PENYELEWENGAN DAN KEZALIMAN WAHABI (TEORI TAUHID WAHABI)

Mazhab Wahabi merupakan  aliran atau mazhab akidah ahli zahir  yang baru muncul  dalam Islam iaitu pada kurun ke 12 H. yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Mazhab ini adalah dinisbahkan kepada nama bapa beliau. Dalam bidang Fiqah, mereka mendakwa berpegang kepada mazhab Hanbali yang disesuaikan dengan tafsir Ibn Taimiyyah. Gerakan mazhab  ini banyak mengambil pendapat dan buah fikiran Ibn Taimiyyah yang lahir pada 661 H. di Harran iaitu sebuah desa kecil di Palestin. Dengan itu nama Ibn Taimiyyah tidak dapat dipisahkan daripada mazhab Wahabi.

Ibn Taimiyyah adalah seorang ulama mazhab Hanbali, beliau telah terpengaruh dengan fahaman Musyabbihah dan Mujasimah. Natijahnya beliau bukan saja menyebarkan fahaman menyamakan Tuhan dengan makhluk malah banyak mengeluarkan fatwa yang jauh berbeza daripada mazhab Hanbali sendiri dan mazhab-mazhab yang lain. Ibn Taimiyyah seolah-olah mendirikan mazhabnya sendiri dan menjelaskan dasar mazhabnya ialah mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah secara harfiah iaitu lafaz yang zahir (tiada takwil), mereka dikenali sebagai ‘ahl al-‘alfaz (orang yang memahami teks secara literal).

Beliau berpendirian bahawa Allah S.W.T. itu mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, berada di atas langit, boleh di tunjuk dengan anak jari di atas, mempunyai tumit kaki, mempunyai anak jari, turun naik dan sebagainya. Sifat-sifat Allah yang dikemukakan oleh  Ibn Taimiyyah adalah berdasarkan ayat-ayat mutasyabihat (kesamaran maknanya) dan hadis-hadis sahih tentangnya. Dalam karangannya “Al-risalah at-Tadammuriah”, beliau menyatakan bahawa Allah duduk di atas Arasy dan menyediakan ruang kosong di sebelahNya agar diduduki oleh Nabi s.a.w. Iktikad yang sedemikian jelas menunjukkan golongan ini tidak menyembah Allah yang  sebenarnya  tetapi menyembah sesuatu yang dikhayalkan bentuknya (was-was syaitan), meskipun mereka berdolak dalih  bahawa   sifat-sifat  Allah yang  dihujahkan atau diperdebatkan itu adalah milik Tuhan Pencipta  alam semesta dan bukannya makhluk. Oleh itu, tarbiyah ilmu Akidah   reka cipta (hujah atau debat yang tercela)  ini  tidak dapat membersihkan hijab hati (mazmumah),  dan hati   mereka terus mati (kesesatan). Allah SWT berfirman mengenainya, maksudnya:
                  “Maka janganlah kamu menyamakan Allah.”
                                                                        (Surah al-Nahl, ayat: 74)

Akidah Islam yang murni menyucikan Allah Ta’ala daripada tempat kerana Zat Allah Ta’ala tidak berjisim. Sesuatu yang bertempat bererti ia adalah sesuatu yang berjisim. Jisim itu adalah sesuatu yang mempunyai saiz tertentu, ukuran tertentu, had-had tertentu, batasan-batasan tertentu dan sebagainya yang mengambil ruang dan tempat. Maha Suci Allah Ta’ala daripada bertempat dan berjisim. Inilah Akidah Islam yang murni menurut al-Qur'an, al-Sunnah dan akidah para al-salaf.

Imam Ja’far as-Shidiq berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...”
                                                                         (Risalah Al-Qusyairiyah: 6)

Imam Ahmad  Hanbal  seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi  bahawa beliau berkata tentang makna istiwa: "Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah Ta’ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istiwa itu zat Allah Ta’ala menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah Ta’ala daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut"  
                                                                         (Risalah at-Tamimi: 2/265-290)

Imam As-Syafi’i  berkata: “Allah Ta’ala wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah Ta’ala berubah sifatNya atau zatNya.”
                                                                         (Ittihaf Saadah al-Muttaqin: 2/24).

Imam Al-Kalabazi (m. 385 H.) berkata tentang aqidah para sufi (sejak dari zaman al-salaf): “Telah ijma' dalam kalangan sufi bahawasanya Allah Ta’ala itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa”.
                                                                         (At-Ta'arruf:33)

Demikianlah beberapa perkataan para ulama' Ahlus Sunnah  dari kalangan al-salaf sendiri, yang menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikuti jejak para al-salaf dalam menyucikan Allah Ta’ala  daripada  sebarang  kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.

Dalam ucapan-ucapan dan tulisannya Ibn Taimiyyah banyak menentang pendapat empat imam mujtahid Fiqah. Dengan sombong beliau mengatakan akan memperbaharui pengajian ulama-ulama dahulu dan mengembalikan mereka kepada kitab Allah dan al-Sunnah. Beliau seolah-olah mengatakan bahawa imam-imam mazhab Fiqah yang empat itu tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunnah Nabi s.a.w.

Di samping itu, Ibn Taimiyyah  juga mendakwa membasmi khurafat dan bid’ah yang diamalkan oleh ulama dan kaum Muslimin dahulu. Khurafat dan bid’ah yang dimaksudkan adalah mengikut tafsirannya sendiri dan menolak segala hujah mereka yang tidak sefahaman dengannya.

Beliau juga menentang keras orang Islam yang bertaklid dalam bidang Fiqah kepada empat mazhab yang muktabar. Ibn Taimiyyah menganjurkan umat Islam berijtihad sendiri. Tanpa disedari seruannya bercanggah dengan apa yang dilakukannya. Dia menentang orang bertaklid kepada imam empat mazhab fiqah tetapi ia sendiri menarik orang ramai supaya bertaklid kepada beliau dan anak-anak muridnya. Beliau juga seakan-akan lupa bahawa datuk nenek dan bapanya sendiri adalah penganut mazhab Hanbali.

Ibn Taimiyyah juga menafikan kebenaran ilmu  Tasawuf. Ulama-ulama Tasawuf  dituduh sebagai penyebar bid’ah. Beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan amalan istighathah dan tawassul dengan Nabi s.a.w. Para pengikut beliau iaitu puak Wahabi ini sangat membenci kepada golongan  Tasawuf  yang mengutamakan amalan zikir mengingati Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam yang mampu menyampaikan seseorang  kepada mengenal Allah S.W.T. atau mencapai kesem- purnaan akidah seperti yang  termaktub dalam sumber utamanya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ulama-ulama Tasawuf dituduh sebagai penyebar bid’ah. Pusat-pusat amalan tarekat Tasawuf  ditutup dan diruntuhkan dan akhirnya ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf) diharamkan di seluruh pelusuk negeri (Arab Saudi). Sehingga ke masa ini kitab-kitab Tasawuf tidak dibenarkan dicetak atau diimport ke negara itu, kerana ilmu  dan amalan  (zikrullah)  itu dianggap sebagai ajaran agama lain, seperti Hindu. Yahudi, Kristian dan sebagainya lagi. Dengan itu, maka kita tidaklah berasa hairan mengapa ramai ulama Ahlus Sunnah  mendakwa mereka (puak Wahabi) telah menyebarkan ajaran Islam yang menyimpang di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Arab Saudi kerana meminggirkan dan menafikan keutamaan amalan rohani Islam  untuk mencapai kesempurnaan akidah (Akidah al-Quran).  Hakikatnya, tanpa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf , hakikat penghayatan  kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai dengan sebenar-benarnya dan mereka (golongan Wahabi) tergelincir dari landasan Akidah al-Quran yang hakiki (menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah) dan mereka gagal dalam penghayatan Islam yang sebenarnya, zahir dan batin/rohani.

Begitulah Ibn Taimiyyah masuk dan keluar penjara beberapa kali kerana membawa fahaman tasybih dan tajsim  serta mengeluarkan fatwa-fatwa ganjil yang berlainan dengan fatwa tokoh-tokoh ulama Islam di zaman yang awal sehingga mereka mengeluarkan kenyataan menentang dan menghukumnya sebagai fasik dan sesat. Malah, kebanyakan ulama Islam sejak abad ke 8 H. telah mengarang kitab-kitab yang menolak fahaman Ibn Taimiyyah dan menetapkan bahawa beliau adalah sesat lagi menyesatkan. Ibn Taimiyyah akhirnya meninggal dunia di dalam penjara pada bulan Zulkaedah 728 H.

Sebaliknya, ilmu Akidah reka cipta  dan pelbagai fatwa kesesatannya  telah dibukukan dan disebarluaskan oleh para muridnya. Ibn Qayyim al-Jauziyah meneruskan usaha gurunya, tetapi tidak berjaya. Dengan meninggalnya Ibn Taimiyyah, segala pendapat dan pemikirannya juga mengalami nasib yang sama. Dengan itu umat Islam terlepas daripada bid’ah dan kesesatannya.

Setelah berlalu lebih 400 tahun pemergian Ibn Taimiyyah, maka muncullah Muhammad bin Abdul Wahab datang berdakwah membawa pemikiran Ibn Taimiyyah. Di Najd, fahaman mazhab baharu itu telah tersebar luas ke seluruh pelosok negara.

1. Kenapa Kita Mesti  Menolak Dakwah  Mazhab Wahabi
   
Ramai dalam kalangan masyarakat awam  mahupun para ilmuwan Islam berkemungkinan terkeliru tentang pertembungan Wahabi dengan golongan kontra terhadap mereka. Mereka yang terkeliru mengatakan:  “Mengapa perlu bersungguh-sungguh dalam menentang Wahabi?”  Golongan yang bertanya dan saling bertanya tentang persoalan yang sebegitu sebenarnya tidak mendapat gambaran  yang  sempurna  tentang  pertentangan  dan pertembungan tersebut.

Gambaran Pertama: Para ilmuwan yang menolak dan menentang golongan yang dikatakan sebagai mazhab Wahabi atau Salafi, menentang mereka (Wahabi), bukan kerana nama mereka Wahabi atau Salafi, tetapi kerana mereka menentang pemikiran dan Wahabisme tersebut yang mengandungi unsu-unsur seperti penyelewengan tarbiyah akidah, tasyaddud, jumud, taasub dan sebagainya yang menjuruskan kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, peng- gunaan istilah Wahabi bukanlah semata-mata merujuk kepada seseorang, tetapi penggunaannya lebih luas dari itu. Wahabi menurut mereka yang menentangnya adalah merujuk kepada suatu golongan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat   ciri  tersebut yang    mampu  menghancurkan kesatuan umat Islam iaitu:

a) Penyelewengan tarbiyah akidah ummah menerusi pemahaman atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi  untuk mencapai kesempurnaan akidah. Sebaliknya, tanpa mereka (golongan Wahabi) sedari bahawa pembahagian tauhid kepada tiga bahagian seperti itu sama sekali tidak disyariatkan dalam Islam apatah lagi untuk meyakini amalan tersebut telah diamalkan dan diajarkan oleh Nabi s.a.w., atau ijtihad dari kalangan  al-salaf, malah tiada dalil Syarak membuktikan bahawa hujah-hujah dan debat yang tercela  (teori  Tauhid Wahabi) itu merupakan  jalan atau wasilah untuk mencapai kesempurnaan akidah atau sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam.

b) Tasyaddud (terlalu keras) dalam menghukum dengan mudah bersikap mudah membid’ahkan sesuatu pekara ijtihad dalam urusan agama sehingga membawa kepada takfir (mengkafirkan sesama Islam) secara sewenang-wenangnya.

c) Jumud (statik) dan sempit dalam kaedah menggali hukum, sehingga membuat satu kaedah hukum yang amat sempit, iaitu “apa yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., maka ia adalah hujah kepada haramnya atau bid’ahnya perkara tersebut” sedangkan kaedah tersebut menyempitkan mafhum  ijtihad dalam masalah istinbat hukum.

d) Taasub (fanatik) kepada sesuatu aliran pemikiran atau metodologi pemikiran, sehingga membawa kepada sikap menyalahkan mereka yang tidak sependapat dengan mereka, sehingga  ada yang sampai menyesatkan mereka yang tidak sependapat dengannya, hatta dalam masalah ijtihad fiqhiyyah yang merupakan ruang  khilaf (perselisihan) pendapat di kalangan para ulama sejak zaman berzaman.     
  
Empat sikap ini merupakan sikap-sikap yang menyebabkan umat Islam berpecah-belah kerana penyelewengan Akidah Islam dan menafikan adab ikhtilaf (adab berselisih pendapat) sehingga menyebabkan umat Islam saling kafir-mengkafir antara satu sama lain. Sikap-sikap inilah yang ditentang oleh golongan anti-Wahabi yang mana sikap-sikap tersebut wujud dalam kebanyakan mereka yang mengaku Wahabi khususnya di Tanah Hijaz dan sebagainya.

Gambaran Kedua: Tidak dapat dinafikan ada kalangan golongan pendidikan tinggi (aliran agama) yang masih belum matang dalam dunia keilmuan Islam yang cepat terpegun dengan sesuatu manhaj pemikiran yang baru didapati, lantas kononnya sebagai satu anjakan paradigma dan mereka segera berpegang dengan kaedah pemikiran tersebut, akibat sikap tergopoh-gapah dalam menilai sesuatu.

Antara manhaj pemikiran baru yang menarik minat sestengah penuntut ilmu yang belum matang tersebut ialah pemikiran dan hala tuju Wahabi yang dinyatakan di atas. Ini kerana Wahabisme (dari sudut istilah akademik) seolah-olah nampak seperti suatu pemikiran yang membawa tajdid  dan islah  mentaliti masyarakat Islam umumnya, di samping mengembalikan kemurniaan akidah umat Islam (yang kononnya sebelum ini sudah tersasar dari kefahaman Islam yang sebenar).

      Pada persepsi mereka Wahabisme membawa kepada:

1)     Pemurniaan  Akidah:  kerana   menolak    amalan-amalan  rohani  Islam   yang  dianggap  membawa  kepada  syirik  (walaupun   pada   hakikatnya   amalan-amalan    tersebut memang    ada   dalam  Islam dan ianya  tidak  membawa kepada   syirik)  dengan   mengemukakan   ilmu   Akidah  reka cipta   (teori Tauhid  Wahabi)   yang   kononnya untuk mencapai kesempurnaan akidah.
2)     Kesatuan Pemikiran:  kerana  menolak   perselisihan pendapat dalam bidang agama (ilmu Fiqah)
3)     Tajdid (Pembaharuan) Umat Islam:  kerana  ia   menegah taklid  dan menggalakkan  ijtihad  yang  kononnya membuka minda masyarakat Islam.

Persepsi-persepsi mereka sebenarnya salah kerana Waha- bisme bukanlah membawa kepada ketiga-tiga perubahan itu, tetapi sebaliknya menjurus kepada penyelewengan akidah, tasyaddud, jumud dan taasub yang disembunyikan disebalik ketiga-tiga slogan zahir yang terdapat dalam persepsi mereka iaitu Pemurnian Akidah, Tauhidul Fikrah (Kesatuan Pemikiran) dan Tajdid.

Golongan yang terkeliru ini kadangkala sering meremehkan penentang-penentang Wahabi kerana pada mereka, golongan Wahabi tidak lain melainkan suatu mazhab dalam Islam juga. Bahkan, lebih dari itu, ada golongan yang kagum dengan kesungguhan dirinya dalam melakukan penyelidikan ilmiah, seolah-olah merasakan diri mereka sudah cukup memahami kebenaran dengan penyelidikan yang banyak, tidak senang dengan penentang-penentang Wahabi dan menuduh penentang-penentang Wahabi berburuk sangka dengan pendokong-pendokong Shaikh Muhammad Abdul Wahab dan berburuk sangka terhadap Shaikh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.

Mereka tampil membela Wahabi, dan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan  yang  menentang  Wahabi  tersebut  tidak  mengenali siapakah Wahabi yang mereka tentangi selama ini.

Adapun slogan  tentang pemurnian aqidah yang cuba dilakukan oleh mereka yang mendokong gagasan pemikiran Wahabisme, maka ianya perlu dinilai semula. Niat yang baik untuk memurnikan akidah umat Islam adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam, tetapi bukan menolak prinsip akidah (amalan zikrullah) yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Jika    kita    menyelami   slogan    kedua   Wahabisme   yang menyeru  kepada  kesatuan  pemikiran,  kita  bersetuju    bahawa umat  Islam  mesti  bersatu, tetapi   adakah   kesatuan  pemikiran dalam segenap aspek merupakan suatu agenda praktikal?

Sesetengah para ulama’ menjelaskan bahawa 70%  daripada sumber  hukum  Islam  bersifat  zanni  (tidak jelas).  Oleh  yang demikian,  para  ulama’   berselisih  pendapat   dalam   menggali hukum dari sumber-sumber hukum tersebut kerana kesamarannya.

Oleh itu, kaedah usul Fiqah (asas menetapkan hukum Fiqah) menjelaskan bahawa dalam mengistinbath (menetapkan) hukum melalui  dalil-dalil zanni  (yang merupakan 70%  daripada  al-Quran dan   al-Sunnah),  maka  dibolehkan  berijtihad  bagi  ahli ijtihad yang sudah cukup ilmu untuk berijtihad.

Dengan itu ada banyak sebab mengapa para ulama berselisih pendapat dalam masalah zanni, antaranya kerana perbezaan pemikiran mereka sendiri antara satu sama lain. Oleh itu, perselisihan pendapat memang tidak dapat dielakkan terutamanya dalam masalah Fiqah yang furu’ yang berkaitan dengan dalil-dalil zanni. Malah, untuk menyatukan pemikiran dan perbezaan mazhab dalam seluruh urusan agama adalah tidak praktikal, bahkan sikap berlebihan dalam memaksa umat Islam bersatu dalam satu-satu pendapat dan mazhab akan lebih mengundang kepada bencana yang lebih besar, iaitu taksub (fanatik) dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Dalam berhadapan dengan realiti perselisihan pendapat yang berlaku dalam umat Islam, bukan dengan cara memaksa mereka bersatu dalam pemikiran (yang merupakan agenda tidak praktikal), tetapi menerapkan nilai-nilai adab ikhtilaf (adab dan tatakarma dalam perselisihan pendapat), iaitu menghormati pendapat orang lain, dan tidak mengingkari golongan yang tidak sependapat dengan kita  dalam masalah khilaf (yang diperselisih ulama’ mengenainya), sehingga ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip usul Islam yang murni.

Fatwa Al-Azhar mengenai mazhab Wahabi dan fahaman Ibn Taimiyyah dengan prinsip akidahnya yang bersifat mujassimah dan dianggap kafir, bukan Ahlus Sunnah dan mereka bukan al-salaf. Mereka menyamakan Allah dengan makhluk dan menjisimkan Allah dengan membawa akidah sesat iaitu Allah duduk atas Arasy. Akidah Islam sebenar adalah Allah ada, tanpa tempat, tidak memerlukan arah dan maklukNya. Fatwa Universiti Al-Azhar juga menyatakan dengan jelas bahawa Wahabi bukan Islam bahkan golongan ini memerangi dan memusuhi Islam.

Sejarah harus mengingatkan kita bagaimana Al-Saud dengan sokongan golongan  Wahabi bersekongkol dengan Freemason dan British untuk memecahbelahkan Islam di bawah empayar Islam terakhir, iaitu Kerajaan Uthmaniyyah. Oleh itu, maka jelaslah kepada kita bahawa Wahabi adalah rekaan dan senjata theologi yang digunakan Freemason dan British untuk memecahbelahkan umat Islam.

2. Sejarah Kemunculan Wahabi

Nama mazhab Wahabi diambil daripada pencetus ideanya, Muhammad bin Abdul Wahab (lahir di Najd tahun 1115 H./ 1703 M.).  Ianya adalah nama yang diberikan oleh kumpulan itu sendiri seperti yang digambarkan dalam kitab Wahabi yang berjudul “Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab Aqidatuhu Wa Du’watuhu” karangan Ahmad bin Aal al-Botomy dan ditahkik oleh Abdul Aziz bin Baz cetakan al-Jazirah kali kedua 1393H.

Dalam kitab tersebut tertera kenyataan golongan ini bahawa mereka adalah benar-benar Wahabi:
“Telah mampu puak dan kumpulan Wahhabiyyun mendirikan daulah mengikut asas-asas Al-Wahhabiyyah. Dan seluruh ajaran agama Islam adalah mesti mengikut al-Mazhab al-Wahabi.”

Wahabi bukanlah sesuatu yang misteri kerana ramai para ulama Islam yang membahaskan mengenainya. Sekiranya ia misteri, maka tidak timbullah apa yang dinamakan ‘mazhab Wahabi’ tersebut.

Mazhab Wahabi adalah istilah ilmiah merujuk kepada suatu golongan yang mengikut kerangka umum pemikiran “Shaikh Muhammad Abdul Wahab” lalu mengaku mengikut “manhaj al-salaf” melalui kaca mata Ibn Taimiyyah, Shaikh Muhammad Abdul Wahab dan beberapa orang lain yang sefahaman dengannya.

Shaikh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti menjelaskan tentang Wahabi dengan katanya:
“Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada empunyanya iaitu Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1792 M.) berkembang di Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan dijelaskan di sini.”
                                                                         (As-Salafiyyah: 367)

Menisbahkan suatu kelompok kepada mana-mana pelopornya (samada menisbahkan kepada namanya atau nama ayahnya atau nama moyangnya dan sebagainya) adalah suatu tradisi ilmiah yang biasa digunakan oleh para ulama Islam masa silam. Para ulama dan orang awam yang mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal tidak dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tetapi melalui nama ayahnya iaitu ‘Hanbali’.

Golongan yang mengikut ‘kerangka umum’ pemikiran Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab dikenali sebagai  ‘mazhab Wahabi’ sebagai nisbah ilmiah yang diakui dalam tradisi keilmuan Islam. Malah, ianya digunakan sendiri oleh orang-orang yang terlibat dengan mazhab ini.

Shaikh Bin Baz juga berkata:
“Wahabiyyah adalah nisbah kepada Shaikh Imam Muhammad bin Abdul Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana ia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya).”
                                                                        (Majmu Fatawa wa Maqalat Siri ke 9)

Oleh itu, tuduhan bahawa istilah ‘Wahabi’ sebagai nama atau istilah ejekan oleh golongan yang menolak kumpulan ini adalah tidak tepat bahkan hanya suatu dakwaan yang tidak berasas serta menyalahi realiti sebenar. Dari sudut ilmiah, istilah ‘Wahabi’ bukan sahaja diterima penggunaannya oleh sebahagian besar para ilmuwan dan para pengkaji Islam bahkan termasuk dari kalangan pengikut mazhab ini sendiri.

Diriwayatkan asal mulanya beliau adalah seorang pedagang  yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan antara tempat  yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian, dia terpengaruh oleh seorang orientalis Inggeris bernama Mr Hempher  yang bekerja sebagai salah seorang utusan Inggeris di Timur Tengah yang ditugaskan untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah dan mencetuskan konflik sesama umat Islam. Hemper berpura-pura menjadi seorang Muslim dengan memakai nama Shaikh Muhammah al-Majmu’i. Beliau  menggunakan cara yang licik untuk bersahabat dengan Muhammad bin Abdul Wahab dalam waktu yang begitu lama. Dia menguasai bahasa Arab, Turki, Parsi dan sudah lama mempelajari Islam di Turki dan Iraq. Sejak itulah dia (Muhammad bin Abdul Wahab) menjadi alat bagi pihak Inggeris untuk menyebarkan ajarannya yang baharu. 

Dalam catatannya, Hempher menggambarkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai orang yang berjiwa “sangat tidak stabil” (extremely unstable), “sangat kasar”  (extremely rude), “rosak akhlak” (morally depraved), “selalu gelisah” (nervous), “sombong” (errogant) dan “jahil” (ignorant).

Gerakan orientalis yang berpusat di Eropah pada abad ke 16 M. dikatakan sebagai simbol gerakan anti-Islam yang ditaja oleh Yahudi dan Kristian. Mereka mempunyai perancangan jahat untuk diserap ke dalam pemikiran umat Islam. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama. Mereka akan melakukan apa saja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah dalam melaksanakan propaganda supaya arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan penganutnya sendiri.

Ini yang sedang dan sudah dilakukan golongan bijak pandai bukan Islam terutamanya golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam supaya mereka berasa sangsi dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan.

Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuklah mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran; periwayatan hadis, sunnah dan sirah Nabi s.a.w; mempersenda tradisi penulisan penulisan kitab-kitab karangan ulama muktabar; ketidak relevanan kaedah-kaedah Fiqah; memfitnah amalan kerohanian Islam (tarekat Tasawuf) dan sebagainya. Melalui kajian, pemerhatian dan penyelidikan mereka yang cukup sistematik membolehkan mereka menguasai hampir setiap displin penting dalam induk pengajian ilmu-ilmu Islam. Ini akan memudahkan lagi usaha mereka menyerang dan meracuni pemikiran umat Islam pada hari ini dalam segala aspek.      

Melalui metadologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik, maka mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku di dalam penulisan karya agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya terutamanya melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan mereka dari dalam dan luar negara

Di antara tujuan  pokok gerakan orientalis ialah:
1)     Memunculkan fahaman-fahaman dan pemikiran-pemikiran yang boleh memesongkan perjuangan umat Islam daripada menentang penjajahan kuffar seperti Bahai, Qadiani, Wahabi, Reformis, Modenis,  Liberalists, anti-Hadis dan kain-lain.
2)     Menghancurkan akidah umat Islam supaya tali rohaniah dengan Tuhan Maha Pencipta binasa (hati yang mati), dan kemudian membawa mereka kepada sikap pasrah dan tunduk kepada kehendak serta arahan orang-orang Barat.
3) Memesong ajaran Islam dengan cara menutup kebaikan dan kebenaran ajarannya supaya masyarakat awam menganggap bahawa  Islam sudah tidak relevan dengan perkembangan zaman. Oleh itu, ia sudah tidak layak untuk dijadikan pedoman hidup kaum Muslim.
4)    Mendokong segala bentuk penjajahan terhadap negara-negara Islam dan melaksanakan segala bentuk pertentangan terhadap Islam itu sendiri.
5)     Mereka juga memisahkan kaum muslim dari akar-akar kebudayaan Islam mereka yang kuat dengan cara memutar belitkan asas-asas ajarannya serta menghancurkan nilai-nilai dasarnya untuk menghancurkan kelangsungan individu, masyarakat, hati dan akal fikiran kaum Muslim.

Hal ini adalah sesuatu yang paling berbahaya yang selalu dipropaganda dan dikumandangkan oleh para orientalis dan missionari. Mereka meniupkan virus-virus keraguan terhadap semua doktrin fundamental Islam terhadap pemeluknya.  Dengan upaya itu mereka bermaksud untuk menghancurkan Islam melalui media umatnya sendiri sehingga akhirnya mereka yang mengaku Islam tidak tahu dan tidak mengerti tentang hakikat keislamannya.

Kejayaan yang paling besar bagi orientalis ialah mengubah pandangan umat Islam dan kejayaan mempengaruhi pemikiran ummah itu sendiri merupakan jalan yang paling berkesan untuk menguasai umat Islam itu sendiri. Jangan terkejut jika golongan yang terpengaruh ini tidak terhad kepada mereka yang agak kebaratan atau tipis semangat keislamannya sahaja, malah dalam kalangan yang mendakwa sebagai pejuang  dan ilmuwan Islam yang mempunyai asas keagamaan turut tidak terkecuali daripada terpengaruh diayah orientalis

Begitulah orientalis Inggeris memperalatkan golongan Wahabi yang terlalu radikal dan ekstrim ini dengan menyebarkan buku-buku fitnah dan perpecahan umat Islam.  Puluhan tajuk buku menyerang golongan Ahlus Sunnah telah diterbitkan dengan cara yang menjijikkan. Malah, ia dimanfaatkan oleh penyokong fanatik daripada kedua-dua pihak. Tujuan utama percetakan dan penyebaran buku bukan sahaja untuk menimbulkan fitnah dan kebencian bahkan juga mengkafirkan antara pihak yang bertelagah dan menyibukkan mereka dengan pertelingkahan sesama umat Islam. Oleh itu, penjajah kuffar dapat mencapai tujuan menghancurkan Islam, menceroboh tanah air, merosakkan identiti Islam generasi muda, menyelewengkan akidah ummah, menjadi fanatik dan keras kepala. Akhirnya,  jiwa mereka akan dipenuhi dengan kebencian terhadap sesama Islam. Sesungguhnya fitnah menghuru-harakan keadaan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”
                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat: 120)

Muhammad bin Abdul Wahab mengaku sebagai penghidup manhaj (ajaran dan metode) Imam Ahmad bin Hanbali sesuai dengan pemahaman Ibn Taimiyyah. Namun begitu dengan sesama mazhab pun, pendukung Wahabi sering menuduh mereka yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat. Bagaimana para ulama Wahabi tergamak mengkafirkan orang yang semanhaj dengan mereka? Jika persaudaraan semanhaj lenyap, bagaimana pengikut Wahabi memiliki jiwa persaudaraan dengan pengikut manhaj lain? Tentu pengkafirannya akan menjadi-jadi dan lebih menggila.

Beliau menghabiskan masa selama lebih 48 tahun di Dar’iyah (Najd). Hampir seluruh hidupnya sarat dengan kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad untuk menyebarkan mazhab baharu di dalam Islam. Dalam usianya yang panjang dalam tempuh 92  tahun, beliau menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan penyokong-penyokongnya. Dia meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H./1793 M. Gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab.

