus hidup mereka.
Malah, bagi mereka tarekat Tasawuf wajib
diperangi habis-habisan. Akhirnya, kalimah tarekat Tasawuf menjadi sangat
popular sebagai ajaran sesat, lagi menyesatkan. Kerana kejahilan mereka itulah
maka mereka menganggap diri mereka itu sebagai umat Islam yang sebenar, padahal
mereka itu telah tergelincir jauh dari
landasan akidah (al-Quran) yang hakiki.
2.
Nabi s.a.w Mentalkinkan Amalan Zikrullah
Hakikatnya, tarekat Tasawuf adalah disyariatkan
dalam Islam. Orang yang pertama beramal dengan amalan ini ialah Nabi s.a.w.,
diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu
telah digunakan oleh baginda dan para
sahabat r.a. Konsep tarekat Tasawuf itu sendiri pun telah dijelaskan dengan
begitu terang oleh baginda (s.a.w.).
Sayyidina Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. dengan
katanya:
“Ya Rasulullah ajarkan kepadaku
(satu) tarekat (jalan) yang paling dekat (untuk sampai) kepada Allah (hakikat
dan makrifahNya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah
dan yang paling afdal di sisi Allah.”
Kalimah atau perkataan al-Tariq
adalah jama’ takthir bagi perkataan al-Tariqah. Oleh itu,
Sayyidina Ali bermaksud agar Nabi s.a.w. mengajarkan satu tarekat (jalan) yang
paling dekat untuk sampai kepada hakikat dan makrifah.
Nabi s.a.w. menjawab permintaan Sayyidina Ali itu
dengan sabdanya:
“Ya Ali (jika engkau mahu satu
tarekat seperti yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah di atas engkau engkau
sentiasa kekal berzikrullah secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara
jihar (bersuara).”
Dari pertanyaan Sayyidina Ali dan jawapan Nabi
s.a.w. tersebut jelas sekali wujud istilah al-Tariqah dan
konsepnya iaitu sentiasa berzikrullah samada secara sir (dalam hati
tanpa suara) dan secara jihar (bersuara), dan inilah asas amalan tarekat
Tasawuf yang wujud dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia iaitu sentiasa
berzikrullah seperti itu.
Bila Sayyidina Ali mendengar jawapan Nabi s.a.w.
itu maka beliau seakan-akan kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata:
“Orang ramai telah berzikrullah
ya Rasulullah (ajarkan aku) sesuatu (amalan) secara khusus.”
Nabi s.a.w. segera bersabda:
“Pekara yang paling afdal yang
aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah” . Sekiranya
semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaaha
Illa Allah” itu berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya “La Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan
hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ada yang menyebut “La
Ilaaha Illa Allah.”
Sayyidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata:
“Maka bagaimanakah (caranya) aku
hendak berzikir?”
Nabi s.a.w. bersabda:
“Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu
dan dengarlah (baik-baik ketika) aku menyebut kalimah “La Ilaaha Illa Allah”
sebanyak tiga kali. Kemudian engkau sebutlah “La Ilaaha Illa Allah” tiga
kali dan aku akan menyemaknya. Kemudian Nabi s.a.w. melakukan (sebutan) “La
Ilaaha Illa Allah” itu dengan menguatkan suara.”
(Hadis musalsal ini berasal daripada
Sayyidina Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad
hasan)
(‘Isa ‘Abd. Al-Qadir, Haqaiq ‘An al-Tasawuf,
h. 84-85)
Dari hadis di atas kita dapat saksikan dengan terang
bagaimana Nabi s.a.w. telah mentalqinkan atau mengajarkan atau membai’ahkan
Sayyidina Ali amalan zikir tahlil lisan “La Ilaaha Illa Allah.”
Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang
diistilahkan sebagai zikir darajat iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan
cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai adab seperti sebelum berzikir,
selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan sebagainya.
Nabi s.a.w. juga pernah mentalkinkan zikir tahlil
secara beramai-ramai serentak. Ya’li bin Shaddad pernah menceritakan bahawa
ayahnya (Shaddad) pernah berkata:
“Kami sedang bersama-sama Rasulullah (s.a.w.),
baginda bertanya: Adakah di kalangan kamu ada orang asing? (seseorang ahli Kitab). Kami pun menjawab:
Tidak ada orang asing ya Rasulullah. Maka baginda pun menyuruh kami supaya
menutup pintu seraya bersabda: Angatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah “La
Ilaaha Illa Allah.”, Maka kami pun mengangkat tangan kami sambil kami
menyebutkan “La Ilaaha Illa Allah.”
Jelas sekali tarekat memang disyariatkan di dalam
Islam. Orang yang pertama beramal tarekat ialah Nabi s.a.w. diikuti oleh para
sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digu- nakan oleh
Nabi s.a.w. dan para sahabat. Konsep tarekat itu sendiri pun telah dijelaskan
dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).
Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang
diistilahkan dalam ilmu dan amalan tarekat Tasawuf dengan zikir darajat, kerana
amalan rohani Islam ini boleh meningkatkan ilmu, iman dan amal, dan ianya
dipelajari secara tertentu, diamalkan cara tertentu, dilengkapkan dengan
perbagai adab seperti sebelum berzikir, selepas berzikir, sedang berzikir,
sesudah berzikir dan dengan pimpinan shaikh mursyid dan sebagainya. Inilah yang
dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
“Dan berzikrullah
sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan
berzikrullah mu/zikir darajat). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk
dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”
(Surah
al - Baqarah, ayat: 198)
Definisi Ilmu dan Amalan Tarekat
Tasawuf
Definisi ilmu Tasawuf mengikut Kamus Dewan edisi
keempat (2007) adalah menuntut atau mengamalkan ilmu ‘uzlah (bersuluk)
iaitu ajaran atau jalan untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan
diri dengan Tuhan.
Tarekat
Tasawuf didefinisikan oleh para
tokoh Tasawuf sebagai jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati
melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di
jalan Allah itu. Oleh itu seseorang yang mengamalkan tarekat Tasawuf itu akan mendapat natijah bersih dan suci
hati dari berbagai kekotoran dosa dan berbagai-bagai unsur syirik, yang jaliy dan yang khafiy, maka orang tersebut akan
mencapai hakikat tasawuf. Dalam hubungan ini, sampai kepada hakikat Allah dan
keredaanNya itu adalah tasawuf (ihsan), sedangkan jalannya adalah
tarekat Tasawuf. Seseorang yang beramal dengan ilmu dan amalan tarekat
Tasawuf belum pasti ia dapat mencapai
hakikat tasawuf, dan seorang sufi itu adalah seorang ahli tarekat Tasawuf. Oleh itu, tarekat Tasawuf digunakan untuk merujuk kepada sesuatu aliran
zikrullah yang meliputi bai’ah yang mesti dilaksanakan oleh seseorang
murid/ salik yang mahu mengamalkan sesuatu aliran tarekat Tasawuf. Bai’ah
bermaksud talqin atau asuhan dan pengajaran oleh seseorang guru
(mursyid) kepada murid/salik itu cara-cara berzikrullah dan adab-adabnya.
Prinsip ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w.
ketika baginda mengajarkan zikrullah kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Mawlana Zakariyya al-Kandahlawi menegaskan
pendapatnya tentang tarekat Tasawuf
dengan katanya:
“Tarekat
Tasawuf itu yang sebenarnya merupakan nama (istilah) yang kedua bagi ihsan yang
disebutkan (dalam hadis) itu, atau tarekat Tasawuf itu ialah jalan yang
dengannya membolehkan seseorang itu mencapai sifat ihsan. Ihsan itulah (juga)
yang disebutkan (dengan istilah) Tasawuf atau ‘uzlah, atau namakanlah ihsan itu
dengan apa nama sekali pun. Nama-nama itu merupakan perkataan-perkataan yang
berlainan (sebutan nya) namun maksudnya adalah satu sahaja (serupa sahaja).”
Ahli-ahli Tasawuf
memang menganggap bahawa kedua-dua istilah itu adalah serupa maknanya.
Shaikh Abd. Al-Samad al-Palimangi menyebutkan:
“Dari hasil
perkataan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang bernama Jawahir al-Quran
bahawasanya ilmu tarekat Tasawuf dan suluk itu dinamakan ilmu tasawuf.”
Menurut Shaikh Muhammad Amin al-Kudry yang
menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ini dengan berkata;
“Tarekat
Tasawuf adalah satu bidang ilmu yang dapat mengenali kebaikan dan penyakit
hati, cara membersihkannya dari
sifat-sifat keji dan menghiasinya dengan cara bersuluk (ber‘uzlah) untuk
mencapai keredaan Allah S.W.T. dengan meninggalkan segala laranganNya dan
melaksanakan segala suruhanNya.”
Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan
atau wasilah yang menyampaikan keredaan Allah S.W.T. Jika tanpa tarekat Tasawuf
(jalan atau wasilah) ini, syariat tidak akan dapat memberikan manfaat
yang diharapkan kerana ia akan hanya menjadi kerangka atau tubuh badan yang
tidak bernyawa. Dr. Halim Mahmod, bekas
Naib Canselor Universiti al-Azhar, Mesir menjelaskan fakta ini dengan berkata;
“Sebaliknya
tarekat Tasawuf itu adalah satu bahagian agama yang penting/berharga. Kerana
agama tanpa tarekat Tasawuf akan menjadi kurang, agama kekurangan bahagiannya
yang sangat terpenting dan berharga iaitu dari aspek dasarnya yang asas sekali.”
Seorang ulama Tasawuf yang terkenal di kota Baghdad iaitu al-Imam
Shaikh Abu Qasim Junaid al-Baghdadi (w. 291 H.) menegaskan tentang keutamaan
berzikir mengingati Allah terus menerus bagi golongan Tasawuf berbanding tarbiyah akidah golongan ahli zahir menerusi bacaan
kitab-kitab agama semata-mata dengan katanya:
“Ketahuilah,
bahawa jalan tarekat Tasawuf adalah terlebih hampir kepada Allah S.W.T. kerana
mereka memperbanyakkan berzikrullah, sedangkan golongan Fuqaha lebih banyak mem- bicarakan masalah-masalah
agama.”
Shaikh al-Jurjani (w. 816 H) telah mendefinasikan
tarekat Tasawuf dengan katanya:
“Tarekat
Tasawuf itu ialah sirah (jalan kerohanian) yang khusus bagi orang-orang yang
berjalan menuju Allah yang (pasti) mengharungi berbagai-bagai rintangan dan
melalui peningkatan (rohani) dalam berbagai-bagai maqam.
Shaikh Najm al-Din Kubra (w. 618 H) pula
memberikan definasi tarekat Tasawuf dengan katanya:
“Dan
tarekat Tasawuf itu ialah melakukan
taqwa dan perkara-perkara yang dapat menghampirkan diri anda kepada Allah yang
pasti melalui berbagai rintangan dan berbagai makam.”
Beliau menegaskan tentang kedudukan dan hubungan
tarekat Tasawuf dengan syari’ah dan hakikat dengan katanya:
“Shari’ah
seperti kapal, tarekat Tasawuf seperti lautan dan hakikat itu seperti mutiara.
Sesiapa yang mahukan mutiara itu, ia (mesti) menaiki kapal, kemudian ia belayar
(mengharungi) lautan itu. Kemudian
barulah ia sampai kepada mutiara
tersebut. Sesiapa yang meninggalkan urutan (perjalanan) ini maka ia tidak akan
sampai ke mutiara itu.”
Dengan tujuan supaya dapat memperjelaskan lagi
konsep ketiga-tiga istilah shari’ah, tarekat Tasawuf dan hakikat tersebut. Shaikh Najm al-Din
Kubra telah memberikan beberapa contoh. Antaranya ialah mengenai ibadat solat. Menurut beliau ibadat solat dapat dibahagikan kepada tiga peringkat
tersebut. Solat di peringkat syariat ialah khidmat dengan mujahadah dan
melakukan rukun qawli dan fi’li; di peringkat tarekat Tasawuf
ialah rasa hampir (al-Qurbah) kepada Allah dengan melupakan yang lain dari Allah dan
menumpukan seluruh hati kepada Allah
semata-mata sambil melakukan munajat pada setiap masa, solat pada peringkat hakikat ialah sentiasa musyahadah
kepada keagungan dan kesempurnaan Allah
semata-mata. Oleh sebab itulah, maka Shaikh Najm al-Din Kubra
menyebutkan ringkasan pandangan setengah-setengah ulama mengenai ketiga-tiga
istilah tersebut. Katanya:
“Adalah
dikatakan bahawa syariat ialah anda memperhambakan diri kepada Allah, tarekat
Tasawuf ialah anda menghadirkan Allah di hati (sentiasa ingatkan Allah) dan
hakikat ialah anda saksikan (hakikat Allah) dengan mata hati.”
Dari kata-kata Shaikh Najm al-Din Kubra di atas
dapat kita lihat bagaimana tarekat Tasawuf
itu menjadi wasilah atau jalan atau jambatan yang menghubungkan antara
syariat dengan hakikat. Ini bermakna tanpa tarekat Tasawuf, maka syariat tidak akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Syariat yang dilakukan tanpa hakikat/akidah ibarat tubuh badan manusia
tanpa roh atau nyawa.
Mengenai hal ini Ibn ‘Ata‘illah menegaskan dengan
kata hikmahnya:
“Amalan-amalan
(ibadat) itu sebagai kerangka yang tegak sedangkan rohnya ialah adanya rahsia
ikhlas (zikrullah) dalam amalan-amalan itu sendiri.”
Al-Imam Shaikh Abu Qasim Junaid al-Baghdadi
menegaskan bahawa sumber ilmu dalam tarekat Tasawuf hanya dua sa- haja, al-Quran dan sunnah. Beliau
menegaskan perkara ini dengan katanya:
“Bahawa
sesungguhnya ilmu kami (tarekat Tasawuf) adalah terikat kuat dengan kitab
al-Quran dan sunnah. Orang yang mencela bahawa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf
tidak berasal dari syariat sebenarnya mereka itu memang kurang mendalam ilmu
syariatnya. Ini bukti menunjukkan dustanya orang yang mengira ilmu kami itu
terkeluar daripada batas syariat, baik pada masa sekarang atau yang lain.”
Shaikh Abdul Wahab al-Sya’rani seorang tokoh besar
Tasawuf terkenal di kurun ke 10 menjelaskan bahawa jalan tarbiyah golongan
ini lebih menumpukan pada ibadat yang berbentuk fardu dan sunnah dengan
katanya:
“Ilmu
Tasawuf adalah asas pengisian hati para wali Allah dan mereka sebagai wadah
sinarannya kerana pengamalan terhadap al-Quran dan Sunnah. Siapa saja yang
mengamalkan keduanya, maka hatinya akan tertuang ilmu-ilmu, etika-etika,
misteri-misteri dan hakikat-hakikat yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
Tasawuf tidak lain merupakan intisari pengamalan seorang hamba terhadap
hukum-hukum syariat.”
3.
Keutamaan Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf
Keutamaan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ialah
ilmu yang paling mulia sekali kerana ilmu itu ada kaitannya yang erat dengan makrifah
(mengenal) Allah S.W.T. dan kecintaanNya. Oleh kerana itulah ianya merupakan
ilmu yang paling baik atau paling afdal sekali secara mutlak. Sesungguhnya ilmu
dan amalan (tarekat Tasawuf) itu adalah menjadi roh bagi semua syariat dan
semua agama yang diturunkan dari langit.
Allah S.W.T. menjelaskan bahawa manusia hanya diberi sedikit pengetahuan tentang roh,
iaitu lebih khusus kepada ilmu dan
amalan zikrullah sebagai jalan tarbiyah akidah membersihkan pelbagai hijab hati supaya pandangan mata hati (basirah)
menjadi terang dan dapat musyahadah terhadap apa-apa yang Allah
kehendaki dan kurniakan kepadanya (darjat ihsan). Ia hanyalah sebahagian
kecil dari dari rahsia Ilahiyyah yang telah ditetapkanNya kepada manusia dari
alam malakut sebagaimana firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Mereka bertanya kamu tentang roh. Katakanlah roh itu adalah sebahagian
dari urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi pengetahuan kecuali sedikit.”
(Surah
al - Isra’, ayat: 85)
Namun begitu, meskipun sedikit
pengetahuan yang diberikanNya, ianya tidak menghalang manusia untuk terus
memikirkan dan merenungi (tafakur) tentang hakikat kewujudan roh pada diri
mereka, di samping adanya pengertian roh dari sudut fizikal sebagai unsur
rohaniah yang memberikan daya hidup kepada jasad manusia.
Dengan itu timbullah
pelbagai pendapat dalam kalangan tokoh Tasawuf
tentang hakikat roh itu sebagai kewujudan alam rohaniah pada diri
manusia. Selaras dengan kewujudannya sebelum jasad manusia diciptakanNya, roh
itu telah mengenal Tuhan Maha Pencipta secara langsung sebelum ditiupkan ke
dalam jasad manusia semasa dalam kandungan ibu. Selepas ditiupkan ke dalam
jasad manusia, roh itu terhijab kerana
terpengaruh oleh desakan nafsu dan pujukan syaitan yang menghalang mereka
daripada menerima petunjuk Ilahi. Maka dengan mengikuti proses tarbiyah akidah (berzikir dan mujahadah) dalam usaha memperbaiki berbagai-bagai sifat tercela, maka Allah S.W.T. akan
singkapkan pelbagai hijab yang menjadi tabir antaraNya dengan yang mencintainya
(berterusan berzikrullah). Ketika itu pandangan mata hati (basirah) akan
menjadi terang dan dapat musyahadah terhadap apa-apa yang Allah
kehendaki dan kurniakan kepadanya sebagaimana firman Allah S.W.T:
Maksudnnya;
“Allah
telah menurunkan perkataan yang paling baik (al-Quran) yang serupa (mutu
ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya semua kulit (semua
anggota) orang-orang yang takutkan Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang
kulit-kulit (semua anggota) dan hati-hati mereka itu ketika mereka mengingati Allah (berzikrullah).”
(Surah al-Zumar, ayat: 23)
Ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini merupakan kepasrahan
terus menerus untuk beribadat. Kepasrahan ritual ini men- jadikan golongan
Tasawuf mampu memahami dan menghayati
jenis-jenis etika yang memperindahkan
jiwa mereka. Mereka terus melaksanakan riadah dengan
memperbanyakkan berzikir mengingati
Allah dan bermujahadah memerangi nafsu bagi mencapai maqam-maqam kerohanian di
dalam ber‘uzlah. Malahan semua latihan amalan kerohanian itu sudah
menjadi kebiasaan dalam kehidupan
harian, sehingga terasa cinta atau
mendarah daging dengan sentiasa berzikir mengingati Allah dan
istiqamah berqiyamullail.
Mereka juga mewajibkan diri mereka sendiri dengan
kezuhudan khusus untuk mencapai sifat taqwa yang paling sempurna sehingga
terbuka hijab hati dan dapat makrifah serta dapat menguasai diri menentang berbagai-bagai kehendak hawa nafsunya dan
dapat pula mengukuhkan imannya dengan kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.
Orang yang zuhud tidak pernah diperhambakan oleh harta, sebaliknya
orang yang tidak memiliki sifat ini diperhambakan oleh harta benda duniawi.
Orang yang memiliki kesempurnaan hati tidak sekali-kali menyerahkan hidup
kepada yang lain selain Allah. Sedikitpun mereka ti- dak tunduk kepada harta,
kedudukan, pangkat atau apa jua yang selalu dikejar oleh ahli hubbud dunya (cintakan dunia). Malah,
sifat zuhud itu adalah kedudukan yang mulia dan merupakan martabat yang
tertinggi dan adalah langkah awal bagi seseorang hamba yang ingin menuju kepada
keredaan Allah S.W.T. sebagaimana yang telah diterangkan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadis yang bermaksud:
“Zuhud bukanlah bererti mengharamkan sesuatu yang halal atau
mensia-siakan harta. Zuhud itu mengandungi pengertian; hendaklah engkau
sepenuh-penuhnya percaya segala apa yang ada di tangan (kuasa) Allah melebihi
kepercayaanmu yang ada di tanganmu.”
Sifat zuhud
didefinasikan sebagai hati yang tidak tertarik atau dikuasai oleh apa jua yang
menjadi keseronokan nafsu atau kepentingan duniawi. Oleh sebab itu, maka
keadaan hati yang pasrah kepada Allah
dan kehidupan zuhud ini tidak boleh dianggap sebagai kemiskinan.
Seseorang itu mungkin kaya tetapi pada masa yang sama mereka juga merupakan
golongan yang zuhud. Para sahabat
seperti Abd Rahman bin Auf dan Usman bin Affan merupakan golongan hartawan
tetapi terkenal sifat zuhud yang mereka miliki. Begitu juga dalam kalangan umat
Islam masa kini terdapat orang yang bersifat zuhud dalam hidupnya, namun mereka
tetap bekerja seperti manusia biasa dan orang ramai tidak mengetahui bahawa
mereka adalah para zahid. Sebab, hati orang yang zahid tidak ada selain dari
Allah, walaupun dia memiliki kekayaan yang melimpah, sibuk dengan urusan duniawi dan mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hati dan perasaan mereka tidak
terbelenggu oleh kekayaan dan kedudukan yang disandangnya itu. Keperluan mereka
terhadap dunia sekadar hajat keperluan jasadnya iaitu keadaan hati yang telah
terbebas dari godaan hawa nafsu. Dia telah bebas dari mempertuhankan nafsunya.
Oleh itu, mereka berpegang kepada dunia sekadar diperlukan
untuk beribadat. Dalam masyarakat mereka tidak timbul dilema-dilema yang tidak
perlu seperti antara pembangunan atau kerohanian, dunia atau akhirat, teknologi
atau ingat mati dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan bagaimana
pedagang-pedagang Arab juga merupakan mubaligh yang berjaya menyam- paikan
syiar Islam ke Alam Melayu, benua Afrika, Indo-Pakistan dan lain-lain tempat di
seluruh pelusuk dunia dengan kesempurnaan akidah yang hakiki dan kekayaan
hartanya. Mereka ialah orang Mukmin yang dinamik yang berjaya mengaut dua
keuntungan, iaitu hasanah dunia dan hasanah akhirat.
Allah S.W.T. menjanjikan perubahan kepada
mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka,
iaitu hati (akidah). Allah menjanjikan
kejayaan dan kea- gungan umat Islam apabila mereka bersungguh-sungguh membuat
perubahan pada aspek (hati) itu seperti yang Allah nyatakan dalam firmanNya:
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Maksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang
ada dalam diri mereka.”
(Surah
al-Ra’d, ayat: 11)
Perubahan yang asas, utama dan terpenting ialah membaiki hati, iaitu
mencapai kesempurnaan akidah. Memperbetul hati menerusi berzikir dan mujahadah untuk memusnahkan
segala sifat keji (mazmumah) dan pelbagai hijab hati dibukakan oleh
Allah. Pelbagai hijab itu menjadikan hati
manusia mati (kesesatan) atau tidak berfungsi (tidak kenalkan
Tuhannya, Allah) dan tidaklah ada
peluang baginya untuk mendapatkan pandangan mata hati (basirah), maka
mereka akan tertarik kepada kejahatan dan maksiat.
Inilah jalan tarbiyah akidah yang
dilaksanakan Nabi s.a.w. ke atas para
sahabat dengan menumpukan perhatian
terhadap usaha memperbetul dan memperbaiki hati (menerusi berzikir mengingati Allah terus menerus dan bermujahadah
memerangi nafsu, iaitu ber‘uzlah). Baginda juga menjelaskan
bahawa baiknya seseorang manusia itu bergantung kepada baik hatinya dan jahat
hatinya dari berbagai-bagai penyakit batin yang tersem- bunyi itu. Baginda
bersabda yang bermaksud:
“Ketahuilah
bahawa sesungguhnya ada segumpal daging di dalam jasad (manusia) itu, apabila
ia itu baik maka baiklah seluruh jasad, bila ia rosak maka rosaklah jasad
keseluruhan. Ketahuilah, itulah hati.”
Seterusnya baginda menjelaskan bahawa tempat
tumpuan dan tilikan Allah terhadap
hamba-hambaNya ialah hati. Baginda s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak memandang kepada jasad kamu, tidak pula kepada rupa (zahir) kamu
tetapi Allah memandang terhadap hati-hati kamu.”
Oleh sebab baiknya keadaan manusia lebih banyak
bergantung kepada baik hatinya itu sendiri yang mana hati itulah asal atau
sumber bagi berbagai-bagai amalan zahir. Maka wajiblah manusia berusaha
memperbaiki hati mereka dengan membuang sifat tercela yang dilarang oleh Allah,
di samping menghiaskan hati itu dengan berbagai-bagai sifat terpuji yang
sememangnya diperintahkan oleh Allah. Apabila hati telah bersih dari berbagai-bagai
sifat tercela (mazmumah) dan dipenuhi pula dengan berbagai-bagai sifat
terpuji (mahmudah) serta berzikrullah terus menerus tanpa lalai, maka
baharulah hati itu menjadi baik, sihat sejahtera. Orang yang mempunyai hati
yang serupa inilah yang beroleh kejayaan yang sebenar dan abadi. Memang
benarlah firman Allah S.W.T.
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
M:aksud:
“Iaitu pada
hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang mengadap
Allah dengan hati yang sejahtera.”
(Surah
al-Shu’ara’, ayat: 88-89)
Ayat
al-Quran tersebut menunjukkan bahawa di akhirat nanti manusia yang mempunyai
penyakit hati tidak akan beroleh kejayaan dan malah tidak diterima oleh Allah.
Mungkin orang tersebut amalan zahirnya banyak, tetapi kerana berbagai-bagai
penyakit hatinya maka amalan-amalannya itu tidak diterima Allah. Oleh sebab
itulah maka para ulama Tasawuf
berpendapat bahawa berusaha mengubati penyakit-penyakit hati itu adalah
fardu ain. Al-Imam Jalal al-Din al-Sayuti, misalnya menegaskan dengan katanya:
“Adapun
mengetahui hati dan mengenali berbagai-bagai macam penyakitnya, seperti hasad,
ujub, riak dan sebagainya lagi. Imam Ghazali menegaskan bahawa mengenal dan
mengetahui hati dan bermacam-macam penyakitnya itu adalah fardu ain.”
Sememang tepat benarlah pandangan para ulama Tasawuf bahawa mengenal dan
mengetahui masalah hati dan berbagai-bagai penyakit itu fardu ain, kerana
terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. yang menunjukkan kewajipan
seseorang untuk membersihkan hati dari berbagai-bagai penyakit dan
perkara-perkara yang mengotorinya.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan
janganlah kamu dekati kejahatan-kejahatan yang zahir dan yang batin.”
(Surah al-An’am, ayat: 151)
Para
ahli Tafsir menjelaskan bahawa kejahatan-kejahatan yang batin itu ialah seperti
hasad dengki, riak, munafik, syirik, ujub, buruk sangka dan sebagainya lagi.
Berbagai-bagai penya- kit batin atau hati itu sahaja sudah cukup untuk
menggugurkan pahala amal ibadat seseorang, meskipun amalan-amalan itu terlalu banyak. Nabi s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
“Allah
tidak akan menerima amalan yang ada di dalamnya riak sebesar atom sekalipun.”
Allah
juga menjelaskan bahawa orang-orang yang mengerjakan solat yang lalai dan
yang riak merupakan orang-orang yang
mendapat kecelakaan dengan dimasukkan ke neraka (mak-
sud al-Ma’un: 4-6).
Al-Imam
al-Bajuri menyebutkan:
“Sesungguhnya
wujudnya berbagai-bagai sifat kedaifan batin yang disertai dengan usaha-usaha
memperbaiki amalan zahir adalah seperti memakai pakaian yang cantik di tubuh
badan yang berlumuran dengan berbagai-bagai kekotoran.”
