Mazhab Wahabi merupakan aliran atau
mazhab akidah ahli zahir yang baru
muncul dalam Islam iaitu pada kurun ke
12 H. yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Mazhab ini adalah
dinisbahkan kepada nama bapa beliau. Dalam bidang Fiqah, mereka mendakwa berpegang
kepada mazhab Hanbali yang disesuaikan dengan tafsir Ibn Taimiyyah. Gerakan
mazhab ini banyak mengambil pendapat dan
buah fikiran Ibn Taimiyyah yang lahir pada 661 H. di Harran iaitu sebuah desa
kecil di Palestin. Dengan itu nama Ibn Taimiyyah tidak dapat dipisahkan
daripada mazhab Wahabi.
Ibn Taimiyyah adalah seorang ulama mazhab Hanbali, beliau telah terpengaruh
dengan fahaman Musyabbihah dan Mujasimah. Natijahnya beliau bukan saja
menyebarkan fahaman menyamakan Tuhan dengan makhluk malah banyak mengeluarkan
fatwa yang jauh berbeza daripada mazhab Hanbali sendiri dan mazhab-mazhab yang
lain. Ibn Taimiyyah seolah-olah mendirikan mazhabnya sendiri dan menjelaskan
dasar mazhabnya ialah mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi
s.a.w. yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah secara harfiah iaitu
lafaz yang zahir (tiada takwil), mereka dikenali sebagai ‘ahl al-‘alfaz
(orang yang memahami teks secara literal).
Beliau berpendirian bahawa Allah S.W.T. itu mempunyai muka, tangan, mata,
rusuk, berada di atas langit, boleh di tunjuk dengan anak jari di atas,
mempunyai tumit kaki, mempunyai anak jari, turun naik dan sebagainya.
Sifat-sifat Allah yang dikemukakan oleh
Ibn Taimiyyah adalah berdasarkan ayat-ayat mutasyabihat
(kesamaran maknanya) dan hadis-hadis sahih tentangnya. Dalam karangannya
“Al-risalah at-Tadammuriah”, beliau menyatakan bahawa Allah duduk di
atas Arasy dan menyediakan ruang kosong di sebelahNya agar diduduki oleh Nabi
s.a.w. Iktikad yang sedemikian jelas menunjukkan golongan ini tidak menyembah
Allah yang sebenarnya tetapi menyembah sesuatu yang dikhayalkan bentuknya
(was-was syaitan), meskipun mereka berdolak dalih bahawa
sifat-sifat Allah yang dihujahkan atau diperdebatkan itu adalah milik
Tuhan Pencipta alam semesta dan bukannya
makhluk. Oleh itu, tarbiyah ilmu Akidah
reka cipta (hujah atau debat yang tercela) ini
tidak dapat membersihkan hijab hati (mazmumah), dan
hati mereka terus mati (kesesatan). Allah SWT
berfirman mengenainya, maksudnya:
“Maka janganlah kamu menyamakan Allah.”
(Surah
al-Nahl, ayat: 74)
Akidah Islam yang murni menyucikan Allah Ta’ala daripada
tempat kerana Zat Allah Ta’ala tidak berjisim. Sesuatu yang bertempat bererti
ia adalah sesuatu yang berjisim. Jisim itu adalah
sesuatu yang mempunyai saiz tertentu, ukuran tertentu, had-had tertentu,
batasan-batasan tertentu dan sebagainya yang mengambil ruang dan tempat. Maha
Suci Allah Ta’ala daripada bertempat dan berjisim. Inilah Akidah Islam yang
murni menurut al-Qur'an, al-Sunnah dan akidah para al-salaf.
Imam Ja’far as-Shidiq
berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada mana-mana
tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia
telahpun syirik...”
(Risalah Al-Qusyairiyah: 6)
Imam Ahmad Hanbal
seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi bahawa beliau berkata tentang makna istiwa: "Iaitu
ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah Ta’ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha
Tinggi (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas setiap sesuatu
dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang
berkata bahawasanya, istiwa itu zat Allah Ta’ala menyentuh Arasy atau menempatinya.
Maha Suci Allah Ta’ala daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia
tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum
penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut"
(Risalah at-Tamimi: 2/265-290)
Imam As-Syafi’i berkata: “Allah
Ta’ala wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap
dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk.
Tidak layak Allah Ta’ala berubah sifatNya atau zatNya.”
(Ittihaf Saadah al-Muttaqin:
2/24).
Imam Al-Kalabazi (m. 385 H.) berkata tentang aqidah para
sufi (sejak dari zaman al-salaf): “Telah ijma' dalam kalangan sufi
bahawasanya Allah Ta’ala itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa”.
(At-Ta'arruf:33)
Demikianlah beberapa perkataan para ulama' Ahlus Sunnah dari kalangan al-salaf sendiri, yang menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikuti jejak para al-salaf dalam menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.
Demikianlah beberapa perkataan para ulama' Ahlus Sunnah dari kalangan al-salaf sendiri, yang menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikuti jejak para al-salaf dalam menyucikan Allah Ta’ala daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat kejisiman dan tempat.
Dalam ucapan-ucapan dan tulisannya Ibn Taimiyyah banyak menentang pendapat
empat imam mujtahid Fiqah. Dengan sombong beliau mengatakan akan memperbaharui
pengajian ulama-ulama dahulu dan mengembalikan mereka kepada kitab Allah dan
al-Sunnah. Beliau seolah-olah mengatakan bahawa imam-imam mazhab Fiqah yang
empat itu tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunnah Nabi s.a.w.
Di samping itu, Ibn Taimiyyah juga
mendakwa membasmi khurafat dan bid’ah yang diamalkan oleh ulama dan kaum
Muslimin dahulu. Khurafat dan bid’ah yang dimaksudkan adalah mengikut
tafsirannya sendiri dan menolak segala hujah mereka yang tidak sefahaman
dengannya.
Beliau juga menentang keras orang Islam yang bertaklid dalam bidang Fiqah
kepada empat mazhab yang muktabar. Ibn Taimiyyah menganjurkan umat Islam
berijtihad sendiri. Tanpa disedari seruannya bercanggah dengan apa yang dilakukannya.
Dia menentang orang bertaklid kepada imam empat mazhab fiqah tetapi ia sendiri
menarik orang ramai supaya bertaklid kepada beliau dan anak-anak muridnya.
Beliau juga seakan-akan lupa bahawa datuk nenek dan bapanya sendiri adalah
penganut mazhab Hanbali.
Ibn Taimiyyah juga menafikan kebenaran ilmu
Tasawuf. Ulama-ulama Tasawuf
dituduh sebagai penyebar bid’ah. Beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan
amalan istighathah dan tawassul dengan Nabi s.a.w. Para pengikut beliau
iaitu puak Wahabi ini sangat membenci kepada golongan Tasawuf
yang mengutamakan amalan zikir mengingati Allah sebagai tonggak utama
dalam Akidah Islam yang mampu menyampaikan
seseorang kepada mengenal Allah S.W.T.
atau mencapai kesem- purnaan akidah seperti yang termaktub dalam sumber utamanya, iaitu
al-Quran dan al-Sunnah.
Ulama-ulama Tasawuf dituduh sebagai penyebar bid’ah. Pusat-pusat amalan
tarekat Tasawuf ditutup dan diruntuhkan
dan akhirnya ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf) diharamkan di seluruh
pelusuk negeri (Arab Saudi). Sehingga ke masa ini kitab-kitab Tasawuf tidak
dibenarkan dicetak atau diimport ke negara itu, kerana ilmu dan amalan
(zikrullah) itu dianggap sebagai
ajaran agama lain, seperti Hindu. Yahudi, Kristian dan sebagainya lagi. Dengan
itu, maka kita tidaklah berasa hairan mengapa ramai ulama Ahlus Sunnah
mendakwa mereka (puak Wahabi) telah menyebarkan ajaran Islam yang
menyimpang di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi
di seluruh Arab Saudi kerana meminggirkan dan menafikan keutamaan amalan rohani
Islam untuk mencapai kesempurnaan akidah
(Akidah al-Quran). Hakikatnya,
tanpa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf , hakikat penghayatan kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai
dengan sebenar-benarnya dan mereka (golongan Wahabi) tergelincir dari landasan Akidah al-Quran yang hakiki (menafikan tarbiyah
ilmu dan amalan zikrullah) dan mereka gagal dalam penghayatan Islam yang
sebenarnya, zahir dan batin/rohani.
Begitulah Ibn Taimiyyah masuk dan keluar penjara beberapa kali kerana
membawa fahaman tasybih dan tajsim serta
mengeluarkan fatwa-fatwa ganjil yang berlainan dengan fatwa tokoh-tokoh ulama
Islam di zaman yang awal sehingga mereka mengeluarkan kenyataan menentang dan
menghukumnya sebagai fasik dan sesat. Malah, kebanyakan ulama Islam sejak abad
ke 8 H. telah mengarang kitab-kitab yang menolak fahaman Ibn Taimiyyah dan
menetapkan bahawa beliau adalah sesat lagi menyesatkan. Ibn Taimiyyah akhirnya
meninggal dunia di dalam penjara pada bulan Zulkaedah 728 H.
Sebaliknya, ilmu Akidah reka cipta
dan pelbagai fatwa kesesatannya
telah dibukukan dan disebarluaskan oleh para muridnya. Ibn Qayyim
al-Jauziyah meneruskan usaha gurunya, tetapi tidak berjaya. Dengan meninggalnya
Ibn Taimiyyah, segala pendapat dan pemikirannya juga mengalami nasib yang sama.
Dengan itu umat Islam terlepas daripada bid’ah dan kesesatannya.
Setelah berlalu lebih 400 tahun pemergian Ibn Taimiyyah, maka muncullah
Muhammad bin Abdul Wahab datang berdakwah membawa pemikiran Ibn Taimiyyah. Di
Najd, fahaman mazhab baharu itu telah tersebar luas ke seluruh pelosok negara.
1. Kenapa Kita
Mesti Menolak Dakwah Mazhab Wahabi
Ramai dalam kalangan masyarakat awam mahupun para ilmuwan Islam berkemungkinan
terkeliru tentang pertembungan Wahabi dengan golongan kontra terhadap mereka. Mereka yang terkeliru mengatakan:
“Mengapa perlu bersungguh-sungguh dalam menentang Wahabi?” Golongan yang bertanya dan saling bertanya
tentang persoalan yang sebegitu sebenarnya tidak mendapat gambaran yang
sempurna tentang pertentangan
dan pertembungan tersebut.
Gambaran Pertama: Para
ilmuwan yang menolak dan menentang golongan yang dikatakan sebagai mazhab
Wahabi atau Salafi, menentang mereka (Wahabi), bukan kerana nama mereka Wahabi
atau Salafi, tetapi kerana mereka menentang pemikiran dan Wahabisme tersebut
yang mengandungi unsu-unsur seperti penyelewengan tarbiyah akidah, tasyaddud,
jumud, taasub dan sebagainya yang menjuruskan kepada perpecahan
dalam kalangan umat Islam. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, peng- gunaan istilah
Wahabi bukanlah semata-mata merujuk kepada seseorang, tetapi penggunaannya
lebih luas dari itu. Wahabi menurut mereka yang menentangnya adalah merujuk
kepada suatu golongan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat ciri
tersebut yang mampu menghancurkan kesatuan umat Islam iaitu:
a) Penyelewengan
tarbiyah akidah ummah menerusi pemahaman atau hujah-hujah teori Tauhid
Wahabi untuk mencapai kesempurnaan
akidah. Sebaliknya,
tanpa mereka (golongan Wahabi) sedari bahawa pembahagian tauhid kepada tiga
bahagian seperti itu sama sekali tidak disyariatkan dalam Islam apatah
lagi untuk meyakini amalan tersebut telah diamalkan dan diajarkan oleh Nabi
s.a.w., atau ijtihad dari kalangan
al-salaf, malah tiada dalil Syarak membuktikan bahawa hujah-hujah dan debat
yang tercela (teori Tauhid Wahabi) itu merupakan jalan atau wasilah untuk mencapai
kesempurnaan akidah atau sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam.
b) Tasyaddud (terlalu keras) dalam menghukum dengan mudah bersikap mudah membid’ahkan sesuatu pekara ijtihad dalam urusan agama sehingga membawa kepada takfir (mengkafirkan sesama Islam) secara sewenang-wenangnya.
c) Jumud (statik) dan sempit dalam kaedah menggali
hukum, sehingga membuat satu kaedah hukum yang amat sempit, iaitu “apa yang
tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., maka ia adalah hujah kepada haramnya
atau bid’ahnya perkara tersebut” sedangkan kaedah tersebut menyempitkan
mafhum ijtihad dalam masalah istinbat
hukum.
d) Taasub (fanatik) kepada sesuatu aliran
pemikiran atau metodologi pemikiran, sehingga membawa kepada sikap menyalahkan
mereka yang tidak sependapat dengan mereka, sehingga ada yang sampai menyesatkan mereka yang tidak
sependapat dengannya, hatta dalam masalah ijtihad fiqhiyyah yang
merupakan ruang khilaf (perselisihan)
pendapat di kalangan para ulama sejak zaman berzaman.
Empat sikap ini merupakan sikap-sikap yang menyebabkan
umat Islam berpecah-belah kerana penyelewengan Akidah Islam dan menafikan adab ikhtilaf
(adab berselisih pendapat) sehingga menyebabkan umat Islam saling
kafir-mengkafir antara satu sama lain. Sikap-sikap inilah yang ditentang oleh
golongan anti-Wahabi yang mana sikap-sikap tersebut wujud dalam kebanyakan
mereka yang mengaku Wahabi khususnya di Tanah Hijaz dan sebagainya.
Gambaran Kedua: Tidak dapat dinafikan ada kalangan
golongan pendidikan tinggi (aliran agama) yang masih belum matang dalam dunia
keilmuan Islam yang cepat terpegun dengan sesuatu manhaj pemikiran yang
baru didapati, lantas kononnya sebagai satu anjakan paradigma dan mereka segera
berpegang dengan kaedah pemikiran tersebut, akibat sikap tergopoh-gapah dalam
menilai sesuatu.
Antara manhaj pemikiran
baru yang menarik minat sestengah penuntut ilmu yang belum matang tersebut
ialah pemikiran dan hala tuju Wahabi yang dinyatakan di atas. Ini kerana
Wahabisme (dari sudut istilah akademik) seolah-olah nampak seperti suatu
pemikiran yang membawa tajdid dan
islah mentaliti masyarakat Islam
umumnya, di samping mengembalikan kemurniaan akidah umat Islam (yang kononnya
sebelum ini sudah tersasar dari kefahaman Islam yang sebenar).
Pada persepsi mereka
Wahabisme membawa kepada:
1) Pemurniaan Akidah:
kerana menolak amalan-amalan rohani
Islam yang dianggap
membawa kepada syirik
(walaupun pada hakikatnya
amalan-amalan tersebut
memang ada dalam
Islam dan ianya tidak membawa kepada syirik)
dengan mengemukakan ilmu
Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi)
yang kononnya untuk mencapai
kesempurnaan akidah.
2) Kesatuan
Pemikiran: kerana menolak
perselisihan pendapat dalam
bidang agama (ilmu Fiqah)
3) Tajdid
(Pembaharuan) Umat Islam: kerana ia
menegah taklid dan menggalakkan ijtihad yang
kononnya membuka minda masyarakat Islam.
Persepsi-persepsi
mereka sebenarnya salah kerana Waha- bisme bukanlah membawa kepada ketiga-tiga
perubahan itu, tetapi sebaliknya menjurus kepada penyelewengan akidah, tasyaddud,
jumud dan taasub yang disembunyikan disebalik ketiga-tiga slogan
zahir yang terdapat dalam persepsi mereka iaitu Pemurnian Akidah, Tauhidul Fikrah
(Kesatuan Pemikiran) dan Tajdid.
Golongan yang terkeliru
ini kadangkala sering meremehkan penentang-penentang Wahabi kerana pada mereka,
golongan Wahabi tidak lain melainkan suatu mazhab dalam Islam juga. Bahkan,
lebih dari itu, ada golongan yang kagum dengan kesungguhan dirinya dalam
melakukan penyelidikan ilmiah, seolah-olah merasakan diri mereka sudah cukup
memahami kebenaran dengan penyelidikan yang banyak, tidak senang dengan
penentang-penentang Wahabi dan menuduh penentang-penentang Wahabi berburuk
sangka dengan pendokong-pendokong Shaikh Muhammad Abdul Wahab dan berburuk
sangka terhadap Shaikh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.
Mereka tampil membela Wahabi, dan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang Wahabi tersebut tidak mengenali siapakah Wahabi yang mereka tentangi selama ini.
Mereka tampil membela Wahabi, dan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang Wahabi tersebut tidak mengenali siapakah Wahabi yang mereka tentangi selama ini.
Adapun slogan tentang pemurnian aqidah yang cuba dilakukan
oleh mereka yang mendokong gagasan pemikiran Wahabisme, maka ianya perlu
dinilai semula. Niat yang baik untuk memurnikan akidah umat Islam adalah suatu
perkara yang dituntut dalam Islam, tetapi bukan menolak prinsip akidah (amalan
zikrullah) yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Jika kita
menyelami slogan kedua
Wahabisme yang menyeru kepada
kesatuan pemikiran, kita
bersetuju bahawa umat Islam
mesti bersatu, tetapi adakah
kesatuan pemikiran dalam segenap
aspek merupakan suatu agenda praktikal?
Sesetengah para ulama’ menjelaskan bahawa 70% daripada sumber hukum
Islam bersifat zanni
(tidak jelas). Oleh yang demikian, para
ulama’ berselisih pendapat
dalam menggali hukum dari
sumber-sumber hukum tersebut kerana kesamarannya.
Oleh itu, kaedah usul Fiqah (asas menetapkan hukum Fiqah) menjelaskan
bahawa dalam mengistinbath (menetapkan) hukum melalui dalil-dalil zanni (yang merupakan 70% daripada
al-Quran dan al-Sunnah), maka
dibolehkan berijtihad bagi
ahli ijtihad yang sudah cukup ilmu untuk berijtihad.
Dengan itu ada banyak sebab mengapa para ulama berselisih pendapat dalam
masalah zanni, antaranya kerana perbezaan pemikiran mereka sendiri
antara satu sama lain. Oleh itu, perselisihan pendapat memang tidak dapat
dielakkan terutamanya dalam masalah Fiqah yang furu’ yang berkaitan
dengan dalil-dalil zanni. Malah, untuk menyatukan pemikiran dan
perbezaan mazhab dalam seluruh urusan agama adalah tidak praktikal, bahkan
sikap berlebihan dalam memaksa umat Islam bersatu dalam satu-satu pendapat dan
mazhab akan lebih mengundang kepada bencana yang lebih besar, iaitu taksub
(fanatik) dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Dalam berhadapan dengan realiti perselisihan pendapat
yang berlaku dalam umat Islam, bukan dengan cara memaksa mereka bersatu dalam
pemikiran (yang merupakan agenda tidak praktikal), tetapi menerapkan
nilai-nilai adab ikhtilaf (adab dan tatakarma dalam perselisihan
pendapat), iaitu menghormati pendapat orang lain, dan tidak mengingkari
golongan yang tidak sependapat dengan kita
dalam masalah khilaf (yang diperselisih ulama’ mengenainya),
sehingga ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip usul Islam yang murni.
Fatwa Al-Azhar mengenai mazhab Wahabi dan fahaman
Ibn Taimiyyah dengan prinsip akidahnya yang bersifat mujassimah dan dianggap
kafir, bukan Ahlus Sunnah dan mereka bukan al-salaf. Mereka menyamakan Allah
dengan makhluk dan menjisimkan Allah dengan membawa akidah sesat iaitu Allah
duduk atas Arasy. Akidah Islam sebenar adalah Allah ada, tanpa tempat, tidak
memerlukan arah dan maklukNya. Fatwa Universiti Al-Azhar juga menyatakan dengan
jelas bahawa Wahabi bukan Islam bahkan golongan ini memerangi dan memusuhi
Islam.
Sejarah harus mengingatkan kita bagaimana Al-Saud
dengan sokongan golongan Wahabi
bersekongkol dengan Freemason dan British untuk memecahbelahkan Islam di bawah
empayar Islam terakhir, iaitu Kerajaan Uthmaniyyah. Oleh itu, maka jelaslah
kepada kita bahawa Wahabi adalah rekaan dan senjata theologi yang digunakan
Freemason dan British untuk memecahbelahkan umat Islam.
2. Sejarah
Kemunculan Wahabi
Nama mazhab Wahabi diambil daripada pencetus ideanya, Muhammad bin Abdul
Wahab (lahir di Najd tahun 1115 H./ 1703 M.).
Ianya adalah nama yang diberikan oleh kumpulan itu sendiri seperti yang
digambarkan dalam kitab Wahabi yang berjudul “Sheikh Muhammad bin Abdul
Wahhab Aqidatuhu Wa Du’watuhu” karangan Ahmad bin Aal al-Botomy dan
ditahkik oleh Abdul Aziz bin Baz cetakan al-Jazirah kali kedua 1393H.
Dalam kitab tersebut tertera kenyataan golongan ini bahawa mereka adalah
benar-benar Wahabi:
“Telah mampu puak dan kumpulan Wahhabiyyun mendirikan
daulah mengikut asas-asas Al-Wahhabiyyah. Dan seluruh ajaran agama Islam adalah
mesti mengikut al-Mazhab al-Wahabi.”
Wahabi bukanlah sesuatu yang misteri kerana ramai para ulama Islam yang
membahaskan mengenainya. Sekiranya ia misteri, maka tidak timbullah apa yang
dinamakan ‘mazhab Wahabi’ tersebut.
Mazhab Wahabi adalah istilah ilmiah merujuk kepada suatu golongan yang
mengikut kerangka umum pemikiran “Shaikh Muhammad Abdul Wahab” lalu mengaku
mengikut “manhaj al-salaf” melalui kaca mata Ibn Taimiyyah, Shaikh Muhammad
Abdul Wahab dan beberapa orang lain yang sefahaman dengannya.
Shaikh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti menjelaskan tentang Wahabi dengan
katanya:
“Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada
empunyanya iaitu Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1792 M.) berkembang di
Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan
beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan
dijelaskan di sini.”
(As-Salafiyyah: 367)
Menisbahkan suatu kelompok kepada mana-mana pelopornya (samada menisbahkan
kepada namanya atau nama ayahnya atau nama moyangnya dan sebagainya) adalah
suatu tradisi ilmiah yang biasa digunakan oleh para ulama Islam masa silam.
Para ulama dan orang awam yang mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal tidak
dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tetapi melalui nama ayahnya iaitu
‘Hanbali’.
Golongan yang mengikut ‘kerangka umum’ pemikiran Shaikh Muhammad bin Abdul
Wahab dikenali sebagai ‘mazhab Wahabi’
sebagai nisbah ilmiah yang diakui dalam tradisi keilmuan Islam. Malah, ianya
digunakan sendiri oleh orang-orang yang terlibat dengan mazhab ini.
Shaikh Bin Baz juga berkata:
“Wahabiyyah adalah nisbah kepada Shaikh Imam Muhammad bin
Abdul Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana ia mendirikan dakwah
menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya).”
(Majmu Fatawa wa Maqalat
Siri ke 9)
Oleh itu, tuduhan bahawa istilah ‘Wahabi’ sebagai nama atau istilah ejekan
oleh golongan yang menolak kumpulan ini adalah tidak tepat bahkan hanya suatu
dakwaan yang tidak berasas serta menyalahi realiti sebenar. Dari sudut ilmiah,
istilah ‘Wahabi’ bukan sahaja diterima penggunaannya oleh sebahagian besar para
ilmuwan dan para pengkaji Islam bahkan termasuk dari kalangan pengikut mazhab
ini sendiri.
Diriwayatkan asal mulanya beliau adalah seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke
negara lain dan antara tempat yang
pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian, dia
terpengaruh oleh seorang orientalis Inggeris bernama Mr Hempher yang bekerja sebagai salah seorang utusan
Inggeris di Timur Tengah yang ditugaskan untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah
dan mencetuskan konflik sesama umat Islam. Hemper berpura-pura menjadi seorang
Muslim dengan memakai nama Shaikh Muhammah al-Majmu’i. Beliau menggunakan cara yang licik untuk bersahabat
dengan Muhammad bin Abdul Wahab dalam waktu yang begitu lama. Dia menguasai
bahasa Arab, Turki, Parsi dan sudah lama mempelajari Islam di Turki dan Iraq.
Sejak itulah dia (Muhammad bin Abdul Wahab) menjadi alat bagi pihak Inggeris
untuk menyebarkan ajarannya yang baharu.
Dalam catatannya, Hempher menggambarkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai
orang yang berjiwa “sangat tidak stabil” (extremely unstable), “sangat
kasar” (extremely rude), “rosak akhlak”
(morally depraved), “selalu gelisah” (nervous), “sombong” (errogant) dan
“jahil” (ignorant).
Gerakan orientalis yang berpusat di Eropah pada abad ke 16 M. dikatakan
sebagai simbol gerakan anti-Islam yang ditaja oleh Yahudi dan Kristian. Mereka
mempunyai perancangan jahat untuk diserap ke dalam pemikiran umat Islam. Usaha
musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur
sejak sekian lama. Mereka akan melakukan apa saja bagi memastikan Islam dan
umatnya terus berada di landasan yang salah dalam melaksanakan propaganda
supaya arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan penganutnya
sendiri.
Ini yang sedang dan sudah dilakukan golongan bijak pandai bukan Islam
terutamanya golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang
pemikiran masyarakat Islam supaya mereka berasa sangsi dan tidak yakin dengan
segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan.
Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan
intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuklah
mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran; periwayatan hadis, sunnah dan
sirah Nabi s.a.w; mempersenda tradisi penulisan penulisan kitab-kitab karangan
ulama muktabar; ketidak relevanan kaedah-kaedah Fiqah; memfitnah amalan
kerohanian Islam (tarekat Tasawuf) dan sebagainya. Melalui kajian, pemerhatian
dan penyelidikan mereka yang cukup sistematik membolehkan mereka menguasai
hampir setiap displin penting dalam induk pengajian ilmu-ilmu Islam. Ini akan
memudahkan lagi usaha mereka menyerang dan meracuni pemikiran umat Islam pada
hari ini dalam segala aspek.
Melalui metadologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik, maka
mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau
kelonggaran yang mungkin berlaku di dalam penulisan karya agung ulama dan
pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi
budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat
Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya
terutamanya melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan mereka dari dalam
dan luar negara
Di antara tujuan pokok gerakan
orientalis ialah:
1) Memunculkan
fahaman-fahaman dan pemikiran-pemikiran yang boleh memesongkan perjuangan umat
Islam daripada menentang penjajahan kuffar seperti Bahai, Qadiani, Wahabi,
Reformis, Modenis, Liberalists,
anti-Hadis dan kain-lain.
2) Menghancurkan
akidah umat Islam supaya tali rohaniah dengan Tuhan Maha Pencipta binasa (hati
yang mati), dan kemudian membawa mereka kepada sikap pasrah dan tunduk kepada
kehendak serta arahan orang-orang Barat.
3) Memesong ajaran
Islam dengan cara menutup kebaikan dan kebenaran ajarannya supaya masyarakat
awam menganggap bahawa Islam sudah tidak
relevan dengan perkembangan zaman. Oleh itu, ia sudah tidak layak untuk
dijadikan pedoman hidup kaum Muslim.
4) Mendokong
segala bentuk penjajahan terhadap negara-negara Islam dan melaksanakan segala
bentuk pertentangan terhadap Islam itu sendiri.
5) Mereka juga
memisahkan kaum muslim dari akar-akar kebudayaan Islam mereka yang kuat dengan
cara memutar belitkan asas-asas ajarannya serta menghancurkan nilai-nilai
dasarnya untuk menghancurkan kelangsungan individu, masyarakat, hati dan akal
fikiran kaum Muslim.
Hal ini adalah sesuatu yang paling berbahaya yang selalu dipropaganda dan
dikumandangkan oleh para orientalis dan missionari. Mereka meniupkan
virus-virus keraguan terhadap semua doktrin fundamental Islam terhadap
pemeluknya. Dengan upaya itu mereka
bermaksud untuk menghancurkan Islam melalui media umatnya sendiri sehingga
akhirnya mereka yang mengaku Islam tidak tahu dan tidak mengerti tentang
hakikat keislamannya.
Kejayaan yang paling besar bagi orientalis ialah mengubah pandangan umat
Islam dan kejayaan mempengaruhi pemikiran ummah itu sendiri merupakan jalan
yang paling berkesan untuk menguasai umat Islam itu sendiri. Jangan terkejut
jika golongan yang terpengaruh ini tidak terhad kepada mereka yang agak
kebaratan atau tipis semangat keislamannya sahaja, malah dalam kalangan yang
mendakwa sebagai pejuang dan ilmuwan
Islam yang mempunyai asas keagamaan turut tidak terkecuali daripada terpengaruh
diayah orientalis
Begitulah orientalis Inggeris memperalatkan golongan Wahabi yang terlalu
radikal dan ekstrim ini dengan menyebarkan buku-buku fitnah dan perpecahan umat
Islam. Puluhan tajuk buku menyerang
golongan Ahlus Sunnah telah diterbitkan dengan cara yang menjijikkan. Malah, ia
dimanfaatkan oleh penyokong fanatik daripada kedua-dua pihak. Tujuan utama percetakan
dan penyebaran buku bukan sahaja untuk menimbulkan fitnah dan kebencian bahkan
juga mengkafirkan antara pihak yang bertelagah dan menyibukkan mereka dengan
pertelingkahan sesama umat Islam. Oleh itu, penjajah kuffar dapat mencapai
tujuan menghancurkan Islam, menceroboh tanah air, merosakkan identiti Islam
generasi muda, menyelewengkan akidah ummah, menjadi fanatik dan keras
kepala. Akhirnya, jiwa mereka akan
dipenuhi dengan kebencian terhadap sesama Islam. Sesungguhnya fitnah
menghuru-harakan keadaan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada
kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 120)
Muhammad bin Abdul Wahab mengaku sebagai penghidup manhaj (ajaran dan
metode) Imam Ahmad bin Hanbali sesuai dengan pemahaman Ibn Taimiyyah. Namun
begitu dengan sesama mazhab pun, pendukung Wahabi sering menuduh mereka yang
tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat. Bagaimana para ulama Wahabi
tergamak mengkafirkan orang yang semanhaj dengan mereka? Jika persaudaraan
semanhaj lenyap, bagaimana pengikut Wahabi memiliki jiwa persaudaraan dengan
pengikut manhaj lain? Tentu pengkafirannya akan menjadi-jadi dan lebih
menggila.
Beliau menghabiskan masa selama lebih 48 tahun di Dar’iyah (Najd). Hampir
seluruh hidupnya sarat dengan kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan
berjihad untuk menyebarkan mazhab baharu di dalam Islam. Dalam usianya yang panjang
dalam tempuh 92 tahun, beliau
menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan penyokong-penyokongnya. Dia
meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H./1793 M. Gerakan ini diambil alih oleh
Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab.
Raja-raja Bani Saud mengangkat mazhab Wahabi menjadi mazhab negara. Bahkan
ilmu dan kefahaman agama (pelbagai bidang)
yang diajar kepada ummah di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan
pusat-pusat pengajian tinggi adalah “versi” Wahabi. Para khatib masjid pun
mesti berfahaman Wahabi dan mufti kerajaan juga
biasanya bermazhab yang sama (Wahabi) dan berketurunan Muhammad bin
Abdul Wahab.
Di samping itu, buku-buku akidah dan pemikiran tokoh Wahabi turut
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia
untuk terus menyebarkan mazhab ini.