Raja-raja Bani Saud mengangkat mazhab Wahabi menjadi mazhab negara. Bahkan ilmu dan kefahaman agama (pelbagai bidang)  yang diajar kepada ummah di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi adalah “versi” Wahabi. Para khatib masjid pun mesti berfahaman Wahabi dan mufti kerajaan juga  biasanya bermazhab yang sama (Wahabi) dan berketurunan Muhammad bin Abdul Wahab.

Di samping itu, buku-buku akidah dan pemikiran tokoh Wahabi turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia untuk terus menyebarkan mazhab ini.

Jemaah Wahabi beranggapan bahawa mereka sahaja yang mempunyai hak atau hubungan sebagai Jemaah Salafi dan mazhab-mazhab yang lain adalah sesat dan batil. Sentiasa menganggap diri mereka yang paling benar. Mereka sentiasa meng- utamakan dan menyebarkan akidah mereka berasaskan teori tauhid Wahabi dan ilmu Fiqah mengikut pentafsiran Ibn Taimiyyah. Dalam setiap ceramah atau majlis ilmu, mereka sentiasa menghina ulama-ulama mazhab lain dan menghina gerakan Islam yang lain. Biasanya, penampilan tokoh-tokoh agama dan para ulama mazhab ini adalah dengan wajah yang bengis  (memiliki hati yang mati) atau tanpa keramahan, dan mereka tidak dilihat mesra sesama Muslim. Ini menggambarkan secara jelas sikap sebenar mereka yang sentiasa membid’ah dan menyesatkan umat Islam yang lain.

Ternyata golongan Wahabi ini sangat sukar untuk menjalinkan hubungan ukhuwah dengan pengikut mazhab-mazhab lain yang dilihat sebagai pencetus kepada perpecahan dalam masyarakat. Mereka mengusir pendakwah-pendakwah mazhab lain kerana dianggap sebagai sesat dan ahli bid’ah, dan akan meracuni pemikiran umat dan menimbulkan perpecahan.

3. Gerakan   Wahabi   dan   Terbentuknya   Kerajaan   Arab  Saudi (Dinasti Saudiyyah)

Sejarah mazhab Wahabi  bermula hasil pakatan Muhammad bin Saud (w. 1765 M.) yang memerintah Najd dengan Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pemimpin gerakan ‘Muwahiddin’. Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong menyebarkan ajaran mazhabnya  dan Muhammad bin Saud memerlukan seorang ulama yang dapat mengisi rakyatnya  dengan ideologi yang keras, demi untuk memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya. Maka bersatulah antara ideologi mazhab baharu dengan raja dalam melaksanakan tujuan dan matlamat masing-masing.

Demikianlah penguasa tunggal negeri Dar’iyah yang bukan sekadar membela dakwahnya tetapi sekali gus membela darah dagingnya sebagai saudara kandung. Dengan kata lain, antara penguasa dengan Muhammad bin Abdul Wahab bersumpah setia sehidup semati, senasib dalam menegakkan hukum Allah dan RasulNya (mazhab baharu) di bumi Dar’iyah.

Ternyata apa yang diikrarkan oleh penguasa Ibn Saud benar-benar ditepatinya. Ia bersama Muhammad bin Abdul Wahab seiring sejalan, bahu-membahu dalam menegakkan mazhab baharu  dan berjuang di bersama-sama. Beliau menghabiskan waktu selama lebih 48 tahun di Dar’iyah dan pernah menjawat sebagai Menteri Penerangan Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H. dalam usia 92 tahun.

Selepas terbentuknya kerjasama itu berlakulah banyak serangan dan keganasan ke perkampungan dan kota yang penduduknya tidak mahu menerima ajaran dan fahaman mazhab baharu ini. Berlaku pembunuhan ke atas penduduk dan pemusnahan ke atas harta benda mereka. Sejarah mencatatkan puluhan ribu nyawa terkorban sepanjang tempoh operasi kerjasama puak Wahabi untuk menguasai seluruh Jazirah Arab.

Setelah 11 tahun meninggalnya kedua-dua tokoh pembaharuan iaitu Muhammad bin Abdul Wahab dan penguasa Ibn Saud, kemudian tampillah Saud bin Abdul Aziz untuk meneruskan kesinambungan perjuangan pendahulunya. Saud ialah cucu penguasa Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan Muhammad bin Abdul Wahab semasa hidupnya.

Mula-mula Saud bin Abdul Aziz bersama pasukannya berjaya menduduki Taif. Penaklukan Taif tidaklah begitu sukar. Sebelumnya, beliau telah menghantar penguasa Ithman bin Abdurrahman al-Mudhayifi bersama pasukannya untuk mengepung Taif. Pasukan ini terdiri daripada orang Najd dan sekitarnya. Oleh sebab itu Saud bin Abdul Aziz tidak mengalami kerugian. Dalam waktu yang singkat, Taif terus jatuh ke tangan pengikut Muhammad bin Abdul Wahab.

Di Taif, pasukan Muwahidin membongkar beberapa buah makam yang di atasnya didirikan masjid, antaranya makam Ibnu Abbas r.a.

Dari Taif, pasukan Saud bin Abdul Aziz bergerak menuju Hijaz dan mengepung kota Makkah. Gabenornya, Syarif Husin mengetahui rancangan ini dan terus melarikan diri ke Jeddah. Tentera Saud bin Abdul Aziz pun masuk ke kota Makkah. Mereka menguasai wilayah ini tanpa pertempuran sedikit pun (Muharram 1218 H.).  Seperti biasa, pasukan Muwahidin selalu memilih sasaran menghancurkan kubah-kubah dan simbol-simbol yang dianggap kemusyrikan seperti bentuk kubah di perkuburan  yang dianggap keramat. Semua kubah-kubah itu diratakan termasuk kubah yang didirikan di atas kubur Siti Khadijah, isteri pertama Nabi s.a.w.

Kumpulan Muhawidun dengan serta merta melantik sejumlah guru, pendakwah, ulama dan hakim bertugas di daerah Hijaz. Dua tahun setelah penaklukan Makkah, pasukan Saud bergerak menuju ke Madinah. Dalam waktu yang singkat, Madinah jatuh sepenuhnya di bawah tentera Saud bin Abdul Aziz.

Setelah 8 tahun berkuasa, pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki, menghantar pasukan untuk membebaskan Hijaz, terutama Makkah dan Madinah, dan secara automatik mengusir pasukan Muhawidin sekali gus. Campurtangan ini menyebabkan pergerakan dakwah Muwahidin tersekat. Peperangan ini berlarutan sehingga lapan tahun iaitu dari 1226 H. hingga 1234 H.

Banyak kerugian bagi kedua-dua belah pihak dalam tempuh itu, terutama pasukan Najd dan Hijaz selain harta benda awam dan jiwa manusia. Setelah lima tahun perang saudara, Mesir dan Turki mengalah daripada meneruskan peperangan menentang Muwahidin. Dua tahun terakhir menjelang tamat perang, Muwahidin secara diam-diam terus berdakwah dan melahirkan kader-kader baru untuk meneruskan kesinambungan gerakan mazhab Wahabi.

Semua kekacauan di Hijaz berakhir pada 1230 H. Begitu juga dakwah Wahabiah tersebar ke seluruh pelosok Najd dan sekitarnya di bawah Turki bin Muhammad bin Saud, adik sepupu penguasa Saud bin Abdul Aziz.

Sejak Hijaz dinaungi oleh penguasa Turki bin Abdullah, suasana Hijaz dan sekitarnya beransur pulih sehingga terbuka peluang bagi keluarga Saud bersama keluarga Muhammad bin Abdul Wahab untuk melancarkan kembali dakwah mazhab baharu itu dengan lisan dan penulisan melalui para ulama, pendakwah dan khatib.  
       
Hubungan Makkah-Madinah (Haramain) dengan Kerajaan Saudiyah terputus begitu lama sejak perlanggaran Mesir dan sekutunya (1226 H. - 1342 H.). Ini bermakna bahawa lebih 127 tahun, wilayah Hijaz terlepas tangan dari tangan Dinasti Saudiyah. Wilayah ini kembali ke tangan mereka pada tahun 1342 H. iaitu ketika Dinasti Saudiyah dipimpin oleh Abdul Aziz bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud, cucu keempat pengasas Dinasti Saudiyah, penguasa Muhammad bin Saud

Umat Islam kini mula sedar tentang apa dan siapakah kaum pengikut Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi). Satu persatu kejahatan dan penyelewengan kaum orientalis dan penjajah Barat bersekongkol dengan  Dinasti Saudiyyah (Arab Saudi) yang didokong oleh para ulama Wahabi) sengaja mengadu domba sesama umat Islam dengan ajaran mazhab baharunya dengan mengkafirkan orang Muslim yang bermazhab lain walaupun  mereka melaungkan slogan bahawa merekalah pengikut sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para sahabat r.a. yang paling benar. Mereka  terus menghina dan mempersenda tradisi penulisan kitab-kitab tokoh-tokoh ulama muktabar Ahlus Sunnah yang menghasilkan karya agung untuk menimbulkan keraguan atau mencari kesilapan supaya umat Islam hari ini merasa sangsi dan tidak yakin terhadap karya-karya agung masa silam. Kata-kata mereka sangat tidak sopan dan kasar bagaikan tidak memiliki akhlak Islam yang mulia. Mereka mendoktrin, mencela dan mengungkapkan segala macam keburukan. Mereka juga melarang para pengikutnya untuk melihat kebaikan yang dilakukan oleh golongan lain kerana ditakuti akan mengikut golongan yang mereka hukum sebagai sesat dan bid’ah itu.

4.  Kekejaman Wahabi

Bukan sekadar mengatakan itu bid’ah dan ini bid’ah, mazhab Wahabi sebenarnya mempunyai rentetan sejarah hitam yang sungguh tragis. Mereka menjadikan kuasa politik sebagai satu anjakan untuk menubuhkan gerakan bagi menyebarkan fahaman mazhab mereka. Apabila gerakan ini ditentang oleh pemerintah dan para ulama Ahlus Sunnah, mereka mula bertindak ganas dan melancarkan peperangan.

Para kadi dan ulama Ahlus Sunnah di Ta’if  diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh. Penduduk Makkah dikepung dan diputuskan bekalan makanan sehingga ramai yang mati kelaparan. Umat Islam di timur Jordan disembelih seperti menyembelih kambing, dan berbagai-bagai lagi pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tangan-tangan orang yang mendakwa membawa tajdid ad-din (pembaharuan agama).

Nabi s.a.w.  pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (tanpa rasa dalam rohani/zawq). Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Mereka membunuh pemeluk Islam dan mengundang berhala-hala. Seandainya aku menjumpai mereka tentulah aku akan membunuh mereka seperti dibunuhnya kaum ‘Ad.”

Sejarah menjadi saksi bagi para  sarjana dan ilmuwan bahawa gerakan Wahabi bukanlah gerakan tajdid (pembaharuan). Lebih tepat lagi dan layak disebut sebagai gerakan ketenteraan  menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah yang berselindung di sebalik slogan pembaharuan agama memerangi syirik dan bid’ah. Senario ini dapat dilihat terhadap kesan pembunuhan yang dilakukan mereka ke atas para ulama Ahlus Sunnah dan pengikutnya serta pembunuhan ke atas keturunan Nabi s.a.w.

Dengan alasan untuk membanteras penjahat, pasukan Wahabi menjalankan misi menghalau dan membunuh ramai keturunan Nabi s.a.w. (1912 M.) di Makkah dan Madinah. Manakala yang selamat, ada yang melarikan diri ke Yaman, Jordan, Syria dan Iraq.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran setelah peninggalanku hingga datang satu kaum dari Timur (Bani Tamim) membawa bersama mereka panji berwarna hitam.”
        (HR Abu Dawud, al-Hakim, Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hib- ban dan lain-lain)

Meskipun Dar’iyah tidak sedikit pun mengalami rintangan dan gangguan namun  perjuangan Wahabi tidak akan berjaya tanpa pengorbanan gerakan Muhammad bin Abdul Wahab. Ia tercatat dalam sejarah dunia yang paling hebat.

Ia juga merupakan gerakan yang telah membawa perubahan besar yang mana banyak jiwa manusia dan harta benda menjadi korban. Walaupun mendapat sedikit tentangan daripada pihak luar, namun lebih banyak tentangan dihadapi dalam negeri terutamanya daripada tokoh-tokoh agama Ahlus Sunnah. Oleh sebab penentangan sudah mula dilancarkan oleh sebahagian kaum Muslim terhadap kerajaan Uthmaniyyah, maka kaum orientalis mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam perselisihan antara ummah ini.

Para mufti yang dipengaruhi oleh pemikiran dan ajaran Muhammad bin Abdul Wahab telah  memainkan peranan penting dan mengawal segala urusan agama pada abad ke 18 M. Inilah faktor tercetusnya ekstremisme dalam Islam. Banyak hal yang diharamkan oleh mazhab ini diterapkan ke atas setiap anggota masyarakat.

Dengan melihat keadaan umat Arab di bawah kerajaan  Uthmaniyyah ketika itu, Muhammad bin Abdul Wahab mentafsirkan sendiri secara radikal (ekstrem) ajaran Islam, khusus dalam hal jihad. Jihad bermaksud peperangan suci yang digunakan sebagai alat membentuk kerajaan yang ia sokong. Masyarakat dipaksa menyetujui idea politiknya yang berlandaskan dalil agama dengan tafsiran sembarangan.

Muhammad bin Abdul Wahab menghukum orang yang tidak sefahaman dengannya sebagai pengkhianat termasuk para penguasa (pemimpin daerah) yang tidak menyetujui idea-idea pembaharuan agama. Pemahaman sebegini dimanfaatkan oleh keluarga Saud untuk menyusun doktrin baharu bagi membentuk kerajaan yang kuat sehingga mampu menghapuskan segala bentuk perbezaan kabilah. Oleh sebab itu, ideologi mazhab Wahabi yang mengaku untuk menyelamatkan satu wilayah daripada penyelewengan agama, syirik dan khurafat hanyalah palsu.
           
Para ulama  Wahabi  ini juga menolak tanggapan golongan Islam dari mazhab-mazhab lain yang mendakwa mereka (puak Wahabi) telah menyebarkan ajaran Islam yang menyimpang di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Arab Saudi. Hingga sekarang,  penguasa keluarga Saud menganugerahkan kuasa pengurusan tempat-tempat suci dan bersejarah kepada keluarga Muhammad bin Abdul Wahab.

Prof Berand Louis, Dekan Sejarah Kuliah Dirasat Afrika University London dalam bukunya, al-Gharabi wa al-Syarqi waa Wasati (Timur, Barat dan Tengah) berkata: “Gerakan Wahabi didirikan untuk menyatakan pemisahan daripada mengakui kepimpinan Kerajaan Uthmaniyyah di Turki.”  Hemper seorang orientalis yang menjalin persahabatan dengan Muhammad bin Abdul Wahab berkata: “Tahun 1800 M., seluruh Semenanjung Arab dikuasai dan kepimpinan berubah menjadi kerajaan Arab Saudi.”

Pada bulan Zulkaedah 1217 H., tentera Wahabi mengepung  Taif. Mereka menyerbu, menawan dan membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman ini. Mereka merampas dan merosakkan harta benda serta melakukan kekejaman. Mereka telah melakukan penyembelihan dan pembunuhan terhadap ramai orang Islam dari kalangan lelaki dan wanita serta kanak-kanak atas alasan mereka telah melakukan syirik semata-mata.

Seterusnya, pada bulan Muharram 1218 H., tentera Wahabi berjaya memasuki kota Makkah dan menetap di situ selama 14 hari. Dalam tempuh itu, mereka melakukan kerosakan, merompak dan memutuskan bekalan makanan.

Kemudian pada akhir Zulkaedah 1220 H., tentera Wahabi memasuki Madinah. Mereka menceroboh bilik Nabi s.a.w. dan mengambil semua harta benda. Kebanyakan ulama Ahlus Sunnah melarikan diri daripada kekejaman tentera Wahabi. Kemudian mereka (tentera Wahabi) menghancurkan semua kubah di perkuburan Baqi’ seperti kubah Ahli Bait, isteri-isteri Nabi s.a.w. dan anak-anak Nabi. Mereka cuba memusnahkan kubah makam Nabi s.a.w. tetapi membatalkan niat mereka. Mereka memecahkan lampu-lampu di Madinah. Madinah pernah ditingGalkan beberapa hari tanpa azan, iqamat dan solat. Inikah slogan mereka: “Mari kita banteras syirik dan bid’ah.”

Mereka melarang para jemaah haji dari Mesir dan Syam memasuki kota Madinah. Mubarak bin al-Mudayyiqi adalah penguasa Wahabi dan pemerintahan ini berlaku kira-kira 7 tahun.

Muhammad Finati, mualaf  Itali yang turut menyertai pasukan kerajaan Uthmaniyyah yang mengalahkan tentera Wahabi berkata: “Sebahagian daripada kami yang jatuh hidup-hidup ke tangan musuh yang kejam dan munafik, dipotong kaki dan tangan serta dibiarkan begitu saja. Sebahagian mereka, aku saksikan sendiri, teraniaya dan mohon belas kasihan untuk segera mengakhiri hidup mereka.”

Kabilah yang tidak mahu mengikut mereka dianggap kafir dan “halal darahnya.” Mereka sebenarnya tidak cukup disebut sebagai perompak dan penjenayah, tetapi kaum “mujahid” yang secara teologi dibenarkan untuk membunuh kaum wanita termasuk kanak-kanak, merompak harta dan memperkosa isteri dan puteri-puteri mereka yang dianggap sah sebagai ghanimah (rampasan perang). Hanya sedikit yang dapat melarikan diri.

Sultan Muhammad Khan (kerajaan Uthmaniyyah) mengutuskan Muhammad Ali Basha iaitu pemerintah kerajaan Mesir untuk menyediakan lapan hingga sepuluh ribu tentera untuk memerangi Wahabi dan pertempuran berlaku di perkampungan Khif (90 km dari kota Madinah). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan 1226 H./1805 M., tentera Tason Basha terpaksa berhadapan dengan 30 ribu tentera di bawah pimpinan penguasa Faisal hingga mengorbankan banyak nyawa tentera Mesir.

Pada tahun 1227 H., Muhammad Ali Basha dan tenteranya berjaya menguasai al-Safra’ dan al-Hudidah dan terus memasuki Madinah. Kemudian pada awal Muharram 1228 H., beliau menguasai pesisir pantai Jeddah dan seterusnya menuju ke Makkah dan menguasainya. Dia tinggal di Hijaz selama kira-kira 1 tahun 7 bulan sehingga misinya menghancurkan pengikut Wahabi selesai. Setelah penguasaan semula Hijaz, maka hanya beberapa puak Wahabi yang berkeliaran di pelosok kabilah Badwi. Saki baki Wahabi ini tinggal di al-Dar’iyah dan melantik Abdullah bin Saud sebagai  pemimpin baharu mereka.

Seterusnya pada tahun 1232 H. Ibrahim Basha sekali lagi bersama tenteranya  memerangi pusat kegiatan Wahabi di al-Dar’iyah. Di sana berlaku peperangan sengit dan Abdullah bin Saud berjaya ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman mati (dipancung) di Babul Hamaayun, di depan Masjid Hagia Sophia, Istanbul pada tahun 1806 M.

Setelah lebih 100 tahun, kekejaman Wahabi masih berlarutan. Ketika memasuki Taif pada 1924 M., mereka melakukan pembunuhan selama tiga hari. Para ulama dan kadi diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh.

Pada tahun 1920 M., berlakunya tragedi yang amat menyayatkan hati umat Islam. Tentera Wahabi melakukan pembunuhan secara kejam terhadap umat Islam di timur Jordan. Kira-kira 3,000 orang Islam dibunuh kerana enggan mengikuti fahaman mazhab baharu ini. Kisah pembunuhan beramai-ramai oleh puak Wahabi ini boleh didapati dari bahan bacaan di perpustakaan di Jordan.

Kerajaan Inggeris membantu Wahabi dari segi kewangan dan keterampilan Wahabisme sehingga meluasnya kekuasaan Ibn Saud ke seluruh Semenanjung Arab yang berada di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Tujuannya adalah untuk melemahkan pemerintahan itu. Ramai pihak yang berpendapat bahawa semngat nasionalisme Arab adalah suntikan penjajah untuk melemahkan dunia Islam Arab hingga memecahbelahkan mereka kepada beberapa negara seperti yang kita lihat pada hari ini. Sayyidina Ali r.a. mengingatkan: “Yang benar (haq) tanpa penyusunan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.”

Mazhab Wahabi ini mewarisi tradisi Khawarij yang mudah dan suka menumpahkan darah. Mereka mempraktikkan ajaran Khawarij ketika menumpahkan darah kaum Muslim di Hijaz (menerusi tuduhan liar dan memfitnah kononnya mereka tekad membasmi syirik, bid’ah dan khurafat), tetapi sebaliknya adalah semata-mata bertujuan memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara itu. Ini adalah perancangan yang rapi selama beratus tahun. Oleh itu, setiap pekara yang lengkap dengan persediaannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kezaliman dan penyelewengan. Malahan antara British (pembonceng Yahudi), Arab Saudi (Wahabisme) dan Amerika Syarikat (sekutu British dan Israel) merupakan mata rantai yang tidak dapat dipisahkan.

5. Tokoh-tokoh Mazhab Wahabi

1)     Muhammad bin Abdul Wahab (1703 M. – 1791 M.)
   
Mazhab Wahabi dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang menjadikan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim sebagai rujukan dan kemudian dipopularkan oleh Nashiruddin al-Albani berserta beberapa tokoh Wahabi yang lain.

Gema diayah Muhammad bin Abdul Wahab bergema di seluruh pelusuk Dar’iyah dan negeri-negeri jiran. Kemudian Muhammad bin Abdul Wahab mula menegakkan  jihadnya, menulis surat dakwahnya kepada tokoh tertentu untuk bergabung dengan barisan Muwahhidin yang dipimpinya. Misi gerakan ini diwarwarkan di kalangan ummah sebagai pembaharuan tauhid demi membasmi syirik, bid’ah dan khurafat.

Para ulama mazhab Hanbali menentang  Muhammad bin Abdul Wahab dengan mengatakan akidahnya sesat, menyeleweng dan batil. Orang pertama yang menentangnya adalah ayahnya sendiri, Syeikh Abdul Wahab, diikuti pula saudaranya, Sheikh Sulaiman. Sheikh Sulaiman menulis kitab Assauqi al-Ilahiyah fi al-Radd ‘ala al-Wahabiyah untuk menentang dan memeranginya. Tentangan juga datang daripada sepupunya, Abdullah bin Hussin. Lalu mereka mengkritik dan mencela pendapat Muhammad bin Abdul Wahab dan turut memperingatkan kepada ummah mengenai bahayanya pemikirannya (Muhammad bin Abdul Wahab).

Menurut Abbas Mahmud al-Aqqad al-Misri, yang menulis kitab,  Assauqi al-Ilahiyyah, mengatakan bahawa orang yang paling kuat menentangnya adalah saudaranya, Syeikh Sulaiman. Beliau tidak mengakui bahawa saudaranya mencapai kedudukan mujtahid dan mampu memahami al-Quran dan al-Sunnah. Syeikh Sulaiman berpendapat bahawa para imam mujtahid yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan Ashab al-Bida’ah. Tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sekali gus memeranginya.

Begitu juga para ulama al-Haramain seperti Syeikh Ahmad al-Ba’alawi, Syeikh Umar Abdul Rasul, Sheikh Abdul Malik dan Syeikh Hussin al-Maghribi, telah bangkit menolak dengan keterangan dan hujah-hujah untuk mengalahkan diayah mazhab Wahabi. Akhirnya, para ulama Ahlus Sunnah al-Haramain menegaskan bahawa Mazhab Wahabi sebagai jahil dan sesat.

Syeikh Tahir al-Syafi’i, menulis kitab yang menolak mazhab Wahabi bertajuk al-Istisharu lil Auliya’il Abrar, berkata: “Mudah-mudahan melalui kitab ini, Allah SWT memberi manfaat terhadap orang hatinya belum dimasuki bid’ah yang datang dari Najd (mazhab Wahabi).”

Adapun orang yang hatinya dimasuki bid’ah (tarbiyah akidah menerusi ilmu Akidah reka cipta) maka ia tidak dapat menikmati kebahagiaan (gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah), dan amat sukar bagi golongan ini untuk membetulkan pegangan akidah mereka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Bukhari yang mengatakan: “Mereka keluar dari agama dan tidak akan kembali.” Dalam masa hidupnya banyak kekacauan berlaku, menghalalkan harta dan darah umat Islam yang tidak mahu mengikut diayah mazhab baharu ini, membunuh manusia untuk kesombongannya, dan inilah fitnah yang berlaku di kalangan ummah yang  memiliki hati yang mati (sifat-sifat mazmumah)

Selama manusia itu tidak dapat menanggapi dan memahami dengan sejelas-jelasnya berhubung dengan tasawwur Akidah al-Quran, maka selagi itulah mereka masih teraba-raba di dalam hijab kehendak hawa nafsunya walaupun dalam masa yang sama mereka merasakan bahawa diri mereka memperolehi petunjuk daripada kitab Allah. Para ulama dan ilmuwan Wahabi  sentiasa mencanangkan slogan keramat mereka dalam kalangan ummah supaya  menghayati al-Quran melalui pembacaan, pemahaman, penghayatan, pengkajian dan seterusnya pelaksanaan, tetapi mereka terus mengabaikan tar- biyah  aspek rohani menerusi ilmu dan amalan zikrullah sebagaimana yang diperintahkan dalam kitab Allah itu. Ternyata  semua slogan itu adalah angan-angan kosong belaka kerana hati mereka telah mati (kesesatan) akibat lalai berzikir kepada Allah. Mereka  tidak akan dapat menilai dan menikmati “nur zikrullah” yang dipancarkan ke dalam hati. Mereka kekal terperangkap di dalam hijab keakuan (penyakit-penyakit hati) yang gelap gelita dan hina.

Inilah yang telah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam  tentang kesesatan kaum Yahudi dan Nasrani meskipun mereka memilki al-Kitab tetapi meninggalkan kebenaran disebabkan hati mereka telah menjadi keras (hati yang mati). Begitu juga yang berlaku ke atas kebanyakan umat Islam masa kini yang memiliki hati yang mati, mereka juga meninggalkan kebenaran (menolak Akidah al-Quran), lantas Islam dan umatnya terus terpesorok di bawah timbunan herdikan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat bodoh, miskin dan militan, meskipun mereka memiliki al-Quran. Malah, mereka (golongan Wahabi) sendiri yang memilih akidah jahiliah (tarbiyah menerusi ilmu Akidah reka cipta), lalu mereka berdiri mencanangkan kepada orang lain dengan berbagai-bagai slogan akidah  dan golongan ini melencong jauh dari petunjuk Ilahi. Semua hujah-hujah dan debat yang tercela itu tidak lebih dari tipu daya belaka. Alangkah bodohnya golongan seperti itu dan alangkah tidak berfikirnya mereka yang mengikuti golongan yang bodoh itu! Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya di dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat kebaikan sebaik-baiknya.

Digambarkan bagaimana perubahan suasana kehidupan penduduk Dar’iyah pada zaman Saud yang sangat menderita dan kepayahan untuk menjalani kehidupan harian bertukar menjadi mewah sehingga kelu lidah mereka untuk berkata benar untuk tujuan menjelaskan perubahan taraf hidup mereka.

Kata Ibn Basyr al-Najdi : “Aku lihat orang ramai di al-Batin dengan sekumpulan lelaki di suatu sudut dan wanita di sudut lain. Aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah, makanan hingga sukar digambarkan tempat itu yang sejauh mata memandang. Aku dengar hiruk-pikuk suara pembeli dan penjual.”

Harta yang sebanyak itu tidak diketahui asal usulnya. Namun berdasarkan fakta sejarah, Muhammad bin Abdul Wahab memperolehinya dari serangan terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota. Beliau merampas harta dan membahagi-bahagikannya kepada penduduk Dar’iyah. Beliau melaksanakan kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan. Kadang-kadang dia membaha- gikan kepada dua atau tiga bahagian  di kalangan pengikutnya. Penguasa Najd menerima bantuan ghanimah (harta rampasan) dengan persetujuan Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau melakukan muamalah buruk terhadap umat Islam yang tidak mahu tunduk kepada hawa nafsu dan dakwahnya, seperti muamalah kafir harbi iaitu menghalalkan harta mereka.

Golongan Wahabi inilah para petualang dan penyamun di gurun pasir pada kurun ke 18 M. Mereka menjadi pemburu hawa nafsu (sifat-sifat mazmumah) yang membabi buta, tetapi mereka terus melaungkan slogan perjuangan dakwah mereka ‘tajdid ad-din’ (pembaharuan agama) dan berlindung di sebalik slogan, “Mari kembali kepada al-Quran” dan “Mari banteras syirik, bid’ah dan khurafat.” Oleh sebab itulah Allah  berfirman yang ber- maksud:“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di atas satu syariat (yang lengkap)  dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
                                                            (Surah al-Jathiyah, ayat: 18)

Allah S.W.T.  juga berfirman, maksudnya:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                            (Surah al-Baqarah, ayat:10)

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca al-Quran namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (memiliki hati yang mati, iaitu tidak ditarbiyahkan menerusi berzikir dan mujahadah), mereka keluar daripada agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya, mereka tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ke busurnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (botak).”
           (HR Imam Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748, Imam Ahmad, Ibn Majah, Abu Dawud dan Ibn Hibban)

Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (memiliki hati yang mati, iaitu tidak menjalani tarbiyah hati menerusi berzikir dan mujahadah). Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Mereka membunuh pemeluk Islam dan mengundang berhala-hala. Seandainya aku menjumpai mereka tentulah aku akan membunuh mereka seperti dibunuhnya kaum ‘Ad.”

Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud:
“Di sana (Najd) akan ada kegoncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.”