Tentulah baju yang bersih dan cantik yang dipakai oleh orang itu turut
tercemar. Dengan itu bermakna amalan-amalan zahir turut rosak dan tidak
diterima oleh Allah S.W.T.
Menurut pandangan Shaikh Ibn Abidin bahawa kedua-dua perkara iaitu
mengetahui berbagai-bagai penyakit jiwa atau hati seperti ujud, hasad, riak,
takbur, kedekut, menipu daya, marah, bermusuh-musuhan, tamak, khianat, keras
hati, buruk sangka, panjang angan-angan keduniaan dan sebagainya lagi, dan
merawatnya adalah fardu ain hukumnya yang mesti dilakukan oleh seseorang
Islam. Kedua-dua aspek tersebut terdapat di dalam tarekat Tasawuf. Imam
Al-Ghazali menyebut di dalam kitabnya ‘Ihya ‘ulumal-Din’ bahawa tidak
ada seorang pun yang sunyi dari berbagai-bagai sifat yang merosakkan jiwa
tersebut. Menghapuskan sifat-sifat tercela itu adalah fardu ‘ain. Untuk
menghapuskannya pula tidak mungkin dapat dilakukan kecuali dengan jalan
mengetahui hakikat sifat-sifat mazmumah itu, sebab-sebab (wujudnya),
tanda-tandanya dan cara merawatnya. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui
penyakit-penyakit hati itu ia akan (mudah) terjerumus ke dalam lembah kejahatan
itu sendiri.
Shaikh al-Tantawi pula berkata:
“Kebersihan
zahir tidak akan berfaedah kecuali disertai oleh kebersihan batin iaitu sifat
ikhlas, bersih daripada sifat tipu daya, hasad dengki, irihati dan bersih
hati dari sesuatu yang lain daripada Allah. (Dengan keadaan suci zahir dan
batin itu) maka seseorang itu akan dapat mentaati Allah (kerana kasihkan) Allah
semata-mata, bukan disebabkan sesuatu tujuan atau sebab-sebab lainnya.
Malahan, ia akan menjadi orang yang benar-benar bergantung kepada Allah,
kerana Allahlah yang mengurniakan segala keperluannya yang sangat dihajati
sebagai belas kasihan Allah terhadap dirinya. Ia tidak akan diperhambakan
sesuatu yang lain daripada Allah dan tidak akan dikuasai oleh hawa
nafsunya."
Beberapa petikan mengenai pandangan beberapa tokoh Tasawuf yang disebutkan di atas sudah cukup untuk
meyakinkan kita tentang kedudukan dan kepentingan ilmu dan amalan tarekat
Tasawuf itu dalam Islam. Dapat kita
simpulkan bahawa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu merupakan asas yang terpenting bagi
Islam, sebagai nyawa bagi tubuh badan manusia layaknya. Jika tubuh badan
manusia tidak bernyawa ia tidak akan dapat hidup dan bergerak, maka begitulah
juga keadaannya orang beragama tanpa beramal dengan tarekat Tasawuf, sudah
pasti ia tidak akan mendapat hakikat penghayatan Islam yang sebenar (darjat
ihsan).
Bidang ilmu dan amalan ini di
peringkat awal dakwah akidah Nabi s.a.w. lebih dikenali sebagai ilmu al-Yakin,
ilmu al-Ikhlas, ilmu al-Hal, ilmu al-Batin, ilmu al-Qulub,
ilmu al-Ihsan, ilmu al-Tariqah,
ilmu al-Iman dan sebagainya lagi. Istilah tarekat Tasawuf pada zaman
Nabi s.a.w. dan para sahabat tidak digunakan dalam displin ilmu Tasawuf. Bagaimanapun,
doktrin ilmu tarekat Tasawuf, prinsip-prinsip, amalan-amalan rohani dan aspek-aspek lain yang penting dari ilmu
tersebut telah pun wujud. Oleh sebab pada zaman awal Islam itu (zaman Nabi
s.a.w., zaman para sahabat, tabi’in dan al-salaf segala-galanya masih utuh, lengkap dan
unggul, baik ilmu mahupun amalan yang zahir dan yang batin/rohani, maka zaman
tersebut tidak memerlukan berbagai-bagai istilah bagi menghurai dan
memperincikan ilmu dan amalan-amalan tersebut. Orang-orang Islam pada zaman awal
itu faham dan mengamalkan ilmu dan amalan Islam yang zahir dan yang
batin/akidah (sentiasa berzikrullah)
itu secara keseluruhan dalam bentuk dan konsepnya yang paling sempurna dan
ideal sekali.
Berhubung dengan fakta ini, Shaikh Abu al-Hasan al-Busanji (w. 348 H.)
menegaskan dengan katanya bermaksud:
“Tasawuf
pada hari ini ada namanya tanpa ada hakikatnya, padahal pada masa sebelumnya
(pada zaman Nabi s.a.w., sahabat dan
al-salaf) ada hakikatnya tanpa ada namanya.”
Kefahaman dan amalan mereka mereka itu meliputi hakikat Islam yang mudah
dan juga hakikat-hakikat Islam yang sukar dan sulit. Misalan amalan yang paling
mudah ialah pertanyaan seseorang apabila bertemu dengan seorang sahabat yang
lain: “Apa khabar tuan?” yang merujuk
kepada kesempurnaan akidah atau pandangan mata hati (basirah) ataupun
darjat ihsan. Pada zaman kemudian, misalnya pada zaman hidupnya Shaikh
Abu Talib Makki (w. 386 H.), umat Islam sudah tidak dapat memahami maksud
pertanyaan seumpama itu, mereka sudah menghubungkannya dengan berbagai-bagai
masalah kehidupan dunia. Oleh sebab itulah Shaikh Abu Talib Makki menegaskan
bahawa sesiapa yang bertanya kepada seseorang bermaksud untuk mendapat tahu
hal-hal keduniaan maka hukumnya adalah haram.
Dengan kata-kata lain, umat Islam di zaman awal Islam itu, terutamanya
para sahabat, lebih sempurna taqwa mereka, kerana lebih memahami hakikat Islam,
samada yang tersurat mahupun yang batin/akidah. Oleh sebab itu tidak hairan
jika para sahabat pernah mengingatkan para tabi’in dengan kata-kata mereka yang
bermaksud:
“Sesungguhnya
kamu mengetahui benar-benar amalan-amalan maksiat yang kamu pandang kecil,
sehalus rambut sahaja, tetapi kami pada zaman Nabi s.a.w. menganggapnya sebagai
dosa besar yang boleh membawa kecelakaan ke neraka.”
Kata-kata para sahabat itu bukanlah bermaksud bahawa maksiat-maksiat
yang membawa dosa kecil itu menjadi dosa besar, tetapi mereka bermaksud bahawa
hakikat iman kepada Allah yang
sebenarnya mestilah sentiasa membesarkan atau mengagungkan perintahNya,
apabila seseorang mukmin benar imannya, maka
mereka akan sentiasa memandang semua perintah dan larangan Allah penting dan besar belaka, kerana keagungan
Allah S.W.T. yang memerintah dan melarang itu berdasarkan firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
“Sesiapa
yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya (amalan itu) adalah
lahir dari sifat taqwa hati.”
(Surah al-Hajj, ayat: 32)
4.
Polemik Di Antara Golongan Ahli Zahir Dengan Golongan
Tasawuf
Polemik di antara golongan ahli
zahir dengan golongan Ta- sawuf tidak akan ada penyelesaian sehinggalah mereka
(ahli zahir) itu dapat memandang rahsia alam malakut menerusi pandangan mata hati (basirah).
Dengan itu timbullah berbagai persoalan dan fitnah yang timbul
terhadap jalan tarbiyah akidah golongan Tasawuf (berzikir dan mujahadah). Ini merupakan lanjutan dari polemik antara dua golongan ini yang telah wujud sejak berlalunya zaman khulafa
ar-rasyidin. Ini digambarkan oleh Ibn
Khaldun dalam kata-katanya:
“Kemudian,
sesungguhnya ramai dari kalangan ahli fiqah dan ahli fatwa bersungguh-sungguh
untuk menentang golongan ahli tasawuf yang kemudian itu mengenai
perkara-perkara yang disebutkan itu dan yang seumpamanya. Malahan mereka itu
bersungguh-sungguh mengingkari/menolak semua yang telah berlaku di dalam
tarekat Tasawuf itu. Pada hal yang sebenarnya kata-kata ahli tasawuf itu
mempunyai huraian dan maksud tertentu.”
Berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah dan lain-lainnya
yang terlalu banyak, maka kita sangat yakin bahawa polemik antara golongan ahli zahir dengan ahli Tasawuf atau
Sufiyyah ti- dak akan ada penyelesaiannya sehinggalah mereka (ahli zahir)
memahami benar-benar serta menghayati ilmu dan amalan tare- kat Tasawuf itu. Begitulah persoalan dan fitnah
seumpamanya itu atau yang lebih hebat lagi akan terus berlaku selagi golongan
ahli Kalam dan Wahabi itu tidak dapat memahami serta menghayati apa yang
sebenarnya mereka persoalkan itu sendiri. Sejarah beberapa tokoh/ulama
Fuqaha’ yang terkenal pada mulanya menentang ilmu tarekat Tasawuf begitu hebat, tetapi akhirnya dapat memahami
serta beramal dengan ilmu tersebut dapat kita jadikan bukti kenyataan tersebut.
Mengapakah kita tidak mahu mengikut jejak langkah ulama-ulama dahulu.
Imam Syafi’i seorang tokoh ulama Fuqaha
yang terkenal dan pengasas mazhab Fiqah yang mu’tabar (maz- hab Syafi’i)
sanggup belajar ilmu tarekat Tasawuf di
bawah bimbingan Shuban al-Ra’i, seorang shaikh yang ummi. Imam Al-Ghazali yang
sudah bergelar ‘Hujjatul Islam’ dan Shaikh ‘Izzuddin Abd Salam yang
sudah bergelar ‘Sultan Ulama’ sanggup turun menceburkan diri ke dalam
tarekat Tasawuf, diasuh dan dipimpin oleh shaikh mursyid. Shaikh Abd Wahab
al-Sya’rani yang juga merupakan ulama
besar Fuqaha di zamannya sanggup belajar di bawah pimpinan Shaikh Ali
al-Khawwas, seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.
Al-Sya’rani pernah mencatatkan sikap Shaikh ‘Izzudin Abd Salam sebelum
ditarbiyahkan dengan tarekat Tasawuf
dengan menyatakan:
“Setiap orang ada mendakwa ada
satu jalan menyampaikan kepada Allah selain daripada jalan kami tonjolkan ini,
sesungguhnya dia telah melakukan pendustaan terhadap Allah.”
Kenyataan tersebut mendedahkan sikap tidak akur
beliau terhadap kewujudan tarekat Tasawuf pada masa itu. Namun setelah beliau
berguru dengan Shaikh Abu Hasan al-Shadhili, beliau menyifatkan bahawa selama
ini “kami telah mensia-siakan umur kami dalam kehijaban.”
Sebab itu tokoh ulama khalaf yang terkenal,
Imam Shafi’i yang ditarbiyahkan
(tarbiyah akidah) dengan jalan ‘uzlah ini menyebutkan:
“Sesiapa
yang mahu Allah S.W.T. bukakan pintu hatinya (kesempurnaan hati) dan diberi
ilmu (secara laduni atau zawqi) maka wajiblah ia ber‘uzlah dan menyedikitkan
makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang
tidak ada keinsafan serta tidak ada adab (menafikan tarbiyah
ilmu dan amalan zikrullah).”
Selagi pemikiran ahli zahir itu terus
diselimuti dengan ilmu Akidah reka cipta
(ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) maka selama itulah mereka akan terus
diburu dan dihantui oleh sifat buruk sangka mereka sendiri, pada hal yang
sebenarnya kata-kata ahli Tasawuf itu
mempunyai huraian dan maksud tertentu. Kerana
itulah apabila golongan ahli zahir itu melihat keadaan dan suasana
pengamal-pengamal tarekat Tasawuf
berlainan sedikit daripada keadaan mereka dan bila mereka menemui
ungkapan-ungkapan di dalam kitab-kitab atau tulisan-tulisan Tasawuf yang kelihatan berlawanan dengan ilmu Akidah
reka cipta, maka mereka pun segera melatah dengan menggunakan perkataan yang
bukan-bukan terhadap tarekat Tasawuf dan pengamalnya. Sebenarnya, kebanyakan
ungkapan-ungkapan adab di dalam ilmu tarekat Tasawuf tidaklah boleh difahami
secara harfiyyahnya sahaja, tetapi ia perlu dirujuk kepada
keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh para tokohnya seperti yang
terdapat di dalam kitab-kitab Tasawuf
atau seperti yang telah diterangkan oleh para shaikh tarekat
Tasawuf itu sendiri.
Jika masalah tersebut dianalisa,
dijelaskan dan ditentukan hukumnya menerusi pemikiran sendiri seperti itu maka
kita tidak akan dapat jawapannya yang
tepat, tetapi jawapan yang salah dan menyimpang jauh dari hakikat kebenaran.
Jika kita menghadapi masalah-masalah mengenai hukum Fiqah, kita akan merujukkan
ke dalam kitab-kitab Fiqah; mengapa pula bila kita menghadapi masalah Tasawuf,
kita tidak mahu merujukkan ke dalam kitab-kitab Tasawuf?
Berbagai-bagai masalah dalam ilmu
tarekat Tasawuf terdapat dalam
kitab-kitab karangan mereka di atas. Malah, masalah Tasawuf yang
pada fikiran para ulama dan ilmuwan Kalam dan Wahabi pada hari ini
seolah-olah baru timbul dan perlu diselesaikan, sebaliknya apabila kita
telitikan dalam kitab-kitab itu, ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh ulama
dan ilmuan golongan (ahli zahir) ini sejak lebih seribu tahun lalu, dan telah
pun ada jawapan dan huraiannya oleh tokoh-tokoh Tasawuf dalam kitab-kitab mereka sejak zaman
itu. Hal
demikian menunjukkan bahawa pendirian para tokoh Tasawuf menjadikan berzikir dan mujahadah dengan
bersungguh-sungguh sebagai inti pati dalam tarbiyah akidah yang didasarkan
daripada al-Quran dan al-Sunnah itu adalah amat
penting untuk disebarkan dan diamalkan oleh seluruh umat Islam sedunia,
berbanding isu-isu yang telah lama selesai tetapi ditimbulkan semula hanya untuk memuaskan ego keintelektualan para ulama dan ilmuwan ah- li zahir masa
kini.
Para
ulama dan ilmuwan ahli zahir seolah-olah
sudah tertutup mata hati untuk menerima hakikat bahawa kesempurnaan hati yang
dicapai melalui riadah atau latihan kerohanian (ber- zikir dan
mujahadah) yang dilaksanakan oleh golongan Tasawuf memainkan peranan penting bagi membolehkan
seseorang Muslim mencapai makrifah (mengenal) Allah. Segala pedoman
ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ini
telah ditulis atau dibukukan oleh tokoh-tokoh besar tasawuf seperti Shaikh
al-Muhasibi (w. 243 H./828 M: al-Ri’ayah li Huquqi dan al-Wasaya), Shaikh Abu Talib
al-Makki (w. 386 H./971 M: Qut al-Qulub), Imam Al-Ghazali (w. 505 H./1111 M:
Ihya’‘Ulum al-Din dan Minhaj al’ Abidin), Shaikh Abd Qadir al-Jilani (w.562
H./1147 M. al-Ghuniyyah, al-Faith al-Rabbani dan Faith al-Ghaib), Shaikh
al-Hujwiri (w. 465 H./1050 M: Kasyf al-Mahqub), Ibn Khaldun (w. 808 H/1393 M:
Shifa’ u’s-Sail li Tahdhibi’l-Masail), Shaikh Abu al-Qasim al-Qusyairi (w. 465
H./1071 M: al-Risalah al-Qusyairiah) dan banyak lagi kitab-kitab Tasawuf yang
dihasilkan oleh tokoh-tokohnya sejak dahulu hinggalah ke masa kini.
Kitab-kitab ini terus memainkan peranan penting dalam usaha meyakinkan umat
Islam tentang kebenaran ilmu dan amalan
tarekat Tasawuf. Kitab-kitab ini juga merupakan sumber maklumat dan
rujukan yang sangat penting dan berharga sekali mengenai ilmu dan amalan
tersebut.
Di
samping itu, sesetengah para ilmuwan dan bijak pandai Islam yang menjadi
pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi ada membuat kajian mengenai tarekat
Tasawuf atau mengarah- kan pelajar mereka membuat kajian atau tesis mengenai
berbagai-bagai aspek ilmu dan amalan
(tarekat Tasawuf) ini, tetapi mereka dan para pelajar bimbingan mereka
bersikap tatabu’ semata-mata. Maksudnya, kajian mereka adalah
semata-mata untuk menonjolkan keburukan pengamal amalan (tarekat Tasawuf)
ini, dan ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf).
Sikap
tatabu’ adalah sikap ketua kaum Quraisy, seperti Abu Jahal, Abu Lahab
dan ramai lagi yang hanya memfokuskan fikiran mereka terhadap keburukan Nabi
s.a.w. dan tidak mahu melihat berbagai kebaikan baginda s.a.w. yang begitu
terang seperti terangnya sinaran matahari sebagaimana firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:
“...(Ya Muhammad) engkau nampak
orang-orang Quraisy itu memandang le arahmu. (Pada hakikatnya) mereka tidak nampak
(kebaikan kenabianmu).”
(Surah
al-A’raf, ayat: 198)
Sikap
tatabu’ inilah juga yang menyelubungi pemikiran golongan Orientalis
Barat terhadap Islam. Faktor tatabu’ inilah yang menutup rapat minda
mereka sehingga mereka hanya nam- pak keburukan Islam semata-mata.
5. Sejarah
Ketokohan Hujjatul Islam dan Hujjatul Tasawuf, Imam
al-Ghazali
Sejarah ketokohan Imam al-Ghazali
sebagai tokoh Fuqaha dan tokoh Tasawuf
yang terkenal seharusnya menjadi pedoman kepada golongan yang menafikan
kebenaran ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Pada zaman awal kemunculannya,
Al-Ghazali lebih dikenali sebagai tokoh Fuqaha yang terkenal di kota Baghdad,
sangat dihormati dan disanjungi oleh seluruh lapisan rakyat dan pemerintah
sehingga beliau dikenali sebagai “Hujjatul Islam”, beliau mengajar di
Madrasah An-Nazzamiyyah. Beliau sangat bijak, benar pandangannya, mempunyai
peribadi yang menakjubkan, kuat ingatan, pandangan yang mendalam, mampu
menyelami makna-makna/istilah-istilah ilmu dan amalan Islam dengan terperinci,
sehingga gurunya Al-Juwaini menyifatkan beliau dengan ungkapan “Al-Ghazali
adalah lautan (ilmu) yang dalam”.
Al-Ghazali menjelaskan tentang sifat dirinya yang sentiasa rindukan ilmu
dan dahagakan kepada kebenaran melalui kajian yang jauh dari taklid (ikut-ikutan). Kata beliau:
“Dari usia
remaja, berumur sebelum dua puluh tahun
sehingga sekarang berusia lebih lima puluh tahun, aku menjalani gelombang lautan yang dalam dan mengharungi kesulitan dengan semangat keberanian
bukannya sebagai pengecut atau penakut. Aku menjalani seluruh kegelapan,
merintangi seluruh kemusykilan dan menceburkan diri dalam seluruh kesulitan.
Aku meneliti akidah setiap kaum dan
menyelingkap seluruh rahsia mazhab setiap kaum untuk membezakan antara
yang hak dan batil, yang mengikut sunnah dan bid’ah.”
Jelas beliau lagi:
“Aku tidak
meninggalkan seorang ahli kebatinan melainkan aku suka mengetahui apa yang
tersembunyi dalam batinnya.
Dan tidak
meninggalkan seorang ahli zahir melainkan aku ingin mengetahui natijah dari
hujah-hujah ilmu kalam.
Dan tidak
meninggalkan seorang ahli falsafah melainkan aku suka mengetahui hakikat
falsafahnya.
Dan tidak
meninggalkan seorang ahli tasawuf melainkan
aku tamak untuk mengetahui rahsia kesuciannya.
Dan tidak
meninggalkan seorang ahli ibadat melainkan aku suka mengintai ke mana
kembalinya hasil ibadatnya.”
Menurut Taqiyudin As-Subki bahawa Al-Ghazali menghasilkan lebih
kurang dua ratus karya, di antaranya
‘Yaqut At-Ta’ mil fi Tafsir At-Tanzil’ yang dikatakan mengandungi ham- pir
empat puluh jilid. Beliau menghitung kitab-kitab yang dihasilkan oleh tokoh yang masyhur itu berjumlah lebih daripada lima puluh
kitab. Az-Zubaidi menghitung karya-karya
beliau dalam syarahnya bagi Al-Ihya’’ adalah lebih dari tujuh puluh buah kitab.
Dan Az-Zarkali menghitung kitab-kitab Al-Ghazali yang tercetak adalah sebanyak
dua puluh tiga kitab.
Orang ramai kagum dengan keindahan dan kesempurnaan perkataannya,
kefasihan lidahnya, huraian ilmu syariat yang terperinci dan mendalam. Beliau
belajar dan mendalami ilmu aga- ma dengan bersungguh-sungguh dan berijtihad
sehingga menguasai bidang ilmu agama seperti ilmu usul, fiqah, mantiq, falsafah, kebatinan dan sebagainya serta bangkit berdebat dan mengalahkan
golongan yang menyeleweng. Beliau banyak mengarang kitab-kitab dan meleburkan
perselisihan dalam kalangan ummah untuk membezakan antara yang hak dan batil,
yang mengikut sunnah dan bid’ah. Al-Ghazali tidak sama seperti ulama-ulama
lain yang hanya sekadar menghafal apa yang diterima, mengulangi dan menukilnya,
bahkan beliau adalah seorang alim yang aktif, ilmu yang diterimanya diteliti
dan diuji sejauh mana kebenaran dan kebatilannya. Oleh itu adakalanya beliau
menolak, merubah dan menjelaskan dan menghuraikan, sesungguhnya beliau
adalah ‘Tokoh Pembaharuan Kurun Ke 5’.
Al-Ghazali adalah tokoh agama yang mempunyai jiwa yang sentiasa rindukan
ilmu dan dahagakan makrifah (mengenal) Allah, tamak untuk mencapai
kebenaran melalui kajian yang jauh dari taklid (ikut-ikutan).
Begitulah sejarah Imam Al-Ghazali,
sebagai tokoh Fuqaha yang terkenal dan
disanjung oleh segenap lapisan masyarakat dan pemerintah di atas keunggulan,
kehebatan, pencapaian dan sumbangan beliau kepada agama. Sebaliknya, beliau sendiri berada di dalam
dilema di antara keyakinan akal
terhadap keesaan Allah menerusi hujah-hujah ilmu Syariat (pelbagai bidang ilmu
Islam) atau mencapai kesempurnaan hati menerusi
tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (ber‘uzlah, iaitu berzikir dan
mujahadah). Beliau akhirnya membuat keputusan meninggalkan kota Baghdad
menuju ke kota Damsyik untuk ber‘uzlah. Malahan proses
tarbiyah akidah ini telah memberikan pengaruh besar dalam peralihan total yang merubah
perjalanan hidupnya.
Beliau yang menjadi pensyarah kanan di Pusat Pengajian Nizamiyah di kota
Baghdad mengajar pelbagai bidang ilmu syariat, pada mulanya memang tidak
percaya terhadap kebenaran Tasawuf dan selalu mempertikaikan berbagai aspek
yang wujud di dalamnya dan menjelaskan sendiri hal tersebut dengan katanya;
“Pada
permulaannya, aku adalah (merupakan) orang yang mengingkarkan (perkara-perkara
yang berkait dengan) hal-hal orang-orang soleh dan maqam-maqam orang ‘ariffin,
sehing- galah aku berdampingan (belajar) dari shaikhku iaitu Yusuf al-Nassaj.
Shaikhku terus menerus menggalakkan aku untuk bermujahadah sehinggalah aku
dikurniakan berbagai warid.”
Fakta
ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan ulama
terutamanya ulama Kalam tidak
mengenali secara pasti ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu. Setelah Imam
Al-Ghazali mendalami ilmu dan amalan tarekat Tasawuf beliau benar-benar sedar
bahawa ilmu dan amalan itu telah lumpuh kalaupun ia tidak mati. Kerana itulah
maka beliau banyak mengarang kitab dan risalah mengenai tarekat Tasawuf yang
bertujuan menghidupkan semula ilmu yang telah mati itu. Ihya’ ‘ulumal-Din menjelaskan kepada
kita hasrat beliau yang sangat ingin menghidupkan semula ilmu yang telah mati
itu pada zamannya itu, agar pada masa kemudiannya ilmu tersebut dapat difahami
dan dihayati oleh masyarakat Islam.
Sejarah kecemerlangan kerohanian (al-Futuh) Imam Al-Ghazali dalam
praktik kesufian terhasil setelah
berguru dan berada di bawah pimpinan serta didikan seorang shaikh mursyid yang ummi, iaitu Shaikh Yusuf
al-Nassaj. Malah, beliau sanggup meninggalkan kota Baghdad yang memberikan jawatan, kemewahan dan
kemasyhuran untuk ber‘uzlah di Masjid Umawiy di kota Damsyik. Tempat (ber‘uzlah)
itu hingga sekarang ini di panggil Zawiyyah Ghazaliyyah. Imam Al-Ghazali
menjelaskan proses tarbiyah akidah (berzikir dan mujahadah) yang dilaluinya
dengan katanya:
“Kemudian
saya masuk ke Negeri Sham dan menetap di sana selama 3 tahun. Pekerjaan saya
hanyalah ber’uzlah, riadah dan bermujahdah. Berjuang sekuat tenaga melawan
nafsu dan kemalasan beribadat. Berusaha membersih diri, mendidik akhlak dan
membersih hati untuk berzikrullah, sebagaimana yang saya perolehi dari
pengajian tarekat Tasawuf. Saya beriktikaf terus menerus di dalam Masjid
Damsyik. Sepanjang hari saya naik ke menaranya dan tinggal di sana, lalu saya
tutupkan pintunya untuk diri saya sendiri.”
Daripada
fakta-fakta dan keterangan yang telah diberikan di atas mengenai proses
tarbiyah akidah yang dilalui Imam Al-Ghazali menerusi berzikir dan mujahadah,
maka dapatlah kita simpulkan bahawa mujahadah ini didorong oleh kemahuan dan
cita-cita untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar dan darjat yang tinggi di
akhirat. Imam al-Ghazali menegaskan bagaimana kedudukan dan kepentingan tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf
untuk membaiki kejahatan-kejahatan yang batin itu seperti rosak akidah (lalai
berzikir mengingati Allah), hasad dengki, riak, munafik, syirik, ujub, buruk
sangka dan sebagainya lagi yang boleh menggugurkan pahala amal ibadat
seseorang, meskipun amalan-amalan itu
terlalu banyak. Oleh itu seseorang itu
wajib mempelajari sebahagian sifat-sifat tersebut yang difi- kirkan perlu bagi
dirinya sendiri. Menghapuskan berbagai-bagai sifat tercela tersebut adalah
fardu ain.