Jemaah Wahabi beranggapan bahawa mereka sahaja yang mempunyai hak atau
hubungan sebagai Jemaah Salafi dan mazhab-mazhab yang lain adalah sesat dan
batil. Sentiasa menganggap diri mereka yang paling benar. Mereka sentiasa meng-
utamakan dan menyebarkan akidah mereka berasaskan teori tauhid Wahabi dan ilmu
Fiqah mengikut pentafsiran Ibn Taimiyyah. Dalam setiap ceramah atau majlis
ilmu, mereka sentiasa menghina ulama-ulama mazhab lain dan menghina gerakan Islam
yang lain. Biasanya, penampilan tokoh-tokoh agama dan para ulama mazhab ini
adalah dengan wajah yang bengis (memiliki
hati yang mati) atau tanpa keramahan, dan mereka tidak dilihat mesra sesama
Muslim. Ini menggambarkan secara jelas sikap sebenar mereka yang sentiasa
membid’ah dan menyesatkan umat Islam yang lain.
Ternyata golongan Wahabi ini sangat sukar untuk menjalinkan hubungan
ukhuwah dengan pengikut mazhab-mazhab lain yang dilihat sebagai pencetus kepada
perpecahan dalam masyarakat. Mereka mengusir pendakwah-pendakwah mazhab lain
kerana dianggap sebagai sesat dan ahli bid’ah, dan akan meracuni pemikiran umat
dan menimbulkan perpecahan.
3.
Gerakan Wahabi dan
Terbentuknya Kerajaan Arab
Saudi (Dinasti Saudiyyah)
Sejarah mazhab Wahabi bermula hasil
pakatan Muhammad bin Saud (w. 1765 M.) yang memerintah Najd dengan Muhammad bin
Abdul Wahab iaitu pemimpin gerakan ‘Muwahiddin’. Muhammad bin Abdul Wahab
memerlukan seorang penguasa untuk menolong menyebarkan ajaran mazhabnya dan Muhammad bin Saud memerlukan seorang
ulama yang dapat mengisi rakyatnya
dengan ideologi yang keras, demi untuk memperkukuhkan pemerintahan dan
kekuasaannya. Maka bersatulah antara ideologi mazhab baharu dengan raja dalam
melaksanakan tujuan dan matlamat masing-masing.
Demikianlah penguasa tunggal negeri Dar’iyah yang bukan sekadar membela
dakwahnya tetapi sekali gus membela darah dagingnya sebagai saudara kandung.
Dengan kata lain, antara penguasa dengan Muhammad bin Abdul Wahab bersumpah
setia sehidup semati, senasib dalam menegakkan hukum Allah dan RasulNya (mazhab
baharu) di bumi Dar’iyah.
Ternyata apa yang diikrarkan oleh penguasa Ibn Saud benar-benar
ditepatinya. Ia bersama Muhammad bin Abdul Wahab seiring sejalan, bahu-membahu
dalam menegakkan mazhab baharu dan
berjuang di bersama-sama. Beliau menghabiskan waktu selama lebih 48 tahun di
Dar’iyah dan pernah menjawat sebagai Menteri Penerangan Arab Saudi. Beliau
meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H. dalam usia 92 tahun.
Selepas terbentuknya kerjasama itu berlakulah banyak serangan dan keganasan
ke perkampungan dan kota yang penduduknya tidak mahu menerima ajaran dan
fahaman mazhab baharu ini. Berlaku pembunuhan ke atas penduduk dan pemusnahan
ke atas harta benda mereka. Sejarah mencatatkan puluhan ribu nyawa terkorban
sepanjang tempoh operasi kerjasama puak Wahabi untuk menguasai seluruh Jazirah
Arab.
Setelah 11 tahun meninggalnya kedua-dua tokoh pembaharuan iaitu Muhammad
bin Abdul Wahab dan penguasa Ibn Saud, kemudian tampillah Saud bin Abdul Aziz
untuk meneruskan kesinambungan perjuangan pendahulunya. Saud ialah cucu
penguasa Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan Muhammad bin Abdul Wahab semasa
hidupnya.
Mula-mula Saud bin Abdul Aziz bersama pasukannya berjaya menduduki Taif.
Penaklukan Taif tidaklah begitu sukar. Sebelumnya, beliau telah menghantar
penguasa Ithman bin Abdurrahman al-Mudhayifi bersama pasukannya untuk mengepung Taif. Pasukan ini terdiri daripada orang Najd dan sekitarnya. Oleh sebab
itu Saud bin Abdul Aziz tidak mengalami kerugian. Dalam waktu yang singkat,
Taif terus jatuh ke tangan pengikut Muhammad bin Abdul Wahab.
Di Taif, pasukan Muwahidin membongkar beberapa buah makam yang di atasnya
didirikan masjid, antaranya makam Ibnu Abbas r.a.
Dari Taif, pasukan Saud bin Abdul Aziz bergerak menuju Hijaz dan mengepung
kota Makkah. Gabenornya, Syarif Husin mengetahui rancangan ini dan terus melarikan
diri ke Jeddah. Tentera Saud bin Abdul Aziz pun masuk ke kota Makkah. Mereka
menguasai wilayah ini tanpa pertempuran sedikit pun (Muharram 1218 H.). Seperti biasa, pasukan Muwahidin selalu
memilih sasaran menghancurkan kubah-kubah dan simbol-simbol yang dianggap
kemusyrikan seperti bentuk kubah di perkuburan
yang dianggap keramat. Semua kubah-kubah itu diratakan termasuk kubah
yang didirikan di atas kubur Siti Khadijah, isteri pertama Nabi s.a.w.
Kumpulan Muhawidun dengan serta merta melantik sejumlah guru, pendakwah,
ulama dan hakim bertugas di daerah Hijaz. Dua tahun setelah penaklukan Makkah,
pasukan Saud bergerak menuju ke Madinah. Dalam waktu yang singkat, Madinah
jatuh sepenuhnya di bawah tentera Saud bin Abdul Aziz.
Setelah 8 tahun berkuasa, pemerintah Mesir bersama sekutunya Turki,
menghantar pasukan untuk membebaskan Hijaz, terutama Makkah dan Madinah, dan
secara automatik mengusir pasukan Muhawidin sekali gus. Campurtangan ini
menyebabkan pergerakan dakwah Muwahidin tersekat. Peperangan ini berlarutan
sehingga lapan tahun iaitu dari 1226 H. hingga 1234 H.
Banyak kerugian bagi kedua-dua belah pihak dalam tempuh itu, terutama
pasukan Najd dan Hijaz selain harta benda awam dan jiwa manusia. Setelah lima
tahun perang saudara, Mesir dan Turki mengalah daripada meneruskan peperangan
menentang Muwahidin. Dua tahun terakhir menjelang tamat perang, Muwahidin
secara diam-diam terus berdakwah dan melahirkan kader-kader baru untuk
meneruskan kesinambungan gerakan mazhab Wahabi.
Semua kekacauan di Hijaz berakhir pada 1230 H. Begitu juga dakwah Wahabiah
tersebar ke seluruh pelosok Najd dan sekitarnya di bawah Turki bin Muhammad bin
Saud, adik sepupu penguasa Saud bin Abdul Aziz.
Sejak Hijaz dinaungi oleh penguasa Turki bin Abdullah, suasana Hijaz dan
sekitarnya beransur pulih sehingga terbuka peluang bagi keluarga Saud bersama
keluarga Muhammad bin Abdul Wahab untuk melancarkan kembali dakwah mazhab baharu
itu dengan lisan dan penulisan melalui para ulama, pendakwah dan khatib.
Hubungan Makkah-Madinah (Haramain) dengan Kerajaan Saudiyah terputus begitu
lama sejak perlanggaran Mesir dan sekutunya (1226 H. - 1342 H.). Ini bermakna
bahawa lebih 127 tahun, wilayah Hijaz terlepas tangan dari tangan Dinasti Saudiyah.
Wilayah ini kembali ke tangan mereka pada tahun 1342 H. iaitu ketika Dinasti
Saudiyah dipimpin oleh Abdul Aziz bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin
Muhammad bin Saud, cucu keempat pengasas Dinasti Saudiyah, penguasa Muhammad
bin Saud
Umat Islam kini mula sedar tentang apa dan siapakah kaum pengikut Muhammad
bin Abdul Wahab (Wahabi). Satu persatu kejahatan dan penyelewengan kaum
orientalis dan penjajah Barat bersekongkol dengan Dinasti Saudiyyah (Arab Saudi) yang didokong
oleh para ulama Wahabi) sengaja mengadu domba sesama umat Islam dengan ajaran
mazhab baharunya dengan mengkafirkan orang Muslim yang bermazhab lain
walaupun mereka melaungkan slogan bahawa
merekalah pengikut sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para sahabat r.a. yang paling
benar. Mereka terus menghina dan
mempersenda tradisi penulisan kitab-kitab tokoh-tokoh ulama muktabar Ahlus
Sunnah yang menghasilkan karya agung untuk menimbulkan keraguan atau mencari
kesilapan supaya umat Islam hari ini merasa sangsi dan tidak yakin terhadap
karya-karya agung masa silam. Kata-kata mereka sangat tidak sopan dan kasar
bagaikan tidak memiliki akhlak Islam yang mulia. Mereka mendoktrin, mencela dan
mengungkapkan segala macam keburukan. Mereka juga melarang para pengikutnya
untuk melihat kebaikan yang dilakukan oleh golongan lain kerana ditakuti akan
mengikut golongan yang mereka hukum sebagai sesat dan bid’ah itu.
4. Kekejaman Wahabi
Bukan sekadar mengatakan itu bid’ah dan ini
bid’ah, mazhab Wahabi sebenarnya mempunyai rentetan sejarah hitam yang sungguh
tragis. Mereka menjadikan kuasa politik sebagai satu anjakan untuk menubuhkan
gerakan bagi menyebarkan fahaman mazhab mereka. Apabila gerakan ini ditentang
oleh pemerintah dan para ulama Ahlus Sunnah, mereka mula bertindak ganas dan
melancarkan peperangan.
Para kadi dan ulama Ahlus Sunnah di Ta’if diseret dari rumah mereka, diseksa dan
dibunuh. Penduduk Makkah dikepung dan diputuskan bekalan makanan sehingga ramai
yang mati kelaparan. Umat Islam di timur Jordan disembelih seperti menyembelih
kambing, dan berbagai-bagai lagi pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan oleh
tangan-tangan orang yang mendakwa membawa tajdid ad-din (pembaharuan agama).
Nabi s.a.w.
pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri
ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong
mereka (tanpa rasa dalam rohani/zawq). Mereka keluar daripada agama seperti
anak panah keluar dari busurnya. Mereka membunuh pemeluk Islam dan mengundang
berhala-hala. Seandainya aku menjumpai mereka tentulah aku akan membunuh mereka
seperti dibunuhnya kaum ‘Ad.”
Sejarah menjadi saksi bagi para sarjana dan ilmuwan bahawa gerakan Wahabi
bukanlah gerakan tajdid
(pembaharuan). Lebih tepat lagi dan layak disebut sebagai gerakan
ketenteraan menjatuhkan kerajaan
Uthmaniyyah yang berselindung di sebalik slogan pembaharuan agama memerangi
syirik dan bid’ah. Senario ini dapat dilihat terhadap kesan pembunuhan yang
dilakukan mereka ke atas para ulama Ahlus Sunnah dan pengikutnya serta
pembunuhan ke atas keturunan Nabi s.a.w.
Dengan alasan untuk membanteras penjahat,
pasukan Wahabi menjalankan misi menghalau dan membunuh ramai keturunan Nabi
s.a.w. (1912 M.) di Makkah dan Madinah. Manakala yang selamat, ada yang
melarikan diri ke Yaman, Jordan, Syria dan Iraq.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Kaum kerabatku
akan menerima bencana dan penyingkiran setelah peninggalanku hingga datang satu
kaum dari Timur (Bani Tamim) membawa bersama mereka panji berwarna hitam.”
(HR Abu Dawud, al-Hakim, Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hib- ban dan lain-lain)
Meskipun Dar’iyah tidak sedikit pun mengalami
rintangan dan gangguan namun perjuangan
Wahabi tidak akan berjaya tanpa pengorbanan gerakan Muhammad bin Abdul Wahab.
Ia tercatat dalam sejarah dunia yang paling hebat.
Ia juga merupakan gerakan yang telah membawa
perubahan besar yang mana banyak jiwa manusia dan harta benda menjadi korban.
Walaupun mendapat sedikit tentangan daripada pihak luar, namun lebih banyak
tentangan dihadapi dalam negeri terutamanya daripada tokoh-tokoh agama Ahlus
Sunnah. Oleh sebab penentangan sudah mula dilancarkan oleh sebahagian kaum
Muslim terhadap kerajaan Uthmaniyyah, maka kaum orientalis mengambil kesempatan
untuk campur tangan dalam perselisihan antara ummah ini.
Para mufti yang dipengaruhi oleh pemikiran dan
ajaran Muhammad bin Abdul Wahab telah
memainkan peranan penting dan mengawal segala urusan agama pada abad ke
18 M. Inilah faktor tercetusnya ekstremisme dalam Islam. Banyak hal yang
diharamkan oleh mazhab ini diterapkan ke atas setiap anggota masyarakat.
Dengan melihat keadaan umat Arab di bawah
kerajaan Uthmaniyyah ketika itu,
Muhammad bin Abdul Wahab mentafsirkan sendiri secara radikal (ekstrem) ajaran
Islam, khusus dalam hal jihad. Jihad bermaksud peperangan suci yang digunakan
sebagai alat membentuk kerajaan yang ia sokong. Masyarakat dipaksa menyetujui
idea politiknya yang berlandaskan dalil agama dengan tafsiran sembarangan.
Muhammad bin Abdul Wahab menghukum orang yang
tidak sefahaman dengannya sebagai pengkhianat termasuk para penguasa (pemimpin
daerah) yang tidak menyetujui idea-idea pembaharuan agama. Pemahaman sebegini
dimanfaatkan oleh keluarga Saud untuk menyusun doktrin baharu bagi membentuk
kerajaan yang kuat sehingga mampu menghapuskan segala bentuk perbezaan kabilah.
Oleh sebab itu, ideologi mazhab Wahabi yang mengaku untuk menyelamatkan satu
wilayah daripada penyelewengan agama, syirik dan khurafat hanyalah palsu.
Para ulama
Wahabi ini juga menolak tanggapan
golongan Islam dari mazhab-mazhab lain yang mendakwa mereka (puak Wahabi) telah
menyebarkan ajaran Islam yang menyimpang di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan
pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Arab Saudi. Hingga sekarang, penguasa keluarga Saud menganugerahkan kuasa
pengurusan tempat-tempat suci dan bersejarah kepada keluarga Muhammad bin Abdul
Wahab.
Prof Berand Louis, Dekan Sejarah Kuliah Dirasat
Afrika University London dalam bukunya, al-Gharabi wa al-Syarqi waa Wasati
(Timur, Barat dan Tengah) berkata: “Gerakan Wahabi didirikan untuk menyatakan
pemisahan daripada mengakui kepimpinan Kerajaan Uthmaniyyah di Turki.” Hemper seorang orientalis yang menjalin persahabatan
dengan Muhammad bin Abdul Wahab berkata: “Tahun 1800 M., seluruh Semenanjung
Arab dikuasai dan kepimpinan berubah menjadi kerajaan Arab Saudi.”
Pada bulan Zulkaedah 1217 H., tentera Wahabi mengepung Taif. Mereka menyerbu, menawan dan membunuh
lelaki, wanita dan kanak-kanak kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang
terlepas daripada kekejaman ini. Mereka merampas dan merosakkan harta benda
serta melakukan kekejaman. Mereka telah melakukan penyembelihan dan pembunuhan
terhadap ramai orang Islam dari kalangan lelaki dan wanita serta kanak-kanak
atas alasan mereka telah melakukan syirik semata-mata.
Seterusnya, pada bulan Muharram 1218 H., tentera Wahabi berjaya memasuki
kota Makkah dan menetap di situ selama 14 hari. Dalam tempuh itu, mereka
melakukan kerosakan, merompak dan memutuskan bekalan makanan.
Kemudian pada akhir Zulkaedah 1220 H., tentera Wahabi memasuki Madinah.
Mereka menceroboh bilik Nabi s.a.w. dan mengambil semua harta benda. Kebanyakan
ulama Ahlus Sunnah melarikan diri daripada kekejaman tentera Wahabi. Kemudian
mereka (tentera Wahabi) menghancurkan semua kubah di perkuburan Baqi’ seperti
kubah Ahli Bait, isteri-isteri Nabi s.a.w. dan anak-anak Nabi. Mereka cuba
memusnahkan kubah makam Nabi s.a.w. tetapi membatalkan niat mereka. Mereka
memecahkan lampu-lampu di Madinah. Madinah pernah ditingGalkan beberapa hari
tanpa azan, iqamat dan solat. Inikah slogan mereka: “Mari kita banteras syirik
dan bid’ah.”
Mereka melarang para jemaah haji dari Mesir dan Syam memasuki kota Madinah.
Mubarak bin al-Mudayyiqi adalah penguasa Wahabi dan pemerintahan ini berlaku
kira-kira 7 tahun.
Muhammad Finati, mualaf Itali yang
turut menyertai pasukan kerajaan Uthmaniyyah yang mengalahkan tentera Wahabi
berkata: “Sebahagian daripada kami yang jatuh hidup-hidup ke tangan musuh yang
kejam dan munafik, dipotong kaki dan tangan serta dibiarkan begitu saja.
Sebahagian mereka, aku saksikan sendiri, teraniaya dan mohon belas kasihan untuk
segera mengakhiri hidup mereka.”
Kabilah yang tidak mahu mengikut mereka dianggap kafir dan “halal
darahnya.” Mereka sebenarnya tidak cukup disebut sebagai perompak dan
penjenayah, tetapi kaum “mujahid” yang secara teologi dibenarkan untuk membunuh
kaum wanita termasuk kanak-kanak, merompak harta dan memperkosa isteri dan
puteri-puteri mereka yang dianggap sah sebagai ghanimah (rampasan
perang). Hanya sedikit yang dapat melarikan diri.
Sultan Muhammad Khan (kerajaan Uthmaniyyah) mengutuskan Muhammad Ali Basha
iaitu pemerintah kerajaan Mesir untuk menyediakan lapan hingga sepuluh ribu
tentera untuk memerangi Wahabi dan pertempuran berlaku di perkampungan Khif (90
km dari kota Madinah). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan 1226 H./1805
M., tentera Tason Basha terpaksa berhadapan dengan 30 ribu tentera di bawah
pimpinan penguasa Faisal hingga mengorbankan banyak nyawa tentera Mesir.
Pada tahun 1227 H., Muhammad Ali Basha dan tenteranya berjaya menguasai
al-Safra’ dan al-Hudidah dan terus memasuki Madinah. Kemudian pada awal
Muharram 1228 H., beliau menguasai pesisir pantai Jeddah dan seterusnya menuju
ke Makkah dan menguasainya. Dia tinggal di Hijaz selama kira-kira 1 tahun 7
bulan sehingga misinya menghancurkan pengikut Wahabi selesai. Setelah penguasaan
semula Hijaz, maka hanya beberapa puak Wahabi yang berkeliaran di
pelosok kabilah Badwi. Saki baki Wahabi ini tinggal di al-Dar’iyah dan melantik
Abdullah bin Saud sebagai pemimpin
baharu mereka.
Seterusnya pada tahun 1232 H. Ibrahim Basha sekali lagi bersama
tenteranya memerangi pusat kegiatan
Wahabi di al-Dar’iyah. Di sana berlaku peperangan sengit dan Abdullah bin Saud
berjaya ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman mati (dipancung) di Babul Hamaayun,
di depan Masjid Hagia Sophia, Istanbul pada tahun 1806 M.
Setelah lebih 100 tahun, kekejaman Wahabi masih berlarutan. Ketika memasuki
Taif pada 1924 M., mereka melakukan pembunuhan selama tiga hari. Para ulama dan
kadi diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh.
Pada tahun 1920 M., berlakunya tragedi yang amat
menyayatkan hati umat Islam. Tentera Wahabi melakukan pembunuhan secara kejam
terhadap umat Islam di timur Jordan. Kira-kira 3,000 orang Islam dibunuh kerana
enggan mengikuti fahaman mazhab baharu ini. Kisah pembunuhan beramai-ramai oleh
puak Wahabi ini boleh didapati dari bahan bacaan di perpustakaan di Jordan.
Kerajaan Inggeris membantu Wahabi dari segi kewangan dan keterampilan
Wahabisme sehingga meluasnya kekuasaan Ibn Saud ke seluruh Semenanjung Arab
yang berada di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Tujuannya adalah untuk melemahkan
pemerintahan itu. Ramai pihak yang berpendapat bahawa semngat nasionalisme Arab
adalah suntikan penjajah untuk melemahkan dunia Islam Arab hingga memecahbelahkan
mereka kepada beberapa negara seperti yang kita lihat pada hari ini. Sayyidina
Ali r.a. mengingatkan: “Yang benar (haq) tanpa penyusunan akan dikalahkan
oleh kebatilan yang tersusun.”
Mazhab Wahabi ini mewarisi tradisi Khawarij yang mudah dan suka menumpahkan
darah. Mereka mempraktikkan ajaran Khawarij ketika menumpahkan darah kaum
Muslim di Hijaz (menerusi tuduhan liar dan memfitnah kononnya mereka tekad
membasmi syirik, bid’ah dan khurafat), tetapi sebaliknya adalah semata-mata
bertujuan memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyyah. Alasan demi alasan
dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Berbagai
helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara itu. Ini adalah perancangan yang
rapi selama beratus tahun. Oleh itu, setiap pekara yang lengkap dengan
persediaannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah
kezaliman dan penyelewengan. Malahan antara British (pembonceng Yahudi), Arab
Saudi (Wahabisme) dan Amerika Syarikat (sekutu British dan Israel) merupakan
mata rantai yang tidak dapat dipisahkan.
5. Tokoh-tokoh
Mazhab Wahabi
1)
Muhammad bin Abdul Wahab
(1703 M. – 1791 M.)
Mazhab Wahabi dipelopori oleh
Muhammad bin Abdul Wahab yang menjadikan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim sebagai
rujukan dan kemudian dipopularkan oleh Nashiruddin al-Albani berserta beberapa
tokoh Wahabi yang lain.
Gema diayah Muhammad bin Abdul
Wahab bergema di seluruh pelusuk Dar’iyah dan negeri-negeri jiran. Kemudian
Muhammad bin Abdul Wahab mula menegakkan
jihadnya, menulis surat dakwahnya kepada tokoh tertentu untuk bergabung
dengan barisan Muwahhidin yang dipimpinya. Misi gerakan ini diwarwarkan
di kalangan ummah sebagai pembaharuan tauhid demi membasmi syirik, bid’ah dan
khurafat.
Para ulama mazhab Hanbali
menentang Muhammad bin Abdul Wahab
dengan mengatakan akidahnya sesat, menyeleweng dan batil. Orang pertama yang
menentangnya adalah ayahnya sendiri, Syeikh Abdul Wahab, diikuti pula
saudaranya, Sheikh Sulaiman. Sheikh Sulaiman menulis kitab Assauqi
al-Ilahiyah fi al-Radd ‘ala al-Wahabiyah untuk menentang dan memeranginya.
Tentangan juga datang daripada sepupunya, Abdullah bin Hussin. Lalu mereka
mengkritik dan mencela pendapat Muhammad bin Abdul Wahab dan turut memperingatkan
kepada ummah mengenai bahayanya pemikirannya (Muhammad bin Abdul Wahab).
Menurut Abbas Mahmud al-Aqqad
al-Misri, yang menulis kitab, Assauqi
al-Ilahiyyah, mengatakan bahawa orang yang paling kuat menentangnya adalah
saudaranya, Syeikh Sulaiman. Beliau tidak mengakui bahawa saudaranya mencapai
kedudukan mujtahid dan mampu memahami al-Quran dan al-Sunnah. Syeikh Sulaiman
berpendapat bahawa para imam mujtahid yang lalu, generasi demi generasi tidak
pernah mengkafirkan Ashab al-Bida’ah. Tidak pernah timbul persoalan
kufur sehingga mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sekali gus
memeranginya.
Begitu juga para ulama
al-Haramain seperti Syeikh Ahmad al-Ba’alawi, Syeikh Umar Abdul Rasul, Sheikh
Abdul Malik dan Syeikh Hussin al-Maghribi, telah bangkit menolak dengan
keterangan dan hujah-hujah untuk mengalahkan diayah mazhab Wahabi. Akhirnya,
para ulama Ahlus Sunnah al-Haramain menegaskan bahawa Mazhab Wahabi sebagai
jahil dan sesat.
Syeikh Tahir al-Syafi’i,
menulis kitab yang menolak mazhab Wahabi bertajuk al-Istisharu lil Auliya’il
Abrar, berkata: “Mudah-mudahan melalui kitab ini, Allah SWT memberi
manfaat terhadap orang hatinya belum dimasuki bid’ah yang datang dari Najd
(mazhab Wahabi).”
Adapun orang yang hatinya
dimasuki bid’ah (tarbiyah akidah menerusi ilmu Akidah reka cipta) maka ia tidak
dapat menikmati kebahagiaan (gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah), dan
amat sukar bagi golongan ini untuk membetulkan pegangan akidah mereka. Ini
berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Bukhari yang mengatakan: “Mereka
keluar dari agama dan tidak akan kembali.” Dalam masa hidupnya banyak
kekacauan berlaku, menghalalkan harta dan darah umat Islam yang tidak mahu
mengikut diayah mazhab baharu ini, membunuh manusia untuk kesombongannya, dan
inilah fitnah yang berlaku di kalangan ummah yang memiliki hati yang mati (sifat-sifat
mazmumah)
Selama manusia itu tidak dapat menanggapi dan memahami
dengan sejelas-jelasnya berhubung dengan tasawwur Akidah al-Quran, maka selagi
itulah mereka masih teraba-raba di dalam hijab kehendak hawa nafsunya walaupun
dalam masa yang sama mereka merasakan bahawa diri mereka memperolehi petunjuk
daripada kitab Allah. Para ulama dan ilmuwan Wahabi sentiasa mencanangkan slogan keramat mereka
dalam kalangan ummah supaya menghayati
al-Quran melalui pembacaan, pemahaman, penghayatan, pengkajian dan seterusnya
pelaksanaan, tetapi mereka terus mengabaikan tar- biyah aspek rohani menerusi ilmu dan amalan
zikrullah sebagaimana yang diperintahkan dalam kitab Allah itu. Ternyata semua slogan itu adalah angan-angan kosong belaka
kerana hati mereka telah mati (kesesatan) akibat lalai berzikir kepada Allah.
Mereka tidak akan dapat menilai dan
menikmati “nur zikrullah” yang dipancarkan ke dalam hati. Mereka kekal
terperangkap di dalam hijab keakuan (penyakit-penyakit hati) yang gelap gelita
dan hina.
Inilah yang telah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. kepada
umat Islam tentang kesesatan kaum Yahudi
dan Nasrani meskipun mereka memilki al-Kitab tetapi meninggalkan kebenaran disebabkan
hati mereka telah menjadi keras (hati yang mati). Begitu juga
yang berlaku ke atas kebanyakan umat Islam masa kini yang memiliki hati yang
mati, mereka juga meninggalkan kebenaran (menolak Akidah al-Quran), lantas Islam dan umatnya terus terpesorok di bawah
timbunan herdikan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat bodoh,
miskin dan militan, meskipun mereka memiliki al-Quran. Malah, mereka (golongan
Wahabi) sendiri yang memilih akidah jahiliah (tarbiyah menerusi ilmu Akidah
reka cipta), lalu mereka berdiri mencanangkan kepada orang lain dengan
berbagai-bagai slogan akidah dan
golongan ini melencong jauh dari petunjuk Ilahi. Semua hujah-hujah dan debat
yang tercela itu tidak lebih dari tipu daya belaka. Alangkah bodohnya golongan
seperti itu dan alangkah tidak berfikirnya mereka yang mengikuti golongan yang
bodoh itu! Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya di
dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat
kebaikan sebaik-baiknya.
Digambarkan bagaimana perubahan
suasana kehidupan penduduk Dar’iyah pada zaman Saud yang sangat menderita dan
kepayahan untuk menjalani kehidupan harian bertukar menjadi mewah sehingga kelu
lidah mereka untuk berkata benar untuk tujuan menjelaskan perubahan taraf hidup
mereka.
Kata Ibn Basyr al-Najdi : “Aku
lihat orang ramai di al-Batin dengan sekumpulan lelaki di suatu sudut dan
wanita di sudut lain. Aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian
mewah, makanan hingga sukar digambarkan tempat itu yang sejauh mata
memandang. Aku dengar hiruk-pikuk suara pembeli dan penjual.”
Harta yang sebanyak itu tidak
diketahui asal usulnya. Namun berdasarkan fakta sejarah, Muhammad bin Abdul
Wahab memperolehinya dari serangan terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota.
Beliau merampas harta dan membahagi-bahagikannya kepada penduduk Dar’iyah.
Beliau melaksanakan kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan. Kadang-kadang
dia membaha- gikan kepada dua atau tiga bahagian di kalangan pengikutnya. Penguasa Najd
menerima bantuan ghanimah (harta rampasan) dengan persetujuan Muhammad
bin Abdul Wahab. Beliau melakukan muamalah buruk terhadap umat Islam yang tidak
mahu tunduk kepada hawa nafsu dan dakwahnya, seperti muamalah kafir harbi iaitu
menghalalkan harta mereka.
Golongan Wahabi inilah para
petualang dan penyamun di gurun pasir pada kurun ke 18 M. Mereka menjadi
pemburu hawa nafsu (sifat-sifat mazmumah) yang membabi buta, tetapi mereka
terus melaungkan slogan perjuangan dakwah mereka ‘tajdid ad-din’
(pembaharuan agama) dan berlindung di sebalik slogan, “Mari kembali kepada
al-Quran” dan “Mari banteras syirik, bid’ah dan khurafat.” Oleh sebab itulah
Allah berfirman yang ber- maksud:“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di atas satu syariat (yang
lengkap) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah
syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
(perkara yang benar).”
(Surah al-Jathiyah, ayat: 18)
Allah S.W.T. juga berfirman, maksudnya:
“Dalam hati
mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa
yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah
al-Baqarah, ayat:10)
Nabi s.a.w. pernah bersabda
yang bermaksud:
“Akan keluar dari arah timur
segolongan manusia yang membaca al-Quran namun tidak sampai melewati kerongkong
mereka (memiliki hati yang mati, iaitu tidak ditarbiyahkan menerusi berzikir
dan mujahadah), mereka keluar daripada agama seperti anak panah yang keluar
dari busurnya, mereka tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak
akan kembali ke busurnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (botak).”
(HR Imam Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748,
Imam Ahmad, Ibn Majah, Abu Dawud dan Ibn Hibban)
Nabi s.a.w. juga bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri
ini ada satu kaum yang membaca al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong
mereka (memiliki hati yang mati, iaitu tidak menjalani tarbiyah hati menerusi
berzikir dan mujahadah). Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar
dari busurnya. Mereka membunuh pemeluk Islam dan mengundang berhala-hala.
Seandainya aku menjumpai mereka tentulah aku akan membunuh mereka seperti
dibunuhnya kaum ‘Ad.”
Nabi s.a.w. pernah menyebut di
dalam hadisnya yang bermaksud:
“Di sana (Najd) akan ada
kegoncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.”
Dalam hadis yang tersebut di
atas, maka dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa akan muncul dalam kalangan umat Islam yang mampu membaca
al-Quran tetapi tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah atau lalai berzikir
kepada Allah S.W.T. iaitu golongan yang sesat (memiliki hati yang mati). Secara jelas, mereka
merupakan golongan yang ingkar kepada perintah Allah di dalam al-Quran supaya
menjalani proses tarbiyah akidah menerusi mempelajari amalan zikir kepada Allah
dan memperbanyakkan berzikir kepadaNya untuk mencapai kesempurnaan hati.
Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan
kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan berzikir mengingati Allah). Dan
sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat
(memiliki hati yang mati).”