Dalam hadis yang tersebut di atas,  maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa akan muncul dalam kalangan umat Islam yang mampu membaca al-Quran tetapi tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah atau lalai berzikir kepada Allah S.W.T. iaitu golongan yang sesat (memiliki hati yang mati). Secara jelas, mereka merupakan golongan yang ingkar kepada perintah Allah di dalam al-Quran supaya menjalani proses tarbiyah akidah menerusi mempelajari amalan zikir kepada Allah dan memperbanyakkan berzikir kepadaNya untuk mencapai kesempurnaan hati. Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan berzikir mengingati Allah). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”
                                                                         (Surah al-Baqarah:198)

Oleh yang demikian, apabila konsep amalannya termaktub dalam sumber utamanya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, di samping terserlah kepentingan pengamalannya untuk mencapai kesempurnaan akidah (makrifah Allah), maka berzikir mengingati Allah disifatkan sebagai amalan yang disyarakkan. Oleh itu, apabila  umat  Islam  ingkar untuk berzikir mengingatiNya terus menerus sedangkan  Allah  SWT lebih  hampir kepadanya daripada  urat  lehernya sendiri, maka tiadalah yang lebih celaka,  lebih   parah  dan  paling rugi  segala usahanya (amal  ibadat) di atas   muka  bumi, iaitu mereka  memiliki  hati yang mati (kesesatan) sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
                                                                        (Surah al-‘An’am, ayat: 91)
               
2)     Nasiruddin al-Albani (1914 M. - 1999 M.)

Pengikut Wahabi menganggap Al-Albani sebagai seorang tokoh Hadis yang agung pada abad ini dan dinobatkan sebagai Imam Muhadis, iaitu hampir menyamai ketokohan Imam Bukhari dalam ilmu Hadis. Beliau menjadi pensyarah dalam bidang ilmu Hadis di Universiti Islam Madinah.

Beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang Hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang Hadis dan diketahui bahawa beliau belajar Hadis secara sendiri.

Ulama Wahabi, Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz, mantan Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi berkata: “Aku tidak mengetahui seorang alim dalam ilmu Hadis yang melebihi al-Albani di abad ini.”

Ulama Wahabi, Muhammad Hamid al-Faqi, mantan pemimpin Jamaah Ansar al-Sunnah al-Muhammadiyyah di Mesir berkata: “Al-Sheikh Nashiruddin adalah saudara kami yang bermanhaj Salaf. Dia seorang pembahas dan peneliti (Hadis) yang cermat.”

Banyak Hadis-hadis sahih yang dijadikan bukti dalil oleh para imam mujtahid (Fiqah) dihukum lemah atau daif oleh al-Albani. Sebaliknya, berapa banyak pula Hadis-hadis daif, maudhuk dan mungkar yang ditashihkan (dihukum sahih) oleh beliau. Oleh itu, pendapat dan ijtihad al-Albani ini banyak mendapat kritikan dari para ulama Islam yang hidup sezaman dengannya.

Al-Albani menulis kitab yang memisahkan hadis sahih dan daif dalam Ashab al-Sunam, Sahih Sunam Abi Dawud-Da’if Abi Dawud, Sahih Sunam al-Tirmizi-Da’ifNya dan lain-lain. Adakah kita meragui dengan Imam Abi Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i sebagai ahli Hadis, sekalipun terbitnya kitab Hadis yang ditulis oleh al-Albani pada abad ini.

Golongan Wahabi mengatakan bahawa setelah terbitnya kitab-kitab ini, al-Albani jauh lebih menguasai ilmu Hadis berbanding dengan Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan lain-lain. Tiada seorang ulama dahulu hingga masa kini yang berani bersikap demikian kecuali pengikut Wahabi yang melampaui batas. Golongan ini tidak menghormati tokoh-tokoh ulama masa silam dan mudah melontarkan kata kejian terhadap ulama Hadis Ahlus Sunnah. 

Al-Albani berkata: “Hadis apa pun yang datang daripada koleksi Imam Bukhari dan Imam Muslim ada- lah sahih. Bukan kerana perawinya Imam Bukhari dan Imam Muslim, tetapi kerana fakta Hadis-hadis itu memang sahih.” Kemudian al-Albani melakukan sesuatu yang bertentangan dari kenyataannya iaitu mendaifkan sejumlah besar Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.   Pada awalnya, beliau mengakui kebenaran tokoh-tokoh Hadis Ahlus Sunnah itu, tetapi kemudian menafikan pula yang bertujuan menimbulkan keraguan, kelemahan dan kesilapan supaya umat Islam merasa sangsi dan tidak yakin dengan segala karya agung tokoh-tokoh  Hadis itu.
  
Oleh itu, siapa yang akan percaya perbuatan al-Albani dan tokoh-tokoh Wahabi yang lain yang mendakwa diri mereka ahli Hadis dan merasakan lebih hebat daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim. Kita seharusnya bersikap sebagaimana sikap sebahagian  pensyarah dari Universiti Ummul Qurra Makkah dan sebahagian ulama pakar Hadis yang lain (di negara-negara Islam yang lain) agar berhati-hati dan tidak langsung menerima, kecuali ada ulama Hadis Ahlus Sunnah yang menerima status Hadis tersebut.

Dr. Said Agil al-Munawar dalam sebuah rancangan televisyen swasta ketika ditanya tentang status hadis yang dinilai oleh al-Albani. Beliau mengatakan: “Guru-guru (para masyaikh) saya menasihati supaya berhati-hati dengan penilaian al-Albani terhadap Hadis kerana ia bukanlah orang yang ahli dalam masalah ini.”

Ahli Hadis dari Maghribi, Imam Syeikh Abdullah al-Ghumari menyatakan al-Albani tidak dapat dipertang gung jawabkan dalam setiap penetapan nilai Hadis sama ada sahih atau sebaliknya. Yang menghairankan apabila Syeikh Muhammad Yasin al-Fadami, seorang ulama  di Makkah yang berketurunan Sumatera Barat mengatakan: “Al-Albani adalah seorang yang sesat dan menyesatkan.”

3)     Abdullah bin Baz (1330 H. – 1420 H.)

Nama lengkapnya ialah Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin Muhammad bin Abdullah bin Bazz. Lahir di Riyadh pada 12 Zulhijjah 1330 H. Beliau lebih dikenali sebagai Abdullah bin Baz atau Bin Baz sahaja.

Beliau mula dilantik menjadi kadi pada tahun 1357 H. dan menyandang jawatan tersebut hingga 1371 H. Pada tahun 1372 H. beliau mula mengajar di Ma’had Ilmi di Riyadh, kemudian ke Fakulti Syariah Riyadh mengajar Ilmu Fiqah, Tauhid dan Hadis, sejak didirikan fakulti ini hingga ke tahun 1381 H. Pada tahun 1381 H., beliau dilantik menjadi wakil rektor Jamiah Islamiyyah Madinah hingga tahun 1390 H. Selepas itu hingga 1395 H., beliau dilantik sebagai rektor Jami’ah Islamiyyah.

Beliau dilantik menjadi Mufti Besar Arab Saudi dan Ketua Ikatan Ulama serta Ketua Idarah Buhuts Ilmiyah al ifta’ setaraf kedudukan menteri pada 1395 H. 

Sesungguhnya para ulama Wahabi sentiasa mengagungkan nama ‘salafi’ sambil mempromosi slogan memerangi bid’ah dan mengingatkan (ummah) daripada ahlul bid’ah. Senario ini menggambarkan seolah-olah mereka lebih berilmu dibandingkan dengan para tokoh agama  generasi Islam di zaman yang awal. Kandungan kitab-kitab karangan Abdul Aziz bin Baz penuh dengan bantahan terhadap apa yang mereka katakan ahlul ahwa’.

Diriwayatkan bagaimana seorang ulama Ahlus Sunnah menyusun kitab tentang hukum memelihara janggut. Di dalamnya dicatatkan pendapat Abu Hurairah r.a., Ibn Umar r.a. dan para sahabat  yang lain tentang kebolehan memotong sebahagian janggut jika panjangnya melebihi satu genggam. Sebaliknya, Ibn Baz meng- kritik pandangan para sahabat  dengan berkata: “Walaupun ini pandangan Abu Hurairah dan Ibn Umar, sepatutnya yang didahulukan adalah firman Allah  dan sabda Rasulullah s.a.w.” Ternyata inilah kebiasaan alasan para ulama Wahabi yang sentiasa berhujah dengan memutar belit fakta. Di manakah slogan mereka yang sentiasa dicanangkan dalam kalangan ummah “memahami al-Quran dan al-Sunnah menurut pemahaman para sahabat, tabi’in dan al-salaf?”
Demikianlah para ulama Wahabi yang sentiasa mengunggulkan pendapat sendiri ketika berhadapan dengan pendapat atau pandangan para sahabat, tabi’in dan al-salaf dalam menjelaskan hukum Syarak meskipun mereka sentiasa mencanangkan slogan diayah mereka, “kembali kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah para sahabat” Adakah para ulama Wahabi itu lebih mengetahui tentang  Hadis-hadis dibandingkan dengan para sahabat yang hidup bersama Nabi s.a.w?

6. Ulama   Wahabi    Bersekongkol    Dengan    Kezaliman Pemerintah

Pemerintah kaum Muslimin sebelumnya (yang diberontak dan diperangi oleh gerakan Wahabi sehingga tertegaknya Dinasti Saudiyah) belum pernah menggadaikan tanah suci kepada kaum kafir. Inilah realiti yang berlaku apabila ‘daulah tauhid’ versi Wahabi menguasai Tanah Hijaz. Malah, para ulama  Wahabi  sekadar menjadi ulama pengampu yang sentiasa mengeluarkan fatwa  yang  menyokong segala dasar kerajaan monarki (Arab Saudi) bagi melaksanakan sistem pemerintahan kuku besi ke atas rakyat dan memisahkan politik dari agama atau sekadar berperanan untuk merealisasikan kehendak pemimpin kuku besi itu.

Kita hairan mengapa para tokoh  Wahabi yang mendakwa sebagai penerus manhaj al-salaf itu tidak melaksanakan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah  khulafa al-rasyidin dalam pemilihan ketua kerajaan (pemerintah). Sebaliknya, mereka sejak awal lagi menyokong dan bergading bahu dengan keluarga Saud berjuang untuk mendirikan kerajaan monarki Arab Saudi.

Ternyata golongan Wahabi ini mengambil sunnah Hercules (Kaisar Rom) dan Kisra (Raja Parsi) dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Arab Saudi (bahkan menganggapnya sebagai Daulah Tauhid), sebagaimana ungkapan Abdurrahman Ibn Abu Bakar (ketika memberi pendapat mengenai perlantikan Muawiyah kepada Yazid sebagai pengganti khalifah) dengan katanya: “Ini adalah sunnah Hercules (Kerajaan Rom) dan Kisra (Raja  Parsi).”

Dengan itu amalan sistem pemerintahan beraja atau warisan pusaka ini  nyata bertentangan dengan Syariat Islam kerana menafikan hak rakyat secara keseluruhan terhadap kuasa pemerintah atau negara. Para ulama Wahabi pula hanya mampu berfatwa tentang hukum-hukum agama (haram dan halal) yang hanya ditujukan ke atas rakyat semata-mata,  tanpa mampu menyentuh atau mengkritik dasar pemerintah meskipun ianya nyata bertentangan dengan Syariat Islam. Seterusnya,  hasil daripada tasawwur yang salah terhadap din al-Islam ini menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang berdasarkan tuntutan agama yang sebenar. Malah, kehidupan mereka bercampur-baur dengan unsur-unsur yang menyalahi ajaran Islam hinggakan sifat kehidupan jahiliah (penyelewengan kuasa dan menzalimi rakyat) lebih menguasai mereka daripada hidup bercorak keagamaan yang berteraskan akhlak Islam yang mulia, sehinggakan sebahagian para pemimpin kerajaan  monarki itu bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ada perasaan dengki terhadap mereka (rakyat), maka dia tidak akan mencium bau syurga.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengingatkan pegawai-pegawainya dengan berkata:
“Wahai saudara, aku ingatkan kepadamu tentang keadaan penghuni neraka yang tidak boleh tidur kerana kekal dalam penderitaan mereka. Janganlah kamu berpaling dari kewajipanmu terhadap Allah dengan menunaikan hak rakyat, sedang kamu mati dalam keadaan seperti itu tanpa boleh lagi berharap pada rahmatNya.”

Para ulama Wahabi  terpaksa mengeluarkan fatwa menyokong kerajaan kerana tindakan pemerintah membenarkan Amerika menubuhkan pengkalan tentera ketika perang Teluk pada awal 1990-an untuk menyerang negara Islam Iraq. Fatwa inilah yang menjadi titik permulaan kejayaan tentera Amerika menguasai negara-negara Islam Teluk dan seterusnya menakluki negara Afghanistan dan Iraq. Persekongkolan ini adalah bertujuan memastikan Amerika terus mempertahankan kerajaan beraja atau warisan pusaka Arab Saudi selama-lamanya. Bagi pihak para ulama itu pula,  mereka sanggup menjadi ulama pengampu demi menjaga kepentingan diri yang telah sekian lama  ditaburkan oleh pemerintah dengan hasil kemewahan minyak rakyat. Malahan  mereka akan sentiasa mengeluarkan apa jua fatwa untuk menyokong  segala tindakan pemerintah meskipun ianya bertentangan dengan Syariat Islam.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Bersegeralah berbuat kebaikan, kerana akan datang fitnah yang menyerupai kegelapan malam. Seseorang jadi Muslim pada pagi hari dan petang hari sudah menjadi kafir. Petang hari jadi seorang Muslim dan pagi hari menjadi seorang kafir (semula). Dia menjual agamanya dengan barang-barang dunia.”             
                                                             (HR  Imam Muslim dan Abu Hurairah)

Inilah mazhab yang telah menguasai dakwah akidah (teori Tauhid Wahabi) dan  Syariat Islam (mengikut pentafsiran Wahabisme) umat Islam sedunia masa kini disebabkan  kuatnya pengaruh kerajaan Arab Saudi dalam kalangan negara-negara Islam. Di samping itu, terdapat ramai para pelajar aliran agama dari seluruh negara Islam yang menuntut di pusat pengajian tinggi negara itu. Peluang ini telah digunakan oleh kerajaan Wahabisme untuk merosakkan akidah dan pemikiran para pelajar berkenaan sehingga apabila tamat pengajian mereka pulang ke negara masing-masing dengan membawa bersama fahaman Wahabisme serta mengagungkan tokoh-tokoh Wahabi  dan melaksanakan diayah mereka (teori Tauhid Wahabi) sebagai “pembersihan Islam dari pelbagai bid’ah dan khurafat” sejak 200 tahun lalu. Sebaliknya, dakwah akidah Wahabi ini tidak dapat membaiki kepincangan dan kehancuran seluruh bangsa Arab hingga ke hari ini.

Kebiasaannya para graduan ini apabila pulang ke negara masing-masing akan berpeluang untuk menjadi para pegawai agama seperti mufti, kadi, ulama, pendakwah,  pendidik dan sebagainya dengan berpaksikan tarbiyah akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi). Para graduan yang  belum matang ini  tentulah   sangat kagum dengan Wahabisme seolah-olah nampak seperti suatu pemikiran yang membawa tajdid dan islah mentaliti umat Islam, di samping mengembalikan kemurnian akidah umat Islam (yang kononnya sebelum ini sudah tersasar dari Akidah al-Quran yang sebenar).

Sebaliknya, tanpa disedari oleh para graduan ini bahawa mereka tidak ditazkiyah dan ditarbiyah (aspek akidah) dengan ilmu dan amalan zikrullah (Akidah al-Quran) sebagai aspek yang penting dalam pembersihan roh atau hati. Individu yang tidak pernah menjalani tarbiyah  akidah menerusi  berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu ini memiliki hati yang mati (kesesatan)  dan sentiasa terbelenggu dengan syaitan yang ada  di dalam dirinya. Maka syaitan-syaitan inilah yang akan bersama-sama dengan mereka dalam kehidupan sebagai pemerintah atau pegawai ataupun ulama. Bahkan  seluruh kehidupan  individu itu seperti akidah, pemikiran, idea, percakapan, berkeluarga, makan minum dan sebagainya  dikendali- kan bersama dengan para syaitan.

Akibat daripada itu, timbullah pemerintah,  ulama-ulama, ilmuwan, ataupun pegawai-pegawai  yang rasuah, pecah amanah, pengampu, penipu, melakukan kezaliman serta lain-lain penyelewengan dalam masyarakat dan negara. Para ulama dan ilmuwan Wahabi  ini hanya mempunyai ketajaman fikiran atau memiliki  pelbagai diploma ataupun ijazah dari pusat-pusat pengajian tinggi tetapi akidah mereka tergelincir dari landasan Akidah al-Quran yang sebenar. Sudah pasti ianya akan menimbulkan bahaya kepada umat Islam yang lebih dahsyat daripada serangan Tartar ke atas kota Baghdad suatu ketika dahulu. Inilah yang dimaksudkan di dalam ayat-ayat  Allah  yang menjelaskan kesesatan ummah yang mengabaikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah, dan mereka akan sentiasa terjebak dalam perangkap syaitan dan  tiadalah yang lebih celaka, lebih parah dan paling rugi (sia-sia) segala usahanya (amal ibadat)  di atas muka bumi iaitu mereka memiliki hati yang mati. Nas al-Quran berkaitan isu yang tersebut seperti firman Allah:
فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Maksudnya:
“Maka besarlah kecelakaan (azab siksa) bagi mereka yang keras hatinya untuk berzikrullah. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata (memiliki hati yang mati).”  
                                                                         (Surah al - Zumar, ayat: 22)

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Maksudnya:
“Dan barangsiapa yang membelakangi berzikrullah kepada Tuhan yang Maha Pemurah, akan Kami jadikan baginya syaitan yang akan menjadi rakan.”
                                                                         (Surah al - Zukhruf, ayat: 36)


 اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya:
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa berzikrullah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi.”                            
                                                                         (Surah al - Mujadalah, ayat: 19)

Allah SWT juga berfirman:
 وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Maksudnya:
“Jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.”         
                                                                         (Surah Luqman, ayat: 33)

Pemimpin merupakan orang yang mencorak dan membentuk, dan mendidik sikap dan pemikiran rakyat. Sikap dan pemikiran yang dicorak dan dibentuk oleh pemimpin itulah tercetusnya sikap dan tindak tanduk mereka. Pemimpin komunis membentuk sikap dan pemikiran rakyatnya. Maka tercetuslah sikap dan tindak-tanduk serta pembawaan rakyatnya sebagai komunis. Perompak mencorak dan membentuk sikap, dan pemikiran  pengikutnya hingga lahirlah pasukan perompak. Begitulah kerajaan Wahabi, mereka mendidik dan mencorak sikap dan pemikiran seluruh rakyatnya sebagai Wahabisme (akidah berasaskan teori Tauhid Wahabi).

Sayyidina Ali r.a. mengingatkan dengan katanya:
“Yang benar (haq) tanpa penyusunan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.”

Dengan kata-kata lain, untuk membawa umat Islam memiliki kesempurnaan akidah (darjat  ihsan) dan  bertaqwa, serta mampu pula benar-benar mengamalkan Syariat Islam, maka perlu pemimpin yang mampu mencorakkan hati ummah menerusi berzikir mengingati Allah  (memiliki “rahsia kekuatan ummah”). Dengan itu tercorak dan terbentuknya ummah yang sentiasa hampir kepada rahmat dan pertolongan Allah,  dan terbinalah keperibadian mukmin yang sebenarnya yang akan jelas tertonjol dari dirinya, rumahtangga, masyarakat dan diiringi pula bakal lahir tamadun Islam.

7. Mazhab Wahabi atau Jemaah Salafi?

Pada kurun ke 14 H., ketika mazhab Wahabi sedang berkembang, mereka mula mengubah nama mazhab baharu ini kepada jemaah Salafi. Ternyata golongan ini lebih suka menggelarkan diri mereka sebagai jemaah Salafi  berbanding dengan panggilan mazhab Wahabi untuk menutup topengnya sebagai mazhab  yang baharu muncul di dalam Islam. Nama Wahabi itu seolah-olah sesuatu yang tercela  kerana umat Islam sudah mengetahui mengenai misi mereka yang sebenarnya dan terpaksa menggunakan nama baru untuk melanjutkan kesinambungan mazhab itu. Ajaran mazhab ini dianggapkan oleh para pengikutnya sebagai ajaran yang tulus seperti golongan al-salaf  tanpa mempunyai nama khusus sebagai satu mazhab.

Nama  jemaah Salafi bermula dan dipopularkan oleh tokoh Wahabi, Nashiruddin al-Albani (meninggal 2 Oktober 1999/ 1420 H.  Sebutan ‘salafi’ buat pertama kalinya keluar dari mulut al-Albani ketika beliau berdialog dengan salah seorang pengi- kutnya yang bernama Abdul Halim Abu Syuqqah (Majalah al-Sunah 06/N/1420: hal. 20-25). Menurut beliau,  dakwah Salafi adalah dakwah yang sesuai dengan apa-apa yang Nabi s.a.w. lakukan. Para sahabat r.a. mula menyembah Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan beramal berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dalam beribadat. Pernyataan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada umat Islam bahawa mazhab baharu ini tidak mengikuti para imam mujtahid yang muktabar (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Hanbali) dan mereka sentiasa menghina ijtihad para ulama itu.

Jika tidak mempunyai  sanad kaedah Fiqah, dari manakah mereka (kaum Wahabi) memperolehi pegangan ilmu agama mereka? Adakah dari celah pohon kurma? Atau adakah pengasas mazhab ini dan para tokohnya yang muncul dalam tempoh 200 tahun lalu  lebih mengetahui tentang ilmu dan kefahaman agama lebih baik daripada pendapat kaum khalaf  yang  lebih hampir dengan zaman  para sahabat? Kajian membuktikan bahawa banyak bidang ilmu dan kefahaman agama mazhab Wahabi yang terhenti pada Muhammad bin Abdul Wahab. Kadangkala terkait dengan fahaman Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Malah, adakalanya pegangan mereka menyalahi Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Oleh itu, seseorang Islam yang mahu mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam yang tulen atau sunnah Nabi s.a.w. yang tulen tidak ada jalan lain kecuali mesti  menerima pendapat atau ijtihad  para imam mujtahid kerana  zaman para imam ini lebih hampir dengan zaman para sahabat dan terbukti mereka mempunyai metode usul Fiqah yang lebih unggul

Jika benar manhaj Wahabi ini adalah jemaah Salafi yang mengikuti al-salaf, mengapa mereka patuh kepada ijtihad atau pendapat Muhammad bin Abdul Wahab (meninggal 1206 H.) semata-mata. Beliau  tidak dilahirkan pada zaman generasi umat Islam yang awal (kurun al-salaf  atau tiga generasi Islam pertama). Siapakah yang “salafi” dalam erti kata al-salaf? Malah, Ibn Taimiyyah sendiri tidak pernah menggunakan istilah ‘jemaah Salafi’ untuk menyebut dan mendefinisikan pergerakan atau mazhab ataupun para pengikutnya. Oleh itu, dalam urusan agama yang sudah jelas, kita tidak boleh berkreatif atau berinovasi dengan pelbagai istilah kerana bentuk dakwah ini akan menimbulkan kecelaruan di kalangan ummah. Malahan teori murni yang dianggapkan memperbaiki dan menyatukan ummah itu, ternyata menjadi pemecah-belah umat Islam hari ini.

Dakwah jemaah Salafi (versi Wahabi) ini hanyalah berdasarkan kepada idea-idea atau ijtihad-ijtihad ataupun pendapat-pendapat para ulama di  dalam mazhab ini semata-mata. Mereka mengwarwarkan slogan dakwah kepada ummah, ‘kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah’ iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta. Apa yang disepakati oleh para ulama Ahlus Sunnah  tentang golongan al-salaf adalah para sahabat r.a., tabi’in dan tabi’ut tabi’in, dan tidak ada penggunaan istilah ‘salafi’. Malah, istilah atau julukan “jemaah Salafi” yang diciptakan oleh para tokoh Wahabi itu merupakan perbuatan yang direka-reka atau bid’ah. Sebahagian ulama Ahlus Sunnah beranggapan bahawa ia adalah ungkapan atau pengakuan atau penamaan diri ataupun kelompok  yang bercampur aduk serta membingungkan.

Para ulama Wahabi sentiasa mempersoalkan umat Islam yang menjadi pengikut Imam Abu Hanifah (w. 149 H.) atau Imam Malik (w. 179 H.) atau  Imam Syafi’i (w. 204 H.) ataupun  Imam Ahmad bin Hanbal (w. 240 H.) kerana berbeza ijtihad dalam bidang Fiqah. Di samping itu,  para imam itu tidak pernah mengaku “salafi” walaupun dilahirkan pada kurun al-salaf.  Sebaliknya, para ulama Wahabi menganggap tahap keilmuan mereka dalam pelbagai bidang agama lebih unggul daripada ulama muktabar itu walaupun mereka muncul lebih 1000 tahun kemudian dari zaman para mujtahid itu.  Umat Islam terus dikaburi oleh puak Wahabi seolah-olah merekalah pelopor golongan al-salaf dengan mengibarkan istilah “jemaah Salafi”.

Belum ditemui satu pun riwayat yang sahih yang menunjukkan bahawa ada imam mujtahid (Abu Hanifah, Malik,  Syafi’i, Ahmad Hanbali) dan lain-lain yang menyebut diri dan pengikut mereka sebagai “jemaah Salafi”. Begitu juga para imam ahli Hadis seperti Imam Bukhari. Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam al-Tirmizi dan lain-lain. Zaman para mujtahid ini hampir dengan zaman para sahabat dan terbukti mereka mempunyai metode usul Fiqah yang lebih unggul. Dengan metode itu, mereka berijtihad dan melakukan istinbath (usaha penetapan hukum) untuk menjawab segala permalahan umat pada masa itu sehingga umat Islam terikat dengan hukum syarak, dan menjaga ketulenan ilmu dan kefahaman agama dalam menegakkan agama Allah. Mereka ialah tokoh agama dan ulama besar  yang memiliki kesempurnaan hati atau  Akidah Islam yang sebenar dan sifat taqwa yang amat takut kepada Allah S.W.T. Takut mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Kebenaran itu hanyalah milik Allah  bukan milik satu golongan. Bahkan para imam mazhab fiqah tidak pernah mendakwa diri (mazhab) merekalah yang paling benar. Berikut adalah pernyataan para imam tersebut tentang ijtihad yang mereka lakukan:

Imam Abu Hanifah: “Jika suatu hadis adalah sahih, itulah mazhabku! Tidak halal bagi seseorang mengikut perkataan kami apabila dia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya.”

Imam Malik: “Saya hanyalah seorang manusia, kadang-kadang salah dan kadang-kadang betul. Oleh sebab itu, telitilah pendapatku. Apabila sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ambillah. Apabila tidak sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah.”

Imam Syafi’i: “Apabila kamu menemui dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah s.a.w., maka peganglah hadis itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.”

Imam Ahmad bin Hanbal: “Janganlah engkau taklid kepadaku atau Malik atau Syafi’i atau Auza’i ataupun T’sauri, tetapi ambillah daripada sumber mereka ambil.”

Al-Albani juga menganggap bahawa pengikut-pengikut mazhab lain sentiasa berbangga dan selalu menisbahkan diri mereka dengan mazhab yang dipegang seperti pengikut mazhab Fiqah yang muktabar, dan pegangan mereka ini adalah bersandar kepada peribadi-peribadi yang tidak maksum dan bukan al-salaf. Sebaliknya, tanpa disedari mereka (pengikut Wahabi) bahawa  mazhab (Wahabi) ini juga tidak bersandar kepada tokoh-tokoh yang maksum atau dari golongan al-salaf. Mengapa penisbatan kepada orang yang tidak maksum dalam mazhab itu tidak diingkari. Jelaslah bahawa empat mazhab Fiqah yang utama itulah sebenarnya pemegang kepada warisan ilmu dan kefahaman agama al-salaf dan bukannya mazhab (Wahabi) itu yang mengikut  pendapat yang diketengahkan oleh Ibn Taimiyyah atau Ibn Qayyim atau Muhammad bin Abdul Wahab atau Abdullah bin Baz ataupun Nasiruddin al-Albani yang muncul  lebih 1,000 tahun  selepas zaman al-salaf. Malahan dalam banyak ijtihad yang dilakukan, para ulama Wahabi ini lebih mengunggulkan pendapat sendiri berbanding ijtihad al-salaf. 
      
Di samping itu, para ulama mazhab Wahabi selalu menisbahkan ilmu Fiqah mereka kepada mazhab Hanbali, meskipun mereka menyatakan bahawa tidak menerima taklid mazhab bahkan sering menghina orang yang bertaklid kepada mazhab itu sebagai tidak berilmu. Terlalu sukar bagi pengikut mazhab Wahabi untuk menerima ijtihad golongan ulama mazhab lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Ini adalah kerana keyakinan mereka yang berpegang bahawa kebenaran hanya satu, dan mazhab Wahabi adalah pemiliknya. Mereka ialah golongan yang paling sesuai dengan al-Sunnah; yang paling benar, selamat dan ahli syurga. Para tokoh Wahabi sahaja yang dianggap mujtahid dan memiliki ilmu yang paling benar dan yang boleh melakukan ijtihad. Manakala ijtihad dan pendapat ulama mazhab lain bukan sahaja salah bahkan dianggap batil dan menyesatkan.