Seterusnya Imam al-Ghazali
menegaskan tentang kebenaran tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf
untuk mencapai sifat taqwa yang sebenar dan akhlak yang mulia berbanding
tarbiyah akidah golongan ahli zahir. Kata beliau:
“Aku
sesungguhnya tahu dengan yakin bahawa para ahli Tasawuf itulah orang yang sebenar berjalan di jalan
Allah Taala. Keindahan cara hidup
mereka tidak ada bandingnya. Jalan mereka itu adalah yang paling benar,
akhlak mereka juga yang paling murni. Malah, jika dikumpulkan semua akal para
cendiakawan, kebijaksanaan ahli Falsafah dan pengetahuan alim ulama yang
menyelami rahsia syariat dengan tujuan hendak mengubah sedikit cara hidup dan
akhlak ahli Tasawuf dan diganti dengan sesuatu yang lebih baik, tidak akan
dapat mereka berbuat demikian. Ini disebabkan oleh gerak dan diamnya ahli
Tasawuf, sama ada zahir mahupun yang batin berpandukan cahaya yang terang
dari misykat kenabian.”
Abdul Ghafir Ibn Isma’il al-Farisi (w. 529H.), seorang imam di masjid
Nisabur yang hidup sezaman dengan Imam Al-Ghazali menjelaskan perubahan tokoh
Tasawuf itu setelah beliau menjalani
ibadat ber‘uzlah dengan katanya:
“Dan dia
menempuh jalan zuhud dan ibadat, meninggalkan kemuliaan, membuang darjat yang
dicapainya untuk menumpukan kepada amal ibadat untuk tujuan mencapai
ketaqwaan dan bekalan akhirat. Beliau meninggalkan apa yang ada pada dirinya
dan bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu, merubah akhlak dan memperbaiki
budi pekerti. Lalu ianya dapat meredakan kehendak hawa nafsu yang sentiasa
menuntut kedudukan dan pangkat serta berakhlak dengan akhlak yang tercela. Maka
berubahlah diri beliau kepada ketenangan jiwa, kemuliaan akhlak, berpakaian
dengan pakaian orang-orang soleh, pendek angan-angan dan bersiap sedia untuk
pergi ke tempat yang kekal.”
Selepas selesai ber‘uzlah, Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa pengajarannya dengan uslub, niat dan tujuan yang jauh
berbeza dengan sebelumnya. Kata beliau:
“Aku tahu
bahawa sekalipun aku kembali untuk menyebarkan ilmu maka aku tidak akan
kembali. Ini adalah kerana aku akan kembali melakukan semula perkara yang telah
berlalu. Pada zaman itu, aku menyebarkan ilmu untuk memperolehi kedudukan/pangkat. Aku menyerukan kepadanya dengan perkataan dan amalanku, dan
menurut maksud dan niatku. Sebaliknya, sekarang aku menyeru kepada ilmu yang
dengannya meninggalkan kedudukan/pangkat, dan dengannya diketahui jatuhnya
kedudukan/pangkat.”
Seterusnya beliau menjelaskan dengan katanya:
"Dan
aku ingin memperbaiki diriku sendiri dan
orang lain. Aku tidak tahu adakah aku
akan sampai kepada tujuanku, atau aku dibinasakan maksudku? Akan tetapi aku percaya dengan
yakin dan musyahadah (penyaksian)
bahawasanya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung. Bahawasanya aku tidak bergerak tetapi Dia yang menggerakkan aku. Aku tidak beramal tetapi
Dia yang menjadikan aku beramal. Maka aku memohon kepadaNya, agar mula-mula Dia
memperbaiki aku, kemudian memperbaiki denganku. Memberi hidayat kepadaku
kemudian memberi hidayat denganku. Agar memperlihatkan kepadaku kebenaran yang
nyata dan mengurnia kepada aku untuk mengikutinya, dan memperlihatkan
kepadaku kebatilan yang nyata dan mengurniakan aku untuk menjauhinya."
6.
Memerangi Nafsu Menjana Perubahan Sikap
Hati
ialah “raja” dalam kerajaan diri seseorang. Rajalah yang membuat keputusan dan
mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh “rakyatnya”. Nabi
s.a.w. dalam sepotong sabdanya menegaskan bahawa jika baik hati, maka baiklah
selu- ruh anggota badan dan begitulah sebaliknya. Namun “raja” (hati)
mendapat nasihat daripada “bendahara”nya. Bendahara dalam diri manusia ialah
akal. Akallah yang memberi input kepada keputusan dan arahan hati. Oleh itu,
tidak cukup hati sahaja baik, tetapi akal yang menasihatinya juga mesti baik.
Dalam diri manusia ada juga nafsu yang
sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Dengan desakan
hawa nafsu itu berlakulah segala
keganasan, kezaliman, ke- jahatan dan segala punca maksiat di muka bumi ini.
Jika tidak diperangi menerusi berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh,
nafsu akan mempengaruhi hati dan menguasai akal. Tegasnya, untuk seseorang
berubah mereka mesti melakukan riadah (latihan amalan kerohanian) untuk
pengendalian nafsu dan membersihkan sifat-sifat keji.
Kita perlu menyedari dan memahami hakikat
ini. Ilmu sahaja tidak dapat mengubah sikap manusia. Proses menanam ilmu
pada akal, mestilah diiringi dengan proses tarbiyah akidah untuk membersihkan
hijab hati (sifat-sifat keji). Ini kerana pengetahuan yang hanya berlegar di
akal sahaja tidak akan dapat mendorong melakukan perubahan jika belum ada
kemahuan untuk berubah dalam hatinya (“nur zikrullah”). Malah, kekuatan “nur zikrullah” lebih besar
pengaruhnya daripada kekuatan “pengetahuan” pada diri seseorang. Oleh itu
proses pembelajaran (menanam ilmu) mesti seiring oleh proses tarbiyah akidah
(penyucian jiwa, iaitu berzikir dan mujahadah) agar manusia bukan sahaja tahu
menilai kebaikan sesuatu perubahan tetapi mahu dan berkeupayaan melaksanakan
perubahan itu.
Keperluan akal perlu diisi dengan ilmu dan maklumat. Oleh itu seseorang
Muslim mestilah berusaha untuk memiliki ilmu sama ada yang berbentuk fardu ain
(ilmu Syariat dan Akidah al-Quran) mahupun ilmu yang berbentuk fardu kifayah
(akademik). Ilmu fardu ain sangat berguna untuk membentuk diri seseorang itu
menjadi seorang muslim yang Mukmin. Namun tidak cukup setakat itu, seseorang
muslim (Mukmin) mesti diberikan bekalan ilmu akademik yang secukupnya untuk
kejayaan dalam bidang-bidang kehidupannya. Antara ilmu di bidang ini ialah
matematik, sains, perubatan, kejuruteraan, akauntan, sains politik, ekonomi
dan sebagainya.
Jika ilmu agama (syariat dan akidah) membentuk
peribadi menjadi insan yang memilki khusyuk hati dan bertaqwa, ilmu akademik
pula akan membentuk anak-anak menjadi insan professional yang cekap dan
berkesan dalam bidang kehidupan. Kita tidak boleh meminggirkan salah satu
daripada cabang ilmu ini dalam memenuhi keperluan akliah manusia. Ilmu fardu
ain menjadi tunggak kesempurnaan akidah dan pembentukan sifat taqwa yang
sejati, dan di atasnya didirikan ilmu fardu kifayah yang menjadi teras
kehidupan bermasyarakat. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dari segi
pelaksanaan, walaupun boleh dibezakan dalam proses pembelajaran. Malahan,
kecenderungan pemimpin memberi ilmu tertentu dengan meninggalkan ilmu yang lain
akan membawa kegagalan dalam membina pemikiran rakyat. Ini kerana dengan
kedua-dua cabang ilmu tidak dapat dipisahkan dan jalan inilah tercapainya
kecemerlangan dunia dan akhirat.
Perubahan
tentulah menyakitkan pada peringkat awal. Pengetahuan dan kemahuan semata-mata
tidak akan mendorong umat Islam menjalani proses perubahan dengan kosisten dan
komited. Ada cabaran dalaman dan luaran yang pasti menghalang. Nafsu yang
suka lalai, malas, rehat, cenderung ke arah kejahatan dan maksiat ini jika
dibiarkan akan menghakis kesedaran dan kemahuan untuk berubah. Maka nafsu
inilah yang perlu diperangi dengan bersungguh-sungguh menerusi tarbiyah ilmu
dan amalan zikrullah. Oleh sebab itulah Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Dan
siapakah yang terlebih sesat dari orang yang mengikuti hawa nafsu dengan tiada
mendapat petunjuk dari Allah.”
(Surah
al – Qasas, ayat: 50)
Perubahan sikap pasti mengundang cabaran. Walaupun akal sudah tahu dan
emosi sudah mahu, kekadang manusia kalah juga kerana tidak mampu untuk kosisten
berubah. Ini kerana adanya nafsu yang sentiasa menipu akal dan menggoda emosi
untuk meninggalkan perbuatan yang baik. Di situ barulah kita tahu betapa
sukar dan susahnya berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan yang
datangnya dari syaitan dan nafsu sendiri. Godaan nafsu umpama “musuh dalam
selimut” di dalam diri manusia. Nafsu adalah musuh dalaman yang sangat
merbahaya. Ia umpama kuda liar yang jika tidak dipukul, dilatih dan dijinakkan akan sentiasa ganas dan menendang. Oleh itu, nafsu mesti diperangi menerusi
berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh. Memang benarlah firman Allah
S.W.T.:
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيل
Maksudnya:
“Apakah
kamu tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya,
apakah kamu menjadi pemelihara ke atasnya ataukah kamu mengira bahawa
kebanyakan mereka mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu kecuali seperti
binatang ternakan malahan lebih sesat lagi.”
(Surah
al - Furqan, ayat: 43 - 44)
Allah S.W.T.
juga berfirman:
وَلَقَدْ
ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ
لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ
آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ
أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya:
“Dan
sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka jahannam itu dari kalangan
jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami
ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda
kebesaran Allah, mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk
mendengar keterangan-keterangan ayat-ayat Allah, mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah al-A’raf, ayat: 179)
Melawan nafsu ini tiada garis penamat kecuali mati dan nafsu yang diberi
rahmat oleh Allah. Amalan rohani ini
melazimkan para pengikutnya bersungguh-sungguh untuk menunaikan runtunan
hidup selari dengan kehendak Allah dan
menolak kejahatan atau maksiat yang dimurkai Allah. Di peringkat awal tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf
sememangnya terasa berat dan menyakitkan untuk mengekang segala kehendak hawa
nafsu. Namun apabila seseorang terus menerus
berzikrullah dan bermujahadah dengan bersungguh-sungguh sehingga terbuka hijab
hati dan dapat makrifah serta dapat menguasai diri dan menentang
berbagai-bagai kehendak hawa nafsu dan dapat pula mengukuhkan imannya dengan
kehendak dan kekuasaan Allah
semata-mata.
Islam berjaya mengubah sikap manusia
kerana ia berjaya mengajar, mendidik, melatih dan memimpin akal, emosi, nafsu
dan hati. Nabi s.a.w. menggunakan kaedah tarbiyah akidah al-Quran atau perintah
Allah S,W.T. ini untuk mengubah sikap umat Arab jahiliah. Walaupun umat Arab
jahiliah ketika itu se- dang berdepan dengan kegawatan politik (perbalahan
sesama sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi dikuasai oleh orang Yahudi) dan
kegawatan sosial (rogol, minum arak, membunuh anak perempuan, sihir, judi, dan sebagainya), tetapi Nabi s.a.w. ber- jaya
menyelesaikan masalah mereka, dan mereka berubah menjadi bangsa yang bersatu
padu, kuat, berilmu, bermoral dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam pelbagai
bidang. Ini bermakna untuk mengubah sikap seseorang maka kita perlu mengubah
dan membaiki hati (akidah), akal (pemikiran), nafsu, dan emosi (kemahuan).
Punca
setiap ketaatan, kesedaran terhadap Allah, lembut hati untuk menerima kebenaran
dan musyahadah adalah sikap tidak reda terhadap kehendak hawa nafsu itu. Di dalam keadaan begitu, maka
tidak ada sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada seseorang itu selain dari
penyucian nafsunya. Nafsu itu dipandang dari sudut berbagai mujahadah terhadapnya adalah tujuh peringkat.
Pertama,
nafsu al-amarah iaitu nafsu yang sentiasa cenderung kepada tabiat
semulajadi tubuh badan, sukakan berbagai kelazatan, nafsu syahwat yang dihalang
oleh hukum syarak dan sentiasa menarik hati ke arah kehinaan dan kerendahan.
Nafsu
al-amarah inilah merupakan lubuk berbagai kejahatan, punca akhlak yang
tercela seperti takbur, cintakan dunia, hasad dengki, marah, bakhil dan
sebagainya lagi. Martabat nafsu yang serupa ini (an-nafs al-amarah)
adalah merupakan keadaan kebanyakan nafsu sebelum berbagai mujahadah dilakukan.
Keduanya, nafsu al-lawwamah iaitu jiwa yang disuluh dengan cahaya
hati sehingga ianya kadang-kadang tunduk kepada kekuatan akal dan
kadang-kadang ia menentangnya pula, ke- mudian ia akan berasa kesal serta
menyesali sikap jiwanya itu sendiri. Nafsu al-lawwamah inilah punca
penyesalan, kerana ianya masih merupakan punca hawa nafsu dan berbagai sifat
yang tercela itu.
Ketiga, nafsu al-mutmainnah iaitu nafsu yang disinari oleh cahaya
hati (‘nur zikrullah’) sehingga ia bersih dari semua sifatnya yang
tercela dan menjadi tenang menuju kepada berbagai sifat kesempurnaan (al-kamalat).
Maqamnya ialah permulaan bagi berbagai sifat kesempurnaan (al-kamalat).
Apabila seseorang salik meletakkan kakinya di makam tersebut maka ia dikira
sebagai orang ahli tarekat Tasawuf, sebab ia telah beralih makam tamkin (tetapi
hati dengan Allah). Orang yang berjiwa demikian (nafsu al-mutmainnah)
berkeadaan mabuk terhadap tarikan asma’ullah. Pada zahirnya kelihatan ia
bermuamalah dengan orang ramai, tetapi pada hakikatnya ia jauh dari mereka,
kerana jiwanya sentiasa bergantung kepada Allah sahaja.
Keempat, nafsu al-mulhamah iaitu nafsu yang telah diilhamkan
oleh Allah dengan ilmu, sifat merendah diri (at-tawaduk) puas hati dan
berpada dengan apa yang ada (al-qina’ah), pemurah dan sebagainya. Oleh
itu maka nafsu tersebut adalah merupakan sumber terbitnya sifat sabar, tahan
lasak dan syukur.
Kelima, nafsu ar-radiyah iatu nafsu yang telah reda terhadap
Allah sebagaimana firmanNya. Maksudnya:
“Dan mereka
itu reda terhadap Allah.”
Keadaan nafsu ar-radiyah ini ialah sentiasa tunduk menyerah (at-taslim)
kepada Allah dan merasakan lazat untuk berta’abbudi kepada Allah
S.W.T.
Keenam, nafsu al-mardiyyah iaitu nafsu yang direda oleh Allah.
Kesan keredaan Allah itu nampak dengan
jelas iaitu kemuliaan, ikhlas dan berzikrullah terus menerus. Pada peringkat
ini salik tersebut telah mendapat makrifatullah dengan sebenar-benarnya. Di
dalam nafsu al-mardiyyah inilah lahirnya tajalli af’al.
Ketujuh, nafsu al-kamilah iaitu nafsu yang telah sebati dengan
berbagai sifat kesempurnaan insan (al-kamalat) dan terus meningkatkan
sifat kesempurnaannya itu di samping ia mendorong sifat-sifat mereka. Maqam
nafsu al-kamilah ini ialah maqam tajjaliyat al-asma’ dan sifat.
Halnya ialah baqa’ billah, bergerak dengan Allah kepada Allah, kembali
dari Allah kepada Allah. Jiwa tersebut tidak mempunyai tempat selain dari
Allah, semua ilmunya didapati terus dari Allah.
Ketahuilah bahawa telah menjadi tabiat
semula jadi sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah, perpindahan darjat
seseorang salik dari satu maqam ke maqam yang lainnya yang lebih tinggi lagi
itu tidak boleh berlaku kecuali di bawah pimpinan mursyid yang ‘arif lagi
tahu tentang maqam-maqam perjalanan kepada Allah dan semua perkara (al-ahwal)
di dalamnya. Janganlah disangkakan bahawa jalan mujahadah memerangi nafsu (tazkiyatun-nafs)
itu semudah yang difikirkan oleh akal sahaja seperti yang disangkakan oleh ahli
falsafah dan orang-orang yang dipengaruhi oleh ajaran Brahmin dan lain-lain
golongan lagi yang bersifat jahil itu. Dalam kejahilan mereka yang membabi buta
itulah, mereka memperkenalkan sistem pembersihan nafsu mereka itu dengan berbagai
latihan (kerohanian) yang direka cipta
sehingga akhirnya mereka terhumban ke lembah kesesatan, kebinasaan dan berbagai
perkara yang sangat mengelirukan.
Mujahadah memerangi nafsu (tazkiyatun-nafs) sebenarnya adalah
seperti merawat penyakit fizikal juga. Sebagaimana penggunaan berbagai ubat
tidak boleh dilakukan oleh pesakit kecuali dengan nasihat doktor pakar yang
mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang rawatan penyakit, maka begitulah juga halnya dengan mujahadah memerangi nafsu (tazkiya- tun-nafs) itu
tidak boleh dilakukan kecuali dengan nasihat dan pimpinan seorang shaikh
mursyid yang mempunyai pengalaman di bidang tersebut.
Ketahuilah ada dua hijab bagi jiwa (an-nafs) itu, iaitu hijab nuraniyyah
dan hijab zulmaniyyah. Jalan pertama yang mesti ditempuhi oleh seorang
murid atau salik itu supaya ia berjaya dan dapat membersihakan hati dari
berbagai hijab ialah dengan bermujahadah memerangi nafsu itu, sentiasa
bersikap dan berpendirian menentangnya, dan menjauhkan diri dari runtunan
kehendaknya. Sebab, kehendak hawa nafsu itulah hijab yang terbesar sekali
yang mendinding antara seseorang dengan Tuhannya.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Musuh
engkau yang paling sengit sekali ialah nafsu yang terletak antara dua
lambungmu itu.”
(HR al-Baihaqi)
Nafsu
itu mesti ditegah atau dikendalikan dengan berlapar dan haus, dihinakan dengan
dipadamkan semangat bermegah dan rasa mulia, dikurangkan nafsu syahwat dan
ditundukkan di bawah telapak kaki orang yang semata-mata memandang akhirat,
dihancurkan nafsu itu dengan meninggalkan hiasan orang-orang kaya. Elakkan diri
dari kejahatannya dengan sentiasa buruk sangka terhadapnya dan
berjinak-jinaklah selalu dengan semua perkara yang tidak disukai oleh nafsu
itu, sehingga dalam sebuah syair Arab
dikatakan:
“Jagalah nafsumu, dan janganlah engkau merasa aman dari tipu dayanya.
Sesungguhnya nafsu itu lebih jahat daripada tujuh puluh syaitan.”
Sememangnya manusia terdorong dengan
desakan hawa nafsu ke arah kesenangan dan keseronokan duniawi yang memperdayakan, sentiasa leka dalam kelalaian dari berzikrullah dan tertarik melihat
perkara-perkara yang enak dan mengghairahkan. Nafsu itu sentiasa gemar kepada
sesuatu yang mendatangkan kenikmatan dan kesenangan, meskipun nikmat-nikmat
itu sedikit sahaja dan sementara sifatnya. Nafsu dengan sifat-sifat yang keji
sangat mempengaruhi jiwa seseorang, sehingga ia dapat mengabaikan
pertimbangan akal yang waras meskipun dia merupakan seseorang yang
berpendidikan tinggi atau ilmuwan Islam. Hal ini perlu disedari kerana sifat
nafsu itu apabila mengajak kepada maksiat atau kejahatan ia seperti haiwan
liar, apabila dalam keadaan marah bagaikan binatang buas dan apabila diajak
meng- hadapi musibah ia seperti anak kecil, sebaliknya apabila mendapat
nikmat ia sombong seperti Fir’aun sehingga dalam syair Arab dikatakan:
“Nafsu itu seperti khimar (keldai) yang hina, jika engkau beri makan
(kenyang) ia akan menendang orang dan kalau lapar ia berteriak-teriak.”
Tiada suatu yang mudah kecuali Allah permudahkan. Apabila kita
berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh nescaya Allah membuka jalan dan ruang ke arah mencapai
kejayaan sebagaimana firman Allah:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya:
“Mereka
yang berjuang kerana menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki
jalan Kami.”
(Surah al-Ankabut, ayat: 69)
Allah S.W.T.
juga berfirman:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
“Wahai
Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan di
akhirat.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 201)
Allah menjanjikan perubahan kepada
mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu
iaitu hati (roh), akal dan nafsu yang merupakan elemen dalaman manusia yang
bersifat rohaniah. Allah menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam
apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan kepada elemen-elemen di atas. Maka perubahan yang
terpokok, utama dan terpenting ialah kita mesti berubah secara proaktif
(dengan pilihan), bukan reaktif (dengan paksaan). Untuk berubah secara proaktif
perubahan mesti bermula dari aspek rohani (bermujahadah memerangi nafsu menerusi ibadat puasa). Amalan ini adalah selaras
dengan tarbiyah akidah yang sebenar (Akidah al-Quran) iaitu menerusi amalan
zikir dan mujahadah. Oleh sebab itulah maka Allah S.W.T. berfirman:
Bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang
ada dalam diri mereka.”
(Surah al-Ra’d, ayat: 11)
Dunia ini dijadikan Allah
hanyalah sebagai alat atau jalan
untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, bukan sebagai tujuan atau matlamat lain
manusia dijadikan khalifah di atas muka bu- mi. Rasa keagungan dan kebesaran
Allah SWT menguasai diri lalu terserlah
pula rasa penyerahan diri yang sempurna kepadaNya sahaja. Kehidupan
harian mereka diliputi dengan kekusyukan beribadat. Sesungguhnya Islam telah
menyimpulkan matlamat-matlamat manusia dalam satu matlamat, iaitu mencari
kere- daan Allah.
7. Proses
Bermujahadah Untuk Pengendalian Nafsu
Aishah r.a. menjelaskan episod bermulanya kehancuran umat Islam apabila
mereka ghairah memenuhi kehendak hawa
nafsu iaitu kenyang. Umat Islam masa
kini sudah menjadi pem- buru kebendaan atau kemewahan duniawi yang rakus dan pemuas hawa nafsu yang membabi buta. Amalan ini merupakan asas bermaharajalelanya
nafsu menguasai diri. Aishah r.a. berkata;
“Pertama
kali bida’ah yang terjadi sepeninggalan Rasulullah s.a.w. adalah kenyang.
Sesungguhnya kaum itu ketika kenyang perutnya, maka liarlah nafsunya menghadapi
dunia ini.”
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Hidupkanlah
hati kamu dengan kurang ketawa dan kurang kenyang dan bersihkanlah hati kamu
itu dengan berlapar, nescaya hati kamu itu jadi bersih dan lembut (mudah
menerima taufik dan hidayah.”
Oleh
itu dianjurkan supaya mengurangkan makan atau me- ngambil sedikit sahaja,
kerana amalan ini boleh mendatangkan kehalusan kepada hati, menimbulkan
ketajaman pada akal, mendatangkan kerendahan diri, melemahkan desakan nafsu
dan perasaan marah. Sebaliknya, banyak makan akan mengeruhkan hati dan
melembapkan pergerakan tubuh badan. Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Miqdam bin Ma’di Karib yang bermaksud:
“Tidak ada
suatu bekas yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih jahat dari perutnya.
Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan makanan, yang boleh menegakkan
sulbinya. Jika ia ingin berbuat demikian juga, maka hendaklah satu pertiga perutnya diperuntukkan untuk makanan, satu pertiga lagi untuk minuman dan satu
pertiga yang baki untuk pernafasannya.”
(HR
Imam Ahmad dan At-Tirmizi)
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang yang terlalu kenyang di dunia, akan terasa lapar pada Hari Kiamat.”
(HR Imam Al-Hakim)
Oleh
sebab itulah, memakan makanan secara berlebih-lebihan membawa kepada wujudnya
berbagai jenis kejahatan. Amalan pemakanan seperti ini mendorong kepada
anggota-anggota badan melakukan berbagai bentuk maksiat, di samping melemahkannya untuk beribadat dan memalaskannya untuk melakukan zikir dan
mujahadah.
Ternyata begitu banyak maksiat yang
berlaku berpunca dari
kekenyangan dan berlebih-lebihan dalam mengambil makanan. Berapa banyak
amal-amal ibadat terhalang disebabkan kekenyangan dan mengambil makanan
secara berlebih-lebihan. Orang yang menjaga perutnya bererti ia telah berjaya
mengelakkan satu kemudaratan yang besar ke atas dirinya. Faktor yang paling
besar yang membolehkan syaitan menguasai diri anak Adam, ialah di saat perut
mereka kekenyangan.
Di
sesetengah Athar, yang disebut oleh Imam al-Ghazali menjelaskan perlunya anak
Adam menyempitkan aliran darah, yang menjadi tempat laluan syaitan, dengan cara
berpuasa. Sese- tengah ulama al-salaf menjelaskan: Ada beberapa orang pemuda
yang beribadat dari kalangan kaum Bani Israil. Apabila tiba saat berbuka, salah
seorang dari mereka berpesan:
“Jangan
anda semua makan dengan banyak, nanti anda akan minum dengan banyak. Apabila
anda minum dengan banyak, anda akan tidur dengan banyak. Apabila anda tidur
dengan banyak, maka anda akan rugi dengan banyak.”
Nabi s.a.w. amat berhati-hati dalam soal makan.
Menurut riwa- yat dari Aisyah r.a. katanya:
“Nabi
s.a.w. tidak pernah kekenyangan apabila
memakan sesuatu makanan, semenjak berhijrah ke kota Madinah dari kota Makkah,
terutamanya roti yang dibuat gandum yang
halus, untuk tempoh tiga malam
berturut-turut sehingga baginda diwafatkan oleh Allah S.W.T.”
(HR
Imam Bukhari dan Muslim)
Mu’az bin Jabal berkata:
"Ada tiga
jenis perkara bila dilakukan akan membawa kebencian Allah S.W.T., iaitu
ketawa tanpa ada sesuatu yang menakjubkan. Tidur tanpa bangun solat malam dan
makan tanpa rasa lapar.”
(Imam
Ahmad dalam Az-Zuhud)
Kata Ibrahim bin Adham:
“Orang yang
berjaya mengawal perutnya bererti ia telah berjaya mengawasi agamanya. Orang
yang dapat mengawal rasa laparnya bererti ia dapat mengawal akhlak yang mulia.
Maksiat kepada Allah S.W.T. jauh dari
orang yang lapar tetapi dekat dengan orang yang kekenyangan.”
Wahab bin Munabbih berkata:
“Tidak
seorang pun dari Bani Adam yang amat disukai oleh syaitan sendiri kecuali orang
yang banyak makan dan tidur.”
(Imam
Ahmad dalam Az-Zuhud)
Shaikh Abu Qasim al-Qusyairi berkata:
“Asas pintu
tarekat Tasawuf adalah lapar. Ini adalah kerana mereka tidak menemukan sumber
hikmah melainkan pada rasa lapar.”