(Surah al-Baqarah:198)
Oleh yang demikian, apabila konsep amalannya
termaktub dalam sumber utamanya, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, di samping
terserlah kepentingan pengamalannya untuk mencapai kesempurnaan akidah (makrifah
Allah), maka berzikir mengingati Allah disifatkan sebagai amalan yang
disyarakkan. Oleh itu, apabila umat
Islam ingkar untuk berzikir
mengingatiNya terus menerus sedangkan
Allah SWT lebih hampir kepadanya daripada urat
lehernya sendiri, maka tiadalah yang lebih celaka, lebih parah
dan paling rugi segala
usahanya (amal ibadat) di
atas muka bumi, iaitu mereka memiliki hati yang mati (kesesatan) sebagaimana
firmanNya yang bermaksud:
“Katakanlah:
Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan al-Quran
kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah
al-‘An’am, ayat: 91)
2)
Nasiruddin al-Albani
(1914 M. - 1999 M.)
Pengikut Wahabi menganggap
Al-Albani sebagai seorang tokoh Hadis yang agung pada abad ini dan dinobatkan
sebagai Imam Muhadis, iaitu hampir menyamai ketokohan Imam Bukhari dalam
ilmu Hadis. Beliau menjadi pensyarah dalam bidang ilmu Hadis di Universiti
Islam Madinah.
Beliau tidak mempunyai sanad
bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang Hadis. Bahkan umum
mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang Hadis dan diketahui
bahawa beliau belajar Hadis secara sendiri.
Ulama Wahabi, Abdul Aziz bin
Abdillah bin Baz, mantan Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi berkata: “Aku tidak
mengetahui seorang alim dalam ilmu Hadis yang melebihi al-Albani di abad ini.”
Ulama Wahabi, Muhammad Hamid
al-Faqi, mantan pemimpin Jamaah Ansar al-Sunnah al-Muhammadiyyah di Mesir
berkata: “Al-Sheikh Nashiruddin adalah saudara kami yang bermanhaj Salaf. Dia
seorang pembahas dan peneliti (Hadis) yang cermat.”
Banyak Hadis-hadis sahih yang
dijadikan bukti dalil oleh para imam mujtahid (Fiqah) dihukum lemah atau daif
oleh al-Albani. Sebaliknya, berapa banyak pula Hadis-hadis daif, maudhuk dan
mungkar yang ditashihkan (dihukum sahih) oleh beliau. Oleh itu, pendapat dan
ijtihad al-Albani ini banyak mendapat kritikan dari para ulama Islam yang hidup
sezaman dengannya.
Al-Albani menulis kitab yang
memisahkan hadis sahih dan daif dalam Ashab al-Sunam, Sahih Sunam Abi
Dawud-Da’if Abi Dawud, Sahih Sunam al-Tirmizi-Da’ifNya dan lain-lain.
Adakah kita meragui dengan Imam Abi Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i sebagai ahli
Hadis, sekalipun terbitnya kitab Hadis yang ditulis oleh al-Albani pada abad
ini.
Golongan Wahabi mengatakan
bahawa setelah terbitnya kitab-kitab ini, al-Albani jauh lebih menguasai ilmu
Hadis berbanding dengan Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan lain-lain. Tiada
seorang ulama dahulu hingga masa kini yang berani bersikap demikian kecuali
pengikut Wahabi yang melampaui batas. Golongan ini tidak menghormati
tokoh-tokoh ulama masa silam dan mudah melontarkan kata kejian terhadap ulama
Hadis Ahlus Sunnah.
Al-Albani
berkata: “Hadis apa pun yang datang daripada koleksi Imam Bukhari dan Imam
Muslim ada- lah sahih. Bukan kerana perawinya Imam Bukhari dan Imam Muslim,
tetapi kerana fakta Hadis-hadis itu memang sahih.” Kemudian al-Albani melakukan
sesuatu yang bertentangan dari kenyataannya iaitu mendaifkan sejumlah besar
Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Imam Muslim. Pada awalnya, beliau mengakui kebenaran tokoh-tokoh Hadis Ahlus Sunnah
itu, tetapi kemudian menafikan pula yang bertujuan
menimbulkan keraguan, kelemahan dan kesilapan supaya umat Islam merasa sangsi
dan tidak yakin dengan segala karya agung tokoh-tokoh Hadis itu.
Oleh itu, siapa yang akan
percaya perbuatan al-Albani dan tokoh-tokoh Wahabi yang lain yang mendakwa
diri mereka ahli Hadis dan merasakan lebih hebat daripada Imam Bukhari dan Imam
Muslim. Kita seharusnya bersikap sebagaimana sikap sebahagian pensyarah dari Universiti Ummul Qurra Makkah
dan sebahagian ulama pakar Hadis yang lain (di negara-negara Islam yang lain)
agar berhati-hati dan tidak langsung menerima, kecuali ada ulama Hadis Ahlus
Sunnah yang menerima status Hadis tersebut.
Dr. Said Agil al-Munawar dalam
sebuah rancangan televisyen swasta ketika ditanya tentang status hadis yang
dinilai oleh al-Albani. Beliau mengatakan: “Guru-guru (para masyaikh) saya
menasihati supaya berhati-hati dengan penilaian al-Albani terhadap Hadis kerana
ia bukanlah orang yang ahli dalam masalah ini.”
Ahli Hadis dari Maghribi, Imam
Syeikh Abdullah al-Ghumari menyatakan al-Albani tidak dapat dipertang gung
jawabkan dalam setiap penetapan nilai Hadis sama ada sahih atau sebaliknya.
Yang menghairankan apabila Syeikh Muhammad Yasin al-Fadami, seorang ulama di Makkah yang berketurunan Sumatera Barat mengatakan:
“Al-Albani adalah seorang yang sesat dan menyesatkan.”
3)
Abdullah bin Baz (1330 H.
– 1420 H.)
Nama lengkapnya ialah Abdul
Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin Muhammad bin Abdullah bin Bazz. Lahir di
Riyadh pada 12 Zulhijjah 1330 H. Beliau lebih dikenali sebagai Abdullah bin Baz
atau Bin Baz sahaja.
Beliau mula dilantik menjadi
kadi pada tahun 1357 H. dan menyandang jawatan tersebut hingga 1371 H. Pada
tahun 1372 H. beliau mula mengajar di Ma’had Ilmi di Riyadh, kemudian ke
Fakulti Syariah Riyadh mengajar Ilmu Fiqah, Tauhid dan Hadis, sejak didirikan
fakulti ini hingga ke tahun 1381 H. Pada tahun 1381 H., beliau dilantik menjadi
wakil rektor Jamiah Islamiyyah Madinah hingga tahun 1390 H. Selepas itu hingga
1395 H., beliau dilantik sebagai rektor Jami’ah Islamiyyah.
Beliau dilantik menjadi Mufti
Besar Arab Saudi dan Ketua Ikatan Ulama serta Ketua Idarah Buhuts Ilmiyah al
ifta’ setaraf kedudukan menteri pada 1395 H.
Sesungguhnya para ulama Wahabi
sentiasa mengagungkan nama ‘salafi’ sambil mempromosi slogan memerangi bid’ah
dan mengingatkan (ummah) daripada ahlul bid’ah. Senario ini menggambarkan
seolah-olah mereka lebih berilmu dibandingkan dengan para tokoh agama generasi Islam di zaman yang awal. Kandungan
kitab-kitab karangan Abdul Aziz bin Baz penuh dengan bantahan terhadap apa yang
mereka katakan ahlul ahwa’.
Diriwayatkan bagaimana seorang
ulama Ahlus Sunnah menyusun kitab tentang hukum memelihara janggut. Di dalamnya
dicatatkan pendapat Abu Hurairah r.a., Ibn Umar r.a. dan para sahabat yang lain tentang kebolehan memotong sebahagian
janggut jika panjangnya melebihi satu genggam. Sebaliknya, Ibn Baz meng- kritik
pandangan para sahabat dengan berkata:
“Walaupun ini pandangan Abu Hurairah dan Ibn Umar, sepatutnya yang didahulukan
adalah firman Allah dan sabda Rasulullah
s.a.w.” Ternyata inilah kebiasaan alasan para ulama Wahabi yang sentiasa
berhujah dengan memutar belit fakta. Di manakah slogan mereka yang sentiasa dicanangkan
dalam kalangan ummah “memahami al-Quran dan al-Sunnah menurut pemahaman para
sahabat, tabi’in dan al-salaf?”
Demikianlah para ulama Wahabi
yang sentiasa mengunggulkan pendapat sendiri ketika berhadapan dengan pendapat
atau pandangan para sahabat, tabi’in dan al-salaf dalam menjelaskan hukum
Syarak meskipun mereka sentiasa mencanangkan slogan diayah mereka, “kembali
kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah para sahabat” Adakah para ulama
Wahabi itu lebih mengetahui tentang
Hadis-hadis dibandingkan dengan para sahabat yang hidup bersama Nabi
s.a.w?
6. Ulama Wahabi
Bersekongkol Dengan Kezaliman Pemerintah
Pemerintah kaum Muslimin sebelumnya (yang diberontak dan diperangi oleh
gerakan Wahabi sehingga tertegaknya Dinasti Saudiyah) belum pernah menggadaikan
tanah suci kepada kaum kafir. Inilah realiti yang berlaku apabila ‘daulah
tauhid’ versi Wahabi menguasai Tanah Hijaz. Malah, para ulama Wahabi
sekadar menjadi ulama pengampu yang sentiasa mengeluarkan fatwa yang
menyokong segala dasar kerajaan monarki (Arab Saudi) bagi melaksanakan
sistem pemerintahan kuku besi ke atas rakyat dan memisahkan politik dari agama
atau sekadar berperanan untuk merealisasikan kehendak pemimpin kuku besi itu.
Kita hairan mengapa para tokoh
Wahabi yang mendakwa sebagai penerus manhaj al-salaf itu tidak
melaksanakan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah
khulafa al-rasyidin dalam pemilihan ketua kerajaan (pemerintah).
Sebaliknya, mereka sejak awal lagi menyokong dan bergading bahu dengan keluarga
Saud berjuang untuk mendirikan kerajaan monarki Arab Saudi.
Ternyata golongan Wahabi ini mengambil sunnah Hercules (Kaisar Rom) dan
Kisra (Raja Parsi) dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Arab
Saudi (bahkan menganggapnya sebagai Daulah Tauhid), sebagaimana ungkapan
Abdurrahman Ibn Abu Bakar (ketika memberi pendapat mengenai perlantikan
Muawiyah kepada Yazid sebagai pengganti khalifah) dengan katanya: “Ini adalah
sunnah Hercules (Kerajaan Rom) dan Kisra (Raja
Parsi).”
Dengan itu amalan sistem pemerintahan beraja atau warisan pusaka ini nyata bertentangan dengan Syariat Islam
kerana menafikan hak rakyat secara keseluruhan terhadap kuasa pemerintah atau
negara. Para ulama Wahabi pula hanya mampu berfatwa tentang hukum-hukum agama
(haram dan halal) yang hanya ditujukan ke atas rakyat semata-mata, tanpa mampu menyentuh atau mengkritik dasar
pemerintah meskipun ianya nyata bertentangan dengan Syariat Islam.
Seterusnya, hasil daripada tasawwur yang
salah terhadap din al-Islam ini
menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang berdasarkan tuntutan
agama yang sebenar. Malah, kehidupan mereka bercampur-baur dengan unsur-unsur
yang menyalahi ajaran Islam hinggakan sifat kehidupan jahiliah (penyelewengan
kuasa dan menzalimi rakyat) lebih menguasai mereka daripada hidup bercorak
keagamaan yang berteraskan akhlak Islam yang mulia, sehinggakan sebahagian para
pemimpin kerajaan monarki itu bersikap
lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ada perasaan dengki terhadap mereka
(rakyat), maka dia tidak akan mencium bau syurga.”
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengingatkan pegawai-pegawainya dengan
berkata:
“Wahai saudara, aku ingatkan kepadamu tentang keadaan
penghuni neraka yang tidak boleh tidur kerana kekal dalam penderitaan mereka.
Janganlah kamu berpaling dari kewajipanmu terhadap Allah dengan menunaikan hak
rakyat, sedang kamu mati dalam keadaan seperti itu tanpa boleh lagi berharap
pada rahmatNya.”
Para ulama Wahabi terpaksa
mengeluarkan fatwa menyokong kerajaan kerana tindakan pemerintah membenarkan
Amerika menubuhkan pengkalan tentera ketika perang Teluk pada awal 1990-an
untuk menyerang negara Islam Iraq. Fatwa inilah yang menjadi titik permulaan kejayaan
tentera Amerika menguasai negara-negara Islam Teluk dan seterusnya menakluki
negara Afghanistan dan Iraq. Persekongkolan ini adalah bertujuan memastikan
Amerika terus mempertahankan kerajaan beraja atau warisan pusaka Arab Saudi
selama-lamanya. Bagi pihak para ulama itu pula,
mereka sanggup menjadi ulama pengampu demi menjaga kepentingan diri yang
telah sekian lama ditaburkan oleh
pemerintah dengan hasil kemewahan minyak rakyat. Malahan mereka akan sentiasa mengeluarkan apa jua
fatwa untuk menyokong segala tindakan
pemerintah meskipun ianya bertentangan dengan Syariat Islam.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Bersegeralah
berbuat kebaikan, kerana akan datang fitnah yang menyerupai kegelapan malam.
Seseorang jadi Muslim pada pagi hari dan petang hari sudah menjadi kafir.
Petang hari jadi seorang Muslim dan pagi hari menjadi seorang kafir (semula).
Dia menjual agamanya dengan barang-barang dunia.”
(HR
Imam Muslim dan Abu Hurairah)
Inilah mazhab yang telah menguasai dakwah akidah (teori Tauhid Wahabi)
dan Syariat Islam (mengikut pentafsiran
Wahabisme) umat Islam sedunia masa kini disebabkan kuatnya pengaruh kerajaan Arab Saudi dalam
kalangan negara-negara Islam. Di samping itu, terdapat ramai para pelajar
aliran agama dari seluruh negara Islam yang menuntut di pusat pengajian tinggi
negara itu. Peluang ini telah digunakan oleh kerajaan Wahabisme untuk
merosakkan akidah dan pemikiran para pelajar berkenaan sehingga apabila tamat
pengajian mereka pulang ke negara masing-masing dengan membawa bersama fahaman
Wahabisme serta mengagungkan tokoh-tokoh Wahabi
dan melaksanakan diayah mereka (teori Tauhid Wahabi) sebagai “pembersihan
Islam dari pelbagai bid’ah dan khurafat” sejak 200 tahun lalu. Sebaliknya,
dakwah akidah Wahabi ini tidak dapat membaiki kepincangan dan kehancuran
seluruh bangsa Arab hingga ke hari ini.
Kebiasaannya para graduan ini apabila pulang ke negara masing-masing akan
berpeluang untuk menjadi para pegawai agama seperti mufti, kadi, ulama,
pendakwah, pendidik dan sebagainya
dengan berpaksikan tarbiyah akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi). Para
graduan yang belum matang ini tentulah
sangat kagum dengan Wahabisme seolah-olah nampak seperti suatu pemikiran
yang membawa tajdid dan islah mentaliti umat Islam, di samping
mengembalikan kemurnian akidah umat Islam (yang kononnya sebelum ini sudah
tersasar dari Akidah al-Quran yang sebenar).
Sebaliknya, tanpa disedari oleh para graduan ini bahawa mereka tidak
ditazkiyah dan ditarbiyah (aspek akidah) dengan ilmu dan amalan zikrullah
(Akidah al-Quran) sebagai aspek yang penting dalam pembersihan roh atau hati.
Individu yang tidak pernah menjalani tarbiyah
akidah menerusi berzikir mengingati
Allah dan bermujahadah memerangi nafsu ini memiliki hati yang mati
(kesesatan) dan sentiasa terbelenggu
dengan syaitan yang ada di dalam
dirinya. Maka syaitan-syaitan inilah yang akan bersama-sama dengan mereka dalam
kehidupan sebagai pemerintah atau pegawai ataupun ulama. Bahkan seluruh kehidupan individu itu seperti akidah, pemikiran, idea,
percakapan, berkeluarga, makan minum dan sebagainya dikendali- kan bersama dengan para syaitan.
Akibat daripada itu, timbullah pemerintah,
ulama-ulama, ilmuwan, ataupun pegawai-pegawai yang rasuah, pecah amanah, pengampu, penipu,
melakukan kezaliman serta lain-lain penyelewengan dalam masyarakat dan negara.
Para ulama dan ilmuwan Wahabi ini hanya
mempunyai ketajaman fikiran atau memiliki
pelbagai diploma ataupun ijazah dari pusat-pusat pengajian tinggi tetapi
akidah mereka tergelincir dari landasan Akidah al-Quran yang sebenar. Sudah
pasti ianya akan menimbulkan bahaya kepada umat Islam yang lebih dahsyat
daripada serangan Tartar ke atas kota Baghdad suatu ketika dahulu. Inilah yang
dimaksudkan di dalam ayat-ayat
Allah yang menjelaskan kesesatan
ummah yang mengabaikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah, dan mereka akan
sentiasa terjebak dalam perangkap syaitan dan
tiadalah yang lebih celaka, lebih parah dan paling rugi (sia-sia) segala
usahanya (amal ibadat) di atas muka bumi
iaitu mereka memiliki hati yang mati. Nas al-Quran berkaitan isu yang tersebut
seperti firman Allah:
فَوَيْلٌ
لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Maksudnya:
“Maka besarlah
kecelakaan (azab siksa) bagi mereka yang keras hatinya untuk berzikrullah.
Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata (memiliki hati yang mati).”
(Surah al - Zumar,
ayat: 22)
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً
فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Maksudnya:
“Dan barangsiapa
yang membelakangi berzikrullah kepada Tuhan yang Maha Pemurah, akan Kami
jadikan baginya syaitan yang akan menjadi rakan.”
(Surah al -
Zukhruf, ayat: 36)
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ
اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya:
“Syaitan telah
menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa berzikrullah, mereka itulah golongan
syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang
rugi.”
(Surah al -
Mujadalah, ayat: 19)
Allah SWT juga berfirman:
وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ
الْغَرُورُ
Maksudnya:
“Jangan (pula)
penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.”
(Surah Luqman,
ayat: 33)
Pemimpin merupakan orang yang mencorak dan membentuk, dan mendidik sikap
dan pemikiran rakyat. Sikap dan pemikiran yang dicorak dan dibentuk oleh
pemimpin itulah tercetusnya sikap dan tindak tanduk mereka. Pemimpin komunis
membentuk sikap dan pemikiran rakyatnya. Maka tercetuslah sikap dan
tindak-tanduk serta pembawaan rakyatnya sebagai komunis. Perompak mencorak dan
membentuk sikap, dan pemikiran pengikutnya
hingga lahirlah pasukan perompak. Begitulah kerajaan Wahabi, mereka mendidik
dan mencorak sikap dan pemikiran seluruh rakyatnya sebagai Wahabisme (akidah
berasaskan teori Tauhid Wahabi).
Sayyidina Ali r.a. mengingatkan dengan katanya:
“Yang benar (haq) tanpa penyusunan akan dikalahkan oleh
kebatilan yang tersusun.”
Dengan kata-kata lain, untuk membawa umat Islam memiliki kesempurnaan
akidah (darjat ihsan)
dan bertaqwa, serta mampu pula
benar-benar mengamalkan Syariat Islam, maka perlu pemimpin yang mampu
mencorakkan hati ummah menerusi berzikir mengingati Allah (memiliki “rahsia kekuatan ummah”). Dengan itu
tercorak dan terbentuknya ummah yang sentiasa hampir kepada rahmat dan
pertolongan Allah, dan terbinalah
keperibadian mukmin yang sebenarnya yang akan jelas tertonjol dari dirinya,
rumahtangga, masyarakat dan diiringi pula bakal lahir tamadun Islam.
7. Mazhab Wahabi atau Jemaah Salafi?
Pada kurun ke 14 H., ketika mazhab Wahabi sedang berkembang, mereka mula
mengubah nama mazhab baharu ini kepada jemaah Salafi. Ternyata golongan ini
lebih suka menggelarkan diri mereka sebagai jemaah Salafi berbanding dengan panggilan mazhab Wahabi
untuk menutup topengnya sebagai mazhab
yang baharu muncul di dalam Islam. Nama Wahabi itu seolah-olah sesuatu
yang tercela kerana umat Islam sudah mengetahui
mengenai misi mereka yang sebenarnya dan terpaksa menggunakan nama baru untuk
melanjutkan kesinambungan mazhab itu. Ajaran mazhab ini dianggapkan oleh para
pengikutnya sebagai ajaran yang tulus seperti golongan al-salaf tanpa mempunyai nama khusus sebagai satu
mazhab.
Nama jemaah Salafi bermula dan
dipopularkan oleh tokoh Wahabi, Nashiruddin al-Albani (meninggal 2 Oktober
1999/ 1420 H. Sebutan ‘salafi’ buat pertama kalinya keluar
dari mulut al-Albani ketika beliau berdialog dengan salah seorang pengi- kutnya
yang bernama Abdul Halim Abu Syuqqah (Majalah al-Sunah 06/N/1420: hal.
20-25). Menurut beliau, dakwah
Salafi adalah dakwah yang sesuai dengan apa-apa yang Nabi s.a.w. lakukan. Para
sahabat r.a. mula menyembah Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan beramal
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dalam beribadat. Pernyataan ini adalah
bertujuan untuk menjelaskan kepada umat Islam bahawa mazhab baharu ini tidak
mengikuti para imam mujtahid yang muktabar (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam
Syafi’i dan Imam Hanbali) dan mereka sentiasa menghina ijtihad para
ulama itu.
Jika tidak mempunyai sanad kaedah
Fiqah, dari manakah mereka (kaum Wahabi) memperolehi pegangan ilmu agama
mereka? Adakah dari celah pohon kurma? Atau adakah pengasas mazhab ini dan para
tokohnya yang muncul dalam tempoh 200 tahun lalu lebih mengetahui tentang ilmu dan kefahaman
agama lebih baik daripada pendapat kaum khalaf
yang lebih hampir dengan
zaman para sahabat? Kajian membuktikan
bahawa banyak bidang ilmu dan kefahaman agama mazhab Wahabi yang terhenti pada
Muhammad bin Abdul Wahab. Kadangkala terkait dengan fahaman Ibn Taimiyyah dan
Ibn Qayyim. Malah, adakalanya pegangan mereka menyalahi Ibn Taimiyyah dan Ibn
Qayyim. Oleh itu, seseorang Islam yang mahu mendapatkan ilmu dan kefahaman
Islam yang tulen atau sunnah Nabi s.a.w. yang tulen tidak ada jalan lain
kecuali mesti menerima pendapat atau ijtihad para imam mujtahid kerana zaman para imam ini lebih hampir dengan zaman
para sahabat dan terbukti mereka mempunyai metode usul Fiqah yang lebih unggul
Jika benar manhaj Wahabi ini adalah jemaah Salafi yang mengikuti al-salaf,
mengapa mereka patuh kepada ijtihad atau pendapat Muhammad bin Abdul
Wahab (meninggal 1206 H.) semata-mata. Beliau
tidak dilahirkan pada zaman generasi umat Islam yang awal (kurun
al-salaf atau tiga generasi Islam pertama).
Siapakah yang “salafi” dalam erti kata al-salaf? Malah, Ibn Taimiyyah sendiri
tidak pernah menggunakan istilah ‘jemaah Salafi’ untuk menyebut dan
mendefinisikan pergerakan atau mazhab ataupun para pengikutnya. Oleh itu, dalam
urusan agama yang sudah jelas, kita tidak boleh berkreatif atau berinovasi
dengan pelbagai istilah kerana bentuk dakwah ini akan menimbulkan kecelaruan di
kalangan ummah. Malahan teori murni yang dianggapkan memperbaiki dan menyatukan
ummah itu, ternyata menjadi pemecah-belah umat Islam hari ini.
Dakwah jemaah Salafi (versi Wahabi) ini hanyalah berdasarkan kepada
idea-idea atau ijtihad-ijtihad ataupun pendapat-pendapat para ulama
di dalam mazhab ini semata-mata. Mereka
mengwarwarkan slogan dakwah kepada ummah, ‘kembali kepada ajaran al-Quran dan
al-Sunnah’ iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta. Apa yang disepakati oleh
para ulama Ahlus Sunnah tentang golongan
al-salaf adalah para sahabat r.a., tabi’in dan tabi’ut tabi’in, dan tidak ada
penggunaan istilah ‘salafi’. Malah, istilah atau julukan “jemaah Salafi” yang
diciptakan oleh para tokoh Wahabi itu merupakan perbuatan yang direka-reka atau
bid’ah. Sebahagian ulama Ahlus Sunnah beranggapan bahawa ia adalah ungkapan
atau pengakuan atau penamaan diri ataupun kelompok yang bercampur aduk serta membingungkan.
Para ulama Wahabi sentiasa mempersoalkan umat Islam yang menjadi pengikut
Imam Abu Hanifah (w. 149 H.) atau Imam Malik (w. 179 H.) atau Imam Syafi’i (w. 204 H.) ataupun Imam Ahmad bin Hanbal (w. 240 H.) kerana
berbeza ijtihad dalam bidang Fiqah. Di samping itu, para imam itu tidak pernah mengaku “salafi”
walaupun dilahirkan pada kurun al-salaf.
Sebaliknya, para ulama Wahabi menganggap tahap keilmuan mereka dalam
pelbagai bidang agama lebih unggul daripada ulama muktabar itu walaupun mereka
muncul lebih 1000 tahun kemudian dari zaman para mujtahid itu. Umat Islam terus dikaburi oleh puak Wahabi
seolah-olah merekalah pelopor golongan al-salaf dengan mengibarkan istilah
“jemaah Salafi”.
Belum ditemui satu pun riwayat yang sahih yang menunjukkan bahawa ada imam mujtahid
(Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, Ahmad
Hanbali) dan lain-lain yang menyebut diri dan pengikut mereka sebagai “jemaah
Salafi”. Begitu juga para imam ahli Hadis seperti Imam Bukhari. Imam Muslim,
Imam Abu Dawud, Imam al-Tirmizi dan lain-lain. Zaman para mujtahid ini hampir
dengan zaman para sahabat dan terbukti mereka mempunyai metode usul Fiqah yang
lebih unggul. Dengan metode itu, mereka berijtihad dan melakukan istinbath
(usaha penetapan hukum) untuk menjawab segala permalahan umat pada masa itu
sehingga umat Islam terikat dengan hukum syarak, dan menjaga ketulenan ilmu dan
kefahaman agama dalam menegakkan agama Allah. Mereka ialah tokoh agama dan
ulama besar yang memiliki kesempurnaan
hati atau Akidah Islam yang sebenar dan
sifat taqwa yang amat takut kepada Allah S.W.T. Takut mengeluarkan fatwa yang
bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Kebenaran itu hanyalah milik Allah
bukan milik satu golongan. Bahkan para imam mazhab fiqah tidak pernah
mendakwa diri (mazhab) merekalah yang paling benar. Berikut adalah pernyataan
para imam tersebut tentang ijtihad yang mereka lakukan:
Imam Abu Hanifah: “Jika suatu hadis adalah sahih, itulah mazhabku! Tidak
halal bagi seseorang mengikut perkataan kami apabila dia tidak tahu dari mana
kami mengambil sumbernya.”
Imam Malik: “Saya hanyalah seorang manusia, kadang-kadang salah dan
kadang-kadang betul. Oleh sebab itu, telitilah pendapatku. Apabila sesuai
dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ambillah. Apabila tidak sesuai dengan
al-Quran dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah.”
Imam Syafi’i: “Apabila kamu menemui dalam kitabku sesuatu yang berlainan
dengan hadis Rasulullah s.a.w., maka peganglah hadis itu dan tinggalkanlah
pendapatku itu.”
Imam Ahmad bin Hanbal: “Janganlah engkau taklid kepadaku atau Malik atau
Syafi’i atau Auza’i ataupun T’sauri, tetapi ambillah daripada sumber mereka
ambil.”
Al-Albani juga menganggap bahawa pengikut-pengikut mazhab lain sentiasa
berbangga dan selalu menisbahkan diri mereka dengan mazhab yang dipegang
seperti pengikut mazhab Fiqah yang muktabar, dan pegangan mereka ini adalah
bersandar kepada peribadi-peribadi yang tidak maksum dan bukan al-salaf.
Sebaliknya, tanpa disedari mereka (pengikut Wahabi) bahawa mazhab (Wahabi) ini juga tidak bersandar
kepada tokoh-tokoh yang maksum atau dari golongan al-salaf. Mengapa penisbatan
kepada orang yang tidak maksum dalam mazhab itu tidak diingkari. Jelaslah
bahawa empat mazhab Fiqah yang utama itulah sebenarnya pemegang kepada warisan
ilmu dan kefahaman agama al-salaf dan bukannya mazhab (Wahabi) itu yang
mengikut pendapat yang diketengahkan
oleh Ibn Taimiyyah atau Ibn Qayyim atau Muhammad bin Abdul Wahab atau Abdullah
bin Baz ataupun Nasiruddin al-Albani yang muncul lebih 1,000 tahun selepas zaman al-salaf. Malahan dalam banyak ijtihad yang dilakukan, para ulama Wahabi ini lebih mengunggulkan
pendapat sendiri berbanding ijtihad al-salaf.
Di samping itu, para ulama mazhab Wahabi selalu menisbahkan ilmu Fiqah
mereka kepada mazhab Hanbali, meskipun mereka menyatakan bahawa tidak menerima
taklid mazhab bahkan sering menghina orang yang bertaklid kepada mazhab
itu sebagai tidak berilmu. Terlalu sukar bagi pengikut mazhab Wahabi untuk
menerima ijtihad golongan ulama mazhab lain yang berbeza pendapat dengan
mereka. Ini adalah kerana keyakinan mereka yang berpegang bahawa kebenaran
hanya satu, dan mazhab Wahabi adalah pemiliknya. Mereka ialah golongan yang
paling sesuai dengan al-Sunnah; yang paling benar, selamat dan ahli syurga.
Para tokoh Wahabi sahaja yang dianggap mujtahid dan memiliki ilmu yang paling
benar dan yang boleh melakukan ijtihad. Manakala ijtihad dan
pendapat ulama mazhab lain bukan sahaja salah bahkan dianggap batil dan
menyesatkan.
Kesimpulannya, sesuatu amalan yang terhasil daripada ijtihad tidak
boleh dibatalkan oleh suatu ijtihad yang lain. Tambahan lagi, dalam
menangani isu ijtihad seseorang tidak berhak mewajibkan orang lain
berpegang dengan ijtihadnya serta menghalang mereka daripada menerima ijtihad
pihak lain. Hal ini kerana semua bukti yang dikemukakan oleh pihak berkenaan adalah tidak bersifat qat‘i
al-dilalah, iaitu dalil yang dijadikan bukti itu mendukung satu makna tepat
sebagaimana dimaksudkan, yang tidak boleh ditakwil untuk menerangkan makna
lain. Dengan kata lain, pandangan kedua pihak boleh diterima pakai kerana hujah
yang diketengahkan oleh setiap pihak masih berada dalam ruang lingkup iltizam
dengan al-Quran dan al-Sunnah Nabi s.a.w. Bukan menjadi suatu pekara besar jika
terdapat pihak menyokong satu pandangan yang bertentangan dengan pihak lain,
selama mana setiap pihak mengambil sikap menghormati pandangan serta hujahan
pihak lawannya. Walau bagaimanapun, sikap menghukum pihak lain sebagai bid’ah,
fasiq, syirik, kufur atau sesat dalam pekara khilaf telah mengeluarkan pelakunya dari ruang
lingkup iltizam dengan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.
8. Akidah
Wahabi Yang Menyimpang
Konsep tauhid (keesaan Allah) mazhab Wahabi yang berpegang dengan teori
Tauhid Wahabi iaitu tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan tauhid Asma’ Wa
al-Sifat adalah diasaskan oleh kajian
yang mendalam terhadap pengertian
pengesaan pada hak Allah yang terkandung
dalam kalimah syahadah (mendefinasikan
Rabb) dan sifat-sifat Allah (ayat-ayat Mutasyabihat) yang dianggapkan
sebagai modenisasi teori Tauhid Wahabi. Pemahaman teori Tauhid ini
dianjurkan dalam kalangan pengikut mazhab ini untuk mencapai kesempurnaan akidah dan diistilahkan sebagai memiliki prinsip Akidah Islam.