Kesimpulannya, sesuatu amalan yang terhasil daripada ijtihad tidak boleh dibatalkan oleh suatu ijtihad yang lain. Tambahan lagi, dalam menangani isu ijtihad seseorang tidak berhak mewajibkan orang lain berpegang dengan ijtihadnya serta menghalang mereka daripada menerima ijtihad pihak lain. Hal ini kerana semua bukti yang dikemukakan oleh  pihak berkenaan adalah tidak bersifat qat‘i al-dilalah, iaitu dalil yang dijadikan bukti itu mendukung satu makna tepat sebagaimana dimaksudkan, yang tidak boleh ditakwil untuk menerangkan makna lain. Dengan kata lain, pandangan kedua pihak boleh diterima pakai kerana hujah yang diketengahkan oleh setiap pihak masih berada dalam ruang lingkup iltizam dengan al-Quran dan al-Sunnah Nabi s.a.w. Bukan menjadi suatu pekara besar jika terdapat pihak menyokong satu pandangan yang bertentangan dengan pihak lain, selama mana setiap pihak mengambil sikap menghormati pandangan serta hujahan pihak lawannya. Walau bagaimanapun, sikap menghukum pihak lain sebagai bid’ah, fasiq, syirik, kufur atau sesat dalam pekara khilaf  telah mengeluarkan pelakunya dari ruang lingkup iltizam dengan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

8. Akidah  Wahabi  Yang  Menyimpang

Konsep tauhid (keesaan Allah) mazhab Wahabi yang berpegang dengan teori Tauhid Wahabi iaitu tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan tauhid Asma’ Wa al-Sifat adalah  diasaskan oleh kajian yang mendalam   terhadap pengertian pengesaan pada hak Allah  yang terkandung dalam  kalimah syahadah (mendefinasikan Rabb) dan sifat-sifat Allah (ayat-ayat Mutasyabihat) yang dianggapkan sebagai modenisasi teori Tauhid Wahabi.  Pemahaman teori Tauhid  ini  dianjurkan dalam kalangan pengikut mazhab ini untuk mencapai  kesempurnaan akidah  dan diistilahkan sebagai  memiliki prinsip Akidah Islam.

Tanpa mereka (golongan Wahabi) sedari bahawa pembahagian tauhid kepada tiga bahagian seperti itu sama sekali tidak disyariatkan dalam Islam apatah lagi untuk meyakini amalan tersebut telah diamalkan dan diajarkan oleh Nabi s.a.w., atau ijtihad dari kalangan  al-salaf ataupun kaum khalaf, malah tiada dalil Syarak membuktikan bahawa pemahaman teori  Tauhid Wahabi  merupakan  wasilah untuk mencapai kesempurnaan akidah atau sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam. Para ulama Wahabi dan pengikut mereka di negara Islam sedunia terus  menyebarkan  ilmu Akidah reka cipta ini kepada ummah bahawa tauhid Rububiyyah merupakan tauhid yang diakui oleh umat Islam dan orang kafir. Sebaliknya, tauhid Uluhiyyah pula  menjadi pembeza antara Islam dengan kufur. Aliran atau mazhab baharu ini menganjurkan setiap umat Islam mesti membezakan antara kedua-dua jenis tauhid ini dan mereka menetapkan bahawa orang kafir tidak mengingkari Allah sebagai Pencipta, Pemberi rezeki dan Pengatur segala urusan. Pembahagian tauhid  ini adalah pendapat ekstrim dari kaum Musyabbihah terutama pengikut mereka dewasa kini. Mereka mengaku bahawa misi mazhab baharu ini adalah untuk membenteras bid’ah, namun sebenarnya mereka adalah orang yang membawa bid’ah.

Tujuan utama kaum Musyabbihah ini membahagikan tauhid kepada tiga bahagian adalah tidak lain hanyalah untuk mengkafirkan orang-orang Islam yang melakukan tawassul dengan Nabi s.a.w. atau dengan orang-orang mukmin yang soleh. Orang-orang yang melakukan tawassul seperti itu dianggap tidak mentauhidkan Allah  dari segi tauhid Uluhiyyah. Begitu juga tauhid Asma’ Wa al-Sifat adalah bertujuan untuk mengkafirkan orang Islam yang melakukan takwil terhadap ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang tersirat dan tidak jelas maksudnya, dan memerlukan takwil) yang dianggap sebagai mengingkari sifat-sifat Allah. Hakikatnya, seluruh bentuk dakwah mereka merupakan usaha yang semata-mata didorong oleh buruk sangka, tuduhan liar dan kejahilan mereka sendiri. Mereka memusuhi dan menjadi mangsa buruk sangka dan kejahilan sendiri.

Kaum Wahabi ini merupakan golongan yang gemar membahaskan ayat-ayat  mutasyabihat dan membincangkan perihal istiwa Allah SWT, tangan Allah, di mana Allah dan lain-lain ayat mutasyabihat, lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mentakwil ayat-ayat ini. Akhirnya, mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah (yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (yang menyatakan Allah itu menyerupai makhluk). Mereka mempercayai bahawa Allah  mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Tuhan Maha Pencipta mempunyai anggota tubuh, dan mendakwa Allah  berada di atas arasy dan langit. Mereka mendakwa mengikut manhaj al-salaf pada aspek akidah dan fiqah walaupun pada hakikatnya mereka amat jauh dan berbeza sama sekali, dan tidak memahaminya. Dengan berhujah dan menghuraikan sifat-sifat Allah berdasarkan ayat mutasyabihat bertujuan  menimbulkan keyakinan akal dalam mengesakan Allah S.W.T., tanpa menyedari jerat-jerat syaitan  dalam diri untuk menyesatkan mereka (was-was syaitan) menerusi hujah-hujah dan debat yang tercela itu.

Ternyata hujah-hujah atau perbincangan manusia dengan dirinya sendiri atau dengan orang lain mengenai pengertian Rabb dan sifat-sifatNya  sebenarnya adalah menurut jejak langkah syaitan yang akan menimbulkan di dalam dirinya kegemaran bertelagah dan mengadakan pemikiran yang sesat di dalam akalnya sehingga timbul kekeliruan (was-was syaitan). Kajian yang mendalam terhadap pengertian Rabb (kalimah syahadah) dan ayat mutasyabihat  berkaitan dengan sifat-sifat Allah  tidak pernah berlaku dalam  kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal dan golongan al-salaf mengutuk hujah-hujah atau debat yang tercela itu, iaitu ilmu yang tidak memberi manfaat kepada aspek rohani (hati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah  yang bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersem- bunyi.”             
                                                                         (Surah al-Nas, ayat: 4)

Allah S.W.T.  juga berfirman  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat:10)

FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Berbahagialah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.”
                                                                         (Surah al-Shamsy, ayat:  9-10 )

Imam al-Ghazali menegaskan bahawa apa yang terhasil (hujah-hujah dan debat) dari kedua sumber (al-Quran dan Hadis-hadis) itu merupakan mujadalah (debat) yang tercela  dan ianya adalah bid’ah. Maka kekeliruan yang terhasil dari perselisihan di antara puak-puak (pelbagai mazhab golongan ahli zahir) yang berlarutan dengan menukilkan pelbagai hujah (ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi) itu hanyalah palsu dan khayal (ilmu yang tidak memberi manfaat) iaitu tidak dapat mencapai khusyuk hati terhadap Allah. Ianya dipandang rendah martabatnya sekadar untuk diperdengarkan dan kajian yang dilakukan tidak ada kaitan dengan agama.

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga akan menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.”     
                                                                         (HR Abu Daud)
       
Hakikatnya, Allah  S.W.T. adalah Maha Suci dari sebarang gambaran dan khayalan, tetapi dengannya (pemahaman teori Tauhid Wahabi), mereka telah menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang dijelmakan dari hujah-hujah dan debat yang tercela) dan inilah yang dikatakan tasawwur akidah jahiliah. Oleh kerana golongan Wahabi ini sentaisa lalai berzikir mengingati Allah,  maka mereka tidak akan mampu untuk menjauhi waswas syaitan atau lintasan-lintasan jahat pada hati. Mereka terus leka dengan pelbagai slogan akidah yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada aspek rohaniah atau sekadar ilmu yang berpaut pada akal atau hafalan semata-mata. Adalah menjadi dosa besar atau kufur perbuatan menggambarkan atau mengkhayalkanNya dalam bentuk apapun (waswas syaitan), sebagaimana yang disebut Allah S.W.T. di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya (daripada aspek ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya). Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
                                                                         (Surah al-Syura, ayat: 11)

Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Maka janganlah kamu menyamakan Allah.”
                                                                         (Surah al-Nahl, ayat: 74)

FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dan tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu.”
                                                                         (Surah al-Ikhlas, ayat: 4)

Menurut Imam Abu Hanifah (w. 149H.) seperti yang diriwayatkan oleh Mulla Ali Qari yang bermazhab Hanafi dalam Syarah Fiqh al-Akbar hal. 215 dan 271-272 telah meninggalkan pesanan yang cukup bernilai dalam aspek  akidah umat Islam: Beliau telah mengingatkan seluruh umat Islam sejak 500 tahun lebih awal sebelum munculnya Ibn Taimiyyah (w. 728 H.) tentang bahayanya pengaruh golongan yang gemar berhujah dan menghuraikan sifat-sifat Allah  berdasarkan ayat mutasyabihat sebagai sumber akidah tanpa takwil, dengan katanya:
“Sesiapa yang menetapkan bahawa Allah S.W.T. itu bertempat, berbentuk, berpenjuru maka dia pasti kafir.”

Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
Tuhan Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas Arasy (sebagaimana layak bagi Zat-Nya).
                                                                         (Surah Ta-ha, ayat: 5)

Berdasarkan ayat tersebut di atas, Allah bersemayam (istiwa’) di atas Arasy. Bahkan di dalam al-Quran terdapat ayat yang serupa dalam surah-surah yang lain seperti al-‘Araf (ayat: 54), Yunus (ayat: 3) al-Ra’du (ayat: 2), al-Furqan (ayat: 59), al-Sajadah (ayat: 4) dan al-Hadid (ayat: 44). Ayat tersebut termasuk dalam ayat-ayat mutasyabihat  yang dapat kita faham lafaz zahirnya seolah-olah menggambarkan wajah Allah, tangan Allah, mata Allah yang menyerupai makhluk.

Golongan al-salaf berpendapat bahawa yang berhak dan tahu mentakwilkan atau mentafsirkan ayat-ayat mutasyabihat ialah Allah S.W.T. sahaja. Ini bermakna mereka mentafwidkan atau menyerahkan kepada Allah hakikat sebenar yang dikehendaki oleh ayat-ayat tersebut tanpa melakukan sebarang takwil. Menurut mereka, istiwa’ Allah diyakini tanpa perlu ditafsirkan maknanya. Makna sebenar istiwa’ tidak perlulah kita tercari-cari dan tertanya-tanya serta dipertikaikan kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. Imam Malik apabila ditanya tentang ayat tersebut, beliau menjawab: “Tentang istiwa’ telah diketahui kerana Allah sendiri menceritakannya. Namun, bagaimana Allah beristiwa’ adalah majhul (tidak diketahui) kerana Allah tidak menceritakannya secara terperinci. Sesiapa yang bertanya tentangnya, menyibukkan diri menyelidikinya, maka dia melakukan bid’ah kerana tidak pernah  dilakukan Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a.”

Jawapan Iman Malik ini telah memberikan gambaran kepada kita mengenai pandangan ahli salaf terhadap pekara ini secara jelas.

Menurut Imam Ibn Katsir dalam tafsir beliau: “Ahli salaf menerima ayat Mutasyabihat sebagaimana ia datang (yakni dengan membacanya sahaja) tanpa takyif (menggambarkan  bagaimana Allah beristiwa’), tanpa tamsil (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta’til (menolak ayat atau menolak sifat Allah yang dinyatakan dalam ayat). Namun, makna zahir ayat sepertimana yang tercetus di dalam pemikiran golongan Musyabbihin (golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) hendaklah dinafikan makna tersebut kerana Allah S.W.T. tidak menyerupai mana-mana makhluk.”
                                                (Tafsir Imam Ibn Katsir: Surah al-‘Araf, ayat: 54)

Begitulah pendekatan ayat Mutasyabihat  yang dikemukakan oleh golongan al-salaf bertujuan menjamin kefahaman umat Islam daripada sebarang penyelewengan. Menurut ahli Khalaf, makna zahir istiwa’ ialah istaqarra dan a’la iaitu menetap di atas sesuatu atau meninggi di atas sesuatu. Makna ini jika menurut ahli Khalaf seolah-olah Allah itu bertempat  dan berarah seperti makhluk. Maka, hendaklah digunakan makna majaz  yang menunjukkan perumpamaan atau makna yang tersirat iaitu malika yang bermaksud menguasai, memiliki yakni Allah Ar-Rahman memiliki dan menguasai ArasyNya dan bukanlah Allah itu bertempat atau berarah.

Imam Ja’far as-Shidiq berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telah pun syirik...”
                                                                         (Risalah Al-Qusyairiyah: 6)

Imam As-Syafi’i  berkata: “Allah Ta’ala wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah Ta’ala berubah sifatNya atau zatNya.”
                                                                        (Ittihaf Saadah al-Muttaqin: 2/24).

Imam Ahmad  Hanbal  seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi  bahawa beliau berkata tentang makna istiwa’: "Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah Ta’ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Agung (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu. Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istiwa’ itu zat Allah Ta’ala menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah Ta’ala daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut"  
                                                                         (Risalah at-Tamimi: 2/265-290)

Kata beliau lagi:
“Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim, maka dia telah kafir. Begitu juga kafirlah orang yang mengatakan Allah itu berjisim tetapi tak serupa dengan jisim-jisim.”

Imam Ibn Hibban berkata:
“Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai sebarang batasan yang membatasinya lalu meliputinya, dan tiada bagiNya masa yang terbatas yang akan menyebabkan Dia fana, tiada tempat yang dapat meliputiNya, dan tiada termasuk dalam lingkaran masa”                                                       (As-Siqaat: 1/1)

Imam al-Kalabazi (w. 385 H.) berkata:
“Telah diijma’ dalam kalangan sufi bahawasanya Allah S.W.T. itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa.”
                                                                                                (At-Ta’arruf: 33)

Demikianlah beberapa perkataan para ulama Ahlus Sunnah dari kalangan al-salaf sendiri yang menyucikan Allah S.W.T. dari sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikut jejak para al-salaf dalam menyucikan Allah S.W.T. daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.

Umumnya, golongan Wahabi ini tidak mahu menerima hakikat bahawa akal adalah alat kehambaan dan ia tidak mampu untuk mengkaji dan meneliti “Zat Ketuhanan”. Satu pekara yang perlu difahami oleh setiap Muslim dalam hal ini ialah tiada sesiapa pun sama ada dalam kalangan malaikat, jin dan manusia mahupun makhluk yang lain, dapat memperoleh dan memahami hakikat wujud Zat dan sifat-sifat Allah S.W.T. Hal demikian kerana antara sifat ketuhanan Allah S.W.T. adalah tidak menyerupai makhluk dalam semua aspek kejadian sama ada dari aspek zat, sifat dan juga perbuatan. Sekiranya wujud persamaan antara Allah dan makhluk dalam salah satu daripada aspek-aspek tersebut, maka hal itu telah menafikan sifat tidak menyerupai makhluk yang menjadi salah satu sifat wajib dimiliki Allah.

Segala hujah-hujah dan debat yang tercela itu hanyalah sekadar ilmu yang berpaut pada akal atau hafalan semata-mata yang tidak mampu menjangkau atau mencerap alam rohaniah (alam malakut) dan akan sentiasa muncul pelbagai persoalan yang tiada kesudahan (waswas syaitan dalam diri), dan sentiasa memerlukan penghuraian yang mendalam (hujah-hujah dan debat yang tercela) bertujuan mengisbatkan wujudnya Allah S.W.T. Malahan tanpa mereka sedari bahawa sifat-sifat Allah  dan af’alNya itu tidak pernah diperdebatkan atau dibahaskan oleh generasi umat Islam di zaman yang awal itu. 

Mereka (golongan Wahabi)  hanya seperti  tubuh  kaku yang  tidak  bernyawa akibat roh kekuatan agama (berzikir mengingati Allah)  tidak diketahui dan dianggapkan tidak ada hubung kait dengan pencapaian kesempurnaan akidah. Apabila manusia sudah tidak bernyawa maka ia dipanggil mayat, iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah, dalam tempoh yang sangat singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang terpisah dari amalan rohani Islam (berzikir mengingati Allah terus menerus)  dan alam ghaib (alam malakut) sama seperti jasad tiada roh (hati yang mati).

Dalam sebuah Hadis baginda menjelaskan kebatilan teori Tauhid Wahabi dengan sabdanya yang bermaksud:
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (llah) yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa saya adalah utusan Allah. Jika mereka melakukan sedemikian maka terpelihara dariku darah-darah mereka dan harta-harta mereka kecuali kerana hak.”
                                                                                                (HR Imam Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w tidak membahagikan tauhid kepada tiga bahagian dan baginda tidak menetapkan seseorang yang mengucapkan “La Illaha Illallah”  sahaja adalah tidak memadai untuk dihukumi memeluk Islam, bahkan mesti mengucapkan “La Rabba Illallah”. Oleh itu, maksud sebenar hadis di atas bahawa seseorang dengan hanya bersaksi dengan “La Illaha Ilallah” dan bersaksi bahawa Nabi s.a.w. adalah utusan Allah maka sahlah orang tersebut telah menganut agama Islam. Penyaksian dan pengakuan seseorang terhadap keesaan Allah SWT dalam ucapan kalimah syahadah merupakan suatu penyaksian tauhid sebenar kepada Allah yang menafikan sebarang bentuk perkongsian dan penyekutuan dengan selainNya. Hakikatnya, dakwah mentauhidkan Allah (syiar Akidah Islam) yang disebarkan oleh Nabi s.a.w. adalah mudah dan ringkas untuk difahami dan dilaksanakan oleh para sahabat r.a. dan generasi umat Islam di zaman yang awal itu seperti yang diperintahkan Allah  (pengakuan dan penyaksian tauhid). Malahan terbukti baginda dan para sahabat  telah berjaya menyebarkan syiar Islam dengan begitu pantas dan mudah.

Jelas sekali syiar Islam yang sebenar bahawa kalimah syahadah merupakan ikrar dan pengakuan tauhid seseorang kepada Allah S.W.T. yang tidak boleh dikongsi oleh  orang-orang bukan Islam. Malah, menjadi suatu kemestian mengisbatkan bahawa lafaz Allah sebagai kata nama khas bagi Zat Allah dan bukan kata nama terbitan. Maksudnya, setiap perkara selain Allah tidak harus diberi nama Allah kerana lafaz Allah itu sendiri adalah merujuk zat Allah dan segala sifat kesempurnaanNya yang mustahil dikongsi oleh lainNya. Oleh itu, apabila seseorang hendak memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w., baginda tidak pernah menyuruh mereka supaya memahami maksud tauhid yang terbahagi kepada dua bahagian, dan baginda  tidak pernah mengingatkan  bahawa mereka tidak akan menjadi Muslim sehingga membuat penyaksian dan pengakuan  dengan tauhid Uluhiyyah (selain tauhid Rububiyyah). Begitu juga golongan al-salaf yang tidak pernah mengingkari penyaksian dan pengakuan seseorang terhadap keesaan Allah S.W.T. dalam ucapan kalimah syahadah dan ini merupakan suatu penyaksian tauhid sebenar kepada Allah.

Allah S.W.T. berfirman:
 وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ال
Maksudnya:
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (orang kafir) siapakah yang menciptakan seluruh lapisan langit dan bumi? Maka mereka benar-benar akan menjawab: “Allah”
                                                                        Surah Luqman, ayat: 25)

Kenyataan golongan Wahabi berdasarkan ayat al-Quran  di atas bahawa orang kafir dan orang Musyrikin sama dengan orang Muslim dalam tauhid Rububiyyah adalah batil semata-mata. Lafaz Allah itu dipakai oleh orang Arab adalah secara isti’arah (pinjaman) untuk tuhan-tuhan sembahan mereka selain Allah. Akal mereka tidak mampu mencapai hakikat ketuhanan Allah, bahkan tidak kuat menerimanya sehingga menjadikan mereka terpegun kehairanan. Ucapan menyebut lafaz Allah yang dilakukan oleh seseorang bukan Islam walaupun mengulang-ulang lafaz (Allah) itu sejuta kali tidak menjadikannya beriman. Oleh itu, tidak memadai menyebut lafaz Allah sahaja kerana ianya  tidak difahami (merujuk zat Allah dan segala sifat kesem- purnaanNya)  dan mereka adalah golongan yang ingkar kepada perintah Allah dan rasulNya (golongan bukan Islam).

Allah S.W.T. juga berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat akidah dan pengertian syirik).”
                                                                                    (Surah al-‘Ankabut, ayat: 63)

FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?”
                                                                                    (Surah al-‘Ankabut, ayat: 61)

Allah S.W.T. juga  berfirman  yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembalinya mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”             
                                                                                    (Surah al-An’am, ayat: 108)

Nas al-Quran di atas secara jelas menunjukkan sembahan-sembahan orang kafir itu ternyata bukan Allah dan pengakuan mereka itu hanyalah sekadar isti’arah (pinjaman). Oleh itu, pemakaian lafaz Allah kepada tuhan-tuhan yang disembah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab itu adalah tidak membatalkan status asalnya sebagai nama khas yang hanya tertentu untuk Zat Allah dan segala sifat kesempurnaanNya yang mustahil dikongsi oleh lainNya. Malah,  lafaz yang mulia itu merangkumi makna  yang sangat mendalam bagi orang Islam iaitu mendukung nama ta’zim (keagungan) yang diertikan sebagai Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kebesaran sehingga menjadikan makhluk lemah untuk mengenali hakikat kesempurnaanNya. Dari sudut lain,  pengakuan orang-orang kafir bahawa Allah sebagai Pencipta langit dan bumi merupakan pengakuan di lidah semata-mata tanpa selaras dengan kesempurnaan akidah (hati). Di samping itu, mereka (orang kafir) berkata demikian kerana terdesak dan  tidak memiliki apa-apa jawapan pun untuk membantah dalil-dalil yang kuat dan nyata (bahawa hanya Allah yang berhak disembah), dan mereka adalah golongan yang tidak mengenal Allah. Mereka juga mensyirikkanNya kerana menyembah tuhan yang selain Allah.

Allah SWT  juga berfirman:
 قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:
“Berkata orang-orang Arab Badwi: Kami telah beriman: Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam (tunduk) dan belumlah masuk keimanan  dalam hati kamu. Jika kamu mengikuti Allah dan RasulNya tidaklah kurang (pahala) amalanmu sedikit pun. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.”
                                                                         (Surah al-Hujarat, ayat: 14)

Nas al-Quran tersebut di atas menonjolkan arahan kepada  umat Islam supaya menjalani tarbiyah hati untuk mencapai kesempurnaan akidah dan tidaklah memadai penyaksian dan pengakuan seseorang terhadap keesaan Allah S.W.T dalam ucapan kalimah syahadah menjamin mereka memiliki kesempurnaan aspek rohani itu. Ternyata  jalan tarbiyah (akidah) untuk mencapai kesempurnaan aspek rohani itu  tidak dapat dicapai menerusi jalan yang mudah seperti tarbiyah akidah mazhab Wahabi (pemahaman teori Tauhid Wahabi) atau seolah-olah  membina konkrit yang kuat serta kukuh selama-lamanya sehingga ke akhir hayat dengan sekadar mengucap dua kalimah syahadat. Ingatlah! Jangan sekali-kali kita berangan-angan untuk menjadikan  penyaksian tauhid kepada Allah itu sebagai landasan memasuki syurga atau  menjauhi diri dari azab neraka. Ini kerana kesempurnaan akidah yang sebenar bukan hanya diasaskan menerusi penyaksian dan pengakuan itu semata-mata.

Janganlah kita menghabiskan dan mengorbankan seluruh  tenaga dan usia dengan sia-sia sekadar menumpukan kepada tarbiyah ilmu Akidah reka cipta di sepanjang hayat, tetapi mengabaikan berzikir mengingati  Allah yang menjadi tonggak utama dalam Akidah al-Quran. Ternyata mereka adalah golongan yang sentiasa leka dengan kelalaian tanpa berzikir mengingati Allah  dalam kehidupan harian, lantas hati mereka menjadi mati (kesesatan) dan mereka tenggelam dalam lautan lalai. Al-Quran ada membayangkan fakta tersebut dengan firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk mengkhusyukkan hati mereka dengan mengingati Allah (berzikrullah).”              
                                                                         (Surah al-Hadid, ayat: 16)

Allah SWT juga berfirman:

Maksudnya:
“Sebutlah nama Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.”
                                                                         (Surah al-Muzammil, ayat:  8)

Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang bila disebutkan nama Allah gementarlah hati mereka.”
                                                                         (Surah al-Anfal, ayat: 2)

Begitulah yang berlaku dalam kalangan umat Islam masa kini, tarbiyah akidah yang dilaksanakan menerusi hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) begitu berfalsafah dan menyusahkan! Bukan orang biasa sahaja yang susah untuk memahami maksud Akidah Islam, tetapi  para mahasiswa pun  tidak memahaminya. Malah, seseorang Muslim itu bukan bertambah sempurna akidahnya, tetapi bertambah kusut pemikirannya tentang aspek itu. Sehingga lanjut usia, mereka masih dalam kesamaran dan kebingungan, dan jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta (hujah-hujah dan debat yang tercela) itu pula  tidak dapat diterap dalam mengerjakan segala amal ibadat dan kehidupan harian (gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah).

Diajar ilmu Akidah tentang pengertian Rabb, sifat-sifat Allah dan af’alNya, padahal penganut-penganut agama lain  juga menyatakan sifat-sifat tuhan mereka seperti ada dan berada di atas langit, mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, boleh turun naik, berkuasa, mendengar atau tidak pekak, melihat atau tidak buta dan sebagainya yang dilonggokkan pada akal. Apakah beza pegangan orang kafir (terhadap sifat-sifat  tuhan mereka) berbanding akidah umat Islam di zaman ini yang ditarbiyahkan menerusi ilmu Akidah reka cipta (dilonggokkan pada akal)? Tanpa mereka (golongan Wahabi) sedari bahawa pengetahuan  sifat-sifat Allah dan mendefinasikan Rabb (pada akal) itu tidak dapat membersihkan pelbagai hijab hati (sifat-sifat keji) dan mereka sentiasa gagal untuk mencapai khusyuk hati kepada Allah dan tenggelam dalam lautan lalai semasa mengerjakan segala amal ibadat.

Oleh itu,  hujah-hujah dan debat yang tercela itu  tidak dapat mengubah keadaan hati yang mati (kesesatan) kepada sedar (hati yang mengingati Allah). Malah, mereka terus tenggelam dalam lautan lalai  dengan menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang dijelmakan daripada pemahaman teori Tauhid Wahabi) semasa mengerjakan segala amal ibadat. Sebaliknya,  para ulama dan ilmuwan Wahabi terus mencanangkan slogan akidah  mereka dalam kalangan ummah iaitu mengangkat akidah tauhid dengan mengesakan Allah  dalam melaksanakan amal ibadat,  tanpa mereka sedari bahawa mereka telah tergelincir dari landasan akidah (al-Quran) yang sebenar. Memadai beberapa nas al-Quran sebagai contoh kepada maksud tersebut ialah firman Allah  yang bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”            
                                                                         (Surah al-Nas, ayat: 4)


Maksudnya:
“Dan agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan (syaitan) itu dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu mengerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan itu.”
                                                                         (Surah al-An’am, ayat: 113)

FirmanNya lagi  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat:10)

Sesungguhnya golongan al-salaf  memahami Akidah al-Quran sebagai berhubungkait dengan berzikir mengingati Allah. Oleh iu, mereka sentiasa berzikir kepada Allah dalam kehidupan harian sehingga hati/akidah mereka menjadi sempurna dan merekalah golongan yang sentiasa khusyuk hati terhadap Allah dengan sepenuhnya. Dengan memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah, keteguhan keimanan dan kekentalan keyakinan seseorang muslim kepada Allah dapat dicapai.

Sebaliknya, sesudah berlalunya zaman mereka itu, muncullah para ulama ahli zahir (ahli Kalam) yang membawa masuk berbagai-bagai falsafah asing ke dalam pemikiran umat Islam sehingga tasawwur Akidah Islam  telah diubahsuai mengikut kaedah yang  tidak Islam dan kebanyakan mereka menjadi  orang-orang yang fasik (hati yang mati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T.:
وَلَوْ شَاء رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ
maksudnya:
“Apabila Rabbmu mengkehendaki tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat kecuali orang-orang yang telah dikurniakan rahmat oleh Rabbmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka.”
                                                                         (Surah Hud, ayat: 118-119)

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Pada umatku yang terakhir akan muncul orang yang akan mengatakan perkara yang belum pernah kamu dengar dan perkara itu juga belum pernah didengar oleh bapamu (nenek moyangmu), maka hendaklah kamu menjauhi orang tersebut.”
 (HR Imam Muslim pada Muqaddimah kitab beliau dari Abu Hurairah)

Di samping itu, golongan ini  telah terpedaya dengan hujah yang mengatakan bahawa “fatwa” ialah tiang syarak tanpa diketahui sebab-sebabnya. Sebab munculnya pelbagai mazhab akidah ahli zahir ini  adalah berpunca dari “ilmu khilaf” yang melahirkan perdebatan-perdebatan atau kajian yang mendalam terhadap pengertian Rabb  dan sifat-sifat Allah  (ayat mutasyabihat) yang tidak pernah berlaku dalam kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal. Sehubungan perkara berkaitan Allah berfir- man yang bermaksud:
“Dan apabila mereka membantah kamu, maka katakanlah: “Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. Allah akan mengadili kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu selalu berselisih pendapat.”  
                                                                         (Surah al-Hajj, ayat: 68-69)

Imam al-Ghazali menjelaskan bagaimana munculnya ilmu khilafiyah, iaitu ilmu yang  mendekatkan para ulama Kalam kepada pemerintah dengan katanya:
“Para ulama yang menuntut ilmu untuk mendapat kedudukan dan kemuliaan di sisi pemerintah seperti memegang jawatan mufti atau kadi sentiasa menekuni ilmu fatwa dalam pemerintahan dan pertelingkahan untuk merealisasikan kehendak pemimpin. Mereka juga menumpukan sepenuh perhatian terhadap ilmu Kalam dan perdebatan-perdebatan mengikut hawa nafsu. Mereka mempercayai bahawa seseorang hamba tidak mempunyai amalan melainkan mempelajari ilmu debat mereka yang dinamakan dalil-dalil akidah. Para pemimpin itu mendengar perkataan-perkataan manusia dalam aspek akidah dan mereka cenderung mendengar hujah-hujah, berdiskusi dan berdebat.  Oleh kerana itulah umat Islam berada di dalam suasana kacau bilau dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap hujah-hujah dan perdebatan melalui banyaknya kitab-kitab yang dihasilkan tentang aspek ilmu (hujah/debat) itu”

Seterusnya beliau menegaskan bahawa para sahabat tidak ditarbiyahkan dengan ilmu Kalam. Kata beliau:
“Sifat-sifat utama ulama akhirat adalah sangat berhati-hati terhadap perkara-perkara yang diadakan meskipun ianya dipersetujui oleh orang ramai. Maka janganlah dia terpedaya terhadap penerimaan manusia terhadap perkara-perkara yang diadakan selepas zaman para sahabat r.a. Kita hendaklah sentiasa meneliti keadaan para sahabat, sejarah dan amalan-amalan mereka. Nabi s.a.w. wafat dengan meninggalkan ribuan para sahabat r.a. semuanya ulama Allah S.W.T., Nabi s.a.w. memuji mereka dan tidak seorang pun di kalangan mereka yang pandai di dalam Ilmu Kalam.”