Sesungguhnya Allah telah
mengingatkan umatNya tentang fitrah
manusia yang dijadikanNya mencintai
nafsu yang sentiasa menyuruh
mereka melakukan kejahatan dan maksiat. Inilah ujian yang amat jelas ke atas
manusia sebagai khalifah di atas dunia untuk memilih siapa yang taat dan patuh
kepada perintahNya. Manusia yang mampu bermujahadah memerangi kehendak hawa
nafsu akan berjaya mencapai kesempurnaan hati. Malah, nafsu itu amat sukar
untuk ditundukkan kecuali dengan adanya suatu pendorong yang kuat (ber‘uzlah)
bagi memecahkan desakan hawa nafsu dan menakutkannya. Oleh itu, maka umat
Islam mesti benar-benar memahami hakikat bahawa segala jenis kemungkaran,
maksiat, kejahatan dan gejala negatif adalah berpunca daripada nafsu liar itu
seperti firmanNya:
Maksudnya:
“Kerana
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang
diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
(Surah Yusuf, ayat: 53)
Allah S.W.T.
juga berfirman:
Maksudnya:
“Dan Aku bersumpah dengan nafsu yang
tercela.”
(Surah al - Qiyamah, ayat: 2)
Allah S.W.T.
berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dihiasi
kepada manusia, mencintai nafsu seperti perempuan, anak-anak, harta benda yang
banyak umpamanya emas dan perak, kuda yang bagus (kenderaan) dan
binatang-binatang ternakan serta tanaman. Yang demikian itu buat kesenangan
hidup di dunia sahaja tetapi di sisi Allah ada sebaik-baik tempat,
iaitu syurga (orang-orang yang beriman dan beramal ibadat).”
(Surah Ali ‘Imran, ayat: 14)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya:
Maksudnya:
“Ketahuilah
oleh mu, bahawasanya hidup di dunia ini ialah permainan, perhiasan, bermegah-megah
antara kamu dan berlumba-lumba mengumpul harta dan anak-anak.”
(Surah al - Hadid, ayat: 20)
Dapat
disimpulkan bahawa intisari ayat-ayat Allah di atas benar-benar untuk menyedarkan
umat Islam tentang betapa rumit dan
sukarnya jalan mujahadah memerangi nafsu. Ini kerana aspek ini sentiasa menjadi pendorong kepada
manusia melakukan kejahatan atau
maksiat. Umat Islam perlu memahami hakikat kehidupan ini merupakan pertarungan
memerangi nafsu yang menjadi hijab hati untuk mencapai darjat yang tertinggi
(kesempurnaan hati) iaitu golongan orang-orang yang terbaik dan mendapat
keredaanNya, sebagai umat yang berjaya menghayati hakikat Akidah Islam yang
sebenarnya. Malahan mereka melakukan apa saja sahaja yang diperintahkanNya dan
menjauhkan segala yang dilarang dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Pertarungan ini sengaja Allah
jadikan untuk menguji manusia di dunia ini. Oleh sebab itulah Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
“Pernahkah
kamu melihat orang yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhan dan Allah
membiarkannya sesat...”
(Surah al-Jatsiyah, ayat: 23)
Allah S.W.T.
juga berfirman yang
bermaksud:
“Aku jadikan
mati dan hidup untuk melihat siapa yang lebih baik amalannya.”
(Surah
al-Mulk, ayat: 2)
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah
seseorang di antara kamu dikatakan beriman melainkan hawa nafsunya tunduk
dengan apa yang aku diutuskan.”
Oleh
itu seseorang yang beramal dengan amalan tarekat Tasawuf hendaklah sentiasa bermujahadah memerangi
kehendak hawa nafsu dan beristiqamah
untuk meningkatkan taqwa yang sebenar. Imam Al-Ghazali menegaskan
mengenai jalan muja hadah ini dengan berkata: “Tujuan dari ber’uzlah itu adalah jalan bermujahadah
memerangi nafsu supaya dapat mencapai sifat-sifat taqwa yang paling
sempurna.” Seseorang hamba Allah
itu sentiasa istiqamah (konsisten)
dalam bermujaha- dah pada zahir dan batin sehingga terbuka hijab hati
dan dapat menghampirkan diri kepada hadrat Allah (hati yang sentiasa mengingati Allah) dan mendapat keredaanNya.
Jalan mujahadah golongan Tasawuf lebih banyak digerakkan oleh dorongan hati (jadhbah)
untuk sentiasa menghampirkan diri kepada Allah dan keredaanNya. Mereka tidak pernah kenal
penat dan lelah, sehingga tidak menghairankan jika penampilan fizikal
golongan ini selalu ditandai dengan
wajah-wajah yang pucat dan lesu kerana kurang tidur malam untuk menumpukan
kepada zikir dan mujahadah, cekung matanya kerana banyak menangis
(beristighafar) dan berlapar (berpuasa). Mereka merupakan orang yang sangat
berdisiplin dalam memerangi kehendak hawa nafsu dan bersungguh-sungguh dalam
melangkah menuju rasa cinta (mahabbah)
Allah. Sebaliknya, orang yang suka berbicara atau menumpukan kepada hujah-hujah
atau diskusi-diskusi ilmu syariat (teori tauhid Wahabi dan pengetahuan ilmu
Fiqah) atau menghabiskan waktu lapang dengan sia-sia di siang hari ataupun
waktu malamnya pula banyak dihabiskan dengan tidur yang lena tidak mungkin
memiliki rasa cinta (mahabbah) Ilahi
yang sejati.
Oleh sebab itulah, maka rasa cinta (mahabbah) kepada Allah tidak datang sendiri ke dalam hati
hamba-hambaNya, tetapi memerlukan amalan zikrullah dan mujahadah yang berte- rusan di sepanjang
hayat dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan melalui peningkatan rohani
dalam berbagai-bagai makam kerohanian yang bertujuan menghampirkan diri kepada
Allah dan keredaanNya. Jika kerakusan nafsu
sudah dapat dikendalikan dan hati sentiasa menghayati Allah, maka rasa
cinta (mahabbah) Ilahi dapat
bersemadi dalam jiwa seseorang se-
hingga sampai kepada hakikat Allah dan
hakikat kehambaan dirinya iaitu dapat makrifah kepada Allah (kesempurnaan hati) seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Allah reda terhadap mereka
dan mereka pun reda kepadaNya.”
(Surah al-Bayyinah, ayat: 8)
FirmanNya lagi yang
bermaksud:
“Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya.
(Surah al-Maidah, ayat: 54)
8.
Prinsip-prinsip Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf
Ilmu
dan amalan tarekat Tasawuf mempunyai
prinsip-prinsip yang tersendiri sebagaimana berbagai-bagai ilmu lain di da-
lam Islam. Antaranya ialah:
1) Zikrullah, iaitu zikir darajat (darjat). Zikir yang ada
kaifiyat, peraturan dan adab-adabnya, adab sebelum berzikir, adab semasa
berzikir dan adab sesudah berzikir. Zikir darajat ini ialah zikrullah yang
ditalkinkan atau yang dibai’ahkan oleh shaikh kepada muridnya, seperti yang
dilakukan oleh para shaikh dalam berbagai-bagai aliran tarekat. Bai’ah
itu berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. ketika
baginda mengajarkan zikrullah kepada
Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. Dimaksudkan zikir darajat kerana seseorang
salik yang mengamalkan zikir darajat itu pengalaman rohaniahnya akan meningkat
dari satu darjat ke satu darjat yang lain. Tingkat zikir tersebut membayangkan tingkat-tingkat
perjalanan hati atau rohani orang yang berzikir itu sendiri. Dua jenis amalan
zikir yang dipraktikkan iaitu amalan lidah dan amalan hati. Amalan lidah
merujuk bacaan lisan, manakala amalan hati adalah merujuk sebutan dan ingatan
dalam hati.
Kebiasaannya, apabila berzikir
dengan lafaz Allah... Allah..Allah” dengan lidah disifatkan sebagai pembantu
hati atau pemudah cara untuk menjadikan hati me- nyebut nama Allah. Hal demikian
menunjukkan fokus amalan tersebut adalah di hati dan bukan di lidah. Kemudian
murid/salik tidak menyebut lagi lafaz Allah dengan lidah mahupun hati, bahkan penumpuan salik terhadap
hati turut lenyap kerana ketika itu tumpuan ingatan hati adalah hanya kepada
Allah semata-mata secara menyeluruh. Pada mereka, segala lintasan yang selain
Allah tidak sedikit pun dianggap sebagai penghalang bagi seseorang salik
untuk terus mengingati Allah. Namun, setelah tumpuan ingatan kepada Allah
menjadi kuat sehingga semua pancaindera tertumpu kepada makna lafaz Allah
semata-mata dan tidak lagi kepada
sebutan lafaz, ketika itu salik berkenaan mula dikatakan melangkah ke
peringkat muraqabah.
2) Mursyid atau shaikh, atau guru yang
mengajar, mendidik dan mengasuh zahir dan batin salik. Guru yang mursyid yang
mengetahui dan mampu menunjukkan jalan (kepada Allah) atau shaikh al-tarbiyah yang dapat memimpin muridnya
untuk meningkatkan berbagai-bagai maqam rohani dari tingkat ghaflah (lalai hati) kepada yaqazah (bangun dan sedar hati), dari yaqazah kepada hudur (hati yang semata-mata ingatkan Allah sehingga yang lainnya
hilang langsung dari hati dan ingatan).
Rasa kasih saying, rasa hormat, rasa taat
setia, rasa sangat memerlukan bombingan dan asuhan shaikhnya dan sebagainya
itulah yang mendorong seseorang murid itu sentiasa teringat dan
terbayang-bayangkan wajah shaikhnya itu. Itulah asas konsep rabitah yang
dianggap sebagai satu ciri amalan yang penting di dalam tarekat Tasawuf.
3) Himmah, iaitu gigih dan bersungguh-sungguh
menjalani jalan (Allah) ini seumur hidupnya iaitu cita-cita, tekad dan keazaman
yang kental supaya sampai kepada mar- tabat yang tinggi dan makam yang tinggi.
Seseorang murid/salik itu mestilah berzikir dan mujahadah dengan
bersungguh-sungguh, tahan menanggung apa juga kesu- sahan dalam mujahadah itu,
benar percakapan dan benar keyakinannya. Mujahadah itulah yang membuahkan hasil
dan menjernihkan akhir perjalanannya. Sesiapa yang semasa permulaan
perjalanannya bersinar cahayanya, maka akhir perjalanannya cahayanya bersinar
juga. Seseorang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan Allah dengan mengorbankan jiwanya, hartanya,
kemuliaan dan pangkatnya agar ia benar-benar sampai kepada hakikat ubudiyyah
dan dapat pula mentaati semua perintah Allah, maka akhir perjalanannya penuh
sinar, kerana sampai kepada Allah yang dicintai- Nya itu. Shaikh Abu ‘Uthman
al-Maghribi telah menegaskan perkara ini dengan katanya:
“Sesiapa
yang menyangka bahawa tarekat ini akan
dikurniakan kepada dirinya atau diberikan untuk dirinya sebahagian
daripadanya tanpa mengekalkan mujahadah maka ia adalah salah.”
Faktor-faktor yang mendorong kegigihan dan
kesungguhan mujahadah itu ialah niat yang benar, keyakinan yang benar dan hal
keadaan diri yang bersih. Niat yang benar itu ialah bahawa mujahadah itu
bertujuan untuk mencapai kesempurnaan hati/akidah semata-mata. Mujahadahnya
itu bukan untuk mendapatkan kekeramatan atau mendapat berbagai-bagai macam atau
darjat tertentu dan tidak pula untuk memenuhi berbagai-bagai kepentingan diri. Inilah intipati ajaran
tasawuf. Kasyaf batin, ilmu laduni
ataupun karomah bukanlah tujuan atau sasaran, juga tidak menjadi idaman para
murid/salik. Semua itu hanyalah merupakan pemberian Rabbani.
Seseorang murid/salik itu mesti yakin akan
kebenaran ilmu tarekat Tasawuf, yakin terhadap janji-janji Allah, yakin
terhadap asuhan dan pimpinan mursyid atau guru dan lain-lain. Jika ada sedikit
sifat riyak atau kurang yakin maka pandangan mata hati dan nur cahaya hidayat
yang ada dalam hati akan menjadi kabur dan malap. Mengenai hakikat ini Ibn
‘Ata’illah menyebutkan dengan kata hikmahnya: “Jangan anda sekali-kali syak terhadap janji Allah S.W.T., sekalipun
masanya telah sampai dan yang dijanjikan itu tidak berlaku, agar mata hati anda
tidak cacat dan nur (cahaya) hati anda itu tidak padam.”
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan
mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah dalam (jalan untuk makrifah) Kami,
nescaya Kami akan hidayatkan kepada mereka itu jalan-jalan (makrifah) Kami itu.”
(Surah
al-Ankabut, ayat: 69)
4) Ber’uzlah dan berkhalwah. Amalan yang memutuskan
hubungan dengan manusia dalam tempoh masa tertentu. Di samping meninggalkan
berbagai-bagai pekerjaan keduniaan dalam masa yang tidak lama supaya hati dapat
sunyi dari kesibukan hidup yang tidak akan habis-habis itu. Fikiran juga dapat
berehat dari berbagai-bagai beban harian yang tidak akan putus-putus itu.
Kemudian berzikrullah bersungguh-sungguh dan bermujahadah memerangi nafsu di
sepanjang malam dan siang. Amalan ini dilakukan dengan asuhan seorang shaikh.
5) Menjaga
adab. Adab ini meliputi adap terhadap Allah, terhadap mursyid, terhadap kawan,
terhadap diri dan juga terhadap orang ramai. Adab ini sangat penting dalam
tarekat sehingga ia dianggap anak kunci bagi membuka pintu, tanpanya bererti
seseorang salik itu tidak akan dapat menghayati ilmu tarekat Tasawuf yang sebenar. Malah, tanpa adab seseorang
itu tidak akan sampai ke matlamat perjalanannya (kesempurnaan hati/akidah).
Pertama menjaga hukum Allah dan sentiasa menjaga keagunganNya baik di tempat
sunyi atau di tempat ramai. Kedua, menerima dan mengakui sesuatu perkara atau
kejadian seperti yang ada atau berlaku dengan pe- nuh keredaan. Ianya
ditentukan oleh Allah dan berlaku
mengikut kehendak dan kekuasaan Allah. Sentiasa mengekalkan matlamat
perjalanannya kepada Allah dan mendapat keredaanNya agar rohaninya sentiasa
naik meningkat ke darjat makrifah yang sebenar (darjat ihsan).
9. Peranan
Shaikh Mursyid
Sudah
menjadi satu tradisi dalam bidang Tasawuf bahawa ilmu dan amalan yang telah
diterima para murid/salik daripada shaikh mereka adalah menerusi pertalian suhbah
(perguruan) yang terjalin antara mereka. Ilmu dan amalan yang diterima melalui proses suhbah
kebanyakannya adalah berbentuk amali dan bukan secara teori atau melalui
pembacaan kitab-kitab. Malah lebih dari itu, mereka menyifatkan ia merupakan
suatu peng- hayatan langsung yang perlu diceduk secara terus dari diri pemi-
liknya dan ia bersambung menyambung dari satu tangan ke satu tangan sampai
kepada Nabi SAW. Oleh demikian, hal dan rasa keimanan, keyakinan, kesabaran,
kesyukuran dan sebagainya yang dihayati oleh Nabi s.a.w menerusi cara demikian
dapat dipindahkan kepada para sahabat, tabi’in dan generasi berikutnya sampai
kepada mereka. Jika begitu, apa yang dimaksudkan oleh mereka itu sudah pasti
tidak dapat dicapai menerusi catatan atau kata-kata sahaja. Sebaliknya, ia
perlu kepada satu proses suhbah (berdampingan dengan guru) beberapa
ketika sehingga pelbagai sifat terpuji dapat diterapkan dalam diri pula.
Elemen guru atau mursyid adalah asas yang penting dalam zikir Ism
al-Dhat kerana tanpa berbai’ah atau
menerimanya daripada seseorang guru, seseorang tidak mampu menjadikan amalan
tersebut sebagai suatu instrumen yang mendidik kerohaniannya merentasi
pelbagai tingkatan iman (al-muqamat).
Apabila diteliti, kenyataan
al-Qushayri di dapati dengan tegas
menyifatkan kewajipan berguru bagi seseorang murid yang ingin sampai mengenal
Allah ke peringkat ihsan. Manakala kesimpulan pelbagai kenyataan
al-Ghazali pula bahawa memasuki tarekat Tasawuf di bawah kepimpinan seorang shaikh ada- lah
fardu ‘ain bagi setiap muslim kerana setiap individu mungkin tidak terlepas dari
pelbagai penyakit hati kecuali para nabi. Begitu juga Ibn ‘Ata’illah dalam hal
ini mengambil sikap yang sama menyatakan kemestian kepada setiap individu
mencari seorang shaikh bagi membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit rohani
bermula dari sifat mensyirikkan Allah, munafik, ujub, riak, takbur dan banyak
lagi sifat tercela yang tidak mungkin seseorang itu mampu menanganinya
bersendirian.
Oleh
kerana soal penyakit hati dan pelbagai lagi masalah kerohanian merupakan satu
pekara yang rumit serta tidak mudah ditangani oleh individu secara bersendirian
berdasarkan penga- laman yang mereka tempuhi. Oleh itu, mereka mengambil pendirian mewajibkan setiap individu mencari seorang guru yang mahir tentang hal
ehwal berhubung kait dengan sifat-sifat hati, sebagai pembantu dalam
menyempurnakan tuntutan Islam terhadapnya. Mengambil contoh al-Ghazali dan
Ibn ‘Ata’illah pada peringkat awalnya, kedua-dua mereka mengingkari atau
ragu-ragu terhadap perjalanan para tokoh tasawuf di zaman masing-masing. Keadaan
demikian perpanjangan sehingga mereka dikurniakan Allah bertemu dengan shaikh
mursyid yang memberi bimbingan dalam proses tarbiyah rohani mereka.
Abd.
Wahhab al-Sha’rani dalam hal ini pernah dilaporkan berkata:
“Sekiranya perjalanan ahli
Tasawuf mampu dicapai oleh seseorang menerusi kefahaman tanpa seorang shaikh,
sudah pasti tokoh-tokoh seperti Hujjah al-Islam al-Imam al-Ghazali dan Shaikh
‘Izz al-Din bin Abd al-Salam tidak perlu untuk mengam- bil adab (berguru) dari
seorang shaikh mursyid. Sedangkan sebelum memasuki tarekat Tasawuf
(berdamping dengan shaikh mursyid) mereka berdua pernah berkata: “siapa yang
mendakwa masih ada jalan untuk sampai kepada Allah selain daripada apa yang
telah kami miliki, dia sesungguhnya telah melakukan suatu pendustaan terhadap
Allah S.W.T.” Setelah memasuki dalam tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf
(zikrullah) mereka (dengan insaf) berkata: “sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur dalam kehijaban.”
Shaikh al-Jurjani (w. 816 H) menjelaskan shaikh mursyid sebagai doktor
rohani yang ‘arif mengenai ilmu berkaitan dengan berbagai-bagai penyakit hati
dan cara-cara merawatnya dengan katanya:
“Doktor
rohani itu ialah shaikh yang ‘arif tentang ilmu perubatan yang tersebut itu,
iaitu ilmu mengenai sifat-sifat kesempurnaan hati (manusia), berbagai-bagai
perkara yang merosakkan atau yang membahayakan penyakitnya, berbagai-bagai
ubat-ubatannya, cara menjaga kesihatannya dan keseimbangan hati, dan doktor
tersebut boleh memberikan asuhan hati dan menyempurnakan asuhan hati itu
sendiri.”
Tarbiyah ini memerlukan pembimbing rohani atau shaikh mursyid bagi menunjukkan jalan
benar memandangkan jalan-jalan yang menuju ke arah kesesatan banyak dan mudah
pula diamalkan. Mengenai fakta ini Imam Al-Ghazali menjelaskan dengan katanya;
“Seseorang
murid memerlukan guru (pembimbing rohani) yang boleh di ikuti, agar guru itu
akan menunjukkan jalan benar. Sesungguhnya jalan agama itu samar dan jalan-jalan syaitan pula terlalu
banyak dan mudah pula. Sesiapa yang tiada guru memimpinnya, maka syaitanlah
yang memimpin ke arah jalan-jalannya. Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah
yang bahaya tanpa orang yang menjaga keselamatannya, sesungguhnya ia telah
membahayakan dirinya sendiri dan membinasakannya. Orang yang bersendirian tanpa
shaikh itu adalah seperti pokok yang tumbuh sendiri, yang pasti akan mudah
mati, jika pokok tersebut terus hidup dan berdaun rimbun, ia tidak akan berbuah. Maka orang yang mengawasi murid itu ialah shaikhnya. Maka hendaklah murid
itu berpegang teguh terhadap shaikhnya itu.”
Shaikh ‘Izzu’Din bin Abd al-Salam yang digelar ‘Sultan al-Ulama’ juga
dilaporkan menyatakan sikapnya setelah menemui shaikhnya dengan berkata: “Aku tidak
dapat memahami makna
kesempurnaan Islam kecuali setelah
berdamping diri (berguru) dengan
Shaikh Abu Hassan al-Sadhili dan aku meredainya (sebagai guruku) .”
Begitu juga Imam al-Shafi’i, pengasas Mazhab Shafi’i yang terkenal juga
ditarbiyahkan (asuhan hati) oleh shaikh yang ‘um- mi’ iaitu Shuban
al-Ra’i dan Imam Ahmad Hanbali pula
sentia- sa menghadiri majlis ilmu Abu Hamzah al-Baghdadi, seorang tokoh tarekat
Tasawuf yang terkenal di kota Baghdad.
Bayangkan bagaimana tokoh-tokoh agama yang besar dan terkenal masih memerlukan
shaikh mursyid sebagai shaikh tarbiyah untuk memimpin rohani mereka meskipun
ilmu syariat mereka luas, maka orang lain darinya seperti kita semua tentulah
lebih utama memerlukan pimpinan dalam perjalanan amal kita supaya sempurna tarbiyah (asuhan hati)
kita. Juga menjelaskan kepada kita
bahawa walau seluas mana ilmu Syariat yang dilonggokkan atau ilmu yang
dihafalkan, namun ianya tidak akan dapat
membersihkan hati dari sifat-sifat keji
kecuali melalui jalan bermujahadah memerangi nafsu (ber‘uzlah) dan
memperbanyakkan berzikir mengingati Allah. Ini adalah kerana hati dan nafsu
adalah bersifat rohaniah yang tidak mampu ditarbiyahkan oleh segala bentuk atau aktiviti ataupun program yang bersifat
lahiriah. Inilah yang berlaku di dalam sejarah Imam Al-Ghazali sebagai tokoh
Fuqaha dan tokoh Tasawuf yang terkenal. Beliau
berada di dua persimpangan yang amat berbeza di antara tarbiyah akidah menerusi ilmu dan kefahaman agama
pelbagai bidang (pendalilan akal)
berbanding tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (kesempurnaan hati).
Shaikh Dr Abd al-Halim Mahmud menjelaskan tentang para ulama tasawuf
sangat menitik beratkan tentang salasilah telah menegaskan fakta ini dengan
katanya:
“Dalam
Tasawuf mestilah ada satu syarat yang terpenting iaitu kesan rohani, atau
dengan kata-kata yang lebih tepat lagi ialah keberkatan. Keberkatan itu tidak
akan sampai kecuali dengan wasilah/perantaraan shaikh. Dari sini maka timbullah
salasilah. Salasilah itu (sebenarnya) tidak lain dari berbagai-bagai keberkatan itu, yang berpindah dari seseorang shaikh kepada seseorang murid.”
Beliau menjelaskan lagi tentang pentingnya mencapai keberkatan atau
kesan rohani tersebut dengan katanya:
“Mesti ada
perhubungan dengan salasilah yang benar sah. Kerana, sesungguhnya keberkatan
yang akan dicapai dari ada- nya persambungan salasilah yang benar-benar sah itu
menjadi syarat yang pokok/asas (bagi ilmu Tasawuf), kerana tanpa salasilah
tersebut seseorang itu tidak akan mencapai satu darjat pun dari berbagai-bagai
darjat Tasawuf; sekalipun darjat permulaan (yang paling rendah) dalam Tasawuf
itu.”
Dengan tujuan untuk menguatkan lagi hubungan salasilah tersebut, supaya
keberkatan atau kesan rohani itu dapat melimpah ke atas rohani murid, maka
murid akan melakukan tawassur kepada semua para shaikh yang terdapat dalam
salasilah itu. Misalnya dengan memberi salam kepada mereka pada masa hendak
memulakan amalan zikrullah, membaca surah al-Fatihah, mendoakan mereka pada
akhir amalan tersebut dan sebagainya.
Sebaliknya jika salasilah shaikh itu tidak mutassil atau tidak
bersambung-sambung hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. berertilah terputus
keberkatannya. Shaikh Muhammad Amin al-Kurdi menegaskan fakta ini dengan
katanya:
“Maka,
sesiapa yang salasilahnya tidak bersambung sampai kepada hadrat Nabi s.a.w.,
sesungguhnya ia terputus dari limpahan rohani itu dan ia bukanlah waris
Rasulullah s.a.w. (yang sebenar).”
Oleh
sebab itu jugalah maka dalam adab murid kepada shaikhnya dimestikan supaya
murid itu benar-benar menghormati shaikhnya, mengasihinya, selalu
berdampingan dengannya, selalu membayangkan rupanya di ruangan mata hatinya (rabitah),
selalu membantunya, selalu sedia berkhidmat kepadanya dan sebagainya lagi. Semua
kewajipan tersebut bertujuan supaya mudah mendapat keberkatan atau kesan rohani
itu. Oleh itu, para murid diwajibkan supaya sentiasa sedar bahawa keja- yaan
perjalanannya kepada Allah itu adalah
kerana keberkatan shaikhnya yang bersambung-sambung hingga sampai kepada Nabi
s.a.w.
Maka
jelas sekali bahawa semua aliran tarekat Tasawuf yang terdapat dalam Islam
(yang mu’tabar) adalah berasal daripada Nabi s.a.w., bukan sesuatu
yang baru dicipta oleh tokoh-tokoh tarekat itu sendiri. Oleh itu ia bukanlah
sesuatu yang bid’ah, tetapi adalah sunnah Nabi s.a.w. yang terus-menerus
dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam. Shaikh Dr Abd al-Halim Mahmud
menjelaskan tentang para ulama tasawuf sangat menitik beratkan tentang
salasilah telah menegaskan fakta ini dengan katanya:
“Dalam
Tasawuf mestilah ada satu syarat yang terpenting iaitu kesan rohani, atau
dengan kata-kata yang lebih tepat lagi ialah keberkatan. Keberkatan itu tidak
akan sampai kecuali dengan wasilah/perantaraan shaikh. Dari sini maka timbullah
salasilah. Salasilah itu (sebenarnya) tidak lain dari berbagai-bagai keberkatan itu, yang berpindah dari seseorang shaikh kepada seseorang murid.”
Beliau menjelaskan lagi tentang pentingnya mencapai keberkatan atau
kesan rohani tersebut dengan katanya:
“Mesti ada
perhubungan dengan salasilah yang benar sah. Kerana, sesungguhnya keberkatan
yang akan dicapai dari ada- nya persambungan salasilah yang benar-benar sah itu
menjadi syarat yang pokok/asas (bagi ilmu Tasawuf), kerana tanpa salasilah
tersebut seseorang itu tidak akan mencapai satu darjat pun dari berbagai-bagai
darjat tasawuf; sekalipun darjat permulaan (yang paling rendah) dalam tasawuf
itu.”
“Sesungguhnya
asas yang penting adab terhadap shaikh
itu ialah mencintainya. Maka sesiapa yang kasih atau cintanya terhadap
shaikhnya tidak (kental) benar iaitu ia (sentiasa) mengutamakan shaikhnya itu
dari semua kehendak nafsunya, tidak akan berjaya dalam jalan (Allah) itu,
kerana cintakan shaikh itu adalah merupakan asas bermulanya peningkatan
kebaikan. Daripada asas itulah murid itu akan meningkat rohaninya hingga mencapai
hakikat Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.”