Tanpa mereka (golongan Wahabi) sedari bahawa pembahagian tauhid kepada tiga
bahagian seperti itu sama sekali tidak disyariatkan dalam Islam apatah
lagi untuk meyakini amalan tersebut telah diamalkan dan diajarkan oleh Nabi
s.a.w., atau ijtihad dari kalangan
al-salaf ataupun kaum khalaf, malah tiada dalil Syarak membuktikan
bahawa pemahaman teori Tauhid
Wahabi merupakan wasilah untuk mencapai kesempurnaan akidah
atau sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam. Para ulama Wahabi dan pengikut
mereka di negara Islam sedunia terus
menyebarkan ilmu Akidah reka
cipta ini kepada ummah bahawa tauhid Rububiyyah merupakan tauhid yang diakui
oleh umat Islam dan orang kafir. Sebaliknya, tauhid Uluhiyyah pula menjadi pembeza antara Islam dengan kufur.
Aliran atau mazhab baharu ini menganjurkan setiap umat Islam mesti membezakan
antara kedua-dua jenis tauhid ini dan mereka menetapkan bahawa orang kafir
tidak mengingkari Allah sebagai Pencipta, Pemberi rezeki dan Pengatur segala
urusan. Pembahagian tauhid ini adalah
pendapat ekstrim dari kaum Musyabbihah terutama pengikut mereka dewasa
kini. Mereka mengaku bahawa misi mazhab baharu ini adalah untuk membenteras
bid’ah, namun sebenarnya mereka adalah orang yang membawa bid’ah.
Tujuan utama kaum Musyabbihah ini membahagikan tauhid kepada tiga
bahagian adalah tidak lain hanyalah untuk mengkafirkan orang-orang Islam yang
melakukan tawassul dengan Nabi s.a.w. atau dengan orang-orang mukmin yang
soleh. Orang-orang yang melakukan tawassul seperti itu dianggap tidak
mentauhidkan Allah dari segi tauhid
Uluhiyyah. Begitu juga tauhid Asma’ Wa al-Sifat adalah bertujuan untuk
mengkafirkan orang Islam yang melakukan takwil terhadap ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang tersirat dan tidak jelas maksudnya, dan memerlukan
takwil) yang dianggap sebagai mengingkari sifat-sifat Allah. Hakikatnya, seluruh
bentuk dakwah mereka merupakan usaha yang semata-mata didorong oleh buruk
sangka, tuduhan liar dan kejahilan mereka sendiri. Mereka memusuhi dan menjadi
mangsa buruk sangka dan kejahilan sendiri.
Kaum Wahabi ini merupakan golongan yang gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membincangkan perihal istiwa
Allah SWT, tangan Allah, di mana Allah dan lain-lain ayat mutasyabihat, lantas
memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mentakwil
ayat-ayat ini. Akhirnya, mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah
(yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (yang menyatakan
Allah itu menyerupai makhluk).
Mereka mempercayai bahawa Allah
mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Tuhan Maha Pencipta
mempunyai anggota tubuh, dan mendakwa Allah
berada di atas arasy dan langit. Mereka mendakwa mengikut manhaj al-salaf pada aspek akidah dan fiqah walaupun
pada hakikatnya mereka amat jauh dan berbeza sama sekali, dan tidak
memahaminya. Dengan berhujah dan menghuraikan sifat-sifat Allah berdasarkan
ayat mutasyabihat bertujuan
menimbulkan keyakinan akal dalam mengesakan Allah S.W.T., tanpa
menyedari jerat-jerat syaitan dalam diri
untuk menyesatkan mereka (was-was syaitan) menerusi hujah-hujah dan debat yang
tercela itu.
Ternyata hujah-hujah atau perbincangan manusia dengan dirinya sendiri atau
dengan orang lain mengenai pengertian Rabb dan sifat-sifatNya sebenarnya adalah menurut jejak langkah
syaitan yang akan menimbulkan di dalam dirinya kegemaran bertelagah dan
mengadakan pemikiran yang sesat di dalam akalnya sehingga timbul kekeliruan
(was-was syaitan). Kajian yang mendalam terhadap pengertian Rabb (kalimah
syahadah) dan ayat mutasyabihat
berkaitan dengan sifat-sifat Allah
tidak pernah berlaku dalam
kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal dan golongan al-salaf
mengutuk hujah-hujah atau debat yang tercela itu, iaitu ilmu yang tidak memberi
manfaat kepada aspek rohani (hati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman
Allah yang bermaksud:
“Daripada
kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersem- bunyi.”
(Surah al-Nas,
ayat: 4)
Allah S.W.T. juga berfirman yang bermaksud:
“Dalam hati
mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa
yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah,
ayat:10)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Berbahagialah
orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.”
(Surah al-Shamsy,
ayat: 9-10 )
Imam al-Ghazali menegaskan bahawa apa yang terhasil (hujah-hujah dan debat)
dari kedua sumber (al-Quran dan Hadis-hadis) itu merupakan mujadalah (debat)
yang tercela dan ianya adalah bid’ah.
Maka kekeliruan yang terhasil dari perselisihan di antara puak-puak (pelbagai
mazhab golongan ahli zahir) yang berlarutan dengan menukilkan pelbagai hujah
(ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi) itu hanyalah palsu dan khayal (ilmu yang
tidak memberi manfaat) iaitu tidak dapat mencapai khusyuk hati terhadap Allah.
Ianya dipandang rendah martabatnya sekadar untuk diperdengarkan dan kajian yang
dilakukan tidak ada kaitan dengan agama.
Nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang
yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga akan menjamin rumah di
tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bergurau.
Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang
berakhlak baik.”
(HR Abu Daud)
Hakikatnya, Allah S.W.T. adalah Maha
Suci dari sebarang gambaran dan khayalan, tetapi dengannya (pemahaman teori
Tauhid Wahabi), mereka telah menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas syaitan yang
dijelmakan dari hujah-hujah dan debat yang tercela) dan inilah yang dikatakan
tasawwur akidah jahiliah. Oleh kerana golongan Wahabi ini sentaisa lalai
berzikir mengingati Allah, maka mereka
tidak akan mampu untuk menjauhi waswas syaitan atau lintasan-lintasan jahat
pada hati. Mereka terus leka dengan pelbagai slogan akidah yang tidak
memberi apa-apa manfaat kepada aspek rohaniah atau sekadar ilmu yang berpaut
pada akal atau hafalan semata-mata. Adalah menjadi dosa besar atau kufur
perbuatan menggambarkan atau mengkhayalkanNya dalam bentuk apapun (waswas
syaitan), sebagaimana yang disebut Allah S.W.T. di dalam firmanNya yang
bermaksud:
“Tiada sesuatu pun yang
menyerupaiNya (daripada aspek ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya). Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah al-Syura, ayat: 11)
Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Maka
janganlah kamu menyamakan Allah.”
(Surah al-Nahl, ayat: 74)
FirmanNya lagi yang
bermaksud:
“Dan
tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu.”
(Surah
al-Ikhlas, ayat: 4)
Menurut Imam Abu Hanifah (w. 149H.) seperti yang
diriwayatkan oleh Mulla Ali Qari yang bermazhab Hanafi dalam Syarah Fiqh
al-Akbar hal. 215 dan 271-272 telah meninggalkan pesanan yang cukup
bernilai dalam aspek akidah umat Islam:
Beliau telah mengingatkan seluruh umat Islam sejak 500 tahun lebih awal sebelum
munculnya Ibn Taimiyyah (w. 728 H.) tentang bahayanya pengaruh golongan yang
gemar berhujah dan menghuraikan sifat-sifat Allah berdasarkan ayat mutasyabihat sebagai sumber akidah tanpa takwil,
dengan katanya:
“Sesiapa yang menetapkan
bahawa Allah S.W.T. itu bertempat, berbentuk, berpenjuru maka dia pasti kafir.”
Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Tuhan Yang
Maha Pemurah, bersemayam di atas Arasy (sebagaimana layak bagi Zat-Nya).”
(Surah Ta-ha, ayat: 5)
Berdasarkan ayat tersebut di atas, Allah bersemayam (istiwa’) di
atas Arasy. Bahkan di dalam al-Quran terdapat ayat yang serupa dalam
surah-surah yang lain seperti al-‘Araf (ayat: 54), Yunus (ayat: 3) al-Ra’du
(ayat: 2), al-Furqan (ayat: 59), al-Sajadah (ayat: 4) dan al-Hadid (ayat: 44).
Ayat tersebut termasuk dalam ayat-ayat mutasyabihat yang dapat kita faham lafaz zahirnya
seolah-olah menggambarkan wajah Allah, tangan Allah, mata Allah yang menyerupai
makhluk.
Golongan al-salaf berpendapat bahawa yang berhak dan tahu mentakwilkan atau
mentafsirkan ayat-ayat mutasyabihat ialah Allah S.W.T. sahaja. Ini
bermakna mereka mentafwidkan atau menyerahkan kepada Allah hakikat
sebenar yang dikehendaki oleh ayat-ayat tersebut tanpa melakukan sebarang
takwil. Menurut mereka, istiwa’ Allah diyakini tanpa perlu ditafsirkan
maknanya. Makna sebenar istiwa’ tidak perlulah kita tercari-cari dan
tertanya-tanya serta dipertikaikan kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi
s.a.w. dan para sahabat r.a. Imam Malik apabila ditanya tentang ayat tersebut,
beliau menjawab: “Tentang istiwa’ telah diketahui kerana Allah sendiri
menceritakannya. Namun, bagaimana Allah beristiwa’ adalah majhul (tidak
diketahui) kerana Allah tidak menceritakannya secara terperinci. Sesiapa yang
bertanya tentangnya, menyibukkan diri menyelidikinya, maka dia melakukan bid’ah
kerana tidak pernah dilakukan Nabi
s.a.w. dan para sahabat r.a.”
Jawapan Iman Malik ini telah memberikan gambaran kepada kita mengenai
pandangan ahli salaf terhadap pekara ini secara jelas.
Menurut Imam Ibn Katsir dalam tafsir beliau: “Ahli salaf menerima ayat
Mutasyabihat sebagaimana ia datang (yakni dengan membacanya sahaja) tanpa takyif
(menggambarkan bagaimana Allah
beristiwa’), tanpa tamsil (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta’til
(menolak ayat atau menolak sifat Allah yang dinyatakan dalam ayat). Namun,
makna zahir ayat sepertimana yang tercetus di dalam pemikiran golongan Musyabbihin
(golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) hendaklah dinafikan makna
tersebut kerana Allah S.W.T. tidak menyerupai mana-mana makhluk.”
(Tafsir Imam Ibn
Katsir: Surah al-‘Araf, ayat: 54)
Begitulah pendekatan ayat Mutasyabihat yang dikemukakan oleh golongan al-salaf
bertujuan menjamin kefahaman umat Islam daripada sebarang penyelewengan.
Menurut ahli Khalaf, makna zahir istiwa’ ialah istaqarra dan a’la
iaitu menetap di atas sesuatu atau meninggi di atas sesuatu. Makna ini jika
menurut ahli Khalaf seolah-olah Allah itu bertempat dan berarah seperti makhluk. Maka, hendaklah
digunakan makna majaz yang
menunjukkan perumpamaan atau makna yang tersirat iaitu malika yang
bermaksud menguasai, memiliki yakni Allah Ar-Rahman memiliki dan menguasai
ArasyNya dan bukanlah Allah itu bertempat atau berarah.
Imam Ja’far as-Shidiq
berkata: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada mana-mana
tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telah
pun syirik...”
(Risalah
Al-Qusyairiyah: 6)
Imam As-Syafi’i berkata: “Allah
Ta’ala wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap
dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk.
Tidak layak Allah Ta’ala berubah sifatNya atau zatNya.”
(Ittihaf Saadah
al-Muttaqin: 2/24).
Imam Ahmad Hanbal
seperti yang dinukilkan oleh Abu Al-Fadhl At-Tamimi bahawa beliau berkata tentang makna istiwa’:
"Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. Allah Ta’ala sentiasa Maha
Tinggi dan Maha Agung (darjatNya) sebelum Dia menciptakan Arasy. Dia di atas
setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukanNya) daripada setiap sesuatu. Tidak
boleh seseorang berkata bahawasanya, istiwa’ itu zat Allah Ta’ala menyentuh
Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah Ta’ala daripadanya (bertempat
tersebut) setinggi-tinggiNya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi
dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy
tersebut"
(Risalah at-Tamimi:
2/265-290)
Kata beliau lagi:
“Sesiapa yang mengatakan Allah
berjisim, maka dia telah kafir. Begitu juga kafirlah orang yang mengatakan
Allah itu berjisim tetapi tak serupa dengan jisim-jisim.”
Imam Ibn Hibban berkata:
“Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai sebarang batasan
yang membatasinya lalu meliputinya, dan tiada bagiNya masa yang terbatas yang
akan menyebabkan Dia fana, tiada tempat yang dapat meliputiNya, dan tiada
termasuk dalam lingkaran masa”
(As-Siqaat:
1/1)
Imam al-Kalabazi (w. 385 H.) berkata:
“Telah diijma’ dalam kalangan sufi bahawasanya Allah
S.W.T. itu tidak bertempat dan tidak dilingkari oleh masa.”
(At-Ta’arruf:
33)
Demikianlah beberapa perkataan para ulama Ahlus Sunnah
dari kalangan al-salaf sendiri yang menyucikan Allah S.W.T. dari sebarang
tempat dan jisim. Semoga kita dapat mengikut jejak para al-salaf dalam menyucikan
Allah S.W.T. daripada sebarang kekurangan termasuklah daripada sifat-sifat
kejisiman dan tempat.
Umumnya, golongan Wahabi ini tidak mahu menerima hakikat bahawa akal adalah
alat kehambaan dan ia tidak mampu untuk mengkaji dan meneliti “Zat Ketuhanan”.
Satu pekara yang perlu difahami oleh setiap Muslim dalam hal ini ialah tiada
sesiapa pun sama ada dalam kalangan malaikat, jin dan manusia mahupun makhluk
yang lain, dapat memperoleh dan memahami hakikat wujud Zat dan sifat-sifat
Allah S.W.T. Hal demikian kerana antara sifat ketuhanan Allah S.W.T. adalah
tidak menyerupai makhluk dalam semua aspek kejadian sama ada dari aspek zat,
sifat dan juga perbuatan. Sekiranya wujud persamaan antara Allah dan makhluk
dalam salah satu daripada aspek-aspek tersebut, maka hal itu telah menafikan
sifat tidak menyerupai makhluk yang menjadi salah satu sifat wajib dimiliki
Allah.
Segala hujah-hujah dan debat yang tercela itu hanyalah sekadar ilmu yang
berpaut pada akal atau hafalan semata-mata yang tidak mampu menjangkau atau
mencerap alam rohaniah (alam malakut) dan akan sentiasa muncul pelbagai
persoalan yang tiada kesudahan (waswas syaitan dalam diri), dan sentiasa
memerlukan penghuraian yang mendalam (hujah-hujah dan debat yang tercela)
bertujuan mengisbatkan wujudnya Allah S.W.T. Malahan tanpa mereka sedari bahawa
sifat-sifat Allah dan af’alNya itu tidak
pernah diperdebatkan atau dibahaskan oleh generasi umat Islam di zaman yang
awal itu.
Mereka (golongan Wahabi) hanya
seperti tubuh kaku yang
tidak bernyawa akibat roh
kekuatan agama (berzikir mengingati Allah)
tidak diketahui dan dianggapkan tidak ada hubung kait dengan pencapaian
kesempurnaan akidah. Apabila manusia sudah tidak bernyawa maka ia dipanggil
mayat, iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah, dalam tempoh yang
sangat singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian
juga umat Islam yang terpisah dari amalan rohani Islam (berzikir mengingati
Allah terus menerus) dan alam ghaib (alam
malakut) sama seperti jasad tiada roh (hati yang mati).
Dalam sebuah Hadis baginda menjelaskan kebatilan teori Tauhid Wahabi dengan
sabdanya yang bermaksud:
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka
bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (llah) yang berhak disembah kecuali Allah dan
bahawa saya adalah utusan Allah. Jika mereka melakukan sedemikian maka
terpelihara dariku darah-darah mereka dan harta-harta mereka kecuali kerana
hak.”
(HR
Imam Bukhari)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w tidak membahagikan tauhid
kepada tiga bahagian dan baginda tidak menetapkan seseorang yang mengucapkan “La
Illaha Illallah” sahaja adalah tidak
memadai untuk dihukumi memeluk Islam, bahkan mesti mengucapkan “La Rabba
Illallah”. Oleh itu, maksud sebenar hadis di atas bahawa seseorang dengan
hanya bersaksi dengan “La Illaha Ilallah” dan bersaksi bahawa Nabi
s.a.w. adalah utusan Allah maka sahlah orang tersebut telah menganut agama
Islam. Penyaksian dan pengakuan seseorang terhadap keesaan Allah SWT dalam
ucapan kalimah syahadah merupakan suatu penyaksian tauhid sebenar kepada Allah
yang menafikan sebarang bentuk perkongsian dan penyekutuan dengan selainNya.
Hakikatnya, dakwah mentauhidkan Allah (syiar Akidah Islam) yang disebarkan oleh
Nabi s.a.w. adalah mudah dan ringkas
untuk difahami dan dilaksanakan oleh para sahabat r.a. dan generasi umat Islam
di zaman yang awal itu seperti yang diperintahkan Allah (pengakuan dan penyaksian tauhid). Malahan
terbukti baginda dan para sahabat telah berjaya
menyebarkan syiar Islam dengan begitu pantas dan mudah.
Jelas sekali syiar Islam yang sebenar bahawa
kalimah syahadah merupakan ikrar dan pengakuan tauhid seseorang kepada Allah
S.W.T. yang tidak boleh dikongsi oleh
orang-orang bukan Islam. Malah, menjadi suatu kemestian mengisbatkan
bahawa lafaz Allah sebagai kata nama khas bagi Zat Allah dan bukan kata
nama terbitan. Maksudnya, setiap perkara selain Allah tidak harus diberi nama Allah
kerana lafaz Allah itu sendiri adalah merujuk zat Allah dan segala sifat
kesempurnaanNya yang mustahil dikongsi oleh lainNya. Oleh itu, apabila
seseorang hendak memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w., baginda tidak pernah
menyuruh mereka supaya memahami maksud tauhid yang terbahagi kepada dua
bahagian, dan baginda tidak pernah
mengingatkan bahawa mereka tidak akan
menjadi Muslim sehingga membuat penyaksian dan pengakuan dengan tauhid Uluhiyyah (selain tauhid
Rububiyyah). Begitu juga golongan al-salaf yang tidak pernah mengingkari
penyaksian dan pengakuan seseorang terhadap keesaan Allah S.W.T. dalam ucapan
kalimah syahadah dan ini merupakan suatu penyaksian tauhid sebenar kepada
Allah.
Allah S.W.T. berfirman:
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ال
Maksudnya:
“Dan jika engkau bertanya kepada
mereka (orang kafir) siapakah yang menciptakan seluruh lapisan langit dan bumi?
Maka mereka benar-benar akan menjawab: “Allah”
Surah Luqman, ayat: 25)
Kenyataan golongan Wahabi berdasarkan ayat
al-Quran di atas bahawa orang kafir dan
orang Musyrikin sama dengan orang Muslim dalam tauhid Rububiyyah adalah batil
semata-mata. Lafaz Allah itu dipakai oleh orang Arab adalah secara isti’arah
(pinjaman) untuk tuhan-tuhan sembahan mereka selain Allah. Akal mereka tidak
mampu mencapai hakikat ketuhanan Allah, bahkan tidak kuat menerimanya sehingga
menjadikan mereka terpegun kehairanan. Ucapan menyebut lafaz Allah yang
dilakukan oleh seseorang bukan Islam walaupun mengulang-ulang lafaz (Allah)
itu sejuta kali tidak menjadikannya beriman. Oleh itu, tidak memadai menyebut
lafaz Allah sahaja kerana ianya
tidak difahami (merujuk zat Allah dan segala sifat kesem-
purnaanNya) dan mereka adalah golongan
yang ingkar kepada perintah Allah dan rasulNya (golongan bukan Islam).
Allah S.W.T.
juga berfirman yang bermaksud:
“Dan
sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik)
itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab:
“Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur
disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak
memahami (hakikat akidah dan pengertian syirik).”
(Surah
al-‘Ankabut, ayat: 63)
FirmanNya
lagi yang bermaksud:
“Dan
sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik)
itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab:
“Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya
daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?”
(Surah
al-‘Ankabut, ayat: 61)
Allah S.W.T.
juga berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah
kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka
nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah
Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada
Tuhan merekalah kembalinya mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang
dahulu mereka kerjakan.”
(Surah
al-An’am, ayat: 108)
Nas al-Quran di atas secara jelas menunjukkan
sembahan-sembahan orang kafir itu ternyata bukan Allah dan pengakuan mereka itu
hanyalah sekadar isti’arah (pinjaman). Oleh itu, pemakaian lafaz Allah
kepada tuhan-tuhan yang disembah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab
itu adalah tidak membatalkan status asalnya sebagai nama khas yang hanya
tertentu untuk Zat Allah dan segala sifat kesempurnaanNya yang mustahil
dikongsi oleh lainNya. Malah, lafaz yang
mulia itu merangkumi makna yang sangat
mendalam bagi orang Islam iaitu mendukung nama ta’zim (keagungan) yang
diertikan sebagai Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kebesaran sehingga
menjadikan makhluk lemah untuk mengenali hakikat kesempurnaanNya. Dari sudut
lain, pengakuan orang-orang kafir bahawa
Allah sebagai Pencipta langit dan bumi merupakan pengakuan di lidah semata-mata
tanpa selaras dengan kesempurnaan akidah (hati). Di samping itu, mereka (orang
kafir) berkata demikian kerana terdesak dan
tidak memiliki apa-apa jawapan pun untuk membantah dalil-dalil yang kuat
dan nyata (bahawa hanya Allah yang berhak disembah), dan mereka adalah golongan
yang tidak mengenal Allah. Mereka juga mensyirikkanNya kerana menyembah tuhan
yang selain Allah.
Allah SWT
juga berfirman:
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن
قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ
وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:
“Berkata orang-orang Arab Badwi:
Kami telah beriman: Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: Kami
telah Islam (tunduk) dan belumlah masuk keimanan dalam hati kamu. Jika kamu mengikuti Allah dan
RasulNya tidaklah kurang (pahala) amalanmu sedikit pun. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Penyayang.”
(Surah al-Hujarat, ayat: 14)
Nas al-Quran tersebut di atas menonjolkan arahan
kepada umat Islam supaya menjalani tarbiyah
hati untuk mencapai kesempurnaan akidah dan tidaklah memadai penyaksian dan pengakuan
seseorang terhadap keesaan Allah S.W.T dalam ucapan kalimah syahadah menjamin
mereka memiliki kesempurnaan aspek rohani itu. Ternyata jalan tarbiyah (akidah) untuk mencapai
kesempurnaan aspek rohani itu tidak
dapat dicapai menerusi jalan yang mudah seperti tarbiyah akidah mazhab Wahabi
(pemahaman teori Tauhid Wahabi) atau seolah-olah membina konkrit yang kuat serta kukuh
selama-lamanya sehingga ke akhir hayat dengan sekadar mengucap dua kalimah
syahadat. Ingatlah! Jangan sekali-kali kita berangan-angan untuk menjadikan penyaksian tauhid kepada Allah
itu sebagai landasan memasuki syurga atau
menjauhi diri dari azab neraka. Ini kerana kesempurnaan akidah yang
sebenar bukan hanya diasaskan menerusi penyaksian dan pengakuan itu
semata-mata.
Janganlah kita menghabiskan dan mengorbankan
seluruh tenaga dan usia dengan sia-sia
sekadar menumpukan kepada tarbiyah ilmu Akidah reka cipta di sepanjang hayat,
tetapi mengabaikan berzikir mengingati
Allah yang menjadi tonggak utama dalam Akidah al-Quran. Ternyata mereka
adalah golongan yang sentiasa leka dengan kelalaian tanpa berzikir mengingati
Allah dalam kehidupan harian, lantas hati
mereka menjadi mati (kesesatan) dan mereka tenggelam dalam lautan lalai.
Al-Quran ada membayangkan fakta tersebut dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk
mengkhusyukkan hati mereka dengan mengingati Allah (berzikrullah).”
(Surah al-Hadid, ayat: 16)
Allah SWT juga berfirman:
Maksudnya:
“Sebutlah nama
Tuhanmu (berzikrullah), dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.”
(Surah
al-Muzammil, ayat: 8)
Allah S.W.T.
juga berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang bila
disebutkan nama Allah gementarlah hati mereka.”
(Surah al-Anfal, ayat: 2)
Begitulah yang berlaku dalam kalangan umat Islam
masa kini, tarbiyah akidah yang dilaksanakan menerusi hujah-hujah teori Tauhid
Wahabi dan sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) begitu berfalsafah dan menyusahkan!
Bukan orang biasa sahaja yang susah untuk memahami maksud Akidah Islam,
tetapi para mahasiswa pun tidak memahaminya. Malah, seseorang Muslim
itu bukan bertambah sempurna akidahnya, tetapi bertambah kusut pemikirannya
tentang aspek itu. Sehingga lanjut usia, mereka masih dalam kesamaran dan
kebingungan, dan jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta (hujah-hujah dan debat
yang tercela) itu pula tidak dapat
diterap dalam mengerjakan segala amal ibadat dan kehidupan harian (gagal
mencapai khusyuk hati terhadap Allah).
Diajar ilmu Akidah tentang pengertian Rabb, sifat-sifat Allah dan
af’alNya, padahal penganut-penganut agama lain
juga menyatakan sifat-sifat tuhan mereka seperti ada dan berada di atas
langit, mempunyai muka, tangan, mata, rusuk, boleh turun naik, berkuasa,
mendengar atau tidak pekak, melihat atau tidak buta dan sebagainya yang
dilonggokkan pada akal. Apakah beza pegangan orang kafir (terhadap sifat-sifat tuhan mereka) berbanding akidah umat Islam di
zaman ini yang ditarbiyahkan menerusi
ilmu Akidah reka cipta (dilonggokkan pada akal)? Tanpa mereka (golongan Wahabi)
sedari bahawa pengetahuan sifat-sifat
Allah dan mendefinasikan Rabb (pada akal) itu tidak dapat membersihkan pelbagai
hijab hati (sifat-sifat keji) dan mereka sentiasa gagal untuk mencapai khusyuk
hati kepada Allah dan tenggelam dalam lautan lalai semasa mengerjakan segala
amal ibadat.
Oleh itu,
hujah-hujah dan debat yang tercela itu
tidak dapat mengubah keadaan hati yang mati (kesesatan) kepada sedar
(hati yang mengingati Allah). Malah, mereka terus tenggelam dalam lautan lalai dengan menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas
syaitan yang dijelmakan daripada pemahaman teori Tauhid Wahabi) semasa
mengerjakan segala amal ibadat. Sebaliknya,
para ulama dan ilmuwan Wahabi terus mencanangkan slogan akidah mereka dalam kalangan ummah iaitu mengangkat
akidah tauhid dengan mengesakan Allah
dalam melaksanakan amal ibadat,
tanpa mereka sedari bahawa mereka telah tergelincir dari landasan akidah
(al-Quran) yang sebenar. Memadai beberapa nas al-Quran sebagai contoh kepada
maksud tersebut ialah firman Allah yang bermaksud:
“Daripada
kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”
(Surah al-Nas, ayat: 4)
Maksudnya:
“Dan agar hati
kecil orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan
(syaitan) itu dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu
mengerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan itu.”
(Surah al-An’am,
ayat: 113)
FirmanNya lagi
yang bermaksud:
“Dalam hati
mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa
yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah,
ayat:10)
Sesungguhnya golongan al-salaf
memahami Akidah al-Quran sebagai berhubungkait dengan berzikir
mengingati Allah. Oleh iu, mereka sentiasa berzikir kepada Allah dalam
kehidupan harian sehingga hati/akidah mereka menjadi sempurna dan merekalah
golongan yang sentiasa khusyuk hati terhadap Allah dengan sepenuhnya. Dengan
memperbanyakkan proses menyebut dan mengingati Allah, keteguhan keimanan dan
kekentalan keyakinan seseorang muslim kepada Allah dapat dicapai.
Sebaliknya, sesudah berlalunya zaman mereka itu, muncullah para ulama ahli
zahir (ahli Kalam) yang membawa masuk berbagai-bagai falsafah asing ke dalam
pemikiran umat Islam sehingga tasawwur Akidah Islam telah diubahsuai mengikut kaedah yang tidak Islam dan kebanyakan mereka
menjadi orang-orang yang fasik (hati
yang mati). Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T.:
وَلَوْ شَاء رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ
maksudnya:
“Apabila Rabbmu
mengkehendaki tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka
sentiasa berselisih pendapat kecuali orang-orang yang telah dikurniakan rahmat
oleh Rabbmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka.”
(Surah Hud, ayat:
118-119)
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Pada umatku
yang terakhir akan muncul orang yang akan mengatakan perkara yang belum pernah
kamu dengar dan perkara itu juga belum pernah didengar oleh bapamu (nenek
moyangmu), maka hendaklah kamu menjauhi orang tersebut.”
(HR Imam Muslim pada Muqaddimah kitab beliau
dari Abu Hurairah)
Di samping itu, golongan ini telah
terpedaya dengan hujah yang mengatakan bahawa “fatwa” ialah tiang syarak tanpa
diketahui sebab-sebabnya. Sebab munculnya pelbagai mazhab akidah ahli zahir
ini adalah berpunca dari “ilmu
khilaf” yang melahirkan perdebatan-perdebatan atau kajian yang mendalam
terhadap pengertian Rabb dan sifat-sifat
Allah (ayat mutasyabihat) yang
tidak pernah berlaku dalam kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal.
Sehubungan perkara berkaitan Allah berfir- man yang bermaksud:
“Dan apabila
mereka membantah kamu, maka katakanlah: “Allah lebih mengetahui tentang apa
yang kamu kerjakan. Allah akan mengadili kamu pada hari kiamat tentang apa yang
kamu selalu berselisih pendapat.”
(Surah al-Hajj,
ayat: 68-69)
Imam al-Ghazali menjelaskan bagaimana munculnya ilmu khilafiyah, iaitu
ilmu yang mendekatkan para ulama Kalam
kepada pemerintah dengan katanya:
“Para ulama
yang menuntut ilmu untuk mendapat kedudukan dan kemuliaan di sisi pemerintah
seperti memegang jawatan mufti atau kadi sentiasa menekuni ilmu fatwa dalam
pemerintahan dan pertelingkahan untuk merealisasikan kehendak pemimpin. Mereka
juga menumpukan sepenuh perhatian terhadap ilmu Kalam dan perdebatan-perdebatan
mengikut hawa nafsu. Mereka mempercayai bahawa seseorang hamba tidak mempunyai
amalan melainkan mempelajari ilmu debat mereka yang dinamakan dalil-dalil
akidah. Para pemimpin itu mendengar perkataan-perkataan manusia dalam aspek
akidah dan mereka cenderung mendengar hujah-hujah, berdiskusi dan berdebat. Oleh kerana itulah umat Islam berada di dalam
suasana kacau bilau dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap hujah-hujah
dan perdebatan melalui banyaknya kitab-kitab yang dihasilkan tentang aspek ilmu
(hujah/debat) itu”
Seterusnya beliau menegaskan bahawa para sahabat tidak ditarbiyahkan dengan
ilmu Kalam. Kata beliau:
“Sifat-sifat
utama ulama akhirat adalah sangat berhati-hati terhadap perkara-perkara yang
diadakan meskipun ianya dipersetujui oleh orang ramai. Maka janganlah dia
terpedaya terhadap penerimaan manusia terhadap perkara-perkara yang diadakan
selepas zaman para sahabat r.a. Kita hendaklah sentiasa meneliti keadaan para
sahabat, sejarah dan amalan-amalan mereka. Nabi s.a.w. wafat dengan meninggalkan
ribuan para sahabat r.a. semuanya ulama Allah S.W.T., Nabi s.a.w. memuji mereka
dan tidak seorang pun di kalangan mereka yang pandai di dalam Ilmu Kalam.”