Di akhir zaman al-salaf,  maka muncullah pelbagai mazhab akidah ahli zahir yang sentiasa bertelagah dan mengkafirkan antara satu sama lain. Kacau bilau ummah ini telah digambarkan oleh Imam al-Ghazali dengan katanya:
“Maka pengikut Hanbali mengkafirkan pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa ia mendustakan Rasul dalam menetapkan al-fauq (di atas) bagi Allah S.W.T. Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Hanbali dengan alasan ia musyabbih (menyerupakan). Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Mu’tazilah dengan alasan bahawa ia mendustakan Rasul pada kebolehan melihat Allah S.W.T. Pengikut Mu’tazilah mengkafirkan pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa menetapkan sifat-sifat ialah memperbanyakkan qudama (sifat-sifat qadim), dan mendustakan Rasul dalam tauhid.”

Seterusnya beliau menjelaskan:
“Dan tidak ada yang mampu menyelamatkan kamu dari terlibat dalam perkara di atas kecuali mengetahui batas pendustaan dan kebenaran serta hakikat kedua-duanya. Dengan itu, barulah jelas kepada kamu tentang tindakan melampau puak-puak ini dalam mengkafirkan antara satu sama lain.”

Dari fakta-fakta yang dihuraikan di atas iaitu berkaitan dengan kemunculan pelbagai mazhab akidah  ahli zahir  dalam Islam, maka dapatlah kita simpulkan bahawa  tarbiyah ilmu Akidah reka cipta itu telah melahirkan natijah-natijah buruk dengan berlakunya perpecahan dan pertelingkahan dalam kalangan umat Islam secara berleluasa hingga masa kini, dan akidah ummah terus tergelincir dari landasan Akidah al-Quran kerana lalai berzikir mengingati Allah. Umat Islam  seharusnya sedar dan mengetahui bahawa mazhab (Wahabi) ini merupakan mazhab (akidah  ahli zahir) yang baru muncul dalam Islam (bermula sejak 200 tahun lampau) yang diasaskan menerusi lojik akal (teori Tauhid Wahabi) untuk menyampaikan seseorang kepada mengenal (makrifah) Allah. Tanpa mereka sedari bahawa hujah-hujah dan debat yang tercela (teori Tauhid Wahabi)  itu hanya berfungsi sebagai pengetahuan atau sekadar hafalan semata-mata yang  tidak dapat membersihkan pelbagai hijab hati dan memberi pengukuhan tauhid kepada Allah sebagaimana firmanNya  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat:10)
      
Hakikatnya, mazhab Wahabi yang memperkenalkan teori Tauhid Wahabi  sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam mula  berkembang di seluruh dunia Islam sekitar tahun 1920 M. atau kira-kira 1,000 tahun selepas  munculnya mazhab Asy’ariah-Maturidiah (ilmu Sifat 20).  Ini membuktikan dengan jelas bahawa golongan al-salaf  bukanlah pengasas  kepada mazhab tersebut. Ternyata golongan (Wahabi) ini terpesong jauh daripada penghayatan Akidah Islam yang sebenar (Akidah al-Quran). Tegasnya, tanpa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf, hakikat penghayatan  kerohanian Islam (kesempurnaan hati) tidak dapat dicapai dengan sebenar-benarnya.

9. Akidah Generasi Umat Islam Yang Awal

Umat Islam bebas memberi apa sahaja maksud atau penghuraian  tentang  pengertian ‘Akidah Islam’ kerana istilah itu tidak muncul seiring dengan dakwah keimanan  Nabi s.a.w., para sahabat, tabi’in dan al-salaf.  Bidang ilmu dan amalan  ini di peringkat awal dakwah Nabi s.a.w. lebih dikenali sebagai ilmu al-Yakin, ilmu al-Ikhlas, ilmu al-Hal, ilmu al-Batin, ilmu al-Qulub, ilmu  al-Ihsan, ilmu al-Tariqah, ilmu al-Iman dan sebagainya lagi, dan semuanya itu adalah merupakan perkataan berlainan tetapi merujuk kepada satu makna (kesempurnaan hati). Oleh itu, Akidah Islam yang sebenar itu bukanlah hasil ciptaan mana-mana kumpulan, bukan pula sisipan dari mana-mana golongan, tidak juga salinan dari mana-mana tokoh agama yang terkenal.

Tidak seorang pun dari kalangan para sahabat, tabi’in dan al-salaf yang telah membuat perubahan atau menggantikan sesuatu dalam Akidah Islam, sama ada dengan membuat penambahan atau pengurangan ataupun menunggang balikkannya se- perti yang dilakukan oleh penganut agama Kristian terhadap agama mereka. Hakikatnya,  Allah S.W.T. hanya memerintahkan umatNya supaya berzikir mengingatiNya terus menerus sebagai pencetus kesedaran hati yang boleh membuahkan suatu keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah S.W.T. Dengan manipulasi oleh para orientalis Barat, dibantu oleh pelbagai diayah, buruk sangka dan fitnah oleh para ulama dan ilmuwan Wahabi  ke atas ilmu dan amalan tarekat Tasawuf, maka  keutamaan dan keagungan amalan rohani Islam (Akidah al-Quran) ini untuk mencapai makrifah (mengenal) Allah S.W.T. sudah tidak difahami oleh kebanyakan umat Islam masa kini.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu saling berselisih dan bertengkar kerana umat yang sebelum kamu sentiasa berselisih dan (perselisihan itu) menyebabkan kehancurannya.”
                                                                         (HR  Bukhari dan Muslim)

Generasi umat Islam yang awal hanya melaksanakan tuntutan al-Quran supaya memperbanyakkan berzikir kepada Allah yang berperanan sebagai pencetus kesedaran hati yang dapat membentuk sifat teras iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan yang dapat membersihkan jiwa pelakunya daripada pelbagai sifat kecelaan dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia. Mereka tidak berdebat sesama mereka tentang aspek kesempurnaan akidah melainkan membaca al-Quran yang diturunkan ke atas mereka tanpa menambahkan perdebatan ke atasnya. Ini kerana proses tarbiyah akidah  (hujah-hujah dan debat yang tercela) itu akan mengganggu fikiran (menimbulkan was- was syaitan). Malahan pelbagai ilmu Akidah reka cipta yang muncul dalam kalangan ummah  hanya diisytiharkan  sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam  selepas zaman al-salaf.

Sebuah hadis Nabi s.a.w. pula dapat menguatkan lagi berlakunya proses kelunturan atau kemalapan ilmu dan amalan Islam. Nabi s.a.w. bersabda seperti berikut:
“Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang mengikuti kurun mereka itu, kemudian kurun yang mengikuti kurun mereka itu, kemudian akan meluaslah kedustaan, maka janganlah kamu pegang kata-kata mereka dan amalan mereka.”

Menurut Imam al-Ghazali, generasi umat Islam di zaman yang awal sangat mengingkari orang  yang membukakan pintu perdebatan tentang aspek akidah. Ada pun yang terkandung di dalam al-Quran dari dalil-dalil zahir (Hadis-hadis Nabi s.a.w.) yang diterima pada awal pendengaran telah dipersetujui sebagai ilmu al-Quran. Beliau juga menjelaskan bahawa jalan mentauhidkan Allah yang dicetuskan menerusi proses menyebut dan mengingati Allah secara berterusan  yang  dilaksanakan oleh para sahabat untuk membentuk sifat teras  iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan, seolah-olah sudah tidak diketahui oleh para ulama mutakallimin (ulama Kalam) di zamannya, dan jika difahami juga mereka tidak bersifat dengan kemuliaan akh- lak mereka (generasi umat Islam yang awal). Oleh sebab itu, beliau mengatakan bahawa para sahabat berpegang kepada seluruh perkara dari Allah Azza wa Jalla kerana mereka sentiasa memiliki ingatan yang kental  dan keteguhan keyakinan kepada Allah S.W.T. menerusi memperbanyakkan proses menyebut serta mengingati Allah dalam kehidupan harian sebagaimana firman Allah S.W.T., maksudnya:
“Mereka adalah orang yang beriman (dan beramal soleh) dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
                                                                         (Surah Ar-Ra’d: ayat 28)

Allah S.W.T. juga berfirman:

 Maksudnnya;
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (al-Quran) yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya semua kulit (semua anggota) orang-orang yang takutkan Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang kulit-kulit (semua anggota) dan hati-hati mereka itu ketika mereka  mengingati Allah (berzikrullah).”
                                                                         (Surah al-Zumar, ayat: 23)

Lanjutan daripada itu, aspek akidah  yang sepatutnya tidak diperdebatkan sepertimana ia diterima oleh generasi umat Islam di zaman yang awal telah menjadi medan utama perdebatan, hingga timbul berbagai-bagai tafsiran terhadapnya (pelbagai ilmu Akidah reka cipta). Masing-masing pihak bertegas bahawa mazhab akidah merekalah yang betul. Bilamana perkara seumpama itu berlaku, banyaklah fitnah yang terjadi dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu,  maksud dan hakikat Akidah Islam  yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah itulah yang wajib dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam masa kini demi mendapat tasawwur yang sahih terhadap aspek akidah (Islam) seperti firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammmad), Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya”
                                                                         (Surah al-Ikhlas, ayat: 1- 4)  
 
Nabi s.a.w.  bersabda yang bermaksud:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah” . Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaa- ha Illa Allah” itu berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya  “La Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ada yang menyebut “La Ilaaha Illa Allah.”

Asas jalan makrifah (kenal) Allah  ialah mengakui makna La Ilaaha Illa Allah di dalam hati. Sesungguhnya tidak ada jalan lain yang boleh menyampaikan seseorang kepada makrifah (Allah) itu, kecuali menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati kalimah tauhid itu (Akidah al-Quran) sebagai amalan yang cukup berkesan dalam hubungan makrifah  (mengenal) Allah serta sifat-sifat kesempurnaan dan keagunganNya). Dengan kalimah tauhid itulah wujud alam zahir dan alam batin. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. pernah mengaitkan hubungan memperbaharui iman dengan memperbanyakkan berzikir apabila sahabat bertanya tentang cara memperbaharui iman yang dimaksudkan itu.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu dengan banyak menyebut dan mengingati ‘La ila ha Ilallah’.

Hadis Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa memperbanyakkan berzikir mengingati Allah itulah  yang wajib dihayati dan diamalkan oleh seluruh umat Islam  sebagai pencetus kesedaran hati yang boleh membuahkan suatu keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah S.W.T. Sebaliknya, golongan golongan ahli zahir  hanya meletakkan logik akal mengatasi segala-galanya dengan menumpukan kepada hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) yang tidak memberikan apa-apa manfaat dari aspek zahir dan rohani  kecuali menjadi hijab hati  tanpa disedari.

Ternyata golongan (ahli zahir)  ini telah mengubah tonggak utama  dalam Akidah al-Quran (berzikir mengingati Allah secara terus menerus)  kepada  pemahaman hujah-hujah  ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi. Tanpa mereka sedari bahawa bahawa memperbanyakkan amalan zikir mengingati Allah yang dituntut oleh al-Quran adalah permulaaan hidayah daripadaNya. Dengan kata-kata lain,  golongan ini seolah-olah menganggap tonggak utama akidah  yang ditetapkan oleh al-Quran  (memperbanyakkan berzikir kepada Allah) itu tidak lengkap  atau tidak sempurna, dan masih memerlukan perubahan atau ijtihad.

Oleh itu,  ijtihad kaum ahli Kalam dan Wahabi ini sama dengan menambahkan sesuatu ke dalam prinsip Akidah Islam, maka ianya adalah satu perbuatan bid’ah dan terkutuk. Inilah yang dikatakan tasawwur  akidah  jahiliah yang menyeluruh dari puncak ke akar umbinya yang dijelmakan oleh hujah-hujah dan debat yang tercela  dalam pengabdian manusia kepada nafsunya. Malah, tanpa disedari bahawa mereka telah menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang dijelmakan dari pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi)  semasa mengerjakan segala amal ibadat (mengalih daripada menyembah Tuhan Maha Pencipta), meskipun mereka banyak menghabiskan masa dalam mengisbatkan keesaanNya menerusi hujah-hujah dan debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) yang tiada titik kesudahan di se- panjang usia.

Oleh itu, proses tarbiyah akidah reka cipta  (hujah-hujah teori Tauhid Wahabi) ini adalah batal dan ditolak secara mutlak oleh Islam. Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya di dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat kebaikan sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu. Aku telah cukupkan kepadamu nikmat Ku dan Aku telah redai Islam itu menjadi agama bagimu”          
                                                                         (Surah al - Maidah, ayat: 3)

Allah  S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
                                                                         (Surah al-‘An’am, ayat: 91)

10. Penyelewengan Dakwah  Wahabi

Memang tidak dinafikan mazhab Wahabi inilah yang menimbulkan pecah belah ummah di Malaysia bahkan di seluruh negara Islam sedunia. Mereka membid’ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah dalam  kalangan para ulama Fuqaha yang muktabar.  Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah dalam kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Golongan Wahabi  ini sentiasa menganggap bahawa manhaj merekalah yang paling benar dan mazhab-mazhab yang lain adalah salah. Mereka tidak menerima ijtihad golongan ulama dari mazhab-mazhab lain dan mendakwa bahawa merekalah pemilik kebenaran dan satu-satunya golongan yang paling sesuai dengan al-Sunnah, yang paling benar  dan mendapat keredaanNya. Inilah pintu perpecahan umat Islam yang paling utama.

Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang dibawa oleh Wahabi ialah mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Para tabi’in dan tokoh-tokoh ulama khalaf  yang berjasa bagi perkembangan ilmu dan amalan Islam di zaman yang awal itu tidak terlepas dari celaan mereka. Golongan Wahabi menganggap bahawa tokoh dan ulama tersebut ahli bid’ah. Memuji dan mengagungkan mereka adalah dilarang. Begitu juga haram membaca kitab-kitab dan mendengar syarahan-syarahan mereka. Malahan mereka membuat khianat ilmiah sama ada pada penulisan atau pada pentahkikan (mengesahkan) kitab-kitab lama terutamanya.

Bahkan sesiapa yang memuji, memulia dan mengagungkan ulama-ulama yang mereka kategorikan sebagai ahli bid’ah atau membaca kitab-kitabnya maka ia juga tergolong dalam kalangan ahli bid’ah (ahlu bid’ah dan ahlu ahwa).

Golongan ulama Ahlus Sunnah dicela kerana sejumlah ijtihad mereka berbeza dengan mazhab Wahabi. Para mujtahid besar dalam Islam sering berbeza pendapat. Golongan ini mempunyai hujah yang kuat atas ijtihad mereka dan perbezaan furu’iyah merupakan hal yang biasa dalam kalangan mujtahid. Namun masalah yang menjadi dasar perbezaan tersebut hanyalah terhadap masalah furu’ (cabang) dan bukan prinsip (asas). Kaedah ini bukan merobek atau melakukan ijtihad ke atas prinsip-prinsip  Islam yang melibatkan masalah Akidah Islam dan Syariat Islam seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh awal Wahabi. Malahan mereka tidak saling menyesatkan dan membid’ahkan antara satu sama lain.

Golongan yang dianggap sesat dan bid’ah oleh pengikut Wahabi harus disekat dan dimusnahkan. Golongan sesat dan menyesatkan (termasuk parti-parti politik), melabelkan hizbiyah atau harakah, metode dakwah beranika ragam haruslah disekat. Ia patut dimusnahkan kerana sangat bahaya, meracuni masyarakat dan menyebabkan perpecahan ummah.

Oleh sebab itu kaum Muslimin harus bersatu dalam satu golongan sahaja, iaitu mazhab  Wahabi. Tidak ada mazhab lain. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa adanya jemaah-jemaah atau kelompok-kelompok ataupun golongan-golongan lain selain mereka menunjukkan adanya perpecahan umat Islam.

Semua golongan atau jemaah ataupun mazhab lain dianggap sesat dan menyesatkan bagi pandangan mazhab Wahabi. Apabila ditanya sedikit tentang perbezaan ijtihad dalam hal furu’, maka dengan mudah golongan Wahabi ini terus menyesatkan golongan lain. Para ulama dan  ilmuwan Wahabi ini bukan sahaja berani membuat fatwa batil dengan mengkritik para ulama mazhab Fiqah yang muktabar bahkan mereka berfatwa memperbodohkan para ulama itu  dalam mentafsirkan Hadis. Mereka bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujah. Bagi kaum Wahabi ini, dalil mereka yang menentang semuanya lemah atau telah dijawab

Dalam menangani masalah khilaf, penolakan terhadap suatu pandangan tidak sepatutnya dihubungkan dengan tuduhan fasiq, bid’ah ataupun kufur terhadap seseorang kerana setiap pihak memiliki hujah mendasari pandangan mereka. Selama mana hujah-hujah berkenaan berlegar dalam ruang lingkup metode pengambilan hukum yang muktabar dalam kalangan para ulama Islam, maka pandangan tersebut adalah suatu pekara ijtihad yang perlu dihormati. Dalam hal ini, ulama Usul al-Fiqh telah menggariskan satu kaedah penting dalam menangani pekara ijtihad iaitu: al-‘jtihad la yunqad bi al-ijtihad, yang bermaksud sesuatu amalan yang terhasil daripada ijtihad tidak boleh dibatalkan oleh suatu ijtihad yang lain. Tambahan lagi, dalam menangani isu ijtihad seseorang tidak berhak mewajibkan orang lain berpegang dengan ijtihadnya serta menghalang mereka daripada menerima ijtihad pihak lain.

Membid’ah dan Mengkafirkan Sebahagian Amal Ibadat Kaum Muslimin 

Atas slogan pemurnian akidah yang diwarwarkan, maka ianya perlu dinilai semula. Golongan Wahabi bukan sekadar menolak prinsip asas akidah Islam (memperbanyakkan berzikir mengingati Allah), tetapi mereka  juga  menolak  perkara-perkara khilafiyah atas nama pemurnian akidah.

Fenomena ini bukan sahaja merupakan  suatu  usaha  mengharamkan  apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala  seperti  ziarah kubur, tawassul atau  bukan  sahaja  bersikap  tasyaddud  (keras) dan jumud dalam masalah yang perselisihan pendapat mengenainya dalam medan ilmiah, tetapi ianya sudah   membawa   kepada    saling   tuduh-menuduh    dan   mengkafirkan umat   Islam  yang tidak sehaluan dengan mereka.

Ketahuilah  wahai  penuntut  ilmu   yang  terpegun  dengan  mazhab Wahabi  atau  jemaah  Salafi   Moden  ini bahawa agenda   mereka  lebih  menjurus  kepada  kerosakan   sahsiah   umat  Islam  dari memurnikan  akidah  mereka.

Contohnya, semata-mata kerana “su’uzan” (buruk sangka) terhadap penziarah kubur dari kalangan umat Islam, lantas menuduh mereka menyembah kubur, walaupun pada hakikatnya mereka memuliakan roh para nabi dan para solihin. Oleh itu, para ulama  Wahabi  telah mengharamkan  amalan ini walaupun mempunyai sandaran dalam Islam dengan alasan mereka (Wahabi) untuk mencegah syirik. Adakah menerusi tuduhan liar dan memfitnah  boleh menghukum seseorang itu syirik? Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah kaedah sad ‘azzaro’ik (mencegah mudarat) dalam masalah ini releven takkala kaedah persepsi  mereka  dalam  melihat  kemudaratan  itu  cuma   dari aspek buruk sangka dan memfitnah semata-mata?

Oleh itu, agenda menimbulkan prinsip menutup pintu syirik dengan mengharamkan perkara-perkara yang ada sandarannya dalam agama, seperti tawassul, ziarah kubur dan sebagainya, merupakan suatu perkara yang membawa kepada pecah belah dan buruk sangka sesama Islam. Selagimana perkara-perkara tersebut diperselisihkan oleh para ulama  yang mendokongnya dengan mempunyai dalil dari sumber Islam,  maka  kita tidak  boleh  mengingkarinya, apatah lagi mengkafirkan pelakunya dan membid’akannya.

Adapun slogan zahir ketiga dalam gagasan Wahabisme, ialah tajdid umat Islam, dengan kedua-dua agenda sebelum ini, maka jelaslah ianya tidak praktikal. Kedua-dua agenda yang dilakukan oleh golongan Wahabi atau pengaku Salafi Moden (dalam terminologi yang kita maksudkan sebelum ini), bukan membawa kepada pemurnian dan pembaharuan umat Islam, tetapi secara praktikalnya, ia membawa kepada kemelut perpecahan yang amat bahaya bagi umat Islam iaitu, perpecahan, saling kafir-mengkafirkan dan saling bid’ah-membid‘ahkan.

Begitu  juga agenda untuk menggalakkan semua masyarakat berijtihad khususnya dalam masalah Fiqah merupakan suatu perkara yang amat menyulitkan masyarakat dan membahayakan mereka.  Ia amat menyulitkan kerana untuk berijtihad seseorang perlu menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu bahasa Arab, ilmu usul Fiqah, menghafal al-Qur’an dan Hadis, dan sebagainya.
Oleh itu, ia merupakan suatu bebanan buat sesetengah masyarakat awam. Bahkan, sejak zaman para sahabat lagi  ada di kalangan mereka yang berijtihad dan ada di kalangan mereka yang bertaklid  seperti yang dijelaskan oleh Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam bukunya Al-LaMazhabiyah (Golongan
yang Tiada Mazhab).

Mengharamkan taklid kepada para imam mujtahid yang empat yang muktabar seperti Imam Abu Hanifah, al-Maliki, as-Syafi’i, Ahmad bin Hanbali merupakan suatu bebanan dan bahkan merosakkan institusi Fiqah Islam itu sendiri. Ia membebankan kerana bukan semua orang muslim boleh berijtihad kerana tidak mampu menguasai pelbagai bidang ilmu alat untuk berijtihad, di samping merosakkan syariat itu sendiri, kerana orang-orang awam yang tidak ada kepakaran berijtihad akan lebih mengukur syariat tersebut sesuai dengan hawa nafsu mereka.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga agenda Wahabi yang utama tersebut merupakan penjurus kepada kepincangan dan perpecahan dalam umat Islam kerana ketiga-tiga ciri pemusnah yang terkandung dalam pola dan metodologi pemikiran mereka iaitu:

·        Taasub (fanatik puak sendiri)
·        Jumud (statik dan tertutup)     
·         Tasyaddud (berlebih-lebihan dan bersikap keras)

Istilah Wahabi itu sendiri suatu yang abstrak. Oleh yang demikian, sesetengah golongan ilmuwan yang terperangkap dengan kesempitan makna istilah Wahabi dari sudut akademik, akan lalai daripada memahami makna istilah Wahabi yang digu-
nakan oleh golongan penentang Wahabisme.

Seperti yang dijelaskan dalam gambaran pertama sebelum ini, majoriti golongan yang menentang Wahabi bukan kerana namanya Wahabi, atau mereka dinisbahkan kepada Shaikh Muhammad Abdul Wahab, atau kerana mereka mengaku Salafi Moden, dan sebagainya, tetapi ianya lebih merujuk kepada tiga sikap yang merosakkan, yang disebutkan sebelum ini, yang dibawa dalam arus pemikiran kebanyakkan golongan yang mengaku pendokong Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi) mahupun yang mengaku sebagai Salafi Moden.

Golongan yang terkeliru ini kadangkala sering meremehkan penentang-penentang Wahabi kerana pada mereka, golongan Wahabi tidak lain melainkan suatu mazhab dalam Islam juga. Bahkan, lebih dari itu, ada golongan yang kagum dengan kesungguhan dirinya dalam melakukan penyelidikan ilmiah, seolah-olah merasakan diri mereka sudah cukup memahami kebenaran dengan penyelidikan yang banyak, tidak senang dengan penentang-penentang Wahabi dan menuduh penentang-penentang Wahabi berburuk sangka dengan pendokong-pendokong Shaikh Muhammad Abdul Wahab dan berburuk sangka terhadap Shaikh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.

Oleh itu, mereka tampil membela mazhab Wahabi, dan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah kaum Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang mazhab tersebut tidak mengenali siapakah golongan Wahabi yang mereka tentangi selama ini.

Ada dalam kalangan mereka yang mengetengahkan kebaikan-kebaikan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab dan kelayakkannya untuk bergelar mujaddid di zamannya sebagai manusia yang sempurna dan tidak melakukan apa jua kesalahan untuk tujuan  menafikan dan menolak penentang-penentang Wahabi. Golongan  ini mencelah  antara  pertembungan  “anti-mazhab  Wahabi dengan  mazhab Wahabi”  seolah-olah  ingin  menjadi pendamai  antara kedua pihak itu, tanpa  mereka  sedari  bahawa  golongan yang lebih terkeliru itu adalah  diri mereka sendiri.

Antara fatwa yang membid’ahkan dan menyesatkan kebanyakan amal ibadat Ahlus Sunnah. Di antaranya:
1)     Melarang ziarah kubur Nabi s.a.w., para sahabat dan orang-orang soleh. Mazhab ini juga melarang keras  para pengikutnya  berdoa bertawassul dengan Nabi s.a.w., nabi-nabi a.s., para sahabat r.a dan juga orang-orang soleh yang mukmin (menganggap amalan ini bid’ah) meskipun pada hakikatnya amalan ini sebenarnya memanglah menjadi sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat r.a. dari satu zaman ke satu zaman yang lain, sehinggalah muncul Ibn Taimiyyah (661-728 H.) yang mula mempersoalkan kebaikan dan keharusan amalan bertawassul dengan Nabi s.a.w.

Dalam kitab al-Radd ‘ala al-Akhna‘i, Ibn Taimiyyah (ikon mazhab Wahabi) menganggap Hadis-hadis tentang keutamaan ziarah makam Nabi s.a.w. sebagai maudhu’ (palsu). Beliau mengatakan: “Orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi s.a.w. masih hidup walaupun sudah mati ibarat kehidupannya semasa penguasa masih hidup,”  dia telah melakukan dosa besar. Ini yang diiktikadkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan kepalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah itu.

Golongan Wahabi menganggap larangan ini adalah untuk  mengurangkan keagungan terhadap Nabi s.a.w. bertujuan memelihara kemurnian tauhid (teori Tauhid Wahabi)  menerusi tuduhan liar dan memfitnah semata-mata. Mereka hanya menganggap Nabi s.a.w. hanyalah seseorang yang diutuskan daripada satu kaum kepada kaum yang lain. Nabi s.a.w. adalah pembawa kitab Allah iaitu puncak kerasulan baginda sepertimana seseorang yang diperintahkan oleh seseorang penguasa dalam menyelesaikan suatu masalah untuk manusia agar disam- paikan kepada mereka, dan sebahagian pengikut mereka mengatakan: “Sesungguhnya tongkatku lebih berguna daripada Muhammad kerana   boleh digunakan untuk memukul ular. Sedangkan Muhammad telah wafat, tidak ada sedikit pun kemanfaatan yang ditinggalkan kerana baginda adalah seorang tarisi (istilah orientalis yang merujuk kepada seorang yang diutuskan kepada suatu kaum) dan masanya telah berlalu.”

Tokoh ulama Ahlus Sunnah, al-Badr bin Jamaah, Qadi al-Qudhat di Mesir memberi jawapan tentang pendapat Ibn Taimiyyah yang mengharamkan ziarah makam Nabi s.a.w. dengan katanya: “Ziarah makam Nabi adalah sunat matlub (yang dikehendaki). Ulama Islam sepakat bahawa sesiapa sahaja yang berpendapat ziarah itu haram, maka ulama dan umat Islam wajib mengutuk dan mencegahnya. Jika enggan, dia hendaklah dipenjarakan dan direndah-rendahkan kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya.”  

Semua para tokoh ulama  Ahlus Sunnah menolak pendapat dan pemikiran Ibn Taimiyyah, sekali gus menunjukkan ‘kedangkalan’ dan ‘kecetekan’ pendapat- nya. Celaan dan kritikan  para ulama itu terhadap Ibn Taimiyyah adalah dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidakkah seorang Muslim berjalan melewati kuburan saudaranya yang dikenalnya ketika di dunia, lalu dia mengucapkan salam kepadanya, melainkan Allah mengembalikan rohnya kepadanya hingga dia membalas salam saudaranya.”