Malahan hubungan murid dengan shaikh itu adalah seperti hubungan para
sahabat r.a. dengan Nabi s.a.w. seperti yang telah ditegaskan oleh Shaikh Ibn
al-Bana al-Sarqusti:
“Keadaan
persahabatan antara murid dengan shaikh
itu ada- lah seperti persahabatan para sahabat r.a. dengan Nabi s.a.w., yang
mana mereka itu diasuh dengan adab-adab Al-Quran, seperti firman Allah; Hai
orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya. Dan
firmanNya: Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suara kamu
lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras
sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain.”
Hubungan antara murid dengan shaikh mursyidnya memang sebenarnya
menggambarkan hubungan antara para sahabat dengan Nabi s.a.w. atau merupakan
satu penjelmaan semula hubungan antara sahabat
dengan baginda (s.a.w.) itu. Oleh yang
demikian segala adab-adabnya yang zahir dan batin mestilah turut
dijaga. Bagaimana para sahabat begitu
bersungguh mencintai dan menghormati Nabi s.a.w., maka begitulah juga para
murid terhadap shaikh mereka. Bila mereka telah benar-benar menghormati shaikh
mereka, maka seolah-olahnya mereka juga telah menghormati Nabi s.a.w., para
sahabat dan al-salaf. Oleh itu, tidaklah
benar anggapan bahawa para murid itu menghormati shaikh mereka secara
berlebih-lebihan sehingga mendewa-dewakannya melebihi sanjungan mereka
terhadap orang-orang yang lebih berhak untuk disanjung seperti para
sahabat dan para al-salaf.
Perhubungan yang rapat dalam kehidupan sehari-hari antara murid dengan
shaikhnya sememangnya dikehendaki oleh Islam, sebab Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud:
“Hai orang-orang
yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama
dengan orang-orang yang benar (al-sadiqain).”
(Surah
al-Taubah, ayat: 119)
Tujuan perintah Allah supaya kita
bersama-sama dengan orang yang bertaraf al-sadiqin
(benar) yang tersebut ialah supaya kita mendapat keberkatan dan
berbagai-bagai rahmat Allah menerusi mereka, kerana orang-orang yang bertaraf al-sadiqin
itu merupakan orang-orang mukmin yang tinggi taraf mereka di sisi Allah iaitu selepas kedudukan para nabi dan rasul.
Allah S.W.T. berfirman mengenai kenyataan tersebut yang bermaksud:
“Dan
barangsiapa yang mentaati Allah dan rasulNya, mereka itu akan bersama-sama
dengan orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah iaitu dari para nabi, para
siddiqin, para syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman
yang sebaik-baiknya .”
(Surah al-Nisa, ayat: 69)
Allah S.W.T. menjelaskan bahawa rahmatNya itu sentiasa hampir
dikurniakan kepada orang al-muhsinin (orang mukmin yang terbaik) seperti
firmanNya:
Maksudnya :
“Sesungguhnya
rahmat Allah itu adalah hampir kepada orang muhsinin.”
(Surah al-A’raf, ayat: 56)
Malahan mereka itulah juga merupakan orang-orang yang sentiasa mendapat
petunjuk dan menjadi golongan ulu’l-albab. Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“(Hamba-hamba-Ku)
ialah orang-orang yang mendengar perkataan (ayat-ayat al-Quran) lalu
mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itu orang-orang yang telah
diberi petunjuk dan mereka itulah orang-orang
ulu’l-albab .”
(Surah
al - Zumar, ayat: 18)
Setelah wafat Nabi s.a.w. maka shaikh
mursyid itulah yang menjadi khalifah atau pengganti baginda dalam urusan
tarbiyah. Sesiapa sahaja yang mendapatkan tarbiyah daripadanya nescaya akan
dapat memperbaiki berbagai-bagai sifat tercela dan akan menjadi mukmin yang
bersifat terpuji dan berakhlak mulia. Shaikh Abd al-Qadir ‘Isa ada menegaskan
mengenai kenyataan tersebut dengan katanya:
“Maka orang
yang sentiasa mendampingi mereka, meresaplah kepadanya sebahagian dari hal
kerohanian mereka yang mere- ka ambil dari Rasulullah s.a.w. Orang yang
menolong mereka itu berertilah ia telah menolong menegakkan agama. Orang yang
menghubungkan tali kerohaniannya dengan tali kerohanian mereka berertilah
talinya itu telah bersambung dengan Rasulullah s.a.w. Orang yang telah
mendapatkan sebahagian hidayat dan asuhan mereka, berertilah ia telah
mendapatkannya dari orang yang benar-benar mengikuti Rasulullah s.a.w.”
Kedudukan shaikh mursyid sebagai khalifatu’r-Rasulullah atau
pengganti atau wakil Rasulullah dalam bidang penyebaran ajaran Islam atau
asuhan dalam penghayatan ajaran Islam yang sebenarnya, zahir dan batin seperti
yang disebutkan sendiri oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya seperti yang
diriwayatkan oleh al-Tibrani. Maksudnya:
“Ya Allah!
Kasihanilah para khalifahku yang akan lahir sesudah (zamanku) nanti,
iaitu mereka yang meriwayatkan
hadis-hadisku dan sunnahku dan mereka itu mengajarkannya kepada orang
ramai.”
Kita juga boleh melihat kedudukan shaikh mursyid tersebut dari
kata-kata para ulama Tasawuf sendiri. Shaikh Abd al-Wahhab al-Sha’rani pernah
menegaskan perkara tersebut dengan katanya:
“Sesungguhnya para shaikh
itu adalah para naib (pengganti/ wakil pembawa syariat
Nabi s.a.w. dalam urusan) mendidik dan mengasuh seluruh manusia.”
10. Rabitah
al-Mursyid
Rasa kasih sayang, rasa hormat, rasa taat setia, rasa sangat memerlukan
bimbingan dan asuhan shaikhnya dan sebagainya itulah yang mendorong seseorang
murid itu sentiasa teringat dan terbayang-bayangkan wajah shaikhnya itu. Itulah
asas konsep rabitah yang dianggap satu ciri amalan yang penting di dalam
tarekat, yang mana telah diakui dan ditegaskan pentingnya oleh para ulama
tasawuf sendiri. Oleh itu, para ulama
tasawuf itu telah mengakui amalan rabitah ini adalah sebagai amalan yang sah
dan bukan bid’ah. Ini telah dijelaskan pandangan sebahagian dari ulama tasawuf
itu terhadap amalan rabitah seperti di atas.
Masalah rabitah shaikh tersebut adalah merupakan masalah ilmu dan amalan
tarekat Tasawuf yang hanya ada diterangkan konsepnya, displinnya, caranya dan
matlamatnya di dalam kitab tasawuf yang disusun oleh ahlinya yang sebenar. Oleh
itu mesti- lah kita memahaminya menerusi tulisan-tulisan tasawuf itu atau mendapat keterangan dan huraiannya
dari para orang yang ahli di bidang tersebut. Tidaklah memadai dengan cara
menganalisis, menghurai dan menjelaskan masalah tersebut hanya berdasarkan
pemikiran sendiri yang hanya disokong dengan beberapa ayat al-Quran dan
Hadis-hadis Nabi s.a.w. mengikut tafsiran dan fahaman sendiri sahaja.
Orang-orang yang kurang faham tentang amalan rabitah syaikh
mursyid selalunya menganggap amalan itu adalah salah dan mendatangkan
syirik. Lebih jauh lagi golongan ahli zahir itu menegaskan bahawa rabitah
shaikh mursyid seperti itu boleh memberi
peluang sebaik-baiknya kepada syaitan untuk menyamar dan menyesatkan
pengamalnya, terutamanya ketika orang
itu hampir mati. Adalah disyorkan kepada mereka yang beranggapan demikian itu
agar mempelajari, memahami dan mengamalkannya terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu anggapan yang salah itu. Sebenarnya konsep rabitah shaikh mursyid itu
bukanlah sebagaimana yang tergambar di dalam fahaman golongan ahli zahir yang
salah faham terhadap konsep tersebut.
Walaupun di dalam setengah tarekat Tasawuf, rabitah shaikh mursyid
ini menjadi salah satu adab ketika berzikrullah, namun ia hanya perlu diamalkan
bagi mereka yang tidak dapat berzikrullah dan tidak dapat menjauhkan waswas
syaitan. Jika seseorang itu boleh berzikrullah dan tidak ada waswas syaitan
maka tidaklah perlu menggunakan atau mengamalkan rabitah shaikh mursyid
tersebut. Pengamal tarekat Tasawuf yang muktabar yang dipimpin oleh shaikh
mursyid yang benar, mereka diberikan pengajaran dan fahaman yang betul mengenai
rabitah shaikh mursyid ini. Mereka tidaklah sebodoh yang disangkakan sehingga
menganggap shaikh mursyid itu sebagai Tuhan yang boleh memberi hidayat. Kalau
seorang penzina, ketika hendak melakukan zina teringat guru tarekatnya dan
terbayanglah wajah gurunya itu dengan jelas, lalu ia merasa insaf dan tidak
melakukan zina itu, adakah ia syirik dan salah dari segi syarak?
Murid itu hendaklah selalu mengingatkan rupa mursyidnya itu supaya ia
dapat menjaga adab di jalan Allah itu
dan dapat pula menerima limpah rohaniah dari
mursyidnya, walaupun be- liau tidak
ada bersama-samanya. Dengan
itu adanya mursyid bersama-sama atau tidak, adalah sama
sahaja baginya. Merasakan adanya mursyid ketika
mursyid itu tidak ada bersama,
akan lebih sempurna
lagi dengan memerhatikan
rupanya di dalam khayalannya,
yang akan menimbulkan rasa dalam
rohani daripada Allah S.W.T. ke dalam
hati sanubari, sehinggalah murid itu
berasa hilang diri (ghaibah) dan fana’ yang mana ini- lah permulaan fana’ fillah. Jadi hati itu adalah merupakan
tempat menerima berbagai rahsia
ghaib dengan jalan warisan dari seorang
yang kamil dan orang
yang kamil itu dari
seorang yang kamil yang lain, begitulah seterusnya hingga sampai kepada Nabi s.a.w. Itulah yang dinamakan rabitah al-mursyid.
Keadaan hubungan antara seseorang murid dengan shaikh mursyidnya
sememangnya dikehendaki berada di dalam keadaan yang begitu rapat dan erat,
kerana keadaan begitu sememangnya telah ditempuh dan dialami oleh para
sahabat dalam hubungan mereka dengan
Rasulullah s.a.w. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq misalnya adalah sentiasa
terbayang-bayangkan wajah baginda (s.a.w.) sehingga semasa beliau berada di
dalam bilik air pun masih ternampakkan wajah baginda (s.a.w.) itu. Cuba kita
perhatikan apa yang telah dilaporkan oleh Imam al-Bukhari mengenai kisah
Khalifah Abu Bakar tersebut yang bermaksud :
“Sesungguhnya
Abu Bakar al-Siddiq telah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang pengalamannya yang
mana beliau terasa tidak bercerai dari Nabi s.a.w. sehingga di dalam bilik air
pun ia masih seolah-olahnya melihat wajah Nabi s.a.w. itu.”
Bila
seseorang murid itu tidak berada di hadapan shaikhnya sememangnya selalu
teringatkan shaikhnya itu, yang mana sudah pasti rupanya juga akan terbayang
di dalam ingatan atau khayalan murid tersebut. Jika seorang yang jatuh kasih
terhadap seorang wanita sentiasa tergila-gila dan terbayang-bayang wajah wanita
itu, padahal yang diharapkan hanyalah tubuh badannya sahaja, maka apatah lagi
seorang murid yang menaruh harapan sepenuhnya terhadap asuhan dan didikan dari
shaikhnya yang bakal dapat menyempurnakan kehidupan rohaninya, maka tentulah
keadaannya lebih hebat lagi.
Ulama
Tasawuf yang mengharuskan amalan rabitah
shaikh tersebut mengqiyaskan rabitah ini dengan beberapa amalan yang
lain. Antaranya ialah amalan selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam tashahhud
atau tahiyyat ketika solat. Shaikh al-Shihab ibn Hajar al-Makki pernah
menyatakan mengenai selawat ketika tashahhud itu dengan katanya: Maksudnya:
“Nabi
s.a.w. disebutkan (ganti namanya) sebagai orang kedua atau orang yang diajak
bercakap di dalam selawat itu seolah-olahnya sebagai satu isyarat bahawa Allah
membukakan hijab daripada orang-orang
yang solat itu daripada umat Nabi s.a.w., sehingga Nabi s.a.w. menjadi
seperti hadir bersama mereka untuk menjadi saksi bagi mereka tentang amalan
mereka yang paling baik sekali dan supaya ingatan kehadirannya. Nabi itu
menjadi sebab untuk menambahkan khusyuk dan merendah diri.”
Kalau di dalam selawat ketika membaca tahiyyat itu dike- hendaki supaya
orang-orang yang mengerjakan sembahyang mendapat rasa tentang kehadiran Nabi
s.a.w., supaya menam- bahkan khusyuk dan lebih sempurna lagi solat kita, maka
begitu- lah juga bila seseorang murid yang berrabitahkan shaikhnya, maka
ia akan mudah khusyuk serta hilang berbagai gangguan ketika berzikir mengingati
Allah.
Sesetengah ulama Fuqaha menyebutkan bahawa orang yang mengerjakan solat
itu disunatkan membayangkan seolah-olah ia berada di hadapan Kaabah. Oleh itu,
sesetengah ahli Tasawuf mengqiyaskan rabitah
shaikh itu dengan amalan membayangkan Kaabah tersebut. Walau
bagaimanapun, gambaran serta ingatan seseorang bahawa dia sedang mengadap diri
ke arah Kaabah tersebut bukan merupakan matlamat utama solat kerana fizikal
Kaabah itu sendiri tidak lebih daripada satu bangunan binaan yang juga sebahagian dari pelbagai rupa makh- luk.
Malah, tujuan dan matlamat tersebut ialah supaya ingatan serta tumpuan ingatan
hati hanya kepada ‘Zat Tuhan yang Tidak Menyerupai Sesuatu’. Oleh itu, Kaabah
yang disifatkan Allah sebagai Bayt Allah (rumah Allah) tidak lebih dari
menjadi satu wasilah atau rabitah bagi seseorang bersolat dalam
mencapai maksud keredaan Allah semata-mata. Kalau membayangkan Kaabah itu
menambahkan khusyuk hati maka begitulah juga tujuan membayangkan shaikh mursyid
itu.
Begitulah qiyas yang dibuat oleh sesetengah ulama tasawuf tentang keharusan amalan rabitah itu.
Berbagai qiyas yang mereka buat itu adalah benar dan menepati rukun dan
syarat-syarat qiyas. Bagaimanapun qiyas yang dibuat oleh mereka yang menolak
keharusan amalan rabitah dengan menyamakan rabitah itu seperti umat Nabi Nuh menyembah
patung orang-orang soleh, adalah qiyas
yang tidak tepat, tetapi salah (qiyas ma’al-fariq). Jika kita menyamakan
amalan rabitah shaikh itu dengan penyembahan berhala maka samalah juga
kita menyamakan orang Islam ketika solat menghadap Kaabah seperti orang Hindu
menyembah berhala, bezanya hanyalah Kaabah itu batu empat persegi, sedangkan
berhala-hala yang disembah oleh orang Hindu itu merupakan berbagai rupa
makhluk seperti patung manusia, binatang dan sebagainya lagi.
Mengapakah menghadap Kaabah ketika solat itu tidak boleh disamakan
dengan penyembahan berhala? Sebab, mengadap Kaabah ketika solat itu mempunyai
konsep dan tujuan-tujuan yang sangat berbeza dengan penyembahan berhala-berhala
yang dilakukan oleh pengikut-pengikut agama Hindu atau lainnya itu. Begitulah
juga amalan rabitah shaikh itu tidak boleh disamakan dengan penyembahan
berhala, kerana amalan tersebut mempunyai konsep dan tujuan-tujuan yang
berbeza sama sekali dengan penyembahan berhala itu. Tentulah kita pun merasa
hairan terhadap golongan yang berani mengharamkan amalan rabitah shaikh
mursyid, kerana golongan ini selalu juga beramal dengan amalan rabitah yang
melalaikan hati, selalu juga dibuai khayalan terhadap anak isteri, masalah
hidup, masalah di tempat kerja, kenaikan pangkat, harta dan sebahagiannya lagi.
Dapat disimpulkan bahawa penumpuan perhatian
kepada shaikh mursyid itu bukanlah penumpuan perhatian terhadap diri zahir
shaikh itu tetapi lebih menumpukan kepada hubungan dari aspek rohaniah iaitu
supaya murid itu dapat sentiasa berzikir mengingati Allah (sepanjang masa) atau
menjauhi waswas syaitan, dan tidaklah kita meminta sesuatu daripadanya secara
terus, tetapi shaikh itu telah mendapat limpahan kurniaan kerohanian daripada
Allah, yang memberi bekas tidak ada yang lain kecuali Allah sahaja. Iaitu bila memandang shaikh itu maka ingatkan Allah
dan shaikh mursyid itu hanyalah sebagai pintu rahmat Allah S.W.T.
Antara ayat al-Quran yang biasa digunakan oleh para ulama Tasawuf sebagai dalil keharusan amalan rabitah
itu adalah seperti berikut di bawah ini:
Allah S.W.T.
berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya:
“Wahai
orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran sesama kamu
dan berabitahlah kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh
keja- yaan.”
(Surah Ali ‘Imran, ayat:
200)
Allah S.W.T. juga berfirman:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ
الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya:
“Wahai
orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan carilah
wasilah kepadaNya.”
(Surah al-Maidah, ayat: 35)
Di antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang dapat kita
anggap sebagai dalil keharusan amalan rabitah al-mursyid itu adalah
seperti berikut di bawah ini:
1. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
sesetengah dari manusia itu adalah sebagai anak kunci yang membuka hati bagi
mengingati Allah iaitu bila mereka itu dipandang maka ingatlah Allah orang yang
meman- dangnya itu.”
2. Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Mahukah
kamu aku khabarkan kepada kamu akan orang yang sebaik-baiknya di kalangan kamu?
Orang yang sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah mereka bila dipandang maka
orang yang memandang itu ingatkan Allah.”
3. Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang
bermaksud:
“Orang yang
sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah orang yang mengingat kamu kepada Allah
dengan memandang rupanya dan percakapannya menambahkan ilmu kamu dan amalannya mendorong kamu gemar kepada akhirat.”
Sekiranya orang yang mengamalkan rabitah al-mursyid dari kalangan
orang yang percayakan adanya wali-wali Allah, maka sememangnya mereka
menegaskan kebaikan dan besarnya manfaat amalan rabitah al-mursyid
tersebut. Malah, mereka berkata bahawa rabitah mursyid itu lebih kuat kesannya
untuk mendapatkan rasa dalam rohani (zawq) dan perpindahan maqam kero-
hanian orang salik itu di dalam tingkat kerohanian menuju ke peringkat yang
sempurna (kamal) jika dibandingkan melalui amalan berzikrullah
semata-mata. Para tokoh
tarekat Tasawuf menegaskan amalan rabitah al-mursyid ini dapat
meringkaskan perjalanan dalam amalan bersuluk atau perjalanan terus ke hadrat
Allah dengan mengamalkan terus rabitah
al-mursyid itu.
Demikianlah golongan ahli zahir yang mengharamkan amalan rabitah
al-mursyid yang bertujuan supaya mampu memperbanyakkan menyebut dan
mengingati Allah (zikrul-Qalb) dan menjauhi waswas syaitan. Sebaliknya,
golongan (ahli zahir) ini selalu juga beramal dengan amalan rabitah yang
melalaikan hati, selalu juga dibuai khayalan terhadap anak isteri, masalah
hidup, masalah di tempat kerja, kenaikan pangkat, harta dan sebagainya di
dalam mengerjakan solat. Sebaik saja selesai takbiratulihram maka ia
pun berkelana, atau merayap di dalam
fikiran dan sangkaan-sangkaan atau khayalannya. Dan ia berpaling dari
mengingati Tuhannya (lalai) kerana tidak mampu memperbanyakkan zikir
mengingati Allah atau sentiasa mene- litikan sesuatu masalah yang dikemukakan
oleh iblis kepadanya, dan iblis itu dapat mengeluarkan ia dari solatnya.
Maka solat yang dilaksanakan itu dalam keadaan muflis tidak dapat pahala,
tetapi penuh dosa. Golongan ini
lupakan Allah maka Allah pun melupakan mereka. Perbuatan ini adalah
sebahagian dari adat yang tercela terhadap Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi (syirik
atau menyekutukan Allah). Mereka terjerumus ke dalam perbuatan musyrik meskipun
memiliki kefahaman atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat
Allah yang mendalam. Hakikat ini telah
diterangkan oleh Allah di dalam kitab-
Nya, al-Quran:
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
Maksudnya:
“Maka
sesiapa yang mahu menemui Tuhannya (Allah) hendaklah ia beramal soleh dan
janganlah ia menyekutukan ibadat kepada Tuhannya itu dengan seseorang
pun.”
(Surah al-Kahfi, ayat: 110)
Allah S.W.T.
juga berfirman:
نَّ
اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن
يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً
Maksudnya:
“Sesungguhnya
Allah tidak mengampuni dosa menyekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia
mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya.
Sesiapa yang menyekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah
tersesat sejauh-jauhnya.”
(Surah al-Nisa’, ayat: 116)
Menurut dakwah Islam yang jelas
bahawa mereka sangat memerlukan sesuatu
amalan yang dapat menghilangkan bala yang membinasakan dirinya (lalai di dalam
solat) itu. Ianya ti- dak disedari di sepanjang hayat kerana mereka
sentiasa leka dalam kelalaian terhadap
Allah dalam kehidupan harian. Mereka membaca ayat-ayat al-Quran, bertakbir,
bertasbih, berdoa dan melakukan pergerakan anggota badan di dalam solatnya,
tetapi pada masa yang sama mereka mengadap perkara yang diingati
(masalah anak isteri, masalah kerja, kenaikan pangkat dan lain-lain) maka perkara itulah yang disembahnya bukan Allah. Dan perkara
itulah yang menjadi rabitahnya yang
jelas berada di ruangan kedua-dua matanya di dalam solat. Mereka terus
berada di dalam keadaan berrabitah
dengan berbagai perkara itu se- hingga memberi salam. Bila mereka telah memberi salam, maka perkara
pertama yang diingkari dan dinafikan
oleh mereka adalah amalan rabitah al-mursyid yang diamalkan oleh
golongan Tasawuf sehingga sanggup menuduh mereka itu sesat dan bid’ah.
11. Mentalkinkan
Amalan Zikrullah dan Bai’ah
Talqin
bermaksud pengajaran iaitu shaikh mursyid atau guru akan menunjukkan tentang
cara-cara bagaimana hendak memperbanyakkan zikrullah, adab-adab yang perlu
dijaga dan perkara-perkara lain yang ada kaitannya
Bai’ah
bermaksud berjanji setia untuk beramal dan bertakwa. Janji setia pada
zahirnya merupakan janji setia murid terhadap guru atau shaikhnya tetapi pada
hakikatnya, adalah janji setia terhadap Allah. Ini didasarkan kepada amalan
sahabat yang berbai’ah kepada Nabi s.a.w. seperti yang disebut di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah
kepada engkau (ya Muhammad) sesungguhnya mereka (pada hakikatnya) berbai’ah
kepada Allah. Kekuasaan Allah di atas kekuasaan mereka. Barangsiapa yang melanggar bai’ahnya maka bahaya (terkena)
atas diri sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya
kepada Allah, Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya.”
(Surah al-Fath, ayat: 10)
Setelah melaksanakan upacara bai’ah dan talqin,
maka murid itu mestilah menjalani amalan ber’uzlah dalam tempoh tertentu
di bawah pengawasan shaikh dan pembantunya.
Kita
dapati kedua-dua amalan talkin dan bai’ah bukan bid‘ah.
Sebaliknya kedua-duanya adalah Sunnah Nabi s.a.w. Kerana itu Shaikh ‘Abd,
al-Qadir ‘Isa dalam kitabnya Haqaiq ‘An al-Tasawuf menegaskan: “Kemudian para
ulama pewaris (Nabi s.a.w.) dari kalangan para shaikh mursyid sufi menggunakan
manhaj Nabi s.a.w. ini dalam melakukan bai’ah (dan talkin).”
Demikianlah dakwah akidah Nabi s.a.w. di kota Makkah untuk menyempurnakan hati para sahabat menerusi amalan zikrullah
dan mujahadah memerangi nafsu di dalam suasana ber- ’uzlah. Amalan
zikrullah ini diperintahkan oleh Allah
dan sunnah Nabi s.a.w. Baginda menunjukkan jalan berzikir mengingati
Allah kepada para sahabat supaya
sempurna hubungan rohani dengan Allah
dan mereka tidak termasuk dalam golongan yang sesat. Amalan zikir yang
sempurna atau zikir lisan dengan ‘rasa dalam rohani’ (‘nur zikrullah’)
sebagai zikir permulaan itu tidaklah dapat diketahui kecuali kita mendapat
keterangan dan asuhan dari para shaikh tarekat Tasawuf. Seseorang murid/salik
itu tidak akan dapat memahami dan mengikut amalan tersebut dengan
sebenar-benarnya kecuali mendapat pimpinan dan asu- han yang tertentu dari
mereka seperti firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan
berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk
kepada jalan berzikrullah mu/zikir darajat). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu
termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”
(Surah al - Baqarah, ayat: 198)
Menurut riwayat Shaikh Yusuf al-Ajami, menjelaskan kaedah Nabi s.a.w.
mentalqinkankan amalan zikrullah kepada para sahabat iaitu sebagaimana Nabi s.a.w. menjawab
pertanyaan Sayyidina Ali r.a. tentang jalan beriman dan sampai ke hadrat Allah
SWT dan mendapat keredaanNya. Nabi s.a.w. memerintahkan Sayyidina Ali r.a.
dan para sahabat supaya berzikrullah
secara terang (suara) dan secara rahsia (hati). Akhirnya Sayyidina Ali r.a.
meminta Nabi s.a.w. mengajarkannya cara berzik- rullah itu dan Nabi s.a.w. pun
mengajarkan Sayyidina Ali r.a. berzikrullah “La Ilaaha Illa Allah”
dengan menyebut 3 kali sambil memejamkan kedua-dua mata baginda dan mengangkat atau menguatkan suara baginda.
Kemudian Sayyidina Ali r.a. pun melakukan seperti Nabi s.a.w. lakukan itu,
sambil disemak dan diperhatikan oleh baginda.
Bagaimana Nabi s.a.w. mentalqinkan para sahabat dalam proses tarbiyah
akidah menerusi memperbanyakkan berzikir mengingati Allah, ianya juga menjadi displin pengajaran, asuhan, penyebaran ilmu dan amalan tarekat Tasawuf menjadi satu displin yang penting,
yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Displin ini melahirkan konsep
salasilah dalam ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Oleh sebab itulah, maka
seseorang murid itu semestinya mengetahui salasilah gurunya sehingga
benar-benar bersambung-sambung sampai kepada Nabi s.a.w. Pada dasarnya,
konsep salasilah ini samalah isnad dalam ilmu hadis. Fungsinya
yang penting ialah untuk mendapatkan barakah serta dapat menentukan kebenaran
ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu sendiri.
Amalan zikir mengingati Allah itu
merupakan satu amalan khusus dilakukan oleh salik setelah menerima bai’ah
atau keizinan daripada guru untuk mengamalkannya. Di
samping itu, ama- lan berkenaan pula akan dilaksanakan oleh murid/salik pada
satu tempat khas yang ditentukan kepadanya untuk bersendirian. Selain itu, guru
akan mewakilkan seorang salik lain bagi menyediakan perkara berhubung kait
makan-minum salik berkenaan sepanjang tempoh proses amalan tersebut dilakukan.