Di akhir zaman al-salaf, maka
muncullah pelbagai mazhab akidah ahli zahir yang sentiasa bertelagah dan
mengkafirkan antara satu sama lain. Kacau bilau ummah ini telah digambarkan
oleh Imam al-Ghazali dengan katanya:
“Maka pengikut
Hanbali mengkafirkan pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa ia mendustakan Rasul
dalam menetapkan al-fauq (di atas)
bagi Allah S.W.T. Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Hanbali dengan alasan
ia musyabbih (menyerupakan).
Pengikut Asy’ari mengkafirkan pengikut Mu’tazilah dengan alasan bahawa ia
mendustakan Rasul pada kebolehan melihat Allah S.W.T. Pengikut Mu’tazilah mengkafirkan
pengikut Asy’ari dengan alasan bahawa menetapkan sifat-sifat ialah
memperbanyakkan qudama (sifat-sifat
qadim), dan mendustakan Rasul dalam tauhid.”
Seterusnya beliau menjelaskan:
“Dan tidak ada
yang mampu menyelamatkan kamu dari terlibat dalam perkara di atas kecuali
mengetahui batas pendustaan dan kebenaran serta hakikat kedua-duanya. Dengan
itu, barulah jelas kepada kamu tentang tindakan melampau puak-puak ini dalam
mengkafirkan antara satu sama lain.”
Dari fakta-fakta yang dihuraikan di atas iaitu berkaitan dengan kemunculan
pelbagai mazhab akidah ahli zahir dalam Islam, maka dapatlah kita simpulkan
bahawa tarbiyah ilmu Akidah reka cipta
itu telah melahirkan natijah-natijah buruk dengan berlakunya perpecahan dan
pertelingkahan dalam kalangan umat Islam secara berleluasa hingga masa kini,
dan akidah ummah terus tergelincir dari landasan Akidah al-Quran kerana lalai
berzikir mengingati Allah. Umat Islam
seharusnya sedar dan mengetahui bahawa mazhab (Wahabi) ini merupakan
mazhab (akidah ahli zahir) yang baru
muncul dalam Islam (bermula sejak 200 tahun lampau) yang diasaskan menerusi
lojik akal (teori Tauhid Wahabi) untuk menyampaikan seseorang kepada mengenal (makrifah)
Allah. Tanpa mereka sedari
bahawa hujah-hujah dan debat yang tercela (teori Tauhid Wahabi) itu hanya berfungsi sebagai pengetahuan atau
sekadar hafalan semata-mata yang tidak
dapat membersihkan pelbagai hijab hati dan memberi pengukuhan tauhid kepada
Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Dalam hati
mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa
yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah,
ayat:10)
Hakikatnya, mazhab Wahabi yang memperkenalkan teori Tauhid Wahabi sebagai tonggak
utama dalam Akidah Islam mula
berkembang di seluruh dunia Islam sekitar tahun 1920 M. atau kira-kira
1,000 tahun selepas munculnya mazhab
Asy’ariah-Maturidiah (ilmu Sifat 20).
Ini membuktikan dengan jelas bahawa golongan al-salaf bukanlah pengasas kepada mazhab tersebut. Ternyata golongan
(Wahabi) ini terpesong jauh daripada penghayatan Akidah Islam yang sebenar
(Akidah al-Quran). Tegasnya, tanpa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf, hakikat
penghayatan kerohanian Islam
(kesempurnaan hati) tidak dapat dicapai dengan sebenar-benarnya.
9. Akidah
Generasi Umat Islam Yang Awal
Umat Islam bebas memberi apa sahaja maksud atau penghuraian tentang
pengertian ‘Akidah Islam’ kerana istilah itu tidak muncul seiring dengan
dakwah keimanan Nabi s.a.w., para sahabat,
tabi’in dan al-salaf. Bidang ilmu dan
amalan ini di peringkat awal dakwah Nabi
s.a.w. lebih dikenali sebagai ilmu al-Yakin, ilmu al-Ikhlas, ilmu
al-Hal, ilmu al-Batin, ilmu al-Qulub, ilmu al-Ihsan, ilmu al-Tariqah, ilmu al-Iman
dan sebagainya lagi, dan semuanya itu adalah merupakan perkataan berlainan
tetapi merujuk kepada satu makna (kesempurnaan hati). Oleh itu, Akidah Islam yang sebenar
itu bukanlah hasil ciptaan mana-mana kumpulan, bukan pula sisipan dari
mana-mana golongan, tidak juga salinan dari mana-mana tokoh agama yang
terkenal.
Tidak seorang pun dari kalangan para sahabat, tabi’in
dan al-salaf yang telah membuat perubahan atau menggantikan sesuatu dalam
Akidah Islam, sama ada dengan membuat penambahan atau pengurangan ataupun
menunggang balikkannya se- perti yang dilakukan oleh penganut agama Kristian
terhadap agama mereka. Hakikatnya, Allah
S.W.T. hanya memerintahkan umatNya supaya berzikir mengingatiNya terus menerus
sebagai pencetus kesedaran hati yang boleh membuahkan suatu keyakinan yang teguh dan
keimanan yang penuh terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah S.W.T. Dengan
manipulasi oleh para orientalis Barat, dibantu oleh pelbagai diayah, buruk
sangka dan fitnah oleh para ulama dan ilmuwan Wahabi ke atas ilmu dan amalan tarekat Tasawuf,
maka keutamaan dan keagungan amalan
rohani Islam (Akidah al-Quran) ini untuk mencapai makrifah (mengenal)
Allah S.W.T. sudah tidak difahami oleh kebanyakan umat Islam masa kini.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Janganlah
kamu saling berselisih dan bertengkar kerana umat yang sebelum kamu sentiasa
berselisih dan (perselisihan itu) menyebabkan kehancurannya.”
(HR Bukhari dan
Muslim)
Generasi umat Islam yang awal hanya melaksanakan tuntutan al-Quran supaya
memperbanyakkan berzikir kepada Allah yang berperanan sebagai pencetus
kesedaran hati yang dapat membentuk sifat teras iaitu mentauhidkan Allah dalam
semua keadaan yang dapat membersihkan jiwa pelakunya daripada pelbagai sifat
kecelaan dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia. Mereka tidak berdebat sesama
mereka tentang aspek kesempurnaan akidah melainkan membaca al-Quran yang diturunkan
ke atas mereka tanpa menambahkan perdebatan ke atasnya. Ini kerana proses
tarbiyah akidah (hujah-hujah dan debat
yang tercela) itu akan mengganggu fikiran (menimbulkan was- was syaitan).
Malahan pelbagai ilmu Akidah reka cipta yang muncul dalam kalangan ummah hanya diisytiharkan sebagai tonggak utama dalam Akidah Islam selepas zaman al-salaf.
Sebuah hadis Nabi s.a.w. pula dapat menguatkan lagi berlakunya proses
kelunturan atau kemalapan ilmu dan amalan Islam. Nabi s.a.w. bersabda seperti
berikut:
“Sebaik-baik
kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang mengikuti kurun mereka itu, kemudian
kurun yang mengikuti kurun mereka itu, kemudian akan meluaslah kedustaan, maka
janganlah kamu pegang kata-kata mereka dan amalan mereka.”
Menurut Imam al-Ghazali, generasi umat Islam di zaman yang awal sangat
mengingkari orang yang membukakan pintu
perdebatan tentang aspek akidah. Ada pun yang terkandung di dalam al-Quran dari
dalil-dalil zahir (Hadis-hadis Nabi s.a.w.) yang diterima pada awal pendengaran
telah dipersetujui sebagai ilmu al-Quran. Beliau juga menjelaskan bahawa
jalan mentauhidkan Allah yang dicetuskan menerusi proses menyebut dan
mengingati Allah secara berterusan
yang dilaksanakan oleh para
sahabat untuk membentuk sifat teras
iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan, seolah-olah sudah tidak diketahui oleh para ulama mutakallimin
(ulama Kalam) di zamannya, dan jika difahami juga mereka tidak bersifat dengan
kemuliaan akh- lak mereka (generasi umat Islam yang awal). Oleh sebab itu, beliau mengatakan bahawa
para sahabat berpegang kepada seluruh perkara dari Allah Azza wa Jalla kerana
mereka sentiasa memiliki ingatan yang kental dan keteguhan keyakinan kepada Allah S.W.T.
menerusi memperbanyakkan proses menyebut serta mengingati Allah dalam kehidupan
harian sebagaimana firman Allah
S.W.T., maksudnya:
“Mereka adalah orang yang
beriman (dan beramal soleh) dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’.
Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d: ayat 28)
Allah S.W.T. juga berfirman:
Maksudnnya;
“Allah telah
menurunkan perkataan yang paling baik (al-Quran) yang serupa (mutu
ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya semua kulit (semua
anggota) orang-orang yang takutkan Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang
kulit-kulit (semua anggota) dan hati-hati mereka itu ketika mereka mengingati Allah (berzikrullah).”
(Surah al-Zumar,
ayat: 23)
Lanjutan daripada itu, aspek akidah
yang sepatutnya tidak diperdebatkan sepertimana ia diterima oleh
generasi umat Islam di zaman yang awal telah menjadi medan utama perdebatan,
hingga timbul berbagai-bagai tafsiran terhadapnya (pelbagai ilmu Akidah reka
cipta). Masing-masing pihak bertegas bahawa mazhab akidah merekalah yang betul.
Bilamana perkara seumpama itu berlaku, banyaklah fitnah yang terjadi dalam
kalangan masyarakat Islam. Oleh itu,
maksud dan hakikat Akidah Islam
yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah itulah yang wajib
dipegang dan diberi perhatian oleh umat Islam masa kini demi mendapat tasawwur
yang sahih terhadap aspek akidah (Islam) seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Katakanlah
(Wahai Muhammmad), Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula
diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya”
(Surah al-Ikhlas,
ayat: 1- 4)
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi
sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah” . Sekiranya semua langit dan bumi ini berada
di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaa- ha Illa Allah” itu berada di sebelah
dacing (yang satu lagi) nescaya “La
Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang
di atas muka bumi ada yang menyebut “La Ilaaha Illa Allah.”
Asas jalan makrifah (kenal) Allah
ialah mengakui makna La Ilaaha Illa Allah di dalam hati.
Sesungguhnya tidak ada jalan lain yang boleh menyampaikan seseorang kepada
makrifah (Allah) itu, kecuali menerusi memperbanyakkan proses menyebut dan
mengingati kalimah tauhid itu (Akidah al-Quran) sebagai amalan yang cukup
berkesan dalam hubungan makrifah
(mengenal) Allah serta sifat-sifat kesempurnaan dan keagunganNya).
Dengan kalimah tauhid itulah wujud alam zahir dan alam batin. Dalam hal ini,
Nabi s.a.w. pernah mengaitkan hubungan memperbaharui iman dengan
memperbanyakkan berzikir apabila sahabat bertanya tentang cara memperbaharui
iman yang dimaksudkan itu.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu dengan banyak
menyebut dan mengingati ‘La ila ha
Ilallah’.
Hadis Nabi s.a.w. ini menunjukkan bahawa memperbanyakkan berzikir
mengingati Allah itulah yang wajib
dihayati dan diamalkan oleh seluruh umat Islam
sebagai pencetus kesedaran hati
yang boleh membuahkan suatu keyakinan yang teguh dan keimanan yang penuh
terhadap keesaan dan kesempurnaan Allah S.W.T. Sebaliknya, golongan
golongan ahli zahir hanya meletakkan
logik akal mengatasi segala-galanya dengan menumpukan kepada hujah-hujah dan
debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) yang tidak memberikan apa-apa
manfaat dari aspek zahir dan rohani
kecuali menjadi hijab hati tanpa
disedari.
Ternyata golongan (ahli zahir) ini
telah mengubah tonggak utama dalam
Akidah al-Quran (berzikir mengingati Allah secara terus menerus) kepada
pemahaman hujah-hujah ilmu Sifat
20 dan teori Tauhid Wahabi. Tanpa mereka sedari bahawa bahawa memperbanyakkan amalan zikir mengingati Allah yang dituntut
oleh al-Quran adalah permulaaan hidayah daripadaNya. Dengan kata-kata
lain, golongan ini seolah-olah menganggap
tonggak utama akidah yang ditetapkan
oleh al-Quran (memperbanyakkan
berzikir kepada Allah) itu tidak lengkap
atau tidak sempurna, dan masih memerlukan perubahan atau ijtihad.
Oleh itu, ijtihad
kaum ahli Kalam dan Wahabi ini sama dengan menambahkan sesuatu ke dalam prinsip
Akidah Islam, maka ianya adalah satu perbuatan bid’ah dan terkutuk. Inilah yang
dikatakan tasawwur akidah jahiliah yang menyeluruh dari puncak ke akar
umbinya yang dijelmakan oleh hujah-hujah dan debat yang tercela dalam pengabdian manusia kepada nafsunya.
Malah, tanpa disedari bahawa mereka telah menyembah tuhan-tuhan palsu (waswas
syaitan yang dijelmakan dari pemahaman ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid
Wahabi) semasa mengerjakan segala amal
ibadat (mengalih daripada menyembah Tuhan Maha Pencipta), meskipun mereka
banyak menghabiskan masa dalam mengisbatkan keesaanNya menerusi hujah-hujah dan
debat yang tercela (ilmu Akidah reka cipta) yang tiada titik kesudahan di se-
panjang usia.
Oleh itu, proses tarbiyah akidah reka cipta
(hujah-hujah teori Tauhid Wahabi) ini adalah batal dan ditolak secara
mutlak oleh Islam. Mereka itulah orang-orang yang rugi yang sesat perjalanannya
di dunia ini tetapi mereka menyangka bahawa mereka adalah sentiasa membuat kebaikan
sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
“Pada hari ini,
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu. Aku telah cukupkan kepadamu nikmat
Ku dan Aku telah redai Islam itu menjadi agama bagimu”
(Surah al -
Maidah, ayat: 3)
Allah
S.W.T. juga berfirman yang
bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah
(yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka),
biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-‘An’am, ayat: 91)
10. Penyelewengan Dakwah
Wahabi
Memang tidak dinafikan mazhab Wahabi inilah yang
menimbulkan pecah belah ummah di Malaysia bahkan di seluruh negara Islam
sedunia. Mereka membid’ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang
sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah
dalam kalangan para ulama Fuqaha yang
muktabar. Keadaan ini telah menimbulkan
ketegangan dan fitnah dalam kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini
merebak.
Golongan Wahabi
ini sentiasa menganggap bahawa manhaj merekalah yang paling benar
dan mazhab-mazhab yang lain adalah salah. Mereka tidak menerima ijtihad
golongan ulama dari mazhab-mazhab lain dan mendakwa bahawa merekalah pemilik
kebenaran dan satu-satunya golongan yang paling sesuai dengan al-Sunnah, yang
paling benar dan mendapat keredaanNya.
Inilah pintu perpecahan umat Islam yang paling utama.
Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang
dibawa oleh Wahabi ialah mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengan
mereka. Para tabi’in dan tokoh-tokoh ulama khalaf yang berjasa bagi perkembangan ilmu dan
amalan Islam di zaman yang awal itu tidak terlepas dari celaan mereka. Golongan
Wahabi menganggap bahawa tokoh dan ulama tersebut ahli bid’ah. Memuji dan
mengagungkan mereka adalah dilarang. Begitu juga haram membaca kitab-kitab dan
mendengar syarahan-syarahan mereka. Malahan mereka membuat khianat ilmiah sama ada pada penulisan atau pada pentahkikan (mengesahkan) kitab-kitab
lama terutamanya.
Bahkan sesiapa yang memuji, memulia dan
mengagungkan ulama-ulama yang mereka kategorikan sebagai ahli bid’ah atau
membaca kitab-kitabnya maka ia juga tergolong dalam kalangan ahli bid’ah (ahlu
bid’ah dan ahlu ahwa).
Golongan ulama Ahlus Sunnah dicela kerana
sejumlah ijtihad mereka berbeza dengan mazhab Wahabi. Para mujtahid besar
dalam Islam sering berbeza pendapat. Golongan ini mempunyai hujah yang kuat
atas ijtihad mereka dan perbezaan furu’iyah merupakan hal yang
biasa dalam kalangan mujtahid. Namun masalah yang menjadi dasar perbezaan
tersebut hanyalah terhadap masalah furu’ (cabang) dan bukan prinsip
(asas). Kaedah ini bukan merobek atau melakukan ijtihad ke atas
prinsip-prinsip Islam yang melibatkan
masalah Akidah Islam dan Syariat Islam seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh
awal Wahabi. Malahan mereka tidak saling menyesatkan dan membid’ahkan antara
satu sama lain.
Golongan yang dianggap sesat dan bid’ah oleh pengikut Wahabi harus disekat
dan dimusnahkan. Golongan sesat dan menyesatkan (termasuk parti-parti politik),
melabelkan hizbiyah atau harakah, metode dakwah beranika ragam haruslah
disekat. Ia patut dimusnahkan kerana sangat bahaya, meracuni masyarakat dan
menyebabkan perpecahan ummah.
Oleh sebab itu kaum Muslimin harus bersatu dalam satu golongan sahaja,
iaitu mazhab Wahabi. Tidak ada mazhab
lain. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa adanya jemaah-jemaah atau
kelompok-kelompok ataupun golongan-golongan lain selain mereka menunjukkan adanya
perpecahan umat Islam.
Semua golongan atau jemaah ataupun mazhab lain dianggap sesat dan
menyesatkan bagi pandangan mazhab Wahabi. Apabila ditanya sedikit tentang
perbezaan ijtihad dalam hal furu’, maka dengan mudah golongan
Wahabi ini terus menyesatkan golongan lain. Para ulama dan ilmuwan Wahabi ini bukan sahaja berani
membuat fatwa batil dengan mengkritik para ulama mazhab Fiqah yang muktabar
bahkan mereka berfatwa memperbodohkan para ulama itu dalam mentafsirkan Hadis. Mereka bersikap
keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu
hujah. Bagi kaum Wahabi ini, dalil mereka yang menentang semuanya lemah atau
telah dijawab
Dalam menangani masalah khilaf, penolakan
terhadap suatu pandangan tidak sepatutnya dihubungkan dengan tuduhan fasiq,
bid’ah ataupun kufur terhadap seseorang kerana setiap pihak memiliki hujah
mendasari pandangan mereka. Selama mana hujah-hujah berkenaan berlegar dalam
ruang lingkup metode pengambilan hukum yang muktabar dalam kalangan para ulama
Islam, maka pandangan tersebut adalah suatu pekara ijtihad yang perlu
dihormati. Dalam hal ini, ulama Usul al-Fiqh telah menggariskan satu
kaedah penting dalam menangani pekara ijtihad iaitu: al-‘jtihad la
yunqad bi al-ijtihad, yang bermaksud sesuatu amalan yang terhasil daripada ijtihad
tidak boleh dibatalkan oleh suatu ijtihad yang lain. Tambahan lagi, dalam
menangani isu ijtihad seseorang tidak berhak mewajibkan orang lain
berpegang dengan ijtihadnya serta menghalang mereka daripada menerima ijtihad
pihak lain.
Membid’ah dan Mengkafirkan Sebahagian Amal Ibadat Kaum
Muslimin
Atas slogan pemurnian akidah yang diwarwarkan, maka ianya
perlu dinilai semula. Golongan Wahabi bukan sekadar menolak prinsip asas akidah
Islam (memperbanyakkan berzikir mengingati Allah), tetapi mereka juga
menolak perkara-perkara khilafiyah
atas nama pemurnian akidah.
Fenomena ini bukan sahaja merupakan suatu
usaha mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala seperti
ziarah kubur, tawassul atau bukan sahaja
bersikap tasyaddud (keras) dan jumud dalam masalah yang perselisihan
pendapat mengenainya dalam medan ilmiah, tetapi ianya sudah membawa
kepada saling tuduh-menuduh dan
mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.
Ketahuilah
wahai penuntut ilmu
yang terpegun dengan
mazhab Wahabi atau jemaah
Salafi Moden ini bahawa agenda mereka
lebih menjurus kepada
kerosakan sahsiah umat
Islam dari memurnikan akidah
mereka.
Contohnya, semata-mata kerana “su’uzan” (buruk sangka) terhadap
penziarah kubur dari kalangan umat Islam, lantas menuduh mereka menyembah
kubur, walaupun pada hakikatnya mereka memuliakan roh para nabi dan para
solihin. Oleh itu, para ulama
Wahabi telah mengharamkan amalan ini walaupun mempunyai sandaran dalam Islam
dengan alasan mereka (Wahabi) untuk mencegah syirik. Adakah menerusi tuduhan
liar dan memfitnah boleh menghukum
seseorang itu syirik? Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah kaedah sad
‘azzaro’ik (mencegah mudarat) dalam masalah ini releven takkala kaedah
persepsi mereka dalam
melihat kemudaratan itu
cuma dari aspek buruk sangka dan
memfitnah semata-mata?
Oleh itu, agenda menimbulkan prinsip menutup pintu syirik
dengan mengharamkan perkara-perkara yang ada sandarannya dalam agama, seperti
tawassul, ziarah kubur dan sebagainya, merupakan suatu perkara yang membawa
kepada pecah belah dan buruk sangka sesama Islam. Selagimana perkara-perkara
tersebut diperselisihkan oleh para ulama
yang mendokongnya dengan mempunyai dalil dari sumber Islam, maka
kita tidak boleh mengingkarinya, apatah lagi mengkafirkan
pelakunya dan membid’akannya.
Adapun slogan zahir ketiga dalam gagasan Wahabisme, ialah
tajdid umat Islam, dengan kedua-dua agenda sebelum ini, maka jelaslah
ianya tidak praktikal. Kedua-dua agenda yang dilakukan oleh golongan Wahabi
atau pengaku Salafi Moden (dalam terminologi yang kita maksudkan sebelum ini),
bukan membawa kepada pemurnian dan pembaharuan umat Islam, tetapi secara
praktikalnya, ia membawa kepada kemelut perpecahan yang amat bahaya bagi umat Islam
iaitu, perpecahan, saling kafir-mengkafirkan dan saling bid’ah-membid‘ahkan.
Begitu juga agenda untuk menggalakkan semua masyarakat berijtihad khususnya dalam masalah Fiqah merupakan suatu perkara yang amat menyulitkan masyarakat dan membahayakan mereka. Ia amat menyulitkan kerana untuk berijtihad seseorang perlu menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu bahasa Arab, ilmu usul Fiqah, menghafal al-Qur’an dan Hadis, dan sebagainya. Oleh itu, ia merupakan suatu bebanan buat sesetengah masyarakat awam. Bahkan, sejak zaman para sahabat lagi ada di kalangan mereka yang berijtihad dan ada di kalangan mereka yang bertaklid seperti yang dijelaskan oleh Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam bukunya Al-LaMazhabiyah (Golongan
yang Tiada Mazhab).
Mengharamkan taklid kepada para imam mujtahid yang
empat yang muktabar seperti Imam Abu Hanifah, al-Maliki, as-Syafi’i, Ahmad bin
Hanbali merupakan suatu bebanan dan bahkan merosakkan institusi Fiqah Islam itu
sendiri. Ia membebankan kerana bukan semua orang muslim boleh berijtihad
kerana tidak mampu menguasai pelbagai bidang ilmu alat untuk berijtihad,
di samping merosakkan syariat itu sendiri, kerana orang-orang awam yang tidak
ada kepakaran berijtihad akan lebih mengukur syariat tersebut sesuai
dengan hawa nafsu mereka.
Oleh yang demikian, ketiga-tiga agenda Wahabi yang utama tersebut merupakan penjurus kepada kepincangan dan perpecahan dalam umat Islam kerana ketiga-tiga ciri pemusnah yang terkandung dalam pola dan metodologi pemikiran mereka iaitu:
Oleh yang demikian, ketiga-tiga agenda Wahabi yang utama tersebut merupakan penjurus kepada kepincangan dan perpecahan dalam umat Islam kerana ketiga-tiga ciri pemusnah yang terkandung dalam pola dan metodologi pemikiran mereka iaitu:
·
Taasub (fanatik puak sendiri)
·
Jumud (statik dan
tertutup)
·
Tasyaddud
(berlebih-lebihan dan bersikap keras)
Istilah Wahabi itu
sendiri suatu yang abstrak. Oleh yang demikian, sesetengah golongan ilmuwan
yang terperangkap dengan kesempitan makna istilah Wahabi dari sudut akademik,
akan lalai daripada memahami makna istilah Wahabi yang digu-
nakan oleh golongan
penentang Wahabisme.
Seperti yang dijelaskan dalam gambaran pertama sebelum ini, majoriti golongan yang menentang Wahabi bukan kerana namanya Wahabi, atau mereka dinisbahkan kepada Shaikh Muhammad Abdul Wahab, atau kerana mereka mengaku Salafi Moden, dan sebagainya, tetapi ianya lebih merujuk kepada tiga sikap yang merosakkan, yang disebutkan sebelum ini, yang dibawa dalam arus pemikiran kebanyakkan golongan yang mengaku pendokong Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi) mahupun yang mengaku sebagai Salafi Moden.
Golongan yang terkeliru
ini kadangkala sering meremehkan penentang-penentang Wahabi kerana pada mereka,
golongan Wahabi tidak lain melainkan suatu mazhab dalam Islam juga. Bahkan,
lebih dari itu, ada golongan yang kagum dengan kesungguhan dirinya dalam melakukan
penyelidikan ilmiah, seolah-olah merasakan diri mereka sudah cukup memahami
kebenaran dengan penyelidikan yang banyak, tidak senang dengan
penentang-penentang Wahabi dan menuduh penentang-penentang Wahabi berburuk
sangka dengan pendokong-pendokong Shaikh Muhammad Abdul Wahab dan berburuk
sangka terhadap Shaikh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.
Oleh itu, mereka tampil membela mazhab Wahabi, dan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah kaum Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang mazhab tersebut tidak mengenali siapakah golongan Wahabi yang mereka tentangi selama ini.
Oleh itu, mereka tampil membela mazhab Wahabi, dan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah kaum Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang mazhab tersebut tidak mengenali siapakah golongan Wahabi yang mereka tentangi selama ini.
Ada dalam kalangan mereka yang mengetengahkan kebaikan-kebaikan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab dan kelayakkannya untuk bergelar mujaddid di zamannya sebagai manusia yang sempurna dan tidak melakukan apa jua kesalahan untuk tujuan menafikan dan menolak penentang-penentang Wahabi. Golongan ini mencelah antara pertembungan “anti-mazhab Wahabi dengan mazhab Wahabi” seolah-olah ingin menjadi pendamai antara kedua pihak itu, tanpa mereka sedari bahawa golongan yang lebih terkeliru itu adalah diri mereka sendiri.
Antara fatwa yang membid’ahkan dan menyesatkan kebanyakan amal ibadat Ahlus
Sunnah. Di antaranya:
1) Melarang ziarah
kubur Nabi s.a.w., para sahabat dan orang-orang soleh. Mazhab ini juga melarang
keras para pengikutnya berdoa bertawassul dengan Nabi s.a.w.,
nabi-nabi a.s., para sahabat r.a dan juga orang-orang soleh yang mukmin
(menganggap amalan ini bid’ah) meskipun pada hakikatnya amalan ini sebenarnya
memanglah menjadi sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat r.a. dari satu
zaman ke satu zaman yang lain, sehinggalah muncul Ibn Taimiyyah (661-728 H.)
yang mula mempersoalkan kebaikan dan keharusan amalan bertawassul dengan Nabi
s.a.w.
Dalam kitab al-Radd ‘ala al-Akhna‘i,
Ibn Taimiyyah (ikon mazhab Wahabi) menganggap Hadis-hadis tentang keutamaan
ziarah makam Nabi s.a.w. sebagai maudhu’ (palsu). Beliau mengatakan:
“Orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi s.a.w. masih hidup walaupun
sudah mati ibarat kehidupannya semasa penguasa masih hidup,” dia telah melakukan dosa besar. Ini yang
diiktikadkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab dan para pengikutnya, bahkan mereka
menambahkan kepalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah itu.
Golongan Wahabi menganggap larangan ini adalah
untuk mengurangkan keagungan terhadap
Nabi s.a.w. bertujuan memelihara kemurnian tauhid (teori Tauhid Wahabi) menerusi tuduhan liar dan memfitnah
semata-mata. Mereka hanya menganggap Nabi s.a.w. hanyalah seseorang yang
diutuskan daripada satu kaum kepada kaum yang lain. Nabi s.a.w. adalah pembawa
kitab Allah iaitu puncak kerasulan baginda sepertimana seseorang yang
diperintahkan oleh seseorang penguasa dalam menyelesaikan suatu masalah untuk
manusia agar disam- paikan kepada mereka, dan sebahagian pengikut mereka
mengatakan: “Sesungguhnya tongkatku lebih berguna daripada Muhammad
kerana boleh digunakan untuk memukul
ular. Sedangkan Muhammad telah wafat, tidak ada sedikit pun kemanfaatan yang
ditinggalkan kerana baginda adalah seorang tarisi (istilah orientalis yang
merujuk kepada seorang yang diutuskan kepada suatu kaum) dan masanya telah
berlalu.”
Tokoh ulama Ahlus Sunnah, al-Badr bin Jamaah,
Qadi al-Qudhat di Mesir memberi jawapan tentang pendapat Ibn Taimiyyah yang
mengharamkan ziarah makam Nabi s.a.w. dengan katanya: “Ziarah makam Nabi adalah
sunat matlub (yang dikehendaki). Ulama Islam sepakat bahawa sesiapa
sahaja yang berpendapat ziarah itu haram, maka ulama dan umat Islam wajib
mengutuk dan mencegahnya. Jika enggan, dia hendaklah dipenjarakan dan
direndah-rendahkan kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya.”
Semua para tokoh ulama Ahlus Sunnah menolak pendapat dan pemikiran
Ibn Taimiyyah, sekali gus menunjukkan ‘kedangkalan’ dan ‘kecetekan’ pendapat-
nya. Celaan dan kritikan para ulama itu
terhadap Ibn Taimiyyah adalah dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang
kefasikan dan kekufurannya.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidakkah seorang Muslim
berjalan melewati kuburan saudaranya yang dikenalnya ketika di dunia, lalu dia
mengucapkan salam kepadanya, melainkan Allah mengembalikan rohnya kepadanya
hingga dia membalas salam saudaranya.”
Ertinya bahawa orang yang sudah meninggal dunia mengetahui
ziarah saudaranya dan juga menjawab salamnya.
Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan haji dan menziarahi kuburku
selepas kewafatanku, seolah-olah dia menziarahiku ketika masih hidup.”
(HR Imam al-Dar
Qutni dari Ibn Umar)
Tujuan utama umat Islam di seluruh dunia
(kecuali pengikut mazhab Wahabi) melakukan ziarah ke makam Nabi s.a.w. adalah untuk memuliakan
kekasihNya serta nabiNya dan doa bertawassul dengan baginda. Tidaklah maksud
doa bertawassul itu menyembah atau memuja Nabi s.a.w. seperti yang difitnahkan
oleh kaum Wahabi, tetapi sebaliknya memohon kepada Allah hanya untuk mendapat keberkatan (tabarruk)
dengan mengingati kekasih Allah itu. Kita boleh berdoa di mana-mana tempat,
di rumah, di masjid dan sebagainya sebagaimana yang dianjurkan oleh para ulama
Wahabi dan Ahlus Sunnah, tetapi Allah menjelaskan jika seseorang Islam yang
melakukan dosa itu berdoa di hadapan Nabi s.a.w. adalah lebih baik lagi dan
dijamin akan diterima oleh Allah. Mengenai hal tersebut Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud:
“Jika mereka yang menganiayai diri mereka
berbuat dosa itu datang kepadamu (Muhammad) lalu mereka memohon keampunan
kepada Allah, dan Rasul juga memohon keampunan, mereka mendapati Allah itu Maha
Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah
al-Nisa’, ayat: 64)
Adab doa tersebut tidak ada bezanya semasa
hayat Nabi s.a.w. dengan sesudah wafatnya atau semasa hayat seseorang mukmin
yang soleh dengan sesudah mening- galnya.