Ertinya bahawa orang yang sudah meninggal dunia mengetahui ziarah saudaranya dan juga menjawab salamnya.

Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan haji dan menziarahi kuburku selepas kewafatanku, seolah-olah dia menziarahiku ketika masih hidup.”
                                                (HR Imam al-Dar Qutni dari Ibn Umar)

Tujuan utama umat Islam di seluruh dunia (kecuali pengikut mazhab Wahabi) melakukan ziarah ke makam  Nabi s.a.w. adalah untuk memuliakan kekasihNya serta nabiNya dan doa bertawassul dengan baginda. Tidaklah maksud doa bertawassul itu menyembah atau memuja Nabi s.a.w. seperti yang difitnahkan oleh kaum Wahabi, tetapi sebaliknya memohon kepada Allah  hanya untuk mendapat keberkatan (tabarruk) dengan mengingati kekasih Allah itu. Kita boleh berdoa di mana-mana tempat, di rumah, di masjid dan sebagainya sebagaimana yang dianjurkan oleh para ulama Wahabi dan  Ahlus Sunnah, tetapi Allah  menjelaskan jika seseorang Islam yang melakukan dosa itu berdoa di hadapan Nabi s.a.w. adalah lebih baik lagi dan dijamin akan diterima oleh Allah. Mengenai hal tersebut Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Jika mereka yang menganiayai diri mereka berbuat dosa itu datang kepadamu (Muhammad) lalu mereka memohon keampunan kepada Allah, dan Rasul juga memohon keampunan, mereka mendapati Allah itu Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
                                                                                    (Surah al-Nisa’, ayat: 64)

Adab doa tersebut tidak ada bezanya semasa hayat Nabi s.a.w. dengan sesudah wafatnya atau semasa hayat seseorang mukmin yang soleh dengan sesudah mening- galnya.

Setelah kewafatan baginda s.a.w. pula, maka kita boleh bertawassul dengan berdoa di makam baginda. Doa di makam baginda amat baik, sebab baginda itu walaupun telah wafat, namun pangkat kerasulan, keberkatannya tidaklah habis dengan kewafatannya itu. Apatah lagi menurut iktikad Ahlus Sunnah bahawa baginda mendengar salam orang ramai yang memberi salam.

Fakta yang tersebut di atas ini dikuatkan lagi dengan jawapan Imam Malik terhadap soalan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur (pemerintah kerajaan Abbasiyyah) iaitu sama ada baginda berdoa dengan mengadap kiblat atau mengadap Nabi s.a.w. Peristiwa tersebut berlaku ketika baginda melawat kota Madinah dan ziarah makam Nabi s.a.w. di zaman pemerintahannya. Imam Malik menjawab dengan katanya:
“Janganlah engkau palingkan mukamu daripadanya Nabi, kerana beliau itu adalah wasilah engkau dan wasilah bapa engkau Adam a.s. Hendaklah engkau mengadap kepadanya dan mintalah syafaat dengannya. Allah akan memberi syafaatNya kepada engkau. Allah berfirman: Jika mereka yang menganiayai diri mereka berbuat dosa itu datang kepadamu (Muhammad) lalu mereka memohon keampunan kepada Allah, dan Rasul juga memohon keampunan, mereka mendapati Allah itu Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya, Dalail al-Nuhuwwah, al-Tibrani di dalan kitabnya, al-Mu jam al-Saghir dan al-Haki di dalam kitabnya, al-Mustadrak telah meriwayatkan hadis dari Umar Ibn al-Khattab bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bila Adam a.s. telah melakukan kesalahan (ia bertaubat) dengan berdoa. Ya Tuhanku, aku memohon Engkau dengan hak Muhammad supaya Engkau ampuni aku. Maka Allah (menjawab) firmanNya: Ya Adam bagaimanakah engkau boleh mengetahui Muhammad padahal ia belum Aku jadikannya?  Adam menjawab: Ya Tuhanku, setelah Engkau jadikan aku, aku mengangkat kepalaku (ke atas), maka aku dapat melihat di atas tiang Arasy tulisan: La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah. Maka (kerana itu) aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyertakan nama Engkau kecuali orang yang paling Engkau cintai. Maka Allah berfirman: Engkau benar ya Adam, bahawa ia  (Muhammad) itu adalah orang yang paling Aku cintai, maka kalau Engkau memohon kepada Aku haknya, Aku ampunkan (dosa) engkau itu.”

Menurut hadis di atas jelas menunjukkan Nabi Adam a.s. telah bertawassul dengan Nabi s.a.w. sebelum baginda (s.a.w.) itu diutuskan dan sebelum dilahirkan lagi di dunia ini. Kerana itulah maka Shaikh Musa Muhammad Ali membuat kesimpulan berdasarkan hadis tersebut dengan katanya:
“Di dalam hadis tersebut ini, telah diamalkan bertawassul dengan Rasullulah s.a.w. sebelum alam ini menyaksikan kewujudan dirinya. Dan dasar sahnya ber- tawassul itu tidaklah disyariatkan kepada Nabi s.a.w. itu hidup di dunia ini. Dari fakta ini dapat diketahui bahawa pendapat yang dinyatakan bahawa bertawassul dengan seseorang itu tidak sah kecuali di mana masa hidupnya di dunia ini adalah merupakan pendapat orang yang mengikut hawa nafsunya tanpa petunjuk dari Allah.”

Maka jelaslah bagi kita semua bahawa amalan bertawassul dengan Nabi s.a.w. setelah kewafatannya itu adalah diharuskan oleh Islam, kerana begitulah hal yang difahami dan diamalkan oleh para al-salaf  seperti Imam Malik itu.

Al-Tibrani, Ibn Hibban dan al-Hakim meriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Dari Anas bin Malik r.a. bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berkata (berdoa): Ya Allah, ampunilah Fatimah binti Asad dan lapangkanlah tempat masuknya (kehidupan di dalam alam kubur) dengan hak nabi Engkau (Muhammad) dan para nabi yang (diutus) sebelum aku. Sesungguhnya Engkau paling Penyayang dari sekalian penyayang.”

Jadi keharusan dan kebaikan, dan bertawassul dengan seseorang yang dikasihi Allah itu memang disyariatkan, kerana ternyata ianya dilakukan sendiri oleh Nabi s.a.w. Bagaimanapun, golongan Wahabi menerusi tuduhan liar, buruk sangka dan memfitnah semata-mata tetap mengatakan bahawa bertawassul dengan peribadi seseorang seperti itu dilarang atau mendatangkan dosa besar atau syirik.

Amalan bertawassul seperti yang diterangkan di atas memang dilakukan oleh generasi sahabat. Imam al-Baihaqi dan Ibn Abi Shaibah dengan sanadnya yang sahih ada meriwayatkan bahawa di zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a. telah berlaku musim kemarau, lalu seorang sahabat yang bernama Bilal ibn al-Harith pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan berkata:
“Ya Rasulullah, mintalah hujan (kepada Allah) untuk umatmu, kerana mereka hampir binasa.”

 Setelah berdoa tawassul tersebut, Bilal ibn Harith telah bermimpi di mana beliau telah ditemui Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya bahawa hujan akan dituruni oleh Allah S.W.T.

Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. seperti yang diri- wayatkan oleh al-Bukhari dari Anas juga ada bertawassul dengan bapa saudara Nabi, Abbas Ibn Abd al-Mutalib iaitu ketika berlakunya musim kemarau. Umar ibn al-Khattab berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya bila kami menghadapi kemarau kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Eng- kau dengan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., maka turunlah hujan kepada kami. Anas r.a. menyebutkan: Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka.”

Al-Iman al-Syafi’i ketika tinggal di Baghdad pernah menziarahi ke makam Imam Abu Hanifah, setelah beliau memberi salam maka beliau berdoa dengan bertawassul kepada Imam Abu Hanifah itu supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah S.W.T.

Imam al-Syafi’i tidak melarang bila mengetahui bahawa penduduk Maghribi bertawassul dengan Imam Malik. Imam Ahmad ibn Hambal juga telah bertawassul dengan Imam al-Syafi’i sehingga menimbulkan rasa hairan dan takjub di dalam hati puteranya, Abdullah. Al Allamah ibn Hajar dan menyebut di dalam kitabnya, al-Sawa’iqal-Muhriqah bahawa Imam al-Syafi’i bertawassul dengan ahli keluarga Nabi s.a.w. sehingga beliau menyebutkan hal itu di dalam syair seperti berikut:
“Keluarga Nabi itu adalah perisaiku. Mereka itu adalah wasilahku kepada Allah. Dengan mereka itu aku berharap semoga aku diberikan buku catatan amalanku di tangan kanan.”

Al-Imam Abu al-Hassan al-Shadhili menggalakkan umat Islam supaya bertawassul dengan Imam Al-Ghazali sambil menyebutkan: “Sesiapa yang ada  sesuatu hajat kepada Allah dan ia berkehendak supaya Allah menga- bulkannya, maka hendaklah ia bertawassul kepada Allah dengan al-Imam Al-Ghazali.”

Berdasarkan kepada hujah-hujah atau dalil-dalil yang telah dihuraikan di atas itu, maka kita dapati bahawa amalan bertawassul yang diterangkan di atas memang dilakukan oleh generasi sahabat dan para al-salaf  iaitu  bertawassul dengan peribadi Nabi s.a.w., nabi-nabi a.s. dan orang-orang soleh atau wali-wali Allah itu adalah baik dan diharuskan, sama ada semasa hayat mereka ataupun sesudah kewafatan mereka. Malah, amalan tersebut  merupakan amalan yang benar wujud di dalam Islam. Amalan ini pada mulanya adalah yang diterima baik oleh seluruh umat Islam sehingga ke zaman Ibn Tai- miyyah. Mulai zaman beliau itulah amalan bertawassul itu menjadi khilafiyyah, maka amalan tersebut nyata juga bukan amalan bid’ah, kerana bid’ah (bid’ah dalalah) ialah menambah agama, sesuatu yang tidak ada sama sekali pada agama itu ditambahkan atau dimasukkan ke dalam agama. Di samping itu, perkara khilafyyah sememangnya tidak boleh dianggap bid’ah.

Demikianlah amalan tawassul dengan Nabi s.a.w., para sahabat dan orang-orang mukmin yang soleh adalah merupakan amalan yang wujud dalam Islam  yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan generasi umat Islam di zaman yang awal dengan  tujuan  mendapatkan keberkatannya dan supaya mudah dikabulkan doa oleh Allah. Nabi s.a.w., para sahabat r.a atau orang-orang mukmin yang soleh itu hanyalah sebagai alat atau wasilah untuk sampai ke hadrat Allah, kerana  jalan untuk sampai ke hadratNya penuh dengan liku-liku yang merbahaya (gangguan syaitan dan hijab nafsu) bagi kita yang lemah imannya. Bolehlah  diibaratkan apabila  kita mengalami kesakitan  maka kita memerlukan ubat  untuk menyembuhkannya. Oleh itu,  jika kita orang yang waras, dan bukan bodoh dan bebal, maka sudah tentu kita tidak beranggapan bahawa ubat  itu sebagai Tuhan atau tandinganNya (menyekutukanNya), bahkan ianya hanyalah semata-mata alat atau sebab musabab yang telah mengikut sunnahtullah.

Para pengikut Ahlus Sunnah tidaklah sebodoh seperti yang difitnahkan  sehingga menganggap Nabi s.a.w., para sahabat  dan orang-orang mukmin yang soleh yang telah wafat atau meninggal itu sebagai Tuhan yang boleh mengkabulkan doa atau permintaan. Ternyata fitnah yang dilontarkan oleh golongan Wahabi secara membuta tuli terhadap amalan tawassul itu merupakan golongan yang telah terpesong akidahnya dan sentiasa memutar belit fakta-fakta dan dalil-dalil tentang amalan ini yang telah wujud sejak zaman Nabi s.a.w. Perkara yang amat terang ini tidak tergambar sama sekali untuk diingkarkan atau ditolak kebenarannya kecuali oleh orang yang telah ditulis oleh Allah  di dalam catatan  amalan mereka dengan kerugian besar dan tidak mendapat rahmatNya. Malah, kebaikan amalan mereka telah digugurkan di dunia dan akhirat, dan mereka itulah orang-orang yang tidak mendapat pertolongan.

2)  Menghancur kubah-kubah yang ada di makam-makam kerana golongan Wahabi menganggap hal ini menjadikan orang-orang Islam sebagai musyrik. Banyak makam sahabat r.a. dan bangunan-bangunan dihancurkan dengan alasan membenteras syirik. Ini adalah suatu tindakan paling bodoh yang dilakukan kerana sifat mazmumah dalam diri ummah itu yang wajib diperangi dengan berzikir dan bermujahadah supaya hati itu tidak terhijab oleh sifat-sifat keji (hati yang mati).

Dakwah Nabi s.a.w. tidak memenggal patung atau berhala kaum jahiliyyah tetapi mengubati pelbagai sifat mazmumah dalam diri mereka dengan berzikrullah dan bermujahadah memerangi nafsu. Maka mereka sendirilah yang menghancurkan patung sembahan mereka setelah dakwah Islam berjaya membersihkan sifat-sifat keji itu. Bukan sahaja terkikis segala kemungkaran dan kejahatan malah bertukar 360 darjah menjadi peribadi yang memiliki akhlak yang sangat mempesonakan. Kita perlu menyedari dan memahami hakikat ini. Lebih-lebih lagi perlu menerima hakikat bahawa musuh paling utama dalam pertarungan ini adalah nafsu dan bukannya berpunca musuh lahiriah. 

Dengan itu adalah  lebih baik  jika golongan Wahabi memberi nasihat atau tarbiyah secara berhemah tentang amalan bertawassul di atas makam dan bukannya terus menerus memfitnah dan bersikap buruk sangka terhadap amalan yang sememangnya telah wujud dalam Islam. Adakah dengan meruntuhkan kubah-kubah dan bangunan-bangunan (sejak 200 tahun lepas) dapat memulihkan keruntuhan akhlak, kehancuran negara-negara Arab dan kepincangan akidah bangsa Arab  seperti yang dicanang-canangkan?

Hakikatnya, bangsa Arab pernah menempa zaman keagungan dengan Islam, tetapi kini mereka jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi dan teknologi akibat penyelewengan proses tarbiyah akidah. Ternyata mereka telah pun “hanyut” dalam tarbiyah ilmu Akidah reka cipta hingga “mencairkan” prinsip-prinsip akidah sebenar yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai.  Mereka (kaum Wahabi) hanya berbangga dapat menggempur kubah-kubah dan bangunan-bangunan yang dianggapkan seperti berhala-berhala itu kerana takut kepada kesyirikan dan bid’ah (atas sifat buruk sangka dan fitnah  yang didorong oleh sifat-sifat mazmumah), tetapi sifat-sifat keji (mazmumah) dalam diri  terus subur dan berkembang dalam kalangan bangsa Arab pada hari ini tanpa disedari kerana mengabaikan tarbiyah hati (berzikir dan mujahadah), lantas menjadikan mereka tergelincir dari landasan akidah yang sebenar. Dari segi keruntuhan akhlak, masyarakat Islam seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam

Dalam sejarah dakwah Nabi s.a.w. di kota Makkah (13 tahun) dan di kota Madinah (10 tahun), baginda dan para sahabat  tidak pernah menggempur tempat perjudian, meminum arak, pertaruhan dan sebagainya. Namun selangkah demi selangkah, Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. berjaya menggempur pelbagai sifat mazmumah dalam diri mereka (orang yang baru memeluk Islam) untuk mencapai Akidah Islam yang hakiki dan memiliki sifat-sifat taqwa yang sebenar. Oleh sebab itulah, maka Allah S.W.T. berfirman:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembalinya mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”             
                                                                        (Surah al-An’am, ayat: 108)

Dari keterangan yang kita paparkan di atas nyata sekali ayat al-Quran tersebut di atas mengharamkan celaan terhadap sembahan-sembahan orang musyrik, meskipun hal (celaan) itu pula adalah tanda keimanan seseorang kepada Allah. Orang yang diperangi sebelum mendapat petunjuk Allah  akan merasa dendam dan benci kepada Islam dan akan terus terhijablah mereka daripada hidayah Allah. Sebaliknya, dakwah Nabi s.a.w. di kota Makkah dan Madinah dalam menyebar syiar Islam adalah tanpa menggempur patung atau berhala dan bangunan orang kafir.

Inilah bentuk  pemikiran dan  tindakan  ganas yang ditonjolkan oleh golongan yang ditarbiyahkan dengan ilmu Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi). Mereka (puak Wahabi)  sanggup menggempur dan merobohkan kubah-kubah dan masjid-masjid orang Islam yang didirikan sejak lebih seribu tahun lampu dengan alasan memerangi bid’ah dan syirik yang didasarkan oleh logik akal dan dorongan nafsu semata-mata. Oleh kerana terlalu ghairah untuk menggempur tempat-tempat bersejarah itu, maka mereka lupa akan kebaikan dan keberkatan yang ada di dalamnya (darjat hati/roh golongan al-muhsinin) yang hanya mampu dilihat dan difahami oleh golongan yang memiliki pandangan mata hati (basirah). Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Janganlah  sesekali  kamu  menyangka  bahawa   orang yang  terbunuh (yang  gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” 
                                                            (Surah Ali Imran, ayat: 169)  

Di dalam kitab Shahih Bukhari dan Sahih Muslim diriwayatkan dari Nabi s.a.w. dari beberapa jalur, bahawa baginda memerintah untuk mengumpulkan para syuhada perang Badar dan meletakkan ke dalam satu lubang bekas sumur. Kemudian baginda datang dan berdiri dekat mereka sambil memanggil nama mereka satu persatu: “Wahai Polan bin Polan, wahai Polan bin Polan, ...apakah kamu mendapat apa yang dijanjikan Tuhan kamu adalah benar? Sesungguhnya aku telah mendapat apa yang dijanjikan Tuhanku kepadaku adalah benar.”

Lalu Sayyidina Umar bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin engkau bercakap dengan orang-orang yang sudah menjadi bangkai?” Baginda menjawab: “Demi Tuhan Yang Mengutusku dengan kebenaran, mereka lebih mampu mendengar apa yang aku katakan daripada kamu, hanya sahaja mereka tidak mampu menjawab.”

Demikian juga kisah Ashabul-Kahfi iaitu sekumpulan orang mukmin yang sayangkan iman mereka dari tindakan raja mereka. Mereka telah melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah gua. Mereka tinggal di dalam gua itu dalam keadaan tidur selama 309 tahun tanpa menghadapi apa-apa bahaya dan mudarat. Allah S.W.T. berfirman, maksudnya: “Mereka itu tinggal di dalam gua mereka itu selama tiga ratus ditambah sembilan tahun.”
                                                                         (Surah al-Kahfi, ayat: 25)

Nabi s.a.w. pernah menyebutkan di dalam Hadisnya semasa peristiwa ‘Israk dan Mikraj’ yang bermaksud:
“Aku berjumpa Nabi Musa berdiri dan bersolat di atas kuburnya di Katib Ahmar (Baitulmaqdis).”

Mengenai roh (selepas kematian)  itu melakukan tasarruf dan berlakunya beberapa perkara (yang ganjil atau menakjubkan) daripada mereka dengan kekuasaan Allah, sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. selepas terbunuhnya Ja’afar bin Abi Talib telah bersabda:
“Aku dapat melihat Ja’afar bersama sekumpulan malaikat sedang membawa berita gembira kepada penduduk daerah Biythah (satu daerah di Yaman) dengan hujan.”
                                                                         (HR Ibn ‘Idi)

Keberkatan atau kekeramatan itu juga telah thabit berlaku pada  wali Allah sama ada di masa hidup mahupun setelah mati mereka sebagaimana yang terdapat dalam kebanyakan (jumhur) ulama Ahlus Sunnah. Tidak ada pendapat dalam mana-mana mazhab yang empat yang menafikan berlakunya kekeramatan dalam kalangan para wali itu setelah mati, bahkan berlakunya itu adalah lebih utama kerana al-nafs atau rohaniah manusia pada masa itu adalah suci dari berbagai kotoran batin. Bagaimanapun, akibat menjalani proses tarbiyah ilmu Akidah reka cipta, maka golongan  ini terus terhijab pandangan mata hati (basirah) dan mereka tidak dapat mencerap atau melihat pelbagai rahsia alam rohaniah (alam malakut). Dengan itu mereka sentiasa menafikan berlakunya berbagai kekeramatan pada para wali Allah meskipun sesungguhnya perkara tersebut bukanlah mustahil menurut kekuasaan Allah, malahan perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara harus dijadikan atau tidak dijadikan oleh Allah  seperti juga berlakunya berbagai mukjizat pada para nabi.

Al-Tabrani dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir jil.3 hal. 204, menjelaskan bahawa di dalam Masjid Khaif (di Mina)  terdapat 80 buah makam para nabi. Namun begitu, masjid ini telah ada semenjak zaman al-salaf. Kenapa mereka mempertahankan tertegaknya masjid itu. Jika ia merupakan perbuatan syirik, sewajarnya sejak dulu lagi bangunan itu telah dihancurkan oleh Nabi s.a.w. berserta para sahabatnya. Adakah Nabi s.a.w. membiarkan kesyirikan berlaku dalam kalangan umatnya atau sebaliknya puak Wahabi ini lebih arif  daripada baginda? Ternyata kaum Wahabi ini bertindak menerusi fitnah dan buruk sangka semata-mata, dan mereka tidak dapat melihat hikmah atau kebaikan menerusi pandangan mata hati (basirah) di sebalik segala sunnah Nabi s.a.w., sunnah para sahabat  dan amalan al-salaf ini.

Allah S.W.T.  berfirman yang bermaksud:
“Pendedahan ini berlaku semasa orang itu saling membantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu, maka (sebahagian dari- pada) mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka.” Orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata, “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka.”
                                                                         (Surah al-Kahfi, ayat: 21)

Secara langsung ayat  tersebut di atas menceritakan tentang majoriti masyarakat monotheis (ahli tauhid) ketika itu yang telah bersepakat untuk membangunkan sebuah masjid di sisi makam para penghuni gua (Ashab al-Kahfi). Oleh itu, sudah pasti para jemaah mazhab Wahabi sepakat dengan kaum Muslimin lain bahawa ayat al-Quran bukan sekadar  menceritakan perkara menarik yang berlaku dalam kalangan umat yang terdahulu untuk mengkhayalkan dan menghiburkan semata-mata, tetapi merupakan pelajaran untuk dijadikan pedoman hidup kaum Muslim sepanjang zaman.

Jika kisah pembinaan masjid di sisi makam Ashab al-Kahfi merupakan satu perbuatan syirik, maka sudah pasti Allah  telah mengingatkan dan melarang pembinaan rumahNya dalam lanjutan kisah di dalam al-Quran itu. Syirik ialah perbuatan yang paling dimurkai Allah. Namun, terbukti Allah  tidak melakukan peneguran sama ada secara langsung atau sindiran. Oleh itu, atas dasar inilah maka ulama tafsir Ahlus Sunnah menyatakan bahawa para penguasa ketika itu adalah orang yang bertauhid kepada Allah  dan bukan quburiyun (kaum musyrik penyembah kubur).

Kita lihat perilaku al-salaf yang ditunjukkan oleh Abu Jundal r.a., sahabat mulia Nabi s.a.w. yang mana ahli sejarah menukilkan pengalaman beliau dengan berkata: “Suatu masa, sepucuk surat Nabi s.a.w. sampai ke tangan Abu Jundal. Ketika surat itu sampai, Abu Bashir (juga seorang sahabat Nabi s.a.w. yang menemani Abu Jundal) sedang nazak. Kemudian dia meninggal dunia sambil menggenggam surat baginda. Kemudian Abu Jundal mengebumikan Abu Bashar di tempat itu dan membangunkan masjid di atasnya.”Adakah sahabat Nabi s.a.w. seperti Abu Jundal r.a. melakukan perbuatan syi- rik? Jika syirik, mengapakah tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat r.a. lain yang menegurnya? Adakah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. yang lain tidak tahu peristiwa itu? Jika mereka tahu, mengapa dibiarkannya?

Kata mufti Mesir, Syaikh Dr. Ali Jum’ah:
“Kalau ada segelintir orang yang sembah kubur, bukan syariat ziarah kubur itu menjadi masalahnya. Masalahnya pada kefahaman orang tersebut. Kalau dia memang menyembah si mati, maka isu menyembah kubur itu  tidak ada pun, maka dia akan sembah si mati seperti orang Nasrani. Jadi, yang perlu dibetulkan ialah akidah umat Islam menerusi proses pembelajaran dan tarbiyah (akidah), bukan mengharamkan ziarah kubur dan sebagainya. Logikkah takkala seseorang Muslim yang bertawaf di Kaabah, lantas dia menyangka bahawa Kaabah itulah Tuhannya. Maka tindakan yang perlu diambil ialah me- musnahkan Ka’abah tersebut, atau menjelaskan kepada orang tersebut tentang siapakah Tuhannya yang sebenar? Jadi, penyelesaian di sini  juga  merupakan  penyelesaian  untuk  masalah sebelum ini (ziarah kubur)…”

Dari fakta-fakta yang telah dihuraikan di atas iaitu yang berkaitan mendirikan masjid di atas makam para sahabat  dan para solihin adalah merupakan perkara yang dibolehkan dalam Islam sesuai dengan dalil al-Quran dan perilaku al-salaf. Oleh itu, maka amat jelas sekali bahawa hukumnya tidaklah seperti yang didakwa oleh kelompok Wahabi yang bertopengkan dengan nama jemaah Salafi menerusi tuduhan liar dan memfitnah semata-mata,  lantas  menghukum amalan seseorang muslim yang tidak sefahaman dengan mereka itu sebagai syirik. Inilah mazhab agama yang baharu muncul dalam Islam (Khawarij Moden) yang mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui.

3)   Menolak sambutan Mawlid Nabi s.a.w. dan  amalan marhaban,   berzanji, qasidah,  burdah dan sebagainya yang memuji-muji Nabi s.a.w. yang dianggap bid’ah. Mereka juga mendakwa bahawa  amalan memuliakan baginda s.a.w. boleh membawa kepada syirik.

4)   Sering mengambil hukum secara langsung dari sumber al-Quran dan Hadis walaupun mereka tidak layak, iaitu tanpa ijmak ulama dan qias. Mereka sentiasa mengutamakan  pendapat Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahab, Albani dan lain-lain tokoh Wahabi. Kadang-kadang mereka sudah menjadi tidak tentu arah, sekejap mengikut kaedah Albani dan sekejap mengikut kaedah Abdullah bin Baz. Bahkan sesama mereka saling ‘bercakaran’ hingga melahirkan kumpulan baharu. Sebab itu al-Muhaddis al-Hafiz Abdullah al-Harari mengatakan mazhab Wahabi adalah agama baha- ru (rujukan: Al-Mangolas al-Sunniyyah - Beirut).

Di samping  itu golongan ini seringkali bertukar nama mazhab untuk menghindari kemarahan orang Islam terhadap kesalahan yang telah mereka lakukan. Malah, mereka juga menyusup di tengah-tengah masyarakat Islam lainnya. Antara nama yang mereka gunakan: 
                 a) Jemmah Salafi Moden
                  b) Jemaah al-Sunnah
                  c) Jemaah Laskar Jihad
                  d) Yayasan Ahlus Sunnah Waljamaah
                  e) Ahli Hadis
    
5) Gemar membangkitkan persoalan yang bersifat khila- fiyyah yang sudak lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talkin, qunut, zikir berjemaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, membaca surah Yasin di malam Jumaat, solat terawih 20 rakaat di bulan Ramadan dan sebagainya, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman Sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi keilmuan Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiyyah sejak lebih 1,000 tahun lampau. Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan dalam kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam bidang Fiqah.

6)     Puak Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu, manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan ulama Nusantara. Mereka memerangi konsep bermazhab dan melarang seluruh umat Islam berpegang kepada ijtihad para ulama muktabar dan melarang golongan awam untuk bertaklid. Sebaliknya, para pengikut Wahabi dibolehkan bertaklid dengan ijtihad para tokoh Wahabi, lantas tanpa disedari maka jadilah mereka sebagai golongan mazhab yang kelima yang baru muncul dalam Islam.

7)     Perkataan bid’ah sentiasa diulang-ulang ke atas perbuatan yang mereka tidak setuju. Bid’ah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjuruskan pengamalnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bid’ah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mazhab ini bahawa pembahagian ulama lain pada bid’ah hanyalah bid’ah dari sudut bahasa.

8)     Hanya berpegang kepada satu pendapat dalam hukum hakam Fiqah jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan Hadis, seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan dalil-dalil yang ditemui.

Pada awal perkembangan mazhab ini, golongan ini amat keras dan menyerang secara terbuka dengan membid’ahkan dan menyesatkan kebanyakan amal ibadat umat Islam. Kini mereka menukar strategi  dakwah  secara licik dan halus kepada seluruh umat Islam di dunia. Bagi mereka, tidak perlu seseorang itu menjadi pengikut mazhab Wahabi atau jemaah Salafi, tetapi memadailah umat Islam terpengaruh dengan ajaran dan diayah mazhab ini. Malahan  perubahan ummah ini mereka anggap sebagai satu kejayaan misi mazhab baharu ini.

Kesimpulannya,  inilah gerakan Wahabi yang ditunjangi, dipandu dan dipimpin oleh para ulama yang radikal, ekstrim dan tergelincir dari landasan Akidah Islam yang sebenar. Mereka terus menebarkan kebencian dan permusuhan yang didokong oleh sumber kewangan yang cukup besar. Mereka sinonim menuduh, memfitnah, buruk sangka dan mencaci terhadap golongan Ahlus Sunnah yang tidak sejalan dengan mereka sebagai kafir, syirik dan ahli bid’ah. Mereka memiliki kerajaan yang kuat dan berpengaruh untuk menggerakkan ajaran sesat mereka ke seluruh dunia Islam, membuat tadlis (penipuan dan pengubahsuaian) di dalam karya-karya agung ulama muktabar masa silam yang tidak bersependapat dengan mereka. Oleh itu, mengkafirkan  orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah memecahbelahkan saf orang Islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran kerana bagaimana kita orang Islam berkesedudukan dengan ajaran Wahabi yang mengkafirkan kita umat Islam dan menghalalkan darah seluruh umat Islam.