Shaikh tarekat Tasawuf juga menekankan
bahawa semua hal ehwal diri salik sama
ada yang dilihat, diketahui dan juga taufik hidayat dimiliki, semua itu pada
hakikatnya adalah dari Allah sahaja.
Kemudian salik diajar menyebut Allah…Allah…Allah
dengan lidah secara berterusan dalam keadaan berusaha menjadikan ingatan
fikiran dan pandangan batinnya tertumpu hanya kepada Allah (wukuf qalbi)
terhadap makna ‘Laysa Kamithlih Shay’ iaitu ‘Zat Allah Yang tidak
menyerupai sesuatu’ dan memfokuskan sebutan Allah di latifah al-qalb
yang terletak di bawah dua jari dari buah dada kiri, sedikit menghala keluar ke
lambung kiri yang menggambarkan di situ tempat munculnya sebutan tersebut. Salik menghadapkan segala
pancaindera yang lima iaitu deria mata, telinga, bau, rasa dan deria sentuhan
ke hati sanubari yang sedang melangsungkan amalan zikir, serta memutuskan
hubungan ingatan terhadap perkara lain. Dengan demikian, wukuf qalbi
(keadaan hati yang sentiasa dapat mengingati “Zat Allah Yang Tidak
Menyerupai Sesuatu”) semestinya wujud sepanjang waktu zikir berlangsung
dan juga dalam semua aktiviti di luar waktu.
Amalan zikir Allah..Allah...Allah (zikir
Ism al-Dhat) adalah permulaan
perjalanan menuju kepada mengenal Allah SWT. Tanpanya seseorang tidak mungkin
dapat mencapai kesempur- naan tuntutan penyucian jiwa dan pengabdian diri
kepada Allah. Walaupun begitu, pelaksanaan zikir dalam kalangan ahli Tasawuf
adalah berbeza-beza dan antaranya ialah zikir Ism al-Dhat iaitu berzikir
dengan mengulang-ulang lafaz “Allah”. Merujuk banyak karya tokoh-tokoh
Tasawuf, zikir Ism al-Dhat bukan lagi suatu perkara asing dalam kalangan
ahli-ahlinya, malah mereka menganggapnya sebagai satu cara yang cukup berkesan
dalam hubungan mengenal Allah serta sifat-sifat kesempurnaan dan keagunganNya.
Kaedah
memulakan amalan berzikir merangkumi beberapa adab seperti berwuduk dan bersila
mengadap kiblat. Salik hen- daklah melaksanakan adab kedua iaitu beristighfar
dengan lidah menggunakan lafaz ‘astaghfirullah sebanyak tiga puluh satu
kali, dengan penuh kesungguhan memohon keampunan daripada Allah terhadap segala
dosa yang dilakukan. Menahan nafas dan menjadikan semua pancaindera tertumpu
pada hati. Setelah selesai menyempurnakan adab ketiga, salik perlu
melaksanakan adab keempat, iaitu menghadirkan dalam ingatan terhadap guru
mursyid dalam majlisnya.
Adab kelima
ialah seseorang salik hendaklah menjadikan seluruh pancaindera memberi tumpuan
kepada hati di samping mengosongkan hati bagi menumpukan ingatan hanya kepada
makna Ism al-Dhat atau makna kalimah Allah, iaitu “Zat Allah Yang
tidak menyerupai sesuatu”. Keadaan hati yang sentiasa dapat mengingati “Zat
Allah Yang tidak menyerupai sesuatu” diistilahkan sebagai wukuf qalbi.
Dengan demikian, wukuf qalbi semestinya wujud sepanjang waktu amalan zikir
berlangsung dan juga dalam semua aktiviti di luar waktu berzikir Ism
al-Dhat.
Di samping
mengosongkan hati dari pelbagai lintasan ingatan terhadap perkara-perkara
lain, salik mula menyebut zikir Ism al-Dhat. Zikir tersebut hendaklah
dilaksanakan serentak dengan wukuf
qalbi. Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa penghayatan yang
terhasil daripada praktik pelbagai adab berzikir Ism al-Dhat tersebut,
hanya dianggap sebagai suatu penghayatan permulaan yang mesti dicapai oleh
para salik. Tanpanya, salik tidak mungkin mencapai matlamat untuk sampai kepada
mengenal Allah. Hal ini kerana, tujuan teknik penghayatan tersebut adalah
supaya tertanam dalam hati salik rasa yakin tentang wujud Allah S.W.T. yang
tidak boleh digambarkan hakikat kewujudanNya dengan sesuatu apapun. Penghayatan
tersebut jika diteliti merupakan suatu terjemahan terhadap keimanan kepada
firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Tiada sesuatu pun sebanding dengan (ZatNya,
sifat-sifatNya dan pentadbiranNya).”
(Surah al-Syura, ayat: 42)
Murid/salik
pada tahap permulaan dibimbing supaya mena- nam sifat rasa wujud Allah Wajib
al-Wujud yang selama ini masih kabur dan tidak nyata pada pandangan mata
hati (basirah), berbanding wujud makhluk mumkin al-wujud,
dirasakan seolah-olah sebagai suatu kewujudan hakiki yang bertapak kukuh dalam lubuk hati. Pendekatan tersebut dilihat sebagai satu proses penting untuk
mengikis pelbagai wahm (keraguan) yang menghalang keyakinan hati salik
terhadap kewujudan hakiki Allah S.W.T.
Apabila
salik sudah menjiwai sifat tersebut dalam semua tindak-tanduk dan gerak
kerjanya, ketika itu beliau akan merasa mudah untuk melakukan penghayatan lain
berkait dengan pel- bagai sifat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Hal ini
kerana mengenal dan meyakini wujud Allah merupakan satu simpu- lan iman
penting dan utama yang perlu dimiliki oleh seseorang Muslim dan segala
perbincangan dalam ilmu Akidah berhubung pelbagai sifat ketuhanan adalah
berasaskan iman kepada wujud Allah tersebut. Tanpa wujud Allah, semua sifat
ketuhanan dan keagungan yang disabitkan kepadaNya tidak akan membawa apa-apa
makna.
Selain itu,
penghayatan serta hasil amalan tersebut adalah satu perkara abstrak atau sukar
untuk diungkapkan dengan perkataan kerana ia banyak bersangkutan dengan
perkara yang berada di luar jangkauan akal fikiran. Para pengamal Tasawuf
menyifatkan amalan-amalan yang boleh menyampaikan seseorang secara khusus
kepada ma’rifah kepada Allah seperti amalan zikir Ism al-Dhat
adalah merupakan satu amalan yang sangat bernilai dan mempunyai tahap
kerahsiaan yang tinggi, maka tidak semua orang berkesempatan untuk
mengamalkannya. Hal tersebut telah digambarkan sendiri oleh al-Ghazali ketika
mem beri peringatan kepada orang yang mempunyai keahlian tentangnya supaya
tidak mendedahkan hasil amalan atau hal ehwal pengamalannya kepada orang awam
kerana ia merupakan pe- nyebab utama yang memutuskan hubungan perjalanan
kerohaniannya untuk sampai ke hadrat Allah.
Shaikh Abu
al-Qasim al-Qusyairi (w. 467 H.) mengemukakan beberapa adad yang mesti
dipatuhi yang menjadi asas penting bagi menghasilkan natijah yang baik dalam
menuju ke jalan keredaan Allah. Adab-adab tersebut adalah seperti berikut:
a.
Seseorang
hendaklah menghilangkan rasa kebergantungan hati kepada perkara duniawi.
b. Mengetahui
ilmu fardu ‘ain yang asas yang ditaklifkan kepadanya dalam perkara
berkaitan akidah dan syariat.
c. Sentiasa
bersuci daripada hadas kecil dan besar, dan bersih tubuh badan serta pakaian
daripada kotoran najis.
d. Wajib
atasnya berguru dengan seseorang yang telah bersuluk pada jalan Allah, iaitu
seseorang yang telah menempuhi pelbagai proses penyucian jiwa.
e. Wajib
atasnya menjauhkan diri daripada sebarang urusan yang tiada hubung kait dengan
Allah.
f. Hendaklah
mengutamakan kefakiran daripada kekayaan, kehinaan daripada kemuliaan, di
samping tidak berlebihan makan atau bercakap perkara tidak berfaedah atau
duduk bersantai.
Al-Ghazali pula menekankan satu asas
penting yang perlu dimiliki seseorang iaitu al-iradah. Al-iradah
ialah satu sifat keinginan dan rasa cinta yang sangat mendalam dimiliki seseorang untuk mencapai kebahagiaan akhirat serta bertemu Allah Ta’ala
sehingga ke tahap, semua kenikmatan dan kelazatan duniawi dirasakan hambar
oleh pemilik sifat tersebut. Menurut beliau, ketiadaan iman kepada Allah
S.W.T. merupakan penghalang utama kepada seseorang untuk menghiasai diri
dengan sifat tersebut. Istilah ‘iman’ dimaksudkan al-Ghazali, bukan
hanya sekadar kata-kata hati dan gerak bibir mengucap dua kalimah syahadah
tanpa disertakan sifat benar dan tulus ikhlas kepada Allah. Oleh itu, kenyataan
iman terhadap Allah yang ditunjangi oleh sifat benar dan tulus ikhlas,
merupakan akar umbi kepada sifat al-iradah yang dimaksudkan oleh
al-Ghazali.
Apabila seseorang mampu menyediakan
diri dengan sifat al-iradah, justeru ia layak bergelar sebagai al-salik
(orang yang memiliki sifat al-iradah), ketika itu ia berkeahlian untuk
melak- sanakan zikir Ism al-Dhat . Walau bagaimanapun, menurut
al-Ghazali, adalah menjadi suatu suatu kemestian kepada al-salik (murid)
mempunyai seorang guru atau mursyid membimbingnya dalam menjayakan amalan zikir
tersebut. Beliau beralasan bahawa jalan menuju Allah adalah suatu perkara rumit
menurut kaca mata nafsu, sedangkan jalan menuju kepada syaitan adalah banyak
serta mudah dilalui. Oleh itu, mursyid berperanan mem- bimbing murid tersebut
menuju ke jalan Allah supaya terselamat daripada pelbagai tipu daya nafsu dan
syaitan.
Menurut tokoh tarekat Naqshabandiyyah
yang terkenal, Shaikh Ahmad al-Faruqi al-Sirhindi menegaskan bahawa salik yang
sedang berzikir menyebut Allah, Allah, Allah hendaklah menghadirkan
ingatan hati terhadap makna ‘Laysa Kamithlih Shay’ iaitu ‘Zat Allah
yang Tidak Menyerupai Sesuatu’. Hal ini menunjukkan tumpuan ingatan yang
dituntut ketika menghadirkan ingatan akan makna lafaz Allah tersebut adalah
tertentu kepada Zat Allah semata-mata.
Dalam karya berjudul Mizan al-‘Amal, al-Ghazali menjelaskan
kaedah praktik zikir tersebut dengan berkata:
“Kemudian kamu mengasingkan diri di suatu
tempat ibadat khusus untuk kamu laksanakan ibadat solat fardu dan solat
rawatib. Selepas itu, kamu tumpukan perhatian serta hemah yang kuat hanya untuk
mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut Allah…Allah…Allah dengan lidah
dalam keadaan hati juga turut hudur..”
Abu
‘Abbas al-Mursi (w. 686 H.) yang merupakan guru kepada Ibn Ata’illah
menegaskan:
“Hendaklah kamu sentiasa berzikir menyebut
Allah… Allah …Allah kerana Ia adalah
raja kepada segala nama-nama Allah..dan memang sepatutnya kamu memperbanyakkan
zikir dengannya berbanding pelbagai bentuk zikir lain kerana terkandung
dalamnya semua inti pati yang terdapat pada kalimah ‘La ila ha Ilallah’ yang
terdiri daripada simpulan-simpulan akidah, pelbagai ilmu, adab, akhlak dan
lain-lain lagi. Dan sesungguhnya terkandung dalam zikir “Allah” dan zikir “Hu” bermacam-macam perkara
yang tidak berlaku pada zikir lain daripada kedua-duanya.”
Ibn Ata’illah dalam Miftah al-Falah berkata: “Hendaklah kamu
berzikir Ism al-Dhat Allah…Allah..Allah atau Hu... Hu…Hu dalam hati tanpa
menyebut-nyebutnya di lidah. Biarlah hati kamu yang menyebutnya dalam keadaan
telinga kamu mendengarnya..”
Di
samping itu, Shaikh Shah Waliyu-‘llah al-Dahlawi, iaitu seorang tokoh dalam
tarekat Naqshabandiyyah telah mengemukakan satu teknik zikir Ism al-Dhat
lain daripada kebiasaan yang diamalkan sebagaimana tokoh-tokoh tarekat
sebelumnya. Menurut beliau, murid hendaklah menyebut lafaz Allah dengan lidah
dan hati, dan dikhayalkan seolah-olah ia dikeluarkan dengan kuat dari pusat dan
memanjangkan sebutan lafaznya (dengan rasa dalam rohani/zawq) hingga ke otak.
Semua itu hendaklah dilakukan dalam keadaan menahan nafas.
12. Amalan
Ber‘uzlah
Ber‘uzlah ialah jalan rohani yang dilalui untuk
mencapai hakikat makrifatullah (mengenal Allah S.W.T.). Dalam ilmu tarekat Tasawuf, jalan ‘uzlah yang dimaksudkan itu ialah berzikir dengan
bersungguh-sungguh dan bermujahadah memerangi nafsu dalam keadaan dan suasana
‘uzlah atau khalwah ataupun bersuluk di dalam bangunan
tertentu seperti di masjid, surau, rumah ibadat yang khusus dengan
syarat-syarat dan berbagai-bagai adab yang selaras dengan al-Quran dan
al-Sunnah, dengan pimpinan shaikh mursyid yang sebenar. Amalan ini
diasaskan atas jalan ‘uzlah
Nabi s.a.w. di Gua Hira’, di atas Jabal Nur selama 36 bulan hingga baginda
menerima wahyu yang pertama dan terus dilantik menjadi rasul seperti yang
diriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari. Amalan tersebut juga diasaskan
kepada ber‘uzlah empat puluh hari empat puluh malam yang dilakukan
oleh Nabi Musa a.s. di bukit Tur Sina’,
seperti yang disebutkan kisahnya di dalam al-Quran. Latihan amalan kerohanian
(berzikir dan muja- hadah) ini merupakan jalan bermujahadah membendung kehendak hawa nafsu dan membersih sifat-sifat keji yang ditimbulkan oleh aspek (nafsu) itu dalam melaksanakan segala
perintah Allah dan menjauhi semua
laranganNya, untuk mencapai hakikat makrifatullah dan hakikat kehambaan
dirinya sendiri.
Di antara sifat-sifat keji itu ialah
rosak akidah (lalai berzikrullah), sombong, tidak suka beramal dengan
perkara-perkara sunnah, riyak, hasad, sum’ah, pemarah, bakhil, mengikut hawa
nafsu pada tiap-tiap yang mendorong syahwat, terlalu cintakan kebendaan dan
duniawi, dayus terhadap isteri, menderhakai kedua-dua ibu bapa, menyebar
fitnah, mengejar kemasyhuran, mendengar dan menonton perkara yang melalaikan,
sentiasa cenderung ke arah maksiat dan meninggalkan taubat, mudah melakukan
zina, meminum arak, berjudi, tenung nasib, menghina orang lain, suka bertegang
leher dan sebagainya.
Amalan ber‘uzlah Nabi s.a.w. di
Gua Hira’ selama beberapa tahun yang dipimpin oleh mursyid baginda, Jibrail
a.s. merupakan asas ilmu Akidah Islam dalam mentarbiyyah (akidah) para
sahabat untuk mencapai kesempurnaan
aspek rohani itu. Di zaman yang awal itu tidak ada kitab-kitab ilmu Kalam,
teori Tauhid Wahabi, ilmu Tasawuf, tafsir al-Quran, ilmu Fiqah dan sebagainya yang digunakan baginda untuk menghuraikan proses penyucian jiwa
(rohani). Tegasnya, dalam tempoh itu tiada ceramah agama atau bacaan
kitab-kitab pada setiap hari dalam bentuk teori atau sekadar maklumat
ataupun pengetahuan (agama) untuk
dilonggokkan pada akal tentang ilmu Akidah reka cipta ataupun pengetahuan ilmu Fiqah (hukum hakam dan
fadilat segala amal ibadat) secara mendalam
untuk menyampaikan sese- orang kepada mengenal (makrifah) Allah.
Malah lebih dari itu, tarbiyah akidah
itu merupakan suatu penghayatan langsung yang perlu diceduk secara langsung
dari diri pemiliknya dan ia bersambung menyambung dari satu ta- ngan ke satu
tangan sampai kepada Nabi s.a.w. Oleh demikian, hal dan rasa keimanan, khusyuk
hati, keikhlasan, keyakinan, kesabaran, kesyukuran dan lain-lainnya yang
dihayati oleh Nabi s.a.w menerusi cara demikian dapat dipindahkan kepada para
sahabat, tabi‘in dan generasi berikutnya sampai kepada mereka. Oleh itu, elemen
mursyid atau guru mempunyai hubungan yang sangat erat dengan tarbiyah itu
sebagai suatu instrumen mendidik kerohanian merentasi pelbagai tingkatan iman
(al-muqamat).
Selain itu, akal manusia tidak mampu
untuk mengenali kebenaran hakiki serta membezakan antara pekara sebenar
ataupun yang palsu khususnya dalam mencapai maqamat al-Hidayah (pelbagai
tingkatan hidayah Allah). Manakala kesimpulan pelbagai kenyataan Imam
al-Ghazali pula difahami beliau turut menyifatkan bahawa memasuki tarbiyah
tarekat Tasawuf di bawah kepimpinan seorang shaikh mursyid adalah fardu ‘ain
bagi setiap muslim kerana setiap individu tidak mungkin terlepas dari pelbagai
penyakit hati kecuali para nabi. Begitu juga Ibn ‘Ata’illah dalam hal ini
mengambil sikap yang sama menyatakan kemestian kepada setiap individu muslim
mencari seorang shaikh mursyid bagi membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit
rohani bermula dari sifat mensyirikkan Allah, munafik, ujub, riak, takbur dan
banyak lagi sifat tercela yang tidak mungkin seseorang itu menanganinya
bersendirian.
Secara jelas, selama lebih sebelas (11)
tahun Nabi s.a.w. menangani
permasalahan dalaman manusia (akal, nafsu dan hati) di kota Makkah adalah untuk
menyempurnakan elemen-elemen dalaman para sahabat menerusi berzikir
mengingati Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran
(Akidah al-Quran). Ternyata proses tarbiyah (akidah) Nabi s.a.w. ini adalah bertentangan dengan tarbiyah (akidah)
yang dilaksanakan oleh kebanyakan umat Islam di zaman ini yang dicapai menerusi hujah-hujah dan
penghuraian ilmu Akidah reka cipta
secara teori atau sekadar maklumat (pengetahuan agama) semata-mata yang tidak mampu membersihkan pelbagai hijab
hati (sifat-sifat keji).
Hakikatnya, amalan zikrullah yang
dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke atas setiap mukalaf
adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung di dalamnya, iaitu
mentauhidkan Allah dalam semua keadaan dan ia boleh dicapai menerusi proses
menyebut-nyebut dan mengingati kalimah (Allah) itu. Dengan kata-kata
lain, golongan (ahli zahir) ini seo- lah-olah menganggap peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran (memperbanyakkan berzikir kepada Allah) itu
tidak lengkap atau tidak sempurna, dan
masih memerlukan perubahan atau ijtihad tanpa mereka sedari bahawa
Allah S.W.T. menjadikan amalan ini sebagai seutama-utama ibadat (menjadikan segala amal ibadat itu
mulia atau sempurna) berpandukan kepada fir- manNya:
Maksudnya;
“Dan zikrullah itu
adalah seutama-utama ibadat”
(Surah al-Ankabut, ayat: 45)
Hal demikian menunjukkan bahawa pendirian
para tokoh Ta- sawuf menjadikan jalan
berzikir dan mujahadah (untuk membersihkan hijab hati dan membendung kehendak
hawa nafsu) yang diketengahkan oleh mereka adalah jalan terbaik untuk mencapai
kesempurnaan akidah atau makrifah Allah berpandukan banyak ayat
anjuran berzikir dalam al-Quran (Akidah al-Quran).
Setelah berjaya menjalani proses
tarbiyah (berzikrullah dan mujahadah) itu maka hati itu akan terhias dengan
sifat-sifat mahmudah (terpuji)
seperti rasa takut dan harap, sentiasa
bertaubat, zuhud, malu terhadap Allah, sabar, sentiasa bersyukur, ikhlas,
tawakkal, mahabbah, redha, menunaikan
amanah, pemurah, warak, meninggalkan khianat, menyebarkan salam
(silaturahim), baik amalan, menjaga hak, cintakan akhirat, khuatirkan hisab di
akhirat, merendah diri, tidak menyakiti orang, berfikir dan muhasabah,
mengharap akan sampai kepada Allah, takutkan Allah, membuang lintasan-lintasan
akal yang buruk, sedikit angan-angan dunia, insaf diri, baik sangka, sabar
terhadap bala atau ujian Allah, jiwanya
hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa,
kebaikan dan kebajikannya banyak dan sebagainya lagi.
Berzikir dan mujahadah merupakan latihan
amalan kerohanian untuk membersihkan
hijab hati dengan memerangi kehendak hawa nafsu. Membersihkan hati dari
berbagai-bagai sifat yang tercela dan
menghiasi hati dengan berbagai-bagai sifat terpuji seperti yang dijelaskan di
atas. Mereka dianjurkan supaya sentiasa berzikir mengingati Allah, mengurangi
makan (berpuasa) dan tidur, membanyakkan solat tahajjud, menghindari
uca- pan yang sia-sia dan sentiasa dalam keadaan ‘uzlah (menjauhkan dan
mengasingkan diri dari kesibukan hidup) dan suluk (mengurung diri di sesuatu
tempat seperti bilik khas atau di surau, di masjid dan sebagainya) untuk
menumpukan kepada latihan amalan kerohanian ini. Imam al-Ghazali menjelaskan
kesungguhan beliau bermujahadah untuk memerangi nafsu semasa amalan ‘uzlah
dengan katanya:
“..Pekerjaan saya hanyalah ber’uzlah, riadah dan
bermujahdah. Berjuang sekuat tenaga melawan nafsu dan kemalasan beribadat.
Berusaha membersih diri, mendidik akhlak dan membersih hati untuk
berzikrullah, sebagaimana yang saya perolehi dari pengajian Tasawuf. Saya
beriktikaf terus menerus di dalam Masjid Damsyik. Sepanjang hari saya naik ke
menaranya dan tinggal di sana, lalu saya tutupkan pintunya untuk diri saya
sendiri.”
Dengan kesungguhan mereka (berzikir dan
mujahadah) iaitu zahir dan batin orang yang berzikir itu benar-benar menghadap
Allah semata-mata dan berpaling dari
yang lainNya, dapat men- taati semua perintahNya, maka akhir perjalanannya
penuh sinar, kerana sampai kepada Allah yang dicintainya (mendapat rahmat dan
keredaanNya). Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan
sebutlah (dengan lidah dan hati) akan
nama Tuhanmu (terus menerus siang dan
malam), serta tumpukanlah (amalan ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat
tumpuan.”
(Surah al-Muzammil, ayat: 8)
Tabtil
kepada Allah S.W.T. bermaksud penumpuan zahir dan batin kepadaNya semata-mata
dan berpaling sepenuhnya dari makhluk.
Bersangkutan dengan amalan zikir Ism
al-Dhat, Ibn Ata’ illah menganjurkan amalan tersebut dilaksanakan ketika
seseorang salik berada di dalam khalwah, di samping mengamalkannya
di luar khalwah, iaitu kepada salik yang telah mencapai al-muntahi.
Maksud al-khalwah menurut beliau adalah “al-sirr
seseorang hamba sentiasa berinteraksi dengan Allah SWT dalam suasana tiada
sesiapa dalam kalangan makhluk yang mengetahuinya.” Walau bagaimanapun,
menurut beliau maksud tersebut tidak mungkin tercapai kecuali menerusi
pelaksanaan suatu proses pengasingan diri dan memutuskan segala hubungan dengan makhluk untuk seketika waktu, sebagai wasilah untuk mencapai maksud
tersebut.
Imam
Al-Ghazali menjelaskan secara terperinci bagaimana jalan ‘uzlah harus dilakukan. Katanya:
“Seseorang
shaikh atau guru itu mestilah menetapkan tempat bersuluk bagi seseorang
muridnya, diajarkan cara berzikir (zikir yang ada martabat), misalnya dengan
zikir menyebut Allah atau sebagainya. Seorang yang menjaga makan minum murid
itu mestilah ditentukan. Makanan itu mestilah halal dan sekadar cukup keperluan
murid itu sahaja. Murid itu mestilah terus berzikir sehingga hatinya tidak
ingat yang lain kecuali Allah sahaja. Murid itu mestilah mengawasi semua waswas
syaitan atau hatinya sendiri. Apa juga pengalaman yang didapati semasa
berzikir itu mestilah murid itu memberitahu kepada mursyidnya dan tidak boleh
diceritakan kepada orang lain. Semasa bersuluk itu berbagai-bagai adab dan
syarat bersuluk mestilah dijaga dengan baik. Antara syarat yang penting ialah
mesti sentiasa suci dari najis dan hadas, kurang bercakap kecuali perlu sangat,
kurang makan dan minum dan sebagainya.”
Istilah khalwah yang difahami
oleh Ibn Ata’illah adalah lebih khusus daripada istilah al-‘uzlah yang
membawa makna tidak bergaul atau berurusan dengan masyarakat supaya telinga
dan hati salik tidak menjadi bekas yang dipenuhi dengan pelbagai omong-omong
kosong. Amalan khalwah yang dikehendaki beliau bukan sahaja tidak
bergaul dan berurusan dengan masyarakat, bahkan termasuk ahli keluarga
sendiri, di samping menempatkan diri dalam satu bilik khas. Beberapa syarat
ketat lain dikenakan oleh beliau bagi setiap salik yang ingin mempraktikkan
amalan berkenaan. Di antaranya selain daripada ber’uzlah ialah banyak
berdiam diri, menyedikitkan makanan di samping berusaha supaya tidak banyak
minum air.
Oleh itu, apabila salik sudah terbiasa
dengan situasi ber’uzlah, mereka dianjurkan mempraktikkan amalan al-khalwah
yang dimaksudkan. Semuanya itu adalah memandangkan kepada amalan tersebut
memerlukan seseorang yang berjiwa tenang, merasa cergas, tidak lagi perlu latih
tubi dan pemaksaan diri (mujahadah dan mukabadah) dalam
mengingati Allah kerana kedua-dua sifat tersebut menghilangkan kejituan tumpuan
ingatan hati hanya kepada Allah yang merupakan roh khalwah. Selain
itu, sifat mujahadah dan mukabadah seharusnya wujud ketika
seseorang sedang ber’uzlah sebelum melakukan khalwah. Kerana itulah,
sekiranya salik yang sedang berkhalwah merasa terpaksa berjaga malam,
berlapar, berdahaga dan seumpamanya, maka hendaklah dia keluar daripada khalwah
dan kembali ber‘uzlah sebagaimana sebelumnya sehingga dia memenuhi
semula pra-syarat yang ditentukan itu.