Setelah kewafatan baginda s.a.w. pula, maka
kita boleh bertawassul dengan berdoa di makam baginda. Doa di makam baginda
amat baik, sebab baginda itu walaupun telah wafat, namun pangkat kerasulan,
keberkatannya tidaklah habis dengan kewafatannya itu. Apatah lagi menurut
iktikad Ahlus Sunnah bahawa baginda mendengar salam orang ramai yang memberi
salam.
Fakta yang tersebut di atas ini dikuatkan lagi
dengan jawapan Imam Malik terhadap soalan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur
(pemerintah kerajaan Abbasiyyah) iaitu sama ada baginda berdoa dengan mengadap
kiblat atau mengadap Nabi s.a.w. Peristiwa tersebut berlaku ketika baginda
melawat kota Madinah dan ziarah makam Nabi s.a.w. di zaman pemerintahannya.
Imam Malik menjawab dengan katanya:
“Janganlah engkau palingkan mukamu daripadanya
Nabi, kerana beliau itu adalah wasilah engkau dan wasilah bapa engkau Adam a.s.
Hendaklah engkau mengadap kepadanya dan mintalah syafaat dengannya. Allah
akan memberi syafaatNya kepada engkau. Allah berfirman: Jika mereka yang
menganiayai diri mereka berbuat dosa itu datang kepadamu (Muhammad) lalu mereka
memohon keampunan kepada Allah, dan Rasul juga memohon keampunan, mereka
mendapati Allah itu Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya, Dalail
al-Nuhuwwah, al-Tibrani di dalan kitabnya, al-Mu jam al-Saghir dan
al-Haki di dalam kitabnya, al-Mustadrak telah meriwayatkan hadis dari
Umar Ibn al-Khattab bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bila Adam a.s. telah melakukan
kesalahan (ia bertaubat) dengan berdoa. Ya Tuhanku, aku memohon Engkau dengan
hak Muhammad supaya Engkau ampuni aku. Maka Allah (menjawab) firmanNya: Ya Adam
bagaimanakah engkau boleh mengetahui Muhammad padahal ia belum Aku
jadikannya? Adam menjawab: Ya Tuhanku,
setelah Engkau jadikan aku, aku mengangkat kepalaku (ke atas), maka aku dapat
melihat di atas tiang Arasy tulisan: La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah.
Maka (kerana itu) aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyertakan nama Engkau
kecuali orang yang paling Engkau cintai. Maka Allah berfirman: Engkau benar ya
Adam, bahawa ia (Muhammad) itu adalah
orang yang paling Aku cintai, maka kalau Engkau memohon kepada Aku haknya, Aku
ampunkan (dosa) engkau itu.”
Menurut hadis di atas jelas menunjukkan Nabi Adam a.s.
telah bertawassul dengan Nabi s.a.w. sebelum baginda (s.a.w.) itu diutuskan dan
sebelum dilahirkan lagi di dunia ini. Kerana itulah maka Shaikh Musa Muhammad
Ali membuat kesimpulan berdasarkan hadis tersebut dengan katanya:
“Di dalam hadis tersebut
ini, telah diamalkan bertawassul dengan Rasullulah s.a.w. sebelum alam ini
menyaksikan kewujudan dirinya. Dan dasar sahnya ber- tawassul itu tidaklah
disyariatkan kepada Nabi s.a.w. itu hidup di dunia ini. Dari fakta ini dapat
diketahui bahawa pendapat yang dinyatakan bahawa bertawassul dengan seseorang
itu tidak sah kecuali di mana masa hidupnya di dunia ini adalah merupakan
pendapat orang yang mengikut hawa nafsunya tanpa petunjuk dari Allah.”
Maka jelaslah bagi kita semua bahawa amalan
bertawassul dengan Nabi s.a.w. setelah kewafatannya itu adalah diharuskan oleh
Islam, kerana begitulah hal yang difahami dan diamalkan oleh para al-salaf seperti Imam Malik itu.
Al-Tibrani, Ibn Hibban dan al-Hakim
meriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Dari Anas bin Malik r.a. bahwa sesungguhnya
Nabi s.a.w. telah berkata (berdoa): Ya Allah, ampunilah Fatimah binti Asad dan
lapangkanlah tempat masuknya (kehidupan di dalam alam kubur) dengan hak nabi
Engkau (Muhammad) dan para nabi yang (diutus) sebelum aku. Sesungguhnya Engkau
paling Penyayang dari sekalian penyayang.”
Jadi keharusan dan kebaikan, dan bertawassul
dengan seseorang yang dikasihi Allah itu memang disyariatkan, kerana ternyata
ianya dilakukan sendiri oleh Nabi s.a.w. Bagaimanapun, golongan Wahabi menerusi
tuduhan liar, buruk sangka dan memfitnah semata-mata tetap mengatakan bahawa
bertawassul dengan peribadi seseorang seperti itu dilarang atau mendatangkan
dosa besar atau syirik.
Amalan bertawassul seperti yang diterangkan di atas
memang dilakukan oleh generasi sahabat. Imam al-Baihaqi dan Ibn Abi Shaibah
dengan sanadnya yang sahih ada meriwayatkan bahawa di zaman pemerintahan Khalifah
Umar Ibn al-Khattab r.a. telah berlaku musim kemarau, lalu seorang sahabat yang
bernama Bilal ibn al-Harith pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan berkata:
“Ya Rasulullah, mintalah
hujan (kepada Allah) untuk umatmu, kerana mereka hampir binasa.”
Setelah berdoa
tawassul tersebut, Bilal ibn Harith telah bermimpi di mana beliau telah ditemui
Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya bahawa hujan akan dituruni oleh Allah
S.W.T.
Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. seperti yang diri-
wayatkan oleh al-Bukhari dari Anas juga ada bertawassul dengan bapa saudara
Nabi, Abbas Ibn Abd al-Mutalib iaitu ketika berlakunya musim kemarau. Umar
ibn al-Khattab berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya
bila kami menghadapi kemarau kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami
(Muhammad) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami
bertawassul kepada Eng- kau dengan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., maka
turunlah hujan kepada kami. Anas r.a. menyebutkan: Maka hujan pun diturunkan ke
atas mereka.”
Al-Iman al-Syafi’i ketika tinggal di Baghdad pernah
menziarahi ke makam Imam Abu Hanifah, setelah beliau memberi salam maka beliau
berdoa dengan bertawassul kepada Imam Abu Hanifah itu supaya hajatnya dikabulkan
oleh Allah S.W.T.
Imam al-Syafi’i tidak melarang bila mengetahui bahawa
penduduk Maghribi bertawassul dengan Imam Malik. Imam Ahmad ibn Hambal juga
telah bertawassul dengan Imam al-Syafi’i sehingga menimbulkan rasa hairan dan
takjub di dalam hati puteranya, Abdullah. Al Allamah ibn Hajar dan menyebut di
dalam kitabnya, al-Sawa’iqal-Muhriqah bahawa Imam al-Syafi’i bertawassul
dengan ahli keluarga Nabi s.a.w. sehingga beliau menyebutkan hal itu di dalam
syair seperti berikut:
“Keluarga Nabi itu adalah
perisaiku. Mereka itu adalah wasilahku kepada Allah. Dengan mereka itu aku
berharap semoga aku diberikan buku catatan amalanku di tangan kanan.”
Al-Imam Abu al-Hassan al-Shadhili menggalakkan umat Islam
supaya bertawassul dengan Imam Al-Ghazali sambil menyebutkan: “Sesiapa yang ada sesuatu hajat kepada Allah dan ia berkehendak
supaya Allah menga- bulkannya, maka hendaklah ia bertawassul kepada Allah
dengan al-Imam Al-Ghazali.”
Berdasarkan kepada hujah-hujah atau dalil-dalil yang
telah dihuraikan di atas itu, maka kita dapati bahawa amalan bertawassul yang
diterangkan di atas memang dilakukan oleh generasi sahabat dan para
al-salaf iaitu bertawassul dengan peribadi Nabi s.a.w.,
nabi-nabi a.s. dan orang-orang soleh atau wali-wali Allah itu adalah baik dan
diharuskan, sama ada semasa hayat mereka ataupun sesudah kewafatan mereka.
Malah, amalan tersebut merupakan amalan
yang benar wujud di dalam Islam. Amalan ini pada mulanya adalah yang diterima
baik oleh seluruh umat Islam sehingga ke zaman Ibn Tai- miyyah. Mulai zaman
beliau itulah amalan bertawassul itu menjadi khilafiyyah, maka amalan
tersebut nyata juga bukan amalan bid’ah, kerana bid’ah (bid’ah dalalah) ialah
menambah agama, sesuatu yang tidak ada sama sekali pada agama itu ditambahkan
atau dimasukkan ke dalam agama. Di samping itu, perkara khilafyyah sememangnya
tidak boleh dianggap bid’ah.
Demikianlah amalan tawassul dengan Nabi s.a.w., para
sahabat dan orang-orang mukmin yang soleh adalah merupakan amalan yang wujud
dalam Islam yang dilakukan oleh Nabi
s.a.w. dan generasi umat Islam di zaman yang awal dengan tujuan
mendapatkan keberkatannya dan supaya mudah dikabulkan doa oleh Allah.
Nabi s.a.w., para sahabat r.a atau orang-orang mukmin yang soleh itu hanyalah
sebagai alat atau wasilah untuk sampai ke hadrat Allah, kerana jalan untuk sampai ke hadratNya penuh dengan
liku-liku yang merbahaya (gangguan syaitan dan hijab nafsu) bagi kita yang
lemah imannya. Bolehlah diibaratkan
apabila kita mengalami kesakitan maka kita memerlukan ubat untuk menyembuhkannya. Oleh itu, jika kita orang yang waras, dan bukan bodoh
dan bebal, maka sudah tentu kita tidak beranggapan bahawa ubat itu sebagai Tuhan atau tandinganNya
(menyekutukanNya), bahkan ianya hanyalah semata-mata alat atau sebab musabab
yang telah mengikut sunnahtullah.
Para pengikut Ahlus Sunnah tidaklah sebodoh seperti yang
difitnahkan sehingga menganggap Nabi
s.a.w., para sahabat dan orang-orang
mukmin yang soleh yang telah wafat atau meninggal itu sebagai Tuhan yang boleh
mengkabulkan doa atau permintaan. Ternyata fitnah yang dilontarkan oleh
golongan Wahabi secara membuta tuli terhadap amalan tawassul itu merupakan
golongan yang telah terpesong akidahnya dan sentiasa memutar belit fakta-fakta
dan dalil-dalil tentang amalan ini yang telah wujud sejak zaman Nabi s.a.w. Perkara yang amat terang
ini tidak tergambar sama sekali untuk diingkarkan atau ditolak kebenarannya
kecuali oleh orang yang telah ditulis oleh Allah di dalam catatan amalan mereka dengan kerugian besar dan tidak
mendapat rahmatNya. Malah, kebaikan amalan mereka telah digugurkan di dunia
dan akhirat, dan mereka itulah orang-orang yang tidak mendapat pertolongan.
2) Menghancur
kubah-kubah yang ada di makam-makam kerana golongan Wahabi menganggap hal ini
menjadikan orang-orang Islam sebagai musyrik. Banyak makam sahabat r.a. dan
bangunan-bangunan dihancurkan dengan alasan membenteras syirik. Ini adalah
suatu tindakan paling bodoh yang dilakukan kerana sifat mazmumah dalam diri
ummah itu yang wajib diperangi dengan berzikir dan bermujahadah supaya hati itu
tidak terhijab oleh sifat-sifat keji (hati yang mati).
Dakwah Nabi s.a.w. tidak memenggal patung atau berhala
kaum jahiliyyah tetapi mengubati pelbagai sifat mazmumah dalam diri
mereka dengan berzikrullah dan bermujahadah memerangi nafsu. Maka mereka
sendirilah yang menghancurkan patung sembahan mereka setelah dakwah Islam
berjaya membersihkan sifat-sifat keji itu. Bukan sahaja terkikis segala
kemungkaran dan kejahatan malah bertukar 360 darjah menjadi peribadi yang memiliki
akhlak yang sangat mempesonakan. Kita perlu menyedari dan memahami hakikat ini.
Lebih-lebih lagi perlu menerima hakikat bahawa musuh paling utama dalam
pertarungan ini adalah nafsu dan bukannya berpunca musuh lahiriah.
Dengan itu
adalah lebih baik jika golongan Wahabi memberi nasihat atau
tarbiyah secara berhemah tentang amalan bertawassul di atas makam dan bukannya
terus menerus memfitnah dan bersikap buruk sangka terhadap amalan yang
sememangnya telah wujud dalam Islam. Adakah dengan meruntuhkan kubah-kubah dan
bangunan-bangunan (sejak 200 tahun lepas) dapat memulihkan keruntuhan akhlak,
kehancuran negara-negara Arab dan kepincangan akidah bangsa Arab seperti yang dicanang-canangkan?
Hakikatnya,
bangsa Arab pernah menempa zaman keagungan dengan Islam, tetapi kini
mereka jatuh tersungkur di tangan Barat
yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi dan teknologi akibat penyelewengan
proses tarbiyah akidah. Ternyata mereka telah pun “hanyut” dalam
tarbiyah ilmu Akidah reka cipta hingga “mencairkan” prinsip-prinsip akidah
sebenar yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai. Mereka (kaum Wahabi) hanya berbangga dapat
menggempur kubah-kubah dan bangunan-bangunan yang dianggapkan seperti
berhala-berhala itu kerana takut kepada kesyirikan dan bid’ah (atas sifat buruk
sangka dan fitnah yang didorong oleh sifat-sifat
mazmumah), tetapi sifat-sifat keji (mazmumah) dalam diri terus subur dan berkembang dalam kalangan
bangsa Arab pada hari ini tanpa disedari kerana mengabaikan tarbiyah hati
(berzikir dan mujahadah), lantas menjadikan mereka tergelincir dari landasan
akidah yang sebenar. Dari segi keruntuhan akhlak, masyarakat Islam
seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam
Dalam sejarah dakwah Nabi s.a.w. di kota
Makkah (13 tahun) dan di kota Madinah (10 tahun), baginda dan para sahabat tidak pernah menggempur tempat perjudian,
meminum arak, pertaruhan dan sebagainya. Namun selangkah demi selangkah, Nabi
s.a.w. dan para sahabat r.a. berjaya menggempur pelbagai sifat mazmumah
dalam diri mereka (orang yang baru memeluk Islam) untuk mencapai Akidah Islam
yang hakiki dan memiliki sifat-sifat taqwa yang sebenar. Oleh sebab itulah,
maka Allah S.W.T. berfirman:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan
yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan
melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat
menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembalinya
mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(Surah
al-An’am, ayat: 108)
Dari keterangan yang kita paparkan di atas
nyata sekali ayat al-Quran tersebut di atas mengharamkan celaan terhadap
sembahan-sembahan orang musyrik, meskipun hal (celaan) itu pula adalah tanda
keimanan seseorang kepada Allah. Orang yang diperangi sebelum mendapat petunjuk
Allah akan merasa dendam dan benci
kepada Islam dan akan terus terhijablah mereka daripada hidayah Allah.
Sebaliknya, dakwah Nabi s.a.w. di kota Makkah dan Madinah dalam menyebar syiar
Islam adalah tanpa menggempur patung atau berhala dan bangunan orang kafir.
Inilah bentuk
pemikiran dan tindakan ganas yang ditonjolkan oleh golongan yang
ditarbiyahkan dengan ilmu Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi). Mereka (puak
Wahabi) sanggup menggempur dan
merobohkan kubah-kubah dan masjid-masjid orang Islam yang didirikan sejak lebih
seribu tahun lampu dengan alasan memerangi bid’ah dan syirik yang didasarkan
oleh logik akal dan dorongan nafsu semata-mata. Oleh kerana terlalu ghairah
untuk menggempur tempat-tempat bersejarah itu, maka mereka lupa akan kebaikan
dan keberkatan yang ada di dalamnya (darjat hati/roh golongan al-muhsinin)
yang hanya mampu dilihat dan difahami oleh golongan yang memiliki pandangan
mata hati (basirah). Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Janganlah sesekali kamu
menyangka bahawa orang yang
terbunuh (yang gugur syahid) pada
jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi
Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
(Surah Ali Imran, ayat:
169)
Di dalam kitab Shahih Bukhari dan Sahih Muslim
diriwayatkan dari Nabi s.a.w. dari beberapa jalur, bahawa baginda memerintah
untuk mengumpulkan para syuhada perang Badar dan meletakkan ke dalam satu
lubang bekas sumur. Kemudian baginda datang dan berdiri dekat mereka sambil
memanggil nama mereka satu persatu: “Wahai
Polan bin Polan, wahai Polan bin Polan, ...apakah kamu mendapat apa yang
dijanjikan Tuhan kamu adalah benar? Sesungguhnya aku telah mendapat apa yang
dijanjikan Tuhanku kepadaku adalah benar.”
Lalu Sayyidina Umar bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin engkau
bercakap dengan orang-orang yang sudah menjadi bangkai?” Baginda menjawab: “Demi Tuhan Yang Mengutusku dengan kebenaran,
mereka lebih mampu mendengar apa yang aku katakan daripada kamu, hanya sahaja
mereka tidak mampu menjawab.”
Demikian juga kisah Ashabul-Kahfi iaitu sekumpulan
orang mukmin yang sayangkan iman mereka dari tindakan raja mereka. Mereka telah
melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah gua. Mereka tinggal di dalam gua
itu dalam keadaan tidur selama 309 tahun tanpa menghadapi apa-apa bahaya dan
mudarat. Allah S.W.T. berfirman, maksudnya: “Mereka itu tinggal di dalam gua
mereka itu selama tiga ratus ditambah sembilan tahun.”
(Surah al-Kahfi, ayat: 25)
Nabi s.a.w. pernah menyebutkan di dalam
Hadisnya semasa peristiwa ‘Israk dan Mikraj’ yang bermaksud:
“Aku berjumpa Nabi Musa berdiri dan bersolat
di atas kuburnya di Katib Ahmar (Baitulmaqdis).”
Mengenai roh (selepas kematian) itu melakukan tasarruf dan berlakunya
beberapa perkara (yang ganjil atau menakjubkan) daripada mereka dengan
kekuasaan Allah, sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. selepas terbunuhnya
Ja’afar bin Abi Talib telah bersabda:
“Aku dapat melihat Ja’afar bersama sekumpulan
malaikat sedang membawa berita gembira kepada penduduk daerah Biythah (satu
daerah di Yaman) dengan hujan.”
(HR Ibn ‘Idi)
Keberkatan atau kekeramatan itu juga telah
thabit berlaku pada wali Allah sama ada
di masa hidup mahupun setelah mati mereka sebagaimana yang terdapat dalam
kebanyakan (jumhur) ulama Ahlus Sunnah. Tidak ada pendapat dalam mana-mana
mazhab yang empat yang menafikan berlakunya kekeramatan dalam kalangan para
wali itu setelah mati, bahkan berlakunya itu adalah lebih utama kerana al-nafs
atau rohaniah manusia pada masa itu adalah suci dari berbagai kotoran batin.
Bagaimanapun, akibat menjalani proses tarbiyah ilmu Akidah reka cipta, maka
golongan ini terus terhijab pandangan
mata hati (basirah) dan mereka tidak dapat mencerap atau melihat
pelbagai rahsia alam rohaniah (alam malakut). Dengan itu mereka
sentiasa menafikan berlakunya berbagai kekeramatan pada para wali Allah
meskipun sesungguhnya perkara tersebut bukanlah mustahil menurut kekuasaan
Allah, malahan perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara harus dijadikan
atau tidak dijadikan oleh Allah seperti
juga berlakunya berbagai mukjizat pada para nabi.
Al-Tabrani dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir
jil.3 hal. 204, menjelaskan bahawa di dalam Masjid Khaif (di Mina) terdapat 80 buah makam para nabi. Namun begitu,
masjid ini telah ada semenjak zaman al-salaf. Kenapa mereka mempertahankan
tertegaknya masjid itu. Jika ia merupakan perbuatan syirik, sewajarnya sejak
dulu lagi bangunan itu telah dihancurkan oleh Nabi s.a.w. berserta para
sahabatnya. Adakah Nabi s.a.w. membiarkan kesyirikan berlaku dalam kalangan
umatnya atau sebaliknya puak Wahabi ini lebih arif daripada baginda? Ternyata kaum Wahabi ini
bertindak menerusi fitnah dan buruk sangka semata-mata, dan mereka tidak dapat
melihat hikmah atau kebaikan menerusi pandangan mata hati (basirah) di
sebalik segala sunnah Nabi s.a.w., sunnah para sahabat dan amalan al-salaf ini.
Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
“Pendedahan ini berlaku semasa orang itu
saling membantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati.
Setelah itu, maka (sebahagian dari- pada) mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan
di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka.” Orang
yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata, “Sebenarnya kami
hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka.”
(Surah al-Kahfi, ayat: 21)
Secara langsung ayat tersebut di atas menceritakan tentang
majoriti masyarakat monotheis (ahli tauhid) ketika itu yang telah bersepakat
untuk membangunkan sebuah masjid di sisi makam para penghuni gua (Ashab
al-Kahfi). Oleh itu, sudah pasti para jemaah mazhab Wahabi sepakat dengan
kaum Muslimin lain bahawa ayat al-Quran bukan sekadar menceritakan perkara menarik yang berlaku dalam
kalangan umat yang terdahulu untuk mengkhayalkan dan menghiburkan semata-mata,
tetapi merupakan pelajaran untuk dijadikan pedoman hidup kaum Muslim sepanjang
zaman.
Jika kisah pembinaan masjid di sisi makam Ashab
al-Kahfi merupakan satu perbuatan syirik, maka sudah pasti Allah telah mengingatkan dan melarang pembinaan
rumahNya dalam lanjutan kisah di dalam al-Quran itu. Syirik ialah perbuatan
yang paling dimurkai Allah. Namun, terbukti Allah tidak melakukan peneguran sama ada secara
langsung atau sindiran. Oleh itu, atas dasar inilah maka ulama tafsir Ahlus
Sunnah menyatakan bahawa para penguasa ketika itu adalah orang yang bertauhid
kepada Allah dan bukan quburiyun (kaum
musyrik penyembah kubur).
Kita lihat perilaku al-salaf yang ditunjukkan
oleh Abu Jundal r.a., sahabat mulia Nabi s.a.w. yang mana ahli sejarah
menukilkan pengalaman beliau dengan berkata: “Suatu masa, sepucuk surat Nabi
s.a.w. sampai ke tangan Abu Jundal. Ketika surat itu sampai, Abu Bashir (juga
seorang sahabat Nabi s.a.w. yang menemani Abu Jundal) sedang nazak. Kemudian
dia meninggal dunia sambil menggenggam surat baginda. Kemudian Abu Jundal
mengebumikan Abu Bashar di tempat itu dan membangunkan masjid di
atasnya.”Adakah sahabat Nabi s.a.w. seperti Abu Jundal r.a. melakukan perbuatan
syi- rik? Jika syirik, mengapakah tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat r.a.
lain yang menegurnya? Adakah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. yang lain tidak
tahu peristiwa itu? Jika mereka tahu, mengapa dibiarkannya?
Kata mufti Mesir, Syaikh Dr. Ali Jum’ah:
“Kalau ada segelintir orang yang sembah kubur,
bukan syariat ziarah kubur itu menjadi masalahnya. Masalahnya
pada kefahaman orang tersebut. Kalau dia memang menyembah si mati, maka isu
menyembah kubur itu tidak ada pun, maka
dia akan sembah si mati seperti orang Nasrani. Jadi, yang perlu dibetulkan
ialah akidah umat Islam menerusi proses pembelajaran dan tarbiyah (akidah),
bukan mengharamkan ziarah kubur dan sebagainya. Logikkah takkala seseorang
Muslim yang bertawaf di Kaabah, lantas dia menyangka bahawa Kaabah itulah
Tuhannya. Maka tindakan yang perlu diambil ialah me- musnahkan Ka’abah tersebut,
atau menjelaskan kepada orang tersebut tentang siapakah Tuhannya yang sebenar?
Jadi, penyelesaian di sini juga merupakan
penyelesaian untuk masalah sebelum ini (ziarah kubur)…”
Dari fakta-fakta yang telah dihuraikan di atas iaitu yang
berkaitan mendirikan masjid di atas makam para sahabat dan para solihin adalah merupakan perkara
yang dibolehkan dalam Islam sesuai dengan dalil al-Quran dan perilaku al-salaf.
Oleh itu, maka amat jelas sekali bahawa hukumnya tidaklah seperti yang didakwa
oleh kelompok Wahabi yang bertopengkan dengan nama jemaah Salafi menerusi
tuduhan liar dan memfitnah semata-mata,
lantas menghukum amalan seseorang
muslim yang tidak sefahaman dengan mereka itu sebagai syirik. Inilah mazhab agama yang
baharu muncul dalam Islam (Khawarij Moden) yang mudah melafazkan kalimah syirik
dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui.
3) Menolak
sambutan Mawlid Nabi s.a.w. dan amalan
marhaban, berzanji, qasidah, burdah dan sebagainya yang memuji-muji Nabi
s.a.w. yang dianggap bid’ah. Mereka juga mendakwa bahawa amalan memuliakan baginda s.a.w. boleh
membawa kepada syirik.
4) Sering
mengambil hukum secara langsung dari sumber al-Quran dan Hadis walaupun mereka
tidak layak, iaitu tanpa ijmak ulama dan qias. Mereka sentiasa mengutamakan pendapat Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad
bin Abdul Wahab, Albani dan lain-lain tokoh Wahabi. Kadang-kadang mereka sudah
menjadi tidak tentu arah, sekejap mengikut kaedah Albani dan sekejap mengikut
kaedah Abdullah bin Baz. Bahkan sesama mereka saling ‘bercakaran’ hingga
melahirkan kumpulan baharu. Sebab itu al-Muhaddis al-Hafiz Abdullah al-Harari
mengatakan mazhab Wahabi adalah agama baha- ru (rujukan: Al-Mangolas
al-Sunniyyah - Beirut).
Di samping itu golongan ini seringkali bertukar nama mazhab
untuk menghindari kemarahan orang Islam terhadap kesalahan yang telah mereka
lakukan. Malah, mereka juga menyusup di tengah-tengah masyarakat Islam lainnya.
Antara nama yang mereka gunakan:
a) Jemmah Salafi Moden
b) Jemaah al-Sunnah
c) Jemaah Laskar Jihad
d) Yayasan Ahlus Sunnah
Waljamaah
e) Ahli Hadis
5) Gemar
membangkitkan persoalan yang bersifat khila- fiyyah yang sudak lama
diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talkin, qunut,
zikir berjemaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, membaca
surah Yasin di malam Jumaat, solat terawih 20 rakaat di bulan Ramadan dan
sebagainya, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali
tidak selari dengan pemahaman Sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan
juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi keilmuan Islam yang
membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiyyah sejak lebih
1,000 tahun lampau. Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh
masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan
Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan dalam kalangan sebahagian
masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran
imam-imam muktabar dalam bidang Fiqah.
6) Puak Wahabi
secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan
hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu, manakala Wahabi di Malaysia cuba
mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan ulama Nusantara.
Mereka memerangi konsep bermazhab dan melarang seluruh umat Islam berpegang
kepada ijtihad para ulama muktabar dan melarang golongan awam untuk
bertaklid. Sebaliknya, para pengikut Wahabi dibolehkan bertaklid dengan ijtihad
para tokoh Wahabi, lantas tanpa disedari maka jadilah mereka sebagai golongan
mazhab yang kelima yang baru muncul dalam Islam.
7) Perkataan
bid’ah sentiasa diulang-ulang ke atas perbuatan yang mereka tidak setuju.
Bid’ah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjuruskan pengamalnya
ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bid’ah akan mereka
ulang-ulangi. Menurut fahaman mazhab ini bahawa pembahagian ulama lain pada
bid’ah hanyalah bid’ah dari sudut bahasa.
8) Hanya berpegang
kepada satu pendapat dalam hukum hakam Fiqah jika mempunyai dalil yang zahir
dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan Hadis, seolah-olah mereka dapat
membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan
dalil-dalil yang ditemui.
Pada awal perkembangan mazhab ini, golongan ini amat keras dan menyerang
secara terbuka dengan membid’ahkan dan menyesatkan kebanyakan amal ibadat umat
Islam. Kini mereka menukar strategi
dakwah secara licik dan halus
kepada seluruh umat Islam di dunia. Bagi mereka, tidak perlu seseorang itu
menjadi pengikut mazhab Wahabi atau jemaah Salafi, tetapi memadailah umat Islam
terpengaruh dengan ajaran dan diayah mazhab ini. Malahan perubahan ummah ini mereka anggap sebagai
satu kejayaan misi mazhab baharu ini.
Kesimpulannya, inilah gerakan Wahabi
yang ditunjangi, dipandu dan dipimpin oleh para ulama yang radikal, ekstrim dan
tergelincir dari landasan Akidah Islam yang sebenar. Mereka terus menebarkan
kebencian dan permusuhan yang didokong oleh sumber kewangan yang cukup besar.
Mereka sinonim menuduh, memfitnah, buruk sangka dan mencaci terhadap golongan
Ahlus Sunnah yang tidak sejalan dengan mereka sebagai kafir, syirik dan ahli
bid’ah. Mereka memiliki kerajaan yang kuat dan berpengaruh untuk menggerakkan
ajaran sesat mereka ke seluruh dunia Islam, membuat tadlis (penipuan dan
pengubahsuaian) di dalam karya-karya agung ulama muktabar masa silam yang tidak
bersependapat dengan mereka. Oleh itu, mengkafirkan orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah
memecahbelahkan saf orang Islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran
kerana bagaimana kita orang Islam berkesedudukan dengan ajaran Wahabi yang
mengkafirkan kita umat Islam dan menghalalkan darah seluruh umat Islam.
Dakwah Keimanan Wahabi Menjurus Penyuburan Sifat-sifat Mazmumah
Dalam Diri
Berasaskan cara hidup dengan makan,
tidur dan rehat yang berlebihan, di
samping sentiasa malas untuk beramal ibadat kerana sentiasa menganggapnya
sebagai bid’ah menjadikan golongan mazhab ini sentiasa leka dalam kelalaian
tanpa berzikrullah (memiliki hati yang mati). Sikap ini terus menyuburkan
sifat-sifat mazmumah dalam diri
yang tidak boleh dimiliki untuk
menghampirkan diri kepada hadrat Allah
dan keredaanNya. Ini menjadikan mereka terus terhijab pandangan mata hati (basirah).
Dengan penampilan fizikal yang gemuk dan perut yang buncit jelas menggambarkan
mereka merupakan pemburu keseronokan duniawi yang rakus dan pemuas kehendak
hawa nafsu yang membuta tuli (makan dan tidur yang berlebihan). Begitulah
realitinya banyak perkara yang sifatnya sedemikian yang mana para pengikutnya
sentiasa ingkar kepada perintah Allah, namun ia terus menjadi ikutan kebanyakan
manusia akibat diri mereka sentiasa dikuasai oleh kerakusan nafsu. Tanpa disedari mereka bahawa kenyanglah
merupakan asas bermaharajalelanya nafsu menguasai diri. Ini dijelaskan oleh
Aishah r.a. dengan katanya:
“Pertama kali
bida’ah yang terjadi sepeninggalan Rasulullah s.a.w. adalah kenyang.
Sesungguhnya kaum itu ketika kenyang perutnya, maka liarlah nafsunya menghadapi
dunia ini.”
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Hidupkanlah
hati kamu dengan kurang ketawa dan kurang kenyang dan bersihkanlah hati kamu
itu dengan berlapar, nescaya hati kamu itu jadi bersih dan lembut (mudah
menerima taufik dan hidayah).”
Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada tempat yang paling buruk yang selalu diisi
oleh anak Adam melebihi perutnya. Adalah sudah cukup baginya beberapa suap
untuk menguatkan tulang belakangnya agar dapat tegak berdiri. Jikalau tidak
dapat dihindarinya, makanlah dengan sepertiga perutnya, sepertiga untuk air
minumannya dan sepertiganya untuk nafas.”