Dakwah Keimanan Wahabi Menjurus Penyuburan Sifat-sifat Mazmumah Dalam Diri

Berasaskan cara hidup dengan  makan, tidur dan rehat yang  berlebihan, di samping sentiasa malas untuk beramal ibadat kerana sentiasa menganggapnya sebagai bid’ah menjadikan golongan mazhab ini sentiasa leka dalam kelalaian tanpa berzikrullah (memiliki hati yang mati). Sikap ini terus menyuburkan sifat-sifat mazmumah dalam diri  yang tidak boleh dimiliki untuk  menghampirkan diri kepada hadrat Allah  dan keredaanNya. Ini menjadikan mereka terus  terhijab pandangan mata hati (basirah). Dengan penampilan fizikal yang gemuk dan perut yang buncit jelas menggambarkan mereka merupakan pemburu keseronokan duniawi yang rakus dan pemuas kehendak hawa nafsu yang membuta tuli (makan dan tidur yang berlebihan). Begitulah realitinya banyak perkara yang sifatnya sedemikian yang mana para pengikutnya sentiasa ingkar kepada perintah Allah, namun ia terus menjadi ikutan kebanyakan manusia akibat diri mereka sentiasa dikuasai oleh kerakusan nafsu. Tanpa disedari mereka bahawa kenyanglah merupakan asas bermaharajalelanya nafsu menguasai diri. Ini dijelaskan oleh Aishah r.a.  dengan katanya:
“Pertama kali bida’ah yang terjadi sepeninggalan Rasulullah s.a.w. adalah kenyang. Sesungguhnya kaum itu ketika kenyang perutnya, maka liarlah nafsunya menghadapi dunia ini.”

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Hidupkanlah hati kamu dengan kurang ketawa dan kurang kenyang dan bersihkanlah hati kamu itu dengan berlapar, nescaya hati kamu itu jadi bersih dan lembut (mudah menerima taufik dan hidayah).”

Nabi s.a.w.  juga  bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada tempat yang paling buruk yang selalu diisi oleh anak Adam melebihi perutnya. Adalah sudah cukup baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya agar dapat tegak berdiri. Jikalau tidak dapat dihindarinya, makanlah dengan sepertiga perutnya, sepertiga untuk air minumannya dan sepertiganya untuk nafas.” 
                                                                                    (HR Tirmizi, Ibn Majah)

Wahab bin Munabbih berkata: “Tidak seorang pun dari Bani Adam yang amat disukai oleh syaitan sendiri kecuali orang yang banyak makan dan banyak tidur.”
                                                                         (Imam Ahmad dalam Az Zuhud)

Berkata Abdul Wahid bin Zahid: “Orang yang kuat menahan lapar, dia akan kuat pula melindungi agamanya. Orang yang kuat menahan perutnya, maka dia pun kuat mempertahankan akhlak dan kesolehannya. Orang yang tidak mahu tahu kaitan bahaya perut (makan berlebihan) dengan perlindungan agamanya, maka dia adalah orang yang buta dalam ibadatnya.”

Begtulah pandangan dan tasawwur (memberikan gambaran atau tanggapan) menyeleweng dalam kalangan kebanyakan umat Islam pada hari ini, apabila mereka sentiasa mengabaikan kewajipan sentiasa berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu. Mereka umpama binatang ternakan dan   disebut sebagai orang yang sesat (hati yang mati) di dalam al-Quran. Selagi seseorang itu masih menurut kehendak hawa nafsunya, maka selama itulah ia tidak akan berjaya dalam perjalanannya kepada Allah  itu. Sehubungan perkara berkaitan Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
“Pernahkah kamu melihat orang  yang   menjadikan nafsunya  sebagai  Tuhan dan Allah  membiarkannya  sesat...”   
                                                                         (Surah al-Jatsiyah, ayat:  23)

Allah S.W.T.  juga berfirman:

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلاً
Maksudnya:
“Apakah kamu tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya, apakah kamu menjadi pemelihara ke   atasnya   ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan  mereka  mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu   kecuali  seperti  binatang  ternakan  malahan lebih sesat lagi.”
                                                                         (Surah al - Furqan, ayat: 43-44)

Ternyata golongan Wahabi ini telah  menghabiskan dan mengorbankan seluruh tenaga dan usia dengan sia-sia iaitu sekadar memberi penumpuan kepada  jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta  yang tidak memberi manfaat kepada aspek rohaniah. Hati nuraninya sedikitpun tidak dapat melemahkannya daripada berbuat demikian, kerana sesungguhnya hati nuraninya telah pun mati akibat hijab nafsu. Tiada keimanan bagi mereka yang mempertuhankan nafsunya dan menyembah syahwatnya. Tiada pula padanya akal fikiran kerana sesungguhnya syahwatnya telah menguasai fikirannya dan hawa nafsunya telah mengunci jendela pemikirannya. Buatlah pelbgai cara atau  jalan  tarbiyah   akidah  reka cipta, namun jika tidak berasaskan amalan zikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu (Akidah al-Quran), maka ianya tidak akan berhasil mencegah dan membendung gejala negatif dan kemungkaran dalam kalangan ummah.

Jika hawa nafsu seseorang itu telah menguasai akal dan hati nuraninya, sehingga dia lebih mematuhi kehendak hawa nafsunya daripada perintah Allah S.W.T., maka pada hakikatnya mereka telah menjadikan nafsu itu sebagai tuhan kerana selalu mengutamakan ajakan hawa nafsunya, sedangkan kepada Allah  ia sentiasa derhaka dan ingkar. Nabi s.a.w. sentiasa mengingatkan kepada ummah agar tidak terpedaya oleh desakan hawa nafsu yang melalaikan manusia dengan kehidupan dunia.

Terjadi ini semua sangat bercanggah dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebahagiaan hidup di akhirat. Pelakunya menentang fitrahnya sendiri kerana dikuasai kerakusan hawa nafsu. Sememangnya fitrah secara bersendirian tidak sepenuhnya berkemampuan menolak sifat-sifat keji nafsu itu. Ianya mesti dibersihkan dengan jalan bermujahadah memeranginya dan membaiki penyakit-penyakit hati dari berbagai-bagai sifat  tercela, dan menghiasi hati dengan berbagai-bagai sifat terpuji.

11. Keruntuhan  Akhlak   Ummah     Yang    Lalai    Berzikir  Mengingati  Allah

Para ulama atau ilmuwan ataupun pengkaji   Wahabi  hari  ini tidak menyedari dan menerima hakikat bahawa longgokan ilmu dan kefahaman Islam (pelbagai bidang) pada akal dengan memiliki  diploma atau ijazah dari pusat-pusat pengajian tinggi tidak akan mampu memerangi nafsu dan membaiki penyakit-penyakit hati. Ternyata, pengajian agama masa kini hanya pandai menghafal atau memberi pengetahuan, tetapi mereka tidak memiliki kesempurnaan akidah atau kemampuan bagi para pelajar itu melaksanakan ajaran agama dengan sempurna ataupun gagal memiliki akhlak yang mulia dan mempesonakan. Maka tidak menghairankan kita kenapa ada ulama atau ilmuwan dalam bidang agama, tetapi mereka juga terlibat dengan kemungkaran, penyelewengan dan kezaliman. Oleh itu, kita  tidak sepatutnya hairan kenapa  golongan ilmuwan (agama)  juga tidak dapat menahan diri daripada melakukan kemungkaran dan kejahatan. Malah, apabila berdepan dengan cabaran-cabaran globalisasi yang begitu mengerikan dalam kehidupan harian, barulah mereka sedar bahawa pelbagai bidang agama yang dipelajari selama ini belum begitu bersedia berdepan dengan masalah (ummah) itu dan ditambah dengan sikap “rational thinking” pemikiran saintifik dan komprehensif umat Islam moden yang lebih berani dan bebas.

Aspek “ritual” dan terlalu berorientasikan peperiksaan yang ditekankan selama ini adalah kurang relevan untuk melahirkan para pelajar agama yang benar-benar memiliki akidah yang sebenar, sifat taqwa  dan akhlak yang mulia. Kebanyakan cetusan idea dan pandangan golongan ilmuwan ini lebih cenderung kepada pemerintah. Hubungan yang akrab antara mereka dengan pemerintah seharusnya dimanfaatkan untuk memberi nasihat dan teguran agar pemerintah, dan umat Islam dapat memahami mengenai konsep Islam yang bertamadun, iaitu menegakkan yang makruf (kebaikan dan kebajikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan dan keburukan). Secara jelas, golongan agamawan memikul amanah untuk menggerakkan Islam bukan sahaja secara konseptual tetapi juga dari segi pelaksanaannya.

Di samping itu, terdapat juga para  pelajar  yang melanjutkan pengajian agama  di peringkat sarjana atau doktor falsafah (Ph.D) di bawah bimbingan para  orientalis  di universiti negara-negara Barat.  Mereka ini akan membawa faedah kepada pihak universiti kerana mereka dapat “dipergunakan” bagi tujuan kajian akademik yang berkemungkinan sukar untuk para penyelidik Barat melakukannya. Lebih-lebih lagi objektif  utama para orientalis  adalah untuk melahirkan para graduan Islam yang akan mempengaruhi masyarakat apabila mereka pulang ke tanah air melalui jawatan penting dalam agensi kerajaan. Mereka akan terpengaruh dengan pensyarah mereka dari aspek pemikiran, cita rasa serta tingkah laku sebagai  manusia celupan Barat.  Golongan ini secara resminya tidak menukar nama atau agama, tetapi pemikiran mereka telah mengalami perubahan yang berlandaskan kepada  pengaruh dalam tamadun Barat. Malah, pelbagai bidang  ilmu  agama   yang diperolehi itu tidak mampu membersihkan pelbagai hijab hati para pelajar  (memiliki hati yang mati) dan mereka terus  tenggelam dalam lautan lalai (kesesatan). Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T:

Maksudnya:
“Adalah mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang  tebal.”                          
                                                                         (Surah al – Jumu’ah, ayat: 5)

Dalam  proses penjajahan ini, pihak  kolonial Barat menggunakan sistem pengajaran dan pendidikan sebagai satu medium atau saluran utama  perubahan terhadap moral umat Islam, untuk menjadikan mereka lemah hingga hilang jati diri, serta merasa rendah diri sehingga menjadi mundur dan ketinggalan. Mereka menjadi murid dan sentiasa patuh kepada tamadun Barat dan merasa rendah diri terhadap tamadunnya, tamadun Islam. Sistem pendidikan Barat diperkukuhkan melalui sekolah-sekolah moden dengan buku teks, kurikulum dan guru-guru yang lebih cenderung kepada pemikiran Barat menjadikan rohani umat Islam begitu cepat bergerak ke Barat. Melalui saluran media massa terutamanya persuratkhabaran juga berlakunya perubahan cara berfikir, nilai, neraca malah pendapat umum. Ia dilakukan dalam bentuk berita, rencana, kesusasteraan yang kreatif malah menggunakan gambar-gambar, di samping penyelidikan wartawan dan temu ramah. Penguasaan, cengkaman dan arah aliran maklumat oleh akhbar dan media massa semakin memperkukuhkan cengkaman serta pengaruh kolonial Barat.

Sejak kurun ke 18 dan ke 19, masyarakat dan dunia Islam telah dilanda kebekuan (sifat jumud) terutama sifat dari aspek pemikiran dan memiliki ciri-ciri kejahilan. Islam sebagai suatu cara kehidupan meliputi akidah, syariat  dan fardu kifayah hanya tinggal pada nama dan lambangnya. Ini membuka ruang dan peluang yang luas serta terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal termasuk budaya, politik, ekonomi dan ketenteraan. Serangan berbentuk fizikal dan ketenteraan ini merupakan sebagai suatu tindak balas dunia Barat terhadap kekalahan dan keaiban mereka di dalam beberapa siri Perang Salib. Inilah kejayaan Barat yang mahukan semua orang di dunia hidup serupa dan tidak dibezakan lagi oleh keperibadian dan jiwa seperti juga agama, sejarah, kebudayaan, peradaban lampau, pendidikan dan tradisi. Dari segi psikologi, ia berjaya menyogok falsafah penguasaan orang Barat dan kemenangan meterialisme (kebendaan) ke atas prinsip ketuhanan dan akidah umat Islam.

Allah S.W.T.  berfirman lagi yang bermaksud:
“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di atas satu syariat (yang lengkap)  dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”                
                                                                         (Surah al-Jathiyah, ayat: 18)

Umat Islam masih lagi dicengkam oleh pelbagai gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak. Belum lagi menyentuh soal rakyat miskin, penyelewengan kuasa, rasuah, menularnya gejala murtad, pembunuhan sesama umat Islam dan pelbagai lagi kerenah sosial dalam kalangan ummah yang masih tidak mampu untuk diselesaikan, malah semakin parah dan terus berleluasa. Di samping itu, ummah  juga sudah terkeliru dengan slogan memeriahkan majlis ilmu agama yang dianggapkan amat besar fadilatnya menerusi ceramah agama atau bacaan kitab-kitab di masjid atau surau  pada setiap hari.  Oleh itu, penyampaian agama dilihat sekadar membuka dan menutup kitab sahaja, iaitu tarbiyah ilmu agama yang hanya tersebar sekitar teori - dalam bentuk lisan dan slogan, lantas mereka  memiliki hati yang mati (kesesatan). Ilmu itu hanya berpaut pada akal  atau sekadar hafalan semata-mata. Ia tidak akan mampu mengubah sikap atau mengawal diri sendiri dari melakukan kejahatan dan maksiat. Inilah punca berlakunya semua gejala negatif di semua peringkat masyarakat.
 
Pengetahuan agama yang dilonggokkan pada akal atau hanya sekadar hafalan itu tidak dapat memerangi kerakusan nafsu dan ia tidak mendarah daging untuk dapat dipraktikkan (akibat hijab nafsu). Oleh itu, jangan ditambah lagi dengan kelompok ulama dan ilmuwan Wahabi yang turut membuang masa dengan berceramah, berteori, berdialog, wacana, penulisan akademik dan sebagainya sebagai jalan penyelesaian kepincangan akidah dan keruntuhan akhlak ummah, tetapi ketidakadilan pemimpin, kezaliman, penyelewengan, kemiskinan dan kesempitan hidup terus melanda umat Islam. Dengan itu umat Islam hendaklah memahami dan menyedari serta  menjauhkan dirinya daripada sebarang rupa runtunan songsang  atau perkara-perkara yang cuba menyelewengkan Akidah al-Quran secara sesat lagi menyesatkan, bermatlamatkan mengubah nilai-nilai sebenar hakikat akidah (berzikir mengingati Allah) itu sehingga menjauhkan umat Islam daripada memahami hakikat keislamannya.

Inilah jalan tarbiyah akidah ummah dewasa ini yang mana penumpuan kepada hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) secara mendalam  hanya berjaya memberikan pengetahuan, tetapi mereka  gagal untuk melaksanakan segala amal ibadat dengan sempurna (gagal memiliki khusyuk hati)! Apabila berzikir mengingati Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah al-Quran  tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologilah yang menjadi pegangan. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia tersusun dan terhimpun sebagai satu cetusan idea atau hujah-hujah dan debat yang tercela. Begitulah sebenarnya apabila bukan wahyu yang menjadi pegangan dan panduan,  maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya semata-mata (ilmu Akidah reka cipta).  Maka itulah ideologi yang berselindung di sebalik apa yang sentiasa diwarwarkan oleh para ulama dan ilmuwan Wahabi sebagai “prinsip Akidah Islam”. Dengan perkataan lain, yang dibicarakan di dalam diskusi-diskusi atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah di majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama  bukanlah aspek akidah dalam pengertian yang sebenar-sebenarnya, tetapi hanyalah sebagai pengetahuan tentang keesaan Allah (pengertian Rabb), sifat-sifat Allah  dan af’alNya untuk tujuan diperdengarkan semata-mata.

Demikianlah  jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi)  yang telah berkembang pesat dalam kalangan bangsa Arab masa kini menjadikan mereka mengalami keruntuhan akhlak yang  berleluasa. Begitulah keadaan ummah yang tergelincir dari landasan Akidah al-Quran yang sebenar, lantas menjadikan budaya hidup mereka seolah-olah seperti tiada pegangan agama yang sempurna. Ini kerana, taat dan patuh terhadap perintah Allah hanyalah ketika berada di Tanah Arab. Sebaliknya,  apabila berada di negara asing mulalah mereka menjadi liar dan buas. Berzina dan meminum arak sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan warga Arab yang melancung  ke luar negara. Fenomena inilah yang sentiasa berlaku dalam kalangan kebanyakan umat Arab dewasa ini.

Pegangan agama mereka terpesong jauh daripada wahyu Ilahi, malah cara hidup mereka sama seperti orang yang tidak ada pedoman dan pegangan agama. Mereka diibarat sebagai musuh dalam selimut, di luar nampak syariatnya sempurna dengan berjubah, berjambang dan berpurdah (wanita) tetapi hati mereka telah mati (kesesatan). Tercemar imej Islam itu lantaran keperibadian umatnya yang tidak menjadi model atau contoh ikutan. Ini benar-benar merupakan suatu krisis keruntuhan akhlak yang sangat berleluasa di zaman ini.  Para ulama dan ilmuwan Wahabi gagal untuk memperbaiki keadaan kelemahan bangsa Arab secara keseluruhannya, malah menjadikan mereka semakin  jauh jaraknya dengan tamadun Islam. Ternyata, ini me- nambahkan lagi kemunduran yang semakin tenat dan berpecah-belah.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya akan ada pada umatku beberapa golongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik.”
                                                (HR Imam Bukhari dalam Sahihnya No.5590 )

Melihat kepada telatah dan gelagat masyarakat Islam itu tidak langsung memberi gambaran betapa cantik dan indahnya ajaran Islam itu. Boleh dikatakan bahawa mereka fasih mengenal dan memahami al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. yang diturunkan dalam bahasa mereka. Ternyata ia bukan masalah tidak faham, akan tetapi hati mereka terhijab (kesesatan) akibat mengabaikan amalan zikir mengingati Allah (Akidah al-Quran). Mereka seolah-olah tidak memahami hakikat Islam yang sebenar-benarnya. Inilah  yang telah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam tentang adanya golongan  yang keluar agama (mengabaikan tarbiyah aspek rohani)  walaupun mereka mampu membaca al-Quran dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (tanpa kesempurnaan hati, iaitu menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah). Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya....”
      
Hidayah Allah S.W.T. sekali-kali tidak akan menyinari hati mereka yang terdapat padanya karat-karat ‘kufur’ (pelbagai hijab). Ini kerana  Allah S.W.T. hanya memberi petunjuk kepada hati mereka yang bersih dari sifat-sifat keji (penyakit-penyakit hati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”            
                                                                         (Surah al-Nas, ayat: 4)

Allah S.W.T.  juga berfirman.

Maksudnya:
“Dan agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan (syaitan) itu dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu mengerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan itu.”
                                                                         (Surah al-An’am, ayat: 113)

FirmanNya lagi  yang bermaksud:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat:10)

Oleh sebab itulah, maka Nabi s.a.w. telah mengingatkan umat Islam tentang kesesatan kaum Yahudi dan Nasrani meskipun mereka memilki al-Kitab  tetapi meninggalkan kebenaran disebabkan hati mereka telah menjadi fasik (hati yang mati). Begitu juga yang berlaku ke atas kebanyakan umat Islam masa kini yang memiliki hati yang mati (lalai berzikir mengingati Allah), mereka juga meninggalkan kebenaran (menafikan ilmu Akidah  al-Quran), lantas Islam dan umatnya terus terpesorok di bawah timbunan herdikan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat bodoh, miskin dan militan, meskipun mereka memiliki al-Quran. Mereka (golongan Wahabi) sendiri yang memilih jalan tarbiyah ilmu Akidah  reka cipta, lalu mereka berdiri mencanangkan kepada orang lain dengan berbagai-bagai slogan akidah dan golongan ini melencong jauh dari landasan akidah yang hakiki (Akidah al-Quran).

Hakikatnya,   segenap tindakan, cara berfikir dan penampilan mereka sedikit pun tidak memperlihatkan mereka sebagai umat Islam yang baik yang sepatutnya menjadi ‘role model’ kepada bangsa manusia sejagat. Hingga persepsi buruk yang diberikan oleh musuh kepada ajaran Islam itu sendiri. Salah faham ini menyebabkan keunggulan Islam sebagai agama yang diredai Allah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat tidak terserlah, sama ada dari segi ilmiahnya lebih-lebih lagi dari segi amaliahnya. Islam tidak kelihatan indah sepertimana yang sewajarnya. Namun apa yang dapat disaksikan, merekalah punca ramai dalam kalangan manusia tidak   berminat  kepada Islam, malah ada dalam kalangan umat Islam sendiri mula meragui serta hilang keyakinan terhadap Islam. Realiti ini sebenar sudah dapat ditebak oleh Nabi s.a.w.  yang pernah menegaskan menerusi sabda baginda yang bermaksud:
                        “Islam akan digelapkan oleh orang Islam.”

Kalau dibandingkan nilai Islam dalam kehidupan di bumi umat Islam dan di negara-negara bukan Islam seperti di sebahagian Eropah, di dapati seolah-olah nilai Islam wujud dalam aspek kehidupan mereka seperti  kehidupan rakyat yang harmoni dan selesa, kebersihan kawasan perumahan dan persekitaran, tandas awam yang bersih, sistem jalan raya yang moden dan percuma, pengangkutan awam yang cekap, keperluan kehidupan harian rakyat diutamakan, pendidikan sekolah rendah dan pengajian tinggi  yang diberikan secara percuma, terlalu kurang rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pemerintah, melaksanakan keadilan pemerintahan yang telus dan tidak ada rejim yang tidak sah memerintah, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan untuk rakyat tidak membazir dan tiada penyelewengan dana kerajaan, kerajaan juga mampu membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan, rakyat mempunyai kebebasan bersuara untuk menentukan keadilan dilaksanakan dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah majoriti mereka yang bukan beragama Islam.

Tetapi  apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah dan lain-lain negara Islam, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara syariat Islam telah lama mati. Ini sebahagiannya angkara pemerintah (rosak akidah) yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Syariat Islam secara keseluruhan dalam kehidupan mereka dan mereka (para pemimpin) tidak mahukan Islam, malah menyekat dan menghalang segala program keagamaan, dan kebebasan bersuara (keadilan) dalam kalangan rakyat. Kebanyakan pemimpin kuku besi ini terlibat dalam pembunuhan, pemenjaraaan dan pengusiran para ulama, aktivis Islam dan golongan yang dilihat sebagai pengancam kedudukan mereka. Inilah kerakusan pemimpin (kesesatan) yang sentiasa tamakkan kuasa yang sentiasa menolak Islam secara mutlak. Mereka telah diberi peluang sejak sekian lama memerintah tetapi tidak mahu melaksanakan segala hukum-hukum Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mereka memilih peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang jauh daripada Islam akibat pegangan akidah yang tergelincir jauh  dari landasan ilmu Akidah al-Quran.

Sememangnya itulah yang sentiasa dialami oleh golongan yang sentiasa terbelenggu dengan perangkap syaitan yang ada  di dalam dirinya  akibat mengabaikan berzikir mengingati Allah, maka syaitan-syaitan itulah yang akan bersama-sama melibatkan dirinya dalam seluruh aspek kehidupan. Mereka terus ditimpa kehinaan dengan keruntuhan akhlak ummah yang berleluasa. Umat Islam sudah menjadi pemburu kebendaan atau kemewahan duniawi yang rakus dan pemuas kehendak hawa nafsu yang membabi buta. Golongan ulama dan  ilmuwan Wahabi pun sudah menjadi mangsa ketamakan pada kesenangan duniawi, sentiasa mengejar pangkat dan kemewahan, suka menonjolkan diri, ego, munafik dan menyeleweng.

Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“...maka  atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari Akhirat...”
                                                                         (Surah al-Nahl, ayat: 106 - 107)

Allah S.W.T. berfirman seterusnya yang bermaksud:
“Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia....”
                                                                         (Surah al-An’am, ayat: 70)

Sebaliknya, para ulama Wahabi di Arab Saudi terus mencanangkan slogan dakwah mereka kepada dunia Islam iaitu memerangi ‘syirik dan khurafat’, tanpa menyedari bahawa  mereka tidak mampu  mentarbiyah akidah dan akhlak bangsa Arab  sejak 200 tahun lampau. Begitu juga mereka  tidak dapat menerima hakikat bahawa kejahatan manusia terjadi kerana hati dikuasai oleh nafsu. Mereka juga tidak mahu menerima hakikat bahawa kerakusan nafsu itu hanya boleh dikalahkan dan ditundukkan menerusi berzikir dan mujahadah untuk mengekang segala desakannya. Inilah ubat suntikan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada masyarakat Arab jahiliyah. Rasionalnya, seorang Muslim yang sempurna akidahnya seharusnya berakh- lak dengan akhlak al-Quran. Sehubungan perkara berkaitan Allah S.W.T. berfirman  yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya, apakah kamu menjadi pemelihara ke atasnya ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu kecuali seperti binatang ternakan malahan lebih sesat lagi.”
                                                                         (Surah al - Furqan, ayat: 43-44)

Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka jahannam itu dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan  untuk  melihat  tanda-tanda  kebesaran Allah, mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar keterangan-keterangan ayat-ayat Allah, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”            
                                                                         (Surah al-A’raf, ayat: 179)

12. Kehancuran Ummah Tanpa Pertolongan Allah S.W.T.
     
Pola ketidakstabilan kerajaan Islam di seluruh dunia telah wujud sejak beratus tahun yang lalu  dengan lumpuhnya  akidah umat Islam (menafikan Akidah al-Quran), akibat kuatnya diayah  dan fitnah terhadap ilmu Tasawuf  oleh para ulama  dan ilmu- wan ahli Kalam dan Wahabi. Mereka  telah menguasai tarbiyah akidah umat Islam sedunia dan  sentiasa mendapat tempat di sisi pemerintah kerajaan Islam monarki. Oleh itu penyelewengan jalan  tarbiyah akidah (teori Tauhid Wahabi) ini atau fenomena ‘kekeliruan berakidah’ telah lama berlaku dan  menjadi faktor utama runtuhnya tamadun Islam yang gilang gemilang. Malah, peranan mereka (para ulama dan ilmuwan ahli zahir) itu hanyalah semata-mata menjaga kepentingan pemerintah atau sebagai lambang agama sahaja,  iaitu sentiasa mengeluarkan fatwa menyokong apa jua keputusan pemerintah tanpa memikirkan hukum hakam agama dan nasib rakyat yang ditindas. Melaksana kan sebahagian Syariat Islam ke atas rakyat jelata tanpa boleh mengkritik dasar kezaliman pemerintah dan mereka  adalah ulama pengampu yang mengejar habuan duniawi secara rakus.

 Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud.
“Mereka inginkan upahnya segera (di dunia) dan tidak ingin ganjaran yang diakhirkan (di Akhirat).”
                                                                         (HR Abu Dawud)

Diikuti dengan sistem kerajaan Islam yang berasaskan sistem monarki atau warisan pusaka yang lebih bersifat diktator atau kuku besi dan bukannya sistem syura (zaman Khulafa ar-Rasyidin) iaitu sejak terbentuknya kerajaan Umaiyyah sehinggalah ke zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kerajaan sistem monarki ini telah melunturkan pemikiran rakyatnya di dalam kebijaksanaan berpolitik untuk menentukan corak kepimpinan kerajaan atau pemerintah yang berwibawa supaya sentiasa mampu bersaing dengan kuasa luar. Kebuntuan pemikiran ummah tentang politik masih berlanjutan sehingga di zaman ini  di mana masih banyak terdapat atau wujud kerajaan Islam sistem monarki atau warisan pusaka yang tetap utuh terutamanya di negara-negara Arab. Sama ada ia sebuah republik atau mengamalkan sistem monarki yang berkiblatkan Barat atau menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat (USA). 

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Kehancuran umatku adalah di tangan beberapa individu dari suku  Quraisy.” 
 (HR Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya dari Abi Hurairah)

Individu Quraisy pertama penyebab kehancuran umat Islam adalah Yazid bin Mu’awiyah, sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam mensyarah hadis  ini:  “Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah bahawa pada suatu ketika Abi Hurairah berjalan di pasar dan berkata:
“Ya Allah, jangan ditemukan aku dengan tahun 60 (Hijrah) dan dengan pemerintahan budak-budak.”

Ibn Hajar berkata: “Perkataan Abi Hurairah ini adalah mengisyaratkan bahawa individu bodoh yang pertama menjadi pemimpin tersebut berlaku pada pada tahun 60 Hijrah, seiring pada tahun yang sama Yazid bin Mu’awiyah dilantik menjadi khalifah dan kemudian dia meninggal dunia pada tahun 64 Hijrah.”         
                                                            (lihat Fathul Bari, Kitab Al-Fitan, Juz.13)

Tindakan kuasa-kuasa Barat yang terus melulu menimbulkan permusuhan dan membentuk prejudis agama yang amat ketara  di dalam pelbagai agenda yang dinobatkan ke atas ‘isu keganasan’ dan ini menjadikan negara Islam sedunia  tidak selamat masa kini. Kesan propaganda kuasa Barat  juga menjadikan hampir semua negara (Islam) itu turut menyokong apa jua tindakan mereka demi untuk menjaga kepentingan kerajaan sendiri yang lebih bersifat monarki atau kuku besi. Bagi kerajaan Islam yang lemah pula, mereka mengharapkan sokongan atau bantuan pakej ekonomi dari kuasa Barat yang sentiasa ingin mendominasi pentas politik dunia dewasa ini.