Apabila seseorang salik memasuki khalwah,
dia hendaklah terlebih dahulu mandi, berpakaian bersih serta berniat ketika
memasuki khalwah kerana semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sewaktu berada di dalam bilik khalwah, salik tidak boleh banyak melakukan
pergerakan anggota kecuali kerana mengerjakan solat fardu lima waktu dan
sunat rawatib sahaja. Setelah mendirikan solat tersebut, salik dikehendaki
berzikir zikir Ism al-Dhat sahaja, dengan menyebutnya dalam hati bukan
di lidah dalam keadaan telinga pula mendengar sebutan zikir tersebut. Zikir Ism
al-Dhat dilaksanakan berterusan sehingga ke peringkat salik berkenaan
terasa seolah-olah zikir yang diamalkan itu adalah muncul dari sirrnya
yang menyebut Allah… Allah…Allah.
Sudah pasti kesan zikir dan mujahadah
memerangi hawa nafsu sangat hebat pada jasmani dan rohani. Hati merasa sangat
takut kepada Allah dan seluruh jasad menggeletar, berasa sejuk
dan lemah. Bagaimanapun, rasa takut dan menggeletar itu tidak akan berterusan,
bahkan akan hilang dan bertukar menjadi sebaliknya. Seluruh anggota menjadi
lembut dan selesa, hati menjadi tenang. Fenomena ini ada disebutkan oleh Allah
S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud:
“...Menggeletar
seluruh anggota orang yang hatinya takutkan Tuhan mereka (Allah) ketika
mendengar ayat al-Quran yang menyebut keagunganNya, kemudian seluruh anggota
dan hati mereka menjadi lembut (selesa dan tenang) ketika mereka mengingati
Allah.”
(Surah al-Zumar, ayat: 23)
Ketika datang menemui Nabi s.a.w. buat
kali pertama di Gua Hira’, Jibril a.s menyampaikan lima ayat sahaja dari surah
al-‘Alaq iaitu ayat 1-5. Jibril a.s. mengajarkan amalan yang terkandung
di dalamnya, khususnya ayat 1 dan 3 yang memerintahkan baginda s.a.w. membaca
(menyebut dan mengingat) nama Tu- han Pencipta segala kejadian (Allah
al-Khaliq) dan Tuhan yang Maha Pemurah (Allah al-Akram). Menurut Shaikh
Ni’matullah al-Nakhjuwani, dalam kitab tafsirnya, Al-Fawatih al-Ghaibiyyah,
Allah S.W.T. memerintahkan Nabi s.a.w. menyebut dan mengingati terus menerus
nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Agung ke tingkat bismillah (dengan
nama Allah), Tuhan Maha Pencipta dan Maha Pemurah. Motif utamanya ialah untuk memperkasakan iman, meneguhkan
aspek kerohanian (al-basirah) sebagai persiapan memikul tugas yang amat
rumit dan berat sebagai nabi dan rasul.
Nabi s.a.w. merasai pengalaman zahir dan
batin yang luar biasa ketika ber‘uzlah, hatinya benar-benar takutkan
Allah, seluruh tubuhnya menggeletar serta kesejukan. Baginda s.a.w. segera
keluar dari Gua Hira’ kembali ke rumah. Sesampainya di rumah, baginda s.a.w.
segera berbaring kerana rasa menggeletar dan lemah lalu diselimutkan oleh
isterinya Khadijah r.a. Selepas sehari dua baharulah keadaan Nabi s.a.w.
berubah, hatinya menjadi tenang, tubuh badannya menjadi stabil (sihat dan
selesa), tidak menggeletar dan tidak lemah. Pengalaman baginda s.a.w. tersebut
adalah persis seperti yang Allah
sebutkan dalam ayat 23 surah al-Zumar
yang telah disebutkan di atas.
Allah S.W.T. juga
berfirman yang bermaksud:
“Iaitu
orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka.”
(Surah
al-Hajj, ayat: 35)
Oleh itu, mengingati Allah dengan erti
kata sebenar ialah apabila terzahir dalam kesedaran diri seseorang rasa wujud
Allah secara berkekalan, dan ingatan tersebut akan membuahkan perasaan takut
kepada Allah kerana sedar tentang sifat KeagunganNya (Jalal) di
samping timbul perasaan bermohon KeredaanNya sewaktu memandang
KesempurnaanNya (Jamal).
Apabila
hubungan antara ingatan fikiran dan emosi salik yang berzikir terjalin secara
utuh dan teguh, ia juga turut mempengaruhi fizikal salik tersebut. Hal
demikian telah dibayangkan oleh Allah dalam al-Quran sebagai menggeletar
seluruh anggota orang-orang yang takut kepadaNya. Sifat menggeletar seluruh
anggota tubuh dan begitu juga sifat lembut segala anggota adalah satu contoh
yang disebut secara langsung dalam al-Quran untuk menunjukkan wujudnya hubungan
antara fizikal, emosi dan ingatan fikiran dalam konteks mengingati Allah S.W.T.
Semakin teguh ingatan kepada Allah, semakin tinggi peringkat zikir yang
dicapai oleh seseorang salik.
Dari aspek lain, kepelbagaian peringkat zikir yang digambarkan berlaku
dalam praktik amalan berkenaan adalah juga diistilahkan sebagai tajalli Allah
terhadap hambaNya. Maksudnya Allah S.W.T. mengurniakan makrifah kepada hamba
dengan cara mengurniakan kefahaman tentang sebahagian daripada makna
Kesempurnaan, Kebesaran dan Keagungan Zat dan Sifat-sifatNya yang dapat
disaksikan (musyahadah) oleh hamba-hambaNya ketika berada di satu-satu
peringkat zikir tersebut.
Segala motif amalan zikrullah sebagai
wasilah membersih hijab hati akan
dicapai dengan sebaik-baiknya peringkat demi peringkat apabila ada bimbingan
shaikh mursyid. Mengamal- kannya tanpa bimbingan seorang shaikh yang tersebut
bermakna syaitanlah menjadi pembimbingnya. Nabi s.a.w. dibimbing oleh Jibril
a.s. sehingga tercapai seluruh motif jalan ‘uzlah. Para sahabat pula dibimbing oleh Nabi s.a.w. sehingga
mereka menjadi golongan ulul-albab. Adalah wajib mencari seorang shaikh
mursyid untuk tujuan tersebut.
Di samping itu, menerusi zikir dan mujahadah yang berterusan dalam kehidupan harian,
maka hilanglah kehendak hawa nafsu mempengaruhi
mereka sehingga Allah menyingkapkan hijab yang ada antaraNya dengan yang
mencintaiNya. Ketika itu Allah menunjukkan sebahagian rahsia-rahsia hakikat
kebenaranNya dan kasyafkan berbagai ilmu yang rahsia dan alam ghaib yang
tinggi. Malah, seseorang itu tidak akan dapat makrifah dan bersih
hatinya untuk musyhadah kepada Allah
yang dicintai kecuali dengan ber‘uzlah. Oleh yang demikian maka
nyatalah salahnya sesiapa yang menghukum bahawa ber‘uzlah itu amalan
palsu. Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk
mengkhusyukkan hati mereka dengan berzikrullah.”
(Surah al-Hadid, ayat: 16)
Allah
S.W.T. juga berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang bila
disebutkan nama Allah gementarlah hati mereka.”
(Surah
al-Anfal, ayat: 2)
Ber‘uzlah ini diperintahkan Allah S.W.T. ke atas Nabi
Musa a.s. sebagai persiapan baginda untuk mencapai kesempurnaan hati sebelum
menerima wahyu Allah S.W.T. di bukit Tur Sina’ iaitu ber‘uzlah selama 40
hari seperti firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Dan telah
Kami janjikan kepada Musa memberikan Taurat, sesudah berlalu waktu 30 malam dan
Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi) maka
sempurnalah waktu yang ditentukan Tuhannya empat puluh malam.”
(Surah al - A’raf, ayat: 142)
Diriwayatkan Nabi Musa a.s. telah menyatakan kepada umatnya Bani Israil, bahawa jika mereka berjaya
menghancurkan musuh-musuh mereka, yakni Fir’aun dan pengikut-pengi- kutnya
maka Allah akan menurunkan kitab Taurat
kepadanya. Setelah musuh kalah, maka Nabi Musa a.s memohon kepada Allah supaya kitab Taurat yang dijanjikan
diturunkan. Maka Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. ber‘uzlah di bukit Tur Sina’, Mesir selama 30 hari
dengan berpuasa dan memperbanyakkan zikrullah untuk membersihkan hati
baginda. Setelah cukup 30 hari, Nabi Musa a.s. merasa mulutnya berbau, maka
digosokkan giginya dengan sepotong kayu ‘khurnub’ dan sebahagian ahli
tafsir menyatakan bahawa Nabi Musa a.s. memakan daun ‘khurnub’ untuk menghilangkan bau mulutnya.
Maka Malaikat berkata kepadanya yang bermaksud: “Kami mencium bau kasturi dari mulutmu,
lantas kamu hilangkan (rosakkan) dengan menggosok gigi.”
Sesudah itu Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Musa
a.s. supaya berpuasa lagi selama 10 hari dan berfirman yang bermaksud:
“Tidak
tahukah kamu, wahai Musa bahawa bau mulut orang berpuasa itu di sisi Ku lebih
wangi dari bau kasturi.”
Nabi Musa a.s. berpuasa dan melaksanakan amalan
bersuluk pada bulan Zulkaedah selama
sebulan dan ditambah 10 hari pada bulan Zulhijjah.
Hadis riwayat Imam Bukhari yang bermaksud:
“Bahawa
Nabi s.a.w. adalah ber‘uzlah pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadan sehingga Allah mewafatkan
baginda, kemudian para isteri baginda
juga ber‘uzlah selepas itu (selepas kewafatan baginda).”
Masa
yang paling sempurna dan paling baik bagi sesiapa yang mahukan berjalan di
jalan Allah dan ber‘uzlah itu ialah selama 40 hari, kerana masa
tersebut adalah merangkumi semua masa yang disebutkan di atas itu. Tambahan
pula Nabi s.a.w. pernah yang bermaksud:
“Barangsiapa
(beramal) dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. selama 40 hari, nescaya
terpancarlah sumber-sumber hikmah dari hati ke lidahnya.”
Nabi s.a.w.
juga bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya
seseorang dari kamu itu dikumpulkan kejadiannya dalam perut (rahim) ibunya
selama empat puluh hari sebagai nuthfah (air mani). Lalu dalam masa empat
puluh hari berikutnya berubah menjadi alaqah (segumpal darah). Kemudian
setelah empat puluh hari berikutnya berubah menjadi mudhghah (segumpal
daging). Kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat yang diperintahkan
untuk meniupkan roh kepadanya, seraya
menuliskan empat perkara iaitu menetapkan rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya
dan ketentuan apakah ia tergolong orang yang celaka ataukah orang
berbahagia”
(HR Imam Ahmad)
Tarbiyah akidah menerusi berzikir dan mujahadah (ber‘uzlah)
untuk mengekang segala kehendak hawa nafsu terpaksa menempuh jalan yang amat
sukar, membahayakan, banyak sim- pang dan liku-likunya yang mana pasti
menyulitkan dan menyusahkan serta memerlukan pimpinan pembimbing rohani atau
shaikh mursyid. Kebiasaannya amalan ini dilaksanakan sekitar 7 hari, kemudian 21 hari dan 40 hari khususnya
untuk mendidik dan mengasuh para murid/salik berzikir dan mujahadah dengan
bersungguh-sungguh untuk membaiki
penyakit-penyakit hati, dan zahir dan
batin orang yang ber‘uzlah itu benar-benar mengadap Allah semata-mata. Oleh itu, sesetengah aliran tarekat mengambil hadis di
atas sebagai alasan kukuh untuk menjadikan sandaran bersuluk 40 hari. Namun sebenarnya jika
dikaitkan de- ngan sains penerangannya begini, mula-mula kita ambil dahulu ber‘uzlah
yang dilakukan 21 hari. Sesuatu amalan baik yang dilakukan selama 21 hari
berturut-turut akan kekal menjadi satu sikap atau kebiasaan.
Kenapa 21 hari? Jawapannya, dalam
tempoh 21 hari neuro connection dan neuro pathway akan menjadi satu jaringan
di otak serta membentuk satu sikap. Saraf otak mengambil masa paling minimum 21
hari untuk membentuk laluan kecil yang menjadikan sesuatu perbuatan sebagai
tabiat rutin. Jika berzikir dan
mujahadah memerangi nafsu yang kita lakukan
di dalam tempoh 21 hari itu, maka otak telah membina jaringan yang
menjadi sikap, iaitu berzikir terus menerus dengan hati yang hadir dan
khusyuk.
Dari 21 hari ber‘uzlah
dilanjutkan menjadi 40 hari untuk menjadi kesan yang lebih baik. Amalan 21 hari
bersuluk sekadar menjadi sikap tapi belum menjadi darah daging. Apabila hen- dakkan
berzikir itu menjadi darah daging, maka kena lakukannya selama 40
hari.
Alasan cukup baik, iaitu sesuatu
amalan baik yang diamalkan selama 40
hari maka ia akan menjadi setitis darah. Ia menjadi darah yang dilatih
menjadi taqwa iaitu bersih dari gang- guan syaitan atau iblis, mampu
mengendalikan nafsu, berterusan
berzikrullah dan sentiasa mengadap Allah
serta berpaling dari yang lain dariNya.
Kemudian dari ber‘uzlah 40 hari
tadi dilanjutkan pula menjadi 120 hari yang bersamaan dengan jangka hayat sel
darah. Selama 120 hari itulah darah yang telah diisi dengan berzikir dan
mujahadah akan beredar ke seluruh badan menjadi darah daging hingga ia sebati.
Maka selama 120 hari pula kita akan hidup dengan berzikir dan bertaqwa yang
lebih baik kesannya daripada ber‘uzlah yang dilakukan sepanjang 40 hari
yang telah lalu. Oleh itu, mujahadah ini
didorong oleh kehendak dan cita-cita untuk mendapat makrifah dengan
terbukanya hijab hati dan dapat musyahadah terhadap keagungan dan
kesempurnaan Allah ketika di dunia ini.
Pelaksanaan
Zikir Ism al-Dhat
menurut Imam al-Ghazali
Menurut keterangan al-Ghazali bahawa berzikir
menyebut nama Allah dalam hati boleh berlaku dalam tiga keadaan. Pertama,
menyebut lafaz Allah dalam keadaan memaksa (takalluf) atau melatih diri
supaya menyebutnya di lidah berserta dengan sebutan hati secara berulang-ulang.
Beliau juga menganjurkan sebutan lafaz Allah dengan hati tanpa dibantu oleh
sebutan di lidah.
Merujuk proses pelaksanaan zikir
tersebut, beliau mengulas bahawa seseorang murid perlu sentiasa mengekalkan
sebutan zikir Allah..Allah..Allah dengan lidah dan hati hingga ke peringkat
pergerakan lidah tidak aktif untuk menyebut lafaz zikir tersebut. Walau
bagaimanapun, salik ketika itu akan masih terasa seoalah-olah kalimah Allah
disebut-sebut tanpa bergantung sepenuhnya kepada pergerakan lidah. Al-Ghazali
menyarankan supaya seseorang murid itu berterusan berzikir dalam keadaan
demikian hingga pergerakan lidah benar-benar tidak aktif serta tidak lagi
terasa pada lisan sebutan kalimah Allah ketika itu. Pada peringkat
tersebut, zikir Ism al-Dhat secara sepenuhnya disebut dalam hati.
Peringkat peralihan daripada zikir lisan
kepada zikrul-Qalb, al-Ghazali menggambarkan seseorang salik di
peringkat ini, sebutan Allah di lidahnya terhenti dengan sendiri apabila
hati mula mempunyai kekuatan menyebut kalimah tersebut. Namun begitu, sewaktu
tumpuan ingatan salik tumpul ketika menyebut zikir tersebut dalam hati, lidah
kembali aktif bergerak-gerak menyebut
lafaz Allah bagi membantu hati menguatkan semula tumpuan ingatan kepada
Allah. Keadaan sedemikian akan berterusan berlaku berulang-ulang sehingga
salik tersebut benar-benar mencapai peringkat zikrul-Qalb (hati sudah
pun sebati dengan sebutan zikir tersebut).
Zikrul-Qalb pula merupakan satu
peringkat yang perlu dila- lui oleh salik dan dilaksanakannya secara
berkekalan. Zikir Allah.. Allah..Allah disebut dengan hati seolah-olah
kedengaran lafaz sebutannya di telinga serta tergambar dalam pandangan batin
huruf kalimah (Allah) mulia
tersebut. Keadaan demikian seharusnya berterusan sehingga lenyap lafaz sebutan
dan huruf kalimah daripada hati. Apabila seseorang salik mencapai tahap
tersebut ingatan hatinya akan hanya tertumpu kepada makna lafaz kalimah Allah,
iaitu Zat Tuhan Maha Esa.
Berdasarkan pengamatan beliau, petanda
ingatan hati berkekalan dalam keadaan menghadirkan makna kalimah itu ialah
apabila tidak ada lagi dalam hati segala lintasan fikiran dan ingatan selain
daripada Allah S.W.T. Selagi wujud sedikit ingatan atau lintasan kepada pekara
lain seperti hal-hal yang telah berlaku kepada diri, orang lain atau urusan
kehidupan dunia walaupun sejenak, ingatan hati ketika itu masih lagi dianggap
lalai terhadap Allah dan ia masih dikira satu kekurangan.
Peringkat ini merupakan satu peringkat
kritikal bagi salik kerana ia memerlukan satu penumpuan ingatan yang terfokus
hanya kepada Allah sahaja. Hal ini bermakna, selagi ada lintasan waswas dalam
hati datang sama ada dari pihak syaitan atau nafsu sendiri, maka proses zikir
akan terbantut kerana ia membuka ruang berfikir tentang perkara-perkara yang
menghilangkan tumpuan ingatan terhadap Allah.
Mempraktikkan zikir Ism al-Dhat sangat sukar kecuali melalui
proses khalwah serta melakukan latih tubi secara terus menerus yang mungkin
mengambil tempoh masa yang panjang
Ketiga-tiga keadaan zikir tersebut masih
lagi dianggap oleh al-Ghazali sebagai kulit luar (qishr) yang boleh
menyampaikan seseorang kepada inti sari zikir sebenar (al-lubb). Tahap
zikir di peringkat keempat yang digambarkan oleh al-Ghazali adalah sebagai al-fana’
(darjat ihsan) yang merupakan inti sari zikir sebenar yang menjadi
matlamat bagi zikir lisan dan zikir hati, iaitu penyaksian hamba terhadap
keagungan serta kesempurnaan Allah (shuhud) dan merasai kehadiranNya
dalam semua keadaan sekalipun berada di tengah-tengah urusan duniawi yang
diharus kan. Salik di peringkat ini tidak lagi menyebut lafaz Allah dengan lidah mahupun hati, bahkan penumpuan murid terhadap hati turut lenyap
kerana ketika itu tumpuan ingatan hati adalah hanya kepada Allah semata-mata secara
menyeluruh (al-istigh- raq). Malah rasa kasih terhadap urusan duniawi
pada hakikatnya merupakan satu pentajalian (tajalli) kesempurnaan
Allah yang tersirat disebaliknya, bukan pula kerana urusan itu.
Di samping itu, beliau berpandangan zikir
di peringkat empat merupakan kemuncak zikir yang berada dalam kemampuan usaha
dan iktiar seseorang murid. Usaha dan
ikhtiar yang di- maksudkan di peringkat tersebut ialah seseorang murid mampu
berusaha mengekalkan tumpuan ingatan hanya kepada Allah sebagaimana dia
mempunyai kemampuan menolak sedaya mungkin sebarang bentuk lintasan dalam
hati yang mengganggu kejituan terhadap ingatan terhadap Allah S.W.T. Urusan
seterusnya adalah diserah serta dipulangkan kepada Allah untuk melimpahkan
pelbagai rahmat dan kurnia kepada salik tersebut.
Kesimpulannya, sebutan zikir dalam
konteks ini adalah berbeza dengan ingatan kepada makna lafaz zikir yang
disebut. Oleh itu, selagi tumpuan hati salik kepada Allah ketika berzikir masih
tumpul atau dengan lain perkataan, masih banyak lintasan ingatan kepada
perkara-perkara lain, maka selama itu juga dia kekal berada di peringkat zikir
dalam erti kata menyebut serta mengulang-ulang lafaz zikir Ism al-Dhat.
Namun, setelah tumpuan ingatan kepada Allah menjadi kuat sehingga semua
pemerhatian serta pemusatan ingatan dan pancaindera tertumpu kepada makna
lafaz Allah semata-mata dan tidak lagi kepada sebutan lafaz, ketika itu
salik berkenaan mula dikatakan melangkah ke peringkat muraqabah atau
peringkat keempat yang dimaksudkan oleh al-Ghazali.
Ibn
Khaldun menegaskan tentang kesempurnaan mujahadah yang dicapai seseorang
salik itu mestilah sampai kepada maqam fana’ fillah dan baqa’ billah,
iaitu ia akan menghadapi pengalaman rohani yang merupakan dhawqiyyah
atau rasa rohani yang tidak dapat diceritakan atau dituliskan dalam kitab.
Perkara-perkara dhawqiyyah tersebut hanya dapat diketahui oleh shaikh mursyid
yang biasa mengalaminya. Oleh itu
apabila salik mendapat pimpinannya tentulah ia akan dapat mengetahui
dan membezakan berbagai-bagai hakikat dhawqiyyah yang telah dilaluinya
itu. Tanpa pimpinan shaikh mursyid, menurut
Ibn Khaldun amalan mujahadah salik itu akan menjadi sia-sia, baik di
peringkat permulaannya mahupun di peringkat akhirnya.
Contoh orang yang telah sempurna ber‘uzlah
adalah seperti Imam Al-Ghazali. Ini dapat kita ketahui dari perkataan yang
diucapkan oleh beliau sendiri. Beliau, antara lain menyebutkan:
“Aku
meninggalkan Baghdad menuju ke Naisabur pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah.
Ini bermakna aku telah berkhalwah (ber‘uzlah) sebelas tahun lamanya.”
Imam
Al-Ghazali pergi ke Naisabur kerana diperintahkan oleh wazir dari Dinasti
Saljuq yang berkuasa pada masa itu iaitu Nazzam al-Malik, supaya beliau
membasmikan satu penyelewe- ngan ajaran agama yang sedang berlaku di sana. Beliau
merasakan setelah berkhalwah selama
sebelas tahun itu barulah dirinya layak dan sesuai menjalankan tugas dakwah.
Didasarkan kepada pengalaman berkhalwahnya (selama 11 tahun) itu,
maka Imam Al-Ghazali menyimpulkan bahawa kesempurnaan hati/akidah tidak dapat
dicapai menerusi pemahaman ilmu Kalam
dan teori Tauhid Wahabi. Kata beliau:
“Maka
makrifah (kenal) kepada Allah S.W.T.,
sifat-sifatNya, perbuatanNya dan semua yang kami nyatakan dalam topik
‘Ilm Mukhasafah (terdahulu) tidak mungkin boleh dicapai oleh seseorang
menerusi (mempelajari) ilmu Kalam. Bahkan kemungkinan besar ilmu Kalam
tersebut menjadi penghalang utama yang menghijabkan seseorang daripada mengenal
Allah S.W.T. Sebaliknya, cara sebenar (untuk mengenal Allah) ialah melalui
amalan mujahadah (bersungguh-sungguh berzikrullah) yang telah dijadikan Allah
S.W.T. sebagai permulaan bagi hidayatNya.”
Sebab itu tokoh ulama khalaf yang terkenal, Imam Shafi’i yang pernah
ditarbiyahkan dengan jalan khalwah
ini menyebutkan:
“Sesiapa
yang mahu Allah S.W.T. bukakan pintu hatinya (kesempurnaan hati) dan diberi ilmu (secara laduni atau dhawqi)
maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur
dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan serta tidak
ada adab (menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah/tarekat Tasawuf).”
Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah dihuraikan di atas, maka amat
jelas bahawa riadah atau latihan
kerohanian (berzikir dan mujahadah) adalah merupakan amalan biasa yang
menyeluruh dalam kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal. Mereka
memahami bahawa kesempurnaan hati/akidah atau makrifah (kenal) terhadap
sifat-sifat Allah dan af’alNya tidak
dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar), malah ianya menjadi hijab pada hati
tanpa disedari. Golongan inilah yang disifatkan oleh Imam Shafi’i sebagai
golongan yang bodoh dan tidak mempunyai keinsafan kerana mengabaikan jalan ‘uzlah walaupun pada zahirnya mereka berilmu (ulama
Fuqaha).
13.
Pendidikan Moden Berasrama
Penuh Selaras Dengan
Amalan Ber‘uzlah
Nabi
s.a.w. ber‘uzlah di gua Hira’ selama 36 bulan sehinggalah datangnya
wahyu seperti yang diriwayatkan di dalam kitab Sahih al-Bukhari. Amalan tersebut juga diasaskan kepada ber-
suluk empat puluh hari empat puluh malam yang dilakukan oleh Nabi Musa di bukit Tur Sina’, seperti yang
disebutkan kisahnya di dalam al-Quran. Al-Quran bukan sekadar
menceritakan perkara menarik yang berlaku dalam kalangan umat yang
terdahulu semata-mata, tetapi merupakan pengajaran untuk dijadikan pedoman
hidup kaum Muslim di sepanjang zaman. Tiada gunanya disibukkan diri dengan berceramah
atau membaca berulang-ulang kali tentang sejarah ber‘uzlah Nabi
s.a.w. yang masyhur itu tanpa mahu mengamalkan sunnah baginda
(ber‘uzlah) itu. Amalan ‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’ selama
beberapa tahun yang dipimpin oleh mursyid baginda, Jibrail a.s. merupakan asas
ilmu Akidah Islam dalam mentarbiyyah (akidah) para sahabat untuk mencapai
kesempurnaan aspek rohani. Di zaman yang awal itu tidak ada kitab-kitab ilmu
Kalam, teori Tauhid Wahabi, kitab-kitab Tasawuf, tafsir al-Quran, kitab-kitab
Fiqah dan sebagainya yang digunakan baginda untuk menghuraikan proses penyucian jiwa (rohani, iaitu akidah) dalam bentuk teori atau matlumat.
Maka
jadilah sejarah tarbiyah penyucian jiwa (ber‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua
Hira’) itu sekadar tersebar sekitar
teori, iaitu dalam bentuk lisan atau ia tidak lebih dari longgokan maklumat
yang tidak membawa faedah malah lebih banyak mengkhayalkan dan menghiburkan
sahaja. Malahan proses tarbiyah
ini bukanlah seperti yang digambarkan oleh golongan ahli zahir terhadap golongan
Tasawuf seolah-olah mereka (golongan Tasawuf) mengerjakan amalan ini di
sepanjang hayat dan mengabaikan segala amal ibadat.
Jelas sekali menggambarkan
kejahilan atau buta mata hati golongan ahli zahir yang tidak dapat meneliti kepentingan dan keutamaan amalan ber‘uzlah (Nabi s.a.w.) ini sebagai asas ilmu Akidah Islam untuk
penyucian jiwa setiap individu Muslim. Tarbiyah (berzikir dan mujahadah) inilah
yang dilaksanakan oleh baginda ke atas para sahabat selama lebih sebelas tahun di
kota Makkah untuk mencapai kesempurnaan akidah (darjat ihsan). Sebab
itulah jalan mengenal dan membaiki segala penyakit-penyakit hati melalui
amalan (ber‘uzlah) ini adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim. Oleh yang
demikian, maka nyatalah salahnya sesiapa yang menghukum bahawa jalan tarbiyah
ini merupakan amalan palsu. Mereka sentiasa membuat tuduhan liar dan
memfitnah golongan yang ber‘uzlah ini sebagai sesat dan bid‘ah. Malah,
golongan ahli zahir tidak menyedari bahawa tasawwur Akidah al-Quran (Islam)
merupakan akidah yang bersifat fitrah (penyucian jiwa/roh). Al-Quran tidak
memaparkan konsep tasawwur dalam akidah itu di atas asas falsafah atau mantiq
ataupun dalam bentuk teori ketuhanan (ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi),
kerana konsep seumpama itu adalah hasil ciptaan dan rekaan manusia.