(HR
Tirmizi, Ibn Majah)
Wahab bin Munabbih berkata: “Tidak seorang pun dari Bani Adam yang amat disukai oleh
syaitan sendiri kecuali orang yang banyak makan dan banyak tidur.”
(Imam Ahmad dalam Az Zuhud)
Berkata Abdul Wahid bin Zahid: “Orang yang kuat menahan lapar, dia akan
kuat pula melindungi agamanya. Orang yang kuat menahan perutnya, maka dia pun
kuat mempertahankan akhlak dan kesolehannya. Orang yang tidak mahu tahu kaitan
bahaya perut (makan berlebihan) dengan perlindungan agamanya, maka dia adalah
orang yang buta dalam ibadatnya.”
Begtulah pandangan dan tasawwur (memberikan gambaran atau tanggapan)
menyeleweng dalam kalangan kebanyakan umat Islam pada hari ini, apabila mereka sentiasa
mengabaikan kewajipan sentiasa berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi
kehendak hawa nafsu. Mereka umpama binatang ternakan dan disebut sebagai orang yang sesat (hati yang
mati) di dalam al-Quran. Selagi seseorang itu masih menurut kehendak hawa
nafsunya, maka selama itulah ia tidak akan berjaya dalam perjalanannya kepada
Allah itu. Sehubungan perkara berkaitan Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya:
“Pernahkah kamu
melihat orang yang menjadikan nafsunya sebagai
Tuhan dan Allah
membiarkannya sesat...”
(Surah
al-Jatsiyah, ayat: 23)
Allah S.W.T. juga berfirman:
أَرَأَيْتَ
مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا
كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلاً
Maksudnya:
“Apakah kamu
tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya, apakah
kamu menjadi pemelihara ke atasnya ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan
mereka mendengar dan berakal?
Tidak lain mereka itu kecuali seperti
binatang ternakan malahan lebih sesat lagi.”
(Surah al -
Furqan, ayat: 43-44)
Ternyata golongan Wahabi ini telah menghabiskan dan mengorbankan seluruh tenaga
dan usia dengan sia-sia iaitu sekadar memberi penumpuan kepada jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta yang tidak memberi manfaat kepada aspek
rohaniah. Hati nuraninya sedikitpun tidak dapat melemahkannya daripada berbuat
demikian, kerana sesungguhnya hati nuraninya telah pun mati akibat hijab nafsu.
Tiada keimanan bagi mereka yang mempertuhankan nafsunya dan menyembah
syahwatnya. Tiada pula padanya akal fikiran kerana sesungguhnya syahwatnya
telah menguasai fikirannya dan hawa nafsunya telah mengunci jendela
pemikirannya. Buatlah pelbgai cara atau
jalan tarbiyah akidah
reka cipta, namun jika tidak berasaskan amalan zikir mengingati Allah
dan bermujahadah memerangi nafsu (Akidah al-Quran), maka ianya tidak akan
berhasil mencegah dan membendung gejala negatif dan kemungkaran dalam kalangan
ummah.
Jika hawa nafsu seseorang itu telah menguasai
akal dan hati nuraninya, sehingga dia lebih mematuhi kehendak hawa nafsunya
daripada perintah Allah S.W.T., maka pada hakikatnya mereka telah menjadikan
nafsu itu sebagai tuhan kerana selalu mengutamakan ajakan hawa nafsunya,
sedangkan kepada Allah ia sentiasa
derhaka dan ingkar. Nabi s.a.w. sentiasa mengingatkan kepada ummah agar tidak
terpedaya oleh desakan hawa nafsu yang melalaikan manusia dengan kehidupan
dunia.
Terjadi ini semua sangat bercanggah dengan fitrah manusia yang sentiasa
inginkan kebahagiaan hidup di akhirat. Pelakunya menentang fitrahnya sendiri
kerana dikuasai kerakusan hawa nafsu. Sememangnya fitrah secara bersendirian
tidak sepenuhnya berkemampuan menolak sifat-sifat keji nafsu itu. Ianya mesti
dibersihkan dengan jalan bermujahadah memeranginya dan membaiki
penyakit-penyakit hati dari berbagai-bagai sifat tercela, dan menghiasi hati dengan berbagai-bagai
sifat terpuji.
11.
Keruntuhan Akhlak Ummah Yang
Lalai Berzikir Mengingati
Allah
Para ulama atau ilmuwan ataupun pengkaji
Wahabi hari ini tidak menyedari dan menerima hakikat
bahawa longgokan ilmu dan kefahaman Islam (pelbagai bidang) pada akal dengan
memiliki diploma atau ijazah dari
pusat-pusat pengajian tinggi tidak akan mampu memerangi nafsu dan membaiki
penyakit-penyakit hati. Ternyata, pengajian agama masa kini hanya pandai
menghafal atau memberi pengetahuan, tetapi mereka tidak memiliki kesempurnaan
akidah atau kemampuan bagi para pelajar itu melaksanakan ajaran agama dengan
sempurna ataupun gagal memiliki akhlak yang mulia dan mempesonakan. Maka tidak
menghairankan kita kenapa ada ulama atau ilmuwan dalam bidang agama, tetapi
mereka juga terlibat dengan kemungkaran, penyelewengan dan kezaliman. Oleh itu,
kita tidak sepatutnya hairan kenapa golongan ilmuwan (agama) juga tidak dapat menahan diri daripada melakukan
kemungkaran dan kejahatan. Malah, apabila berdepan dengan cabaran-cabaran
globalisasi yang begitu mengerikan dalam kehidupan harian, barulah mereka sedar
bahawa pelbagai bidang agama yang dipelajari selama ini belum begitu bersedia
berdepan dengan masalah (ummah) itu dan ditambah dengan sikap “rational
thinking” pemikiran saintifik dan komprehensif umat Islam moden yang lebih
berani dan bebas.
Aspek “ritual” dan terlalu berorientasikan peperiksaan yang ditekankan
selama ini adalah kurang relevan untuk melahirkan para pelajar agama yang
benar-benar memiliki akidah yang sebenar, sifat taqwa dan akhlak yang mulia. Kebanyakan cetusan
idea dan pandangan golongan ilmuwan ini lebih cenderung kepada pemerintah.
Hubungan yang akrab antara mereka dengan pemerintah seharusnya dimanfaatkan
untuk memberi nasihat dan teguran agar pemerintah, dan umat Islam dapat memahami
mengenai konsep Islam yang bertamadun, iaitu menegakkan yang makruf (kebaikan
dan kebajikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan dan keburukan). Secara
jelas, golongan agamawan memikul amanah untuk menggerakkan Islam bukan sahaja
secara konseptual tetapi juga dari segi pelaksanaannya.
Di samping itu, terdapat juga para
pelajar yang melanjutkan
pengajian agama di peringkat sarjana
atau doktor falsafah (Ph.D) di bawah bimbingan para orientalis
di universiti negara-negara Barat.
Mereka ini akan membawa faedah kepada pihak universiti kerana mereka
dapat “dipergunakan” bagi tujuan kajian akademik yang berkemungkinan sukar
untuk para penyelidik Barat melakukannya. Lebih-lebih lagi objektif utama para orientalis adalah untuk melahirkan para graduan Islam
yang akan mempengaruhi masyarakat apabila mereka pulang ke tanah air melalui
jawatan penting dalam agensi kerajaan. Mereka akan terpengaruh dengan pensyarah
mereka dari aspek pemikiran, cita rasa serta tingkah laku sebagai manusia celupan Barat. Golongan ini secara resminya tidak menukar
nama atau agama, tetapi pemikiran mereka telah mengalami perubahan yang
berlandaskan kepada pengaruh dalam
tamadun Barat. Malah, pelbagai bidang
ilmu agama yang diperolehi itu tidak mampu membersihkan
pelbagai hijab hati para pelajar
(memiliki hati yang mati) dan mereka terus tenggelam dalam lautan lalai (kesesatan). Inilah
yang dimaksudkan dengan firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Adalah mereka
seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang
tebal.”
(Surah al –
Jumu’ah, ayat: 5)
Dalam proses penjajahan ini,
pihak kolonial Barat menggunakan sistem
pengajaran dan pendidikan sebagai satu medium atau saluran utama perubahan terhadap moral umat Islam, untuk
menjadikan mereka lemah hingga hilang jati diri, serta merasa rendah diri
sehingga menjadi mundur dan ketinggalan. Mereka menjadi murid dan sentiasa
patuh kepada tamadun Barat dan merasa rendah diri terhadap tamadunnya, tamadun
Islam. Sistem pendidikan Barat diperkukuhkan melalui sekolah-sekolah moden
dengan buku teks, kurikulum dan guru-guru yang lebih cenderung kepada pemikiran
Barat menjadikan rohani umat Islam begitu cepat bergerak ke Barat. Melalui
saluran media massa terutamanya persuratkhabaran juga berlakunya perubahan cara
berfikir, nilai, neraca malah pendapat umum. Ia dilakukan dalam bentuk berita,
rencana, kesusasteraan yang kreatif malah menggunakan gambar-gambar, di samping
penyelidikan wartawan dan temu ramah. Penguasaan, cengkaman dan arah aliran
maklumat oleh akhbar dan media massa semakin memperkukuhkan cengkaman serta
pengaruh kolonial Barat.
Sejak kurun ke 18 dan ke 19, masyarakat dan dunia Islam telah dilanda
kebekuan (sifat jumud) terutama sifat dari aspek pemikiran dan memiliki
ciri-ciri kejahilan. Islam sebagai suatu cara kehidupan meliputi akidah,
syariat dan fardu kifayah hanya tinggal
pada nama dan lambangnya. Ini membuka ruang dan peluang yang luas serta
terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal termasuk budaya, politik,
ekonomi dan ketenteraan. Serangan berbentuk fizikal dan ketenteraan ini
merupakan sebagai suatu tindak balas dunia Barat terhadap kekalahan dan keaiban
mereka di dalam beberapa siri Perang Salib. Inilah kejayaan Barat yang mahukan
semua orang di dunia hidup serupa dan tidak dibezakan lagi oleh keperibadian
dan jiwa seperti juga agama, sejarah, kebudayaan, peradaban lampau, pendidikan
dan tradisi. Dari segi psikologi, ia berjaya menyogok falsafah penguasaan orang
Barat dan kemenangan meterialisme (kebendaan) ke atas prinsip ketuhanan dan
akidah umat Islam.
Allah S.W.T. berfirman lagi yang
bermaksud:
“Kemudian Kami
jadikan kamu (wahai Muhammad) berada di atas satu syariat (yang lengkap) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah
syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui (perkara yang benar).”
(Surah
al-Jathiyah, ayat: 18)
Umat Islam masih lagi dicengkam oleh pelbagai gejala sosial, jenayah dan
keruntuhan akhlak. Belum lagi menyentuh soal rakyat miskin, penyelewengan
kuasa, rasuah, menularnya gejala murtad, pembunuhan sesama umat Islam dan
pelbagai lagi kerenah sosial dalam kalangan ummah yang masih tidak mampu untuk
diselesaikan, malah semakin parah dan terus berleluasa. Di samping itu,
ummah juga sudah terkeliru dengan slogan
memeriahkan majlis ilmu agama yang dianggapkan amat besar fadilatnya menerusi
ceramah agama atau bacaan kitab-kitab di masjid atau surau pada setiap hari. Oleh itu, penyampaian agama dilihat sekadar
membuka dan menutup kitab sahaja, iaitu tarbiyah ilmu agama yang hanya tersebar
sekitar teori - dalam bentuk lisan dan slogan, lantas mereka memiliki hati yang mati (kesesatan). Ilmu itu
hanya berpaut pada akal atau sekadar hafalan
semata-mata. Ia tidak akan mampu mengubah sikap atau mengawal diri sendiri dari
melakukan kejahatan dan maksiat. Inilah punca berlakunya semua gejala negatif
di semua peringkat masyarakat.
Pengetahuan agama yang dilonggokkan pada akal atau hanya sekadar hafalan
itu tidak dapat memerangi kerakusan nafsu dan ia tidak mendarah daging untuk
dapat dipraktikkan (akibat hijab nafsu). Oleh itu, jangan ditambah lagi dengan
kelompok ulama dan ilmuwan Wahabi yang turut membuang masa dengan berceramah,
berteori, berdialog, wacana, penulisan akademik dan sebagainya sebagai jalan
penyelesaian kepincangan akidah dan keruntuhan akhlak ummah, tetapi
ketidakadilan pemimpin, kezaliman, penyelewengan, kemiskinan dan kesempitan
hidup terus melanda umat Islam. Dengan itu umat Islam hendaklah memahami dan
menyedari serta menjauhkan dirinya
daripada sebarang rupa runtunan songsang
atau perkara-perkara yang cuba menyelewengkan Akidah al-Quran secara
sesat lagi menyesatkan, bermatlamatkan mengubah nilai-nilai sebenar hakikat
akidah (berzikir mengingati Allah) itu sehingga menjauhkan umat Islam daripada
memahami hakikat keislamannya.
Inilah jalan tarbiyah akidah ummah dewasa ini yang mana penumpuan kepada
hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah (ilmu Kalam) secara
mendalam hanya berjaya memberikan
pengetahuan, tetapi mereka gagal untuk
melaksanakan segala amal ibadat dengan sempurna (gagal memiliki khusyuk hati)!
Apabila berzikir mengingati Allah sebagai tonggak utama dalam Akidah al-Quran tidak menjadi pegangan dan panduan maka
ideologilah yang menjadi pegangan. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia
tersusun dan terhimpun sebagai satu cetusan idea atau hujah-hujah dan debat yang
tercela. Begitulah sebenarnya apabila bukan wahyu yang menjadi pegangan dan
panduan, maka hidup seseorang itu dengan
apa yang difikirkannya semata-mata (ilmu Akidah reka cipta). Maka itulah ideologi yang berselindung di
sebalik apa yang sentiasa diwarwarkan oleh para ulama dan ilmuwan Wahabi
sebagai “prinsip Akidah Islam”. Dengan perkataan lain, yang dibicarakan di
dalam diskusi-diskusi atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat
Allah di majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama bukanlah aspek akidah dalam pengertian yang
sebenar-sebenarnya, tetapi hanyalah sebagai pengetahuan tentang keesaan Allah
(pengertian Rabb), sifat-sifat Allah dan
af’alNya untuk tujuan diperdengarkan semata-mata.
Demikianlah jalan tarbiyah ilmu
Akidah reka cipta (teori Tauhid Wahabi)
yang telah berkembang pesat dalam kalangan bangsa Arab masa kini menjadikan
mereka mengalami keruntuhan akhlak yang
berleluasa. Begitulah keadaan ummah yang tergelincir dari landasan
Akidah al-Quran yang sebenar, lantas menjadikan budaya hidup mereka seolah-olah
seperti tiada pegangan agama yang sempurna. Ini kerana, taat dan patuh terhadap
perintah Allah hanyalah ketika berada di Tanah Arab. Sebaliknya, apabila berada di negara asing mulalah mereka
menjadi liar dan buas. Berzina dan meminum arak sudah menjadi kebiasaan bagi
kebanyakan warga Arab yang melancung ke
luar negara. Fenomena inilah yang sentiasa berlaku dalam kalangan kebanyakan
umat Arab dewasa ini.
Pegangan agama mereka terpesong jauh daripada wahyu Ilahi, malah cara hidup
mereka sama seperti orang yang tidak ada pedoman dan pegangan agama. Mereka
diibarat sebagai musuh dalam selimut, di luar nampak syariatnya sempurna dengan
berjubah, berjambang dan berpurdah (wanita) tetapi hati mereka telah mati
(kesesatan). Tercemar imej Islam itu lantaran keperibadian umatnya yang tidak
menjadi model atau contoh ikutan. Ini benar-benar merupakan suatu krisis
keruntuhan akhlak yang sangat berleluasa di zaman ini. Para ulama dan ilmuwan Wahabi gagal untuk
memperbaiki keadaan kelemahan bangsa Arab secara keseluruhannya, malah
menjadikan mereka semakin jauh jaraknya
dengan tamadun Islam. Ternyata, ini me- nambahkan lagi kemunduran yang semakin
tenat dan berpecah-belah.
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
akan ada pada umatku beberapa golongan manusia yang menghalalkan zina, sutera,
arak dan alat muzik.”
(HR Imam Bukhari dalam Sahihnya
No.5590 )
Melihat kepada telatah dan gelagat masyarakat Islam itu tidak langsung
memberi gambaran betapa cantik dan indahnya ajaran Islam itu. Boleh dikatakan
bahawa mereka fasih mengenal dan memahami al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w.
yang diturunkan dalam bahasa mereka. Ternyata ia bukan masalah tidak faham,
akan tetapi hati mereka terhijab (kesesatan) akibat mengabaikan amalan zikir
mengingati Allah (Akidah al-Quran). Mereka seolah-olah tidak memahami hakikat
Islam yang sebenar-benarnya. Inilah
yang telah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam tentang
adanya golongan yang keluar agama
(mengabaikan tarbiyah aspek rohani)
walaupun mereka mampu membaca al-Quran dengan sabda baginda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya di hujung negeri ini ada satu kaum yang membaca
al-Quran, namun tidak sampai melewati kerongkong mereka (tanpa kesempurnaan
hati, iaitu menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah). Mereka keluar
daripada agama seperti anak panah keluar dari busurnya....”
Hidayah Allah S.W.T. sekali-kali tidak akan menyinari hati mereka yang
terdapat padanya karat-karat ‘kufur’ (pelbagai hijab). Ini kerana Allah S.W.T. hanya memberi petunjuk kepada
hati mereka yang bersih dari sifat-sifat keji (penyakit-penyakit hati). Inilah
yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
“Daripada
kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa tersembunyi.”
(Surah al-Nas,
ayat: 4)
Allah S.W.T. juga berfirman.
Maksudnya:
“Dan agar hati
kecil orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan
(syaitan) itu dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu
mengerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan itu.”
(Surah al-An’am,
ayat: 113)
FirmanNya lagi
yang bermaksud:
“Dalam hati
mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka seksa
yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
(Surah al-Baqarah, ayat:10)
Oleh sebab itulah, maka Nabi s.a.w. telah mengingatkan umat Islam tentang
kesesatan kaum Yahudi dan Nasrani meskipun mereka memilki al-Kitab tetapi meninggalkan kebenaran disebabkan hati
mereka telah menjadi fasik (hati yang mati). Begitu juga yang berlaku
ke atas kebanyakan umat Islam masa kini yang memiliki hati yang mati (lalai
berzikir mengingati Allah), mereka juga meninggalkan kebenaran (menafikan ilmu
Akidah al-Quran), lantas Islam dan umatnya terus terpesorok di bawah
timbunan herdikan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat bodoh,
miskin dan militan, meskipun mereka memiliki al-Quran. Mereka (golongan
Wahabi) sendiri yang memilih jalan tarbiyah ilmu Akidah reka cipta, lalu mereka berdiri mencanangkan
kepada orang lain dengan berbagai-bagai slogan akidah dan golongan ini
melencong jauh dari landasan akidah yang hakiki (Akidah al-Quran).
Hakikatnya, segenap tindakan, cara
berfikir dan penampilan mereka sedikit pun tidak memperlihatkan mereka sebagai
umat Islam yang baik yang sepatutnya menjadi ‘role model’ kepada bangsa manusia
sejagat. Hingga persepsi buruk yang diberikan oleh musuh kepada ajaran Islam
itu sendiri. Salah faham ini menyebabkan keunggulan Islam sebagai agama yang
diredai Allah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat tidak terserlah, sama ada
dari segi ilmiahnya lebih-lebih lagi dari segi amaliahnya. Islam tidak
kelihatan indah sepertimana yang sewajarnya. Namun apa yang dapat disaksikan,
merekalah punca ramai dalam kalangan manusia tidak berminat
kepada Islam, malah ada dalam kalangan umat Islam sendiri mula meragui
serta hilang keyakinan terhadap Islam. Realiti ini sebenar sudah dapat ditebak
oleh Nabi s.a.w. yang pernah menegaskan
menerusi sabda baginda yang bermaksud:
“Islam
akan digelapkan oleh orang Islam.”
Kalau dibandingkan nilai Islam
dalam kehidupan di bumi umat Islam dan di negara-negara bukan Islam seperti di
sebahagian Eropah, di dapati seolah-olah nilai Islam wujud dalam aspek
kehidupan mereka seperti kehidupan
rakyat yang harmoni dan selesa, kebersihan kawasan perumahan dan persekitaran,
tandas awam yang bersih, sistem jalan raya yang moden dan percuma, pengangkutan
awam yang cekap, keperluan kehidupan harian rakyat diutamakan, pendidikan sekolah
rendah dan pengajian tinggi yang
diberikan secara percuma, terlalu kurang rasuah dan penyelewengan kuasa oleh
pemerintah, melaksanakan keadilan pemerintahan yang telus dan tidak ada rejim
yang tidak sah memerintah, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan untuk
rakyat tidak membazir dan tiada penyelewengan dana kerajaan, kerajaan juga
mampu membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan, rakyat mempunyai kebebasan
bersuara untuk menentukan keadilan dilaksanakan dan sebagainya, di mana yang
mengamalkannya adalah majoriti mereka yang bukan beragama Islam.
Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat
Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah dan lain-lain negara Islam,
kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara syariat Islam telah lama mati.
Ini sebahagiannya angkara pemerintah (rosak akidah) yang kurang prihatin
terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak
bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Syariat Islam secara keseluruhan dalam
kehidupan mereka dan mereka (para pemimpin) tidak mahukan Islam, malah menyekat
dan menghalang segala program keagamaan, dan kebebasan bersuara (keadilan)
dalam kalangan rakyat. Kebanyakan pemimpin kuku besi ini terlibat dalam pembunuhan,
pemenjaraaan dan pengusiran para ulama, aktivis Islam dan golongan yang dilihat
sebagai pengancam kedudukan mereka. Inilah kerakusan pemimpin (kesesatan) yang
sentiasa tamakkan kuasa yang sentiasa menolak Islam secara mutlak.
Mereka telah diberi peluang sejak sekian lama memerintah tetapi tidak mahu melaksanakan
segala hukum-hukum Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mereka memilih peraturan
dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang jauh daripada Islam akibat
pegangan akidah yang tergelincir jauh
dari landasan ilmu Akidah al-Quran.
Sememangnya itulah yang sentiasa dialami oleh golongan yang sentiasa
terbelenggu dengan perangkap syaitan yang ada
di dalam dirinya akibat
mengabaikan berzikir mengingati Allah, maka syaitan-syaitan itulah yang akan
bersama-sama melibatkan dirinya dalam seluruh aspek kehidupan. Mereka terus
ditimpa kehinaan dengan keruntuhan akhlak ummah yang berleluasa. Umat Islam
sudah menjadi pemburu kebendaan atau kemewahan duniawi yang rakus dan pemuas
kehendak hawa nafsu yang membabi buta. Golongan ulama dan ilmuwan Wahabi pun sudah menjadi mangsa
ketamakan pada kesenangan duniawi, sentiasa mengejar pangkat dan kemewahan,
suka menonjolkan diri, ego, munafik dan menyeleweng.
Allah S.W.T. juga berfirman yang
bermaksud:
“...maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah,
dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Kekufuran mereka) yang demikian,
ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari
Akhirat...”
(Surah al-Nahl,
ayat: 106 - 107)
Allah S.W.T. berfirman seterusnya yang bermaksud:
“Dan jauhkanlah
diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan
hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia....”
(Surah al-An’am,
ayat: 70)
Sebaliknya, para ulama Wahabi di Arab Saudi terus mencanangkan slogan
dakwah mereka kepada dunia Islam iaitu memerangi ‘syirik dan khurafat’, tanpa
menyedari bahawa mereka tidak mampu mentarbiyah akidah dan akhlak bangsa Arab sejak 200 tahun lampau. Begitu juga mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kejahatan
manusia terjadi kerana hati dikuasai oleh nafsu. Mereka juga tidak mahu
menerima hakikat bahawa kerakusan nafsu itu hanya boleh dikalahkan dan ditundukkan menerusi berzikir dan mujahadah untuk mengekang segala desakannya.
Inilah ubat suntikan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. kepada masyarakat Arab
jahiliyah. Rasionalnya, seorang Muslim yang sempurna akidahnya seharusnya
berakh- lak dengan akhlak al-Quran. Sehubungan perkara berkaitan Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
“Apakah kamu
tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya, apakah kamu
menjadi pemelihara ke atasnya ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka
mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu kecuali seperti binatang ternakan
malahan lebih sesat lagi.”
(Surah al -
Furqan, ayat: 43-44)
Allah S.W.T. juga berfirman yang
bermaksud:
“Dan
sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka jahannam itu dari kalangan jin
dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami
ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk
melihat tanda-tanda kebesaran Allah, mereka mempunyai telinga
tetapi tidak digunakan untuk mendengar keterangan-keterangan ayat-ayat Allah,
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai.”
(Surah al-A’raf,
ayat: 179)
12. Kehancuran
Ummah Tanpa Pertolongan Allah S.W.T.
Pola ketidakstabilan kerajaan Islam di seluruh dunia telah wujud sejak
beratus tahun yang lalu dengan
lumpuhnya akidah umat Islam (menafikan
Akidah al-Quran), akibat kuatnya diayah
dan fitnah terhadap ilmu Tasawuf
oleh para ulama dan ilmu- wan
ahli Kalam dan Wahabi. Mereka telah
menguasai tarbiyah akidah umat Islam sedunia dan sentiasa mendapat tempat di sisi pemerintah
kerajaan Islam monarki. Oleh itu penyelewengan jalan tarbiyah akidah (teori Tauhid Wahabi) ini
atau fenomena ‘kekeliruan berakidah’ telah lama berlaku dan menjadi faktor utama runtuhnya tamadun Islam
yang gilang gemilang. Malah, peranan mereka (para ulama dan ilmuwan ahli zahir)
itu hanyalah semata-mata menjaga kepentingan pemerintah atau sebagai
lambang agama sahaja, iaitu sentiasa
mengeluarkan fatwa menyokong apa jua keputusan pemerintah tanpa memikirkan hukum
hakam agama dan nasib rakyat yang ditindas. Melaksana kan sebahagian Syariat
Islam ke atas rakyat jelata tanpa boleh mengkritik dasar kezaliman pemerintah
dan mereka adalah ulama pengampu yang
mengejar habuan duniawi secara rakus.
Nabi s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud.
“Mereka
inginkan upahnya segera (di dunia) dan tidak ingin ganjaran yang diakhirkan (di
Akhirat).”
(HR Abu Dawud)
Diikuti dengan sistem kerajaan Islam yang berasaskan sistem monarki atau
warisan pusaka yang lebih bersifat diktator atau kuku besi dan bukannya sistem
syura (zaman Khulafa ar-Rasyidin) iaitu sejak terbentuknya kerajaan Umaiyyah
sehinggalah ke zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kerajaan sistem monarki ini telah
melunturkan pemikiran rakyatnya di dalam kebijaksanaan berpolitik untuk
menentukan corak kepimpinan kerajaan atau pemerintah yang berwibawa supaya
sentiasa mampu bersaing dengan kuasa luar. Kebuntuan pemikiran ummah tentang
politik masih berlanjutan sehingga di zaman ini
di mana masih banyak terdapat atau wujud kerajaan Islam sistem monarki
atau warisan pusaka yang tetap utuh terutamanya di negara-negara Arab. Sama ada
ia sebuah republik atau mengamalkan sistem monarki yang berkiblatkan Barat atau
menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat (USA).
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Kehancuran
umatku adalah di tangan beberapa individu dari suku Quraisy.”
(HR Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya dari Abi
Hurairah)
Individu Quraisy pertama penyebab kehancuran umat Islam adalah Yazid bin
Mu’awiyah, sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam
mensyarah hadis ini: “Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah bahawa
pada suatu ketika Abi Hurairah berjalan di pasar dan berkata:
“Ya Allah, jangan ditemukan aku dengan tahun 60 (Hijrah)
dan dengan pemerintahan budak-budak.”
Ibn Hajar berkata: “Perkataan Abi Hurairah ini adalah mengisyaratkan
bahawa individu bodoh yang pertama menjadi pemimpin tersebut berlaku pada pada
tahun 60 Hijrah, seiring pada tahun yang sama Yazid bin Mu’awiyah dilantik
menjadi khalifah dan kemudian dia meninggal dunia pada tahun 64 Hijrah.”
(lihat Fathul
Bari, Kitab Al-Fitan, Juz.13)
Tindakan kuasa-kuasa Barat yang terus melulu menimbulkan permusuhan dan
membentuk prejudis agama yang amat ketara
di dalam pelbagai agenda yang dinobatkan ke atas ‘isu keganasan’ dan ini
menjadikan negara Islam sedunia tidak
selamat masa kini. Kesan propaganda kuasa Barat
juga menjadikan hampir semua negara (Islam) itu turut menyokong apa jua
tindakan mereka demi untuk menjaga kepentingan kerajaan sendiri yang lebih
bersifat monarki atau kuku besi. Bagi kerajaan Islam yang lemah pula, mereka
mengharapkan sokongan atau bantuan pakej ekonomi dari kuasa Barat yang sentiasa
ingin mendominasi pentas politik dunia dewasa ini.
Pensejagatan dalam konteks ini mencerminkan abad peperangan agama paling buruk yang dikaitkan dengan ‘isu keganasan’.
Agenda ini menyaksikan masyarakat Islam di seluruh dunia terus mengalami
penindasan, tekanan, kebimbangan dan dikenakan pelbagai sekatan. Isu ini
menjadi orde baru tajaan Barat untuk menundukkan negara Islam yang merupakan pesaing
mereka dalam dagangan komoditi minyak mentah dengan melancarkan peperangan. Hal
ini terus meletakkan umat Islam dalam dilema dan kurang mampu bersaing untuk
menghadapi cabaran Barat dan pengaruh pensejagatan.
Sebaliknya, apa yang berlaku di Eropah, hasil revolusi rakyat di abad ke 17
M. telah meruntuhkan hampir kesemua kerajaan sistem monarki dan diganti dengan
kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat. Dengan kuasa politik yang lebih
tersusun dan adil dilaksanakan membolehkan pemerintah yang dipilih mampu
menggunakan sepenuhnya sumber tenaga rakyat dan sumber kekayaan negara, dengan lebih tersusun dan adil tanpa membazir mengikut kepentingan
diri pemerintah seperti di zaman kerajaan monarki sehingga mereka muncul
sebagai kuasa baru menggantikan tamadun Islam yang kian lumpuh ditelan zaman.
Satu demi satu negara Islam terus dijajah oleh kaum kuffar tetapi kerajaan
Beraja Arab Saudi (Wahabisme) yang didokong oleh para ulama dan ilmuwan Wahabi sebagai negara (Islam) yang paling
dominan terus mendiamkan diri kerana menjaga kesinambungan kerajaan warisan
pusaka. Para ulama ini pula terus mendiamkan diri demi menjaga
kepentingan diri. Sebaliknya, para pengikut mereka di negara Islam sedunia
terus mengagungkan keunggulan mazhab ini, seolah-olah merekalah penyelamat
ummah masa kini dari segala perbuatan ‘syirik, bd’ah dan khurafat’. Tanpa mereka sedari bahawa umat Islam dewasa ini sedang berada di lembah kebinasaan
atau mengalami kehancuran akidah yang
berleluasa. Dengan kepincangan tarbiyah akidah dan kelemahan umat Islam seolah-olah akan berulang sejarah kerajaan
Islam Abbasiyyah yang dihancurkan dengan mudah oleh tentera nomad Tartar.
Malah, inilah yang sedang berlaku dengan
penjajahan tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Oleh sebab itu, maka tidak
menghairankan kita semua apabila satu demi satu negara Arab monarki atau
pemerintah kuku besi yang didokong oleh para ulama Wahabi terus mengalami kejatuhan akibat kezaliman
pemerintah yang menafikan hak rakyat ke atas kekuasaan negara.