Pensejagatan dalam konteks ini mencerminkan abad peperangan agama  paling buruk yang dikaitkan dengan ‘isu keganasan’. Agenda ini menyaksikan masyarakat Islam di seluruh dunia terus mengalami penindasan, tekanan, kebimbangan dan dikenakan pelbagai sekatan. Isu ini menjadi orde baru tajaan Barat untuk menundukkan negara Islam yang merupakan pesaing mereka dalam dagangan komoditi minyak mentah dengan melancarkan peperangan. Hal ini terus meletakkan umat Islam dalam dilema dan kurang mampu bersaing untuk menghadapi cabaran Barat dan pengaruh pensejagatan.

Sebaliknya, apa yang berlaku di Eropah, hasil revolusi rakyat di abad ke 17 M. telah meruntuhkan hampir kesemua kerajaan sistem monarki dan diganti dengan kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat. Dengan kuasa politik yang lebih tersusun dan adil dilaksanakan membolehkan pemerintah yang dipilih mampu menggunakan sepenuhnya sumber tenaga rakyat dan sumber kekayaan  negara, dengan lebih tersusun  dan adil tanpa membazir mengikut kepentingan diri pemerintah seperti di zaman kerajaan monarki sehingga mereka muncul sebagai kuasa baru menggantikan tamadun Islam yang kian lumpuh ditelan zaman.

Satu demi satu negara Islam terus dijajah oleh kaum kuffar tetapi kerajaan Beraja Arab Saudi (Wahabisme) yang didokong oleh para ulama dan ilmuwan  Wahabi sebagai negara (Islam) yang paling dominan terus mendiamkan diri kerana menjaga kesinambungan kerajaan warisan pusaka. Para ulama  ini pula  terus mendiamkan diri demi menjaga kepentingan diri. Sebaliknya, para pengikut mereka di negara Islam sedunia terus mengagungkan keunggulan mazhab ini, seolah-olah merekalah penyelamat ummah masa kini dari segala perbuatan ‘syirik, bd’ah  dan khurafat’.  Tanpa mereka sedari bahawa umat Islam  dewasa ini sedang berada di lembah kebinasaan atau mengalami kehancuran akidah yang berleluasa. Dengan kepincangan tarbiyah akidah  dan kelemahan umat Islam   seolah-olah akan berulang sejarah kerajaan Islam Abbasiyyah yang dihancurkan dengan mudah oleh tentera nomad Tartar. Malah, inilah yang sedang berlaku  dengan penjajahan tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Oleh sebab itu, maka tidak menghairankan kita semua apabila satu demi satu negara Arab monarki atau pemerintah kuku besi yang didokong oleh para ulama Wahabi  terus mengalami kejatuhan akibat kezaliman pemerintah yang menafikan hak rakyat ke atas kekuasaan negara.

Kemelut pergolakan yang berlaku di Tunisia pada pertengahan Disember, 2010 dan Mesir pada 17 Januari, 2011  jelas memperlihatkan peranan suara rakyat dalam menentukan perjalanan pentadbiran mahupun kelangsungan keamanan sesebuah negara. Ketidakpuasan hati sejak berdekad lamanya, serta ketiadaan toleransi di antara pemerintah dan rakyat, serta golongan ulama akhirnya mencetuskan revolusi era baru generasi muda Tunisia dan Mesir yang mahukan perubahan dan pembaharuan dalam sistem pemerintahan. Krisis di dua negara Islam ini seolah-olah tidak mendapat perhatian dunia Arab dan negara-negara Islam. OIC masih berdiam diri, begitu juga dengan Liga Arab yang mungkin bimbang dengan perkembangan baru itu akan mempengaruhi rakyat di negara masing-masing.

Cetusan suara bantahan melalui demonstrasi jalanan, menyaksikan Mesir  lumpuh buat seketika. Keselamatan yang tidak terjamin, dengan keadaan yang huru-hara, semuanya bermula dari campur tangan kuasa asing yang menentukan arah tuju perjalanan pentadbiran negara sejak sekian lama. Pemerintah selama ini menyalahgunakan kuasa, mengamalkan korupsi dan rakus mengaut atau memunggah khazanah kekayaan negara buat diri, ahli keluarga dan kroninya. Inilah padahnya apabila pemerintah terlalu mengikut telunjuk orang luar dalam apa jua perkara. Paling menyedihkan, hasil telunjuk orang luar inilah, maka dunia menyaksikan, Semenanjung Sinai, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis yang menjadi tempat suci orang Islam di Palestin jatuh ke tangan Israel. Bukan itu saja, dunia Islam di rantau Arab tidak mampu bersatu menentang kezaliman yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin sejak sekian lama.

Dunia umat Islam di rantau Asia Barat menyaksikan kebangkitan rakyat melalui satu tragedi besar menggulingkan beberapa kerajaan melalui tunjuk perasaan secara besar-besaran. Kemudian ditambah dengan kehidupan rakyat yang semakin tersepit banyak pengangguran, peluang pekerjaan yang hampir tiada, harga barang makanan melambung dan cukai naik. Sedangkan kekayaan yang dimiliki oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak dikatakan mencapai RM213.1 billion. Rakyat Mesir bertindak melakukan tunjuk perasaan besar-besaran meniru insiden yang berlaku di Tunisia pada pertengahan Disember lalu yang memacu pergolakan hingga menggulingkan Presiden Tunisia Zine El Abidien Ben Ali. Akhirnya, Hosni Mubarak berjaya digulingkan setelah memerintah Mesir selama 31 tahun. Apa yang berlaku di Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Jordan, Libya dan Syria adalah satu kebangkitan rakyat terhadap penguasa yang gagal memenuhi aspirasi rakyat di samping menafikan suara mereka untuk runtunan perubahan secara proses demokrasi.

Rejim kuku besi Arab terkenal kejam dan tidak menghormati hak asasi rakyat. Begitu juga, para ulama Wahabi terus memperbodohkan masyarakat Arab agar tidak menerima demokrasi terbuka dengan pelbagai fatwa yang mengelirukan rakyat.  Inilah Thaghut yang wajib seluruh umat Islam membenci dan memusuhinya seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Tidak ada paksaan dalam agama Islam (untuk memeluknya). Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kekufuran). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada Thaghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”   
                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat: 256)

Meyakinkan konsep musyawarah melantik kepimpinan adalah terbaik, oleh yang demikian ketua rejim terus menerus dilantik menggunakan konsep itu. Konsep musywarah memang tidak dinafikan telus dalam melantik khalifah (Khulafa ar-Rasyidin). Namun selepas Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a., pemerintah Islam mengguna pakai sistem raja mutlak (monarki).

Selepas itu  pemerintah khalifah hanya boleh ditukar secara pemberontakan. Kritikan keras atau tunjuk perasaan untuk menyedarkan mereka dianggap menderhaka. Rakyat yang terlibat akan dipenjara atau dibunuh. Sehingga tiba ke satu tahap, rakyat tidak lagi mampu bertolak ansur maka khalifah diguling. Diktator moden Arab juga tidak mahu melepaskan kuasa melalui apa cara sekalipun. Oleh yang demikian, rakyat Arab berbalik kepada kaedah menukar khalifah yang diamalkan oleh generasi terdahulu bagi menamatkan kediktatoran.

Diktator Arab memerintah terlalu lama, melebihi 30 tahun. Sepanjang tempuh itu rakyat tidak banyak berubah taraf kehidupan namun pemimpin menjadi kaya raya dengan harta kekayaan yang melimpah. Kroni-kroni menjadi pedagang besar dan memonopoli perniagaan paling menguntungkan. Keluarga Hosni Mubarak menerima komisyen dari pelaburan yang masuk ke Mesir. Keluarga Gadaffi memegang kebanyakan jawatan tinggi kerajaan serta menguasai perniagaan penting. Kekayaan  Zine El Abidien Ben Ali mengalahkan tokoh-tokoh industri Eropah. Ali Abdullah Salleh juga kaya raya sedangkan rakyat Yaman meru- pakan yang paling miskin di rantau Teluk.

Sebaliknya, para ulama Wahabi pendokong Kerajaan Beraja Arab Saudi terus berfatwa menjatuhkan hukum haram terhadap penunjuk perasaan menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan. Para ulama ini terus memainkan peranan untuk terus berfatwa bagi mengekalkan regim pemerintahan yang tidak sah ini dan pandangan khatib Masjidil Haram pada 25 Mac 2011 lalu, di dalam khutbah Jumaat khatib menyatakan;
“Kebebasan politik dan kepelbagaian parti adalah bertentangan dengan agama dan syariat Islam.”

Jelaslah sekali segala fatwa sempit dan ekstrim yang sentiasa dikeluarkan oleh para ulama Wahabi untuk mempertahankan kedudukan kerajaan monarki itu merupakan tugas utama mereka tanpa memikirkan nasib rakyat yang ditindas. Ianya semata-mata ditujukan kepada kebangkitan rakyat di Bahrain yang memprotes terhadap gejala rasuah, kurangnya demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia yang serius oleh regim Hamid Khalifa. Rakyat terus dikongkong bagi memastikan semua kekayaan itu bertimbun untuk diri, keluarga dan kroni. Kerajaan Arab Saudi dan dengan kerjasama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) terus bertindak menghantar bantuan ketenteraan menggempur dan melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan bagi mengekang protes besar-besaran rakyat di Bahrain.

Malah, kerajaan Arab Saudi (Wahabisme)  walaupun mempunyai kekayaan, namun tidak tampil sebagai kuasa politik yang disegani. Dari segi ketenteraan juga negara itu tidak memiliki gah walaupun berpuloh bilion dolar Amerika dikorbankan setiap tahun untuk membeli senjata dari sekutunya di barat.

Negara-negara Islam berbelanja besar untuk membeli senjata dari Barat yang dengan senjata itu banyak nyawa umat Islam sendiri terkorban. Hubungan diplomatik sesama negara Islam boleh dengan mudah diputuskan. Peluru di negara Islam lebih banyak membunuh umat Islam sendiri berbanding musuh. Musuh dianggap kawan dan bekerjasama dengannya. Saudara Islam pula dianggap musuh. Pejuang Islam tidak diburu oleh Yahudi dan Nasrani tetapi oleh pemerintah Islam yang zalim.

Demikian juga berhubung dengan yang berlaku di Syria, rakyatnya yang  bermazhab Sunni yang membentuk hampir 80% daripada penduduk negara itu sedang dihapuskan secara sistematik oleh tentera Syria sendiri di samping mendapat dukungan fanatik Syiah yang datang dari Iran, Iraq, Lubnan dan Yaman. Mereka berjuang bersama tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. Sebenarnya mazhab al-‘Alawi anutan Bashar itu hanyalah kelompok minoriti di Syria. Mereka menjadi kuat kerana menguasai pasukan tentera sejak zaman penjajahan Perancis. Hari ini rejim yang zalim itu mendapat sokongan negara besar seperti Rusia dan China.

Pada ulang tahun ketiga revolusi menentang rejim Presiden Bashar al-Assad, lebih 150,000 dilaporkan terkorban manakala kira-kira 2.5 juta penduduk lagi terpaksa menjadi pelarian. Kebangkitan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bermula pada 15 Mac 2011 di bandar selatan Daraa selepas revolusi di Tunisia merebak ke beberapa negara rantau Arab. Pada awalnya, protes tersebut diadakan secara aman tetapi ia bertukar ganas selepas pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan hingga mencetuskan pertempuran berdarah di negara tersebut. Dianggarkan sembilan juta penduduk di Syria kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 korban keganasan di negara terbabit adalah kanak-kanak. Situasi meruncing itu juga menyebabkan dua juta kanak-kanak memerlukan sokongan psikologi kerana kebanyakan daripada mereka masih trauma kerana dihantui konflik tersebut dan kira-kira 60 peratus hospital di Syria turut musnah. Laporan PBB menunjukkan penduduk Syria adalah kumpulan terbesar yang mencari perlindungan di negara industri pada tahun lalu. Bilangan pemohon suaka juga dilaporkan meningkat lebih dua kali ganda iaitu seramai 56,351 berbanding 25,232 orang pada 2012.

Begitu juga  keadaan yang berlaku di Mesir mutakhir  ini yang dikenali sebagai  penggulingan kuasa pihak tentera, pimpinan Jeneral  Abdul Fatah al-Sisi terhadap kepimpinan presiden pilihan rakyat yang sah, Dr Mohamed Morsi. Setelah 3,000 ta- hun berlalu, sejak berakhirnya pemerintahan tirani Firaun di bumi Mesir, kini suasana dan bentuk pemerintahan Firaun kelihatan terus kembali menguasai bumi anbiya itu. Malah negara itu semacam satu tradisi diperintah oleh mereka yang berjiwa Firaun, lambang kepimpinan yang menentang kebenaran dan negara itu juga pernah diperintah oleh para presiden yang menolak Islam secara mutlak, iaitu Raja Farouk, Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Kesemua pemimpin kuku besi ini terlibat dalam pembunuhan, pemenjaraaan dan pengusiran para ulama, aktivis Islam dan golongan yang dilihat sebagai pengancam kedudukan mereka. Inilah kerakusan pemimpin (hati yang mati) yang sentiasa tamakkan kuasa yang sentiasa menolak Islam secara mutlak.

Pendirian pemimpin kerajaan monarki Arab Saudi (Waha- bisme), Raja Abdullah sangat jelas menyatakan bahawa dia sangat mendukung kerajaan Kudeta al-Sisi, bahkan dia turut menyeru bangsa Mesir untuk bersatu melawan terorisme. Arab Sau- di adalah negara pertama yang menyatakan sokongan dan doko- ngannya terhadap kezaliman kerajaan palsu al-Sisi. Langkah kerajaan monarki Arab Saudi (Wahabisme) ini diikuti oleh kerajaan monarki negara Teluk seperti Bahrain dan UAE. Di sam- ping itu, menteri luar kerajaan monarki Jordan, Nasir Jaudat (pada 16 Ogos 2013) menyatakan bahawa pemerintah Jordan mendukung kebijaksanaan pemerintah (regim palsu) Mesir da- lam melakukan apa yang ia namakan “usaha memaksakan ke- daulatan undang-undang.”

Ini merupakan satu kesinambungan yang membuktikan bahawa hampir keseluruhan dunia Arab (kerajaan monarki) di belakang mereka adalah kuasa barat, Amerika yang memastikan gerakan Islam akan terus diberikan tekanan dan kalau boleh gerakan Islam dibunuh di negara Islam. Berapa banyak lagikah korban harus dibenarkan di Mesir untuk membenarkan agenda Barat meratah umat Islam di Bumi Kananah? Peristiwa kezaliman tentera di Mesir jelas membuktikan memang wujud konspirasi barat terhadap gerakan Islam. Sikap membisu negara-negara Islam khasnya negara-negara Arab dan OIC harus dikecam kerana mereka juga dilihat menyumbang kepada pembunuhan dan kezaliman ini seandainya mereka meneruskan untuk berpeluk tubuh.

Menurut laporan, Zionis sedang bersekongkol dengan tentera Mesir untuk menjadikan Mesir-Israel itu negara dwi kembar yang akan  menjalin kerjasama lebih erat lagi di semua bidang. Usaha As-Sisi hendak menghapuskan Ikhwanul-Muslimin adalah dalam rangka rancangan Israel dan tentera Mesir sendiri untuk mengembalikan pemerintahan diktator Hosni Mubarak dan menjadikan Mesir bukan lagi sebagai musuh Israel, tetapi sebagai sahabat erat. Malahan antara Israel, Arab Saudi (Waha- bisme), negara-negara Teluk, Jordan, EU dan Amerika Syarikat (sekutu  Zionis) merupakan mata rantai yang tidak dapat dipisahkan.

Kini  muncul kumpulam militan Negara Islam (IS) yang radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad. Mereka menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq. Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan dan memenggal kepala petugas media dari negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat  yang  menyerang kubu kumpulan itu di Iraq.

Matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintahkan oleh seorang pemimpin politik dan agama. Ia menerima sokongan militan Islam dari seluruh dunia dan menuntut semua ahlinya bersumpah setia kepada ketuanya, Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai atau lebih dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi.

Penubuhan IS boleh dikaitkan dengan kumpulan Tawhid wa al-Jihad yang diasaskan oleh seorang lelaki Jordan, Abu Musa al-Zarqawi pada 2002. Setahun selepas pencerobohan AS di Iraq, Zarqawi menyokong Osama Laden, ketua kumpulan Al-Qaeda di Afghanistan.

Pada April 2013, al-Baghdadi mengumumkan penggabu- ngan tenteranya di Iraq dan Syria serta penubuhan Negara Islam d Iraq dan Syria (ISIS). Pada 10 Jun 2014, ISIS berjaya menakluki bandar raya kedua terbesar, Mosul di Iraq dan menuju ke arah Baghdad selepas bertempur dengan polis dan tentera. Mereka mengambil alih ibu pejabat Gabenor, penjara dan stesen televisyen. Akhir bulan itu, selepas menggabungkan pegangannya terhadap puluhan bandar dan pekan, ISIS mengisytiharkan pembentukan negara khalifah dan menukar namanya kepada Negara Islam (IS).

Tentulah kita tidak dapat bayangkan tentang kegagalan sistem perintahan warisan pusaka atau regim tidak sah yang masih banyak  di negara-negara Arab. Negara-negara Arab yang kaya dengan hasil minyak  mempunyai hampir 140 juta penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan. Perkara ini didedahkan dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab. Laporan itu juga menganggarkan pengangguran di kalangan remaja di kalangan negara Arab adalah yang paling tinggi di dunia dan tidak ada pengurangan dalam kadar kemiskinan sejak 20 tahun lalu, sebaliknya menunjukkan peningkatan dalam kemiskinan sehingga mencecah 40% secara purata. Inilah akibat sikap pemerintah yang zalim dan kerosakan yang berleluasa hasil dari kekuasaan mutlak yang dimilikinya.

Pembangunan yang dilaksanakan tidak membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan ianya semata-mata dilaksanakan mengikut kepentingan peribadi pemimpin. Rakyat menerima padah di atas kerakusan pemimpin. Inilah akibat terhijab hati   (mengabaikan amalan zikrullah) dan hati mereka menjadi keras (kesesatan).  Pemimpin menjadi pemuas nafsu yang  membuta tuli, melakukan kezaliman, penyelewengan dan munafik. Demikian juga, kebanyakan para ulama dan ilmuwan Wahabi di negara-negara  Islam  terus bersekongkol dengan pemimpin mereka yang zalim dan  turut menjadi pemburu kesenangan duniawi yang rakus.

Pengaruh dan kekuasaan mereka mula pudar, merosot dan tewas. Ini kerana Allah  sudah tarik kekuatan ummah dan diganti dengan kelemahan. Ditarik kemuliaan diganti dengan kehinaan.  Ditarik kemenangan, diganti dengan kekalahan. Mereka gagal memperlihatkan kebenaran Islam. Mereka tidak memperlihatkan imej mulia dan tingginya ajaran Islam.  Perlakuan pengikutnya sendiri sangat bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan agama selamat sejahtera, indah dan mulia.  Islam agama selamat tetapi umatnya tidak selamat. Islam agama sejahtera tetapi umatnya dilanda derita. Islam agama indah tetapi umatnya kacau bilau dan penuh dengan berbagai kegawatan. Islam agama mulia tetapi umatnya ditimpa kehinaan di mana-mana.

Jelaslah  sikap para pemimpin itu menjadi pencetus huru hara demi memenuhi selera kepimpinannya. Pemimpin sudah tidak memikirkan rakyat ramai. Mereka menjadikan jawatan sebagai satu peluang untuk menimba kekayaan dan bukan sebagai amanah.

Para ulama Wahabi menjual agama dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Menjaga periuk nasi menjadi keutamaan. Apabila bertembung kepentingan dan habuan duniawi dengan kebenaran yang mereka terpaksa memilih salah satu maka berbohong atau dengan mudah menggadai kebenaran adalah pilihan mereka. Ulama tidak lagi mendidik umat ke arah kenal dan takut kepada Allah  kerana mereka sendiri sudah tidak kenal dan tidak takut kepada Allah  (memiliki hati yang mati).

Orang kaya sangat kedekut, genggam tak tiris. Mereka sudah lupa daratan, bermewah-mewah, individualistik serta membazir. Mereka lupa kepada jasa petani dan nelayan, kaum buruh dan para pekerjanya.

Orang miskin pula tidak sabar dan tidak reda lantas iri hati dan hasad dengki. Mereka juga sangat cintakan duniawi malangnya duniawi tidak memihak kepada mereka. Memasang angan-angan yang tidak sepadan dengan kemampuan. Akhirnya turut melupai Allah  dan agama juga tergadai. 

Apabila ummah tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah   dan tidak takut kepada Allah  maka agama turut terabai dan terpinggir. Aspek nafsu pula tidak  pernah diperangi lantas menjadikan mereka bernafsu besar, buas, zalim dan rakus, maka Allah  dilupai (kesesatan), tidak kenal dan tidak takut. Oleh itu agama bukan lagi menjadi pegangan dan  panduan hidup. Akhirat bukan lagi menjadi pilihan dan tempat yang semua orang bakal menemuinya. Hidup menurut apa yang difikirkan umpama lalang ditiup angin.

Umat Islam tanpa berzikir mengingati Allah  dan alam rohaniah (alam malakut), hanya tinggal salut luar sahaja tetapi isinya sudah tiada (memiliki hati yang mati). Kalaupun masih berisi, kadang-kadang isinya pula sudah bertukar dengan berbagai isma atau ideologi yang semuanya berasal dari hujah-hujah  teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah. Jumlah umat Islam yang ramai di zaman ini ibarat harimau kertas. Sekalipun kelihatan bertaring panjang, namun sudah kosong dan hanya mengge- lembung sendat dengan kapas dan perca kain.  

Roh ajaran Islam berkait rapat dengan berzikir mengingati Allah (Akidah al-Quran), alam rohaniah, barokah dan karomah. Semua ini boleh diibaratkan umpama enjin kepada kereta. Tanpa enjin, sesebuah kereta itu tinggal rangka yang sudah tidak berfungsi lagi. Andainya “body” kereta itu digilap berkilau, kusyennya empok, dilengkapi dengan berbagai aksesori canggih sekalipun, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak ke mana-mana. Lebih baik kereta lembu yang boleh juga berfungsi sekalipun tidak menarik.

Begitulah nasib malang yang menimpa ummah. Bantuan ghaib, keberkatan dan kekeramatan sudah tersisih dan dianggapkan begitu asing dari kehidupan dan perjuangan. Wali dan kekeramatan  dianggap dongeng malah sesat. Ilmu dan amalan zik rullah  (Akidah al-Quran) dihakis dan dikikis seperti kudis atau bisul pada tubuh yang perlu dibuang dan dijauhi. Umat Islam sendiri sudah bertindak memomokkan dan memburukkan gambaran mengenai wali dan kekeramatan. Mereka takut kepada kewalian dan kekeramatan seperti menghidari penyakit berjangkit. 

Sesuatu yang berlaku secara khawariqul’adah tidak dapat diterima dengan alasan tidak logik. Sedangkan memang sifat khawariqul’adah itu berlaku diluar logik dan rasional. Mukjizat para Rasul semuanya berlaku tanpa logik. Demikian juga kedudukannya dengan kekeramatan. Sememangnya ia berlaku di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah Allah  memperlihatkan kekuasaanNya yang mutlak itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa kerdilnya seluruh makhlukNya yang segala-galanya tertakluk kepada kuasa Allah  dan berada di dalam genggamanNya.

Sepanyol pernah berada di bawah empayar Islam. Islam di Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Tetapi ianya disebabkan ummah tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan dan lenyapnya kasih sayang. Tali kerohanian dengan Allah sudah terlalu lemah (lalai berzikir mengingati Allah). Ikatan Syariat Islam sudah terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat subur. Masing-masing memburu kepentingan duniawai yang melampau.

Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita terhadap akhirat. Akal menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan nafsu (hati yang terhijab). Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah diri dari persoalan roh (hati) dan alam ghaib (alam malakut). Mereka terhijab dari bantuan Allah. Mereka tersisih dan terputus hubungan dari pemerintahan ghaib. Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah  berlepas tangan (kuasaNya). Allah  tidak pandang dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat dari itu ialah Allah S.W.T. murka dan timpakan dengan berbagai kehinaan.

Begitu juga apa yang pernah berlaku di kota Baghdad yang ketika itu dikenali sebagai ‘Kota Ilmu’. Di saat itu kota Baghdad berada di puncak kegemilangan ilmu pengetahuan. Umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun harta-harta. Keasyikan itu menyebabkan mereka lalai dari membesar dan mengagungkan Allah  (lalai berzikir kepada Allah). Hati mereka menjadi keras (kesesatan). Mereka semakin jauh dari rahmat dan pertolongan Allah. Amalan qiyamullail untuk menjana  “rahsia kekuatan ummah” terus terpinggir dan ummah seolah-olah sudah tidak memahami keutamaan dan keagungan amalan kerohanian Islam itu.

Banyak masa telah terbuang kepada pelbagai jalan tarbiyah akidah  atau program yang tidak praktikal dan sia-sia, dan tidak dapat memberi manfaat kepada aspek hati atau tidak dapat membersihkan pelbagai hijab nafsu. Ianya hanya sekadar melonggokkan hujah-hujah ilmu Akidah reka cipta dan pengetahuan ilmu Fiqah pada akal. Demikianlah apabila ummah tidak menyedari dan menerima hakikat bahawa musuh utama dalam perjuangan memiliki “rahsia kekuatan ummah”  dan kegagalan melaksanakan segala amal ibadat yang diperintahkan (gagal memiliki khusyuk hati) adalah berpunca dari kegagalan umat Islam sendiri yang tewas kepada kehendak hawa nafsu. Tegasnya, nafsu itulah yang sentiasa mendesak manusia melakukan segala kejahatan atau maksiat, dan melalaikan manusia dengan keseronokan hidup duniawi yang sementara.  

Kezaliman bukan lagi warisan kuffar tetapi wujud juga dengan banyaknya di seluruh negara Islam. Kezaliman yang berlaku masa kini tidak akan musnah dengan kezaliman kecuali dengan pencapaian kesempurnaan hati (darjat ihsan). Maka kezaliman itu mestilah dihadapi dengan ummah yang memiliki “rahsia kekuatan ummah”, agar Dia benar-benar membantu dan memberi pertolongan. Munculnya ummah yang memiliki sifat taqwa yang sebenar dan akhlak yang mulia dengan sendirinya kezaliman akan lenyap dan musnah. Dilenyapkan dan ditumpaskan oleh tentera Allah. Umpama saat kelahiran Nabi s.a.w. dengan tiba-tiba terpadamnya api sembahan Majusi di Farsi. Allah S.W.T.  berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.”                       
                                        (Surah al-Anbiya, ayat: 105)
      
Akhirnya, dapatlah  kita rumuskan bahawa  biarpun seluruh umat Islam sama mengucap dua kalimah syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hingga membawa kepada perpecahan. Oleh itu, salah faham “berakidah” ini mengakibatkan salah laku. Dan salah laku ini menyebabkan berlakunya kelemahan di kedua-dua aspek, iaitu  aspek rohaniah dan kemanusiaan (duniawi). Dari segi rohaniah, umat Islam rosak akidah, berpecah belah, dilanda berbagai masalah sosial, kemiskinan, jenayah, keruntuhan akhlak, kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya. Manakala dari segi material dan kemanusiaan pula, pencapaian umat Islam dalam bidang ekonomi, sains, teknologi, ketenteraan dan lain-lain masih terbelakang. Oleh itu, kehancuran ummah adalah berpunca daripada fenomena ‘kekeliruan berakidah’ yang berlaku dalam kalangan umat Islam sejak beratus tahun lalu tanpa disedari.

Tinggallah kini, negara-negara umat Islam yang tidak bermaya, untuk bangun mencanangkan kepada dunia bahawa merekalah umat terbaik, pilihan Allah S.W.T. untuk seluruh bangsa. Bagaimana mungkin untuk mereka bangun sedangkan tiada asas (memiliki hati yang mati, iaitu kesesatan) untuk mereka bepijak? Atau bagaimana mungkin mereka dapat berdiri kalau asas (kesempurnaan hati) tempat mereka berpijak itu rapuh lantaran ditarbiyahkan dengan teori Tauhid Wahabi yang merosakkan asas (hati/roh) itu.

Kehancuran ummah masa kini sudah dari awal lagi diperingatkan   oleh Nabi s.a.w.  dengan  sabdanya  yang bermaksud:
“Akan datang suatu masa, di mana seluruh umat akan menerkam kepada kamu seperti orang-orang yang sedang kelaparan meluru kepada pinggan yang mengisi makanan..!” Para sahabat bertanya: “Apakah bilangan kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit..?” Jawab baginda: “Bukan, bilangan kamu pada ketika itu banyak. Namun kamu hanya laksana ‘buih’ air bah yang mengalir (rosak akidah). Pada ketika itu, Allah akan mencabut rasa gerun dan takut dari hati musuh-musuh kamu dan sebalik- nya Dia akan meletakkan penyakit ‘al-wahn’ ke dalam hati kamu.” Mereka bertanya lagi: “Apakan gerangan penyakit ‘al-wahn’ itu, wahai Rasulullah? “Penyakit ‘al-wahn’ bermakna: ‘cinta harta benda dunia dan takut akan kematian’ jawab Nabi s.a.w.”

2 comments:

papa haikal said...

mintak keizinan mengambil dan belajar ilmu yg diberikan

Abdul Halim said...

mohon keizinan untuk mengambil bahan dari blog ini. terima kasih.