Umat
Islam perlu menerima hakikat bahawa Nabi s.a.w.
ber‘uzlah beberapa tahun di Jabal Nur merupakan latihan amalan kerohanian (tarbiyah hati)
menerusi berzikir mengingati Al- lah dan bermujahadah memerangi nafsu. Nafsu
ini menjadi benteng teguh atau hijab di antara manusia dengan Tuhan Maha
Pencipta. Menjadi penghalang kepada mereka untuk mengham- pirkan diri kepada
hadrat (rahmat) Allah. Seterusnya, seseorang yang berzikir dan mujahadah itu
lama kelamaan hijab hati orang itu akan dibukakan oleh Allah. Apabila hijab
hati terbuka, maka hati bukan hanya hidup dan terjaga, tetapi pandangan mata
hati (basirah) akan menjadi terang dan dapat musyahadah terhadap
apa-apa yang Allah SWT kehendaki atau kurniakan kepadanya.
Begitulah sukarnya proses tarbiyah akidah yang dilaksanakan oleh Nabi
s.a.w. di kota Makkah selama lebih sebelas tahun merupakan tarbiyah proses
penyucian jiwa para sahabat bertujuan mencapai hakikat makrifatullah semata-mata tanpa perintah mengerjakan
segala amal ibadat. Para sahabat
menjelaskan kepada tabi’in tentang
jalan tarbiyah (akidah) yang dilaksana- kan oleh baginda itu dengan
katanya:
“Kami pada
zaman Rasulullah s.a.w., baginda s.a.w. mengajar kami iman, kemudian mengajar
kami Al-Quran (hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran) maka bertambahlah
iman kami dan akan sampai suatu zaman di
mana orang ramai mem- pelajari (hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran)
tanpa mempelajari iman.”
Dari
fakta-fakta yang diterangkan di atas, amat jelas menunjukkan bahawa ber‘uzlah atau mengasingkan
diri dalam tempoh tertentu yang
dilakukan oleh Imam Al-Ghazali dan golo- ngan Tasawuf adalah sama dengan sistem
pendidikan berasrama penuh atau maahad tahfiz al-Quran masa kini. Pengasingan
para pelajar adalah untuk menumpukan
sepenuh perhatian kepada proses pembelajaran supaya ianya berjalan lancar dan
sempurna, iaitu menjauhi gangguan dan kesibukan masyarakat luar untuk tujuan
mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan atau menghafaz al-Quran.
Begitulah tujuan utama jalan ‘uzlah adalah untuk menumpukan kepada
latihan amalan kerohanian (berzikir dan mujahadah) bertujuan mendapat makrifah
dengan terbukanya hijab hati dan dapat musyahadah terhadap keagu- ngan
dan kesempurnaan Allah ketika di dunia
ini. Ini adalah kerana nafsu amarah manusia sangat menyuruh kepada kejahatan
dan sukar untuk ditundukkan kecuali
dengan adanya suatu pendorong yang kuat (ber‘uzlah) bagi
memecahkan runtunan nafsu dan menakutkannya. Ketika itu, barulah seseorang
bersedia untuk akur kepada perintah Tuhannya. Ternyata jalan tarbiyah (ber‘uzlah)
ini bukanlah bertujuan menjauhkan diri dari segala bentuk kehidupan harian atau
mengabaikan semua amal ibadat. Malahan mereka tidak memisahkan diri dengan
manusia dan duniawi.
Dengan
itu dapatlah disimpulkan bahawa tempoh
Nabi s.a.w. ber‘uzlah
selama 36 bulan di Jabal Nur merupakan
suatu jangkamasa yang singkat dan mampu juga dilaksanakan oleh
se- tiap individu Muslim dewasa ini untuk
mencapai hakikat makrifatullah (kesempurnaan akidah). Tempoh
pembelajaran (asrama penuh) selama 5 tahun untuk menghadapi peperiksaan
SPM telah berjaya melahirkan para
pelajar cemerlang dan kita semua mengkagumi kejayaan proses pembelajaran (mengasingkan
diri) itu. Begitu juga Imam Al-Ghazali mengambil masa selama 3 tahun ber‘uzlah di Masjid Umawiy, di kota
Damsyik (Syam) dan selama 8 tahun di Baitul Maqdis menerusi berzikir dan bermujahadah memerangi nafsu
seharusnya menjadi perbandingan dan renungan kita tentang keutamaan amalan ‘uzlah
itu sebagai suatu kewajipan (tarbiyah akidah) bagi setiap Muslim yang ingin
sampai kepada mengenal Allah hingga ke
darjat ihsan yang tanpanya
mengenal Allah akan hanya terhasil di peringkat al‘abrar (para Mukmin)
sahaja dan tidak mungkin mencapai tahap al-muqarrabin atau al-muhsinin
(para Mukmin yang hampir dengan rahmat Allah).
Umumnya, umat Islam masa kini sedang menderita akibat rosak akidah
(menafikan Akidah al-Quran, iaitu memperbanyakkan berzikir mengingati Allah).
Tanpa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf , hakikat penghayatan kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai
dengan sebenar-benarnya. Akibat fenomena “kekeliruan berakidah” ini, mereka tidak bersatu padu, berkrisis sesama sendiri
dan mengalami pelbagai penyakit sosial. Dari segi keruntuhan akhlak, masyarakat
Islam seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah
(yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada
mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah
al-‘An’am, ayat: 91)
Manakala akibat lemah “ilmu fardu kifayah” umat Islam ketinggalan
dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain lagi. Umat
Islam tidak lagi menjadi khalifah di dunia tetapi menjadi “Pak turut” kepada
dunia Barat. Pencerobohan Afghanistan dan Iraq misalnya, turut dsokong oleh
negara-negara Islam yang tunduk kepada Amerika. Kenapa terjadi demikian?
Sebab, umat Islam tidak ada kekuatan senjata, ekonomi, media dan sebagainya.
Hakikatnya, Akidah al-Quran yang sebenar dalam diri perlu diterjemahkan
dalam sistem hidup yang sempurna yang menuntut pelaksanaan peraturan Allah
sebagai cara hidup yang lengkap. Allah S.W.T. menjelaskan falsafah dan
pelaksanaan sistem hidup Islam yang merangkumi bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial, perundangan dan sebagainya. Akhirnya terbentuklah tamadun
rohani dan kemanusiaan (duniawi) yang bersepadu dalam masyarakat Islam di zaman
yang awal itu hingga menjadi sebuah negara Islam hingga layaklah mereka menjadi
payung kepada bangsa-bangsa lain di dunia selepas itu. Ketika umat Islam terus
mara ke hadapan dengan pelbagai kemajuan dalam bidang ekonomi, ilmu,
pendidikan, ketenteraan dan sosial, mereka (para sahabat, tabi’in dan
al-salaf) terus menguatkan aspek rohaniah (amalan kerohanian Islam) dan
memiliki sifat taqwa yang tinggi dan akhlak yang mulia. Dengan itu hati mereka tidak
terpaut dengan kekayaan, kuasa dan kemasyhuran walaupun segala-galanya sudah
berada di tangan mereka.
Salah
faham berakidah yang serius sedang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam
dewasa ini sehingga majoriti ummah mempunyai tasawwur yang salah terhadap
Akidah Islam. Aki- batnya, berlaku kecenderungan majoriti umat Islam melihat
Islam terhadap aspek Syariat Islam semata-mata dengan membelakangkan aspek
akidah (amalan zikir mengingati Allah terus menerus), sedang berlaku secara
berleluasa.
Oleh
itu, salah faham berakidah ini mengakibatkan salah laku. Dan salah laku ini
menyebabkan berlakunya kelemahan di kedua-dua aspek, iaitu aspek rohaniah dan
kemanusiaan (duniawi). Dari segi rohaniah, umat Islam rosak akidah, berpecah
belah, dilanda berbagai maslah sosial, jenayah, keruntuhan akhlak,
kezaliman, rasuah dan sebagainya. Manakala dari segi material dan kemanusiaan
pula, pencapaian umat Islam dalam bidang ekonomi, sains, teknologi, ketenteraan
dan lain-lain masih jauh terbelakang.
14.
Golongan Tasawuf Tanpa Menjalani
Proses Ber‘uzlah
Inilah golongan majoriti pengikut Tasawuf masa kini. Mereka tidak ditarbiyahkan
menerusi berzikir dan mujahadah (ber- ‘uzlah). Sebaliknya, mereka hanya
menumpukan kepada pema- haman atau hujah-hujah ilmu Tasawuf oleh para muallim
(pe- ngajar/guru) di majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama selepas solat
fardu. Kitab-kitab karangan tokoh-tokoh tasawuf terkenal seperti Imam
Al-Ghazali, Shaikh Abd Qadir al-Jailani, Ibn ‘Ata-illah dan sebaginya sentiasa
menjadi tumpuan dan pemerhatian golongan ini di dalam hujah-hujah atau
penghuraian yang tiada penghujungnya.
Tanpa
disedari mereka bahawa ilmu Tasawuf yang tertulis dalam kitab-kitab Tasawuf
dikira tergolong ke dalam ilmu zahir, kerana ia boleh difahami dengan membaca
dan mempelajari dari seseorang muallim (pengajar/guru). Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa yang tergolong
ke dalam aspek ilmu dan amalan batin/rohani ialah apa yang berkaitan dengan
hakikat penghayatannya (amalan rohani) sahaja. Sebagai misal, Allah S.W.T.
itu disebutkan dalam kitab-kitab Tauhid bersifat wujud, berkuasa, berkehendak,
berilmu dan sebagainya. Semua maklumat tersebut adalah zahir sifatnya. Aspek
rohaninya ialah bagaimana perasaan seseorang itu ketika ia benar-benar
menghayati maklumat-maklumat tentang berbagai-bagai sifat Allah S.W.T. itu
setelah hijab hati dibersihkan dan penyakit-penyakit hati dapat dipulihkan menerusi amalan ber‘uzlah.
Begitulah juga berbagai-bagai sifat-sifat mazmumah (tercela) dan
sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang dihuraikan dalam kitab-kitab
Tasawuf itu merupakan aspek zahir
dari ilmu dan amalan batin/rohani. Aspek batin/rohaninya ialah rasa dalam
penghayatannya yang sebenar iaitu sifat taqwa sebenar dan akhlak mulia yang
dicetuskan dari dorongan sifat-sifat tersebut yang terhasil melalui berzikir
dan mujahadah yang bersungguh-sungguh.
Golongan ini terus khayal dan leka dengan pemahaman kepada
diskusi-diskusi atau hujah-hujah ilmu Tasawuf
yang mendalam yang diistilahkan
sebagai mencapai makrifah kepada Allah S.W.T. Mereka seperti ‘wartawan
Tasawuf’ atau ‘pengulas Tasawuf’ yang sarat dengan pemahaman
hujah-hujah ilmu Tasawuf tetapi memiliki hati yang mati (kesesatan). Tanpa mereka sedari bahawa kebenaran hakiki dan jalan menuju keredaan Allah bukan
sekadar maklumat atau pengetahuan tentangnya dalam bentuk teori, iaitu
sekadar membuka dan menutup kitab-kitab Tasawuf yang hanya membentuk
pengetahuan yang berlegar-legar di kepala dalam bentuk
pemikiran semata-mata, iaitu gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah. Kejahilan
ini menyebabkan ilmu dan amalan terekat Tasawuf gagal difahami dengan sebenar-benarnya
dan hakikat penghayatan kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai
dengan sebaik-baiknya.
Para
muallim (guru/pengajar) mazhab ini ibarat doktor yang mengajar tentang penyakit
kencing manis kepada pesakit tetapi mereka sendiri tidak mengetahui bagaimana
cara merawat penyakit itu. Mereka merupakan golongan pengkagum kepada hujah-hujah ilmu Tasawuf yang tiada
noktah tanpa menyedarinya padanannya
iaitu alam rohaniah yang tidak mampu dilihat atau dicerap oleh akal. Mereka
mempersulitkan diri dengan berusaha mentafsir dan menghuraikan ilmu Tasawuf dengan hujah-hujah yang mendalam seolah-olah
keyakinan akal yang dipupuk itu sudah cukup untuk mereka sampai kepada makrifah
(mengenal) Allah (tanpa berzikir dan mujahadah, iaitu mengabaikan dan
menafikan amalan ‘uzlah). Sebab itulah
kebanyakan umat Islam dewasa kini tidak dapat memahami dan mengamalkan
ilmu dan amalan tarekat Tasawuf yang sebenar-sebenarnya. Oleh itu, kerana
kejahilan mereka itulah mereka menganggap diri mereka itu sebagai ahli
Tasawuf yang sebenar-benarnya.
Imam Malik bin Anas berkata:
“Penganut bid’ah ialah
orang-orang yang membicarakan masalah nama-nama Allah, sifat-sifat Allah,
kalam Allah, ilmu Allah dan qudrah Allah. Mereka tidak mahu bersikap diam
(tidak memperdebatkan) hal-hal berkaitan sebagaimana para sahabat dan tabi’in
yang tidak membicarakannya.”
Shaikh Abd Wahab al-Sya'rani (w. 973 H.) seorang tokoh tasawuf yang
terkenal menjelaskan tentang kegagalan jalan tarbiyah akidah yang mengabaikan
jalan ‘uzlah. Kata beliau:
"Tidaklah
memadai tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ini sekadar mendengar
kisah-kisah dan pengalaman tokoh-tokoh tasawuf tanpa dia sendiri melalui
(merasai) makam-makam kerohanian (darjat hati). Dengan menceritakan kisah-kisah
atau ungkapan kerohanian yang luar biasa tokoh-tokoh tersebut seolah-olah
mereka sendiri mengalaminya. Ini merupakan pengkhianatan dan kemunafikan di
dalam tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Kemudian dia akan menghafal,
misalnya 'Risalah al-Qusyairi' atau beberapa pengetahuan tokoh-tokoh Tasawuf iaitu sekadar memiliki ilmu yang dihujahkan (berteori). Mereka ini hanya
penghafal ilmu bukan ditarbiyahkan dengan jalan bermujahadah (memerangi
nafsu)."
15. Ajaran
Sesat
Apabila isu ajaran sesat kerap kali dihebohkan di media masa, maka
perkara utama yang sentiasa terlintas pada pemikiran orang ramai adalah
berkaitan dengan kumpulan/pengikut
ajaran ilmu sesat yang dikaitkan
dengan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Isu ajaran (sesat) inilah yang sentiasa bermain pada pemikiran
umat Islam apabila dibicarakan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Oleh itu,
segelintir ajaran sesat yang muncul dalam masyarakat Islam masa kini
di bawah nama tarekat Tasawuf itu
bukanlah menjadi alasan kita untuk terus menolak amalan ini kerana Akidah
al-Quran secara jelas dan terang telah menggambarkan suatu kewajipan setiap
individu Muslim melaksanakan amalan zikir yang terus menerus dan mujahadah
sebagai proses pemurnian jiwa dan pembentukan akhlak mulia.
Hakikatnya, ajaran sesat itu
bukanlah menggambarkan aliran
tarekat Tasawuf yang muktabar kerana ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini
merupakan jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui
berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah
itu untuk mencapai sifat taqwa dan akhlak yang mulia.
Adalah tidak wajar apabila disebut
ilmu dan amalan tare- kat Tasawuf
(zikrullah), kita terus mengaitkan amalan ini dengan ajaran ‘Guru Yahya’,
ajaran ‘Ayah Pin’, ajaran ‘Rasul Me- layu’, ajaran kalimat sakti, ajaran budi
suci, golongan anti hadis dan pelbagai aliran atau fahaman ataupun kumpulan
yang menyeleweng dari syariat yang dilabelkan dengan nama tarekat
Tasawuf. Tegasnya, tanpa ilmu dan amalan
zikrullah (tarekat Tasawuf) seseorang Muslim itu hanya mampu beriman kepada
Allah secara ikut-ikutan sahaja dan hakikat penghayatan kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai
dengan sebenar-benarnya.
Golongan ini sentiasa mengabaikan
kewajipan mengerjakan segala amal ibadat. Mereka berbangga dengan hujah-hujah ilmu Tasawuf yang lebih dikenali
dengan ilmu hakikat atau makrifah.
Golongan ini terus terjerumus ke dalam
medan perdebatan dengan pelbagai hujah-hujah yang mendalam atau ungkapan
kerohanian yang luar biasa yang diucapkan oleh tokoh-tokoh Tasawuf Islam. Mereka menumpukan kepada simbol-simbol atau isyarat-isyarat kepada
hakikat tersembunyi. Mereka berpegang kepada maksud batin/rohani yang
disandarkan dari makna-makna zahir al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Makna-makna itu tidak diketahui oleh
orang-orang awam secara nyata dan di sisi orang berakal merupakan simbol-simbol
atau isyarat-isyarat kepada hakikat tersembunyi. Orang-orang yang tidak
menggunakan akal untuk mengetahui
rahsia-rahsia, batin-batin dan makna-makna yang dalam dianggap berada di
bawah belenggu taklif-taklif syarak. Sebaliknya, bagi sesiapa yang meningkat
pengetahuannya kepada ilmu batin maka gugurlah taklif ke atasnya dan bolehlah
mereka beristirehat dari bebanan-bebanan mengerjakan amal ibadat. Mereka juga
memusatkan perhatian kepada pelbagai masalah dan menyelami pendapat-pendapat
yang aneh kerana jiwa manusia sentiasa cenderung kepada perkara yang
pelik-pelik.
Isu
pengabaian atau kekeliruan terhadap dua aspek utama agama iaitu Syariat dan
Akidah Islam (berzikir kepada Allah)
telah dijelaskan oleh tokoh Islam yang terkenal di kurun kedua Hijrah,
Imam Malik bin Anas. Beliau telah menegaskan perkara ini dengan berkata;
“Sesiapa
yang beramal ibadat tanpa bertasawuf
(tanpa berzikir kepada Allah),
sesungguhnya ia telah menjadi fasik dan sesiapa bertasawuf (berzikir
kepada Allah) tanpa beramal ibadat, sesungguhnya ia telah menjadi zindiq
(penyeleweng agama) dan sesiapa yang
telah menggabungkan antara tasawuf (berzikir kepada Allah) dan amal
ibadat sesungguhnya ia telah mencapai hakikat (kebenaran).”
Hujjatul Islam dan Hujjatul Tasawuf yang terkenal, Imam al-Ghazali
menjelaskan tentang penyimpangan golongan yang mengabaikan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w. dengan katanya;
“Ketahuilah
bahawa penempuh jalan Allah S.W.T. sangat sedikit jumlahnya, tetapi yang
mengakuinya adalah banyak sekali. Kami akan memperkenalkan dua tanda kepada
anda. Pertama, semua tindakan ikhtiarnya ditimbang dengan timbangan syarak.
Sebab tidak mungkin yang menempuh jalan ini kecuali setelah mempraktikkan apa
yang disyariatkan. Tidak sampai ke tahap itu kecuali orang yang mengajarkan sejumlah amalan
sunnah. Kerana itu, bagaimana mungkin akan sampai ke peringkat tersebut bagi
orang yang mengabaikan amalan-amalan fardu.”
Shaikh Abdul Wahab al-Sya’rani menegaskan tentang ilmu Tasawuf yang
diasaskan di dalam batas-batas Syariat Islam
dengan katanya:
“Orang yang
mengelokkan pengamalannya akan tahu bahawa tidak ada satu pun ilmu dan amalan
tarekat Tasawuf yang terkeluar dari batas-batas syariat. Bagaimana boleh
terkeluar, sedangkan syariat itu sendiri merupakan anak tangga bagi mereka
untuk menuju ke hadrat Allah S.W.T.”
Seorang tokoh Tasawuf yang terkenal, Shaikh Sahl
al-Tausari menjelaskan tentang prinsip ilmu tasawuf dengan berkata:
“Prinsip
jalan kami ada tujuh, iaitu berpegang
pada al-Quran, mengikuti Rasul, memakan yang halal, mencegah yang menyakitkan, menghindari kemaksiatan, selalu bertaubat dan menyampaikan hak.”
Selain
dari mengabaikan Syariat Islam atau ingkar mengerjakan amal ibadat, golongan
ini juga mempertikaikan kedudukan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w., menghina
peribadi Nabi s.a.w. dan sebagainya.
Sesetengah ajaran sesat itu juga mendakwa bahawa amalan mereka itu di ambil terus dari Nabi s.a.w.
Dalam amalan dan pelaksanaannya, kebiasaannya pemimpin ajaran itu biasanya
menokok tambah bentuk amalan berzikir dan bersuluk yang diasaskan dari tarekat
Tasawuf yang mu’tabar (boleh
diterima pakai). Ada juga setengah-tengah kumpulan itu berzikir di bilik khas
dalam keadaan bercampur antara lelaki dan perem- puan yang bukan muhrim dan sebagainya, tanpa mereka
memahami bahawa inti pati dalam
tarbiyah amalan (tarekat Tasawuf) ini adalah bermujahadah memerangi nafsu
sebagai satu instrumen penting untuk
mencapai sifat taqwa dan kemuliaan akhlak.
Pada
peringkat awal ini juga, para pengikut dijanjikan dengan pelbagai kelebihan
dan keistimewaan, seperti dijamin masuk syurga, diampunkan dosa dengan cara
menebusnya melalui bayaran tertentu, terselamat dari soal jawab di dalam kubur
dan sebagainya. Mereka berselindung dengan menggunakan nama tarekat Tasawuf
yang masyhur seperti tarekat Nasyabandiyyah, tarekat Sammaniyyah,
tarekat Ahmadiyyah, tarekat Shadhiliyyah, tarekat ‘Alawiyyah,
tarekat Qadiriyyah, tarekat Tijaniyyah dan sebagainya. Guru
tersebut memainkan peranan untuk memesongkan pemikiran para pengikutnya
sehingga menafikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan atau melakukan ibadat
itu dengan hanya dengan niat, menafikan kewajipan mendirikan solat fardu,
menafikan kewajipan berzakat atau zakat memadai dengan mengeluarkan zakat
kepada ketua atau guru, tidak perlu mengerjakan ibadat haji di kota Makkah atau
cukup sekadar dengan membayar sejumlah wang yang tertentu kepada guru
sebagai ganti, dan boleh mengerjakan
ibadat haji di tempat lain selain kota Makkah. Kebiasaannya pengikut ajaran
sesat ini tidak berpandukan kepada kitab-kitab Tasawuf yang dikarang oleh
tokoh-tokohnya yang terkenal seperti Shaikh al-Junaid, Shaikh Abd. Qadir
al-Jilani, Imam Al-Ghazali, Ibn Arabi, Ibn Khaldun dan sebagainya. Mereka
menghayati ilmu ini hanya sekadar berpegang kepada ‘kata tok guru’, ‘kata
ustaz’, dan sebagainya atau yang didengar dari seorang ke seorang, bukannya
dirujuk atau dibaca dalam kitab-kitab yang mu’tabar, lantas berlakulah pelbagai salah faham dan penyelewengan dalam hal ini.
Kita
harus menerima hakikat bahawa apa jua bidang ilmu dan amalan Islam masa kini
telah dicemari dengan pelbagai kesalahan atau penyelewengan. Tidak adil
masyarakat mengait- kan ajaran sesat dengan amalan tarekat Tasawuf semata-mata.
Penyelewengan besar juga berlaku dalam
aspek akidah tanpa disedari oleh umat Islam dewasa ini (fenomena
‘kekeliruan berakidah’) sehingga munculnya pelbagai mazhab akidah ahli zahir
yang diasaskan menerusi hujah-hujah dan
debat yang tercela (ilmu Kalam dan teori
Tauhid Wahabi). Golongan ini menafikan Akidah al-Quran (amalan zikir
mengingati Allah) yang menyampaikan
seseorang kepada mengenal Allah (tonggak utama dalam Akidah Islam) dengan
berpegang kepada ilmu Akidah reka cipta itu. Penyelewengan juga berlaku dalam
ilmu Hadis sehingga adanya hadis maudu’ dan kumpulan anti-Hadis. Begitu
juga dalam ilmu tafsir yang mana adanya tafsir Israiliyyat, penyelewengan
tafsir dari kaedah bahasa Arab, tafsir mengikut nafsu sendiri atau pengampu
pemerintah. Aliran-aliran fikrah Islam tidak terkecuali dari perpecahan
disebabkan penyelewengan dalam pentafsiran jihad dan dakwah.
Oleh
kerana yang menyuarakan isu ini adalah para ulama dan ilmuwan ahli zahir yang menjadi pegawai
agama, pendidik, pendakwah dan
sebagainya, maka ini merupakan peluang
yang sebaik-baiknya bagi mereka untuk terus memfitnah dan menakutkan orang
ramai supaya menjauhi ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Seharusnya para ulama atau pegawai agama itu perlu
mengeluarkan suatu garis panduan yang
jelas bagi menyelaraskan aktiviti ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini memandangkan amalan zikrullah
merupakan amalan yang disyarakkan Islam (termaktub dalam al-Quran dan Hadis
Nabi s.a.w.) sebagai satu instrumen penting dalam mencapai makrifah
Allah, dan bukannya terus menerus memfitnah dan menakutkan orang ramai supaya
menjauhi amalan ini. Malahan, golongan ulama ahli zahir itu disifatkan oleh
Imam Al-Ghazali sebagai ‘ulama kaku’, mereka kehilangan unsur penting dalam
dirinya iaitu ‘unsur kerohanian yang ghaib’ menjadi penghalang kepada mereka
untuk memahami rahsia di sebalik ilmu dan amalan tarekat Tasa- wuf.
Tanpa
mereka (golongan ahli zahir) sedari
bahawa praktik amalan tarekat Tasawuf merupakan himpunan pelbagai ijtihad
yang dilakukan oleh para tokoh Tasawuf dahulu dan kini berpandukan metode
pengambilan hukum yang diiktiraf oleh Syarak. Pelbagai adab yang
diketengahkan oleh tokoh Tasawuf merupakan satu proses untuk mencapai salah satu tuntutan Syarak, iaitu memperbanyakkan berzikir
mengingati Allah dengan erti kata sebenar. Sejajar dengan itu, mereka berijtihad
membentuk beberapa adab tertentu dan aturan amalan dalam praktik amalan zikir
bagi memastikan matlamat Syarak (khusyuk hati terhadap Allah) terhasil. Oleh
demikian, semua adab yang terdapat dalam amalan yang terhasil dari ijtihad
mereka adalah merupakan amalan ibadat yang disyarakkan sebagaimana pelbagai
amalan iba- dat lain yang disyarakkan menerusi ijtihad para ulama.
4 comments:
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...... izinkan saya print ilmu yg cukup berharga ini... Semoga Allah merahmati dan redha terhadap saudara dan keluarga di dunia dan di akhirat.... Aamiin
rujukan mana satu yaaa
How to make money with poker? - Work-to-Earn Money
How to 순천 출장안마 make money · The basic 제주 출장안마 way to play poker is to pick หาเงินออนไลน์ a winner and win a 오산 출장마사지 lot 파주 출장마사지 of money.
Assalaamualaikum wbt
Allahu Alhamdulillaah jzkk atas perkongsian ilmu mohon share dlm pelbagai cara moga diterima sebagai amal soleh Aamiin Allahumma Aamiin
Post a Comment