Kemelut pergolakan yang berlaku di Tunisia pada pertengahan Disember,
2010 dan Mesir pada 17 Januari, 2011
jelas memperlihatkan peranan suara rakyat dalam menentukan perjalanan
pentadbiran mahupun kelangsungan keamanan sesebuah negara. Ketidakpuasan hati
sejak berdekad lamanya, serta ketiadaan toleransi di antara pemerintah dan
rakyat, serta golongan ulama akhirnya mencetuskan revolusi era baru generasi
muda Tunisia dan Mesir yang mahukan perubahan dan pembaharuan dalam sistem
pemerintahan. Krisis di dua negara Islam ini seolah-olah tidak mendapat perhatian
dunia Arab dan negara-negara Islam. OIC masih berdiam diri, begitu juga dengan
Liga Arab yang mungkin bimbang dengan perkembangan baru itu akan mempengaruhi
rakyat di negara masing-masing.
Cetusan suara bantahan melalui demonstrasi jalanan, menyaksikan Mesir lumpuh buat seketika. Keselamatan yang tidak
terjamin, dengan keadaan yang huru-hara, semuanya bermula dari campur tangan
kuasa asing yang menentukan arah tuju perjalanan pentadbiran negara sejak
sekian lama. Pemerintah selama ini menyalahgunakan kuasa, mengamalkan korupsi
dan rakus mengaut atau memunggah khazanah kekayaan negara buat diri, ahli
keluarga dan kroninya. Inilah padahnya apabila pemerintah terlalu mengikut
telunjuk orang luar dalam apa jua perkara. Paling menyedihkan, hasil telunjuk
orang luar inilah, maka dunia menyaksikan, Semenanjung Sinai, Bukit Golan di
Syria, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis yang menjadi tempat suci orang Islam di
Palestin jatuh ke tangan Israel. Bukan itu saja, dunia Islam di rantau Arab
tidak mampu bersatu menentang kezaliman yang dilakukan Israel ke atas rakyat
Palestin sejak sekian lama.
Dunia umat Islam di rantau Asia Barat menyaksikan kebangkitan rakyat
melalui satu tragedi besar menggulingkan beberapa kerajaan melalui tunjuk
perasaan secara besar-besaran. Kemudian ditambah dengan kehidupan rakyat yang
semakin tersepit banyak pengangguran, peluang pekerjaan yang hampir tiada,
harga barang makanan melambung dan cukai naik. Sedangkan kekayaan yang dimiliki
oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak dikatakan mencapai RM213.1 billion. Rakyat
Mesir bertindak melakukan tunjuk perasaan besar-besaran meniru insiden yang
berlaku di Tunisia pada pertengahan Disember lalu yang memacu pergolakan hingga
menggulingkan Presiden Tunisia Zine El Abidien Ben Ali. Akhirnya, Hosni Mubarak
berjaya digulingkan setelah memerintah Mesir selama 31 tahun. Apa yang berlaku
di Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Jordan, Libya dan Syria adalah satu
kebangkitan rakyat terhadap penguasa yang gagal memenuhi aspirasi rakyat di
samping menafikan suara mereka untuk runtunan perubahan secara proses demokrasi.
Rejim kuku besi Arab terkenal kejam dan tidak menghormati hak asasi rakyat.
Begitu juga, para ulama Wahabi terus memperbodohkan masyarakat Arab agar tidak
menerima demokrasi terbuka dengan pelbagai fatwa yang mengelirukan rakyat. Inilah Thaghut yang wajib seluruh umat Islam
membenci dan memusuhinya seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Tidak ada
paksaan dalam agama Islam (untuk memeluknya). Sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) daripada kesesatan (kekufuran). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada
Thaghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah
berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 256)
Meyakinkan konsep musyawarah melantik kepimpinan adalah terbaik, oleh yang
demikian ketua rejim terus menerus dilantik menggunakan konsep itu. Konsep
musywarah memang tidak dinafikan telus dalam melantik khalifah (Khulafa
ar-Rasyidin). Namun selepas Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a., pemerintah Islam
mengguna pakai sistem raja mutlak (monarki).
Selepas itu pemerintah khalifah
hanya boleh ditukar secara pemberontakan. Kritikan keras atau tunjuk perasaan
untuk menyedarkan mereka dianggap menderhaka. Rakyat yang terlibat akan
dipenjara atau dibunuh. Sehingga tiba ke satu tahap, rakyat tidak lagi mampu
bertolak ansur maka khalifah diguling. Diktator moden Arab juga tidak mahu
melepaskan kuasa melalui apa cara sekalipun. Oleh yang demikian, rakyat Arab
berbalik kepada kaedah menukar khalifah yang diamalkan oleh generasi terdahulu bagi menamatkan kediktatoran.
Diktator Arab memerintah terlalu lama, melebihi 30 tahun. Sepanjang tempuh
itu rakyat tidak banyak berubah taraf kehidupan namun pemimpin menjadi kaya
raya dengan harta kekayaan yang melimpah. Kroni-kroni menjadi pedagang besar
dan memonopoli perniagaan paling menguntungkan. Keluarga Hosni Mubarak menerima
komisyen dari pelaburan yang masuk ke Mesir. Keluarga Gadaffi memegang
kebanyakan jawatan tinggi kerajaan serta menguasai perniagaan penting.
Kekayaan Zine El Abidien Ben Ali
mengalahkan tokoh-tokoh industri Eropah. Ali Abdullah Salleh juga kaya raya
sedangkan rakyat Yaman meru- pakan yang paling miskin di rantau Teluk.
Sebaliknya, para ulama Wahabi pendokong Kerajaan Beraja Arab Saudi terus
berfatwa menjatuhkan hukum haram terhadap penunjuk perasaan menuntut penamatan
kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan
keadilan. Para ulama ini terus memainkan peranan untuk terus berfatwa bagi
mengekalkan regim pemerintahan yang tidak sah ini dan pandangan khatib Masjidil
Haram pada 25 Mac 2011 lalu, di dalam khutbah Jumaat khatib menyatakan;
“Kebebasan
politik dan kepelbagaian parti adalah bertentangan dengan agama dan syariat
Islam.”
Jelaslah sekali segala fatwa sempit dan ekstrim yang sentiasa dikeluarkan
oleh para ulama Wahabi untuk mempertahankan kedudukan kerajaan monarki itu merupakan
tugas utama mereka tanpa memikirkan nasib rakyat yang ditindas. Ianya
semata-mata ditujukan kepada kebangkitan rakyat di Bahrain yang memprotes
terhadap gejala rasuah, kurangnya demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia
yang serius oleh regim Hamid Khalifa. Rakyat terus dikongkong bagi memastikan
semua kekayaan itu bertimbun untuk diri, keluarga dan kroni. Kerajaan Arab
Saudi dan dengan kerjasama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) terus bertindak menghantar
bantuan ketenteraan menggempur dan melakukan kekejaman terhadap penunjuk
perasaan bagi mengekang protes besar-besaran rakyat di Bahrain.
Malah, kerajaan Arab Saudi (Wahabisme)
walaupun mempunyai kekayaan, namun tidak tampil sebagai kuasa politik
yang disegani. Dari segi ketenteraan juga negara itu tidak memiliki gah
walaupun berpuloh bilion dolar Amerika dikorbankan setiap tahun untuk membeli
senjata dari sekutunya di barat.
Negara-negara Islam berbelanja besar untuk membeli senjata dari Barat yang
dengan senjata itu banyak nyawa umat Islam sendiri terkorban. Hubungan
diplomatik sesama negara Islam boleh dengan mudah diputuskan. Peluru di negara
Islam lebih banyak membunuh umat Islam sendiri berbanding musuh. Musuh dianggap
kawan dan bekerjasama dengannya. Saudara Islam pula dianggap musuh. Pejuang Islam
tidak diburu oleh Yahudi dan Nasrani tetapi oleh pemerintah Islam yang zalim.
Demikian juga berhubung dengan yang berlaku di Syria, rakyatnya yang bermazhab Sunni yang membentuk hampir 80%
daripada penduduk negara itu sedang dihapuskan secara sistematik oleh tentera
Syria sendiri di samping mendapat dukungan fanatik Syiah yang datang dari Iran,
Iraq, Lubnan dan Yaman. Mereka berjuang bersama tentera rejim Presiden Bashar
al-Assad. Sebenarnya mazhab al-‘Alawi anutan Bashar itu hanyalah kelompok
minoriti di Syria. Mereka menjadi kuat kerana menguasai pasukan tentera sejak
zaman penjajahan Perancis. Hari ini rejim yang zalim itu mendapat sokongan
negara besar seperti Rusia dan China.
Pada ulang tahun ketiga revolusi menentang rejim Presiden Bashar al-Assad,
lebih 150,000 dilaporkan terkorban manakala kira-kira 2.5 juta penduduk lagi
terpaksa menjadi pelarian. Kebangkitan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan
bermula pada 15 Mac 2011 di bandar selatan Daraa selepas revolusi di Tunisia
merebak ke beberapa negara rantau Arab. Pada awalnya, protes tersebut diadakan
secara aman tetapi ia bertukar ganas selepas pasukan keselamatan menggunakan
tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan hingga mencetuskan pertempuran
berdarah di negara tersebut. Dianggarkan sembilan juta penduduk di Syria
kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan sejak tiga tahun lalu.
Selain itu, sekurang-kurangnya 10,000 korban keganasan di negara terbabit
adalah kanak-kanak. Situasi meruncing itu juga menyebabkan dua juta kanak-kanak
memerlukan sokongan psikologi kerana kebanyakan daripada mereka masih trauma
kerana dihantui konflik tersebut dan kira-kira 60 peratus hospital di Syria
turut musnah. Laporan PBB menunjukkan penduduk Syria adalah kumpulan terbesar
yang mencari perlindungan di negara industri pada tahun lalu. Bilangan pemohon
suaka juga dilaporkan meningkat lebih dua kali ganda iaitu seramai 56,351
berbanding 25,232 orang pada 2012.
Begitu juga keadaan yang berlaku di
Mesir mutakhir ini yang dikenali
sebagai penggulingan kuasa pihak
tentera, pimpinan Jeneral Abdul Fatah
al-Sisi terhadap kepimpinan presiden pilihan rakyat yang sah, Dr Mohamed Morsi.
Setelah 3,000 ta- hun berlalu, sejak berakhirnya pemerintahan tirani Firaun di
bumi Mesir, kini suasana dan bentuk pemerintahan Firaun kelihatan terus kembali
menguasai bumi anbiya itu. Malah negara itu semacam satu tradisi diperintah
oleh mereka yang berjiwa Firaun, lambang kepimpinan yang menentang kebenaran
dan negara itu juga pernah diperintah oleh para presiden yang menolak Islam
secara mutlak, iaitu Raja Farouk, Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan Hosni
Mubarak. Kesemua pemimpin kuku besi ini terlibat dalam pembunuhan,
pemenjaraaan dan pengusiran para ulama, aktivis Islam dan golongan yang dilihat
sebagai pengancam kedudukan mereka. Inilah kerakusan pemimpin (hati yang mati)
yang sentiasa tamakkan kuasa yang sentiasa menolak Islam secara mutlak.
Pendirian pemimpin kerajaan monarki Arab Saudi (Waha- bisme), Raja Abdullah
sangat jelas menyatakan bahawa dia sangat mendukung kerajaan Kudeta al-Sisi,
bahkan dia turut menyeru bangsa Mesir untuk bersatu melawan terorisme. Arab
Sau- di adalah negara pertama yang menyatakan sokongan dan doko- ngannya
terhadap kezaliman kerajaan palsu al-Sisi. Langkah kerajaan monarki Arab Saudi
(Wahabisme) ini diikuti oleh kerajaan monarki negara Teluk seperti Bahrain dan
UAE. Di sam- ping itu, menteri luar kerajaan monarki Jordan, Nasir Jaudat (pada
16 Ogos 2013) menyatakan bahawa pemerintah Jordan mendukung kebijaksanaan
pemerintah (regim palsu) Mesir da- lam melakukan apa yang ia namakan “usaha
memaksakan ke- daulatan undang-undang.”
Ini merupakan satu kesinambungan yang membuktikan bahawa hampir keseluruhan
dunia Arab (kerajaan monarki) di belakang mereka adalah kuasa barat, Amerika
yang memastikan gerakan Islam akan terus diberikan tekanan dan kalau boleh gerakan
Islam dibunuh di negara Islam. Berapa banyak lagikah korban harus dibenarkan di
Mesir untuk membenarkan agenda Barat meratah umat Islam di Bumi Kananah?
Peristiwa kezaliman tentera di Mesir jelas membuktikan memang wujud konspirasi
barat terhadap gerakan Islam. Sikap membisu negara-negara Islam khasnya negara-negara
Arab dan OIC harus dikecam kerana mereka juga dilihat menyumbang kepada pembunuhan
dan kezaliman ini seandainya mereka meneruskan untuk berpeluk tubuh.
Menurut laporan, Zionis sedang bersekongkol dengan tentera Mesir untuk
menjadikan Mesir-Israel itu negara dwi kembar yang akan menjalin kerjasama lebih erat lagi di semua
bidang. Usaha As-Sisi hendak menghapuskan Ikhwanul-Muslimin adalah dalam rangka
rancangan Israel dan tentera Mesir sendiri untuk mengembalikan pemerintahan
diktator Hosni Mubarak dan menjadikan Mesir bukan lagi sebagai musuh Israel,
tetapi sebagai sahabat erat. Malahan antara Israel, Arab Saudi (Waha- bisme),
negara-negara Teluk, Jordan, EU dan Amerika Syarikat (sekutu Zionis) merupakan mata rantai yang tidak
dapat dipisahkan.
Kini muncul kumpulam militan Negara
Islam (IS) yang radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad. Mereka
menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq.
Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh
yang ditangkap, penculikan dan memenggal kepala petugas media dari negara luar
sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat yang
menyerang kubu kumpulan itu di Iraq.
Matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu
negara yang diperintahkan oleh seorang pemimpin politik dan agama. Ia menerima
sokongan militan Islam dari seluruh dunia dan menuntut semua ahlinya bersumpah
setia kepada ketuanya, Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai atau lebih
dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi.
Penubuhan IS boleh dikaitkan dengan kumpulan Tawhid wa al-Jihad yang
diasaskan oleh seorang lelaki Jordan, Abu Musa al-Zarqawi pada 2002. Setahun
selepas pencerobohan AS di Iraq, Zarqawi menyokong Osama Laden, ketua kumpulan
Al-Qaeda di Afghanistan.
Pada April 2013, al-Baghdadi mengumumkan penggabu- ngan tenteranya di Iraq
dan Syria serta penubuhan Negara Islam d Iraq dan Syria (ISIS). Pada 10 Jun
2014, ISIS berjaya menakluki bandar raya kedua terbesar, Mosul di Iraq dan
menuju ke arah Baghdad selepas bertempur dengan polis dan tentera. Mereka
mengambil alih ibu pejabat Gabenor, penjara dan stesen televisyen. Akhir bulan
itu, selepas menggabungkan pegangannya terhadap puluhan bandar dan pekan, ISIS
mengisytiharkan pembentukan negara khalifah dan menukar namanya kepada Negara
Islam (IS).
Tentulah kita tidak dapat bayangkan tentang kegagalan sistem perintahan
warisan pusaka atau regim tidak sah yang masih banyak di negara-negara Arab. Negara-negara Arab
yang kaya dengan hasil minyak mempunyai
hampir 140 juta penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan. Perkara ini didedahkan
dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab. Laporan itu juga menganggarkan
pengangguran di kalangan remaja di kalangan negara Arab adalah yang paling
tinggi di dunia dan tidak ada pengurangan dalam kadar kemiskinan sejak 20 tahun
lalu, sebaliknya menunjukkan peningkatan dalam kemiskinan sehingga mencecah 40%
secara purata. Inilah akibat sikap pemerintah yang zalim dan kerosakan yang
berleluasa hasil dari kekuasaan mutlak yang dimilikinya.
Pembangunan yang dilaksanakan tidak membawa banyak kebaikan kepada rakyat
dan ianya semata-mata dilaksanakan mengikut kepentingan peribadi pemimpin.
Rakyat menerima padah di atas kerakusan pemimpin. Inilah akibat terhijab
hati (mengabaikan amalan zikrullah) dan
hati mereka menjadi keras (kesesatan).
Pemimpin menjadi pemuas nafsu
yang membuta tuli, melakukan kezaliman,
penyelewengan dan munafik. Demikian juga, kebanyakan para ulama dan ilmuwan
Wahabi di negara-negara Islam terus bersekongkol dengan pemimpin mereka
yang zalim dan turut menjadi pemburu
kesenangan duniawi yang rakus.
Pengaruh dan kekuasaan mereka mula pudar, merosot
dan tewas. Ini kerana
Allah sudah tarik kekuatan ummah dan
diganti dengan kelemahan. Ditarik kemuliaan diganti dengan kehinaan. Ditarik kemenangan, diganti dengan kekalahan.
Mereka gagal
memperlihatkan kebenaran Islam. Mereka tidak memperlihatkan imej mulia dan
tingginya ajaran Islam. Perlakuan
pengikutnya sendiri sangat bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan agama
selamat sejahtera, indah dan mulia.
Islam agama selamat tetapi umatnya tidak selamat. Islam agama sejahtera
tetapi umatnya dilanda derita. Islam agama indah tetapi umatnya kacau bilau dan
penuh dengan berbagai kegawatan. Islam agama mulia tetapi umatnya ditimpa
kehinaan di mana-mana.
Jelaslah sikap
para pemimpin itu menjadi pencetus huru hara demi memenuhi selera
kepimpinannya. Pemimpin sudah tidak memikirkan rakyat ramai. Mereka menjadikan
jawatan sebagai satu peluang untuk menimba kekayaan dan bukan sebagai amanah.
Para ulama Wahabi menjual agama dengan wang ringgit,
pangkat dan kedudukan. Menjaga periuk nasi menjadi keutamaan. Apabila
bertembung kepentingan dan habuan duniawi dengan kebenaran yang mereka terpaksa
memilih salah satu maka berbohong atau dengan mudah menggadai kebenaran adalah
pilihan mereka. Ulama tidak lagi mendidik umat ke arah kenal dan takut kepada
Allah kerana mereka sendiri sudah tidak
kenal dan tidak takut kepada Allah (memiliki
hati yang mati).
Orang kaya sangat kedekut, genggam tak tiris. Mereka
sudah lupa daratan, bermewah-mewah, individualistik serta membazir. Mereka lupa
kepada jasa petani dan nelayan, kaum buruh dan para pekerjanya.
Orang miskin pula tidak sabar dan tidak reda lantas
iri hati dan hasad dengki. Mereka juga sangat cintakan duniawi malangnya
duniawi tidak memihak kepada mereka. Memasang angan-angan yang tidak sepadan
dengan kemampuan. Akhirnya turut melupai Allah
dan agama juga tergadai.
Apabila ummah tidak memiliki kesempurnaan
hati/akidah dan tidak takut kepada
Allah maka agama turut terabai dan terpinggir.
Aspek nafsu pula tidak pernah diperangi
lantas menjadikan mereka bernafsu besar, buas, zalim dan rakus, maka Allah dilupai (kesesatan), tidak kenal dan tidak
takut. Oleh itu agama bukan lagi menjadi pegangan dan panduan hidup. Akhirat bukan lagi menjadi
pilihan dan tempat yang semua orang bakal menemuinya. Hidup menurut apa yang
difikirkan umpama lalang ditiup angin.
Umat Islam tanpa berzikir mengingati Allah
dan alam rohaniah (alam malakut), hanya tinggal salut luar sahaja
tetapi isinya sudah tiada (memiliki hati yang mati). Kalaupun masih berisi,
kadang-kadang isinya pula sudah bertukar dengan berbagai isma atau ideologi
yang semuanya berasal dari hujah-hujah
teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah. Jumlah umat Islam yang ramai
di zaman ini ibarat harimau kertas. Sekalipun kelihatan bertaring panjang,
namun sudah kosong dan hanya mengge- lembung sendat dengan kapas dan perca
kain.
Roh ajaran Islam berkait rapat dengan berzikir mengingati Allah (Akidah al-Quran),
alam rohaniah, barokah dan karomah. Semua ini boleh diibaratkan umpama enjin
kepada kereta. Tanpa enjin, sesebuah kereta itu tinggal rangka yang sudah tidak
berfungsi lagi. Andainya “body” kereta itu digilap berkilau, kusyennya empok,
dilengkapi dengan berbagai aksesori canggih sekalipun, kereta tersebut tidak
akan dapat bergerak ke mana-mana. Lebih baik kereta lembu yang boleh juga
berfungsi sekalipun tidak menarik.
Begitulah nasib malang yang menimpa ummah. Bantuan ghaib, keberkatan dan
kekeramatan sudah tersisih dan dianggapkan begitu asing dari kehidupan dan
perjuangan. Wali dan kekeramatan
dianggap dongeng malah sesat. Ilmu dan amalan zik rullah (Akidah al-Quran) dihakis dan dikikis seperti
kudis atau bisul pada tubuh yang perlu dibuang dan dijauhi. Umat Islam sendiri
sudah bertindak memomokkan dan memburukkan gambaran mengenai wali dan
kekeramatan. Mereka takut kepada kewalian dan kekeramatan seperti menghidari
penyakit berjangkit.
Sesuatu yang berlaku secara khawariqul’adah
tidak dapat diterima dengan alasan tidak logik. Sedangkan memang sifat khawariqul’adah itu berlaku diluar logik
dan rasional. Mukjizat para Rasul semuanya berlaku tanpa logik. Demikian juga
kedudukannya dengan kekeramatan. Sememangnya ia berlaku di luar logik dan pencapaian
akal manusia. Di situlah Allah memperlihatkan
kekuasaanNya yang mutlak itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa
kerdilnya seluruh makhlukNya yang segala-galanya tertakluk kepada kuasa
Allah dan berada di dalam genggamanNya.
Sepanyol pernah berada di bawah empayar Islam. Islam di Sepanyol hancur
dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam.
Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera,
kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Tetapi ianya disebabkan
ummah tidak memiliki kesempurnaan hati/akidah, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak,
roboh perpaduan dan lenyapnya kasih sayang. Tali kerohanian dengan Allah sudah
terlalu lemah (lalai berzikir mengingati Allah). Ikatan Syariat Islam sudah
terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam
diri sangat subur. Masing-masing memburu kepentingan duniawai yang melampau.
Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita terhadap akhirat. Akal
menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga.
Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan
kerakusan nafsu (hati yang terhijab). Situasi demikian itu menjadikan mereka
terpisah diri dari persoalan roh (hati) dan alam ghaib (alam malakut).
Mereka terhijab dari bantuan Allah. Mereka tersisih dan terputus hubungan dari pemerintahan
ghaib. Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah berlepas tangan (kuasaNya). Allah tidak pandang dengan pandangan rahmat. Lebih
dahsyat dari itu ialah Allah S.W.T. murka dan timpakan dengan berbagai
kehinaan.
Begitu juga apa yang pernah berlaku di kota Baghdad yang ketika itu
dikenali sebagai ‘Kota Ilmu’. Di saat itu kota Baghdad berada di puncak
kegemilangan ilmu pengetahuan. Umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan
menimbun harta-harta. Keasyikan itu menyebabkan mereka lalai dari membesar dan
mengagungkan Allah (lalai berzikir
kepada Allah). Hati mereka menjadi keras (kesesatan). Mereka semakin jauh dari
rahmat dan pertolongan Allah. Amalan qiyamullail untuk menjana “rahsia kekuatan ummah” terus terpinggir dan
ummah seolah-olah sudah tidak memahami keutamaan dan keagungan amalan
kerohanian Islam itu.
Banyak masa telah terbuang kepada pelbagai jalan tarbiyah akidah atau program yang tidak praktikal dan
sia-sia, dan tidak dapat memberi manfaat kepada aspek hati atau tidak dapat membersihkan
pelbagai hijab nafsu. Ianya hanya sekadar melonggokkan hujah-hujah ilmu
Akidah reka cipta dan pengetahuan ilmu Fiqah pada akal. Demikianlah apabila
ummah tidak menyedari dan menerima hakikat bahawa musuh utama dalam perjuangan
memiliki “rahsia kekuatan ummah” dan
kegagalan melaksanakan segala amal ibadat yang diperintahkan (gagal memiliki
khusyuk hati) adalah berpunca dari kegagalan umat Islam sendiri yang tewas
kepada kehendak hawa nafsu. Tegasnya, nafsu itulah yang sentiasa mendesak
manusia melakukan segala kejahatan atau maksiat, dan melalaikan manusia dengan
keseronokan hidup duniawi yang sementara.
Kezaliman bukan lagi warisan kuffar tetapi wujud juga
dengan banyaknya di seluruh negara Islam. Kezaliman yang berlaku masa kini
tidak akan musnah dengan kezaliman kecuali dengan pencapaian kesempurnaan hati (darjat
ihsan). Maka kezaliman itu mestilah dihadapi dengan ummah yang memiliki “rahsia kekuatan ummah”, agar Dia
benar-benar membantu dan memberi pertolongan. Munculnya ummah yang memiliki sifat taqwa yang sebenar dan akhlak
yang mulia dengan sendirinya kezaliman akan lenyap dan musnah.
Dilenyapkan dan ditumpaskan oleh tentera Allah. Umpama saat kelahiran Nabi
s.a.w. dengan tiba-tiba terpadamnya api sembahan Majusi di Farsi. Allah
S.W.T. berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya
bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.”
(Surah al-Anbiya, ayat: 105)
Akhirnya, dapatlah kita rumuskan bahawa biarpun seluruh umat Islam
sama mengucap dua kalimah syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan
dan perselisihan hingga membawa kepada perpecahan. Oleh itu, salah faham
“berakidah” ini mengakibatkan salah laku. Dan salah laku ini menyebabkan berlakunya kelemahan di kedua-dua aspek, iaitu
aspek rohaniah dan kemanusiaan (duniawi). Dari segi rohaniah, umat Islam
rosak akidah, berpecah belah, dilanda berbagai masalah sosial, kemiskinan,
jenayah, keruntuhan akhlak, kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya. Manakala
dari segi material dan kemanusiaan pula, pencapaian umat Islam dalam bidang
ekonomi, sains, teknologi, ketenteraan dan lain-lain masih terbelakang. Oleh
itu, kehancuran ummah adalah berpunca daripada fenomena ‘kekeliruan berakidah’
yang berlaku dalam kalangan umat Islam sejak beratus tahun lalu tanpa disedari.
Tinggallah kini, negara-negara umat Islam yang tidak bermaya, untuk bangun
mencanangkan kepada dunia bahawa merekalah umat terbaik, pilihan Allah S.W.T.
untuk seluruh bangsa. Bagaimana mungkin untuk mereka bangun sedangkan tiada
asas (memiliki hati yang mati, iaitu kesesatan) untuk mereka bepijak? Atau
bagaimana mungkin mereka dapat berdiri kalau asas (kesempurnaan hati) tempat
mereka berpijak itu rapuh lantaran ditarbiyahkan dengan teori Tauhid Wahabi
yang merosakkan asas (hati/roh) itu.
Kehancuran ummah masa kini sudah dari awal lagi diperingatkan oleh Nabi s.a.w. dengan
sabdanya yang bermaksud:
“Akan datang
suatu masa, di mana seluruh umat akan menerkam kepada kamu seperti
orang-orang yang sedang kelaparan meluru kepada pinggan yang mengisi
makanan..!” Para sahabat bertanya: “Apakah bilangan kami (kaum Muslimin) ketika
itu sedikit..?” Jawab baginda: “Bukan, bilangan kamu pada ketika itu banyak.
Namun kamu hanya laksana ‘buih’ air bah yang mengalir (rosak akidah). Pada
ketika itu, Allah akan mencabut rasa gerun dan takut dari hati musuh-musuh kamu
dan sebalik- nya Dia akan meletakkan penyakit ‘al-wahn’ ke dalam hati kamu.”
Mereka bertanya lagi: “Apakan gerangan penyakit ‘al-wahn’ itu, wahai
Rasulullah? “Penyakit ‘al-wahn’ bermakna: ‘cinta harta benda dunia dan takut
akan kematian’ jawab Nabi s.a.w.”
8 comments:
mintak keizinan mengambil dan belajar ilmu yg diberikan
mohon keizinan untuk mengambil bahan dari blog ini. terima kasih.
Tulisan yg amat bermanfaat..sgt baik dikongsikan utk umat..khasnya perihal kekeliruan dan penyelewengan fahaman salafi @ wahabi dsb nama lain yg inti fahamannya sama...
Mohon kebenaran untuk mengambil. Bahan ilmu dalam blom ini.
Nak tanya, Muhammad bin Abdul Wahhab dan Abdul wahhab bin Rustum tu orang yang sama ke...
Setelah membaca kisah yang panjang diatas kesimpulannya saya mendapati segala yang diperkatakan hanyalah sekadar persepsi (andaian) penulis semata-mata, kerana tidak dibuktikan dengan fakta2 daripada pihak2 yang boleh dijadikan tempat rujukan. Sesiapa saja boleh melontar pandangan atau mereka-reka cerita seperti ini bagi sebelah pihak tanpa memperdulikan akan kebenaran dan keadilannya terhadap pihak yang dituduh. Malah penulis sendiri tidak berani memaparkan nama sebenar atau sebarang alamat yang dia boleh dihubungi sebagai sikap bertanggung jawab diatas segala yabg diperkatakannya. Perbuatan penulis ibarat membaling batu sembunyikan tangan. Lancang berkata-kata, menuduh dan melebel orang lain sebagai sesat dalam beramal ibadah sedangkan terang nyata segala yang ditulis lebih kepada cerita yang sengaja di ada-adakan demi menjayakan rancangan sulit penulis sendiri. Demi Allah.. perbuatan begini adalah suatu bentuk fitnah yang amat dahsyat untuk memburuk-buruk serta menjatuhkan nama baik Sheikh Ibnu Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab dipandangan mata umum.
BERIKUT ADALAH JODOL KITAB-KITAB KARANG SHEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB
Sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman, seafdalnya tuan-tuan bacalah dahulu segala karangan beliau, sila cari dimanakah ayat-ayat darpada pandangan beliau yang dikatakan bercanggah dengan akidah mana2 mazhab dalam jamaah ahlusunnahwaljamaah.
KITAB-KITAB KARANGAN SHEIKH MUHAMMAD IBNI ABDUL WAHAB
Ahaditsu fil Fitani wal Hawadits
Ahkamush Sholah
Adabul Masy-yi Ilash Sholah
Arba’ul Qowa’id Taduurul Ahkam ‘alaiha
Ushulul Iman
Mansakul Hajj
Al-Jawahirul Mudhiyyah
Al-Khuthobul Minbariyah
Ar-Rosa-ilu Asy-Syakhshiyyah
Ar-Risalatul Mufidah
Ath-Thoharoh
Al-Qowa’idul Arba’ah
Al-Kabair
Masa-ilul Jahiliyyah
Ba’dhu Fawa-id Shulhil Hudaibiyah
Tafsiru Ayaatin Minal Qur’anil Karim
Tsalatsatul Ushul
Majmu’atul Hadits ‘ala Abwabil Fiqh
Risalah fir Raddi ‘alar Rafidhah
Syuruthush Sholah wa Arkanuha wa Wajibatuha
Fatawa wa Masa-il
Fadho-ilul Qur’an
Fadhlul Islam
Kitabut Tauhid
Kasyfus Syubuhat
Mabhatsul Ijtihad wal Khilaf
Majmu’atu Rosa-il fit Tauhidi wal Iman
Mukhtashorul Inshof wa Asy-Syarhul Kabir
Mukhtashor Tafsir Surat Al-Anfal
Mukhtashor Zadil Ma’ad li Ibnil Qayyim Al-Jauziyah
Mukhtashor Sirotir Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Masa-il (ringkasan dari penjelasan-penjelasan Ibnu Taimiyyah)
Mufidul Mustafid fi Kufri Tarikit Tauhid
Link:
https://haulasyiah.wordpress.com/2010/08/06/karya-tulis-asy-syaikh-muhammad-bin-abdul-wahhab-an-najdi/
Semenjak tulisan blog ini sehingga sekarang...peminat2 wahabi semakin bertambah dgn berbondong-bondong ...mereka semakin bijak menilai dan mencari ilmu, tidak bulat2 menerima kata2 penulis blog ni
Post a Comment